Wednesday, 6 February 2019

MISS UNTOUCHABLE - 6


MAJLIS Angah selang seminggu sahaja dengan majlis Jes. Bukan Angah yang gesakan majlis tapi Jes yang asyik bertukar tarikh. Maklumlah suami kerja di luar negara, nak cari kata sepakat yang susah.
Lepas semua majlis ni selesai, Abah dah janji nak teman Lex ke Kuantan. Nak bincang dan dapatkan kata sepakat dengan Mak Jah dan Fikri. Angah dan Kak Ngah pun sibuk nak ikut. Kalau Fikri tanya mana suami, ala…tunjuk aje gambar dia pakai baju bridesmaid Angah tak pun baju bridesmaid Jes. 2-2 pun dah tahap baju pengantin.
“Nyanyikan aku satu lagu please….” Jes menepuk bahu Lex yang sedang berehat.
“Eh, kau bila nak buat grand exit. Shooshhh…” Lex buat – buat menghalau. Maklumlah jam pun dah merangkak ke pukul 4.30 petang. Pukul 5 majlis dah habis. Bestnya majlis kat dewan ialah majlis habis on time sebab katering dan event planner sibuk nak balik.
“Nak malu apa, family kau dah balik. Jomlah….”
“Jap…jap nak cari lagu apa.” Tangan Lex laju memilih lagu yang paling mudah nak melalak. Kalau dia yang pegang mic, tak da istilah menyanyilah. Dengan dress yang agak meleret, Lex melangkah ke pentas. Standardlah, bidan terjun, sebelah tangan pegang mic, sebelah lagi pegang phone tengok lirik.
Mujur band music ni boleh belasah ikut aje lagu yang dia pilih last minute.

Today was a fairytale
You were the prince
I used to be a damsel in distress
You took me by the hand

Baru Lex nak tarik, Hadi Akhtar tengah tersenyum memandang dan sedang berdiri di sebelah Boy dan Jes.

Kenapa mamat ni diundang? Mujurlah skrin telefon ada kat tangan, kalau tak lagu Taylor Swift boleh tertukar lirik jadi Anak Itik Tok Wi sebab fikiran dia dah terbang seketika. Dah masuk rangkap terakhir, dia pun dah lupa sepasang mata sedang memerhati.

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

Turun dari pentas, Lex mencari Hadi Akhtar. Ada sesuatu yang perlu mereka duduk berbincang sebelum dia rasa bersalah dan tak tenang duduk.
“Lex, sini.” Hadi Akhtar memanggil apabila menyedari dia sedang dicari.
“Dah makan? Lambat sampai, lauk pun dah nak habis.” Lex berbasa – basi. Tadi dia sempat berbisik ke telinga Jes, ‘Sejak bila mamat ni masuk senarai tetamu undangan?’ Jes seperti biasalah gelak tak bersalah dia tu.
“Ni ada lagi. Bolehlah makan apa yang ada. Teman I Lex.” Hadi Akhtar selamba menyuap nasi ke mulut tapi sempat mengarah.
“Lambat Lex, tadi amik Hadi kat airport.”  Boy memberi alasan.
Lex duduk di kerusi sebelah antara Boy dan Hadi Akhtar sambil melayan Instagram di telefon bimbit.

Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale

“Ishh…tahu suara I teruk tapi tak payahlah nak perli.” Lex pandang ke arah orang sebelah yang dah siap makan. Sedap pula dia nyanyi tapi air muka buat – buat serius. Perlilah tu.
“Boy, baik suruh kawan you stop nanti hujan.” Lex alih pandangan ke sebelah kanan pula tapi Boy angkat bahu dan blah.
“You tak rindu bakal Daddy anak angkat you ke?”
What the fish!




“ADAM….” Lex berlari memeluk Adam yang baharu pandai berjalan. Dia bercadang nak bawa Adam ke Kuala Lumpur. Minggu depan birthday Adam. Urusan Angah nak ambil anak angkat pun dah hampir selesai. Dia pula yang rasa macam tak bersedia mental dan fizikal. Takut kalau tak mampu jadi ibu yang sempurna untuk Adam. Maklumlah gaya hidup dia ni bukan macam mak – mak orang sangat. Yang dia ada cuma kasih sayang yang tak berbelah bahagi untuk Adam. Cukupkah?
Pengasuh untuk Adam dia dah carikan. Bilik bibik kat tingkat bawah dah siap berkemas dan akan dijadikan bilik Adam dan bilik dia jugalah tapi jangan harap dia nak korbankan crib dia sejak azali di tingkat atas. Bak kata Angah, dia je yang tamak sebab ada dua bilik.
Kak Ngah kerja juga orangnya jadi tugas ambil – hantar dan jaga Adam sepenuhnya adalah di bawah tanggungjawab Lex. Orang lain setakat membantu.
“Suami kau mana?” Fikri menegur.
“Busy.”
“Adam dia tak pernah tengok tapi ada hati nak jadi bapa segera? Mampuke dia nak jaga Adam?”
Lex diam tanpa banyak bunyi. Dikerling Abah. Angah memberi isyarat buat tak tahu. Jangan sampai orang Kuantan tahu Lex tak kahwin pun. Dah lah cakap konon kahwin kat Australia sebab lelaki Mat Salleh. Kerlasss kau menipu. Idea Angah memang boleh tahan jelik juga. Harapkan Mak Jah je lah yang tak banyak bunyi sebab kahwin Angah, Mak Jah dan Fikri dijemput. Kaedahnya di pengetahuan dorang, Lex langkah bendul Angah.
Paperwork Adam semua dah nak settle. Nanti kami maklumkan kat Fikri nanti.” Angah cuba mematahkan serangan Fikri. Kasihan Lex, kasihan lagi dengan Adam. Boleh dia bayang waktu Mak Jah pergi dialisis tiap – tiap minggu siapa yang jaga Adam. Nama sudah pasti Fikri yang jaga tapi kalau masa dia kepala tak betul, selamba agaknya dia tinggalkan Adam sorang – sorang kat rumah.
“Angah nak pergi mana?” Nampak Angah berdiri, Lex dah tak keruan. Kak Ngah pun ikut sekali turun.
“Lex ikut. Adam, jom!”
“Semacam Fikri tu kan?” Kak Ngah menegur.
“Besar ikan tu Adam. Bigggg….” Lex memberi sepenuh perhatian kepada Adam yang tampak seronok melihat ikan di kolam kecil di tepi rumah.
“Baru lepas high entah – entah tu.” Barulah Lex menjawab soalan Kak Ngah.
“Memang patutlah Angah pun risaukan Adam. Teruk sangat keadaan Adam kat kampung ni. Tak terurus. Dengan Mak Jah nak berjalan pun terhencot. Fikri yang macam tu. Bawak Adam balik hari ni dah tak payah pulang – pulang balik.” Kak Ngah membebel.
“Lex, Adam dah pandai jalan ni, kalau dibiar kolam ni tak berpagar memang bahaya.” Angah memerhatikan kawasan keliling rumah Mak Jah yang tak terurus. Kalau duduk sekampung dengan saudara – mara lainlah, ini Mak Jah asalnya dari Kemboja yang kahwin orang Melayu. Dulu Azlin boleh diharap jaga keluarga, sekarang tinggal Fikri yang tak berapa boleh diharap. Ada hati pula nak jadi adik ipar dia. Datangnya tadi pun bukan reti nak hulur salam.
“La…esok Adam dah duduk kat KL. Papa tak payah risau ya.” Kak Ngah bergurau. Hidung Adam yang meleleh air hingus dilap.
Lex senyum. Syukur calon pilihan Angah penyayang orangnya.
“Papa, kemain kau Angah.” Lex gelak.
“Tunggu Daddy Adam lambat sangat.”
Angah melawak tapi sumbang pula telinga Lex dengar.
Daddy Adam?




“HELLO. Assalamualaikum. Lex, boleh turun bawah. I tunggu kat lobi. Balik sama – sama.”
Lex rasa macam kena kejutan elektrik. Dia memang tengah bersiap nak balik awal tapi sebab nak singgah beli barang – barang untuk persiapan hari jadi Adam.
“Tak boleh cakap dalam telefon ke?”
“Lagi afdhal turun. You tak turun I naik.”
“Ish.”

Hadi Akhtar membawa Lex ke restoran Secret Recipe. Macam hari tu, Lex tetap berkeras nak pergi asing - asing nanti nak balik senang.

“Lex, I hantar rombongan hujung bulan ni. You okay kan? Ke nak lagi cepat?”
“I dah tak jadi ambil anak angkat.”

Hadi Akhtar diam seketika.

“Kira lupakan je lah perbualan kita tempoh hari.” Lex putar straw di dalam gelas sambil tunduk.
“Hmm…okay tapi I nak buat – buat lupa I sukakan you memang tak boleh lah.”
Damn!




Nota: Nak sambung atau nak buku? Haha....please suruh sambung...buku nanti satu dekad tunggu uols : D
Lev
Lev
Lex
xoxo






23 comments:

  1. Sambunggg please...hahaha

    ReplyDelete
  2. Sambung la sambung. Buku tu cerita lain pulak πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...buku tak payah senang cerita

      Delete
  3. Ai is tamak! Nak smbg dan nk buku jgk... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u...jangan...die standing i author ni...lol

      Delete
  4. Sambungggg.. pleasee

    ReplyDelete
  5. can it be sambung dlm Del, kat blkg dlm 5 more capters? takde plk emoji tangan dua nih kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....kena tarik balik manuskrip ke macam mana tu...

      Delete
  6. Nak sambung and nk buku jugak. Please😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kalau buku nak mengarut apa lagi pasal depa nih *lap peluh

      Delete
  7. common Lex! giv Hadi d space to express himself heheee - if he keep tailing you in a proper manner then he shud b okay. Grab tat opportunity

    ~Jazmeen~
    ❤️❤️❤️🌺🌺🌺

    ReplyDelete
    Replies
    1. spot on Jaz kan.. if for a certain time the following is still there there are sure to be sparks everywhere

      Delete
    2. oh, crush ya dengan laki - laki stok sopan ni?
      hahaha....

      Delete
  8. Ah ah mmg skr yg gini manaada lg 1 in a million X jumpa

    ReplyDelete
  9. Sanbung lah...buju pun nk jugakkk.

    ReplyDelete
  10. Wow, akhtar is serious πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» Thx kak RA for this story πŸ’πŸŒΉ

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...