Friday, 1 February 2019

MISS UNTOUCHABLE - 2




            “LEX, sini.” Zahim melambai – lambai. Susah nak mati cari parking kat bangunan tempat kerja kawannya yang seorang ni. Mujur Lex nampak keretanya yang agak tersorok ni. Dari jauh dia nampak Lex berjalan sambil sibuk bercakap di telefon. Handbag dah rebeh di lengan, kalau ada mat rempit nak merembat pun senang aje. Tak berubah perangai sempoi Lex ni. Zahim hanya mampu gelengkan kepala.
            “Kenapa nak jumpa? Bukan kau nak pergi makan angin ke?”
            “Adalah. Nak minta tolong sikit.”
            Zahim memandu sampai ke KFC.
            “Dah gaji belanja KFC je?”
            “Lex, KFC dah mahal tau sekarang. Kalau tak mahal orang tak viral. Dah jadi makanan orang ada – ada ni.”
            “Mengadalah kau. Naik 2-3 ringgit pun nak bising. Ni bukan makanan ruji rakyat Malaysia nak bising sangat pun.”
            “Lex, aku nak KFC.” Nada suara Zahim tegas.
            Fine…..” Nada Lex dah tak berapa ‘fine’ dah sebenarnya. Tak kan dia nak bagitau semalam baru dia makan KFC dengan keluarganya? Lagi pun apa yang dia nak bincangkan ni macam tak sesuai je dekat KFC.
            Order je aku apa – apa. Aku cup tempat.” Lex terus menghilang. Selamba tak hulur duit. Zahim kan jejaka baik hati, mesti belanja punyalah.
            “Okay….sekarang kau cakap apa hajat di hati?” Zahim bertanya sambil meletakkan tray di atas meja.
            “Tak menyempat.”
            “Sebab aku pun nak ada hal nak cakap.”
            “Kau dululah. Aku tak penting.” Lex menyudu kentang putar.
            “Aku nak kahwin.”
            “Damn!” Lex terjerit. Gadis sepertinya tak da la nak tersembur air, tersembur ayat power ada lah. Ayat dia kadang – kadang macam tak ada iman, jauh tersasar dari nama diberi.
            “Kau pula cakap.” Kini Zahim pula buka telinga.
            “Aku nak kahwin dengan kau.”
            “Gila?”
            “Habislah…”
            “Apa yang habis?” Zahim blur.

2 comments:

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...