Tok!Tok!Tok! Nyaring ketukan pintu kedengaran. Mikhail terpisat – pisat di bawah gebar malas untuk bangun. Dengan kedinginan air cond ditambah dengan hujan di luar sana , siapa pun marah jika tidur yang lena terganggu. Hish siapa pula datang pagi – pagi buta ni. Matanya ditala ke arah jam loceng di bucu katil. Pukul 3 pagi. Tok!Tok! Tok! Dengan malas Mikhail bangun setelah bunyi pintu tak berhenti – henti.
“Cari siapa?” Mikhail membuka pintu dan di luar grill kelihatan seorang gadis basah kuyup sedang menangis.
“Do I know you? Awak salah rumahke?”
“Minta maaf, saya cari Zack Ahmad. Dia ada ke?”
“Oh, awek Zack. Ingat siapa. Tapi Zack dah tak duduk sini? Dia tak bagitau awakke?”
“Tapi saya baru jumpa dia semalam.”
“Dia tak bagitau awak ke dia dah balik US ?”
“What?” Gadis itu terjerit di tengah – tengah hujan lebat. Mikhail pantas menoleh kiri kanan. Weii..ni kawasan rumah teres yang majoriti penduduknya Islam. Biar benar awek terjerit – jerit depan rumah aku pukul 3 pagi ni. Nanti apa kata jiran – jiran. Mak Cik Lina kat sebelah boleh kecoh satu taman kalau dia nampak scene ni.
“Awak balikla. Zack dah tak duduk sini. Hari tu dia tumpang sementara je. Abang saya yang minta tolong tumpangkan si Zack. Jadi kalau awak tanya saya lebih – lebih pasal Zack, mana dia pergi ke, apa ke, saya memang tak tahu.“
“Saya betul – betul kena jumpa Zack. Penting sangat – sangat.”
“Balik je la. Zack tak ada. Awak datang dengan siapa?“ Macam tak ada kereta lain kat depan rumah dia ni. Takkan tumpang orang pukul 3 pagi ni. Bas ke teksi mana nak ada pagi – pagi buta ni. Seram sekejap Mikhail memikirkannya.
“Tolongla saya. Buka pintu ni. Saya nak jumpa Zack. Awak janganla subahat dengan dia. Kalau saya tak jumpa dia malam ni, matilah saya.“ Ayra tak mengendahkan soalan tuan rumah.
“Kereta awak mana?“ Malas Mikhail nak layan. Walau pun agak kasihan melihat gadis tersebut basah kuyup namun hatinya tegar agar tidak terlibat dengan masalah orang.
“Please, bagilah saya masuk. Please.” Ayra sudah meraung – raung di luar pintu.
“Awak, saya duduk seorang dalam rumah ni. Saya tak boleh bagi awak masuk.”
“Please. Tolong saya.”
“Balikla.” Mikhail terus berpusing hendak melangkah masuk. Lama lagi dia menghadap budak ni, karang jatuh kasihan susah tak pasal - pasal. Tiba – tiba suluhan sportlight kelihatan dari jauh dan sebuah Volvo XC 90 betul – betul berhenti di hadapan rumahnya. Dua orang lelaki yang kelihatan amat garang keluar daripad SUV tersebut.
“Tunjuk Uncle, ni ke lelaki keparat tu? Cakap.” Lengan Ayra dicengkam erat dan dihadap ke pintu pagar rumah Mikhail.
“Hoi kau budak. Bukak pagar ni. Aku cakap bukak!“ Nyaring suara lelaki yang menggelarkan dirinya Uncle itu. Bertambah nyaring suara si Uncle kedengaran dengan hujan yang hampir berhenti. Mikhail terkaku di hadapan pintu rumah. Tak jadi melangkah masuk. Tiba – tiba seorang lelaki yang bersama Uncle tadi memanjat pagar rumah Mikhail dan melompat masuk. Oh No! This is not happening.
“Hoi budak. Kalau kau nak hidup lama, bagi aku kunci grill ni. Bukak!“
“Kat belakang pintu kayu tu“. Ishh lain aku nak cakap lain pula yang terkeluar. Aku nak cakap apakemende semua ni? Nak aku panggil polis ke main ceroboh rumah orang ni? Namun dengan wajah garang kedua – dua lelaki ni, kecut juga Mikhail dibuatnya. Bagi je lah masuk. Bincang kat dalam sebelum jiran – jiran sedar. Si Uncle menarik tangan gadis tersebut yang nyata ketakutan masuk ke dalam rumah Mikhail.
“Kau ni memang dasar jantan pengecutkan. Kau dah porak perandakan hidup Ayra, dia patutya kahwin minggu depan tapi elok je dia cakap tak boleh sebab kau kan?“
”Saya tak faham la pak cik. Pak Cik dah salah faham ni.”
“Kau jangan banyak berdalih. Memang dasar jantan tak guna. Tadi kau tak bagi Ayra masuk kenapa? Dia mesti tengah merayu – rayu kat kau jangan tinggalkan dia. Ajak kau kahwin pastu kau boleh buat bodoh je.“
“Pak cik dah salah faham ni.“
”Boleh tak awak explain kat pak cik awak yang dia dah salah faham ni.“
“Kau diam Ayra. Kau jangan nak sebelahkan jantan tak guna ni.” Ayra hanya menunduk memandang lantai. Tak berdaya untuk menceritakan hal yang sebenar. Kalau pun diceritakannya, siapa yang nak percaya.
“Esok, aku nak kau datang rumah kami. Pandai buat pandai tanggung. Kunci kereta kau dengan IC kau bak sini. Jangan pikir nak lari. Orang aku akan berjaga – jaga kat kawasan ni.“
“What?“ Berserabut Mikhail memikirkan apa yang patut dibuatnya. Alahai apalah nasib badan. Kawan Uncle dengan pantas mengambil kunci kereta Mikhail yang tergantung di belakang pintu.
”IC tak payahla. Esok saya pergilah, kunci kereta saya tu memang saya nak ambil balik pun.” Evo tu bhai! Penat aku kumpul duit nak beli Lancer Evolution tu, sesuka hati onyang dia nak amik. Mereka bertiga terus meninggalkan rumah Mikhail. Macam nak sepak je aku tengok muka awek tu. Boleh sepanjang – panjang tu dia buat muka donat. Kalau tak mengenangkan dah nak Subuh, memang aku keluarkan jugak buah silat aku ni. Teraniaya dowh!
Subuhnya.
“Papa, ada problem sikit“
“Ha?“
Diceritakan sedikit sebanyak pasal double-trouble semalam. Papa yang berada nun di Jepun memang nak kena bagitau. Kan masuk rumah orang sihat walafiat, keluar arwah kang tak tahu lagi. Baik aku minta ampun siap – siap dengan satu – satunya ahli keluarga yang ada dalam hidupnya. Abangnya yang ghaib macam Zack jugak tu kira macam tak adalah yea.
“Apa – apa Arif bagitau Papa. Nanti Papa hantar orang.“
“Tak ada apa – apalah Pa. Small matter je cuma cuak jugalah ni.“
* * *
Seminggu kemudian.
“Kira jadilah ni yea. Atuk rasa kita buat masa tarikh tu jugak la.“
“Kalau Arif setuju, saya tak ada masalah. Tak sangka Ayra Maya ni anak Tan Sri Malek. Arif Mikhail tak pernah cakap pula kawan dengan anak arwah kawan sendiri.“
Ya Rabbi lain yang aku plan, lain pula yang jadi. Bila dah kena serang dengan keluarga Ayra hari yang aku berlagak macho pergi sesorang kat rumah dia tempoh hari. Aku terpaksa buat Plan B, cakap nak datang lain kali dengan papa, konon setuju-paksa kahwin dengan Ayra. Kalau tak kerana kapak yang elok je kat tangan Atuk Ayra tu baiklah aku cakap setuju. Kalau tak memang dah arwah dah aku ni. Dasar Zack tak guna, dahla menumpang kat rumah orang, bukan takat tapak kaki yang dia tinggal, taik sekali yang dia tinggal. Huh anginnya aku!
Papa yang sentiasa berhemah sesama makhluk Tuhan ni, bila aku cerita masalah aku, dia yang syorkan pergi jumpa keluarga Ayra dan terangkan hal sebenar. Elok je keluar kereta, berlaku pula adegan jejak kasih kat situ. Rupanya Ayra ni anak arwah kawan papa. Papa tersangatlah rapat dengan arwah Tan Sri Malek ni. By the way, orang yang dah kembali ke rahmatullah tu, tak payahlah nak sebut pangkat kat depan kan. Menyampah pula aku tengok Uncle Ayra yang garang tu dok menekankan Tan Sri tu semasa sesi perbincangan ni. Yang paling best bila papa macam terlupa je yang aku ni tak kenal siapa si Ayra Maya ni. Dia pula yang sibuk nak buat menantu. Bila aku tarik tangan papa cakap ni dah jadi agenda mengarut, senang je papa cakap.
1. Kau umur dah 30 tak ada calon lagi pun.
2.Tan Sri Malek ni daripada keturunan baik – baik, Ayra pun mesti budak baik.
Baik sangatlah kalau pukul 3 pagi dok mencari jantan si Zack Ahmad tu. Hasilnya aku Arif Mikhail dengan paksa-relanya jadi pak sanggup untuk Ayra Maya Malek ni. Siaplah kau Ayra!
* * *
Aku ni bukannya anak yang soleh sangat pun, boleh je aku nak bantah cakap papa tadi tapi bila aku terpandang 4 bjik hasil tangan aku tergantung kat rumah Ayra. Bila tanya si Uncle yang garang tu, dia cakap Ayra punya koleksi tu. Dia peminat setia hasil lukisan Mike. Dia peminat setia akulah tu! Elok juga kahwin dengan peminat sendiri. Hahha....siaplah kau Ayra! Sebab pertama kali aku kenal orang yang beli lukisan aku sepanjang 6 tahun aku jadi artis ni rasa macam teruja pula. Kesemua hasil seninya tak pernah dipamerkan di galeri Kuala Lumpur ini, semuanya sama ada dijual secara online atau dipamerkan di galeri sahabatnya Jonathan di London.
* * *
“Angkat semua beg kau masuk dalam bilik aku.“
“Tapi boleh tak saya nak duduk kat bilik bawah je.“
“Kat bawah tak ada bilik. Bawah ni kawasan larangan. Tempat kerja aku. Kau duduk atas je senyap – senyap.“
“Tapi..“
“Apa tapi – tapinya lagi. Aikk bukan ke kau yang terhegeh – hegeh yang nak kahwin dengan aku. Elok merenyam dengan si Zack, nak kahwin dengan kita pula.“
“Awak tak faham. Saya tak niat pun nak susahkan awak. Tapi kalau saya cerita pun bukannya awak faham. Saya terpaksa.”
“Eloklah tu, esok lusa mengandung kau jagalah sendiri anak kau tu. Aku takat bagi benda wajib kat kau sebagai isteri aku je.”
“Ishh apa pula sampai ke situ.”
“Habis tu kau dah terfikir nak gugurkan ke? Bawak – bawakla bertaubat. ”
“Sampai hati awak. Saya tak kisahla awak nak cakap apa pun. Awak dah selamatkan maruah saya pun dah cukup baik.”
* * *
Subuh yang hening itu, sebaik Ayra membuka matanya, terasa kelainan apabila menyedari tangan Arif Mikhail berlingkar di pinggangnya. Walau pun Ayra terkejut namun dibiarkan sahaja. Ya, dengan nama Allah dia ikhlas menerima Arif Mikhail dalam hidupnya.
Walau pun dia tak pernah mengenali seorang yang bernama Arif Mikhail, kehilangan Zack secara mengejut dan dipaksa kahwin dengan Tengku Ashraff sepupu yang tidak pernah hidup berlandaskan Islam, dia ngeri. Zack yang dikenalinya ketika menyelamatkannya daripada dirogol tunang sendiri, si keparat Tengku Ashraff. Zack yang menghulurkan pertalian membuatkan Ayra yakin masih ada orang yang ikhlas berkawan dengannya sampai terlalu jauh dia mengharapkan Zack.
Namun benarlah, wanita itu insan yang mudah terpedaya. Nasib baiklah pertalian dia dengan Zack baru bermula. Cuma yang menakutkan Ayra ialah apabila Tengku Ashraff menyerang keluarganya tempoh hari pada pukul 12 malam semasa seluruh isi keluarganya sedang tidur nyenyak. Seluruh ahli keluarganya terkejut dan malu. Dia malu apabila Tengku Ashraff menyatakan Ayra tak layak menjadi isterinya kerana Ayra sudah terlanjur dengan Zack. Semata – mata kerana cemburu Tengku Ashraff yang telah terserempak Ayra tengah berjalan tersenyum riang di sisi Zack Ahmad pada petang itu. Dan Ayra dengan nekad menuju ke rumah Arif Mikhail yang disangkakan rumah Zack Ahmad.
* * *
Ayra menggoyang – goyangkan tangan Arif Mikhail yang masih melekat di badannya. Ayra cuba melonggarkan pegangan tangan Arif Mikail.
“Mikhail, bangun. Dah nak habis waktu dah ni.”
“Nanti lah jap.“ Mikhail memusingkan Ayra menghadapnya namun matanya masih terpejam rapat. Ayra hanya terkelip – kelip memandang Mikhail. Handsome rupanya suami aku ni. Dari jarak yang dekat, wajah Mikhail yang putih bersih ditatapnya. Rambut Mikhail yang panjang separas bahu melindungi sebahagian mukanya. Ayra menyelak rambut Mikhail dan diselitkan ke telinga. Jika ini yang kau takdirkan kepadaku Ya Allah, sesungguhnya aku redha. Kening Mikhail yang lebat dan teratur, hidungnya yang elok terletak dan bibirnya yang seksi bersama desah nafasnya yang menghembus lembut ke telinga membuat Ayra terbuai.
Owh My! Apa kau melalut ni Ayra.
“Dah puas? ”
“Ha? ”
“Ya lah dari tadi aku tengok kau dok pandang je aku. Baru perasan ke laki kau handsome. Kalau bukan sebab aku lagi handsome dari Zack kan, confirm lah kau pandai menjawab cakap pak cik dan atuk kau kan. Ni main angguk je orang suruh kahwin. Kalau bukan sebab Papa kenalla keluarga kau, hai bujang senang lagi aku sekarang ni. ”
“Nak on sekarang ke? Semalam nampak kau macam penat sangat. Jadi aku KIV dulu. ”
“Erm..tak..tak nak.” Tergagap – gagap Ayra menjawab. Malu menyerbu ke muka. Mikhail dengan selamba bangun, ambil tuala dan terus ke bilik air. Tabahkanlah hatiku ya Allah. Bisik Ayra.
Mereka berdua menjamu sarapan pagi sambil masing – masing melayan perasaan sendiri. Arif Mikhail yang serba salah berhadapan dengan gadis yang tidak pernah dikenalinya. Namun sedar akan tanggung jawab besar sebagai seorang suami. Ayra Maya yang tertunduk memandang meja makan sahaja sambil mengenangkan untung nasib sepanjang bergelar seorang isteri nanti. Betulke semua ni?
“Aku dah siap. ”
“Saya pun. ”
“Aku nak sambung kerja aku kat bawah. ”
“Awak kerja apa kerja kat rumah je?
“Jangan nak busy body. ”
“Ni duit RM1000. RM 500 kau pergi beli barang dapur. Lagi RM 500 kau gi pasang IUD, aku tau kau kena layan aku macam seorang isteri yang solehah layan suami. Nanti kot - kot kau dah rasa nak anak dengan aku, kau gi bukak balik IUD tu. For the time being this is our new life. Aku bukan suami plastik, kontrak – kontrak ni tak main. Fake it until you make it!”
p/s: Ni kategori cerita pendek jer yea. Dulu part 1 & part 2 je.Tapi skng sbb ada permintaan, akn diupdate mayb the longest up to Part V jer. Takut korang bosan lepak sini tak ada entry lengkap lagi so createkanla citer ni. Tapi x lengkap lah ni kan sbb readers mtk smbg. Enjoy Reading! Part IV & V will be updated soon :)
Then habiss this E-Mini Karya!
Then habiss this E-Mini Karya!
bila nak update part 2??
ReplyDeletex sabar duk nunggu ni.
saya update lama tau tp x perasan link broken. Sorry sgt2!
ReplyDeletelike ...like ..like ..... but does arif realy know wat happen 2 ayra? a bit confuse!!!
ReplyDeleteThis part Arif cuma tau sape Tg Ashraff. Next part II baru dia tahu who is Zack Ahmad. Cter pendek mmg xplain on the run je..Jgn confuse2 yea.
ReplyDeletei am new to this blog - ingat nk layan waktu boring pepagi p dean melakat doh!
ReplyDeletesgt suke dgn this mini novel
x sangka baru je bace part 1 dh x sabo nk bace pt2.
mai terjah
Wow. Dok godek2 ur blog & found this story that i' ve nvr come across.
ReplyDeleteSo not typical punye story.. Kawin paksa, tido asing2..
how I always like yr way of thinking!!
I really hope to read this story untul the end. Please continue .
ReplyDeleterajinn buat cerpen.. :p
ReplyDelete