Saturday 2 May 2020

KISS OF 14 DAYS - FINAL



FINAL


KITA nak cakap lagi ke fasal kindness is not a trend anymore?”
Soalan Amir buat Dahlia rasa tertampar. Tak adalah dia teruk macam itu sekali. Dia cuma tak sukalah kalau Amir terlajak baik dengan semua orang sebab kalau dah macam tu, kat tang mana spesialnya dia? Boleh ke nak capai relationship goal yang Amir dambakan tu?
You be you. Ookay...” Dahlia mengalah. Rasanya tu bukan masalah besar dalam hubungan mereka. Dia sahaja yang salah mentafsir dan masih mentafsir rasa hati sendiri.
“Sure?”
“100%.”
Dahlia tak nak tergolong dalam kategori ‘FOOLISH’. Bak kata pepatah Inggeris,
only a fool mistakes kindness for weakness,
and kindness is obviously
Amir Dzikry’s superpower too.


DAHLIA menjeling telefon bimbit di atas meja. Tak ada tanda pun Mr Spicy nak telefon. Semalam selamat bersahur kemain lagi. Kalau mesej daripada MKN yang tiba-tiba masuk tengah sahur macam ni memang dia hangin.
MKN, satu-satunya ‘orang’ yang tak pilih kasih dalam mengamalkan konsep #kitajagakita. Rasanya satu Malaysia MKN akan hantar mesej peringatan.
Overnight oat ditelan penuh keterpaksaan sekadar buat syarat untuk kutip pahala bersahur. Biasanya kurma 3 biji sahaja dah cukup bagi Dahlia.
Semalaman dia berfikir akan hala tuju dia dengan Amir. Nak-nak selepas mendengar tazkirah online dengan ayah malam tadi. Praktis norma baharu, walaupun berjauhan tetap boleh berhubung dan ahli keluarga dan mendengar nasihat daripada seorang ayah seakan menghidupkan malamnya yang sepi. Dulu tiada istilah malam yang sepi untuk introvert sepertinya tapi sejak dia mula pandai merindu, terasa kesunyian lebih mencengkam.
Teringat nasihat ayah. Pahala puasa ni hanya Allah yang mampu ukur. Sincerity kita terhadap amalan puasa kita tangible, tapi hanya di mata Dia.
‘Susahlah kalau awak nak bagi sincerity saya ni tangible.’
Bukan Dahlia nak fokus dengan ilmu yang ayah bagi tapi sibuk nak relate dengan ayat-ayat cinta Amir. Memang dah tahap parah sebenarnya Dahlia. Nak mengaku payah.

Ayah: Konsep puasa ialah takwa dan tawakal sebab amalan kita hanya untuk Dia. Buat kerana iman dan takwa dan tawakal dengan penerimaan Dia dengan ibadah kita.
Daniel: Ayah, konsep puasa dah macam sama dengan situasi pandemik sekarang.
Mak: Maksud Daniel persamaan daripada segi mental, fizikal dan rohani?

Dahlia nampak Daniel angguk tanda mengiakan jawapan mak. Mujur line Internet clear aje malam ni. Tak da lagging bila bercakap. Bukan macam dua malam lepas yang mental rasanya bila buat group video call.

Dahlia: Kalau yang Kak Ngah faham ya lah. Puasa kena 30 hari. Kenapa bukan satu hari? Sebab kena ulang-ulang amalan untuk dapatkan consistency. Macam flatten the curve. Norma baharu yang perlu dibuat dengan konsisten. 14 hari RMO tu umpama melatih diri sendiri agar terbiasa dengan semua amalan ni selain sebab tempoh inkubasi virus tu.

Dania: Kak Long setuju. Sambung lagilah RMO kat Malaysia tu. Belum lagi stabil. Orang cakap kena berusaha untuk melawan Covid-19.

Dahlia angguk. Tak selalu kakak sulungnya yang menetap di Australia rajin nak join online video call ni. Maklumlah beza masa taklah melampau sangat setakat Malaysia – Sydney tapi Dania Ameena mempunyai keluarga yang lebih menuntut perhatian. Anak bongsu baru 3 tahun kot. Masa ayah pilih nak bagi tazkirah dah masuk waktu tidur anak Kak Long kat sana.

Ayah: Betul, Kak Long. Orang cakap dah berusaha jangan lupa berdoa agar tak tergolong dalam manusia yang sombong.

Macam biasa, hal-hal berat yang dibincangkan akan ditutup dengan lawak sengal daripada Daniel tapi malam tadi Daniel dengan selamba berterus-terang di hadapan ahli keluarga yang dia dah ada someone.
Fokus bukan kepada Daniel tapi semua fokus kepada Dahlia. Takut sangat Daniel langkah bendul. Dah ada kaki, langkah ajelah. Dia pun rasanya memang dah ada tapi belum lagi sampai tahap nak mengaku.
Dahlia menaip sesuatu di skrin telefon bimbit dan butang send ditekan.
Baby step.


WhatsApp berbunyi.
Dahlia: Tak bangun sahur ke?
AMIR yang sedang minum susu kurma senyum sampai ke telinga. Nampak dah ada pembaharuan sejak kes dia prank Dahlia dengan public declaration dan sesi kindness is not a trend anymore. Kelakar bila diingat balik momen tu.
“Dah kenapa tercegat depan pintu?” Adriana yang baru sampai di hadapan rumah menegur Dahlia.
“Sedara you ni. I rasa dia mabuk ubat.”
Adriana angkat bahu tanda malas nak masuk campur dan melangkah masuk apabila Amir menggamit.
Dahi Dahlia berkerut. Seakan faham concern Dahlia, Amir berkata, “Saya bagi dia masuk sebab dia nak pinjam iron dan awak ada kat sini.”
“I tak pernah masuk rumah ni kalau berdua ya. Biasa satu keturunan ada baru I masuk.” Adriana angkat tangan dan menghilang ke bilik belakang.
Dahlia speechless. Bukan apa, beria-ria kedua-duanya nak menerangkan keadaan. Teruk sangat ke tahap judgemental dia selama ini? Lagi satu, nak iron baju nak pergi mana? Nak pergi kerja? Pekerjaan Adriana tergolong dalam kategori essential ke? Atau sekadar ambil bungkusan Foodpanda kat bawah? Duh!
Amir menggamit Dahlia masuk.
Dahlia geleng.
“Awak nak saya bawa laptop ni ke sana?”
“Okey, tunggu.” Dahlia cepat-cepat menghampiri Amir. Seriuslah tadi tu public declaration depan orang. Siapa? Budak pejabat dia ke? Memang tak tahu malu mamat ni. Pipi Dahlia sekarang merah menahan malu dengan pengakuan Amir di hadapan group members hang out meeting.
“Tengok sini. Ini ada butang off kamera. Ada butang off mikrofon.”
“Jeeezzzzz….”
Amir tergelak apabila Dahlia terus bangun nak meluru keluar tapi sempat Dahlia u-turn dan masuk dapur. Selamba, Dahlia ambil bungkusan makanan dan disalin ke pinggan. Sumbat microwave 10 saat. Melilau cari sudu kemudian pinggan ditatang bersama segelas air kosong dan diletakkan di hadapannya.
“Makan.”
Peh! Macam ni punya garang nak bagi bakal suami makan.

AMIR tekan loceng Speedmart.
Dahlia hulur tangan.
“List?”
“Tak ada list pun hari ni. Tadi dengar? Sambung lagi.”
Dahlia angguk. Dasar extrovert. Dapat berita RMO kena sambung macam dapat berita kematian.
“Kan syarat dah longgar sikit. Memang patut untuk kebaikan bersama.” Dahlia melangkah keluar pintu dan berdiri di hadapan Amir. Malas nak buka grill. Cakap aje depan-depan macam ni dengan jarak semeter. Norma baharu.
Rambut Amir makin panjang nampaknya. Dahlia membandingkan dengan saat pertama kali mereka bersua.
“Dah terawih?”
Amir angguk.
Tengok wajah kusut Amir, dah rasa macam obligation pula nak kena menghiburkan hati dia.
“Damien cakap terima kasih sebab selalu jenguk Uncle Tobias. Nanti habis kuarantin baru boleh jumpa.”
Amir angguk lagi. Dahlia ketap bibir.
“Dia ada send video menarik. Jom tengok.” Dahlia bergegas masuk ke dalam dan keluar semula dengan telefon bimbit di tangan siap Youtube dah terpasang.
“Foo Fighters.” Amir bersuara.
Yep.” Dahlia angguk. Telefon bimbitnya dihulurkan kepada Amir.
“Amazing.” Amir terhibur dengan muzik video Learn to Fly.
“Masa saya tengok pun kagum sangat. The scene of 1000 musicians sang and played musical instruments together was just superb!
Bersinar mata Dahlia bercerita. Paling penting Damien kongsikan sebab konsert tersebut berlangsung di Itali. Seramai 1000 pemuzik berkumpul, masing-masing bawa gitar, drum, speaker, mikrofon dan nyanyi serentak di tengah-tengah padang. Bayangkanlah macam mana meriahnya suasana. Ingat senang nak bagi serentak.
Dalam keadaan Itali dilanda pandemik dengan kadar ketiga tertinggi di dunia, melihat video begini mengundang sebak.
“Forza Italia, you will get through this.”
Amir terhibur dan berdoa dalam hati agar keadaan di seluruh dunia bertambah baik. Tak kira negara, agama dan bangsa. Semuanya diuji tanpa pilih kasih dan kita semua harus bersatu hati untuk menentang virus Covid -19.
“Kalau dorang berkumpul sekarang dan semua yang positif Covid -19 boleh bagi nama Kluster Foo Fighters.” Dahlia melawak.
Dahlia Adeeba era RMO. Yang boleh bercakap lebih daripada tiga patah perkataan dan selesa berdua (Read: Hanya dengan Amir Dzikry).
“Fasa 4 ni menakutkan. Macam longgar sikit tapi tanggungjawab besar.” Amir tayang kembali wajah risau.
“Betul. Nanti sia-sia pengorbanan frontliners selama tiga fasa ni. Dorang ni dah macam Knight in Shining Suit. 14 days after another. Nak tunggu flatten the curve jadi kenyataan memang seksa tapi bermula fasa ke 4 ni kalau semua orang be your own knight in your own suit maksud semua orang do their own part in battling the virus, semua akan jadi kenyataan. Kita akan menang.” Panjang lebar pula Dahlia bercakap. Memang boleh dapat gelaran Dahlia the Wordsmith.

I'm looking to the sky to save me
Looking for a sign of life
Looking for something help me burn out bright

Amir melagukan separuh lirik lagu Learn to Fly sambil menghulurkan kembali telefon bimbit Dahlia.
Beberapa saat suasana sepi seketika.
“Dahlia Adeeba, do you love me?”
Eh, bulan puasa ni tapi dia nak juga tanya. Niat hati bukan nak bercinta tak ada hala tuju. Dia memang nak memperisterikan Dahlia. Dia tak sabar nak kenalkan Dahlia dengan ahli keluarganya.
Sambung lagi RMO fasa 4 ni kalau apa pun tarak, boleh buat anxiety level dia mencanak. Nak berkurung lagi dalam rumah, ulang-alik Speedmart tapi tak ada jawapan pasti, sampai bila? Sampai RMO fasa ke seratus? Lenggok Dahlia yang makin mesra pun tak mampu buat hati dia tenteram. Dia nak kan kepastian.
Dahlia senyum.
Bulan mulia ni. Tak kan nak jawab I love you 3000 macam kanak-kanak Ribena. Penat ayah tazkirah konsep beriman ni ialah konsep worldview cara kita membesarkan Allah. Terkesan sangat dan Dahlia faham konsepnya kita sayangkan Allah dan beribadat sehingga yakin something real will happen (Read: syurga dan neraka) bukannya konsep meaningless I love you sesama manusia.

Dahlia: Do you know what does it means that Allah SWT is closer to you than your jugular vein?
Amir: Macam pernah dengar.
Dahlia: It means that He knows, He awares, sees and hears all the things inside of you. He knows what you are about to say before you utter a word.
Amir senyum.
Deep.
Then, you don’t have to say you love me, baby.

Hikayat AD – DA
2020

TAMAT



To satisfy your curiosity readers;
PART 1: Rin Ahmad
PART 2: Farah Husain
PART 3: Emy Roberto
PART 4: Rin Ahmad
PART 5: Farah Husain
PART 6: Farah Husain
PART 7: Emy Roberto
PART 8: Emy Roberto
PART 9: Rin Ahmad
FINAL: Rin Ahmad

Special words
17th March 2020, 9.03 pm:
We should write a short story; KISS of 14 Days.
Hahaha…jom…jom!
The rest is history.

Rin AhmadMillion thanks to FH & ER. You guys are amazing. Pass baton sehari – sehari is no joke but pheww! We managed this well.
Alhamdulillah.
For all readers, you are the reason and will always be the reason who lift up the authors’ spirit. Thank you.

Farah Husain - Let me tell you a secret. I’ve been wanting to do this collaboration for quite a while. #mybucketlist
 Tapi segan yang amat nak buka mulut. So imagine my surprise (baca: happy tak hengat!) bila RA slide a DM : We should write Kiss of 14 Days.
Oh, yes!
So thank you Rin for sliding that DM a few weeks ago. Thank you Emy sebab sudi collab with us. The three of us have different style of writing but alhamdulillah, we managed to write together till the end. Thank you; Pelepak Karya Lepak, ER Lovelies and my amazing Escapism readers for the support.
For every word that we write, we hope you gain something out of it. Yang baik, jadikan amalan. Yang buruk, jadikan sempadan. Thank you again for being with us since the 1st Ramadan.

Emy Roberto: It started with 'jom-tulis-cerita-pendek', sekarang tak terasa cerita dah habis. Thank you so much Kak RA and Kak FH. You both are so cool despite my delay updates tiap kali when the batton is with me.
To all readers, terima kasih sebab sudi singgah ke platform kami dan hope you all enjoy reading dari awal sampai akhir bab. And ya, this short story is dedicated to all of you lovelies!



p/s: Thank you for choosing Karya Lepak for reading this hikayat AD - DA.
Day 10.
Ramadan Kareem.
I love you readers.
Always and forever for your love and support.

Love
xoxo
RA@KL

Friday 1 May 2020

KISS OF 14 DAYS - Part 9


PART 9

DAHLIA melipat telekung. Tempoh risaukan Uncle Tobias dah berlalu. Sekarang dia lebih risaukan diri sendiri. Rambut disikat kemas sebelum dia berlalu ke ruang tamu. Kuku ibu jari diketap dengan kedua belah kaki diangkat dan dilipat di atas sofa.
Cushion pillow diambil dan dipeluk.
Pheww
Dahlia menarik nafas dalam. Rasanya hatinya dah kerap menderhaka. Kalau dulu dia bosan di-Speedmart-kan oleh Amir, kini dia tertunggu – tunggu pula.

New normal perhaps?

Kalau dulu berseorangan tu nikmat dunia, kini berdua bercakap depan pintu rumah pun hati dah berbunga. Harapkan musim RMO langkah pendek, kalau tak rasanya mahu dari pintu rumah ke pintu kereta. Panjang langkah mereka berdua nanti.
Hari ini dapur Amir baru loading barang ke apa? Atau…tak masak? Atau…tak sihat? Dah dua hari Amir tak muncul. Dia pula nak menempel lepas Amir dah straight forward berbicara perihal hati dan perasaan memang tak lah. Karang dah macam bagi jawapan pasti pula sedangkan dia masih perlukan masa.
Teringat yang dia berjanji untuk membantu Uncle Tobias menukar langsir baharu rumahnya, bergegas Dahlia mencapai tudung dan menapak ke rumah Uncle Tobias.
Lebar senyuman Uncle Tobias melihat Dahlia.

“Aik, kenapa Uncle panjat pasang langsir tak tunggu Dahlia? You could fall and hurt yourself.” 

Dahlia dah ala mak tiri marahkan Uncle Tobias. Tak sampai seminggu keluar hospital dah lagak macam orang normal. Tahulah beria-ia tunggu Damien habis tempoh kuarantin dan balik rumah tapi kan dia dah janji nak tolong.

“Don’t worry young lady. Amir dropped by. He helped me.”

“Oh.” 

Terus mulut bertih jagung Dahlia kembali ke mode bisu macam biasa. Boleh pula singgah jenguk Uncle Tobias tapi tak boleh jenguk dia.
Dah kau kenapa Dahlia? Ada tertulis kat mana – mana Amir wajib mengendeng kat depan rumah?
Semata – mata sebab I love you 3000? Sebab  halal relationship goal yang Amir maksudkan? Lamunan Dahlia terhenti mendengar deringan WhatsApp masuk.

Miss me?

Dahlia senyum. Hati kembali berbunga tapi mesej Amir dibiarkan tak berbalas.

“Uncle dah makan?”

Yes. I ate bread and heat up fried rice from yesterday. Agaknya Amir makan macam mana ya?”

“He is a good cook Uncle. Don’t you worry.”

“He fell off the ladder yesterday while helping me with the curtain. Siapa tu? Aina, Lina…that girl datang tolong Amir bawa pergi klinik and he then called later telling everything was fine and no serious injury.”

“Adriana…it’s Adriana.” Jantung Dahlia berdegup laju.

No wonder, he’s been quiet.



DAHLIA mundar – mandir di hadapan unit Amir. Dalam sejarah hidup dia pernah ke tekan loceng rumah lelaki selain rumah Daniel atau Uncle Tobias?
Kalau sejarah peradaban dunia rasanya bersepah spesis perigi cari timba.
Baru Dahlia nak angkat kaki, pintu dibuka dari dalam.

“Hai…” Dahlia terpaksa menegur dengan penuh rasa serba salah.
“Hai…” Dahi Amir berkerut. Patutlah intuitif dia rasa nak buka pintu lima minit lagi awal dari masa yang Adriana janji nak datang. Pintu grill juga dibuka.

“Amir…”
“Hmmm…” Amir tunjukkan kakinya yang sakit pakej dengan bahasa isyarat dan terus berjalan masuk dan duduk di sofa. Sebuah laptop terbuka menghadap Amir.

Dahlia faham bahasa isyarat Amir. Sakit kaki jadi tak boleh berdiri lama. Jalan pun nampak juga terhencot-hencot walaupun tak adalah berbalut bagai.

“Sakit? Uncle Tobias yang bagitau.” 

Dahlia terpaksa melangkah sehingga ke muka pintu semata – mata nak berlawan cakap dengan Amir yang duduk di sofa ruang tamunya.
Sempatlah matanya melilau sekeliling rumah Amir. Hiasan dalaman not bad. Semua perabot dan color scheme pilihan Amir manly through and through tapi dia yang wanita ni boleh saja merasa selesa memandang.

“Ala...sikit je.”
“Itu yang dah lama tak melawat Speedmart ya?” Dahlia meneka.
“Rindu? Datang nak bagi jawapan live ke?” Amir senyum segaris. Soalan Dahlia dijawab dengan soalan juga.
“Dah makan?”
“Belum. Tak larat nak diri lama – lama masak tapi dah ada orang hantar makanan.” Amir kerling sebungkus makanan yang dihantar Adriana pagi tadi. Dia yang tak berselera nak makan.
“I see.”
Dahlia tarik nafas dalam. Orang macam Amir tak perlu pun dia risaukan. Bersepah agaknya gadis yang nak amalkan konsep #kitajagakita dengan Mr Spicy.

“Jawapan awak Dahlia macam ada nada salah faham lagi je. Susahlah kalau awak nak bagi sincerity saya ni tangible. Dahlia darling, please. Kalau awak nampak saya dengan mana – mana gadis cantik ke, tak cantik ke atau nampak saya bercakap mesra dengan mereka, that just me, being me.”

Dahlia ketap bibir.
Malu dengan ‘keterbukaan’ Amir menenangkan perasaannya.

“You have the gifts of making others feel at ease and those pretty ladies and your #kitajagakita concept creeping me out.”

Sweetie...” Amir angkat muka daripada laptop. Jadi tepatlah inferens dia selama ini, Dahlia takut dengan ‘perangai’ dia yang memang dari azali mesra alam dan disalah ertikan sebagai flirting atau playboy? Bukan semua perempuan suka lelaki baik dan gentleman ke?

Dahlia oh Dahlia.

Baik pun tak boleh?
Jadi moto dia selama ini, throw kindness like confetti kena tukar jadi buat baik berpada – pada, buat jahat jangan sekali?

“Apa nak risau. Orang tak cantik macam Uncle Tobias pun saya tetap akan tolong kan. Kalau tiba – tiba awak nampak saya mesra alam dengan gadis yang awak klasifikasikan cantik tu, just remember one thing. You are the prettiest girl. Other pretty girls, if they were pretty, they were pretty. You are loving and only you can warm my heart. Other girls, it’s just ‘congratulation about your face’.”

“That’s...” Dahi Dahlia berkerut apabila melihat sambil bercakap dengannya Amir memberi isyarat dan pandang ke depan skrin laptop.
“Oh, this. Saya tengah hang out meeting.”
“Jeeezzzz…”




p/s: Hah! Morning reads. It's Saturday guys. Dulu excited amat kalau dapat tulis
TGIF
Happy Saturday etc etc....
sekarang ada makna ke?
LOL
Day 9
Ramadan Kareem










KISS OF 14 DAYS - Part 8

Part 8

“Morning, sweetie.”
Morning. Awal hari ni. Speedmart pun tak buka lagi.”
Amir gelak. Dahlia yang turut tersenyum dipandang. Sejuk mata memandang wajah cantik Dahlia pagi-pagi macam ni.
“Nah, I make breakfast for you.” Bekas makanan dihulurkan pada Dahlia.

“Wow! Susah-susah aje. But thank you!”

Rezeki jangan ditolak, Dahlia. Lagipun orang bagi ikhlas, bukannya ada ayat jampi atau mentera kena sembur dekat makanan ni. Sebelum ni dia makan elok aje sampai ke hari ini, tak adalah gila bayang siang malam terbayangkan wajah Amir walaupun level kacak tu menggetarkan jiwa.
Apa pulak kali ni? Kalau sebelum ni macam-macam Amir masak. Kalau datang ‘pinjam’ bunga cengkih dan kayu manis, petangnya Amir bawa ayam masak hitam. ‘Pinjam’ tomato paste, muncul pulak lasagna. Belum lagi level ‘pinjam’ susu cair, muncul puding jagung. Agaknya dapur Amir dah bertukar jadi restoran semenjak RMO ni. Bakat memasak pun dah makin terserlah. Dia yang perempuan pun tak meriah macam ini memasaknya.
Melihat puding roti di dalam bekas makanan yang dibuka, bersinar-sinar mata Dahlia.

"This is my favourite! Thank you tau."

Teruja tengok makanan kegemaran. Baru berkira-kira nak singgah Tesco beli bahan-bahan dan buat sendiri. Rupanya tan payah pun nak susah-susah, jiran yang superpower dah tolong buatkan.

"Tak tahulah rasa okey tak untuk awak. I lessen the sugar but added more love to make it sweeter."

Mengancam ayat kau, Amir. Kalau perempuan lain dengar mungkin bergetar ovari segala, but definately not me. Dahlia melepaskan tawa walau dalam hati ada bunga dalam taman. Ala macam tak biasa, Amir kan ada charming superpower.

"But as much as you love bread pudding, I hope I can be your favourite too."

See! Ayat Amir tadi belum habis lagi, siap ada sambungan yang mampu membuatkan senyumannya melebar. Dahlia tak tahu nak jawab apa. Teruskan tersenyum, lepas tu jongket bahu, habis cerita. Nanti kalau dia sambung panjang-panjang, makin banyak idea mengayat Amir keluar.

"Nanti kalau pergi hospital roger-roger tau. Lepas tu kita boleh pergi Tesco sama-sama."

"Ya. Dah 3000 kali awak ulang."

 Amir mengingatkan untuk kali yang ke berapa entah. Semalam WhatsApp dengan Dahlia pun cakap benda yang sama. Lagipun dah memang rutin mereka berdua, pergi hospital melawat Uncle Tobias tak pernah tak bersama. Cuma kereta aje asing-asing. Musim RMO ni jangan cuba melanggar perintah kerajaan kalau tak nak duit melayang bayar denda atau tidur semalam dua dalam lokap.

"Woah...ingat pulak? Yang saya cakap I love you 3000 times awak tak ingat."

"Bila? Mengarut aje."

"Malam Milo ais, remember? Atau part tu pun awak buat-buat lupa jugak?" Amir mengenyitkan mata.
Hishhhhh, tak payahlah nak sebut tentang peristiwa tiga hari lalu tu…





"Dahlia, wait. Woah...serius awak nak tinggalkan saya dekat bawah ni?"
Semakin laju langkah Dahlia. Dan belum sempat kaki menapak masuk ke dalam pintu lif yang terbuka, lengannya ditarik Amir.

"Please, don't go."

Amir memujuk. Melihat air mata Dahlia berair, dia terpanar.

"Kita pergi sama-sama, balik pun sama-sama. Sekarang naik pun kena sama-sama. And if you're willing to listen to me, I can explain everything."

"Nak explain apa? Nothing to explainlah."

"Kalau it is nothing to you, then, kenapa angkat kaki blah macam tu aje bila tengok Adriana muncul?" 

Suara Amir masih bernada biasa macam tadi, malah lebih kepada memujuk sebenarnya. Pautan pada lengan Dahlia yang tak dilepaskan.

"Tak ada kaitan dengan dia pun. Saya cuma sedih dekat Uncle Tobias. Lain daripada tu saya okey. "

Jangan percaya kalau perempuan cakap okey, bro. Okey di mulut tapi yang tak okeynya di hati. Amir menyembunyikan senyum di sebalik mask. Masuk saja ke dalam perut lif, cepat dia menekan butang tutup. Sempat tangan melambai ke arah Adriana dengan isyarat 'pergi dulu'.

"She is my cousin sister. My uncle's daughter. Nothing more, nothing less. Memang rapat dengan dia, lagi-lagi musim RMO ni jauh dari family segala and only two of us here. I see her, she sees me punya keslah. Hashtag kita jaga kita."

"Owhhh...I see."

Buang air mata kalau kau nangis sambil bawa hati lara kau tu, Dahlia oii. Inilah contoh kejadian alam dimana kau perlu dengar dulu penjelasan sebelah pihak sebelum membuat andaian sendiri.

"Dah, jangan sedih-sedih. Misunderstanding is not worth to cry for."

Dahlia terdiam. Termalu sendiri pun ada juga. Agaknya Amir memang ada segala superpower yang ada dekat dunia ini. Yang dia sedih tentang andaian ke laut dia tu (he already has someone else) pun Amir tahu.

"Nak Milo ais? Untuk sejukkan hati tu." Amir menyakat bila lif sudah sampai ke tingkat yang dituju.

"Tak payah. Tak suka Milo ais. Saya suka puding roti." Random jawapan Dahlia. Hilang kecewanya yang bertimbun-timbun tadi.

"Saya, awak tak suka?"

Gotcha! Dahlia berdeham dan Amir tersenyum. I got you, sweetie!

"Balik, mandi terus tidur. See you tomorrow." Amir sempat berpesan sebaik sampai di depan pintu unit Dahlia.

"I don't think I can go straight to sleep. Haih…harap-harap Uncle Tobias okey aje dekat sana." Again…Uncle Tobias. Allah knows the best for you, uncle.

"Kalau tak dapat tidur, kira I love you 3000 times instead of kira kambing biri-biri."

"Meaning?"

"You know what I mean. Ingat tau, I love you. 3000. Times."

Shushhhh… jangan ingat lagi hal malam tu. Dahlia mengunci grill sebelum melambaikan tangan.

"Bye. And thanks again for this pudding.”

Dan senyuman Amir semakin melebar…



BAWANG putih. Spaghetti. Tomato paste. Minced meat. Cheese.
Dapat diagak dapur berasap Amir minggu akan datang mesti bertemakan masakan Barat. Dahlia berandaian sendiri.  Mintak-mintak janganlah datang ketuk pintu rumah dia cari lengkuas pulak lepas ni.

"Amir, you think Uncle Tobias will be discharged sebelum Damien pulang tak?" Dahlia bertanya ketika mereka berdua bergerak ke bahagian produk basah.

"Tak berani cakap, sweetie. And don’t  stop praying for him. Serahkan semuanya pada Dia, okey."

Dahlia mengangguk. Damien akan pulang minggu depan. Tiub pernafasan Uncle Tobias pula baru dicabut pagi tadi. Inotropes pun dah off, bermakna tekanan darah Uncle Tobias sudah stabil dan dah tak rendah hingga ke tahap memerlukan bantuan ubat seperti sebelum ini. Pendek kata, keadaan Uncle Tobias semakin pulih. Tapi itulah. Bila Damien sampai pun bukan boleh terus balik jumpa Uncle Tobias. Kena kuarantin dan jalani saringan kesihatan untuk tempoh 14 hari dulu. Kalau semuanya clear, baru boleh balik ke rumah. Harap-harap tak ada apa-apalah. Risau juga memikirkan sebab Damien kembali dari negara yang jumlah kes positifnya dalam senarai 3 teratas di dunia.
Apa-apapun, Uncle Tobias masih ada dia dan Amir. Selagi mereka boleh tolong, mereka tolong.

"Anything else you want?"

Dahlia menjongket bahu.

"That's all so far. Tak tahulah kalau ada yang awak rasa-rasa nak minta dari Speedmart lepas ni."

Amir gelak. Level Speedmart sangat unit Dahlia tu.

"Susah kalau Speedmart lain unit. Kan bagus kalau duduk sama, senang cerita."

"Sorry?" Dahlia tahu dia tak salah dengar. Ingat dia anak ayam ke senang-senang nak angkut duduk serumah. Please lah!

"Tak ada apa."

"I heard what you said, Amir."

"Then I hope you get the hint. I'm talking about true love, not 'touch-and-go' kind of relationship."

Eh, eh! Kenapa tiba-tiba masuk bab ship-ship ni? Dahlia blur.

"Do you know that real love begins when you decide to make it halal?"

Dahlia tergamam. Amir tersenyum dan kenyit mata.
Tipu cakap kalau kau tak faham, Dahlia oii!





p/s: Level mengayat Amir ni dasat. 
I love you 3000 readers....
hahaha...
Day 8.
Ramadan Kareem.

Lev,
xoxo
RA@KL







Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...