Friday, 1 February 2019

MISS UNTOUCHABLE - 3



“ALONG mana?” Lex gigih menumbuk cili padi. Ada mamat sekor ni kat dapur, nak menipu guna blender pun tak dapat. Banyak betul syarat memasak nak bagi sedap. Sakit hati juga kadang – kadang jadi anak bongsu. Asyik kena buli je.
“Angah….cukup tak 15 biji ni?” Lex buat – buat senyum puaka apabila si abang buat bodoh aje dengan soalannya. Tahulah sibuk kacau air oren, tapi dia pun sibuk juga. Tak kan nak jawab soalan pun payah.
“Hey…hey…iman kau mana Lex? Boleh mati kepedasan manusia dalam rumah ni. Bawak mengucap. Tu banyak gila nak buat sambal, bukan masak lemak cili padi.” Angah cepat – cepat menahan tangan Lex daripada mencampakkan segenggam cili padi ke dalam lesung batu.
“Habis tu jawablah Along mana? Tak aci tak tolong.” Lex merungut.
“Dia dah sub kerja dia kat Angah. Nanti Angah tolong goreng telur dadar, siapkan meja dan senduk nasi. Jangan risau.”
Lex jelirkan lidah. Sejam kemudian mereka berempat duduk berkumpul di meja. Abah nampak makan dengan penuh berselera.
“Lex ada nak buat pengumuman.” Perlahan – lahan Lex angkat muka. Air muka Abah, clear. Along, clear. Angah, dengan muka poyo dia tu, clear jugak.
“Hmm..” Lex betulkan suara di anak tekak.
“Apa Lex? Kau jangan cakap nak sambung belajar juga macam Along. Habis tu siapa nak kerja dalam rumah ni? Abah dengan Angah je? Kau jangan mimpi nak melawat Pavillion tiap – tiap minggu ya.”
“Angah bebel macam perempuan Bah. Lex kan dah kerja. Tengok ni, siapa sebenarnya anak perempuan Abah ni?” Lex menyiku Encik Alif.
“Depan rezeki jangan bergaduh.” Along mencelah.
“Along dah nak blah best lah cakap. Angah yang nak kena hadap muka adik manja ni hari – hari. Baru kerja dah sibuk nak habiskan duit pergi jalan – jalan. Aku rasa Along kena tolong azankan sikit kat telinga Lex tu.”
“Lex rasa nak kahwin.”
“Rasa?” Serentak Along dan Angah terjerit. Along yang selalu acah cool pun boleh naik tinggi nada suara terkejutnya.
Abah memang paling cool. Angkat muka 5 saat lepas tu sambung makan.
“Abah….boleh lah.”
“Dah – dah tu la Lex.” Abah menjawab.
“Dia dah minta izin Abah sebelum ni ke?” Angah terkejut mendengar reaksi selamba Encik Alif.
Encik Alif angguk.
“Pasal Adam la ni?” Along meneka.
“Tak habis – habis.” Suara Angah bernada marah.
“Kesian Adam. Lex dah janji nak jaga dia. Tolonglah faham.”
“Tak payahlah sampai menyusahkan diri. Kalau keluarga dia ikhlas nak bagi Lex jaga, tak payah letak syarat mengarut.” Along memberi nasihat.
“Lagi pun Adam tu kalau dah besar bukan siapa – siapa dengan Lex.” Angah meningkah.
 “Tak payahlah Lex. Bawak Adam balik kita jaga sama – sama sekali – sekala cukuplah.” Pujuk Along lagi.
“Lex ikhlas. Please….Tolonglah faham. Syarat tu tak mengarut pun. Mestilah dorang nak Adam membesar dalam keluarga yang sempurna. Kalau tak, baik aje dorang yang jaga. Tak gitu Bah.”
“Abah tak nak komen bab Adam. Nak jaga boleh tapi kena ikut saluran betul. Buat surat permohonan. Jadi keluarga angkat yang sah. Masalah utama sekarang nak kahwin calon dah ada?”
“Ada tapi dia dah nak kahwin lain.”
“Lex!!!” Suara Along dan Angah bergabung.




“KAKI dah nak tercabut. Jomlah balik hotel.” Menyesal tak sudah Lex bersetuju mengikut Jes menapak ke pasar malam di sebelah hotel ini. Tak pernah terfikir dia kat Bangkok ni memang 24 jam ada pasar. Pagi pasar lain,  tengah hari pasar lain, petang dan malam pun ada pasar lagi. Mujurlah barang – barang yang dijual taklah memberangsangkan sangat jadi jimat duit. Itu jugalah menambah berat kepada sakit hati dan sakit kaki. Jalan penat tapi hasil tak ada.
“Okaylah. Jom, balik hotel kita pergi urut lepas tu tidur. Pagi esok aku nak pergi pasar pagi yang jual wholesale kat depan hotel ni. Nak merasa shopping pagi buta. Pukul 4 pagi aku dah nak keluar. Nak ikut tak?”
“Astagfirullahaladzim.” Lex mengucap panjang. Rambut yang tak berapa nak gatal di sebalik tudung pun boleh jadi gatal mendengar rancangan gila Jes. Menyesal tak ingat pilih hotel di kawasan Pratunam. Ini syurga membeli – belah. Lokasi hotel mereka sangat strategik. Semua tempat membeli – belah utama daripada jenis pasar sampai ke jenis eksklusif semuanya dekat – dekat sahaja. Sekarang mereka berada di Neon Night Market yang dibuka sampai ke tengah malam.
“Jalanlah lagi. Kau cakap nak rehat sambil cari Daddy untuk Adam kan.”
“Eh, bila masa aku cakap? Kau ingat orang lelaki yang datang Bangkok nak shopping dan makan tom yam macam kau? Hey, tak kuasalah dorang. Ini tempat layan ‘perempuan’ dan syurga lelaki. Tak kan aku nak cari calon suami kat sini.” Lex membidas sambil merujuk dengan aktiviti pelacuran di Bangkok yang sangat terkenal.
Akhirnya Jes akur dengan permintaan Lex untuk balik ke hotel. Rasanya Lex tidur kepenatan tak ingat dunia sampailah jam telefon berbunyi menandakan masuk waktu Subuh. Tu pun terkulat – kulat dia. Waktu Subuh Malaysia ke Bangkok? Aduh!
Selepas bersarapan, mereka meneruskan aktiviti hari kedua di Bangkok dengan berjalan – jalan ke tempat yang wajib dilawati dalam senarai disediakan oleh Jes. Dengan cuaca yang panas lit – lit, tekanan perasaan rasanya melawat segala tempat bersejarah di Bangkok. Grand Palace memang cantik tapi ramainya orang Ya Rabbi, semua spot yang sangat cantik nak diinstagramkan penuh orang. Nak OOTD? Kirim salam. Cuma kalau Vivy Yusof dan geng para hijabista dorang datang Grand Palace, memang boleh naik mabuk kot dorang sebab semua dinding di setiap kawasan istana lama ini sangat cantik dan layak di – Instagramkan.
Next, Wat Phra Kaew, Wat Pho dan last sekali kita tengok sunset kat Wat Arun.”
““Astagfirullahaladzim. Tengok sunset kat kuil? Kau waras ke tak Jes?”
“La…Wat Arun tu kuil paling cantik kot. Lawa tau view masa sunset.”
“Tak kan kau nak tunggu 5 jam lagi nak tunggu sunset. Nak solat kat mana?” Lex dah bising. Kali ni dia yang kena azankan telinga Jes. Kalau kat rumah dia paling teruk tapi tiba – tiba kat Bangkok ni rasanya dia jadi ber’iman’ sikit.
“Aku cuti.” Jes tayang gigi.
“Aku tak cuti. Sekarang kau ada dua pilihan. Satu cepat – cepat pusing jelajah semua ‘wat – wat’ yang kau nak tengok. Balik hotel. Aku nak solat dan tukar baju. Lepas tu pergi tempat wish list aku.”
“Kalau tak?”
“Esok kau boleh pergi Floating Market sorang – sorang. Kau tahu aku bukan stok merayau kan?”
“Ya lah…datang Bangkok pun nak merayau tempat elit jewww.” Jes buat muka namun akur.


 “Mana ada. Rugi tak sampai sana. Nanti Bos tanya bolehlah berlagak dah pin tempat – tempat yang jadi bualan arkitek dan ID. Ini sampai Bnagkok tapi pasar juga yang kau terjah. Hape – hape je.” Lex membebel.




“HABIS tu kita nak tengok sunset kat mana?” Jes membelek gambar – gambar yang diambil sebentar tadi.
“Tak habis – habis dengan sunset.” Lex merungut.
“Please….”
“Yalah, sebab hajat aku dah tertunai, pilihlah mana – mana rooftop bar yang senonoh, yang sesuai dengan kita – kita ni. Aku gi toilet jap.” Lex merujuk kepada penampilan mereka. Karang tersalah pilih, kena halau pula kalau dressing code tak patuh.
Sebentar kemudian mereka selamat berada dalam perut teksi. Kat Bangkok ni, naik teksi lagi murah daripada naik tuk – tuk. Sesekali Lex menjeling ke skrin telefon Jes. Sibuk sangat pilih gambar dia yang lawa. Baru dia tahu menyesal kalau tak datang tempat wishlist dia ni. Tempat ni jauh lagi Instagrammable dari segala jenis ‘wat – wat’ tu.
“Mana gambar kita berdua di Sretsis Parlour yang ambil dengan telefon kau Lex?”
“Jap.” Lex menyelongkar beg tangan dan baru dia sedar dia tertinggal telefon bimbitnya tertinggal di dalam bilik air. Gambar kat restoran tu memang lawa walau pun makanan dan minuman harap sahaja lawa tapi rasa sangat so – so. Baiklah makan sambil lepak di kafe yang lagi cantik di Open House.
“Rasanya tertinggallah. Kat toilet.”
“Habislah hilang gambar kita.” Jes kalut. Lagi risaukan gambar daripada telefon tu sendiri lagaknya.
Lex tenang sahaja meminta tolong pemandu teksi berpatah balik ke Central Embassy.
“Kau rasa manusia yang pergi Central Embassy ni jenis hadap ke handphone orang?”
“Kau jangan. Sera kan pernah hilang handphone masa dia tertinggal kat Pavillion jadi jangan ingat tempat elit tak ada orang panjang tangan.”
Pemandu teksi cuba menenangkan Lex yang sememangnya relax sahaja.
“Cuba dail nombor aku.” Lex mengarah.
Confident kau ya.” Jes terus mendail nombor telefon Lex walau pun tiada jawapan. Risau jangan ceritalah.
Confident. Orang masuk Pavillion tak semunya elit walau pun shopping complex nya elit. Insya Allah tak hilang. Tempat ni ultra – luxury, tak hilanglah. Orang yang selisih dengan kita pun nampak ber’jenis’.” Lex menyedapkan hati. Dalam hati dah berbakul dia berzikir.
Mujur pemandu teksi sangat cekap dan sepuluh minit kemudian Lex berlari ke bilik air yang dimasukinya tadi. Telefon bimbitnya tiada di situ dan segera dia menuju ke kaunter pertanyaan dan seperti yang dijangka memang telefonnya diserahkan ke kaunter Customer Service. Lex hanya dikehendaki memasukkan nombor password sebagai tanda memang telefon itu miliknya.
“Thank you.” Lex mengucapkan terima kasih. Lega tak terkira.
“Tunggu aku jap.” Jes pula sibuk nak masuk bilik air waktu – waktu kritikal macam ni.
Lex hanya memberi isyarat ‘pergi’ dan bercadang menanti sahaja di kaunter ini.
“Oh, that guy over there. He surrendered your phone.”
Lex memandang ke arah lelaki yang dimaksudkan. Dari sisi nampak macam orang Melayu aje. Sedang elok tunggu Jes keluar bilik air, baik dia tegur.
“Emm...you ke yang jumpa phone I?”
Lelaki tersebut berpaling dan apabila melihat telefon bimbit di tangan Lex, dia angguk dan senyum pada skala paling singkat. Sesaat je kot dia senyum tapi Lex kagumlah sebab mamat yang dia kenal kat Malaysia lagi beku daripada yang kat depan dia sekarang.
“You kawan Boy kan.”
“Del, ni hah. Owner phone yang you jumpa tadi.”
Berlalu macam tu saja soalan Lex.
“You yang jumpa? Thanks, thanks.” Ucap Lex ramah.
No problem. You orang Malaysia?”
From KL.” Lex angguk dan menghulurkan salam.
“Iman Alexis.”
“Same. From KL too. I, Delilah. Kawan I, Hadi.”
“Akhtar.” Empunya badan menyampuk, angguk dan memasukkan tangan kanan ke dalam poket jeans sebelum menyambung, “Hadi Akhtar.”
“Akh – tar. Hai.” Lex saja menyebut ikut bunyi yang disebut oleh tuan punya badan. Tu tanda nak suruh dia panggil nama formal Akhtar lah kan? Tak bagi panggil Hadi bunyi mesra macam yang Delilah panggil? Kerek betul.
Like I care.
“Okay, let’s go.” Hadi Akhtar mengajak Delilah beredar.
“Bye Iman. Jaga telefon elok – elok.” Delilah melambai mesra dan menyaingi langkah Hadi Akhtar yang sudah bertapak di hadapan.
“Tak payahlah nak tengok lebih – lebih. Bak kata Iman Alexis, ‘lelaki yang datang Bangkok tak ada yang datang nak shopping dengan makan tom yam’.” Perli Jes yang menyaksikan perbualan mereka dari jauh.
Lex cuma angkat kening. Jes tak cam ke mamat ni?



Nota: Happy loooong holidaysss. Rajin post cepat sebab terharu ada lagi sudi melepak
kat sini. Sobsss....
Doakan saya melepak dengan ikhlas di sini jadi dapat hasilkan sesuatu yang bermanfaat.
Insya Allah.
Enjoy your light reading dan maaf kalau ada salah sana - sini. Instant writing lah katakan.
xoxo
RA@KL

15 comments:

  1. Hai kak rin.. Longggg time tak lepak sini. Haaa gigih search tempat2 kak rin mention. Tak pernah jejak bangkok lg ni. Wakakaka. Have a nice day ahead.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la Bangkok. I pun pergi lepas my fren berjuta kali
      pergi. Nti sy detailkan lagi utk your reference.

      Delete
  2. Spot tat name - Delilah
    But she is with AKH-Tar Hadi - hehehee one of Del collection of boyfriends?

    Go Lex gooo for tat guy Akhtar - nanti if kawin with him panggil Hadi - x sedap nama Akhtar tu!

    Thanks Rin Ahmad for this story.
    Really miss this blog esp ur writings!

    Lev
    ~Jazmeen~

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tot you akan suka Akhtar; why Hadi?? Haha....

      Delete
  3. Rinduuunya nak lepak kat sini.. Adore ur work so much.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rindu. Rasa mcm best giler boleh jumpa semua readers balik.

      Delete
  4. tengok ada new post.. terus sangkut.. nak re-read love lila nih.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....sangkut lepak sini sampai bila - bila okay

      Delete
  5. Just keep on writing.. We are always here, waiting for you. .. Dont u worry !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...macam tau je...writer yg selalu dahagakan pom pom readersss....:D

      Delete
  6. wait Hadi tu kan yg Del jumpa mula2 dulu yg pening2 tu kan kan hurmmmmmmmm Lex BOLEH tuuuuu cepat sambar amek Del tak nak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu Ezaq...bagus memori scene you...nanti tunggu cerita Del tu ya

      Delete
  7. Kakkk rinnnn!! Kita peminat blog kak rin laaa..had been here since 2013 till now..tak sangka dah byk karya kakrin dah publishh..saja nak cakap novel untuk semua dosaku tu my best ever novel i've read..dh baca since 2014 smpai skrg tak jemu.demm. kite crush gila kat syed azri tu..hahahaha tolong hidupkan balik watak2 mcm SA tu kt karya kakrin yg lain..dia macam cool but logic.hehehhehe good luck utk karya seterusnya kak rin..lev lev lev

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa cameo Syed Azri paling jarang muncul dalam novel - novel saya sebab save the best for the last kot :p

      thank youuuu sebab suka baca karya saya...really appreciate it

      Delete
  8. Untungla lex, wp tertinggal hp masih blh dpt blk! πŸ˜… Thx kak RA for this story πŸ’πŸŒΉ

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...