“ANGAH nak hantar Abah jumpa
kawan dia kat KL Sentral. Nak ikut?”
Laju
Lex gelengkan kepala. Bosan kut.
“Okay,
jumpa kat rumah. Kalau rajin masaklah dinner.
Kalau malas tunggu kitaorang balik.” Angah meninggalkan pesanan paling best.
Mereka berada di KLIA, hantar Along sambung postdoc
di Sydney. Angah melabelkan Along sebagai orang yang tak ada kerja lain
selain belajar. Lepas ijazah, kerja sekejap dah sambung Master. Lepas tu dapat
tawaran sambung PhD. Kerja setahun sambung lagi belajar. Huh, jawabnya kerja
Along memang belajar je la gamaknya.
Lex
berjalan menuju ke keretanya. Teringat peristiwa di Central Embassy, tangannya
gatal nak meng-Google seseorang.
Hadi Akhtar died at Mt Buller…
“…euwww
bukan Hadi Akhtar yang ni.” Lex terjerit kecil. Mujur sorang – sorang dalam
kereta.
Semua yang keluar Google spesis muka
berjambang. Hadi Akhtar yang dia kenal satu bangunan tempat kerja tu Melayu
habis mukanya, handsome dan berkulit cerah. Badannya tegap dan tinggi.
Pakaiannya sempoi tapi kemas. Macam masa mereka jumpa di Bangkok tu, Hadi
Akhtar mengenakan jeans biru gelap dan t – shirt putih Polo Ralph Lauren
berkolar yang di tuck in. Tali
pinggang hitam yang menjadi aksesori dah mencukupkan pakej lelaki stylo zaman
sekarang. Pasangannya pula Delilah yang juga boleh jadi girl crush kalau tengok lama - lama. Terang dia cakap ‘kawan I yang
jumpa’ jadi kawanlah kan. Tak dapat mengesan Hadi Akhtar di Google, tangannya
gatal menaip nama Delilah. Punyalah berjela hasil carian mengenai Delilah. Dia
tambah Linkedin barulah jumpa.
Delilah
DCMS
Oh,
Consultant rupanya! Bicara Lex sendiri.
Aesthetic
and Plastic, Reconstructive and Cosmetic Medical Tourism.
Pergh!
Berjela nama jawatan di profail. Patutlah polish
semacam. Lex menaip alamat DCMS di Waze.
LEX berbaring di sofa panjang di
hadapan TV.
Angah datang dan selamba sahaja mengangkat kepala si adik dan
diriba.
“Ish,
kacaulah.”
“Memang
niat nak mengacau. Abah sebelum pergi surau tadi pesan suruh tengok kau. Dia
cakap kau macam nampak stress je balik tadi.”
“Lex
rasa dah jumpalah calon Daddy Adam.”
“Dah
mula dah. Allahuakhbar Allahuakhbar. Lailahaillallah.” Angah tunduk dan
mengazankan telinga si adik.
“Eeei..Angah
ni.” Lex menjentik dahi si abang.
“Along
dah pesan semalam kan. Nak kahwin bukan tak boleh. Rasa nak kahwin pun tak
salah tapi bukan sebab Adam please….sekurang
– kurangnya memang sebab Lex suka dia.”
Lex
diam.
Cerita bab kahwin mestilah Along yang paling risaukan dia. Jodoh
perkahwinan Along tak panjang. Kahwin tak sampai dua tahun bercerai. Tak serasi
katanya. Jadi Along memang risaulah kalau kenal aje terus kahwin. Kalau dengan
Zahim yang semua ahli keluarganya kenal rasanya taklah ahli keluarganya risau
sangat. Malangnya lamaran Zahim dulu dia dah tolak mentah – mentah.
“Lex
risau Adam kat kampung tu. Fikri tu kaki dadah. Mak Jah sorang jaga Adam. Dia
pun sakit. Kenapalah dorang tak fikirkan masa depan Adam. Bagi je lah Lex jaga
Adam.”
“Fikri
saja kan nak bagi syarat macam tu sebab dia yang nak kahwin dengan Lex? Dia
sukakan Lex kan.” Tebak Angah.
Lex
pandang ke siling.
“Masalah
orang jangan jadikan masalah kita.” Pesan Angah lagi.
“Lex
dah janji dengan arwah.”
“Memanglah
tapi taklah sampai nak kena menyusahkan diri sendiri. Kalau Lex dah jumpa calon
pun, nak ke pergi tanya mamat tu, would
you like to marry me? Lex ni perempuan bukan boleh aci redah macam lelaki.”
“Adam
demam. Lex boleh bawa pergi klinik lepas tu terus kena balik KL. Lex kerja. Tak
bolehlah selalu ambil cuti. Nak balik selalu pun bukan dekat Kuantan tu. Lex
nak bawak Adam duduk KL. Tolonglah Angah.”
“Kalau
Lex nak sangat Adam, apa kata kita balik jumpa Mak Jah dan Fikri, kita pujuk
lagi sekali. Bullshit lah nak
bersyarat bagai.”
“Ni
bukan sebab Mak Jah. Ni sebab Fikri. Menyampahlah Lex.”
LEX teringat peristiwa petang tadi.
Sampai di lobi DCMS di tingkat atas, sebuah frame yang menempatkan canvas painting hitam putih menyapa
pandangan. Cepat – cepat Lex memadankan gambar di dinding DCMS dengan gambar di
skrin telefonnya.
“Ya
Cik, ada buat temujanji?”
“Oh,
tak. Saya nak jumpa Delilah. Kawan dia.” Pergh! Jumpa sekali dah mengaku kawan.
Kalau Delilah dengar ni buat malu je.
“Dia
cuti.”
“Cantik lukisan ni.”
“Rasanya kawan bos tu yang hand sketch. Bukan artis pun tapi suka – suka je bagi bos hadiah
masa opening klinik ni.”
“Ooo…”
LEX tiba di hadapan lobi bangunan
Maxwell seawal 8 pagi.
Tolonglah Boy kerja hari ni. Lex menanti Boy muncul
macam pak Guard dah. Kaki pun naik lenguh. Baru setengah jam dia berdiri. Mamat
ni masuk kerja pukul berapa? Kalau batang hidung tak nampak, dia dah kena masuk
pejabat pukul 9. Nanti nak kena kejar cari Boy masa rehat pula. Nak pergi
terjah ofis Boy dia segan.
Senyuman
terlakar di bibir Lex. Panjang umur Boy. Tangan dilambaikan tanda memanggil
Boy.
“Morning.”
“Morning.”
“Boy, I
nak tanya sikit.”
“Apa?”
“Kawan
you.”
“Oh,
Hadi ke?”
“You all panggil dia Hadi? Dia suruh I
panggil Akhtar tau.”
“I
kenal dia dah lama lah. Kalau staf dia memang dia suruh panggil Encik Akhtar.
You jumpa dia kat Bangkok kan?”
“Wow!
Dia cerita kat you? I did not expect this.”
Lex pula yang terkejut.
Ingat spesis touch
N go atau ‘what happens in Bangkok
stays in Bangkok’.
“Dia
cakap kat I nama you pelik. I pun tak pernah tahu nama you apa sebelum ni.
Orang panggil Lex, I pun panggil Lex lah.”
“Tu je
dia cerita kat you? Pasal nama?”
“Aaaa…dia
Google nama you siap. Iman Alexis biasanya dia cakap nama orang kulit hitam.”
“Eh…siol
je mamat ni.” Terus mati mood dia nak mengorek latar belakang seorang Hadi
Akhtar.
“I dah
lambat. I naik ofis dululah.” Lex meminta diri dan terus berpaling tapi bahunya
disentuh dari belakang.
“You
nak tanya Boy apa fasal I?”
Nota: Happy Sunday readers!
Lex
xoxo
RA@KL
update cepat please rin.
ReplyDeleteotw
Deleteohh, can you be my husband? haha keep going Rin.. ^^
ReplyDeletehaha... dasat sangat tu
ReplyDeletePantas betul Lex tu buat kerja π berkenan je terus jejak ya ππ» Thx RA for this story ππΉ
ReplyDelete