Tuesday, 8 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 6


            Lisa memandang sekeliling. Batang tubuh Tengku Akhbar dicari. Senyuman masih bersisa di bibir. Syed Azri, Syed Azri. Pantang dicabar. Menggelabah 24 jam. Patutnya dia yang resah gelisah tiap kali berdua – duaan dengan Tuan Syed tapi Tuan Syed pula yang nampaknya selalu mengelak. Mengelak mungkin kerana tiga sebab;
1.      Mungkin malu, alahai.
2.      Mungkin serabut dengan kehadirannya.
3.      Mungkin tak tahan godaan syaitan, ini dugaan besar ya.
            Lisa sendiri pun boleh lagi menepis bab malu duduk serumah berlainan jantina. Lepas kena sound baek punya jangan buat tayangan perdana dalam rumah, tak adalah dia nak keluar berkemban buat macam duduk rumah sendiri. Bertapis jugalah lakunya.
            Mungkin serabut dengan kehadirannya? Agaknya lah kot sebab tak pernah Azri nak bersesak apatah bertoleransi dengannya di rumah. Kalau nak mandi, memang selamba dia potong giliran, kalau nak guna mesin basuh itu pun dia potong giliran tapi Lisa selamba sumbat sekali pakaiannya sekali harung. Pernah satu kes pelangi kecilnya tercampak sekali semasa Azri nak keluarkan bajunya, macam nak runtuh rumah nama dia kena jerit. Haru betul. Kalau nak cerita kes syahdu pula, dia dah biasa telan air liur tiap kali air bancuhannya kena paw, telan bau tiap kali sandwich dan masakannya yang tak seberapa kena paw. Lisa cuma mampu tulis nota cinta untuk memperingati kerja – kerja rompakan Azri. Dia mampu lagi bertahan.
            Godaan syaitan? Sah Azri gagal lah bab ni sebab bibir dia yang dia bela dan sentiasa berperisa strawberi dah lunyai dikerjakan di Munich Airport dulu. Jangan cakap sebab pantang dicabarlah, dia bukan budak kecik tak pandai nak menilai. Dia pun pandai membaca gerak tubuh Azri. Kalau tiba – tiba Azri bersaing jalan dengannya, selamba tangannya berlingkar dibahu Lisa. Perlukah gesture – gesture macam tu kepada seorang room mate? Amatlah tak perlu. Kalau jumpa tengah clubbing belakang cerita. Pandai cerita bab Azri yang gagal bab dia sendiri? Belum gagal lagi tapi kalau Azri betul – betul ‘walk the talk’? Confirm ‘you’ll never walk alone’ Lisa! Bisik Lisa yang jahil, mempersendakan moto Liverpool FA.
            Langkah Tengku Akhbar yang menghampirinya melenyapkan bayangan Azri. Tengku Akhbar yang sopan, baik hati, pemurah, kacak, kaya dan  segala – galanya tentang Tengku Akhbar hampir sempurna. Lisa sahaja yang anti – sempurna. Sempurna serba – serbi baginya ialah satu kekurangan. Susah nak bela nanti. Jangan cerita rupa Tengku Akhbar yang stok model. Kerdil terasa berdiri di sebelah. Kena up sikit keyakinan diri baru langkah Lisa tak terasa pincang berjalan bersama. Memang tak ada sebab untuk kawan Lili tak angau sampai merentas benua. Bagi Nur Lisa, angau kawan si Lili ialah rezeki untuknya.
            Dia dah tahu apa nak dilaporkan kepada orang di Malaysia. Pertamanya kena tunjuk yang Tengku Akhbar seorang yang amat mementingkan pelajaran jadi kawan Lili tak payah risau sangat Tengku Akhbar kena ngap. Laporkan sahaja Tengku Akhbar sibuk, kalau jumpa pun kena cari di perpustakaan yang Lisa pun tak pernah pergi sebab dia kampus Garching bukan di main campus. Karang sahaja ceritanya. Lili mesti terima bulat – bulat. Nak bagi sedap cakap sahaja Tengku Akhbar dah turun berat barang sekilo dua sekali tengok sebab konon – konon sibuk belajar dan jadual yang ketat di sini.
            Berita macam ni memang membuat si gadis boleh simpati dan teruja. Lisa tahu sangat. Dia pun para gadis bezanya langkahnya maju di hadapan. Dia nak, dia yang mulakan. Dia tak nak, dia yang cabut dulu. Kes Tengku Akhbar agak terpencil, dia tak nak tapi dia tak nak cabut. Sebab? Tengku Akhbar ialah kawan yang baik baik sebenarnya tambah lagi berpakejkan poket yang tebal.
            Lisa berdiri tegak memandang Tengku Akhbar yang kelihatan segak dengan jeans hitam dan t-shirt putih. Sesekali bosan pun ada tengok gaya skema Tengku Akhbar tapi hakikatnya memang kemas sangat – sangat dan walau pun ringkas, pesona seorang kerabat amat terserlah. Kulitnya yang licin dan sentiasa berias rapi, percakapannya yang amat lembut dan teratur sememangnya bisa meruntun hati ramai wanita. Lisa menggetap bibir. Wahai cinta, kalau nak jatuh bergolek pun silalah untuk lelaki baik seperti ini. Tiba – tiba Lisa tersenyum sendiri. Inilah yang orang cakap manusia. Apa yang ada depan mata tak nak, nak kejar apa yang tak ada di depan mata.
            Serimas – rimas dia dengan sikap terlebih mengambil berat Tengku Akhbar, terselit juga perasaan kagum. Mana Tengku Akhbar pernah mengambil kesempatan. Kalau kat KBU dulu, dia pergi clubbing sampai jauh malam tak nak balik rumah, Tengku Akhbar yang selalu jadi The Rescue. Bawa dia dan Adriana balik ke kondominium mewahnya di tengah ibu kota. Kalau Lisa pokai dan nak masuk kelab tak ada orang nak payung (belanja), selamba dia telefon Tengku Akhbar suruh datang. Dilayannya Tengku Akhbar betul – betul seperti pepatah omputih ‘friends for benefits’. Adriana siap betting sebelum dia terbang yang pepatah yang dipakai oleh Lisa tak akan bertahan lama dengan Tengku Akhbar. Pasti kecundang di mana – mana. Katanya ada lima sebab kenapa pepatah ini tak akan boleh bertahan lama;
1.     Lisa akan cemburu apabila Tengku Akhbar yang kacak, kaya dan baik hati mula dirapati oleh wanita lain. Kata Lisa setakat ini tak pula dia rasa macam tu. Nak cemburu apa? Tengku Akhbar bukan hak milik kekal dia.
2.    Lisa akan feel attached. Er ya ke? Tak ada pun. Tak adalah sampai dia bergantung hidup dengan Tengku Akhbar ni. Lisa yang dulu – dulu angkat langkah seribu tak nak duduk dekat. Kalau dia ada perasaan nak melekat 24 jam dengan Tengku Akhbar pasti dia tak kan jauh membawa diri ke Pasing. Cewah. Tak boleh pakailah Adriana sebab nombor 2 engkau ni.
3.      Lisa akan mudah berasa hati. Offended lebih tepat kalau layanan Tengku Akhbar macam hendak tak hendak sahaja. Lisa tak kisah pula kerana kalau Tengku Akhbar tak bertanya khabarnya setiap hari, hidup je dia. Tak ada pun angau – angau sampai dia sakit hati. Tak ada. Tak ada. Lisa menggelengkan kepala.
4.   Lisa boleh termengandung. Ini paling gila wahai Adriana. Mana boleh jadi kalau Tengku Akhbar sekali pun tak pernah nak ambil kesempatan. Kalau dengan Syed Azri ada kemungkinan ni. Lisa tergelak jahat dalam hati.
5.  Lisa akan terlalu bergantung kepada Tengku Akhbar. Maklumlah nak hidup senang di tempat orang sehinggakan Lisa tak sedar semuanya diharapkan kepada Tengku Akhbar. Ini Adriana silap, Lisa nampak sahaja mempergunakan Tengku Akhbar tetapi tak lah sampai bergantung hidup.
            Kelima – lima sebab yang Adriana sebut semuanya Lisa ambil mudah tanpa menyedari kesemuanya akan berlaku tetapi bukan dengan Tengku Akhbar tetapi dengan seorang Syed Azri bin Syed Gilani!

            “SIAPA nak bayar ni nak makan tempat – tempat mahal macam ni? Saya tengah pokai.”
            Lurus Lisa bertanya dan memandang Tengku Akhbar yang kebetulan memang sedang memandangnya. Ajak breakfast di Nathalie’s Gourmet Studio. Tahulah breakfast  kat sini memang terbaik tapi tang harga yang memang terbaik juga yang buat Lisa muncung kat depan kedai. Mahal sangat untuk pelajar sepertinya.
            Tengku Akhbar tersenyum. Terhibur dengan sikap Lisa yang bersahaja. Terasa ingin mengusik si gadis yang selama ini kalau diajak banyak benar helahnya. Pagi ini baru boleh ajak keluar dengan susah payah memujuk.
            “Well, that depends on how the date goes.” Usik Tengku Akhbar dan tersenyum.
            Lisa mengangkat kepala dan memandang Tengku Akhbar serius.
            “No, thanks then.” Lisa terus berlalu. Kurang ajar, tadi cakap ada benda nak cakap. Macam penting. Ni dah lain. Baik dia blah.
            “Lisa, please wait.”
            Itu dulu, kat Malaysia. Masalahnya sekarang kat tengah – tengah Bayern atau dikenali juga sebagai Bavaria ni pun dia boleh buat muka pokai kat depan LeBuffet, Oberpolligger. Tadi kata nak shopping si Lisa tapi tengok tak ada apa yang dirembatnya. Segan ke apa? Atau lelaki yang ditemuinya di Pasing dulu jauh lebih mampu untuk memuaskan keperluan Lisa? Itu Tengku Akhbar boleh terima tapi kalau hati Lisa pun dipuaskan sekali? Bolehkah dia menerima dan melepaskan Nur Lisa yang sudah lama dikejarnya?
            “Siapa nak bayar ni nak makan tempat – tempat mahal macam ni? Saya tengah pokai. Sini pakai Euro. Kalau RM pun saya pokai jangan cerita nak pakai Euro.” Selamba Lisa berkira di depan pintu masuk. Memang tak makan saman. Beg yang tersandang di bahu ditepuk – tepuk. Mana dia pernah segan dengan Tengku Akhbar.
            Tengku Akhbar menggelengkan kepala. Inilah lainnya Lisa dengan gadis – gadis lain yang menghampirinya. Lisa dengan gaya tak berdosa me‘ngepau’nya dan terang – terang. Langsung tak hipokrit seperti gadis lain yang berpura – pura melayaninya dan selepas mendapat layanan baik, jari telunjuk mula terangkat tunjuk itu dan ini. Lisa lain, kalau dia nak apa – apa dia cakap terus terang. Kelakar.
            “Kebar, kalau saya baik temankan awak satu hari kat library. Malam ni saya nak reward tau.” Malamnya selamat sebuah beg Gucci Lisa paw.
            “Argh tak mau teman. Malaslah nak layan kawan – kawan awak stok kerabat tu tapi saya macam nak beli buku yang Dr Ifah cakap tu lah.” Esoknya Lisa riang – ria menemaninya di majlis keramaian dan terbang RM300 nak beli buku yang diimport di MPH.
            “Tak boleh keluar, tayar kereta Mama tak ada bunga. Bahaya.” Punyalah sengal alasan si Lisa tapi tersengih – sengih juga dia keluar apabila dijemput di hadapan rumah malam tu dan esoknya keempat – empat tayar kereta Mama Lisa ditukarnya.
            Kenangan kali pertama Tengku Akhbar membawa Lisa keluar setelah bersusah payah mengayat memang syahdu. Tak pernah dibuat awek berdiri kat depan kedai tanya siapa nak belanja. Lisa tak sedar agaknya dia kena angkut naik Ferrari nak tanya soalan gaya keluar dengan mat rempit. Semua tu Tengku Akhbar tak kisah kerana dalam mengambil kesempatan si Lisa, dia tahu Lisa ikhlas tiap kali bersamanya. Lawak jenaka Lisa semua tulen. Kalau dia ketawa, mulut selamba ternganga dan gigi putihnya terserlah. Mana ada nak cover cun. Tengku Akhbar belum buta nak menilai perilaku gadis kegilaannya. Dia pun pernah test Lisa dan Lisa lulus dengan cemerlangnya dan apa ujian itu? Biarlah rahsia.
            Haish...dan jangan lupa nama yang dipanggil Nur Lisa. Kebar tu diturunkan darjat oleh Lisa seorang. Orang lain semua panggil Ku Bar tapi Lisa cakap geli sebab kalau bersambung dah jadi Kuba iaitu panggilan kerbau untuk orang pantai timur.
            “You are way too handsome to be called that.”
            “Kebar!”
            Suara Lisa mematikan khayalan. Terasa nak mengusik Lisa seperti kali pertama keluar dulu.
            “Well, that depends on how the date goes.”
            “It will go nowhere so no, thanks then.” Lisa terus bergerak setapak sebelum Tengku Akhbar menyambar pergelangan tangannya dan menyeret Lisa ke meja di dalam LeBuffet yang terletak di tingkat paling atas pusat membeli belah Oberpollinger di tengah – tengah Munchen atau Munich.
            Lisa memuncung. Pandangan ditala ke luar tingkap restoran yang menyajikan juga masakan Asia di dalam wok atau kuali panas.
            Tengku Akhbar buat tak tahu. Menu ringkas dipesan.
            “Lisa, you never change.” Tengku Akhbar menarik tangan Lisa, memujuk. Merujuk juga kepada jawapan Lisa yang tak pernah berubah. Selalu mengelak.
            “Why should I?”
            Cepat sungguh servis restoran ini. Tak nak makan buffet tapi gaya a la carte pun amat cemerlang layanannya. Sekejap sahaja minuman yang dipesan terhidang. Lisa memusing – musing straw di gelas.
            “Would you telling me the truth about moving to Pasing?” Tengku Akhbar menukar topik, memulakan kata. Sejak keluar tadi lagi dia memberi peluang untuk Lisa bersuara sendiri tapi jangan harap Lisa nak memulakan.
            “What truth?” Lisa membesarkan biji mata.
            “Lili told me everything. Don’t you think it’s a bit overboard move in with your boyfriend here? Even yes I know nobody is bothered but have you thought twice your own safety? You just know him like a few months?”
            Burrrr!
            Tersembur air yang baru menerjah ke dalam mulut.
            Ayam kau Lili!

            LISA menapak perlahan ke arah flat yang sudah nampak di hadapannya. Azri dah balik ke belum ni? Dah malam. Tak kan tidur sana kot. Kepala dahlah pening ni. Menjelajah baru sepicing tanah yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler. Orang Malaysia panggil Jerman. Nama dalam bahasa Inggeris ialah Germany. Rakyatnya sendiri panggil Deutschland. Orang Italy panggil Alemania. Banyak sungguh nama negara Jerman ini setelah Jerman Barat dan Jerman Timur bersatu.
            Kalau nama dia banyak macam tu tak ke pening? Nasib baik Mama dan Papa letak nama seringkas Nur Lisa. Oh! Lupa dia ada nama baru. Kuntum Renjong. Siap kau Azri. Lisa termengah – mengah di hadapan pintu rumah. Elok sahaja pintu rumah terbuka, Lisa ternganga.
            Rumah atau studio yang didiaminya bertukar rupa. Kalau dulu nampak comel dan kiut - miut sahaja studio mereka yang sekangkang kera tetapi kini nampak amat luas apabila connected door dibuka dan ruang tamu studio rumah sebelah bersambung dengan ruang tamu rumahnya.
            “Hai Lisa.” Azri yang sedang berdiri di hadapan kabinet dapur terkejut dengan kehadiran Lisa tetapi cepat – cepat dia berjalan mendapatkan Lisa.
            “Penat?” Dahi Lisa dikucup dan Azri kembali melangkah ke arah kabinet dapur.
            Lisa meraba dahinya. Apa hal mamat ni? Lisa mengekori langkah Azri dan berdiri di sebelah.
            “Kenapa rumah kita macam ni?”
            “Sorry, we are hosting a house warming and I am introducing you to my friends. So get ready. Go get change and I’ll bring you downstairs. We rented the basement for the night. Go. Later we will gather here so we need bigger space.” Azri memberi arahan ringkas. Tangannya lincah memotong buah.
            “Nak bagi tetamu makan buah je?”
            “Mana ada. Kat bawah, kat porch tu nanti ada BBQ. Ini saya siapakan sebab room - mate saya tak boleh diharap.”
            “Jangan nak salahkan kita pula. I know nothing ‘bout this plan.” Lisa mendengus dan cepat – cepat bersiap.
            Tak sampai sepuluh minit Lisa siap mandi kerbau dan menukar pakaian yang lebih santai. Cotton dress bertali halus berwarna merah dengan polka dot hitam paras buku lali cukup menyerikan wajahnya yang sebenarnya amat keletihan. Kepalanya digeleng ke kiri dan k e kanan untuk membiarkan rambutnya beralun bebas di bahu. Lisa langsung tak sedar Azri menunggunya di balkoni dan memerhatikan setiap langkahnya. Nasib baik dia dah membiasakan diri menukar pakaian di bilik air lagi.
            “Gorgeous.” Puji Azri yang tiba – tiba berdiri di sebelah. Dia sendiri masih memakai t-shirt lengan panjang berbelang dari pagi tadi cuma jeans ditukar dengan seluar pendek berwarna putih. Mana sempat, kelam kabut dia kerah Hanif menjayakan rancangan yang patutnya berlangsung di Freiman. ‘Walk the talk’ punya pasal. Syed Azri langsung tak membazir masa.
            Lisa membantu mengangkat Tupperware berisi buah – buahan yang telah siap dipotong. Kecoh suasana di basement. Ramai juga kawan si Azri ni. Katanya dikumpulkan semua yang berdekatan dan boleh datang. Maklumlah bumi Jerman ni luas, kalau yang tinggal di kawasan Bayern, Pasing, Freiman tak pun paling jauh Sigmaringen boleh lagi lah nak jalan – jalan hujung minggu begini. Kalau yang belajar jauh – jauh dan di luar kawasan bandar Munich memang susahlah nak datang.
            Lisa tersenyum apabila diperkenalkan dengan Hanif.
            “Hai..”
            “Lisa please.” Cepat – cepat Lisa memotong. Jangan mimpi nak panggil Kuntum Renjong lagi.
            Mereka berdua tergelak serentak.
            “Lisa come here.” Azri melambaikan tangan. Mahu memperkenalkan Lisa dengan Bird, Wong , Karev dan Jono pula.
            Lisa hanya tayang senyuman. Tak tahu nak cakap apa tapi semuanya menegurnya dengan ramah.
            “The girls?” Tanya Lisa. Minta diperkenalkan dengan kawan – kawan perempuan Azri.
            “Are they TUM’s?” Lisa bertanya lagi.
            “No. Only Hanif. Awak pergi kenal – kenal sendiri boleh? Be a good hostess.” Pesan Azri perlahan seakan berbisik dan tangan kanannya mengusap pipi Lisa lembut.
            Nak cakap dia tak marah dengan tangan Azri yang asyik menjalar sahaja kerjanya memang tipulah. Marah juga tapi ada sesuatu pada sentuhan Azri yang membuatnya terkaku. Sentuhan yang tak lah sampai menggetarkan jiwa tapi membuat nafasnya sesak sesaat. Pandangan mata Azri yang tajam tapi redup membuat Lisa terdiam. Lupakan Lisa. Lupakan.
            Lisa melangkah ke arah sekumpulan kawan perempuan Azri. Bukan susah nak kenal. Lima minit kemudian dia dah mesra alam dengan Verona, Huda dan Diandra. Katanya ada seorang lagi yang tak ada. Naik atas pergi bilik air tapi tak pula terserempak dengannya dan Azri tadi. Masuk ikut pintu rumah Hanif kot.
            Lisa menyusun steak yang telah siap dimasak di dalam bekas aluminium di atas meja. Azri dari tadi mengajaknya makan dulu tapi nak cakap dia kenyang tak sampai hati. Keluar dengan Tengku Akhbar tak kan lapar kot. Lelaki budiman seperti Tengku Akhbar tak kan sesekali membiarkan perut Lisa kosong.
            “Makan. Paksa ni.” Azri menarik tangan Lisa untuk duduk menyertai kawan – kawannya yang rancak berbual. Kawan – kawan Azri semuanya peramahlah. Seronok Lisa melayan mereka. Pelbagai soalan luar alam ditanya Lisa mengenai Syed Azri dan tak lupa soalan – soalan bonus untuknya juga tapi Lisa tenang sahaja. Jawab mana yang patut. Yang tak patut, senyum je lah.
            Pinggan berisi steak yang sedang elok masak siap dihidang bersama jagung bakar dan sedikit kentang dihulurkan kepada Lisa.
            “Dah siap potong ni. Makan.” Arah Azri.
            “Ya Tuan Syed.” Lisa tergelak. Tak payah nak terharu dengan layanan si Azri ni sebab dia kan room mate kesayangan, haruslah dilayan bak puteri. Baju yang hampir sedondon warna tu jangan cerita lah jadi bahan lawak sepanjang malam. Dia pun sengal boleh tak perasan.
            “Kannst du mir bitte kurz helfen?
            Lisa dan Azri mendongak serentak ke arah suara yang meminta tolong. Lisa terdiam. Saja lah awek ni nak tunjuk dia pro cakap Jerman. Cakap Melayu macam tak boleh. Saja berslang bagai. Maklumlah Lisa mana biasa lagi cakap local. Dia lancar cakap Jerman pun pakai bahasa baku lagi. Kalau Lisa yang cakap saya nak minta tolong jadinya ‘Können Sie mir behilflich sein’ padahal maksud sama sahaja dengan ‘Kannst du mir bitte kurz helfen’.
            “Apa dia?” Kasar sahaja jawapan Azri.
            “Pisau ni tak boleh potonglah steak ni keras sangat.”
            Pandai pun cakap Melayu. Lisa tersenyum.
            “Tukar amik pisau ni.” Pisau di pinggan Lisa diambil dan ditukar dengan pisau ditangan gadis di hadapan mereka.
            “Maybe you should take....”
            “Just take this.” Azri memotong ayat Lisa gaya menghalau.
            Dia baru nak pelawa suruh tukar ambil steak lain, ambil lah yang lembut sikit. Tukar pisau apa kaedahnya. Tu bukan nak menyelesaikan masalah awek gedik tu. Ops! Terlepas juga. Dari tadi sebenarnya nak cakap apahal semacam awek ni tapi tak sampai hati.
            Pisau bertukar tangan dan masam sahaja si gadis berlalu pergi.
            “Okay, who is she? Why you treat her like that?” Tanya Lisa sambil mengunyah perlahan.
            “Anybody except Damia Humaira or any other stupid girls will be treated nice by me.”
            “So that makes her Damia Humaira or stupid girl? Which one is she?” Lisa buat – buat blur.
            Itu lah dia bakal menantu tak jadi Syed Gilani rupanya. Rambut panjang mengurai, seksi gaya seksa pun ada. Tak faham konsep agaknya perempuan kalau nak nampak seksi yang tak menyeksa mata orang, kalau dah terbuka atas, bawah tutup. Kalau terbuka bawah, atas tutup. Nampaknya Damia Humaira belum pandai nak mendefinisikan gaya berfesyen yang seksi mampu menggoda lelaki.
            “She is both.” Azri membesarkan mata menyuruh Lisa membuka mulut. Sumbat mulut dengan kentang ni baru reti diam agaknya si Lisa. Tak pasal – pasal Lisa yang dia haruk. Ish. Tak patut. Mayonis yang bersisa di mulut Lisa disapu dengan tangan.
            “Jangan nak romantik sangat. Ni kes nak tunjuk kat si Damia ke? I can play a better role.” Bisik Lisa perlahan, mula merapatkan badannya mendekati Azri. Kepalanya sengaja dilentokkan ke bahu Azri apabila dijeling sekilas kawan – kawan Azri tidak memandang ke arah mereka.
            “Ehem...ehem...” Usik Bird yang terpandang drama sebabak Azri-Lisa.
            “Tak menyempat – nyempat.” Hanif menyambung.
            Azri dan Lisa tersenyum serentak. Tersipu – sipu Lisa dibuatnya. Kantoi dengan orang lain!
            “You don’t have to do that Lisa. Only man with shallow mind will make his ex jealous. I won’t waste my time doing that.”
            “So you rather waste your time bothering me around?”
            “No. I’m not wasting my time but I’m spending my time with you to make you fall for me. So another day I can go to her and tell her ‘Sie ist meine Fruendin’ and pointing my finger to you.” Bisik Azri romantis di pelupuk telinga Lisa. Terlupa pilihannya enmity. Tak tertelan nanti pilihannya sendiri dikala pertama kali bersua dengan Nur Lisa. Duhai Syed Azri!
            She is my special girl and pointing his finger to me? Oh my!
            

26 comments:

  1. Fuhhhh..tbaek ko laa Lisa leh wat Kebar jatuh sayang kat ko camtu jer....tbaek~~~

    Ni kes Azri dh mula jatuh sayang or main2 jatuh sayang kat Lisa ni?

    ReplyDelete
  2. As-salam & hai KL ….

    ‘Kannst d‘Können Sie mir behilflich sein’ / ‘Kannst du mir bitte kurz helfen’. …. Hehe ….. KL wanna know what was the TEST tat TA is reffering to???
    "….Dia pun pernah test Lisa dan Lisa lulus dengan cemerlangnya dan apa ujian itu? Biarlah rahsia. Haish ……."

    So the journey starts …. coupling life between NL & SA ….
    SA without wasting the time preached out his ‘walk the talk’ … holding a reception at their flat for friends with Damia around???
    Hahaa .. so SA totally forgets his choice of enmity …. n romantically said,
    “No. I’m not wasting my time but I’m spending my time with you to make you fall for me. So another day I can go to her and tell her ‘Sie ist meine Fruendin’ and pointing my finger to you “
    so officially ... Nur Lisa is Syed Azri special girl ! Oouucchhhh …..

    TQVM KL ♥♥♥

    ReplyDelete
  3. Aiyak, mmg ayam sungguh dpt adik camtu. Mesti Lisa kena kawen dgn Syed Azri tu pun sbb Lili takmo Lisa potong q ye? Haish...Ni lagi dasat punya pengacau nih.

    Anyway, bau dapat nk catch up USD nih. Lampi betul. Hahah.

    ReplyDelete
  4. wah...mission dah berjalan...hehehe

    ReplyDelete
  5. SA nk mngelak sbb xthn godaan syaiton?? wronggg!!!

    SA should choose passion,the reasons are :)

    1)gesture seorang roommate pgg2 bahu??owhh so wrong. (mase bce part tu sy dh trteleng2 kepala..SA wt cmtu dgn NL??)

    2)tu siap wat house warming,kiss2 dahi seenak nye, sah la syaiton besar dh lepak ats bahu lettew hehehe (^___^)

    owhh ya bape lame tempoh NL nk fall brgolek2 into SA arm?eceyhhh ayt kau syira.

    ReplyDelete
  6. Rin..
    arini sy suka.."i'm spending my time to make u fall for me"wo wo wo sgt best!
    Lili ckp Kebar psl Lisa move in ngan bf SA,sgt bagus tu. Tak sangka kan event umah Bird tkr ke studio dia org. SA so romantic in a unique way..
    TQ Rin..luv u!!!

    ReplyDelete
  7. Dear KL,

    - woww..lovely....make me fall in love again...
    ha..ha..ha..
    - sweetnya SA ni, selamba aje tunjuk terang-terangan tak suka kat si damia tu...that good...
    - TA tu tak payah lah terkejar-kejar kan si Lisa tu, mesti tak " lut " punya..ha..ha..ha..
    - Tapi kan bagus jugak yang TA kata LIsa dah ada boyfriend...bagus lah si Lili..thumb up for her..
    - Luv too much or sooo much.....???

    -kak fadz-

    ReplyDelete
  8. bahaya betul lisa ni kunun mencabar SA tp x sedar yg dia dah tergoda

    ReplyDelete
  9. best sangat...

    dania

    ReplyDelete
  10. Kenapa ayat SA tu sweet sangat! Melting <3

    Love you, KL! Thanks for the entry!

    ReplyDelete
  11. senyum je baca part house warmning tu.
    adakah si lili yg syok kat kebar? sesuka hati ckp lisa moving with bf.tp okies gak biar kebar ingat SA tu special lisa.

    thanks Rin :)

    ReplyDelete
  12. thanks rin....love it...menjadi lagi tidak sabar untuk membaca seterusnya....adakah lili yg sukakan TA so thats y dia halakan NL kepada SA...wondering...
    by d way....nak lagiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  13. - SA ini pandai ya mula-mula rompak barang makan, lepas tu rompak hati tuan punya barang makan.... pandainya... hahaha
    - Kak Sue rasa bagus juga Lisa bagi berita yang x betul pada Lili, macaman Lili buat berita x betul tentang Lisa pada Kabar .... hahaha... bukan Lili tahu kan.....
    - Ayat SA x boleh belah .... suka-suka hati saja buat ayat sendiri..... hahaha...
    - Kita tengok siap yang boleh tahan dengan Nur Lisa .... Kabar memang dah faham tentang Lisa ... tinggal SA yang ego tu ja....
    - Takut SA yang cair dengan Lisa yang mengoda.... hehehe....

    ReplyDelete
  14. azri memang memaknakan kata-kata dia . memang sweet x tau nak ckp apa . tpi dlm masa yg sama rin nervous pulak . takut dak azri tu main2kan lisa . ye la dia mengurat pun sbb di cabar ... hihihi . tpi smpai last pun memng lisa jdi wife trophy pun kan? hehehe.. Harap2 nanti azri bleh berubah mcm lisa .


    tpi pasal azri selamba kiss, dan lisa selamba terima kiss tu , kalau rin jdi lisa, dah lama dahi azri benjol. hewwheeww

    ReplyDelete
  15. Bila baca sebab yang keempat NL tuh...

    Nampaknya macam pasti NL menyerah jer dekat SA...
    Dalam sedar dan rela...

    Kesian kebab, jenuh dok ligan tapi x dapat2 jugak...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  16. aduhhhh... menggebur perasaaan ini jadinya..hahaha.. MELTING habis!!!
    serius kak Rin.. ciptaan watak y buat sy penasaran..haha
    tauuu x??? baca karya kak rin ni mcm mematangkan sy.. matang ala selamba badak.. karya yang sangat idup!!!
    suka gelar depa berdua ni badakkk.. kah kah kah..

    sis,,,
    berapa kali saya nak kena jatuh cinta pd SA nih..
    berapa kali saya nak tabik spring pd KR tuh..
    berapa kali dada sy perlu pecah bc entry kak rin..
    sunggguh sis,, u are born to be a writer..

    penulis lain pemes n popular sebab dia dah ada buku.. tp akak berbeza.. x ada buku pun.. entry tetap meletup.. ttp pemes tau..

    p/s: pujian terlebih ke? oh no.. sy rasa tak.. u deserved much more than this... =)

    ReplyDelete
  17. noty eh lisa. notyy
    cubit kang.

    hahahaaa. next, nak tgk cara SA move on.
    wohaaaa

    ReplyDelete
  18. kesian gak ye TA ... Lisa sja nk friends for benefit je!
    Azri harap awak betul2 le cinta kn Lisa!
    n3 yg buat saya senyum ... nape? xtau p rase seronok je bace!
    thanks KL ... sy nk tumpang puji neh ... Kl citer awak mmg terbaek!

    ReplyDelete
  19. Dear Love....

    hari ni hari lenggang2 kangkung.
    tak bwk lappy so lunch hour duk sketch special photo nak upload kat KLFP for teaser USD 7 on the go.
    Do drop by there tomorrow!
    Thank you for all the comments.
    Reply soon (tu hobby saya :p)

    ReplyDelete
  20. haha ... ade 5 sebab - but all those sebabs tjadi takkala ngan Tuan Syed pulak ...
    yg takutnye-tu no4 -harap x trjadi lh ...kn tuan syed neh buaya!

    Sgt teruja bace - neh dh 3x bace baru komen*perlukah sy gtau awak KL kehkeh - supaya awak puji sy semula- mood gedik!!!

    -guest melepak

    ReplyDelete
  21. kakakkkk...merahnya pipi kita..rasa malu macam lisa...(hati jangan cakaplah macam ada rerama kat dalam)i like..suke..sukee...kita baca setiap enty sampai 3 kali ulang..tak bohsan..bila nak kuar semua buku kak rin.???tak sabar..

    ReplyDelete
  22. KL... baru sempat nk comment for ur new hikayat ;*

    totally can sense the smell n taste of ARLUNA here and there... in love with it!!

    and expecting Que-Sara +/- Sean / Nina-Johan pleeeassse =))

    setiap entry bisa bikin rama2 menari dalam perut guwe =) thanks!

    ReplyDelete
  23. All my love;
    20 awesome readers

    zarah
    Jazmeen
    Hajar
    shima
    syira
    dne
    sal
    kak fadz
    mag
    dania
    fallenmoon
    yuyu
    suzie
    sue
    w.t
    nur ezzah maisarah
    zatie
    ImAn
    guest melepak
    mern
    mArDlaN

    yg bagi salam, waalaikumussalam.
    yg x bagi, sy nak bagi ni assalamualaikum.
    hai and thank you.

    (reply lg lambat kn dh lemau nk reply satu2...sorry for now but i've nice & cute sketchES 4 u guys in comin n3 - dgn susah payah tau!! & illegal of course n tat make up for my malas mode 2nite)

    ReplyDelete
  24. wohoooooooo... should ai say SA is soo sweetttt??
    gila la LisAzri nihhh!! notti x hengatttt!! enmity la sgt ko kan azri..ego jer lebih padahal da fallen wif lisa tu..cett!!
    Kebar jugak yang baguih.. :)
    lili annoying tu pehal ek?kalo partner ngn NI konfem meletopp.. gabungan terhebat zaman obama nih! ;P
    ps: i hate lily n also indah ;P

    ReplyDelete
  25. Sayang kak rin!!!!!
    Cepatlah kuar buku... ades!!! Print kat ketas A4 pun xpelah, xsbar dh nie..

    ::Lara::

    ReplyDelete