Monday 29 August 2016

LOVE, LILA - CHAP 7





            JUDE duduk di tengah – tengah antara Dr Hann dan Dr Webber. Dr Ahmed selaku penyelidik dan Phyton Developer turut hadir.
            “So Ahmed, your turn now.”
            Jude masih ingat reaksi Dr Ahmed. Air peluh menitik di dahi dan wajahnya pucat sekali. Arahan yang mereka terima sebulan yang lalu amat mengejutkan. Jude sendiri terkejut tapi cabaran seperti inilah anak muda yang bercita – cita besar sepertinya mahukan umpama pucuk dicita ulam mendatang. Peluang keemasan yang tak akan dilepaskan.
            “Regardless of any code, it shouldn’t be traced or cracked. Not even by smart aleck.” Dr Hann, pakar kardiologi memberi amaran yang menakutkan.
            Dr Ahmed memulakan persembahan. Selesai sahaja, coding tersebut dihantar ke ibu pejabat cawangan di Boston.
            Jude bangun dan keluar dari bilik mesyuarat. Berdebar – debar juga menanti adakah ‘cracking code’ berjaya dibuat oleh pasukan penyelidik diupah khas untuk mengagalkan kod rekaan mereka. Kod yang akan diguna pakai oleh da Love.
            Tak sempat Jude melangkah masuk kembali ke bilik mesyuarat, Dr Webber melangkah keluar diikuti oleh Dr Hann.
            “Your turn tomorrow Jude. If you want to stay with us, make it happen.” Ayat Dr Hann membawa maksud kod Dr Ahmed gagal untuk digunapakai bagi da Love.
            Jude menarik nafas dalam dan hanya mengangguk. Dr Ahmed muncul dengan senyuman dan bukannya wajah hampa kerana hasil penyelidikannya selama ini sia – sia sahaja.
            Jude hairan.
            “I never want to do this. They want to kill people not heal people. I am Muslim.”
            “Dr, it just a safety feature, not that they going to use the machine to kill people every day.” Jude membalas selamba, tanpa jiwa. Tanpa kesal.

            Congratulations Jude.
            You are the smartest guy.
            You are great.
            The world will thank you forever.

            Semua kata pujian yang diterima di saat hasil penyelidikannya diterima pakai dalam sistem da Love sangat bermakna padanya saat itu. Terasa diri berada di puncak dunia dengan kehebatan hasil kerjanya dengan pujian yang melimpah ruah. Ironinya kehidupan, dulu dalam hatinya tidak wujud erti sesal, tidak kenal erti kesal, tidak tahu erti kalah.
            Kini, seribu rasa menerjah ke dalam lubuk hati. Siapa dia? Untuk apa dia hidup? Untuk apa teknologi ini sebenarnya? Kenapa dia? Persoalan yang menerjah di saat diri berada di persimpangan dilema antara menuntut kebenaran perihal keluarga atau kerjaya.

Kebelakangan ini emosinya kerap terganggu. Hadirnya Alila sedikit sebanyak menghiburkan dan mengalih perhatian daripada masalah yang sedang dihadapinya. Rindunya terhadap Alila membuak – buak. Bagi Jude, status Alila di Facebook sangat polos. Banyak berangan! Pasti kehidupan Alila ringkas berbanding kisah hidupnya yang kompleks. Kena bersedia juga mental kalau hajat nak memiliki Alila. Kena bersedia untuk masuk ke dunia Alila yang serba sederhana. Jude merebahkan badan ke katil. Mata dipejam sambil otak ligat membuat nota penting.

Mental Note No 1: Alila anti - gold shiny playground dan dia umpama kawan sepermainan Chuck Brass. Nasib adik – adik perempuan kaki menonton siri Gossip Girls kalau tak memang dia tak faham status Facebook Alila. Huh, kena tolak tepi la klise gaya mengorat hantar bunga harga beribu, designer chocolate, makan malam mewah atau hadiah gempak – gempak. Tak payah beli Russian Doll edisi istimewa yang dia nampak di butik Piaget yang terletak di GUM Red Square. Beli saja kat Arbat. Bersepah yang murah – murah. Balik Malaysia kena bedal naik Honda jugaklah. Nanti misi mengorat Cik Misi Alila tak berjaya pula.

Mental Note No 2: The art of moving on? Alila baru putus cinta? Macam mana nak cucuk jarum? Jawabnya cara dia yang slow and steady okay lah kot. Tangan dah lama ditahan daripada mendail dan mem-WhatsApp. Cuma elok dapat masuk Facebook Alila, tengok pula status tak menahan begitu, laju tangan menaip. Harap orang kat sana tak jatuh pitamlah sebab dah lepas 12 jam, Facebook Alila masih tak aktif. Tak kan Alila tak boleh teka initial dia tu. Mustahil besepah orang ada initial JJ macam dia. Lainlah Alila kenal pakar bedah plastik paling terkenal di Malaysia, Jalil bin Jidon yang pernah merawat arwah Mommy dulu. Ini Juhaidi Johari bukan Jalil Jidon. Buat kali pertama, Alila menduduki carta hati Jude; orang yang paling dirinduinya.

Mental Note No 3: Let’s fly together. Pergh! Dahsyat juga kaum kerabat keliling si cantik manis. Jenuh nak menangkap kalau stok fly – fly ni. Kena kaji selidik juga maksud di sebalik ayat Dr Reeve.

Mental Note No 4: Masa terbaik untuk mendekati keluarga Encik Johari. Alila akan dia bawa bermain di taman menghijau dan bukannya taman mainan Blair Waldorf.



            SEBAIK kaki melangkah ke dalam perut terminal lapangan terbang San Jose, Jude membuat panggilan ke Malaysia. Penat terbang dari Moscow ke lapangan terbang JFK dan kemudian ke SJC terasa di seluruh badan. Balik nanti, dia bertekad untuk menyelesaikan satu misi penting. Setelah berbasa – basi sedikit dengan orang di sana, Jude akhirnya menyatakan hajat yang bersarang.
            “Balik nanti, kau bawa aku jumpa mereka.”
            “Tak kan nak berteman?” Encik Bakar melawak.
            “Temanlah. Nanti ada kes bunuh kat sana, kau menyesal nanti.”



            “DADDY nak kirim apa? Jude balik lagi 3 hari.” Jude menelefon Encik Jayden. Dari Moscow dia terus terbang ke ibu pejabat di Sunnyvale. Kontrak Jude akan tamat lebih kurang setengah tahun lagi. Tak sabar nak meninggalkan misi Intuitive yang sudah berubah secara total. Sungguh dia tak sangka. Cita – citanya untuk melebarkan lagi sayap dalam bidang perubatan robotik terpaksa dilupakan. Seteruk mana pun pegangan hidupnya, utuhnya dalam jiwa yang sentiasa bergelodak sering mengingatkan dia masih lagi umat Muhammad seperti apa yang pernah dikatakan oleh Dr Ahmed dulu.

Teringat misi pertama di St Petersburgh, Dr Hann selamba sahaja berkata;

Kill one, you are a murderer. Kill millions, you are a hero.

Semuanya sebelum da Love diberi hak ekslusif kepada US Army, satu – satunya perkara terpencil yang tak mungkin diketahui oleh orang awam. Dia sendiri tak kan buka mulut. Buka mulut, nyawa melayang. Sayang nyawa, Jude turutkan. Kontrak kerjanya diperbaharui dengan syarat yang gila tanpa rela tapi mujurlah akan berakhir jua. Fasa pengalihan da Love kepada pihak operasi berjalan lancar. Paling tidak, dia hanya diperlukan untuk pengubahsuain Failure Code sahaja. Itu senjatanya untuk lepas keluar dari genggaman Intuitive. Sesiapa sahaja yang telah atau bakal memiliki da Love tak kan mungkin tahu bahawa teknologi da Love jauh berbeza daripada da Vincci. Semuanya boleh diaturcara dari jauh. Semua pergerakan robot dan perisian boleh dipantau dan diubah sesuka hati oleh US Army.

 Kata – kata hikmat orang yang telah berjaya memang benar; all great ideas are dangerous.
           
            Sama ada dia akan bekerja di Brown atau menerima tawaran daripada BWXT sebagai penyelidik robotik untuk industri nuklear. Kerja lebih kurang sama cuma industri yang berubah. Brown sebelum ini sekadar pengimport barang keperluan medikal sahaja dan kalau dia masuk, apa sumbangan yang dia boleh bagi? Paling tak jaga bahagian operasi atau jualan. Nak best sikit ambil saja jawatan anak bos tapi langsung tak mencabar.

            Jude keluar dari pejabat tepat pukul 5 petang waktu Sunnyvale. Sebelum balik ke rumah, dia berpusing mengelilingi Google Road. Tak jauh pun dari Keifer Road, pejabat Intuitive. Apa yang dia sedar, semua business plan Intuitive bertukar sejak kemasukan pihak pengurusan tertinggi yang separuh daripadanya datang dari Google Inc.

            Patutlah semua kejadian yang berlaku sekelip mata hilang dari radar media. Berita dan tajuk – tajuk utama untuk misi kedua di Burkina Faso sempat muncul di internet tak sampai 24 jam kemudian carian terus gagal.

            Prime Minister of Burkina Faso: Death on the table.
            Blood on the table: The tragedy of Africa.
            Say farewell to corruption and welcome our first American – African Prime Minister.
            Who killed him? Man or Machine?  

Tiada seorang pun wakil syarikat berada di hospital The Netcare Group tempat Perdana Menteri negara Burkina Faso mendapatkan rawatan saat tragedi terancang berlaku. Namun mereka yang terlibat menyaksikan segalanya jauh di Sunnyvale. Teknologi benar – benar merubah kehidupan manusia.

“Transit mana dari San Jose?” Encik Jayden bertanya melenyapkan fikiran Jude yang menerawang ke lain.
“Taipei Daddy tapi Jude memang drop New York dulu. Ada hal. Jude memang rancang nak shopping sikit.”
“Macam biasalah. Singgah Montecristo. Belilah sikit La Gloria dengan Padron. Tu je lah.”
Jude senyum. Dah boleh agak. Kiriman biasa untuk penggemar rokok Cuba. Kalau kat Malaysia memang jangan harap nak dapat murah macam di New York. Nak jumpa jenama yang benar – benar bagus pun susah. Panggilan diakhiri dengan sebuah janji dan jarang untuk seorang bernama Juhaidi Johari memungkirinya walau pun dari lapangan terbang ke Fifth Avenue bukanlah dekat. Tak apalah, demi seseorang yang sudi membesarkannya tanpa dia sedar selama ini siapa dia sebenarnya.

Seminggu kisah Blair Waldorf berlalu dan menyelusuri jalan Fifth Avenue ke Montecristo Cigar menyegarkan ingatan Jude tehadap Alila. Apa agaknya perasaan Alila kalau di bawa ke sini dan ke Upper West Side? Jangan lebih teruja dengan semua filem dan drama yang berlatarkan tempat ini melebihi dia sudahlah. Jude membuat senarai misi selama dia berkampung di Malaysia sebelum kembali ke Sunnyvale. Misi paling utama ialah;

1.     Sesi perkenalan dengan keluarga Johari.
2.     Sesi mengikat Alila.

Hey watch out. Buta ke?”
Jude terkejut apabila hampir berlanggar dengan seseorang. Banyak sangat berangan tapi ayat terakhir tu nampak sangat perangai tak senonoh. Menyumpah orang senegara pula tu. Mungkin tak perasan yang Jude orang Malaysia dengan cermin mata hitam ditambah dengan ketinggian seperti orang kebanyakan di sini dan gaya berpakaiannya. Bagi Jude perkara kecil begini tak perlu nak marah. Bukan sengaja pun.

Tanah airku, tanah tumpah darahku. Kawan senegaraku. Jude menyabarkan diri. Tak kan melupakan lebihnya negara sendiri. Tak kan luntur sayangnya terhadap negara sendiri dek kerana seorang manusia yang kurang budi bahasanya. Zaman belajarnya di Imperial dan Stanford dulu tiap kali ada acara mewakili negara, dia tak kan segan silu mempromosi lagu Warisan oleh Allahyarham Sudirman. Orang kata, hujan emas di negara orang, baik lagi hujan batu di negara sendiri. Bila jauh tercampak di negara asing, semangat patriotik biasanya lebih menebal dalam diri. Orang di Malaysia pun belum tentu pandai melagukan rangkap lagu Warisan ini agaknya. Dua rangkap terakhir sangatlah Jude suka.

           

Aku

Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan


Perasaan bangga bertambah lagi apabila menjadi warga Malaysia pertama berkhidmat di Intuitive Surgical. Terasa diri bakal mewariskan sumbangan teknologi yang tiada nilainya tetapi hakikatnya kini? Dia malu dengan sumbangan kotornya terhadap dunia. Lagu kegemarannya bakal berkumandang di radio tiap kali negara menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dan tiga bulan akan datang tak mustahil jika air mata mengalir jika dia mendengar lagu ini. Apa yang akan terjadi kalau segala kebenaran tersirat? Kalau dunia tak kan mungkin tahu tapi Dia tetap tahu.


Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Apa perasaan Alila jika dia berterus – terang apa sumbangannya terhadap dunia perubatan? Alila bertungkus lumus menyelamatkan nyawa dalam setiap kapasitinya dan dia pula? Mengenangkan semua ini sangat menyesakkan jiwa Jude.

Jude melupakan hasrat untuk mengambil langkah gaya ‘slow and steady’. Takut terlepas pula. Lantas sebaik sahaja mendapatkan barang kiriman Daddy, Jude mendail juga nombor Alila.

“Alila.”
“Ya, saya.”
Jude melepaskan nafas dalam. Akhirnya dua patah perkataan yang keluar dari mulut Alila meleraikan segala rindu yang tersimpan. Terlupa ucap hai atau salam apatah lagi. Yang dia tahu, mengiramakan nama Alila sangat menenangkan. Nama yang unik dan sebutannya yang lembut dan manja.
“I’m glad you answer my call Lila.”
“Encik Juhaidi?”
“Encik lagi? Oh, common Lila.”
“Okay – okay. What’s up?”
Jude gelak. Budak ni memang sempoi.
“Hujung minggu ni date jom. Nak bagi Russian Dolls tu. From Russia with love. ” Jude mula mengusik.
“JJ. Awak kan? Memang dah agak. Orang sent friend request bukannya nak terima kat Facebook.” Alila buat suara merajuk tapi teruja. From Russia with love? Mimpikah?
“Bila sent?”
“Sebelum masuk kerja tadi.” Jawapan sungguh tak boleh blah.
“Oh, ya ke?” Jude gelak lagi. Baru sepuluh minit? Seminggu baru rasa nak tahu siapa JJ ke? Lambat pun lambatlah asalkan ada balas dari pihak Alila. Memang dia tak jengah halaman Facebook dah berapa hari.
“Nanti saya accept tapi accept dulu invitation saya okay.”
“Tak janjilah. Lagi pun Jude, saya dah kena hang up ni. Saya tengah kerja, tak boleh lama borak.”
Shift malam?” Jude mengira perbezaan masa antara mereka.
“Ya.”
“Lila, awak tahu tak watak Blair tu dah ala – ala witch? Awak pulak vampire. I think vampire is cool. A witch is a big no.”
“Mengarutlah awak ni…. Okay see you when I see you.” Kalau jumpa, jumpalah.

Witch? Vampire?

Malu diingatkan lagi kisah pertemuan pertama mereka. Alila geleng kepala tapi bunga – bunga mula berkembang dalam taman hati.

I think vampire is cool.’ Senyuman Alila meleret sampai ke pagi.


See you when I see you.’ Jude tersenyum. Ah, Alila! Dipanggil mari, ditangkap lari. Umpamanya si jinak – jinak merpati.



Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! 
Mulakan tanggungjawab anda dengan memahami logo di bawah okay! 
#sehatisejiwa 

(Kabinet setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.







Saturday 13 August 2016

LOVE, LILA - CHAP 6




            “Sister Alila, Thank you for saving my daughter’s life. Please accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another.”
            Alila senyum. Raut wajah wanita dalam lingkungan 50 – an di hadapannya ini sangat difahami. Cabaran bekerja dalam dunia perubatan ialah ketabahan mengharungi pelbagai situasi. Panik, sibuk, tekanan, kesedihan, penderitaan, kesakitan dan kegembiraan. Dia suka saat ini. Saat yang remeh dalam diari seorang jururawat tapi sangat bermakna bagi orang lain. Mungkin saat ini nilainya umpama diberikan sebuah kehidupan baharu buat mereka.
            “Terima kasih Madam.” Alila hanya mengangguk dan menerima pemberian tanpa banyak tanya. Dulu dia selalu menolak pemberian keluarga pesakit atau pesakit sendiri tapi lama – kelamaan dia belajar untuk menerima. Keikhlasan yang terpancar di wajah mereka perlu dihargai dan menolak pemberian mereka umpama menarik nikmat gembira dan bahagia yang sedang dikecapi.
            “Take care Sister Alila.”
            Alila menghantar langkah Madam Siew dengan senyuman. Sekurang – kurangnya pagi Isninnya dimulai dengan penuh makna. Alila masuk ke bilik. Rancangannya nak menghubungi Pasha. Lama dah tak keluar ngedet ni. Hujung minggu pun dia sibuk kerja. Hari ini jadual kerja normal jadi petang Alila dah lapang.
            “Sister Alila.” Namanya dipanggil seraya wajah yang asing muncul di depan pintu.
            “Ya?” Berkerut dahi Alila. Pakai uniform student, hmm…Alila mengeluh dalam hati.
            “Saya nak minta tolong. Semua orang sibuk.” Kata si pelatih sambil jari tunjuk ke ruang A&E yang agak sibuk pagi ini.
            “A&E tak pernah tak sibuk dik. Macam mana saya boleh tolong?”
            “Saya kena follow satu kes masuk ke A&E dari awal sampai habis. Saya tak tahu nak mula dari mana.”
            Alila pejam mata. Pekerja senior tak rajin nak melayan ‘set – set’ bakal misi tapi terpaksa. Kalau tak ada pelapis, siapa pula yang nak menggantikan tempat mereka nanti? Kalau tak dilatih dengan betul dari sekarang nanti jadilah topik viral terkini yang mengecam profesion jururawat yang kononnya diisi oleh mereka yang terdesak semata – mata nak kerja dan duit tapi kelayakan kurang maka bekerja tanpa hati yang rela akan membuahkan hasil yang buruk. Nak senyum kat pesakit pun susah, nak amalkan etika bekerja yang betul dan timba ilmu klinikal lebih mendalam pun malas. Kerja tak ikhlas bahasa mudahnya
            “Okay, first saya bagi satu fail pesakit yang baru masuk pagi ni. Awak kena follow kes tu dari sini sampai pesakit discharge kan? Your name?”
            “Syakila. Panggil Kila.”
            Alila senyum. Nama dah dekat nak sama.
            “Kila study pasal patient suspected with dengue fever. Mudah dan common case. Banyak guna nanti.” Alila keluar ke kaunter dan mencari fail kes yang baru di terima masuk pagi tadi.
            “Nanti Kila kena interview doktor yang incharge patient tu kan?”
            Alila angguk.
            “What are the 7 warning symptoms and signs of dengue fever?”

            “Hah?” Kila panik.

            “Jangan panik. Doktor akan tanya soalan macam tu masa history taking. Kena bersedialah. Saya bagi tips dan awak kena lah belajar lebih sikit. Budak zaman sekarang dah untung ada Mr G 24 jam nak bagi info.” Bukan apa, baru dia perasan kes yang dia nak bagi kat Kila di bawah Dr Feruz. Dr Feruz kerek ya amat. Dia cukup pantang orang yang datang jumpa kosong – kosong. Nak tanya boleh tapi ilmu asas kena ada. Nanti kena sembur buta – buta aje.

            “Abdominal pain or tenderness…lagi..” Kila cuba mengingati simptom penyakit denggi. Bukan doktor selaku tukang diagnos sahaja yang kena tahu semua ni tapi nak jadi jururawat yang baik kena ada pengetahuan asas begini.

            “… persistent vomiting, clinical fluid accumulation, mucosal bleed, lethargy, tender hepatomegaly, laboratory increase in HCT and decrease in platelet count. Jika mana-mana pesakit datang dengan tanda-tanda tersebut dan tinggal di kawasan yang pernah dilakukan fogging, maka it is confirmed to be a dengue fever case until proven otherwise.” Alila menghulurkan fail kepada Kila.

            “Lajunya Sister.”

            “Hari – hari jumpa kes denggi. Salin info dari fail lepas tu letak kat meja saya balik.” Alila bangun dari kerusi.

            “Saya nak keluar pergi pantry.”
            “Sister nak minum? Tak apa, saya belanja minum air gedegang. Sekejap.” Kila terus meluru keluar meninggalkan Alila terkulat – kulat di meja.

            Hiperbola pula apabila Alila mendengar istilah air gedegang. Apa khabar agaknya si dia? Minta nombor orang beria – ria tapi sekali pun tak telefon. Orang kacak macam tu agaknya. Langsung tak hairan pun dengan jururawat sepertinya. Jumpa kali pertama dia santai sahaja dengan t – shirt gedabak dan skinny jeans dan jumpa dua kali pula dalam uniform. Tang mana boleh buat orang angau? Tak apalah Alila, tak semestinya kau akan jadi andartu kalau putik – putik perkenalan dengan Jude tak memekar pun. Jangan terdesak sangat sampai memalukan kaum Hawa sudahlah.




            DOBRO pozhalovat' v Botkinskoy.” Wakil Hospital Botkin menyapa Jude dan Belka dengan mesra.
 
Welcome to Botkin.” Belka mengulang ayat Dr Aybolit. Sepanjang Belka mengenali Jude, dia tahu Jude memahami dan boleh bertutur dalam Bahasa Rusia tapi memilih untuk berbahasa Inggeris sahaja.
“Hello Doc. It’s good to be back and the weather is great.”
“Malaysian love summer.” Belka perli. Jude gelak sahaja. Cuaca di Moscow sekarang sangat selesa. Musim panas tapi sebenarnya dingin yang mendamaikan. Angin pula bertiup sepoi – sepoi bahasa. Keluar dari Lotte tadi, Jude boleh jalan – jalan ke Red Square seorang diri. Dalam 25 minit dah sampai. 25 minit bagi Jude macam 2 minit sahaja. Dia suka jalan bajet bersenam. Balik Lotte, Jude dah malas nak jalan. Akhirnya dia naik teksi, naik atas bersiap ala kadar sementara menanti Belka datang menjemput di lobi hotel.

Don’t fool by the weather.” Dr Aybolit menasihati Jude.
Sure.” Jude faham sangat. Rasa macam selesa dan sejuk tapi sebenarnya panas mentari membakar kulit tanpa disedari. Kulit pun terasa sangat kering. Debu dan habuk tak nampak depan mata tapi cuba pandang kereta di jalan raya. Dalam 20 buah kereta, hanya  2 atau 3 kereta yang bersih. Yang lainnya dah rupa baru keluar tapak projek. Nampak Porsche, Mercedes, BMW dan Range Rover relax sahaja diselimuti debu. Penipu sangat siapa yang cakap kereta kotor tak dibenarkan berada di atas jalan raya di Moscow. Patutnya cakap jalan kat Moscow sama saja dengan Dubai. Bersepah kereta mewah.
Dr Aybolit membawa mereka ke kompleks OT (Operation Theatre). Papan tanda bertulis OPERATSIYA TEATRAL'NYY dikerling sekilas. Tempat pertaruhan nyawa. Selamat atau akhirnya di sini. Mereka bertiga menukar kepada uniform OT sebelum masuk. Jude sempat membaca e- mail berupa arahan yang diterima daripada Dr Hann malam tadi.


To: JJ
da Love, VIP Center, Botkin
Failure No 2: Programme Code 10110010
Error Lock


            Terlibat dalam misi da Love merupakan kesilapan besar yang pernah dibuatnya. Kalau dulu dia yang rela malah dia yang mereka semua kod Failure No 1 sampai No 10 tapi kini dia yang menerima arahan atas teknologi rekaannya. Teringat perbualan beberapa orang doktor yang dari dulu berkecimpung dalam penghasilan da Vincci, ‘Everything that can be automated will be automated’. Bukan dia seorang sahaja pakar dalam penghasilan da Love. Dalam bahagian perubatan, asas bermula daripada sekumpulan doktor dan dia penyelidik yang pakar bahagian ‘otak’ mesin robotik.

            Jude membuka laptop dan tekun meneliti setiap kod perisian. Belka selaku Genesis Training Specialist memberi tunjuk ajar dan demonstrasi kepada Dr Aybolit. Wakil MPA Medical Partners yang menjadi pengedar tunggal da Vincci dan da Love di Russia ialah Belka dan Dr Jill Stein selaku Clinical Sales. Sambil mengubah kod – kod untuk perisian da Love, Jude sempat melayari Facebook dan Instagram. Wajah si gadis vampire, Alila menerjah ingatan. Nak telefon rasa macam tak tahu nak mula apa. Nak tunggu orang kat sana telefon lagilah rasanya tak mungkin. Jude memulakan pencarian berpandukan beberapa hashtag dan pada #lovelila dia tersenyum puas. Dunia di hujung hashtag.

            “Are you done handsome?” Belka menegur dari belakang.
            “Yes, simple.” Kekunci Logout ditekan. Senyuman lebar Jude menipis semula. Simple? Kesedaran yang mula berputik akhirnya membunuh senyuman di wajah Jude. Yang tinggal hanya raut wajah serius.
            “They are expecting a surgery within 1 hour. Do you want to wait?
            “Nope. Pectopah please. I’m hungry.” Jude dan Belka menghampiri Dr Aybolit untuk mengucapkan selamat tinggal. Perkataan Rusia yang pertama melekat di kepala Jude ialah Pectopah yang bermaksud restoran. Tulisan Rusianya seakan tulisan rumi dan sebutannya juga mudah.

            “Can we have special dinner tonight? At my place?” Belka tanpa segan menunjukkan minat. Jude menyepetkan kedua belah matanya tanda ‘Is that the best idea for tonight?
            “If you can cook beef kholodets for me. Why not?”
            “You should ask me to bring the moon back to earth.” Belka membalas dengan ketawa kecil.

Wanita Rusia moden seperti Belka tak akan menghabiskan masa berjam lamanya di dapur semata – mata untuk menyiapkan hidangan tradisional Rusia. Bukan sedap pun masakan yang berupa daging disaluti jeli pada pandangan Jude. Dia pernah rasa dan hakikatnya nak mencari yang halal memang umpama mencari spesis pink head duck yang telah pupus.  Jude dan Belka kemudiannya menikmati makanan Jepun di restoran di hotel Lotte sahaja. Mudah untuk Jude lagi pun cadangnya nak merayap di Old Arbat Street sebelum gelap.
           

ALILA menekan kekunci Post di Facebook.

I was, in Paris. Only to get your favourite macaroons from Pierre Hermés.
Germany?
To pick up your favourite Falke Stockings – says Chuck Brass.
I was, in Moscow. Only to get your dream Russian Doll – says who?
Btw I’m Alila, not Blair. *sigh*

Pasha: Don’t forget, Chuck Bass sold Blair to his Uncle for a hotel.
Alila: Really Pasha? That’s why I never like him. I will never play at the same playground. Never again.
Dr Reeve: What kind of playground Alila? Gold and shiny or normal green grass like where I came from? Let’s fly together again soon girl.
Kak Long: Tu lah, layan Tarabas lagi bagus.
Alila: Eh, no lah Doc. I mean level I ni kena cari yang sepadan lah. Chuck Brass is just a big NO.
Pasha: Kak Long dah masuk. Haha….dia dah jumpa Tarabas dialah.
Alila: Mana ada? He is so not Tarabas.
Gin: The art of moving on. Congrats Lila.
Alila: aww….this is misleading guys.
JJ: You will get your Russian Doll all the way from Moscow. This, I promise you.



AMAR meletakkan telefon di birai katil. Tak jadi nak berbaring. ‘I’m still in your friendlist Ali’. Lupa atau sengaja membakar? Profile JJ pula tak dapat dia log masuk. Nak tekan Add Friend memang jangan haraplah. Gambar profile gambar tengah panjat gunung daripada belakang. Klise! Amar merungut. Apa yang terbaik saat ini ialah ambil wudhuk dan solat menghadapNya.



RUANGAN komen di Facebook terus senyap tapi bunyi WhatsApp di telefon Alila bertalu – talu. Soalan dari Kak Long dan Pasha: Who the hell is JJ?
Siapa JJ? Jude? Betul ke Juhaidi? Mana dia tahu Facebook aku?  Alila sendiri jangan ceritalah, umpama kerbau terkejut oleh gong.



Note: I need booster to be consistent. Haha...over kan? Can you cheer me up readers? Give me some medicine to take away this lazy disease. 

Happy reading.
Assalamualaikum.
Good day!

xoxo
Rin Ahmad
@
KL
 
 


Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...