Tuesday 29 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 13



Nota cinta: 12.12.12 Some parts have been removed. Sorry :(


            “THE Verve, Bittersweet Symphony? Yippie!”
            Lisa menepuk tangan juga tanda memberi sokongan. Tadi langkahnya terkaku sekejap, risau kot Azri nyanyi lagu gaya true-blue-i-love-you-stupid. Malu kat segenap masyarakat yang tengah ralit berhibur di Alte Galerie ni. Lisa naik penat bersorak dan cuci mata melihat room matenya tengah melalak di pentas. Dia pun siap nyanyi sekali. Siap terkinja – kinja sekali tangannya menghayati lagu ini bersama pengunjung yang lain.
            Penampilan Azri malam ni teramatlah istimewa di mata Lisa. Matanya tak lepas menghayati setiap pergerakan Azri di pentas. Bib Front Tuxedo Shirt yang tadi kemas kini nampak santai apabila dua butang teratas dibuka dan dibiarkan tanpa tuck in. Dipadankan dengan jeans okay bukan seluar skema di ballroom tadi. Superb!     
            Lisa memandang segenap penjuru Alte Galerie. Walau pun kebanyakan pengunjung ialah penduduk tempatan yang sememangnya hanya mengagungkan bahasa German mereka sendiri tetapi masuk bab lagu, haruslah universal. Rata – rata pengunjung pula ialah golongan muda, sekali imbas Lisa boleh agak kebanyakannya ialah pelajar – pelajar di universiti yang banyak berdekatan dengan Alte Galerie termasuklah TUM main campus. Agaknya ini sebab utama Azri suka layan diri di sini. Masuk pun percuma. Mata Lisa kembali ke pentas apabila pengunjung bertepuk tangan dengan gemuruh. Rupa – rupanya Azri menyanyikan beberapa ayat dalam bahasa German. Pandai pula dia menambat hati semua pengunjung. Apa kau ingat Azri nyanyi untuk kau, kau ingat kau special Lisa? Please lah. Lisa tetap tersenyum sambil mengangkat ibu jari kanan kepada Azri. Thumbs up man!

No change, I can't change
I can't change, I can't change
But I'm here in my mind
I am here in my mind
Von einem Tag zum anderen
bin ich eine Million verschiedene Personen
(But I'm a million different people
from one day to the next)
Ich kann nicht ändern, wer ich bin
(I can't change my mind)

            “Wow!” Lisa menepuk bahu Azri yang berdiri di sebelah.
            “Sorry, I can’t sing love song.” Azri mengangkat kedua – dua belah tangan tanda menyerah diri.
            Lisa tergelak.
            “Glad to hear that.” Balas Lisa gembira. Betul – betul bergembira di tengah keriuhan pengunjung yang sedang rancak berparti.
            “Tak order lagi?” Azri melihat meja yang kosong.
            “Tak, seronok sangat layan diri. Macam hari ni pertama kali saya kat sini that I totally enjoy myself.” Lisa membuat pengakuan.
            “Really? I’ll make sure you really enjoy tonight then. Let’s move to that table.” Azri memaut pinggang Lisa dan mereka beriringan ke meja bar di hujung pentas. Tak sesesak ruang tengah yang mereka lepak sebentar tadi.
            Azri membuat pesanan tapi sempat bertanya kegemaran Lisa.
            “Longdrink or shot?”
            “Shot please.”
            “Shot fur jeden einen.” Azri membuat pesanan. Shot untuk setiap orang.
            Dia pun sama, kalau kat kelab nak kena layan longdrink dengan kawan – kawan bolehlah, lepak lama – lama. Dah agak Lisa ni stok taram segala benda. Baguslah sekepala. Senang sikit. Dia pun bukan baik sampai nak kena letak syarat cari pasangan yang baik. Menyampah dengar ada setengah kawan lelakinya yang perangai macam anak Firaun tapi berlagak nak kahwin dengan ustazah tapi rupa macam model. Common, wake up!
            Bar tender menghulurkan dua gelas shot.
            “Tipu kan.” Lisa bersuara. Orang pesan shot, dia langsung tak cakap apa. Tak pun pelawa suruh pesan beer.
            “Apa?” Azri blur. Apa hal tiba – tiba serang orang menipu ni.
            “This is not the best house beer in Munich.”
            Azri tergelak besar. Terserlah giginya yang putih walau pun kuat merokok dan sexy-smart-beard yang menghiasi wajahnya memberi imej yang sukar untuk masa Lisa menoleh ke arah lain.
            “Lisa.....Lisa.”
            “Ya Tuan Syed.”
            “Everybody claims that beer is better in Germany, but it's not really true. Sebenarnya semua restoran atau kelab atau pub are in the pocket of some brewery and may only serve one type of beer here. Kalau awak pergi US, biasanya kita ada pilihan sampai 10 hingga 20 jenis beer. Even in Malaysia, we have so many choices so don’t be so naive. Here it is correct to say it is special if you want to taste the local brew then you can compare. I don’t like beer that much anyway.” Azri meletakkan tangan kirinya ke bahu Lisa. Tangan kanan meneguk shot.
            Lisa memasamkan muka. Tak boleh ingat gaya Azri bercakap mengenai beer paling bagus kononnya di Alte Galerie. Sempoi, macam ya-ya-je betul. Pada hal langsung tak betul. Kena tipu hidup – hidup dengan jejaka bertuah ni. Lisa geram.
“Excuse me.” Azri meninggalkan Lisa sebentar.
            Lisa buat tak tahu. Matanya tertancap pada skrin TV yang digantung di atas siling bar. Walau pun tanpa suara kerana hanya alunan muzik yang berkumandang di seluruh pelusuk kelab tapi dia layan sahaja siaran langsung tennis.  Lagu – lagu yang dipilih oleh DJ memang menarik. Semua jenis lagu pop, rock, soul, black beat, hip hop dan macam – macam lagi. Memang sesuai untuk dijadikan tempat melepak pelajar.
            “Sorry.” Azri kembali duduk di sebelah Lisa. Tangannya didaratkan kembali di bahu Lisa.
            “Hallo Leute! Dieses Lied widme ich Nur Lisa.”
Suara DJ yang berkumandang membuat mata Lisa berkalih ke arah Azri. Tak akan ada manusia lain di sini yang ada nama Nur Lisa selain dia. Lagu yang sedang berkumandang sekarang untuk dia.
            “For you.”
            “Thanks.”
            Orang tujukan, dia dengar je lah. Lagu Beattles yang dinyanyikan dalam bahasa German. Masa ni dia sangat – sangatlah memuji Azri. Lain sangat gaya dia menambat hati. Lagu yang dipilihnya semua taklah jiwang karat lapuk kena telan zaman.
            “Best lagu ni?” Tanya Azri dan memandang Lisa di sebelah.
            “Best.”
            “So, what do you say?”
            “I don’t understand what the song is all about. I know it’s The Beatles. Only that.”
            Azri mengeluh. Blur tak ingat jawapan Lisa.
“Let me ask them to play this song again and please listen with your heart.” Arah Azri dan beredar.
In deinen armen bin ich glucklich und froh
Das war noch nie bei einer anderen
Einmal so
Einmal so
Einmal so
And when I touch you I feel happy, inside
            It's such a feeling
            That my love
            I can't hide
            I can't hide
            I can't hide

        



Sunday 27 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 12




            Azri bersandar di sofa mewah Presidential Suite Mandarin Oriental. Sharifah Azra dan Damia Humaira yang sedang berlatih menari tidak dihiraukan. Sekarang ni, duduk di kerusi empuk pun tak rasa apa. Ingatan melayang – layang kepada room mate. Selamba dia keluar jalan – jalan. Gaya tadi kemain macam budak tadika merajuk apabila kena berpindah sementara tapi belakang kita je terus hooray-hop. Memang tipikal Lisa. Kalau Lisa bukan begitu orangnya, pasti Lisa tak akan bertahan dengan sikapnya yang sentiasa lepas laku.
            Azri pula dari tadi sebenarnya duduk melayan perasaan. Teringat kata – katanya kepada Lisa, cubaan menawan hati Lisa dengan gelojoh, sewaktu Lisa di hadapan mata.
            “Let be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you don’t expect this happening so soon neither does me but I promise you, I can really take care of you. Like it or lump it, just stay here. With me.”
            Itu kata – kata lebih kepada nafsu dan sekadar memenuhi cabaran Lisa to walk his talk which is ridiculous right? Oh my! Azri meraup tangan ke wajahnya yang lesu. Penat berkejar Pasing-Shopping di Marientplatz-Mandarin Oriental. Fikirannya lagi penat cuba mengejar bayangan Lisa yang entah di mana sekarang.
            Tak puas hati, Azri meninggalkan ruang tamu Presidential Suite yang elegan berhias lampu chandelier Swarowski dan bergerak ke bilik utama yang kosong untuk menelefon Lisa. Kalau berborak di balkoni nanti budak dua orang tu dengar pula. Daddy dan Mommy tiada, keluar menemani orang tua Damia Humaira melayan delegasi lain dari Dubai. Ayah si Damia Humaira bekerja di Kedutaan Malaysia dan memang rapat dengan Syed Gilani apabila sering berurusan rasmi walau pun hakikatnya Syed Gilani bekerja dengan kerajaan Dubai. Daddy memang rock. Mana dia nak fikir apa kata orang. Kepuasan diri sendiri yang dicari. Keluarga mereka berdua datang sebenarnya dengan niat mahu melawat anak dara dan teruna mereka tetapi kalau namanya masing – masing orang besar kerajaan, tak payah cakap jalan – jalan pasti tak menjadi. Mesti urusan rasmi terselit sekali.
            Sambil menantikan jawapan di hujung sana, mata menala ke segenap penjuru bilik. Susunan bilik yang terserlah gaya moden yang mewah. Mata Azri hanya berminat pada Bang & Olufson TV dan stereo serta stesen Bose iPod.  Lelaki macam dia mana nak hairan benda lain. Azri melangkah ke arah bilik air dan berdiri di hadapan sink marble. Pili dibuka dan sedikit ait dipercikkan di muka. Berhati – hati agar tidak terkena telefon bimbit di telinga. Pandangan kemudian ditala ke arah jakuzi. Siap menghadap TV? Memang world class standard. Tak kira lagi tingkap bilik air sengaja dibina menghadap panaorama kota Munich. Memang terbaik.
            “Lisa?”
            “Yes.”
            “Emm...” Tak tahu nak cakap apa tiba – tiba. Suara Lisa ceria sangat.
            “Jalan – jalan? Where at? Who is with you? You not suppose to go out with the dog. Bad idea.” Panjang senafas.
            Lisa tergelak di hujung talian.
            “Bellende Hunde beißen nicht.”
            Klik.
            Dia letak telefon? Panjang kemain soalan kita, dia jawab sependek – pendek alam.
            Barking dogs do not bite? Is that so?
            Nur Lisa!
            Sakitnya hati. Sah betul cakap Damia. Lisa memang keluar dengan payung Made in Malaysia. Azri bersiul – siul sambil menapak keluar dari bilik. Memberi irama kepada hati yang mula berdendang irama yang dia sendiri sukar untuk menafsir. Ikutkan hati, sekarang dia mahu menarik Lisa balik. Mahu disuruh Lisa duduk diam – diam di rumah Damia Humaira atau dia mampu pun setakat mahu menyewakan bilik hotel untuk Lisa tapi Azri tetap Azri. Hidupnya sederhana sahaja. Agaknya kalau disuruh Lisa menginap di hotel, pasti Lisa tidak memprotes begini.
            “Abang, belajar lah. Nanti malu orang nak pair dengan abang kalau patung je. Harap muka handsome buat apa?” Tegur Sharifah Azra.
            “No, I’ll naturally good with the right partner.” Balas Azri ego. Tak kuasa melayan budak – budak perempuan ni. Nak berlatih dengan Damia Humaira? Jangan haraplah.
            Sharifah Azra dan Damia Humaira sedang suka – suka berlatih untuk International Charity Event yang akan berlangsung di dewan utama atau ballroom Mandarin Oriental malam nanti. Kononnya alang – alang kena pergi, baik betul – betul bersuka ria. Kena paksa pergi tak pasal – pasal. Kata datang sini nak jenguk anak – anak. Alih – alih kena turut serta urusan rasmi pula. Malas betul. Kalau tahu baik dia lepak di Pasing diam – diam.
            “Kau jangan langgar tu Girl.” Damia bising dari tadi menegur langkah Sharifah Azra yang asyik tersilap. Siap nak langgar almari antik di tengah ruang tamu. Ini Presidential Suite bhai! Semua hiasan kalau tak cecah ribu – ribu Euro memang tak sah.
            “Kuat ni.” Sharifah Azra beralasan dna menepuk meja yang dimaksudkan oleh Damia. Nampak kukuh je.
            “Mommy kau cakap itu almari antik zaman Dinasti Tang ke -6 jadi knock-knock-be-careful.” Damia jungkit kening.
            “Huh?” Sharifah Azra menjeling sekilas ke meja sisi di tengah ruang tamu. Dari Asia? Barang – barang dalam Suite ni dari Asia? Apa nak hairan. Kira ini dari China Gred A, yang bukan Gred A? Memang bersepah. Maklumlah sejak permulaan tahun 2000 ni memang ekonomi China tengah boom  boom  bang.


Nota cinta: 12.12.12 Some parts have been removed. Sorry :(

           

            MEREKA sekeluarga melangkah masuk ke dewan utama Mandarin Oriental beramai – ramai menuju ke meja VVIP. Azri jangan ceritalah bosan tahap gaban. Dengar lagu Exodus yang berkumandang di lounge sebelum masuk tadi baru dia rasa bersemangat. Sekarang nasib baik mereka masuk diiringi muzik Bilitis. Terasa kaki rancak berjalan seiring irama lagu yang mendamaikan.
            Setengah perjalanan menuju ke meja VVIP yang terletak paling depan, mata Azri menangkap wajah Lisa yang sedang bertongkat dagu di meja sambil layan tengok orang lalu lalang. Tengku Akhbar dia boleh buat tak tahu. Lisa oh Lisa! Macam gini punya orang pun ada tapi kenapa Lisa ada di sini? Lupa, payung Made in Malaysia bawa berteduhlah tu. Kalau dah kerabat – kerabat ni, pergi pelusuk mana pun senang nak hidup. Duit bertimbun macam gunung katakan. Dia lain, apa pun tarak. Ops adalah sikit tapi duit kerja kuat Syed Gilani dan Azri memang anggap itu sebagai bonus sahaja. Nak bersuka ria dalam erti kata sampai tak sedar diri, dia masih terkenang susah payah Daddy merantau untuk memberi kehidupan mewah untuk dia dan Sharifah Azra. Lainlah Tengku Akhbar, mesti petik duit macam petik daun di pokok, silap hari bulan Lisa mintak petik bulan pun dia mampu.
            “Azri...Azri...”
            “Ya Daddy.” Azri baru sedar yang Syed Gilani melangkah menyainginya. Tadi macam kat depan je? Maklumlah sekarang kaki menghadap arah utara, mata arah barat.
            “Is that Jumeirah Jane?”
        
         
         
      




Assalamualaikum readers.
p/s: Happy Monday! No more Monday Blues. It's school holidays! Kerja pon jln tarak jamm kan???
XOXO :))
            

Thursday 24 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 11


            “Awalnya nak keluar. Ada temujanji apa pagi – pagi ni?” Damia tersenyum.
            “Awalnya bertandang ke rumah orang?” Azri membalas sinis.
            Lisa berlagak tenang. Malas sebenarnya nak melihat drama yang sedang berlangsung.
            “Ini kira rumah ke?” Damia mengejek.
            “Kau nak apa pagi – pagi buta?” Azri meninggikan suara.
            “Pagi? Oh lupa, sejak dah kahwin ni prinsip dah tukar jadi early to bed, early to rise and I should have guessed before.”
            “Nonsense. Early to bed and early to rise probably indicates unskilled labor.”
        

Nota cinta : 12.12.12 
some parts have been removed. Sorry :(
           
           
My past at Hitler World
Heart of a phenomenal woman
Imperceptible yet her strong whiff
Tempo her presence
Lisa the phenomenal woman
Elude from her past
Ride her life on her own way, the right way
By: Nur Lisa


Dear readers,
Happy Weekend. TGIF!!
p/s: Ni last flash back, nti semua yg zaman jahiliyah Lisa baru start balik ke present life dorang until habisss...weeee~~~

Tuesday 22 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 10


            Malaysia
            Lisa memandang ke wajah suami. Cuba menelah perasaan Azri. Kalau dulu di Pasing perasaan halus yang bertandang tidak sehalus perasaan ini. Sebuah perasaan yang menyelinap ke dalam hati dan membuahkan suatu emosi yang amat sukar untuk dimengertikan.
            “Kalau awak nak cepat pergi temu janji awak kat luar, saya boleh layan dia.” Lisa mempelawa diri.
            “Apa perasaan awak sekarang?” Azri berbisik.
            “Emmm. Unexplainable but I’m okay.” Lisa menjawab yakin tapi tiba – tiba hati tertusuk kata – kata halus, mengatakan sepatutnya jodoh Azri adalah dengan perempuan seperti ini. Bukan dia. Lisa mengucap panjang. Tak baik berprasangka yang hanya bakal menjadikan dirinya isteri yang ingkar. Sepatutnya sahabat suaminya atau tetamu suaminya adalah sahabatnya juga, tetamunya juga.
            “It only hurts when you start pretending it doesn’t.” Sinis Azri berkata. Tahu riak wajah Lisa yang mula berubah.
            “So what should I do? Pretend the one who is walking toward us now is a Casper? A ghost? A shadow?”
            “No, pretend that your husband only belong to you no matter what. Now go to your room. Get the key from Lili. I’ll handle her.”
            “Don’t kiss her...”
            Namun kata – kata Lisa terlambat kerana Damia Humaira dan Syed Azri tak pernah berubah. Berjabat salam dan diiringi ciuman di pipi ialah perkara biasa bagi mereka, walau pun sekadar sahabat, walau pun manis kata – kata Azri menenangkan hatinya tapi di minda, tetap tak mampu mengusir sketsa yang berlangsung di hadapan mata.
            Hanya Lisa yang cuba membetulkan jalan hidupnya. Kalau dulu pasti Damia Humaira disembur dan diperli sesuka hatinya kini dia hanya mampu melihat. Menelan rasa hati bagi menghormati perasaan orang lain. Perasaannya? Hanya Allah yang lebih mengetahui.
           
           
            Germany
            “Siapa tu?” Lisa memanjangkan leher melihat si pemandu.
            Maklumlah gaya brek dan hon di tengah jalan dah gaya samseng Pasing. Kereta ni dia tak kenal atau lagi tepat sebenarnya satu - satunya manusia yang dia kenal berkereta di bumi asing tapi bergaya macam di tanah air sendiri hanyalah Tengku Akhbar.
            Risau pula kalau Azri ada musuh kehormat. Tak pasal – pasal dengan dia sekali terlibat. Tak mahu dia merasa merengkok di Stadelheim Prison biar pun sehari. Maklumlah German baik sikit kot dari negara Singapore kalau masuk bab – bab denda mendenda ni. Kat sini buat Heil Hitler atau gaya tabik hormat cara Adolf Hitler pun boleh kena denda 450 Euro. Semasa orientasi atau introductory course, pelbagai peraturan, undang – undang dan sedikit sebanyak sensitiviti masyarakat German ditekankan.
            “Nobody. Just walk.” Arah Azri tapi Lisa sibuk nak tengok.
            Maklumlah otak Lisa masih setengah masak. Malam sebelumnya Azri bawa dia mengembara sampai ke bulan. Pagi – pagi dah bergaduh dengan Tengku Akhbar. Siapa suruh main terjah datang rumah orang. Memang percuma dapat tengok aksi romantis Lisa – Azri. Hati sendiri dah sakit, kita pula dimarahinya. Memang bukan cara Lisa nak melayan dan silap Tengku Akhbar tak nak bertoleransi dengannya. Lisa pun segan nak bersoal jawab dengan Tengku Akhbar di hadapan Azri. Disuruhnya Tengku Akhbar menunggunya bersiap untuk menemaninya keluar ke Muller. Baru nak melangkah masuk ke dalam kereta, Tengku Akhbar sempat bagi ceramah lagi.
            Lili cakap baru kenal, kenapa dah macam laki bini saya tengok?
            Botol dalam tong sampah tu kerja siapa?
            Saya boleh carikan awak tempat tinggal yang lagi dekat dengan kampus awak. Awak nak saya tolong tak?
            Lisa mengangguk.
            Ya. Boleh tolong diam? Boleh tolong jaga urusan sendiri?
            Tengku Akhbar yang tercabar dengan jawapannya memandang tepat ke mata Lisa dan menengking Lisa agar jangan kurang ajar. Silap hari bulan. Sedang elok Azri berjalan santai di sebelah kereta yang diparking di hadapan blok apartment, terus lengan Azri disambar dan Tengku Akhbar ditinggalkannya terkulat – kulat. Betul sangat cakap Azri, Lisa umpama kucing. Sekali kena herdik terus mencicit pergi.
            “Eh, stop! Macam kenal.” Lisa berdiri tegak di tepi jalan.
            Lisa merapatkan badannya dengan Azri. Masalah betul. Jangan jumpa tengah –tengah jalan nak buat drama sampai dia pula yang sakit cukup. Azri di sebelah dijeling. Nampak air mukanya berubah. Tadi bukan main rancak mengusik teori kucing dan anjinglah. Sedap bagi Tengku Akhbar perumpamaan anjing, orang yang baru melangkah keluar tempat duduk pemandu dan tengah berjalan menghampiri mereka yang sepatutnya mendapat gelaran tu. Perempuan spesis apa yang dah kena tolak tapi terhegeh – hegeh lagi? Lisa tersenyum dan berbisik ke telinga Azri.
            “I think some girls are like dog too. They keep coming back. This one is not a cat. I am very sure.”
            Azri tergelak tapi betullah cakap Lisa. Boleh tak Damia Humaira kalau nak mengganggu ketenteraman hidup pun datang lain kali. Masa Lisa tak ada misalnya.
            “Hai.” Lisa buat – buat ramah dan menghulurkan salam. Sebelah tangan pun cukup. She hates me remember? Bekas kekasih dia yang perangai tak senonoh, tangan menjalar tak tentu hala, mulut manis bergula tapi kita pula yang disangsikannya.
            “Hai.” Damia Humaira tersenyum sekilas tapi terus menumpukan perhatian kepada Azri di sebelah Lisa yang hanya diam tak terkata. Lisa  tumpang sekaki tumpukan perhatian apabila Damia Humaira dengan manjanya bersalam siap pakej cium – cium pipi.
            “Excuse me. I better get going.” Lisa meminta diri. Malas nak masuk campur urusan orang. Tertangguh lagi nak pergi Muller, kalau apa – apa jadi susah. Anxiety disorder kalau nak menyerang bukan kira masa. Tak nak Lisa rasa macam nak tercabut jantung dan rasa dunia macam nak bergoyang macam malam tadi.
            “Lisa tunggu.” Damia Humaira menahan.
            “Let her go.” Azri menarik tangan Damia Humaira.
            Lisa hanya menjeling. Geli pula dengan gelagat Azri yang nampak tak berperasaan.
            “No Azri.” Damia Humaira mendekati Lisa yang mula menyusun langkah. Menahan Lisa dari beredar. Laju Damia Humaira menuturkan kata. Elok penjelasan Damia Humaira mencapai titik noktah, Azri dan Lisa berbalas pandangan.

           
            “SAYA bayar okay. Mana boleh main halau – halau.” Lisa merungut sambil menyumbat baju – bajunya ke dalam beg. Sakitnya hati.
            “Just listen. Could you?” Azri merenung Lisa tajam dari sofa  bed di hujung dinding.
            Damia Humaira sudah lesap ke bilik Hanif. Memberi ruang mereka berdua berbincang seperti suami isteri yang terpaksa berpisah.
            “Barang lain, pandai – pandai awak sumbat kat bilik sebelah. Saya bawa yang mana perlu. Tak kuasa nak usung segala benda.”
            “Banyaknya merungut.” Azri yang tadinya serius tersenyum pula melihat gelagat tak puas hati Lisa. Maklumlah dia pun terkejut mendengar berita daripada Damia Humaira.
            “Don’t tell me you like to stay with me?” Usiknya lagi. Sengaja menduga. Alang – alang nak ‘walk the talk’, biar dia mencuba sampai ke garisan penamat. Garisan penamatnya di mana? Hati Lisa.
            “This is not what I had imagined my life would be in Germany okay.”
            Lisa serius dah bertukar jadi budak tadika. Pen dan pensil yang berterabur di meja di masukkan ke dalam kotak pensil. Buku – buku yang bersusun di atas meja disumbat ke dalam school bag. Muka masam jangan cerita.
            Azri berdiri di sebelah meja makan. Membuntang mata melihat beg yang terbentang di hadapan mata. Bersepah. Lisa main aci sumbat. Langsung tak reti nak letak elok – elok. Dibongkokkan badan, duduk bertinggung di hadapan beg sederhana besar milik Lisa dan menyusun semula pakaian Lisa yang berterabur di dalamnya. Tak kuasa dia nak melipat tapi setakat nak bagi nampak kemas bolehlah. Mana boleh nak tutup beg kalau semua disumbat ke dalam beg. Dia memang anti serabut – serabut ni. Marah sangat agaknya Lisa. Kalau pertama kali Azri meninjau keadaan beg ini dulu teratur sahaja. Baru beg ni kosong dah kena berisi balik, bukan Lisa sahaja yang marah. Beg pun boleh marah.
            “Azri, berapa lama ni?” Lisa bercekak pinggang menghadap jejaka yang tenang menolongnya menutup beg dan disandarkan ke dinding. Kedua – dua telapak tangannya ditepuk dan berpaling menatap wajah Lisa yang keruh.
            “Pertamanya saya minta maaf. Saya tahu awak bayar. Saya akan bayar ganti rugi. Awak jangan risau. Kalau awak tak suka duduk di rumah Damia, telefon saya. Nanti saya carikan hotel. Smile please.” Pipi Lisa dicubit.
            “I don’t want to stay with her.” Lisa menghentakkan kaki. Kan dah cakap gaya dia dah bertukar macam budak tadika menagih simpati Azri. Bukan dia peduli apa pandangan Azri sekarang.
            “Lisa, you are a very clever girl and a good room mate. Please act like one.”
            “I hate you.” Lisa memuncung.
            Azri tergelak. Merajuk? Dia ingat dia siapa?
            “I love you.” Balas Azri mula beromeo. Mengambil kesempatan namanya.
            “Jangan main – mainlah.”
            Azri tidak mengendahkan rungutan Lisa. Beg Lisa dibawa keluar rumah. Kepala ligat berfikir nak menambat hati Lisa. Dia faham perasaan Lisa. Berpindah - randah di awal semester yang baru bermula dan hidup apabila jadual asal dirombak tiba - tiba memang menyakitkan. Di sebalik keberanian Lisa pasti terselit rasa cuaknya, getarnya dan risaunya.
            “Jom! Turun.” Azri menggamit Lisa ke muka pintu.
            “Damia?”
            “Lupa. Jap.” Azri melangkah ke studio milik Hanif di sebelah melalui pintu depan.
            Ralit pula Damia Humaira menjamah roti dengan telur hancur ditemani oleh Bird. Hanif masih kat bulan kot. Azri hanya memberi isyarat dia dan Lisa menunggu di kereta.
            “Okay Lisa, let’s go.” Azri muncul di muka pintu.
            Lisa hanya menurut.
            “Lisa, just now you said this is not what you imagined when you were at German. I mean here. Is this so bad or what actually you have in mind once you reached Munich airport?”
            “Saya datang nak belajar. Bukan nak keluar masuk mulut spesis karnivor.”
            “Okay, fine. Anything else you associated with Germany beside that?”
            Azri menahan jantung dari berlari laju. Tolonglah cakap nak pergi jalan – jalan. Nak pergi Amsterdam, nak pergi Istanbul, nak pergi Switzerland atau Prague atau Dubai sekali pun. Dia sanggup bawa Lisa. Tengok muncung Lisa tadi, wajah keruhnya, kaki yang dihentak – hentak, manjanya mengalahkan Sharifah Azri si adik. Baru pagi tadi dia berjanji mahu menjaga Lisa, sekarang terpaksa menghalau Lisa keluar rumah pula. Kata – katanya kepada Lisa manis bak madu.
            “Let be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you don’t expect this happening so soon neither does me but I promise you, I can really take care of you. Like it or lump it, just stay here. With me.”
            Hatinya berkata, ‘cakap tak serupa bikin la lu Azri’.
            “Betul nak tahu?” Mood Lisa kembali normal walau pun tak seceria mana.
            Azri mengangguk.
            “Beer and Hitler.”
            Azri yang sedang menghisap rokok terbatuk. Tak sangka skema jawapan Lisa jauh benar dengan tekaannya. Skema jawapan semua orang yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi yang melahirkan tentera Nazi yang menjadi sejarah ulung dunia. Dalam fikirannya tadi lain, mungkin kerana alasan tipikal bagi seorang pelajar seperti Lisa selalunya ialah kerana biasiswa yang diberi untuk pelajar ke German adalah paling lumayan jadi senang nak berbelanja atau berjalan – jalan. Jadi tekanya Lisa mungkin memilih German semata – mata untuk mewah berbelanja dan berjalan – jalan menjelajah Europe. Lisa datang pun siap berteman kerabat. Memang hebatlah Nur Lisa. Bawa payung Made in Malaysia. Payung ialah istilah bagi penaja yang digunakan oleh budak – budak muda sekarang. Payung yang dia nak teduhkan Lisa Made in Germany. Susah juga nak meneka citarasa Lisa. Mana satu agaknya, payung Made in Malaysia atau Made in Germany?
            “Saya boleh faham kalau awak pilih beer. Bavaria beer is the best but Hitler?” Rokok yang tinggal separuh dihulurkan kepada Lisa.
            Lisa menggeleng.
            “Crazy girl like me suit crazy world created by him the best.” Selamba Lisa menjawab dan berhenti melangkah.
            “Weird.
            “Semua orang datang German mesti sibuk nak belajar sejarah mengenai Hitler. Nak tengok hasil tinggalannya.”
            “Don’t tell me you adore him.” Azri memasukkan beg Lisa ke dalam bonet kereta Damia Humaira. Nak terkeluar urat hijau di lengannya yang berotot. Maklumlah sebelah tangan menanggung beban, sebelah lagi masih tersepit rokok yang hampir separuh.
            Lisa berdehem. Malas nak menjawab. Sesekali ditala sekeliling mencari kelibat Damia Humaira.
            “If you said yes then you desperately need of some correct moral training.” Azri menyambung.
            Lisa tergelak. Memang gila siapa yang menyanjung Adolf Hitler yang telah membunuh lebih kurang seramai 30 juta orang hasil Perang Dunia Ke-2 yang dicetuskan oleh hasil pemerintahannya. Lisa masih rasional.
            “Positifnya, hanya dia yang berani menghapuskan kaum Yahudi yang terang – terang disebut sebagai musuh Islam. Membuktikan yang Hitler juga umpama pejuang Islam. Beliau mempunyai pandangan yang serupa mengenai kaum Yahudi.”
            “What the fuck!” Azri mencarut. Dahinya berkerut.
            Lisa menjeling sekilas. Sexy smart beard (SSB) yang menghiasi wajah Azri nampak menyerlahkan kematangan apabila air muka tuan punya wajah bertukar garang.
            “Watch your say.” Lisa memberi amaran.
            “You watch yours.”
            “What is so big deal about this?” Lisa mengejek.
            “Sebab ramainya budak – budak yang dangkal seperti awak apabila menyuarakan pendapat.”
            Azri kuat membaca. Masa lapangnya di rantauan kalau bukan dihabiskan bersuka ria akan dihabiskan dengan membaca. Semua jenis buku dan genre akan dibacanya. Sekadar menambah pengetahuan dan memang hobinya. Baru Lisa membuka mulut hendak bersuara, Azri memotong.
            “Hitler membenarkan kaum tenteranya bersolat di Dataran Berlin sebelum beliau memulakan ucapan. Beliau juga pernah dilihat bersama ulama dan dikatakan juga tidak pernah meminum arak. Hitler dipetik sebagai berkata ‘Aku boleh membunuh semua Yahudi tapi aku meninggalkan sedikit untuk dunia mengetahui mengapa aku melakukannya’. I have my facts. Itu yang awak nak cakap dengan saya Lisa? Those are your facts?” Azri mengasak.
            Dia memang pantang orang cakap salah fakta. Dalam hidupnya cuma ada matematik dan sains. Ada bukti pakai. Tak ada bukti jangan nak memandai. Isu sejarah pun zaman sekarang rejim Zionis boleh manipulasikan. Semata – mata mahu menyesatkan pemikiran orang Islam yang senang ditipu dan mudah dipengaruhi. Azri selalu bersikap kritikal terhadap semua isu yang dibincangkan supaya justifikasinya sentiasa tepat.
            “Salahke?” Lisa mula tak pasti. Sejarah berada di carta terakhir dalam minatnya atau langsung tak ada dalam carta.
            “Kenyataan Tony Blair pernah khatam Quran 3 kali, George Bush pula membenarkan tentera Amerika beragama Islam solat, itu cukup nak cakap mereka cenderung kepada agama Islam atau pejuang Islam?”
            Dalam hati Azri merujuk kepada dirinya sendiri. Dia dah khatam Quran 2 kali. Dari kecil Syed Gilani mengajarnya. Mereka sekeluarga boleh berbahasa Arab. Dia mungkin agak merangkak tapi janji boleh. Baginya Quran ialah sebuah kitab rujukan. Mengandungi pelbagai ilmu bermanfaat dan penyelesaian bagi isu semasa yang sentiasa relevan untuk dirujuki. Yang tak sampai di hati Azri ialah rumusan cara hidup Islam yang wajib ditauladani. Membaca tanpa amal. Membaca tanpa jiwa. Menyamakan darjat seorang umat Islam bernama Syed Azri setaraf dengan Tony Blair, mantan Perdana Menteri Britain.
            Lisa menggelengkan kepala. Kena dengar ceramah la pulak. Mana pergi si Damia ni? Lisa merungut.
            Azri melompat duduk di atas bonet kereta.
            “Bosan?” Azri menegur. Dia sudah semakin bijak membaca riak dan air muka Lisa.
            “Taklah. Bengang je.” Lisa buat muka merajuk. Tak kisah pun dengar pasal Hitler. Mulut dia yang cabul pun.
            “Later, saya dah siap entertain mereka. I’ll bring you to Alte Gallerie. Nearby her house and you can taste the best beer.” Pujuk Azri.
            Lisa diam. Angguk pun tak. Geleng pun tak. Tak payah nak pujuk. Tak jalanlah.
            “Just continue your ideas about Hitler.” Lisa menukar topik realiti kepada sejarah yang mula mencambahkan minatnya untuk lebih mengenali siapa sebenarnya Adolf Hitler.
            “Bukan idealogi saya tapi fakta sebenar yang dikumpulkan oleh bijak pandai yang menyedari keagungan Hitler yang dijulang adalah tak memadai dengan kezalimannya yang akhirnya menjurus kepada teori bahawa radikalnya Hitler ialah kerana Islam. Jadi Islam itu agama yang kejam. Minat Hitler kepada Islam bukannya minat kepada agama tapi minat kepada nafsu. Nafsu untuk menguasai dunia. Ramai yang terpedaya dan langsung tak mengetahui Hitler membunuh Yahudi ialah kerana dominasi dan kekejaman Yahudi memonopoli ekonomi  ke atas penduduk German semata – mata. Bukan kerana Islam, bukan kerana pemahamannya mengenai kaum Yahudi yang dilaknat oleh Allah.”
            “The Führer.” Terluncur di mulut Lisa.
            “Ya, Hitler digelar The Führer oleh tenteranya tapi maksud sebenar Führer ialah pemimpin tapi dunia kini lebih menggunakan perkataan itu khusus untuk merujuk kepada Hitler.”
            “I watched The Rise of Evil.”
            Azri tergelak. Tengok filem rupanya. Sah Lisa betul – betul maksudkan kata – katanya merantau ke bumi Nazi kerana Adolf Hitler. Otak Lisa memang tak betul. Lain sangat pemikirannya.
            “Why I’m not surprise.” Azri berdiri di sebelah Lisa apabila melihat Damia Humaira menghampiri mereka.
            “Walau pun berbeza sudut pandangan saya dan awak dan mungkin salah saya menggelarkan beliau pejuang Islam. Tak lah bodoh sangat saya nak menyanjung seorang yang kejam seperti itu. Lagi baik saya sanjung Nabi Muhammad.” Lisa menegakkan pendiriannya. Dia pun tak bodoh mana. Dia tahu idola yang paling agung di dunia ialah Rasulullah sendiri, pemimpin umat Islam sendiri.
            “Good to hear that.”
            Azri malas nak mengulas namun dalam hati dia bersangka juga. Betulkah Lisa tahu perbezaan cara perjuangan Hitler dan Nabi Muhammad menentang Yahudi. Kalau Hitler sinonim dengan perang Holocaust untuk memusnahkan Yahudi dengan pembunuhan kejam maka Nabi Muhammad pula sinonim dengan kisah Perang Khaibar yang mana Baginda memberi keampunan kepada yang tunduk menyerah walau pun nyawa Baginda cuba ditamatkan dengan racun perempuan Yahudi. Kisah Perang Khandaq pula Yahudi Bani Quraizah yang telah melanggar perjanjian perdamaian Madinah sehingga menghancurkan Madinah. Ironinya hanya yang terlibat dalam perang itu sahaja dihukum bunuh kerana pengkhianatan dan kepada perjanjian dan perdamaian Madinah. Malah mereka dibicarakan dulu dan adilnya, hakimnya dipilih oleh kalangan kaum Yahudi Bani Quraizah itu sendiri bukan oleh Baginda atau mana – mana sahabat.
            Kisah Adolf Hitler ialah kisah perjuangan nafsu, pejuang yang gilakan kuasa dunia. Kisah seorang pejuang yang paling bijak memanipulasikan keadaan. Kisah seorang hamba yang menggunakan segala ilmu di dada untuk kepentingan sendiri.
            Kisah Azri ialah kisah si bijak pandai yang berpengetahuan luas.
            Kisah Lisa ialah kisah si pandai yang celik ilmu.
            Hubungkait kisah cinta bersulamkan duniawi, ilmu yang benar tapi tidak sampai kepada amalan yang dituntut memberi satu persamaan nyata di antara mereka.
            Hitler + Azri + Lisa = Manusia bertamadun yang lupa kewujudan mereka di bumi bukan sekadar menghias tetapi sebagai hambaNya. Yang dituntut menuntut ilmu sehingga ke hujung dunia bukan kerana semata – mata membanggakan ibu bapa di kampung halaman atau kerana merebut kuasa dunia tetapi dituntut oleh Allah agar menggunakan ilmu yang dituntut ke landasan agama yang luhur, landasan yang menjanjikan saham akhirat.
            “Ketat je muka sorang – sorang ni kenapa?” Damia Humaira menegur.
            “Hot debate.” Lisa menjawab ringkas. Dia berjalan ke bahagian penumpang.
            Hati Damia Humaira berdetak. Hot debate? Kena berpisah sekejap dah gaya laki bini nak kena paksa bercerai ke?
            “Azri, I will go fetch our family at the airport then later after sending them to hotel, I’ll come to fetch you.” Damia Humaira memberi arahan.
            “No, meet you at Marienplatz.”
            “No, remember? Sharifah Azra wants to stay at your place?”
            “Oh yes.” Dah pasti nak kena hantar barang Sharifah Azra ke studionya dulu dan barulah mereka akan berkumpul di hotel di tengah – tengah Marienplatz. Azri menyeluk tangan ke dalam poket jeans dan berjalan menghampiri Lisa yang sedang menarik tali pinggang.
            “Saya tolong.” Azri tunduk. Tali pinggang ditarik, disilang ke dada Lisa dan diikat kemas.
            “Thank you.”
            “Take care.” Kepala Azri masih separuh di dalam kereta. Tunduk memandang Lisa.
            “I’m sorry girl.” Satu kucupan singgah di pipi Lisa.
            Damia Humaira hanya menjeling.


            “HAI abang. Miss you. Your place is very nice.” Sharifah Azra bersalam, memeluk Azri dan memuji. Tiga dalam satu. Kemudian merebahkan diri ke katil milik Lisa.
            Damia Humaira duduk di sofa bed. Penat terpaksa menjadi pemandu tak bertauliah satu hari suntuk. Tak kira hati sakit melihat drama Azri – Lisa. Tak kira makan hati berulam jantung dengan kata – kata sinis Lisa dalam kereta tadi.
            “Kalau dah break dengan Azri kenapa kau susah – susah risaukan dia?”  Lisa merujuk kepada perbualan yang didengarinya malam tadi.
            “Mind your own business.” Damia Humaira terdiam. Tak padan dengan junior. Mulut amboi.
            “My business because now...”
            “he is yours?” Damia Humaira menyambung ayat – ayat Lisa.
            Lisa cuma nak sambung lagi ‘he is my room mate’ tapi nasiblah tingkah laku dan cara Azri melayannya memang membuat orang salah faham. Walau pun Azri secara terang bercakap mengenai hati dan perasaannya tapi bagi Lisa itu sekadar mainan. Hatinya belum betul – betul tersentuh dengan kata – kata Azri, hatinya belum tewas dengan permainan Azri.
            “Saya faham awak dan Azri ada family relationship thingy but the emotion should be crystal clear.” Lisa pun tak tahu kenapa dia boleh selamba sembur. Mungkin cara Azri melayan Damia Humaira jelas menolak kehadiran gadis itu.
            It takes a couple seconds to say Hello, but forever to say Good bye. Yes this sounds so selfish. I’ve another man in my life but this is my exact feeling towards him.”
            Lisa menelan air liur mendengar pengakuan berani mati Damia Humaira. Memang patut Azri angin macam orang kena serang puting beliung apabila berhadapan dengan Damia Humaira tapi Azri pun sama. Bukannya baik mana pun. Kalau dengan semua perempuan dia layan baik, kekasih hati mana tak bosan. Baru kenal Lisa, dilayannya macam dah kenal bertahun, kalau dia jadi Damia pun cabut. Benarkan Azri begitu?
            Lisa malas nak ambil pusing. Bukan masalah dia. Kalau suatu hari nanti dia menerima Azri sebagai room mate yang akan mendiami hatinya sekali pun, baginya Damia Humaira seorang yang tersangat bodoh. Pandai belajar sampai ke negara orang tapi bodoh apabila membuat keputusan yang melibatkan hati. Apa nak dikenang keputusan yang sudah dibuat. Kalau hati sudah berdetak Azri bukan orangnya maka teruskan hidup dengan pilihan yang lain.
            “By saying that, are you always this stupid or are you making special effort today because I am his girl? Leave him forever for God sake.”
            “Dah kau jangan nak tidur – tidur. Terbabas karang kesian Mommy tunggu kat hotel. Siap sekarang.” Suara tinggi Azri gaya abang sulung memberi arahan mengejutkan Damia.
            “Ya lah. Mandi jap. Tukar baju.” Sharifah Azra merungut. Penat juga perjalanan dari Dubai. Ingat nak tidur sahaja. Tambah pula ditemani desiran air sungai mengalir sayup – sayup di balkoni. Sungai apa lah kat bawah tu yang nampak macam kat kampung sahaja panoramanya. Getus Sharifah Azra dan melangkah ke bilik air.
            “How is she?” Azri berpaling menghadap Damia Humaira apabila bayang si adik menghilang.
            “Lisa?”
            “Siapa lagi aku nak tanya. Dia okay tak? Selesa tak duduk rumah kau?”
            “Entah. Letak je barang lepas tu dia terus keluar. Tak sempat nak tanya.” Damia menjawab malas.
            “Keluar? Dengan siapa?”
            “Dia cakap kawan. Kebar tak silap namanya.”
            Tengku Akhbar?
            Shit!




Dear readers, I love you guys.

p/s: 1st of all sorry lambat update & terus nak ckp here sy skang tak semeroyan dulu sbb beberapa faktor yg x dpt dielakkan. Sob3x.
But every week ada n3 and sy mmg nk habiskan b4 Ramadhan. Wee~~~
Doakan sihat & umur panjang & akal yang cerdas.
p/s/s: Pendapat saya mengenai sejarah dunia tak mewakili mana - mana pihak lain & do share ur thoughts if u hv one, i mean if it happen to be different fr mine.
XOXO!!

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...