Saturday 13 February 2021

Sweet short story: Something about you

 


Cover writing by: Farah Husain



DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gambar kek kahwin. Dia baker sambilan dan kek kahwin tadi tu baru selamat dihantar kepada tuan punya. Malas dia nak ambil tempahan di hari Valentine. Cliché sangat. Lagi pun dia kena kerja. Tak ada makna Valentine jatuh hari Ahad pun. Tak guna cuti panjang Tahun Baru Cina berderet. Kerja banyak kat ofis dan kerja sambilan pun tak menang tangan. Kalau tak di set cutoff date, berderet orang nak tempah kek, maka 13 Februari hari terakhir Daniella mengambil tempahan sebelum dia mula sibuk dengan kerja di ofis. Tadi punya kek memang sangat cantik kerana dekorasi menggunakan bunga – bunga segar. Dah lah berebut dengan orang nak beli bunga untuk Valentine’s Day, haru betul. Kapsyen di bawah gambar kek tersebut berbunyi:

Today’s gem. Alhamdulillah weddings are slowly celebrated once again and that calls for hantaran cakes. A Red Velvet Caramel with fresh flowers. Sending love to you lovebirds!

DarwishS – Nak tanya, ni kek kita makan ke for decoration purpose ye?

Dreamybakes – Hi sis, dia dwibahasa. Dua – dua boleh tapi kalau nak guna untuk deco kena siram sekali sehari.

            Daniella tidur dengan senyum yang meleret. Marah Darwish apa di ‘sis’ kan oleh Daniella. Ayat standard seller zaman sekarang ialah ‘hi sis’, ‘nak yang mana sis’. Kalau bro yang tiba – tiba muncul pun selagi tak kenalkan diri sebagai bro memang akan di ‘sis’kan sampai habis proses akad jual beli. Dari Instagram boleh pula beralih ke WhatsApp. Darwish nak ajak makan malam esoknya. Daniella ‘on’ saja. Siang memang dia akan sangat sibuk tapi untuk makan malam dan dibelanja oleh adik sendiri, dia sanggup luangkan masa.

            Pagi yang kelam kabut. Dia lewat bangun. Subuh ‘gajah’. Mujur dia ingat ‘date’ bersama si adik malam nanti. Jadi sehelai blouse ringkas tapi cukup glamour dengan sekuin hitam menghiasi dada dicampak ke dalam beg tote. Rasanya okay sangat dipadankan dengan jeans biru gelap yang tersarung di badan sekarang. Tak payah balik rumah, tukar je kat ofis.

            Daniella masuk ke pejabat tepat pukul 8 pagi. Peh! Mentang – mentang esok closing tender, penuh ofis. Ingat dia je orang terakhir biasanya jadi mangsa untuk finalize pricing tender. Ini Shal, Dotsy dan Budin yang semuanya ‘geng – geng’ engineer pun ada. Tidur ofis apa? Daniella geleng kepala, letak beg tangan di meja dan menuju ke pantry. Naik bengang pula apabila tengok pods Nescafe dah habis. Botol Nescafe Gold pun dah kosong. Stok ada la kut kat stor tapi siapa rajin nak naik tingkas atas hari cuti begini. Mak Cik Hafsah mana tau budak – budak ni akan bekerja di hujung minggu. Daniella merengus sambil menapak ke lobi bawah mencari coffee machine berbayar.

            “Nice sweater! Got one today?”

            Daniella terkejut disergah oleh Dotsy. Tak perasan perkataan terpampang di sweaternya mengundang perhatian. Dia hanya menggelengkan kepala.




 

            “TAK ada yang normal sekarang ni. You just need to chill okay.” Fairuz seluk poket kanan. Kosong. Lah! Mana dia letak. Tangan kanan dipaut ke coffee machine. Hari Ahad macam ni memang feel nak kerja ke laut. Its Valentine! Valentine and supposed to be a freaking long holiday. Itu dengus hatinya. Baru sahaja pindah bangunan tempat kerja tapi kena panggil gotong royong sebab esok nak buat soft launch product? What the heck! Muka dia ada muka amah ke? Dengan Fariza yang membebel tak henti – henti. Katanya burnt out dengan anak – anak yang 4 orang bersekolah dan 24 jam ada di rumah. Musim MCO ini mak bapak mana yang suka 24 jam duk rumah menghadap PDPR anak. Belajar online? Kelas berterabur ikut suka cikgu nak buat jadual, gadjet kena cukup sorang satu dan bermacam – macam luahan Fariza tadi. Sebagai adik yang cool tapi tak pernah hulur tangan perasaannya rengsek sangat.

            “Flowers, gifts and mooooore flowers.”

            Fairuz mencuri dengar gadis di belakangnya mendengus. Sebab dia pun sepanjang berdiri di sini yang tak sampai 10 minit, dah berkali – kali nampak orang deliver bunga ke penghuni dalam bangunan ni. Semua orang kerja ke hari Ahad ni? Bukan dah setahun orang kerja WFH? Fairuz malas nak ambil port tapi dia rasa dah lama pula gadis di belakangnya menanti giliran untuk membeli kopi. “Mocha? Espresso? Latte? Chocolate la kut?” Fairuz seluk poket kiri. Mana pulak dompetnya. Ya Rabbi, atas meja kat ofis tadi. Dia campak sebab kosongkan poket cari kunci drawer.

            “Great sister! I want a hot drink and talking to you for half an hour make me forget everything. Great! I’m listening….” Suara Fairuz dah agak meninggi.

Geram punya fasal. Skop kerja dia sebagai adik ialah wajib mendengar luahan hati Fariza. Sebabnya Fariza kahwin dengan Arman yang super serious yang tak mampulah nak dengar Fariza berceloteh. Kan dah cakap, smart book and professional guy is boring! Siapa suruh kahwin dengan budak – budak skema. Carilah yang smart street and cool macam dia ni, kan menghiburkan hati walau hakikat tak pernah pun awek melekat dengannya. Dia sejenis tak suka gadis gedik. Nak buat macam mana.

            Fairuz berpaling dan bergerak ke tepi bangunan. Nak habiskan perbualan dengan Fariza sebelum masuk ke dalam perut lift.

            “Your drink. On me. I heard everything, sorry for that. Happy Sunday.”

            “….and yours?”

            “Tak ada rezeki, nak minum kopi tapi lepas tekan air coklat tu terus mesin offline. That’s okay. Have a nice day.”

            “Fairuz!!!! Dengar tak?” Fariza menjerit di hujung talian.

           

 

            Daniella menapak masuk ke ofis dengan langkah yang longlai. Sunday – Funday, my @55. Nafas ditarik dalam. No coffee no problem. Sampai di ofis, berderet kopi di atas mejanya siap nota.

            Dotsy: You screamed for coffee!

            Joe (budak ofis bawah terserempak dalam lift nak masuk kerja tadi): Happy Valentine’s Day.

            Boss: Mati ke kalau tak dapat kopi…

            Boss???? Encik Haikal yang bagi. Dia nampaklah Encik Haikal jeling masa dia tengah kepoh baru keluar pantry tadi. Mesti semua orang ingat dia attention seeker. Hahaha…..berjasa rupanya sweater Uniqlo berwarna hitam dengan tulisan FIRST I NEED COFFEE terpampang di dada. Bukan apa, kat dalam sweater ni cuma t – shirt plain color. Kut nanti tengah hari keluar makan tengah hari cuaca dah panas tak macam sekarang yang tengah gerimis, bukak je lah sweater ni. Betullah orang tua cakap, whatever you give, if you give it freely and without conditions, it will come back to you two-fold.

            Setengah jam berlalu dan dia dah rasa in sync dah dengan kerja. Kopi boss bagi paling sedap walau pun agak manis. Maklumlah kopi mahal. Dotsy pun tak cukup kenal minuman kegemarannya. Kalau Shal yang bagi confirm hit jackpot tapi apalah nak diharapkan dengan Dotsy. Baik dia ingat minuman kegemaran bini – bininya.

            “Awek pakai baju FIRST I NEED COFFEE datang depan. Ada orang nak jumpa.” Suara Dotsy memecah hening pagi di ofis.

            Daniella tersentak.

            Huh? Me? Dia tuding muka sendiri. Dotsy yang sedang berjalan dari lobi ofis angguk. Malas – malas dia tekan butang save dan menapak.

            Daniella tersenyum dari jauh. Jejaka yang disedekahkan air coklat tadi.

            “Yes?” Daniella menyapa.

            “Coffee.” Fairuz senyum.

            “Mesin kat bawah dah okay ya tapi klise sangat ni. Awak dah orang ke tiga juta bagi kopi. Everyone seem to be very attentive today I guess.”

            “Tu la, baju awak pakai tu mengundang betul tapi tiga juta tu tak agak – agak ya.” Fairuz gelak. Jaranglah dia boleh ketawa begini dengan orang yang baru jumpa tapi melihat gaya si gadis melangkah ke arahnya dengan senyuman yang ‘sempoi’…aah entahlah. Tak tau nak kategorikan senyuman jenis apa. Terasa ‘welcoming’, hah! Macam tulah perasaan.

            “Kerja sini? Tak pernah nampak.” Daniella berbasa – basi.

            “Seminggu setelah berbulan WFH. By the way, saya Fairuz.” Fairuz membuka face mask yang dipakai. Nak kenalkan diri kenalah tunjuk muka handsome ni.

            “Daniella. Lucky you!” Daniella memang dari tadi tak pakai face mask. Maklumlah duk dalam ofis yang jarak semua ‘berekar’ bukan satu meter cuma dia tak patutlah depan Fairuz tak pakai mask. New norm yang masih lagi malas – malas nak diamalkan.

            Daniella. Sedap nama. Bunyilah omputih sikit kalau nak bandingkan dengan nama dia yang sangat Melayu tu.

            “Tadi merungut fasal bunga. Kenapa? Tunggu boyfriend hantar? Valentine’s vibe much?”

            “Ah! Taklah. Mature enough to not care about Valentine or maybe because I’m single so cursing this Valentine’s vibe a bit. I can be bitter.” Daniella ketawa.

            NO PRETENTIOUS. NO DRAMA. I LOVE HER. Fairuz berkata – kata dalam hati.

            “Hmmm….enjoy your coffee yang ke tiga juta. See you when I see you.” Nak lebih – lebih minta nombor telefon rasa macam awal sangat. This could be a morning fling, nothing more nothing less so Fairuz rasa baiklah dia cool aje dulu.

            Daniella ketawa.

            “Wait, boleh tak ambil gambar saya dengan baju dan coffee ni. Nak masuk igstory dengan kapsyen #kopifreeketigajutaonvalentine.”

            Fairuz ketawa sambil mengambil telefon bimbit di tangan Daniella. Nampaklah Daniella jenis jovial type, posing dia selamba sahaja. Untuk gambar kedua, gatal pula Fairuz nak interframe. Dia berdiri di sebelah Daniella (without social distancing of course) dan wefie!

            Daniella tergamam.

 

            Geram juga apabila dah setengah jam menanti Darwish tapi tak sampai – sampai. Dia punyalah semangat keluar ofis awal. Janji lepas Maghrib dah ada kat Westin ni. Siapa je tak beria nak makan kat luar musim MCO ni. Dalam pada menunggu dia membelek gambar dia dengan Fairuz. Entah kenapa suka sangat tengok gambar mereka berdua. Muka terkejut dia tengok Fairuz ada kat sebelah tu memang tak boleh blah la tapi tetap nampak sempurna di mata. Terus tak jadi nak upload igstory. Gambar berdua ni untuk tatapan matanya sahaja. No sharing!

            Hampir satu jam berlalu barulah Darwish telefon, itupun makanan yang dipesan oleh Daniella dah sampai. Memang tak kuasalah dia nak tunggu. Dah lah dalam restoran ni penuh couple aje. Darwish cakap dia kemalangan, sekarang ada di balai polis dan abang sulung mereka sedang dalam perjalanan nak tolong. Dia memang jangan harap nak berkejar ke sana. Penat kerja satu hari, sakit hati menunggu masih bersisa walau secara teknikalnya Darwish tak berdosa.

            “Daniella, hai.”

            “Hai…wow! Dua kali jumpa dalam satu hari. Stalking? No right?” Daniella bergurau.

            “Hell no but…yessss so happy to see you here. Macam panggilan universe pulak rasanya. Kat hujung tu my sister. Saya patut jadi date dia malam ni sebab pagi tadi dia call burnt out and in desperate need of fresh air tapi tiba – tiba laki dia nak jugak ikut. Saya dah sampai dulu dan malas nak patah balik. Alang – alang nak makan malam je dulu.”

Boring betul dengan SOP 2 orang semeja. Lagi pun si kakak perlukan romantik momen untuk hilangkan stress. Mental health dah jadi isu yang tenat sejak pandemik Covid-19 bermula. Semua orang struggle. With job, family, financial and etcetera.

            “Great! I’m alone too. Duduk sini makan dengan saya.” Daniella mengarah.

            “Serius?”

            “I’m damn serious.” Daniella ketawa sambal bercerita kenapa dia keseorangan.

            Fairuz gelak. She is super cool.

            “So what do you do for living?” Fairuz bertanya.

            “I’m a QS and a part time baker.”

            “Kidding?”

            “No kidding. Really. Nak tempah kek birthday atau kek kahwin dengan saya dipersilakan. Awak?”

            “In IT business, with software thingy…you know.”

            I don’t know mister but yeah! Daniella angguk. Whatever.

            “Makanlah. Tak payah tunggu saya. Nak saya ambilkan gambar untuk IG awak lagi? Bak sini.” Fairuz menghulurkan tangan tanda boleh je jadi photographer amatur Daniella.

            “Noooo….nak tunjuk kat orang loser sangat dinner kat luar on Valentine’s Day sorang – sorang.”

            “Sorang apanya. Awak dengan saya kan.”

            “Technically, you are not my partner. Partly, I don’t do Valentine’s. Kena kecam netizen nanti.”

            “Takut kena kecam sebab celebrate?”

            Daniella angguk dan menyambung, “Not our culture pun kan.” Dia jenis tak dalah nak judge sangat orang yang beria nak sambut Valentine’s ni tapi kalau orang tanya nak buh label apa, tak agak – agak dia bagi nama puak ni very uncultured Malay. Simple!

            “Kopi tadi kena selera awak?” Fairuz malas nak panjangkan isu Valentine. Budak – budak sangat isu nya.

            “Perfect!”

            “Hmmm…tak tidur satu minggu agaknya kalau cup ke tiga juta pun telan.”

            Daniella ketawa.

            Mereka makan dan berborak tanpa menyedari masa yang berlalu sehinggalah Daniella meminta diri.

            “I had a good laugh today.”

            “What can I say. Perfect!” Fairuz menyokong. Dia sangat selesa bersama orang yang baru sahaja dikenalinya dan ini sangat jarang berlaku.

            “Saya bagitau kakak saya nak balik jap dan saya hantar awak. Ke nak ikut jumpa dia?”

            Daniella gelengkan kepala. Dia bukan jenis mesra alam sangat. Lima minit kemudian mereka beriringan ke tempat parkir kereta. Face mask kembali melekat di muka kedua – duanya.

            “Daniella, can I have your number?”

            “Sure.”

            Fairuz tarik nafas lega.

            Daniella buat muka seakan bertanya ‘are you okay?’. Maklumlah dalam sangat tarik nafas. Jangan short of breath kat tengah jalan. Skill CPR dia tumpul sangat. Eh, ke situ pula dia.

            “Awak sangat tak ‘drama queen’. Kalau orang lain dah tanya nak buat apa, kenapa. Tadi pun banyak benda yang kita borak, even ada yang tak sehaluan dengan fikiran awak, sikit pun awak tak judge. I feel so comfortable.” Fairuz tak suka perempuan jenis ayu yang control. Penat nak teka apa yang ada dalam fikiran mereka. Taxing nak melayan.

            Daniella senyum. Dia pun mempunyai rasa yang sama. Comfortable is just the right word.

            “Judge orang buat apa. Kat dunia ni tak ada such judgment day pun. Kat sana ya. Who am I to judge people? Kat sana lain. You cannot reverse everything and just enjoy the result or receive punishment what you deserve.”

            “Deep.” Fairuz ketawa.

            “Aaah…sorry.” Tak perasan pula masuk mood ustazah.

            “Something about you that make me smile. Make me wants you.”

            “That’s too early? No? Awak belum tentu boleh handle saya. I’m bossy, dominant, impatient, socially awkward, damn stubborn and selfish.” Panjang ayat Daniella apabila Fairuz gelengkan kepala apabila dia cakap tak awal sangat ke nak cakap ‘I want you’ kalau dia tak salah tafsir lah.

            Fairuz ketawa. Perempuan apa yang jual semua keburukan diri bila orang cakap minat nak tackle ni. Haila….

            “I’m already in.”

            “What do you mean?”

            “This journey. I’m already in. Let’s see I just like the idea of being with you or I like you or I love you.”

            Daniella ketap bibir. That I love you tone brings joy and excitement. Dia boleh jangkakan ‘journey’ yang bertaraf roller – coaster. I’m in!  

            “Daniella, as a start, along the journey, if you feel uncomfortable, say so. I cannot stand being ignored and I hate guessing. If you’re not in the mood to talk, say so. If you’re done with me, say so. Talk to me.”

            “Wow! Is that how you win a woman’s heart?”

            “More like break it.”

            Kedua – duanya ketawa.

Dear Daniella,

Something about you.

Dear Fairuz,

Something about you too.




Dear readers,

Something about you….that keeps me going(read writing).

1.16pm

14 February 2021

 

           

           

           

           

           

 

           

 

 

           

            


13 comments:

  1. Something about you... that makes me not wanna give up with this industries.. 😜

    ReplyDelete
  2. Something about me ... oppsss
    💜

    JAZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Something about you....always about inspiring me to write and never give up. All those soothing words.

      Delete
  3. RA - Something about U and d way u write.. Make me always stick around & wanting more

    ReplyDelete
  4. Go kak rin go !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....ni memang tengah tunggu buku ke 10 dgn sabarnya la kan

      Delete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...