Thursday 17 December 2015

NOVEL TERBAHARU: JEJAKA EDISI TERHAD



Que Zafril
Hmm..Rupa? mestilah komersial. Kata pramugara. Nak tengok dia senyum? 24 jam boleh tengok sebab dia memang pemurah. Lagi pun hidup seorang Que Zafril mana pernah ada masalah. Ada masalah cabut je lah.
Hmm..cutting body? Macam model tu haruslah. Kata pramugara paling handsome abad ini. Kan Kan Kan?
Hmm..nama? Komersial gilerr. Pakej la dengan rupa. Apa orang cakap? 2 in 1? Tapi kalau semuanya komersial, hobi pula mestilah semua yang stok – stok terhad je. Cu teka?


Sara Nabila
Hmm..Rupa agak komersial. Putih melepak tapi nak tengok dia senyum? Mak ngaii..susah ooo. Maklumlah orang susah, mestilah banyak masalah. Dengan rambut pendek lurus paras bahu siap fringe depan, sekali tengok macam baby doll tapi baby doll masam la!
Hmm..cutting body? Macam model tapi macam rendah sikit. Dalam 5 kaki 2 inci. Tak lepas nak jadi runaway model sudah pasti. Jadilah pemakan gaji tegar. Gaji RM 1800 lepaslah takat diri sendiri duduk KL ni.
Hmm..nama pula langsung tak komersial. Kalau tengah jalan, takat orang panggil Sara!Sara! memang Sara buat tak tahu. Nak tahu kenapa? Sebab berjuta orang nama Sara kat dunia ni. Anggap je lah orang tu panggil Sara lain. Kalau betul orang panggil dia, panggil la siap binti sekali kan?
“Encik, tak kan semua bilik nak buat studio?” Tanya Sara serius.
“Suka hati saya lah, saya bayarkan?” Balas Que.

Sara pelik:
Baru last week dia siapkan studio jamming untuk bilik atas rumah mamat ni. Tak kan sampai dua bilik nak buat kot? Jangan cakap nak buat bilik recording pula? FLY FM studio nak pindah kat rumah mamat ni ke?

Que tak pelik:
Sebab dia rasa dalam hati dia ada ‘rasa’ skettt dekat awek Acoustic Consultant ni. Comel!!!


Que Sara:
+Saya tak suka pramugara.
-Saya boleh tukar kerja.
+Kerja apa?
-Apa – apa je. Cakap je, semua saya boleh jadi.
+Errr...(Sara speechless. Ada cara lain tak nak me‘rambus’kan mamat ni dalam hidup dia?)

Sean Norman
Dia punya segala yang diinginkan lelaki; harta, kuasa, wanita tapi bukan bahagia. Antara sayangkan si adik atau sayangkan sang isteri, bolehkah untuk dia tidak memilih? Butakah dia sehingga tak nampak setiap kejelikan di depannya atau hatinya sudah lama terpadam cahaya cinta.


Nur Indah
Sara, maafkan aku. Kata – kata yang terlafaz hanya jauh di lubuk hati. Sebuah ikatan persahabatan yang dikorbankan demi tamaknya hati meraih cinta. “Aku akan buat Sean lupa dia ada adik yang bernama Sara.”



Shah Ezlan
Alasan Papa tak restu. Semua tu merepek Sara. Sebenarnya awak tak cintakan saya. Tak pernah Sara. Tak pernah. Relevan lagikah perbezaan darjat pada masa kini? Salahkah dia kerana jatuh cinta dengan adik tauke pusat snooker?

LOVE IS TRUST....
LOVE IS CRAP!


p/s: Novel terbaharu daripada Rin Ahmad, yeay finally! Silalah pelepak tegar sekalian terutama pelepak sejak dari zaman batu blog, die hard fan Abang Sean dengan Indah dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran ya. 

New novel and new resolution because in life, you enter every different phase and every next level of your life will demand a different you!

Assalamualaikum and Happy New Year :D

xoxo, 
KL @RA



Wednesday 14 October 2015

HAMMOCK: SPECIAL EDITION




“Confirm?”
Hannah angguk. Kaki menguis karpet di depan pintu bilik air.
Emir panggung kepala.
“Ini tak bagus.”
Hannah hampa mendengar komen Emir.
“Too early?”
“No..of course not that.”
“Then?” Hannah cuak. Tambah – tambah apabila melihat si suami menuju ke iPod dock. Dah agak dah.
Irama jazz alunan Weather Report berkumandang memenuhi ruang bilik.
“Awak tahu semalam kita buat apa kan.”
“Kaitan?” Hannah dah kecewa sangat dah. Ini bukanlah reaksi yang dia harapkan daripada Emir. Hannah perlukan sokongan. Ingatkan teruja rupanya muka ketat yang dia tayang dari tadi.


“AWAL bangun?”
Hannah senyum segaris dan terus berlalu. Protes dalam diam.
Emir hulur segelas oren kepada si isteri.
“Saya tak nak. Dah stop berangan nak kuruskan badan.”
“Astagfirullahalazim. Kitab mana cakap minum jus oren pagi – pagi boleh kuruskan badan?”
Hannah besarkan mata. Tak kan tak faham ke buat – buat tak faham. Sah lah minum jus buah di pagi hari adalah sebahagian regim diet sihat. Diet sihat tu tujuan dia bukan nak jaga badan ke? Nak bagi kurus samalah tu dengan nak bagi sihat.
“Minumlah. Lain kali kalau nak sangat weight loss, minum sampai 5 gelas. Lepas cirit – birit tu confirm turun sekilo - dua.”
Hannah tarik nafas dalam. Semua yang keluar daripada mulut Emir kedengaran sinis di pendengarannya.
“Saya nak minum sekarang 5 gelas. Bagi semua yang ada dalam perut ni keluar.” Hannah dah hilang sabar. Kaki dihentak menuju ke peti ais. Sekejap hilang rasa hormat terhadap suami tanpa sengaja.
Langkah Hannah diekori dengan hujung mata. Giliran Emir pula menarik nafas dalam. Okay, 3 kali. Deep breath. Deeper. Deepest. Okay now…

Emir melabuhkan punggung di atas meja. Gelas dan 2 kotak jus oren ditolak ke tepi. Hannah yang duduk di kerusi angkat muka.
“Saya tahu awak tengah marah. But why? Tak boleh cakap terus terang?”
“Saya yang kena cakap?” Hannah gelak sinis.
“Awak yang ada masalah. Awak yang patut cakap. I thought this is what you want.” Sambung Hannah lagi.
“Memang saya nak pun. Ada saya cakap tak nak?”
“Awak tak nampak happy. Awak tak nampak excited pun. Bila saya tanya awak geleng dan terus tidur. Jadi siapa yang patut terus – terang. Saya atau awak?”

“You expect me to do what? Dukung awak pergi celebrate kat Ocean Suite lagi?” Emir gelak dan serentak mereka berkata, “Unbelievable.”
Serentak juga masing – masing berdiri tegak.


Unbelievable Emir – Serius Hannah fikir dia akan keluar rumah terus pergi cari bunga, coklat atau melompat – lompat macam budak dapat lollipop? Bila nak matang ni?

Unbelievable Hannah – Serius Emir fikir benda ni kecik? Dia punyalah teruja macam nak pecah dada nak bagitau tapi yang dia dapat soalan demi soalan dengan muka ketat si suami. Susah sangat ke nak faham hati seorang isteri?


“Hannah, macam ni lah. Awak pergi kerja lepas tu awak ingat balik semua perbualan kita sepanjang beratur nak masuk Tunnel People tu. Patut ada benda tersangkut kat minda awak tu. Take care sayang.” Emir merapati Hannah, dicium dahi isteri lembut dan terus berlalu.
“Saya dinner macam biasa kat rumah. Drive carefully.” Emir jerit dari sebalik pintu dapur.




HANNAH mengambil cuti separuh hari. Nak bersendirian. Dikhabarkan kepada Kira ada hal kecemasan dan dia hanya akan masuk selepas pukul 2 petang. Rasa tertekan sangat dengan reaksi Emir yang selamba.
Tunnel people?
What with the Tunnel People?


credit: google


“Biasa datang ke?”
“Tak lah. Ni kali kedua baru. Saja nak feel terjerit – jerit dengan isteri.” Emir mengusik. Memang betul pun sebab masuk saja kawasan The Invaders, Hannah dah tarik – tarik tangan Emir. Pada hal bukan tak tahu semua yang dalam kostum alien tu orang je pun tapi sebab dengan bantuan laser dan prop nampak sangat lah ruang tengah USS dah transform jadi New York street yang kacau bilau diserang alien. Bunyi muzik memang menakutkan. Elok mereka berjalan melepasi The Horde tiba – tiba mereka disergah dan Hannah menjerit sekuat hati. Emir jangan ceritalah, gelak sekuat hati.
“Okay sekarang kita pergi rumah hantu ni dulu. Banyak sangat pula rumah hantu tahun ni.”
“Yang awak datang sebelum ni macam mana?”
“Sikit tu pun nak beratur malas. Ramai sangat orang. Ini yang saya korbankan duit lebih sikit. Beli tiket ekspress. Tahun ni nampaknya beli tiket ekpres pun kena beratur jugak sikit.” Emir geleng kepala melihat ribuan manusia yang beratur untuk masuk ke sesebuah tarikan rumah hantu. Banyak jugalah rumah hantu yang disediakan oleh pihak USS untuk acara Halloween tahun ni.
Emir menarik tangan Hannah menuju ke rumah hantu Tunnel People. Cuak juga nak fikir apa yang bakal ‘terjumpa’ kat dalam nanti. Nak jerit malu kat bini ooi.



credit: google

Sedang menanti dalam barisan, Hannah bersandar di belakang Emir. Dagu disangkut ke bahu suami. Tak nampak nak menggatal pun sebab orang ramai sangat tengah beratur dan barisan pun rapat – rapat.

“Actually saya pernah je pergi yang kat Hollywood punya.”
“Jangan nak cakap pergi waktu malam lepas tu dengan mangkuk tu.”
“Mangkuk mana?” Hannah gelak kecil. Saja nak menyakat.
“Halloween jugak ke?” Dah longgar suara Emir bertanya.
“Malam memang la malam, City Night Tour je dan  tak ada lah menggesel macam ni.” Hannah buat – buat rapatkan lagi badannya ke arah suami. Nampak peluh merenik di dahi Emir. Panas sebab beratur di tengah lautan manusia atau panas kat dalam tak tahulah. Saja nak mengusik sebenarnya.
“Dah lepas Hannah. It’s your memory. For you to forget.” Emir senyum penuh makna. Dalam betul makna ayat akhir tu.
“Emir…kenapa sampai sekarang awak tak pernah nak explain awak pergi, awak datang. Awak tahu pasal saya dengan Razin semua tu. If you really love me, tak kan lah nenek dan belajar tu saja excuse nya? Tak valid.”
Emir angguk buat mengiakan saja bebelan Hannah.
“Right.”
“Seriuslah sikit.” Hannah cubit perlahan telinga si Emir.
“Ishh ya lah. Serius ni.”

Bagi Emir, Hannah tak perlu tahu perasaan dia di saat bersama Keizo, sahabat baik yang hampir maut semasa bekerja dengannya di dalam laut dalam. Nyawanya sendiri hampir melayang apabila melihat keadaan Keizo yang cedera parah. Pekerjaan seperti mereka sangat berisiko. Orang menyelam yang sekadar nak seronok tengok alam di dasar laut pun kena berhati – hati apatah lagi mereka yang menyelam sambil bekerja. Mujurlah Keizo panjang umur tapi cukup untuk buat Emir berfikir inikah cara yang betul untuk dia bagi makan dan minum untuk bakal keluarganya nanti. Hatinya berbolak balik saat itu.
Boleh dikatakan tiap – tiap minggu Emir balik kampung jenguk atuk dan nenek dan balik KL jenguk mak dan ayah sendiri. Sama banyak. Insaf tak payah cerita. Perasaan di hati saat itu hanya ingin berbakti kepada orang tua. Hanya mahu berjasa. Kalau nyawa hampir melayang seperti Keizo, tak lah Emir ralat. Paling gerun apabila Emir menyaksikan Keizo yang terlalu sayangkan si isteri Nat tapi sanggup meningggalkan isteri kerana tak yakin dengan fizikal sendiri yang dah tak sempurna. Mampukah Hannah sesetia Nat menanti Keizo pulih. Mampukan Hannah sentiasa menyokong kerjayanya yang berisiko ini seperti mana Nat sentiasa teguh berdiri di sisi Keizo. Saat Keizo sangatlah ‘American’ kehidupannya sehinggalah berubah 360 darjah. Dia menyaksikan penghijrahan Keizo. Dia gembira. Dia bangga.

 “Awak tak perlu tahu Hannah, kenapa, bagaimana? Bab Razin, saya pun tak jangka dia buat awak macam tu kat belakang. Kalau Marina tak bagitau saya pasti dah tentukan jalan hidup yang lain tapi my path and my destiny were just aligned.”
“Aligned?”
Emir angguk.
“Takdir semata?”
“Pemangsa memang akan suka sangat guna alasan takdir. Bagi saya usaha.”
“Stalked saya, Marina dan Razin. Ugut dia? Tu usaha?”
“Kita buat apa yang kita nak. Kita usaha sampai berjaya. Saya nak awak. Razin memang tak jujur dengan awak. Titik.”
“Mudah macam tu? Semuanya kebetulan? Perhentian?”
“Jangan jadi pesimis Hannah.”
“What? Saya tengah persoalkan pergi dan datangnya awak seperti kilat. Nilai cinta awak kat mana?”
“Again, hanya pemangsa yang suka guna perkataan kebetulan.”
“Repeatedly you said that. I am a victim? What a nonsense. Sebab awak senang tinggalkan saya. Razin ambil kesempatan dan saya sangat loser pada pandangan awak duhai suami? Arghh….how frustrating.” Hannah mengalih dagu dan membelakangi Emir. Merajuk kot cakap kita yang dah sah jadi isteri dia mangsa. Sampai hati.

Emir menarik Hannah agar berdiri di hadapannya. Perlahan sangat barisan bergerak. Entah bila lah giliran nak masuk Tunnel People ni.
“Sayang tahu tak berapa jumlah makhluk kat dunia ni?”
“Emmm…approximately 7 billion?”
“Ya lah kot.”
“La..tanya tapi tak sure pulak.”
“Tu tak penting tapi nak cakap only 2% of the population ada mindset mastery. The rest semuanya mindset victim.”
“Nak cakap awak ni set – set mastery dan sayalah victim?” Hannah mencebik. Berangan sangat suami sorang ni.
“No lah sayang.” Hannah ditarik rapat dan dengan selamba pinggang Hannah dipaut dari belakang. Tak peduli la PDA ke apa. Tak ada orang peduli punya. Malam ni orang masuk USS dan tengok hantu bukan dorang berdua pun.
“Then?”
“At least saya berusaha nak tergolong dalam orang yang mempunyai trait mastery. It is more to positive thinking, leave the negative mindset and turn all the bad to the good. Opportunist.”
Hannah senyum sinis. Oppurtunist? Tu lah cara Emir dapatkan dia.

“Steve Job is the greatest mastery. Dia manipulate semua situation untuk keuntungan diri dan masa depan. Biasanya golongan mastery nilah yang monopoli teknologi, perniagaan dan of course kekayaan. The type yang selalu fikir nothing is impossible.”
“So tang mana saya ni masuk set – set victim? I’m not the person who will easily give up too. At least not when you left.” Hannah cuba pertahankan diri.
“Hannah. Jangan defensive sangat. Saya tak maksudkan benda buruk pun. You have all the good traits of what a woman should have. And what a wife should be defined. You scored perfectly.” Emir memuji ikhlas.

“This category lebih kepada sikap kita Hannah. Orang yang dalam kategori victim ni selalu guna alasan takdir, tak ada rezeki. Suka guna perkataan boleh lah, okay lah. They don’t really know what they want. If they know then don’t really plan what to do. If they have plan then they fail to execute and start blaming. Saya buat salah sekali Hannah. Lepaskan awak, saya rasa umpama hantu dalam rumah hantu tu. Manusia bernyawa tapi jiwa kacau macam hantu until one day I decided that I will get what I want. If the very moment saya tak boleh dapat awak, saya akan set target saya akan kahwin juga, jumpa awek, ngorat, hidup happily ever after. Lepas saya bangun tidur the next day, parent saya call. Ajak pergi US. Katanya ada hal kerja sambil nak family vacation. Saya terbayang hanya awak Hannah. Could this be my first effort to have you back and it was true. Saya pergi jumpa Marina tapi malangnya awak dah ada Razin. But again, saya ajak Marina jumpa awak dengan Razin just to make sure you were really happy tapi yang saya nampak Razin tengah dating dengan orang lain. Bukan setakat dia ada mak we kat sana, kat Malaysia pun ada. Saya tak rasa tu semua kebetulan untuk saya tapi tu sebab betapa kuatnya perasaan saya untuk awak Hannah. Since then, tak da istilah tunggu, lihat, biarlah, okaylah dalam hidup saya. Semuanya well planned. If it didn’t turn out as it should be, I already have the backup plan.”


Hannah pejamkan mata. Panjang sangat penjelasan suami tentang kisah silam mereka. Amazing. Yes, amazing! Selama sebumbung dengan Emir, pernah dia nampak Emir down? Tak pernah. Sedih? Pernah sebab itu perasaan normal. Down tu tak normal sebab boleh dikawal oleh fikiran. Marah? Ya pernah tapi cepat cool sangat.

Hannah cepat- cepat buka mata apabila dalam lintasan bayangan boleh pula keluar bayang hantu yang dia tengok kat USS semalam tuh. Memang dia pejam mata dan tarik baju Emir aje sepanjang dalam Tunnel People tu. Gelap gelita dan hantu muncul entah dari mana - mana je. Memang menakutkan. 

Victim? Mastery?
Huuuuh…Hannah menghembus nafas kuat sehingga mengeluarkan bunyi. Apa maksud si suami? Tak boleh cakap terang – terang?

Victim, kalau accident dia cakap takdir. Tak apalah. Okay lah boleh claim insurance. Lagi teruk kalau duk cakap bad luck sungguh hari ni. Serba tak kena.

Kalau mastery dia akan cakap aku tak ‘align’ hari ni. Tu yang accident and lost control. Tak selari katanya. I should have more control of the situation. This thing will not happen again.

Beza tak? Beza sangat. Benda yang sama jadi tapi dua mindset yang berbeza.

Hannah ingat balik analogi yang Emir cerita apabila dia tanya sebaik mereka beratur nak naik roller coaster. Nak naik Cyclon, Human ni tak main lah. Apa kaitan dengan yang jadi hari ni?
Oh, Ya Allah. Now I know.


HANNAH senyum saja. Masuk pejabat lepas makan tengah hari pun hati berbunga – bunga. No more victim mindset. My husband definitely have reason for being a bit ‘paranoid’? Ya Hannah yang duk gelarkan suami sendiri macam tu lepas dia khabarkan berita ujian kehamilannya.

“Puan Hannah, ada bunga kat atas meja. Cantik sangat. Ohemgee….tak tahu nak cakap macam mana tapi saya memang tak pernah nampak bunga gubah macam tu. You are lucky.”
“Lucky?” Hannah gelak. Mindset victim. Malas lah nak kacau mood orang tapi disimpan saja komen itu dalam hati. Bukan lucky tapi dia berhak untuk mendapat bunga hari ini. I really deserve this.
Bunga ros yang berwarna lembut menyapa pandangan Hannah. Alhamdulillah. Kotak hitam mewah berbentuk empat segi dengan tulisan emas Maison des Roses disentuh. Gubahan bunga ros memenuhi kotak empat segi tersebut. Hannah menekan butang intrekom. Tak payah baca kad tu pun tak apa.


credit: google insta


“Zurin, awak tahu tak kedai bunga mana yang hantar ni?”
“Bukan kedai la Puan Hannah. Tadi yang hantar kawan Encik Emir. Dari KL. Dialah duk bercerita cakap Emir paksa pergi beli  tapi memang kawan dia nak turun sini pun hari ni. Katanya kena tempah dulu online. Kena paksa jadi messenger lah tu.”

Soooo Emir. Hannah senyum panjang. Perut digosok.


credit: google insta (i will get better instantly if dapat maison ni. Lol)



“MASAK ke tapau ni?”
“Air tangan saya ni ada rasa macam air tangan ane mamak kat depan kondo ni ke?” Hannah saja jual mahal. Bukan tak boleh jawab elok - elok pun.
“Mood awak dah bagus nampak. Sebab awak dah faham atau sebab bunga yang dekat ribu tu?”
Hannah terbatuk.
“Ribu?”
“Tak lah. Almost.” Emir buat muka nakal. Apalah sangat demi isteri tercinta. Bunga tu nanti memang mati jugak pun tapi benda yang tak selalu ada depan mata akan lagi lama melekat dalam hati. Tu sebab bunga hidup tetaplah relevan sepanjang zaman.
“Saya salah tafsir gesture awak tapi tak salah kan awak tunjuk muka excited sikit.” Hannah memulakan kata.
Emir menyuap nasi ke mulut dan melemparkan senyuman untuk isteri.
“Esok pagi saya dah set appointment dengan doctor. O&G awak wajib perempuan ya sayang.”
“Taulah.” Hannah risau juga. Baru dia faham perasaan bakal seorang ayah. Yang fikirannya jauh ke depan.


The concern with roller coasters during pregnancy is associated with the rapid starts and stops along with jarring that occurs during the ride. This  rigorous activity creates additional jarring forces within the uterus that may lead to premature separation of the placenta from the wall of the uterus, which is called placenta abruption.
Currently, there are no studies that document a problem with roller coasters while you are pregnant. Similarly, there are no studies documenting that it is safe either.


Mereka berdua yang sibuk google semua ni sebelum memulakan pengembaraan roller coaster jenis Cyclon. Berbanding dengan jenis Human, memang Cyclon lagi merbahaya jadi memang patut pun Emir risau sangat. Susah sangat nak cakap ke risau?

“Hannah, saya minta maaf sebab tak alert sangat. Saya yakin semuanya Insya Allah selamat tapi kalau jadi apa – apa pun. Jangan sekali – kali awak risau. We are still young and I will definitely be by your side. Okay sayang?”
Hannah senyum.
“Mastery mind sangat eh?” Perli Hannah. Kacau mood romantik Emir.
“Lain kali jangan jump to conclusion. Awak rasa saya tak peduli dan tak happy? Hah, victim mindset sangat eh.” Giliran Emir pula memerli.
“Ya lah...yang orang tu duk layan Weather Report and Dave Brubeck sampai tidur. Ingat layan blues. Tak suka ke apa.”

Irama jazz tu saja nak tenangkan emosi Hannah. Betul pun. Cepat saja masuk alam mimpi.
Emir menggelengkan kepala sambil menguyah nasi penuh selera. Saat jarum jam bergerak ke pukul 3 pagi dan Emir setia di sejadah, saat itulah dirasakan saat paling bahagia. Memandang Hannah yang sedang tidur lena umpama menyaksikan nikmat Allah yang tak terkata. Usai solat hajat dan wirid yang panjang, telapak tangan diletakkan ke perut Hannah. Kebahagiaan yang tak terucap. Ya Allah, Alhamdulillah.

“Emir…”
“Yup.”
“I think I need to master the mastery mindset.”
“Baguslah. Dah nak jadi Mommy pun. Jangan duk mereput dalam mindset victim aje.”
Hannah gelak.

Emir senyum bangga. That’s my girl.


Note to self: Silalah berhijrah dari victim mindset ke mastery mindset wahai Rin Ahmad. Kalau duk fikir bilalah citer kau nak masuk Akasia sampai bila pun tak maju. Nanti dah masuk, citer dah hancur, kau bising lagi. Never ending babbling. Kalau success nanti kau lupa daratan pulak. Seee....victim mindset sangat. Patut fikir aje positif. 

Anything happen for a reason and I will definitely be prepared and enjoy the outcome. 

Jadi eloklak set kan menulis ni nak melepak sebab pentingnya nak mengawal emosi, menyalurkan stress ke jalan yang lebih bermanfaat. 

Salam Maal Hijrah.

Love
KL@RA

Note: Mind the languages/grammars/errors perfectionist sekalian :)

Friday 2 October 2015

HAMMOCK - The end











When your heart aches, hurt and cry by loving someone – Hannah
That moment when you realize you only want her – Razin
When Allah wants two hearts to meet, He will move both of them all, not just one - Emir
           


RAZIN mundar – mandir di ruang dapur. Lambat sangat Mama keluar bilik ni kenapa? Hujung bulan ni jugak dia nak ajak pergi merisik Hannah. Dagu yang masih lebam digosok. Jaguh kampung mana yang berani ugut dia? Razin menarik nafas dalam. Rancangan mesti diatur rapi.
“Hannah, interview you kat sini tu minggu ni kan?”
“Ya, kenapa?”
“I ambik you kat airport. Tiket dah beli?”
“Tak apa. I naik bas. Kalau nak ambik kena tunggu stesen bas lah.”
“Okay. Hopefully dapat dan terus mula kerja. Tak payah lama sangat buang masa.” Razin risau berjauhan. Risau dengan apa yang terjadi di Long Beach tapi nak berterus terang adalah sangat mustahil.
“Razin, nanti I call balik. Ayah baru balik surau ni. Bising I dengan telekung bagai tapi solatnya belum lagi. I’ll call you back.”
Hannah cepat – cepat lari masuk bilik. Tadi berdiri kat luar kononnya cari line clear sikit. Bilalah nak dapat LTE kat sini. Memanjang 3G. Usai solat, Hannah bergegas ke dapur. Wajib makan bersama Mak. Abang dan Kakak semua kerja di KL. Tinggal mereka bertiga je lah sekarang ni. Yang penting dia nak dera Razin sikit. Jangan dia fikir semudah tu dia boleh bodohkan Hannah.
“Hannah jadi pergi interview tu?”
Hannah angguk. Mulut penuh dengan nasi. Tolong pun tidak. Turun semua siap. Ngap sajalah.
“Ayah dan Mak nak ikut. Naik kereta. Ayah drive. Hannah tak payah beli tiket.”
Hannah angguk lagi. Yippie! Lagi best. Nanti cakap Razin tak payah susah – susah ambik.
“Yang Mak cakap kat ayah semalam tu jadi ke?”
“Entah lah Mak. Macam tu lah dia cakap. Hannah ingat nak kerja dulu. Kumpul duit sikit. Tak nak lah kahwin cepat sangat. Takat tunang dulu bolehlah.”
“Mak tak setuju.”
“Ayah pun tak setuju. Nak bertunang sekejap bolehlah. Lepas tu terus kahwin. Rezeki yang halal kalau berusaha ikut cara Dia memang mudah dapat. Apa nak risau.”
“Tengoklah Ayah. Orang muda lagilah.”
“Muda pun kenalah merancang. Tengok cucu Haji Feroz tu. Mak dengan Ayah orang senang duduk Kuala Lumpur tapi sanggup duduk kampung dengan Atuk dengan Nenek. Kamu tahu ke dia tolak masuk ADP dengan kamu dulu kenapa?”
“Dia tak nak tinggalkan girlfriend dia kot.” Hannah menjawab perlahan. Agaknya selama ni dia je yang duk syok sendiri. Emir tu layan semua orang sama kot.
“Apa merepek ni. Dia nak jaga nenek dialah. Kamu tahu kan kaki Nenek dia kena potong kaki sebab kencing manis sebulan lepas kamu dapat offer. Pada hal ramai anak – beranak lain boleh jaga Hajah Umairah tu tapi budak tu tak sampai hati nak tinggalkan neneknya lama – lama. Tiap – tiap bulan memang budak tu balik kampung jenguk Haji dengan Hajah. Ingat Skudai tu dekat dengan kampung kita ni?”
Hannah mengunyah perlahan. Bingung dengan diri sendiri. Dia tak banyak bertanya. Emir tak banyak bercerita. Lepak, gelak – gelak. Cerita hal belajar. Gosip kampung sana – sini lepas tu semua hal yang penting dia segan nak tanya. Apatah lagi nak tanya, saya ni siapa di hati awak Emir? Rasa macam gila sangat pula nak tanya. Baru lepas SPM kot. Lepas ADP 2 tahun lepas tu pun kali terakhir jumpa kat warung Kak Ti. Borak nak masuk silibus hati dan perasaan rasa macam tak layak. Maklumlah makan pun mak bapak yang tanggung ada hati nak bercinta sakan.
“Bagus juga dia terus buat fast track. Dah lama grad, kerja semua. Sekarang dah ada kondo kat JB. Kerja dah okay.”
“Ya lah rezeki orang Ayah. Semua dah ada tu esok lusa kita tunggu dia jemput makan nasi minyak je lah.”
Hannah cepat – cepat angkat pinggan. Cukuplah cerita pasal Emir. Banyak tekanan pada emosi kalau sebut nama mamat ni. Belum sempat nak melangkah, Ayah dah bukak mulut.
“Duduk dulu Hannah. Ayah ada nak bincang sikit.”
Buntang biji mata Hannah. Dia tak salah dengar kot. Ke sel otak salah berhubung? Kena embun kat pulau semalam agaknya. Lembap ke lembab otak dia ni?
“Yah…benda dah lamalah. Dulu memanglah rapat. Kawan je pun tapi sekarang orang pun tak tahu sangat pasal dia. Kerja apa sampai gelap gelita macam orang laut dah orang tengok. Pastu dia tak ada cakap pulak semua ni kat orang.”
“Hannah….bila jumpa Emir ni? Bukan baru sampai semalam ke?”
Hannah tepuk dahi.



DALAM bilik tidur, bergolek ke kanan, bergolek ke kiri tapi mata susah benar nak katup. Tiba – tiba rindu sangat dengan Farah. Kehilangan Farah yang menemukan Hannah dengan Emir. Mana taknya, hampir setiap petang Hannah bertenggek kat jeti sana. Bengkel bot Haji Feroz pula memang letaknya dekat – dekat situ. Dari jeling dari jauh sampailah dengan maco nya budak yang baru pindah dari KL ni selamba datang tegur. The rest is history.
Kalau Farah ada agaknya Farah team mana? Team –smoke atau team – vape? Haha…itu yang kau fikir Hannah. Bukan apa, tu lah satu – satunya kawannya dunia dan akhirat. Sejak tu memang dia jadi kera sumbang. Emir lah yang rajin melayan angin dia. Sampai ke US pun perangai tak berubah. Anti sosial yang kronik walau pun Hannah sebenarnya mudah menyesuaikan diri dengan orang cuma dia sendiri yang senang tanpa teman. Razin umpama spesis Emir yang rajin menegur, melayan karenah dia dan faham ragamnya.
Akhirnya Hannah memberanikan diri mendail nombor yang dah lama kena padam dalam telefon tapi dalam otak kuat pulak melekat.
“Yes Hannah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
“What’s going on?”
“What?”
“Emir….”
“Hannah…” Emir gelak di hujung talian. Diajuk nama Hannah dengan nada suara yang sama.
“Why me? Why now? Mana someone awak tu?”
“Saya tak ada skema jawapan untuk soalan awak tu.”
“Saya tak kenal siapa awak sekarang. Saya pun bukan Hannah yang dulu. Kita tak pernah bercinta. How can we…”
“Hannah…tell me. Ada tulis kat mana – mana ke kalau orang tu nak kahwin dorang kena bercinta dulu? Saya nak nikahi awak kerana empat perkara and I will just follow that guideline. Sesuai sepanjang zaman guideline tu.”
Pap! Rasa macam kena smash kiri – kanan lepas tu kiri balik.



“HANNAH, saya hantar awak balik sekarang. Duduk chalet mana?”
“Alunan.”
Topi Chuck diterbalikkan. Polos betul budak kampung sorang ni. Duduk tempat cantik tapi pantai out giler. Nak snorkeling ikan seekor pun tak ada depan Alunan tu. Orang luar pun pandailah cari port yang bagus datang sini. Kalau nak tempat sempoi sikit kat Long Beach ni orang pergi duduk kat Bubu. Hujung sikit dari segala pusat keriuhan malam tapi bunyi bising daripada bar tetap terkesan. Banyak chalet di sekitar Perhentian memang port backpackers. Mat dan minah saleh ni ada kategori yang janji ada pasir, pantai, tempat lepak. Cukup. Ada kategori yang nak semua sempurna pun ada. Pantai nak cantik. Tempat tidur pun nak cantik. Tempat macam ni Pulau Redang lagi banyak dari Pulau Perhentian. Keseluruhan chalet di Perhentian bintang paling banyak pun 4 je kot. Kalau nak layan sunset tahap marvellous pergi duduk Coral View. Kat sini tak cater all in 1 punya beach goers need. Kena pandai – pandai pilih.
“Dah tak ada kerja malam – malam nak redah datang sini?”
“I…I was like….” Okay, sumpah Hananh tak tahu nak bagi alasan apa. Nak cakap ikut buah hati dia dah malu sendiri. Buah hati apa tinggalkan awek terkontang – kanting macam ni. Tak kisahlah apa alasan pun. Hannah memang rasa sangat tak logik. Memang rasa macam dah tak nak jumpa Razin. Dia ingat benda macam ni joke?
“My boat…this way.” Emir menarik pashmina yang melurut di bahu Hannah sehingga badannya terdorong ke depan.
“Pelan – pelan lah sikit. Aduh tak pernah berubah.” Omel Hannah perlahan tapi sempat ditangkap oleh Emir dengan ketawa garaunya.
“Emir, I appreciate this tapi saya balik dengan bot tadi lah. Boatman saya pun janji nak tunggu. Saya pergi tengok kejap.”
“Awak tak ada pilihan Hannah. Sorry.”
Hannah terpaksa berlari anak mengikut langkah Emir. Tak berani pun Hannah nak balik sorang. Sepanjang perjalanan tadi pun dalam diam segala ayat yang dihafal keluar.
“Duduk sebelah saya Hannah.”
“Tak apa, sini je.”
“Awak pening duduk depan nanti. Duduk belakang betul – betul sebelah saya ni. Baru tak kena lambung ombak. Saya tak start enjin selagi awak tak datang sini.”
Malas – malas sahaja langkah Hannah. Mata dipejam apabila melabuhkan punggung di sebelah tempat Emir berdiri. Tak tahulah takut kat tukang bawak bot atau takut dengan kepekatan malam. Sesekali mata Hannah tertancap ke figura Emir yang cekap memandu bot laju. Emir hanya berdiri sambal mengawal bot mengikut arus. Nampak mudah tapi dia tahu bukan mudah. Cucu tukang bot, kalau tak terer bawak bot boleh terjun laut bagi makan jerung lah. Hannah malas nak puji gaya penuh ‘kejantanan’ Emir saat ini sebab dia rasa perasaan yang terbit untuk mengagumi Emir adalah salah.
“Bila belajar bawak speed boat?”
“Tiap kali balik cuti Atuk ajar. Best jugak bawak speed bot. Thrill.”
“So how’s life?”
“Saya?” Emir melepaskan sebelah tangan dari gear dan jari telunjuk diacu ke muka sendiri.
“Ya lah…tak kan saya pulak.
Empat tahun dah berlalu. Dulu rasa macam kanak – kanak saja masing – masing tapi sekarang tengoklah gaya Emir. Macam orang pulau pun ada. Kulit gelap jangan cerita tapi nasib baik memang stok handsome.
“Mana awak punya someone? Relax je hang out tadi tak ada orang kacau. Risau jugak saya.”
“Mana pak we awak tadi?”
“Masing – masing tak payah jawab soalan creepy ni. Deal?”
“Deal.”
“Soalan tak creepy untuk awak tapi scary for me to think of why. What make you break your own fear? Atau soalan lain why did you come here? Penat dulu orang ajak lepak masuk Long Beach. Dulu tak kecoh macam sekarang lah tapi saya ajak datang pun siang. Ini punyalah hero. Datang waktu malam pakej berdua dengan lelaki. Perfect sangat combination tu.
“Farah maksud awak?” Hannah malas nak layan bab Razin.
Emir mematikan enjin di tengah laut tapi Alunan sudah jelas kelihatan dari jauh.
“Saya rasa dah sampai masanya I need to overcome my fear.” Alasan Hannah? Bukan sebab Razin beria ajak?
“Saya rindu Farah. Partly saya rasa kalau bukan sebab saya yang beria nak pergi light house tu mungkin dia tak lemas. Saya selalu rasa Farah ada je dekat – dekat sini. Kenapa kita tak jumpa jasad dia? Ke mana dia? Sekejap saja saya nampak dia mintak tolong dan sekelipan mata saya dah tak nampak dia. Emir, sampai sekarang saya rasa bersalah dengan keluarga dia. Walau pun mereka sikit pun tak salahkan saya tapi that guilty feeling tak pernah surut.”
“Tak pe lah. You don’t have to explain yourself. It just I’m glad masa awak datang saya ada kat sini. Nampak sangat your someone tak reti nak jaga awak sebaiknya and….jom lah balik.
I just want to be around you…make you feel safe.
Akhir kata yang tenggelam ditelan bunyi enjin yang sengaja dihidupkan Emir.





I loved you then, I love you still, I always have, I always will. – Emir
Trust, it takes seconds to break and forever to repair – Razin
Love is a feeling, not a decision - Hannah

ELOK sampai ke kereta, Hannah mendapat panggilan daripada Mak di kampung. Hari pertama kerja yang buat hati Hannah kelam kelibu. Salam di hujung talian dijawab sopan.
            “Hannah kat luar Mak. Belum sampai rumah.” Tekun Hannah mendengar patah perkataan yang keluar daripada mulut Mak.
“Mak, orang kena posting Nusajaya lah. Penat angkut barang banyak datang KL. Dah lah Ayah tak bagi rehat lama – lama. Tak best lah Mak.” Ini pun nasib baik Kak Long pinjamkan kereta nak pergi kerja. Kat Nusajaya nanti nak duduk mana? Nak pergi kerja macam mana?
“Baguslah. Dekat dengan Emir. Nanti Mak suruh dia datang rumah kakak. Hannah balik sana dengan dia.”
“Tak nak Mak. Nak naik bas.”
“Suka hati Hannah lah. Asal selamat.”
Hannah menarik nafas lega. Mak bukan stok memaksa. Hannah masih ada sebulan sebelum pindah. Cepatnya masa mendewasakan segalanya. Rasa macam baru lepas SPM. Rasa macam baru lepas keluar INTEC.



“BILA mula?”
“Bulan depan.”
“Hannah…I minta maaf sangat. I salah tinggalkan you tapi I tak mampu nak tanggung rasa bersalah kalau apa – apa jadi kat my father. Dah lah I anak tak guna. Balik bukan reti nak jenguk rumah dulu.”
“That made us equally evil Razin. I pun bodoh pergi ikut you.”
Kebodohan yang menemukan Hannah dan Emir.
Kebodohan yang menyaksikan setianya Emir menanti Hannah di tepi pantai resort Alunan. Sehingga ke pagi Emir hanya lepak di hammock. Jangan cakap terkejut, nak pengsan pun ada bila nak pergi breakfast yang dia nampak muka Emir tengah relax baca novel di hammock. Restoran Bayu agak tinggi dari pantai dan dia nampak Emir di situ. Senyum lebar di pagi hari. Dan tajuk novel yang Emir baca sangat epik, ‘A Man in Love’.
“A man in love?” Hannah melihat ke arah kulit buku karya Karl. Mesti ambil di rak ruang lobi resort ni.
“Saya tadi tumpang solat rumah staf. Dorang cakap someone awak tu ada bilik sendiri kat belakang. Kenapa tak offer saya duduk? Nasib baik tau saya dah biasa kat sini. Kalau tak kena halau free je.” Ayat Emir paling panjang selepas tiga tahun.
“A crazy man in the morning. Mana saya tahu awak tak balik.” Hannah cuba mengarang tajuk novel yang sesuai dengan Emir.
“A cranky babe.”
“Oh, shut up.”




RAZIN menghulurkan ais krim Sangkaya kepada Hannah. Mereka berjalan mencari tempat yang sesuai untuk berbicara. Banyak – banyak tempat makan di Mid Valley ni, Sangkaya juga yang dicari. Nak meredakan hati yang panas.
            “So...how’s your father? Boleh I visit him kat hospital? Dia kena tahan kat mana? PPUM is nearby. Ke IJN?”
            “Hannah. Awak tak perlu risau. Rancangan I nak hantar rombongan tetap jalan walau apa pun.”
            “You lari daripada soalan. Boleh atau tak?”
            Razin ketap bibir.
            “Hannah….this is not you.”
            “Razin, you tahu kenapa I nak jumpa?”
            “Ya lah nanti orang tu dah jauh dengan kita.”
            “I just happened to know dan ada baiknya kita tak perlu jumpa lagi. Semua kenangan semasa melawat Gateway Arch menerpa minda. Soalan Razin yang tak pernah dia jawab.
            “Pintu ni kalau boleh ke alam lain, you nak terjah alam mana?”
            Alam syurga? Dengan amal yang tak seberapa? Alam remaja yang penuh dengan nama Emir di mana – mana sahaja? Apa perkara yang paling menyakitkan Hannah? Jawapan nya ialah menahan perasaan yang hadir tanpa sebarang kepastian dan perasaan itu tetap hadir, sentiasa hadir dan itulah bayangan yang amat dahsyat. Dibayangi rasa cinta yang tak pernah pasti.
            “Hannah, keputusan you ni tak adil untuk our relationship. It’s been 3 years.”
            “Dan… I just need a second untuk menilai kesetiaan you.”
           
Thank you to Emir.
            Thank you to my forever angel guardian.



“SURE tak nak honeymoon?”
            Hannah angguk. Tak romantik langsunglah Emir ni. Tanya kita buat apa? Dialah yang patut rancang. Semuanya berlaku terlalu pantas tapi kalau hati dah kata ya, dan Dia pun menentukan, semua yang tak pasti telah menjadi realiti.
            “Kita pergi dekat – dekat boleh tak?”
            “Dekat as if?” Emir buat memek muka sambal mata disepetkan.
            “Equarius. Saya nak rasa tidur nampak ikan. Rasa macam tidur dalam laut.” Sebab dulu Hannah selalu mimpikan Farah. Bahagia dikelilingi alam laut. Ya Allah berat ujianMu. Kenapa sampai sekarang Farah pergi tanpa meninggalkan jasad? Solat jenazah ghaib yang berlangsung bertahun – tahun yang dulu terbayang di ruang mata. Mahu disuarakan ke laut sana, kembalikan sahabat baik dunia akhiratku namun apa yang Allah takdirkan adalah pengajaran untuk umatnya. Salah satu sebab dulu kenapa belajar jauh menjadi pilihan utama walau pun naluri mentahnya tersangat ingin untuk sentiasa berada di samping Emir.
            Emir terbatuk kecil.
            “Sayang, tak ada tempat lain nak pergi? Itu tempat kerja saya tau. Bosanlah.”
            “Hotel? Kerja apa? Your mom cakap hari tu kerja kat theme park aje.”
            “So awak fikir saya kerja apa? Kenapa tak pernah tanya?”
            “Kalau saya tahu awak buat engineering masa kat UTM dulu jadi perlu ke saya ingat awak jadi doktor kat theme park tu?”
            “Awak tak pernah fikir ke tiap kali saya jumpa awak masa keluar cari barang kahwin dulu, pernah nampak saya pakai formal tak pun uniform macam engineer lain?”
            Hannah geleng. Tak habis – habis dengan t- shirt dengan seluar tak cukup kaki dengan Crocs. Sempoi tahap giga.
            “Okay sayang. I grant your wish. Kita balik KL dulu jumpa my parent sebab ada hal sikit nak bincang. Ingat nak suruh Atuk dengan Nenek duduk KL dengan dorang. Saya kena utamakan jaga isteri sekarang ni.” Dahi licin Hannah dijentik perlahan.
            “Alahai sweetnya.” Hannah gelak.




         HANNAH terpacak di hadapan cermin besar akuarium utama di S.E.A Aquarium. Banyak akuarium kecik dalam ni tapi yang ini paling besar. Emir suruh tunggu kat hujung akuarium. Emir cakap tu tempat paling best nak nampak ikan cantik – cantik. Emir cuma hantar sampai depan pintu masuk.
            “I’ll be back at 4 o clock. Tepat pukul 3 awak kena tercegat depan akuarium. Promise?”
            Hannah angguk. Kata nak honeymoon tapi bawak masuk tengok ikan. Dia nak tengok ikan dari dalam hotel. Nak duduk dalam hotel akuarium. Bukan nak pergi akuarium. Tepat pukul 3, makin ramai orang berkumpul di hadapan akuarium.
            Feeding time rupanya. Hannah mula seronok apabila beberapa orang diver muncul dari arah kanan sambal memegang tong makanan. Berebut ikan – ikan tak kira kecil dan besar mengerumuni tukang bagi makan.

            Hannah mula berangan. Seronok sangat berenang dikelilingi ikan yang besar – besar dan cantik belaka. Tiba – tiba seorang penyelam berenang menghampiri cermin di tempat Hannah berdiri. Hannah memerhatikan sahaja tanpa perasaan. Ramai pengunjung berebut untuk menangkap gambar. Tiba – tiba Hannah perasankan sesuatu. Di sebalik sepasang pakaian selam berwarna hitam tu, di tangan kiri terlekat jam yang sangat dikenali. Patutlah bising nak jam canggih, wajib boleh selam sedalam mungkin sampai tak logik akal.  Susah Hannah nak cari barang hantaran yang mengada mamat ni mintak. Mahal jangan cerita tapi sebab orang yang mintak ialah orang yang bayar jadi Hannah terpaksa redha walau pun dalam hati menyumpah membazir sangat nak beli jam mahal macam ni. Tahap dia jam Citizen mampulah. Gah sangat nampak Breitling Avenger Seawolf dalam akuarium tu. Senyuman Hannah mekar. Hi – five Emir yang dilekatkan di cermin di sambut dari luar.




             My husband?

Hannah gelengkan kepala. Nak tunggu Emir sampai pukul 4, jenuh juga macam – macam teori ngeri Hannah fikir. What if cermin pecah? What if ikan mengamuk? Tak kan kerja bagi makan ikan je hari – hari?
“Babe….” Bahu Hannah dipeluk dari belakang.
“Literally now you know that kerja suami awak ni tukang bagi makan ikan.”
“Professionally?” Hannah angkat kening. Terasa damai bersama orang tersayang memerhatikan ikan dalam akuarium berenang ke hulu dan ke hilir. Walau pun dalam ruang yang terhad, mereka tampak sangat bebas.
“Saya mula jatuh cinta dengan kerjaya marine sejak ada sijil diving. Seronok sangat jadi saja ambil kursus professional. Basically we do engineering works underwater. Just name it. Preventive and corrective works semua benda kat dalam laut Sentosa ni. Tu lah kerjanya. Bagi makan ikan ni ikut jadual kadang – kadang aje.”
“Tapi saya nak jugak tidur kat hotel akuarium betul. Bukan tengok macam ni. Feel dia lain lah.”
“Hannah, Nampak tak kotak empat segi dalam akuarium berderet tu? That’s your ridiculous dream ocean suite. Ini je yang orang kat dalam bilik tu nampak. Kita kat luar lagi nampak ikan banyak.”
“La...itu je? Bukan dorang duduk dalam laut betul ke?”
“What a crap.” Emir ketawa besar.
“Saya nak tidur dalam laut macam Farah. Dalam cermin macam dalam gambar hotel tu.”
Emir mula serius. Tak suka dengar rengekan Hannah yang kadang – kadang merepek.
“Yang kita nampak cermin besar ni ialah acrylic panel. Saya belum kerja lagi sini masa akuarium ni buat tapi pernah jumpa Joe yang supply benda ni. Orang ingat cermin tapi bukan. Joe cakap nak buat ni susah sangat. Semua ni direct import US. Benda ni datang sekeping besar siap lori nak angkut dari port pun import. Tak ada lori kat Singapore yang boleh bawak keping panel tu. Sampai sini nak fit akuarium tu, fitter pun dari US. Dorang tutup kawasan panel ni lepas tu pakai ais lekatkan. Lepas tu grind bagi licin. Amazing right?”
“Kerja macam menarik tapi motif? Musnah impian bulan madu saya.”
Emir bangun. Tangan Hannah ditarik agar berdiri di sampingnya.”
“Hannah, we will have our sweet honeymoon. Soon but not now. Awak baru mula kerja.”



Tell the truth, or someone will tell it for you – Razin
Truth is, I love you – Hannah
Truth is, I never stop loving you – Emir


“DUDUK sini jap. Layan buku entah apa – apa ni.” Emir memberi arahan.
Hannah berbaring di hammock. Selesa tak terkata. Buku dibuka luas dan diletakkan di atas muka. Bukan nak baca tapi nak tutup muka daripada cahaya.
Gegaran terasa di hujung kaki Hannah. Tangan dipanjangkan dengan kaki dikuis sehingga telefon bimbit yang berada dalam mode vibrate milik Emir berada di tangan.

First love is only foolishness and a lot of curiosity. Betul lah kata orang, curiosity kills the cat.

Siapa someone Emir? Tangan laju bergerak di skrin. Terhenyak Hannah di hammock. Emir tak pernah ada someone. Emir cuma memberi ruang untuk Hannah mengenali hati dan perasaannya sendiri. Dalam tempoh Emir yang sentiasa sibuk dengan keluarga, pelajaran dan kerjaya pilihannya, Hannah yang Emir pilih untuk dilepaskan. Yakin sangatkah Emir akan dirinya?
Emir menjaganya dari jauh. Marina sepupu Emir rupanya. Oh, rugi betul jadi orang yang tak kisah hal sekeliling. Cuba kau buka mata besar – besar Hannah. Kenapa hati kau selalu sepi? Kenapa nama Emir juga yang meniti di birai hati?

E:Bro, sama ada kau tinggalkan Hannah atau kau tinggalkan awek kau kat KL tu.
R:Kau siapa?
E:Aku kat belakang kau ni hah.

“Sorry, saya ambilkan awak jus ni. Nah.”
“Telefon awak.” Hannah diam. Jus dan telefon bertukar tangan.
I know you knew it. The hammock knew it too.
Emir menilik muka Hannah. Riak apakah itu? Kecewa? Marah?




LAMA Emir menanti di taman. Dah pukul 9 malam. Hannah balik lambat hari ni dan dia tak sampai hati nak biarkan Hannah naik ke rumah seorang diri. Akhirnya kereta Hannah masuk ke kawasan parking. Hannah nampak ayu dengan baju kurung dan selendang melilit kemas. She’s really grow up. Emir senyum bahagia.
“Kenapa tunggu bawah?”
“Lif rosak.”
“Awak turun lepas tu nak naik balik tangga tu?” Hannah dah buat muka believe it or not.
“Hannah, saya akan jaga awak dengan tangan saya sendiri, dengan mata yang handsome ni dan dengan hati yang sentiasa setia ni.” Tangan Emir melekat di dada.
“Cheesy much. You should just say that long time ago.”
Years ago tu, makan dan minum saya pun Atuk, Nenek dan my parent yang bagi. Nak cakap I love you kat awek pun tak layak. Nak bercita – cita nak bela anak orang lagilah tak betul.”
“Awak sangat matang Emir.”
“Awak pula sangat tak matang. If you like me so much, kenapa biarkan diri awak berdampingan dengan mamat tu?”
“Awak yang cakap awak dah ada someone. I’m not that stupid to wait and wasting my time.”
“Penat tak?”
“Tukar topik nampak.”
“Tak penting. Tak payah ungkit. Penat ke tak orang tanya ni?” Emir masih bertanyakan soalan yang sama.
“Penatlah. Nak naik tangga pun tak larat.”
“Okay, jom.” Emir terus mencempung Hannah.
“Emir, awak boleh mati penat nak dukung saya sampai atas.”
“Siapa cakap? Tough saya ni untuk apa? Ni lah gunanya.”
Emir mendaki anak tangga tapi tak sampai berapa kaki pun dah patah balik. Hannah mencebik.
“Turunkan saya.”
“Nope.”
“Habis tu nak pergi mana?”
“Masuk dalam kereta saya lepas tu kita tidur kat luar malam ni. Dukung sampai tingkat 14 tu rasa macam tak thrill. Saya dukung awak sampai Ocean Suite nak?”
Hannah terus turun dari dukungan dan suami dipeluk erat.
“Betul? Betul nak tidur sana malam ni?”
Emir senyum. Dibiarkan sahaja Hannah yang berceloteh.
“Kalau cermin tu pecah macam mana?”
“Acrylic sayang. Tak boleh pecah. Nak sabatoj pun kena cairkan. Letak api terus habis. Jangan fikir bukan – bukan. Let’s just chill, will you?”
“Yes, bestnya!”


My childhood sweetheart Emir,
My love grows fonder every day.

My childhood sweetheart Hannah,
Let’s grow old along.




p/s: Cerita simple giler. Motif nak melepak semata.

TGIF. 
Bila lama tak menulis sungguh rasa kekok nak susun kosa kata. Betullah ni karya lepak semata. Crazy hobby. Time consuming but i really enjoy lepaking here. Hope you do too :D
I'm totally not a good photographer. Suck big time. So pardon me. Go experience yourself.

xoxo

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...