“LAPAR, cepat turun.”
“Macam
‘membela’ pula kau ni kan.” Jes bising sambil menarik beg dompet.
“Aku
tak makan tadi. Banyak kerja. Sempat minum milo je.”
“Nah,
ini aku sempat print itinerary kita.
Kau boleh komen dan tambah apa yang patut.” Jes menghulurkan sekeping kertas.
Kertas
disambut dan mata cekap membaca baris demi baris. Yang tak boleh blah, keliling kertas macam frame dihias dengan gambar beg, bunga,
buah, daun. Aduh, macam – macam lah Jes ni!
“Hari –
hari shopping ke? Tak naklah.”
“Kejap
lagilah tengok. Beli makan dulu. Ramai giler ni orang kat food court.” Jes dah mula menyesal sebab turun lambat.
“Aku
beratur, kau cari tempat.”
“Sorry,
kau beratur, tapaukan aku dan tolong cari tempat. Perut aku ni tak tahan.
Maaf!” Jes angkat tangan tanda mohon ampun dengan dahi kerut seribu konon tahan
sakit.
Dengan
tray yang berisi dua pinggan nasi ayam dan dua gelas air sirap, rasanya dah
teleng kepala dia cari tempat duduk kosong untuk dua orang. Untuk dia dan Jes.
“Duduk sinilah
kalau tak kisah.”
“Boy,
hai. Terima kasih.”
Seribu
rahmat rasanya dapat letakkan tray atas meja. Lenguh segala otot lengan. Macam
akak sado pulak rasanya. Budak Boy ni dia kenal. Eh, tak budak mana pun sebab
bunyi nama Boy tu sesuai untuk budak umur bawah 15 tahun. Kalau dah besar
panjang macam ni dah geli pula nak ber Boy bagai tapi dah nama orang. Hormat
sahajalah. Ramai yang dia kenal sekadar nama dan rupa kerana kerap berselisih
di bangunan tempat kerja yang sama. Macam tiga lagi orang di sebelah dan
hadapan Boy, semua dia kenal muka tapi bukan nama. Yang paling hujung tu,
pergh! Kelatnya air muka. Tak sudi dia menumpang meja ke? Malas nak ambil
peduli dia buka kertas itinerary sebentar tadi sementara nak makan bersama –
sama dengan Jes. Kalau semua aktiviti Jes pergi sana nak shopping, dia patut
bawa duit berapa lori? Kepala yang tak gatal digaru.
“Ceruk
ni kau duduk Lex?” Jes datang aje buat kecoh.
“Boy
yang bagi aku tumpang dah cukup syukur.” Senyuman dihulurkan kepada orang
sebelah. Orang tepi Boy dari tadi memang buat tak layan dan endah tak endah aje
dengan kehadiran dia. Dua lagi depan Boy sekurang – kurangnya adalah senyum courtesy.
“Tak de
hal. Duduklah.” Senyuman Boy melebar.
“KAWAN Boy tu semua boleh
tahan. Kalaulah aku belum bertunang.”
“Gatal.”
“Kau tu
Lex, dah – dahlah memilih. Rasalah nikmat bercinta dan putus cinta. Seronok
wey.”
“Kau
demam ke apa?” Tak pernah lagi dalam hidup dia orang suruh merasa perasaan
putus cinta. Dia bukan tak nak bercinta tapi hati belum tersentuh. Ramai sangat
laki – laki handsome, kacak, baik,
berpelajaran dan kaya yang dia kenal. Tinggal nak cari yang sesuai tu payah.
Yang cukup pakej bersepah kat KL ni.
“Kau
balik jumpa Adam dulu sebelum fly?”
“Rindu,
mestilah balik. Nak gomol – gomol dulu baru boleh tinggal lama – lama.”
“Kau
ingat kan yang kau kena ada laki baru cerah sikit masa depan kau nak dapatkan
Adam.”
“Seronok
tak kejar Ed Sheeran sampai ke airport?” Cepat – cepat topik ditukar.
“Gila
tak seronok. Ingat dah kahwin lepas nak buat kerja gila ni?" Jes gelak.
“Sempat
lambai – lambai bagai lah ni?”
“Sempat
sangat. Gihah bawa kereta sampai Sepang macam nak masuk race. Aku sempat amik gambar semua, jatuh cinta je tak sempat.”
Mereka
ketawa serentak sebelum satu suara di belakang menegur, “Cik Iman Alexis, pelan
dah ready atas meja saya?”
Happy new year!
1/2/2019
Lambat sebulan wish new year...hahaha
Tak ada buku baru lagi. Yeay :p
Miss you readers & all pelepak.
Lev
Lev
Lev
This is something i've been looking fwd for after a very tiring day at work & travelling back home.
ReplyDeleteHappy New year to u too RA..
Awak masih setia melepak kat sini ya. Thank you very much Mk. May 2019 bring the best of luck to you :D
DeleteLev lev lev u tooooo
ReplyDeleteyes reader, lev you and thank you for reading.
DeleteAkhirnya ada juga story baru menjengah ya...
ReplyDeletebaru rajin kak
Deleteyeahhh lex tu ai igt alexi heheheh
ReplyDeletehahaha....
Deletekeep on writing rin...dh lama x hadap your writing ni...u r different...hihihi
ReplyDeleterindu ya?
DeleteLev you too RA. Waiting yr new novel..ahaha
ReplyDeleteInsya Allah
DeleteFirst day lepak cni....bru nk membaca
ReplyDeleteya ke? novel saya pernah baca tak?
Deleteanyway, YOU ARE MOST WELCOME :D
First time lepak sini, terdetik usha pun sebab aiii terjumpa blog ni sambil usha love lila and tanpa sedar baru je tau aii dah kumpul semua novel u kecuali love lila soon, inshaAllah.
ReplyDeleteoh ya ke? ni baru betul - betul blog hopping and you hopped on the best place for readers to lepak...hahaha...
Deleteyeah... cite baharu slps lama tunggu...thanks!!
ReplyDelete-hana
Hi KL,
ReplyDeleteLama giler Xsinggah sini. Happy to see many new stories. Mcm biasa.. cerita KL Xde yg Xbest 😄💐🌹