Thursday 17 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 9


            “Subuh.” Cakap Lisa sepatah usai melipat sejadah. Pintu almari di bilik Hotel Seri Murni yang didiami mereka dibuka. Telekung dan sejadah yang siap berlipat disusun rapi di dalamnya. Di sebelah susunan pakaian hariannya yang tak sampai berapa helai pun. Kebanyakannya masih ditinggalkan di rumah Mama di Kuala Lumpur.
            “Later.” Jawab Azri sepatah dan menarik gebar menutup mukanya.
            Dah kuagak jawapannya amatlah tak memberangsangkan. Kalau dia Subuh pun dah tahap penutup, Azri punya ‘later’ tu harapannya tahun depanlah. Memang ketua keluarga paling soleh abad ini. Desis Lisa. Baju kemeja kerja Azri yang berlipat ditarik. Seluar slack yang dipilih – pilih untuk dipadankan dengan baju kemeja lengan panjang berwarna hitam kosong ditarik juga. Ikutkan hati telinga Azri nak ditarik macam dia tarik seluar slack dicelah susunan semua seluar ni dengan penuh perasaan.
            Gedebap!
            Bunyi iron board jatuh ke lantai mengejutkan Lisa. Berat sangat.
            “Rajin sangat kenapa? Pergi dail house keeping, nanti suruh dorang yang gosok.” Azri mengarah dan bangun. Iron board yang jatuh betul – betul di kaki Lisa diangkat dan disandarkan kembali di dalam almari. Azri menarik baju kemeja dan seluar slack yang tersadai di bahu Lisa.
            “Go! Dail 808.”
            “Bukan 0?” Tanya Lisa buat – buat sengal. Malu sebenarnya nak minta orang yang tolong gosokkan baju suami sendiri. Kalau zaman bercinta boleh pula dia jadi kuli batak Azri dengan suka rela atau pun kadang – kadang dengan paksa rela tapi sekarang dah jadi suami, tak kan pakai Azri pun dia tak boleh buat sendiri. Tebal muka dengan budak – budak hotel ni nanti.
            “Puan Lisa, suka hati lah hotel tu nak letak 0 ke, 800 ke, 8000 ke? Ada SOP (Standard Of Procedure) ke?”
            “Oh! Lupa. Smoking pot je ada SOP or should I call manual?” Perli Lisa dan bergerak beberapa langkah menjauhi Azri. Maklumlah aura naga dah terlihat di wajah suami. Takut kena serang nanti. Kalau serangan gaya naga keluar api tak apa, kalau kena gaya naga kena ulat bulu? Haru. Baru lepas mandi ni. Rungut Lisa dalam hati.
            Azri bergerak ke bilik air. Baju dan seluar diletakkan di katil.
            Nasib baik. Lisa menarik nafas lega. Lisa bergerak ke meja solek. Baru nak duduk, muka Azri terjojol di muka pintu bilik air.
            “Call now Lisa or should I wear crumple shirt to work?”
            “Astagfirullahalazim.” Lisa menepuk dahi. Terlupa nak menggosok baju dan seluar si suami. Banyak sangat iklan selingan sampai terlupa niat asal. Lisa bergerak ke meja sisi katil. Gagang telefon diangkat. Nombor Receptionist 800 didail, bukannya 808.
            “Morning Tuan Syed.” Sapa suara halus dan manja menggoda di hujung talian.
            Tuan Syed? Aiyak!
            “Ehem. Assalamualaikum.” Balas Lisa sopan. Tak payah pemanggil cakap siapa mereka dah dapat kesan panggilan diterima datangnya dari bilik mana. Sungguhlah tak manis. Nak cakap apa ni? Nak cakap tolong datang ambil baju suami saya tolong gosokkan? Jatuh saham Nur Lisa!
            “Waalaikumussalam. Puan Lisa. Hai. Good Morning. Anything we can help?”
            Peramah sungguh pekerja Hotel Seri Murni.
            “Actually nothing much. Tuan Syed is not feeling well today and...”
            “Oh, you want us to call a doctor?”
            “Oh tak. Tak.” Balas Lisa tergagap – gagap. Tak sempat habis ayat dia dah menyampuk budak ni. Lisa menarik nafas dalam. Jangan menipu Lisa. Jangan.
            “Nasib baik tak serius.”
            “Let’s make it simple. Segan saya nak cakap but can I ask for breakfast to be sent over?”
            “Bolehlah. Tuan Syed memang selalu makan kat bilik pun. Kalau dia balik lambat malam – malam dan pagi temu janji dah berderet, memang dia akan makan kat bilik siap – siap.”
            Fuh! Bukan main terperinci data – data yang diberikan. Jom! Mari Mengenal Tuan Syed kita.
            “Puan Lisa? Ada lagi ke tak ni?”
            “Ya, ya. I’m here.”
            “Puan nak order apa? Boleh tengok menu yang ada kat bilik tu. Kejap lagi Room Service terus hantar kat bilik.”
            Lisa membelek – belek menu di atas meja. Apa yang Azri paling suka makan dulu ya? Yes, remember. Spargel Suppe.
            Selesai membuat pesanan, Lisa sempat bertanyakan nama si manis di hujung talian. Dah kata suami kerja di sini. Kenalah buat – buat ramah. Dia pun nak kena bernafas dalam blok – blok Hotel Seri Murni jugak pun. Baik belajar membawa diri dari sekarang. Najwa nama si manis di hujung talian. Jangan rupa si Najwa ni manis sangat cukup. Kalau rupa pun semanis suaranya, tak boleh nak bayang Tuan Syed kita ni dilayan dengan manis dan sopan oleh si cantik manis. Ada juga perasaan risau dan cemburu terselit. Pasti Najwa kenal dia. Kalau semua orang tahu Lisa kakak si Lili, pasti macam CNN berita tersebar di pelusuk Hotel Seri Murni. Lagi pun masa majlis resepsi bukan main ramai kenalan sebelah Azri yang datang. Dia? Seciput je kot. Kawan sekerja ramai kat KL jadi tak semua boleh datang.
            Lisa ingat Hanif, Bird dan Wong ada datang. Damia Humaira? Datangke? Tak nampak pula. Lain – lain kawan Azri mana ada yang dia kenal. Semuanya kenalan selepas zaman mereka ‘bersama’. Kalau nak diingat, kedatangan Tengku Akhbar boleh buat mata Azri nak terkeluar soket. Macam nak tertanggal riben satin putih yang terikat di pinggang Lisa apabila dipeluk dan ditarik oleh Azri. Tak payah tunjuk pun tak apa, orang dah tahu Lisa milik Azri selamanya. Tak habis – habis penyakit jaki (tak puas hati) nya dengan Tengku Akhbar.
            Lisa bergegas menggosok baju kemeja dan seluar kerja Azri selepas meletakkan telefon. Cepat Lisa. Cepat. Nanti Azri tahu dia tak dengar arahan, mati kau kena sembur api naga tu. Baru lepas mandi pun, peluh keluar juga setitik dua, maklumlah tenyeh seterika kat baju dah gaya orang buat senaman otot. Penghawa dingin yang memang sentiasa terpasang jangan ceritalah, ada pun macam tak ada ni. Lima minit kemudian, taraaaa...siap. Baju dan seluar licin bergosok kemas diletakkan pada penyidai baju dan disangkutkan di pemegang almari baju. Ngam – ngam Azri menolak pintu bilik air dan keluar dengan hanya bertuala. Jangan buat – buat tak biasa Lisa.
            “Kenapa iron board ada kat luar balik?” Tajam mata Azri menuntut jawapan.
            “Err...” Lisa tergagap – gagap. Terlupa nak simpan sekali iron board. Maklumlah berat semacam. Tak sempat nak main aci tarik masuk almari sahaja tadi. Kau dah kena penyakit gagap ke apa Lisa pagi ni? Ish macam nak tampar pipi sendiri pun ada. Expand your brain Lisa! Stretch it to the max Lisa!
            Ting! Ting!
            Loceng bilik berbunyi menyelamatkan keadaan. Mata Azri yang tajam memandang Lisa beralih ke pintu. Azri mula mengorak langkah ke pintu.
            “Oh dear! I’ll get the door. You sit here. Lay.” Tangan Azri ditarik. Badan suami yang masih lembap – lembap ditolak ke katil dan ditutup dengan gebar dah gaya nak tutup kereta bawah garaj. Spontan!
            Dear?
            Lisa ni biar betul? Azri tak sempat nak cakap apa – apa. Yang dia nampak Lisa cepat – cepat mencapai selendang, menutup rambutnya yang terdedah dan membuka pintu.
            Tuan Syed okay?
            Isteri tempah menu khas untuk orang sakit ni.
            Tengah hari Puan Lisa ada menu khas lagi nak tempah?
            Tuan Syed tak masuk pejabat lah ya hari ni?
            Pintu bilik ditutup. Baju kemeja yang telah digosok dibawa ke katil dan dipakaikan kepada suami. Azri dilayan seperti menyiapkan budak tadika ke sekolah. Azri hanya mengikut. Walau pun dalam hati Lisa jauh terdetik kesal dengan jodohnya ini tapi siapa dia untuk menolak takdir Allah? Sampai bila Lisa mahu menyalahkan takdir yang menghapuskan keinginannya untuk bersuamikan lelaki yang soleh. Yang mampu membimbingnya yang masih di awan - awangan.
            Lisa menarik hidangan yang bertutup dan dibawa menghadap Azri yang disuruh duduk di katil. Kelu tak terkata.  
            “What is happening just now?” Rasa macam bermimpi dilayan sebegini oleh isteri. Kelu seribu bahasa. Setiap soalan yang diutarakan oleh pekerja dari Room Service semua dijawab oleh Lisa. Tak sempat dia nak buka mulut. Akhirnya dia tayang senyum sahaja.
            Bos awak ni okay. Penat sikit je.
            Saya tempah sebab Chef awak cakap dia pandai buat. Thanks to him.
            Tengah hari? Em, nanti saya fikir.
            Masuk. Don’t worry. He’ll be better soon.
            “Awak kan sakit. Uzur.” Lisa membuka penutup hidangan. Plastik yang menutup sekeliling mangkuk sup dikoyakkan. Roti di piring dipotong - potong.
            “Bila masa saya uzur? Look. I’m healthy and strong as an ox.” Azri menunjukkan lengannya yang berotot, tersembunyi di sebalik lengan kemeja hitam yang tersarung di badan tapi jelas bentuknya.
            “Really?” Lisa tersenyum – senyum.
            “Lisa. Jangan main – main.”
            “Orang yang uzur je tak boleh solat. Meh, aaaa...nganga. Bismillahirrahmanirrahim.” Lisa menjawab tanpa memandang si suami. Takut juga dengan reaksi suami tapi diberanikan diri. Disudukan sup ke mulut Azri.
            Azri terdiam. Main psiko ya wahai isteri. Dalam hati rasa seperti dicucuk jarum halus. Sakit dan bertambah sakit dengan layanan Lisa yang mesra, manja dan menggoda. Nak marah? Jangan buat hal. Tidur telan air liur macam semalam karang baru tahu. Azri berdehem dan menelan sup yang disuapkan oleh Lisa.
            “Sehr leckeres Süppchen.” Komen Azri. Menajamkan kembali bahasa Germannya yang hampir berkarat.
            “Sedap sebab sup ni memang sedap ke atau sedap sebab makan ada orang suap?” Lisa tersenyum. Seronok mengusik Azri yang memuji kesedapan Sup Asparagus kegemarannya. Bukan Lisa buat pun. Tukang order je. Disudukan lagi sup ke mulut Azri.
            Azri diam. Mati kutu dibuatnya. Kalah psikolah. Dia lagi suka Lisa marah – marah. Senang dia nak sembur balik.
            “Dah kenyang? Nanti sihat. Kerja rajin – rajin. Lepas tu tengah hari balik Zohor kat bilik okay? Saya tunggu.” Senyuman Lisa meleret. Dalam hati berdebar. Dia tak tahu apa benar tingkahnya atau pincang tingkahnya. Entah – entah Azri gelak bagai nak rak dalam hati.
            Lisa menghantar Azri ke pintu. Tangan dihulurkan. Salam bersambut. Azri memandang Lisa tajam.
            Ich bin nicht von gestern.” Kata Azri serius.
            Lisa terpana.
             I wasn’t born yesterday?
            Malunya. Azri faham segala mesej yang cuba disampaikan. Jangan mimpilah nak dapat ciuman kat dahi macam dalam drama dan tepat sangkaan Lisa. Azri berlalu pergi. He’ll never change.


            CABANA Club, Fun Zone, The Zon.
            “Nur Lisa, aller anfang ist schwer.” Azri yang sedang duduk di kerusi tinggi di atas pentas bersama kumpulan live band memandang ke arah isteri yang nampak amat tak selesa. Berbeza dengan Lisa yang dikenalinya bertahun – tahun yang dulu. Yang akan riang dan tersenyum kegirangan tiap kali dibawa melepak di bar – bar di seluruh pelusuk Munich.
            Pandangan Lisa yang tunduk memandang menu di hadapan langsung terangkat mendengar ayat German memecah ruang Cabana. Pandangan Lisa - Azri bertembung. Azri tersenyum. Senyuman untuk mengambil hati isteri yang sedang menahan marah.  
            Aller anfang ist schwer.
            All beginnings are difficult.
            Setiap permulaan pasti berhalangan.
            Adakah si suami merujuk kepada alam baru yang sama – sama ditempuhi ini? Ketara sangatkah dia menidakkan tempat Azri sebagai seorang pemimpin dan ketua dalam rumah tangga yang baru bertatih. Tidak, dia bukan menidakkan, dia cuma kalah dengan impiannya yang berbeza.
            Lisa mati – mati ingat Azri marahkan dia kerana membebel – bebel apabila masuk, Cabana langsung tak seperti yang tergambar di kepalanya. Okay, yang dia percaya sangat cakap Azri kenapa. Sekadar pinggang dipeluk dan langkah diatur senada tak semestinya merubah hakikat sebenar Cabana. Kelab untuk profesional konon.

No change, I can't change
I can't change, I can't change
But I'm here in my mind
I am here in my mind
But I'm a million different people
from one day to the next
I can't change my mind

                Suara Azri yang serak – serak basah melagukan Bitter Sweet Symphony membuat Lisa terbuai. Menghayati maksud mendalam yang cuba disampaikan oleh suami yang sedang menjadi tumpuan oleh semua pengunjung Cabana.
            You can change Azri. You can.


            TELEFON di meja berdering menghalau memori di Cabana semalam. Suami yang cuba mengambil hati. Menyanyikan lagu yang sama. Lagu yang pernah dinyanyikan oleh Azri di Alte Gallerie, Munich. Lagu yang sama cuma tempat berbeza, suasana berbeza dan maksud yang berbeza di sebalik nyanyiannya. Cepatnya masa berlalu tapi masa tetap enggan memisahkan mereka berdua.
            “Assalamualaikum.”
            “Lisa.”
            “Ya, awak. Ada apa?” Tanya Lisa. Azri rupanya di hujung talian.
            “Saya tertinggal fail kat atas meja. Tolong bawak turun. Fail biru. Ambil organiser sekali ya.” Arah Azri.
            Malasnya nak turun. Nak kena bersiap lagi. Lisa bersiap ala kadar dan bergegas turun ke lobi. Azri sedia menanti di dalam kereta yang diparking di tengah – tengah porch lobi utama. Pekerja yang bertugas menjaga Valet parking tunduk hormat dan menghadiahi Lisa senyuman. Lisa berjalan ke tempat bahagian pemandu.
            “Maaf susahkan awak. Terlupa.” Azri membuka sunglass yang menambah gayanya dan memandang Lisa yang sedang berdiri di pintu. Mereka saling berpandangan.
            Lisa diam. Fail dan organiser dihulurkan kepada Azri.
            Azri menyambut huluran Lisa. Fail dan organiser diletakkan di sebelah tempat penumpang. Melihat Lisa yang diam sahaja mengundang rasa bersalah dalam hati. Pintu kereta dibuka dan Azri melangkah keluar. Pintu ditutup.
            “Lisa.” Lembut Azri memanggil. Pandangan jatuh ke wajah isteri yang nampak manis bertudung.
            “Ya.”
            “Kalau bosan awak boleh keluar jalan – jalan. Saya izinkan. Boleh bawa kereta saya kat garaj. Kunci saya bagi kat Lili tadi.”
            “Berapa banyak kereta suami saya ni ada?” Tanya Lisa dengan pandangan kosong tapi perkataan suami saya dikuatkan. Maklumlah kalau Azri kekasihnya, dia khatam segala – galanya mengenainya. Sekarang mengenai Azri suaminya, macam bertapak – tapak dia tertinggal.  Apa je yang dia tahu? Ya lah sejak bertemu kembali, bergaduh sahaja kerjanya. Mana nak tahu perkembangan terkini Azri.
            “Ini company’s car. Kat garaj belakang tu my car.”  Terlupa yang dia lagi selesa menggunakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat. Semua percuma maklumlah.
            “Okay.” Lisa hanya mengiakan. Dalam fikiran ligat berfikir mana nak pergi. Balik bilik lepak lagi bagus.
            “Okay girl please. Jangan nak buat muka macam tu.” Azri tak senang duduk.
            “Dah, dah pergi.” Lisa menghalau dan bergerak ke belakang kereta.
            Azri mengekori Lisa. Bahi Lisa diraih dan secepat kilat dahi Lisa dihinggap sebuah kucupan. Merah muka Lisa apabila dia nampak beberapa orang pekerja dan pengunjung hotel tersenyum – senyum melihat. Azri ingat Malaysia negara kafir macam German ke? Suka – suka hati nak peluk cium depan orang. Ikatan suami isteri yang halal tetap tak menghalalkan kemesraan melampau dihadapan orang ramai.
            Pon!Pon!
            Mata Azri dan Lisa serentak dihala ke arah kereta yang tiba – tiba berhenti di hadapan mereka.
            Oh my!
            Kenangan di Pasing mula bertandang. Lisa mengeluh. Betul sangat cakap Azri.
            Aller anfang ist schwer.



p/s: Happy Holiday! XOXO!!!

39 comments:

  1. x saba tunggu nxt bab... saya lak yg da jatuh cinta kat lisa.... huhu

    ReplyDelete
  2. bijak lisa menggunakan psikologi bagi yang hatinya keras mahu dibentuk. cara begitu bisa terkesan dihati. :)

    ReplyDelete
  3. yeay....sukanya ada entry baru....thanks kl..luv u..

    ReplyDelete
  4. Ohh... siapa plak yang dtg tu?

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum...
    awat saya rsa azri ni mcm krg encem ek?
    MAYBE.....
    1. mulut dia x cukup jahat mcm fareez
    2. x cukup miang mcm joe
    3. x cukup romantik mcm que
    4. x cukup encem, macho, sexy, bad boy,pngaktif kadar klajuan jantung saya, active, fantasatic dan segala yg trbaik dri ladang... mcm ehem2 saya tu... windu... saya windu abg sean sya....
    dgn itu saya ambik kputusan nk sokong lily... tq kak rin, x komen x bmakna sya x baca..... cuma x segediks dulu... mesti kl faham kenapa...

    ................zm..............

    ReplyDelete
  6. hajar
    hah? jatuh cinta dgn heroine? Very rare :))

    ti
    hahaha...Lisa pun sama2 sengal x terbimbing. Mmg begitulah selayaknya :)

    izan
    yeay! lev u too & tq!

    shima
    nak buat contest ke teka. aihh....siapa lagi :p

    zm
    waalaikumussalam...
    eeii x sayang mulut eh ckp SASG x encem. Eh lupa abe Sean jer yg plg encem. Muahaha....
    SASG mmg very the normal hero kot.No-no-no
    1. Fareez mulut jahat..eeiii mana ada :p
    2. x cukup miang..ngeee222
    3. ini bkn x cukup..mmg x langsung lol!
    4. erhgg....
    tp no 5. Dia x sestupid abe Sean yg amik Indah balik. *larikssssss
    Yes very the understand. Enjoy ur work. Enjoy ur life. You don't wake up everyday to please ppl. remember tat.

    ReplyDelete
  7. Uikkk sape pulok dok hon!hon! tu? Sgt mengganggula
    tqvm ader n3 baru KL ^_^

    ReplyDelete
  8. TLC
    hai ya..awk cam cup cakes yg comel2 tu la..kejap ada kejap x de....oh itu abaikan. Kena bertabah tunggu next n3 :))

    ReplyDelete
  9. ala.excited sgt tadi komen tak leh upload plak.ni retype lebih kurang maksudnya.setuju ngan cara lisa tgur hubby.setiap orang punya masa silam tersendiri.baik+buruk masa silam=mematangkan n jadi diri sekarang.sesiapa pun boleh berubah.nak @ tak nak je.yng ptg orng sekeling n cara teguran tu bersesuaian..romantik,hansem,penyayang ettc nilai yang baik tu membantu dapatkan saham akhirat.tak kisah watak camner kalu kita tahu manipulate mesti jadi lebih baik.setiap individu itu unik ngan cara sendiri.ada pganti mungkin sama tapi tak serupa.sowi pendapat mengarut je.

    ReplyDelete
  10. sape la yg dtg tu ye ? hehehe.. <---asek tnya soalan yg sama..

    -nasib baik azri cool je masa lisa wat cem tu . kalau rin dah naik angin kut *tpi x tau nak naik angin sbb ape.... hehehe

    ReplyDelete
  11. - Cara Lisa yang halus dan lembut untuk mengajak SA ke arah kebaikan amat bagus.... kak sue suka cara macam ni....
    -Dalam kelembutan ada ketegasan....
    - Kalau degan SA x boleh cara yang keras.... keras + keras = patah.... hahaha
    - Rasanya kali ni kak sue x jatuh hati dengan Hero... tapi kak sue jatuh hati dengan Heroine pulak....

    ReplyDelete
  12. haaa amik ko sebiji,i wasn't born yesterday,

    sorg trsentap,sorg ego melangit2..
    tp cayala SA,at least he try 2 win lisa heart.,

    SA y not lps ni nyanyi lagu pencinta wanita ahahaha..

    ohh ya..adakah pon2 tu damia??dohh syira bape byk speku ko ni??

    kbye..

    ReplyDelete
  13. Rin,
    kita macam cup cakes ekk huhuhu, kita aderla rin, slalu baca cuma x komen jep....huhuhuhu skang sibuk skit ngan sukan MOF nie, kulit dah golap berkayak ni..menang nyer idakk pulokk hehehe... XD

    mode: akan sabar menunggu n3 baru ^_^

    ReplyDelete
  14. izan
    aiyak
    ini pendapat hangat. Betullah. ramai org muda skang mcm ni. Dh lama kawen pon still bnyk masalah nk tegur suami. Typical Malay husband sorry to say mmg x leh sgt bini tegur. Kat ofis bos, kat umh pun nk bossy2 jgak *pengalaman sy yg x seberapa & some observations. Great voice!

    RinsyaRyc
    SA malu u tgah berkemban :p
    Dok je diam2 dlm simut tuh.
    Naik angin sebab hobi la Rin..kita kan pompuan spesis emo. Dlm cter cam Lisa bolehlah poyo2..muahaha

    sue
    haishh...org seterusnya yg suka kat heroine. Kena bukak kelab Saya Suka Lisa. Keras2=patah. Wah komen dr org yg berpengalaman ni.
    Hahha ini nk kna kerja keras naikkan saham SASG.

    syira
    I pon suke SA ckp mcm tu. Nmpk mcm er ntah la *ko pon merepek same dgn syira gak KL!
    hahahha
    SA pandai ke nyanyi lagu tu...sy lah tu nk kna pi gugel erk.

    pon2 kete kecil warna merah.
    kbye

    ReplyDelete
  15. TLC
    MOF..aishh been there so2 many times. Ntah2 pnah naik lif skali ek? hehehe. Abaikan.

    ReplyDelete
  16. Slumber gile si lisa pysco SA. Gud job lisa ingatkan benda2 Wajib tu. Dah jadi roomwife yg berjaya nampaknye..ekekekkee
    SASG tak aktifkan mood miang,gatai, romantic mr loba-loba lg tu..
    Kantoi ngan Kebar kah?

    ReplyDelete
  17. haih, 2x pon pon yg misteri nih. haha.

    bagus lisa, psiko si SA tu byk2. biar dia sedar kat mana bumi dia berpijak.

    apa? zm nk join pakatan lili? ish, biar betulll? :p

    ReplyDelete
  18. good girl Lisa - kena pandai nk psiko SA
    SA jgn lh lbih sgt ego!

    tq KL.

    ReplyDelete
  19. best sgtlah rin. baca punya baca..tup tup..eh dah habis??? ( ini kes diberi betis hendakkan peha ni, so sila abaikan ) ;p...
    jatuh cinta kat laki bini dua orang ni. sorg ego, sorg reverse psycho. padanlah sangat;)
    pon~~~~~sapa yg hon? kacau daun betul!

    ReplyDelete
  20. best sangatlah kak rin.. terlalu.. suka gila NL ngan SASG... persoalan ari tu tak terjawab lagi, tmbah pulak lg 1.. sape y hon2 tuh..ngeeee...

    SASG perlukan ms nk berubah.. dia pun ad bentuk ego dia jugak.. tp nmpak sngat y dia sayangkan NL.. aishh.. bilalah nk tahu, kenapa NL tu berubah..tp suka cara pendekatan yg NL bg kat SASG... bnda mcm tu sebenarnya sngat membantu ke arah perubahan y lbih baik.. sebab paksaan x leh selesaikan masalah...

    suka sngt entry ni kak rin.. sukaaaaaaaaaaaa sangatt... (sengih2 kambing dah nih..) thanks tauu.. (komen sy x pnh pendek kan..) aish.. khilaf diri sndiri.. kalu dpt tulis komen, x mampu nk berhenti..ahaha..ampun maaf diphon ya

    ReplyDelete
  21. as-salam & Hai KL,

    Lost my predilection for SA in this n3 … but my heart jaz fall for Lisa:
    - Lisa a kinda regret her marriage to SA – she is hoping for a guy who can guide her to a bright Addiin path! – but Alhamdulillah she realize tat it is already written in Loh-Mahfuz

    - Trying to ‘wake-up’ SA fr ignoring his responsibilities as a muslim esp part on ‘solat’! psychologically well done by Lisa – at least for the time being it coerce SA to think HARD!

    Again readers are left with another or is it the same query --- the car ????

    *Kalau serangan gaya naga keluar api tak apa, kalau kena gaya naga kena ulat bulu? mood:esok hari Jumaat!

    TQVM KL ♥♥♥

    ~Jazmeen@Melor

    ReplyDelete
  22. Ayu Dzulkarnain
    Mr loba2..hahaha
    Sy pon sokong Lisa jd roomwife yg berjaya.
    psiko smpai SASG give up!


    Hajar
    Lisa nk kena jerit kat tinge SA, ko kat Mesia la mangkuk!
    Zm kan suke yg opposite attract nih. Tu kes suke dera jiwa sdiri :p
    Bagi kalu Lili lg super hardcore punya antagonis haru tuh.


    ImAn
    good sgt sbb dh bosan jadi bad girl..muahaha..
    SA x ego...tgah mencari identiti diri je. Cewah konon.


    Emy Roberto
    1stly ur name class gitu. me loikke :)
    hahahah...ada gak yg komen kat ats tu eh dh abis. Biasanya 13 pages, ni 12 pages. pendek gak lah tu tp tolonglah...cramp otak gak ni...
    hahaha skalu Guest je yg hon :p

    ReplyDelete
  23. kl,
    tu la kan..apapun wat the heck.harung n hadap jer...
    Lama dah folw kat sini,tapi tukang baca jer...suka sorok2.sekarang ni free sikit tu tingal tanda kat cni..hheehh

    ReplyDelete
  24. nur ezzah maisarah
    wakakak...dear young girl.
    tu namanya komen dr penulis berjaya. awk x buat cerpen psl SASG & NL dh cukup baek. Ngeee...
    Cu bagi lak RM yg komen, ayat harus sampai ke jiwa. U knw different ppl, different approaches & some of them langsung risau nk drop sbb worry of their words but I'm okay. All kind of comments, panjang pendek sepatah, seribu pun sy sukerr je.
    oh cinta!


    Jazmeen
    w'salam & hai dearie
    Hoh not u, many readers doesn't fall for SASG this n3. Lisa really outshine her wifey role. To adore okay :)
    Betcha Lisa actually knows his x-boy weaknesses. Kan SASG tu ala2 gatal kan. Eh tetiba Tewas Itu Taat :))
    Salam Jumaat (awalnyerr)

    ReplyDelete
  25. izan
    kalau free tgal tanda lagi. Cintalah awak :)


    ishh mood malam Jumaat lagi.
    Jom baca Surah Al-Kahfi malam ni :))

    ReplyDelete
  26. muehehehe menyempat pulak dia nak puji nama. kembang hidung cik kuntum renjong versi tiruan kat sini ;p..makseh babe ;)
    tapi seriously best sgt rin. betul2 jatuh cinta! TA yg ego tapi penyayang tahap gaban. Lisa pulak ada gaya sendiri nak sedarkan encik naga tu..aaaaaaaaa..
    dan lagi satu, sgt suka cara penyampaian msg tu. hati i pun cair babe! lisa oh lisa~~~~
    skrg ni sa dah ada penyakit baru. suka refresh page ni tak kira masa, nampak sgt mengharap entry baru. baru jumpa blog ni last week, tapi skrg rasa macam dah lama pulak melepak kat sini...
    Good job KL! good job rin! (sambil lambai-lambai tangan dr jauh)

    ReplyDelete
  27. ehem ehemm.
    sume tak jatuh cinta kat SA entry ni?
    meh kasi kita yg jatuh cinta ngn SA.
    SA macam sangat cool okay ! period.

    and NL, oh sangat nampak dirinya yang menuju ke arah kebaikan. i loikeee
    =)

    ReplyDelete
  28. gila....addicted kot dgn cita nie...haha.

    sis, kenapa cita nie sangat awesome?? really mean it. TErbuai2 bila baca... tersenyum2 macam org sasau kot.. :)

    sebelum kita join NL dgn SASG punya new adventure life..kenalah tau their past dulu kan... now baru faham kenapa tajuk dia USD. ;)

    hari tu baca skip2... skg ulang balik baca dari sinopsis nak bagi paham..huhu...

    pssst! nak lagi...hehe =')

    ReplyDelete
  29. Alololo so sweet this couple..pndi lisa psiko SA. Bgs pdekatan yg lisa buat nk sedarkn laki dia. Hrp2 leh la berubah so lisa pun bole la jth cinta SA . Bau2 cemburu dh sda tu n lg satu Suap mnyuap yg x thn tu hehehe. Ni buat makin x sbr tgu next n3

    ReplyDelete
  30. arrrr...best nyer...next plez...fighting...hahaha

    ReplyDelete
  31. kali prtama join this blog. member promo. mmg crite yg dkat di hati. mudah, jelas, pengisian superb. teruskn kl, i likeeee!

    ReplyDelete
  32. owh azri..mmg keras kepala.tak pernah nak berubah.
    tapi azri ttp sweet.mungkin sbb ketegasan dia..
    dan cara dia mencitai lisa yg sangat special hehe..
    azri..lisa nak perubahan yg lbih baik.tapi dia tak pernah cuba untuk memahami lisa..
    lili?hiuu..malas nak dgr nama tu..
    gud job kl..always!!

    ReplyDelete
  33. cop!! i fall for SASG..on his unpredictable actions..he's more tegas & Que..romantik dorang lbg krg sama.Azri ni degil & ego..i like that,Lisa kan pandai mesti dia leh lembutkan Azri. Yg pon2 tu agaknya Kebar..tp Azri ada softness jugak..kn dia pujuk Lisa in his on way sblum keje.Ntah2 fail biru tu x perlu,its just an excuse he..Lisa should know how to read body languages. Actions speaks louder than words.
    As org yg pnah ddk sebilik.Lisa should understands better utk berdakwah dgn suaminya Azri..
    Rin..i suka Jake tu,hrp Azri simpan lg his smart beard..not semak..sexy tuh!

    ReplyDelete
  34. Dear KL,

    -aduuhh...so sweet Lisa ni..dalam diam-diam bantai SA..ha..ha..ha....boleh praktik ni..ha..ha..ha..
    -sapa kata SA ni tak hensem, tapi tak boleh lawan akak punya Que laa...
    - Lisa, you have change a lot...and SA too..lagi-lagi la perlukan perubahan..
    -bila lisa nak berbadan dua ni... ?????
    -luv u sooooo muccch....

    -kak fadz-

    ReplyDelete
  35. Emy Roberto
    of course notis sbb sy kalau ada comment trus baca & reply kalau kebetulan free, kalau x sy ulang baca later nak feel & baru reply jd kebanyakan commentators kat sini sy boleh knal gaya ayat, nama, dorg punya feeling shout tu & kalau tetiba nama yg biasa ada sy boleh rindu & up to 1 point terteanya, wat happen to them? sihat ke? apa ke? Gila tak? hahahahha....my bad
    sila melepak dgn jayanya tp usually sy bgtau bila next2 n3 x nk bg org buang masa dtg x de n3. Kbye!


    zatie
    jatuh cinta gak tu depa kat SA tp Lisa yg sweet outshine laki dia. Ishhh i pon very the likey Lisa yg improvise *blh guna utk org ke? lol!
    bye zatie

    anis farzana
    saya yakin awk antara yg tertipu & expect cter ni semacam sbb tajuk USD tu kan? hahaha tp betullah tu sy pun agak typical reader.
    skang dah ulang2 baca faham tak?
    psst..tungguuuuu

    arzalif
    aigo..suke sbb bab suap meyuapke? Ish dorg confirm la syg2 each other tgal nk bg memasing ikhlas & redha dgn jodoh tu yg entah bila.
    Tgu yea..happy holiday @HK.

    Anonymous
    aii suka..fighting yeah :))


    Anonymous
    sape promo tu? Ckp time kasih ya. Nasib baik tkg promo tu x kna maki *meet ur taste sbb sy faham x sume genre would suit our taste. Thank u sudi let me knoe ur existence here...like jugak :))


    Kk Zen
    huh Azri ni keras kepala smpai bila agaknya.
    Lili keras kepala sampai bila? Huh sampai kena tumbuk dgn Azri kot.
    Yes agreed. Azri cara dia dgn Lisa nti since kat Pasing lain. Nak tp dia bg lepas2 je. Bg je Lisa find her own way.


    Sal
    eh harus SSB, saja nk bg bayangan hero lain sikit tp kna imagine sdiri2 yea..Cabaran tu nk bg Lisa sound2 SA. Terlebih knal kdg2 buat kita tau ni ah confirm x jalan..ni aah confirm x jalan jgak..hehhe. Kna try & error lah Lisa ya. Cahiyok. Thanks Sal.


    kak fadz
    dearie...
    -Sapa kata dorang ni hensem? Percaya sy ckp? muahahaha....tu namanya tulis cerita. Imaginasi masing2..
    - Lisa yess sweet & berubah dgn comel, SA tu kna ditolong. Risau kot Lisa tak tertolong nih.
    - Hah? uhhh nak g bunting pelamin mcm Fasha ek..uhh Jejai * x pepasal :p
    - luv u soooooo much too

    ReplyDelete
  36. ending bab ni suspens. mesti someone yang diorg kenal tu.

    love you, KL! :D Thanks for the entry

    ReplyDelete
  37. ehh ... my comment mcm tk naik ...
    tk pe ... KL, sy tetap jugak nk bagi komen wlpon x sberapa ..;
    sbab sy nak puji NL - bagus Lisa & nanti kasi up lagi k..!
    harap azri tak 'uzur' slalu ... & jgn maseh menharap Lisa yg dulu!

    timekaseh KL ...

    -guest melepak

    ReplyDelete
  38. Tak sabar nak tunggu next entry....ayat apa laks yang si Lisa nak basuh SA...hu..hu...;o) Thank's KL...anda menyerikan masa2 senggang saya yg x berape nak senggang ini....peace!!!!!!!

    ReplyDelete
  39. ai suka cara lisa ni.. kena setepek azri!! padan muka.. tau plak i wasn't born yesterday yer.. hmm

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...