Tuesday, 22 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 10


            Malaysia
            Lisa memandang ke wajah suami. Cuba menelah perasaan Azri. Kalau dulu di Pasing perasaan halus yang bertandang tidak sehalus perasaan ini. Sebuah perasaan yang menyelinap ke dalam hati dan membuahkan suatu emosi yang amat sukar untuk dimengertikan.
            “Kalau awak nak cepat pergi temu janji awak kat luar, saya boleh layan dia.” Lisa mempelawa diri.
            “Apa perasaan awak sekarang?” Azri berbisik.
            “Emmm. Unexplainable but I’m okay.” Lisa menjawab yakin tapi tiba – tiba hati tertusuk kata – kata halus, mengatakan sepatutnya jodoh Azri adalah dengan perempuan seperti ini. Bukan dia. Lisa mengucap panjang. Tak baik berprasangka yang hanya bakal menjadikan dirinya isteri yang ingkar. Sepatutnya sahabat suaminya atau tetamu suaminya adalah sahabatnya juga, tetamunya juga.
            “It only hurts when you start pretending it doesn’t.” Sinis Azri berkata. Tahu riak wajah Lisa yang mula berubah.
            “So what should I do? Pretend the one who is walking toward us now is a Casper? A ghost? A shadow?”
            “No, pretend that your husband only belong to you no matter what. Now go to your room. Get the key from Lili. I’ll handle her.”
            “Don’t kiss her...”
            Namun kata – kata Lisa terlambat kerana Damia Humaira dan Syed Azri tak pernah berubah. Berjabat salam dan diiringi ciuman di pipi ialah perkara biasa bagi mereka, walau pun sekadar sahabat, walau pun manis kata – kata Azri menenangkan hatinya tapi di minda, tetap tak mampu mengusir sketsa yang berlangsung di hadapan mata.
            Hanya Lisa yang cuba membetulkan jalan hidupnya. Kalau dulu pasti Damia Humaira disembur dan diperli sesuka hatinya kini dia hanya mampu melihat. Menelan rasa hati bagi menghormati perasaan orang lain. Perasaannya? Hanya Allah yang lebih mengetahui.
           
           
            Germany
            “Siapa tu?” Lisa memanjangkan leher melihat si pemandu.
            Maklumlah gaya brek dan hon di tengah jalan dah gaya samseng Pasing. Kereta ni dia tak kenal atau lagi tepat sebenarnya satu - satunya manusia yang dia kenal berkereta di bumi asing tapi bergaya macam di tanah air sendiri hanyalah Tengku Akhbar.
            Risau pula kalau Azri ada musuh kehormat. Tak pasal – pasal dengan dia sekali terlibat. Tak mahu dia merasa merengkok di Stadelheim Prison biar pun sehari. Maklumlah German baik sikit kot dari negara Singapore kalau masuk bab – bab denda mendenda ni. Kat sini buat Heil Hitler atau gaya tabik hormat cara Adolf Hitler pun boleh kena denda 450 Euro. Semasa orientasi atau introductory course, pelbagai peraturan, undang – undang dan sedikit sebanyak sensitiviti masyarakat German ditekankan.
            “Nobody. Just walk.” Arah Azri tapi Lisa sibuk nak tengok.
            Maklumlah otak Lisa masih setengah masak. Malam sebelumnya Azri bawa dia mengembara sampai ke bulan. Pagi – pagi dah bergaduh dengan Tengku Akhbar. Siapa suruh main terjah datang rumah orang. Memang percuma dapat tengok aksi romantis Lisa – Azri. Hati sendiri dah sakit, kita pula dimarahinya. Memang bukan cara Lisa nak melayan dan silap Tengku Akhbar tak nak bertoleransi dengannya. Lisa pun segan nak bersoal jawab dengan Tengku Akhbar di hadapan Azri. Disuruhnya Tengku Akhbar menunggunya bersiap untuk menemaninya keluar ke Muller. Baru nak melangkah masuk ke dalam kereta, Tengku Akhbar sempat bagi ceramah lagi.
            Lili cakap baru kenal, kenapa dah macam laki bini saya tengok?
            Botol dalam tong sampah tu kerja siapa?
            Saya boleh carikan awak tempat tinggal yang lagi dekat dengan kampus awak. Awak nak saya tolong tak?
            Lisa mengangguk.
            Ya. Boleh tolong diam? Boleh tolong jaga urusan sendiri?
            Tengku Akhbar yang tercabar dengan jawapannya memandang tepat ke mata Lisa dan menengking Lisa agar jangan kurang ajar. Silap hari bulan. Sedang elok Azri berjalan santai di sebelah kereta yang diparking di hadapan blok apartment, terus lengan Azri disambar dan Tengku Akhbar ditinggalkannya terkulat – kulat. Betul sangat cakap Azri, Lisa umpama kucing. Sekali kena herdik terus mencicit pergi.
            “Eh, stop! Macam kenal.” Lisa berdiri tegak di tepi jalan.
            Lisa merapatkan badannya dengan Azri. Masalah betul. Jangan jumpa tengah –tengah jalan nak buat drama sampai dia pula yang sakit cukup. Azri di sebelah dijeling. Nampak air mukanya berubah. Tadi bukan main rancak mengusik teori kucing dan anjinglah. Sedap bagi Tengku Akhbar perumpamaan anjing, orang yang baru melangkah keluar tempat duduk pemandu dan tengah berjalan menghampiri mereka yang sepatutnya mendapat gelaran tu. Perempuan spesis apa yang dah kena tolak tapi terhegeh – hegeh lagi? Lisa tersenyum dan berbisik ke telinga Azri.
            “I think some girls are like dog too. They keep coming back. This one is not a cat. I am very sure.”
            Azri tergelak tapi betullah cakap Lisa. Boleh tak Damia Humaira kalau nak mengganggu ketenteraman hidup pun datang lain kali. Masa Lisa tak ada misalnya.
            “Hai.” Lisa buat – buat ramah dan menghulurkan salam. Sebelah tangan pun cukup. She hates me remember? Bekas kekasih dia yang perangai tak senonoh, tangan menjalar tak tentu hala, mulut manis bergula tapi kita pula yang disangsikannya.
            “Hai.” Damia Humaira tersenyum sekilas tapi terus menumpukan perhatian kepada Azri di sebelah Lisa yang hanya diam tak terkata. Lisa  tumpang sekaki tumpukan perhatian apabila Damia Humaira dengan manjanya bersalam siap pakej cium – cium pipi.
            “Excuse me. I better get going.” Lisa meminta diri. Malas nak masuk campur urusan orang. Tertangguh lagi nak pergi Muller, kalau apa – apa jadi susah. Anxiety disorder kalau nak menyerang bukan kira masa. Tak nak Lisa rasa macam nak tercabut jantung dan rasa dunia macam nak bergoyang macam malam tadi.
            “Lisa tunggu.” Damia Humaira menahan.
            “Let her go.” Azri menarik tangan Damia Humaira.
            Lisa hanya menjeling. Geli pula dengan gelagat Azri yang nampak tak berperasaan.
            “No Azri.” Damia Humaira mendekati Lisa yang mula menyusun langkah. Menahan Lisa dari beredar. Laju Damia Humaira menuturkan kata. Elok penjelasan Damia Humaira mencapai titik noktah, Azri dan Lisa berbalas pandangan.

           
            “SAYA bayar okay. Mana boleh main halau – halau.” Lisa merungut sambil menyumbat baju – bajunya ke dalam beg. Sakitnya hati.
            “Just listen. Could you?” Azri merenung Lisa tajam dari sofa  bed di hujung dinding.
            Damia Humaira sudah lesap ke bilik Hanif. Memberi ruang mereka berdua berbincang seperti suami isteri yang terpaksa berpisah.
            “Barang lain, pandai – pandai awak sumbat kat bilik sebelah. Saya bawa yang mana perlu. Tak kuasa nak usung segala benda.”
            “Banyaknya merungut.” Azri yang tadinya serius tersenyum pula melihat gelagat tak puas hati Lisa. Maklumlah dia pun terkejut mendengar berita daripada Damia Humaira.
            “Don’t tell me you like to stay with me?” Usiknya lagi. Sengaja menduga. Alang – alang nak ‘walk the talk’, biar dia mencuba sampai ke garisan penamat. Garisan penamatnya di mana? Hati Lisa.
            “This is not what I had imagined my life would be in Germany okay.”
            Lisa serius dah bertukar jadi budak tadika. Pen dan pensil yang berterabur di meja di masukkan ke dalam kotak pensil. Buku – buku yang bersusun di atas meja disumbat ke dalam school bag. Muka masam jangan cerita.
            Azri berdiri di sebelah meja makan. Membuntang mata melihat beg yang terbentang di hadapan mata. Bersepah. Lisa main aci sumbat. Langsung tak reti nak letak elok – elok. Dibongkokkan badan, duduk bertinggung di hadapan beg sederhana besar milik Lisa dan menyusun semula pakaian Lisa yang berterabur di dalamnya. Tak kuasa dia nak melipat tapi setakat nak bagi nampak kemas bolehlah. Mana boleh nak tutup beg kalau semua disumbat ke dalam beg. Dia memang anti serabut – serabut ni. Marah sangat agaknya Lisa. Kalau pertama kali Azri meninjau keadaan beg ini dulu teratur sahaja. Baru beg ni kosong dah kena berisi balik, bukan Lisa sahaja yang marah. Beg pun boleh marah.
            “Azri, berapa lama ni?” Lisa bercekak pinggang menghadap jejaka yang tenang menolongnya menutup beg dan disandarkan ke dinding. Kedua – dua telapak tangannya ditepuk dan berpaling menatap wajah Lisa yang keruh.
            “Pertamanya saya minta maaf. Saya tahu awak bayar. Saya akan bayar ganti rugi. Awak jangan risau. Kalau awak tak suka duduk di rumah Damia, telefon saya. Nanti saya carikan hotel. Smile please.” Pipi Lisa dicubit.
            “I don’t want to stay with her.” Lisa menghentakkan kaki. Kan dah cakap gaya dia dah bertukar macam budak tadika menagih simpati Azri. Bukan dia peduli apa pandangan Azri sekarang.
            “Lisa, you are a very clever girl and a good room mate. Please act like one.”
            “I hate you.” Lisa memuncung.
            Azri tergelak. Merajuk? Dia ingat dia siapa?
            “I love you.” Balas Azri mula beromeo. Mengambil kesempatan namanya.
            “Jangan main – mainlah.”
            Azri tidak mengendahkan rungutan Lisa. Beg Lisa dibawa keluar rumah. Kepala ligat berfikir nak menambat hati Lisa. Dia faham perasaan Lisa. Berpindah - randah di awal semester yang baru bermula dan hidup apabila jadual asal dirombak tiba - tiba memang menyakitkan. Di sebalik keberanian Lisa pasti terselit rasa cuaknya, getarnya dan risaunya.
            “Jom! Turun.” Azri menggamit Lisa ke muka pintu.
            “Damia?”
            “Lupa. Jap.” Azri melangkah ke studio milik Hanif di sebelah melalui pintu depan.
            Ralit pula Damia Humaira menjamah roti dengan telur hancur ditemani oleh Bird. Hanif masih kat bulan kot. Azri hanya memberi isyarat dia dan Lisa menunggu di kereta.
            “Okay Lisa, let’s go.” Azri muncul di muka pintu.
            Lisa hanya menurut.
            “Lisa, just now you said this is not what you imagined when you were at German. I mean here. Is this so bad or what actually you have in mind once you reached Munich airport?”
            “Saya datang nak belajar. Bukan nak keluar masuk mulut spesis karnivor.”
            “Okay, fine. Anything else you associated with Germany beside that?”
            Azri menahan jantung dari berlari laju. Tolonglah cakap nak pergi jalan – jalan. Nak pergi Amsterdam, nak pergi Istanbul, nak pergi Switzerland atau Prague atau Dubai sekali pun. Dia sanggup bawa Lisa. Tengok muncung Lisa tadi, wajah keruhnya, kaki yang dihentak – hentak, manjanya mengalahkan Sharifah Azri si adik. Baru pagi tadi dia berjanji mahu menjaga Lisa, sekarang terpaksa menghalau Lisa keluar rumah pula. Kata – katanya kepada Lisa manis bak madu.
            “Let be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you don’t expect this happening so soon neither does me but I promise you, I can really take care of you. Like it or lump it, just stay here. With me.”
            Hatinya berkata, ‘cakap tak serupa bikin la lu Azri’.
            “Betul nak tahu?” Mood Lisa kembali normal walau pun tak seceria mana.
            Azri mengangguk.
            “Beer and Hitler.”
            Azri yang sedang menghisap rokok terbatuk. Tak sangka skema jawapan Lisa jauh benar dengan tekaannya. Skema jawapan semua orang yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi yang melahirkan tentera Nazi yang menjadi sejarah ulung dunia. Dalam fikirannya tadi lain, mungkin kerana alasan tipikal bagi seorang pelajar seperti Lisa selalunya ialah kerana biasiswa yang diberi untuk pelajar ke German adalah paling lumayan jadi senang nak berbelanja atau berjalan – jalan. Jadi tekanya Lisa mungkin memilih German semata – mata untuk mewah berbelanja dan berjalan – jalan menjelajah Europe. Lisa datang pun siap berteman kerabat. Memang hebatlah Nur Lisa. Bawa payung Made in Malaysia. Payung ialah istilah bagi penaja yang digunakan oleh budak – budak muda sekarang. Payung yang dia nak teduhkan Lisa Made in Germany. Susah juga nak meneka citarasa Lisa. Mana satu agaknya, payung Made in Malaysia atau Made in Germany?
            “Saya boleh faham kalau awak pilih beer. Bavaria beer is the best but Hitler?” Rokok yang tinggal separuh dihulurkan kepada Lisa.
            Lisa menggeleng.
            “Crazy girl like me suit crazy world created by him the best.” Selamba Lisa menjawab dan berhenti melangkah.
            “Weird.
            “Semua orang datang German mesti sibuk nak belajar sejarah mengenai Hitler. Nak tengok hasil tinggalannya.”
            “Don’t tell me you adore him.” Azri memasukkan beg Lisa ke dalam bonet kereta Damia Humaira. Nak terkeluar urat hijau di lengannya yang berotot. Maklumlah sebelah tangan menanggung beban, sebelah lagi masih tersepit rokok yang hampir separuh.
            Lisa berdehem. Malas nak menjawab. Sesekali ditala sekeliling mencari kelibat Damia Humaira.
            “If you said yes then you desperately need of some correct moral training.” Azri menyambung.
            Lisa tergelak. Memang gila siapa yang menyanjung Adolf Hitler yang telah membunuh lebih kurang seramai 30 juta orang hasil Perang Dunia Ke-2 yang dicetuskan oleh hasil pemerintahannya. Lisa masih rasional.
            “Positifnya, hanya dia yang berani menghapuskan kaum Yahudi yang terang – terang disebut sebagai musuh Islam. Membuktikan yang Hitler juga umpama pejuang Islam. Beliau mempunyai pandangan yang serupa mengenai kaum Yahudi.”
            “What the fuck!” Azri mencarut. Dahinya berkerut.
            Lisa menjeling sekilas. Sexy smart beard (SSB) yang menghiasi wajah Azri nampak menyerlahkan kematangan apabila air muka tuan punya wajah bertukar garang.
            “Watch your say.” Lisa memberi amaran.
            “You watch yours.”
            “What is so big deal about this?” Lisa mengejek.
            “Sebab ramainya budak – budak yang dangkal seperti awak apabila menyuarakan pendapat.”
            Azri kuat membaca. Masa lapangnya di rantauan kalau bukan dihabiskan bersuka ria akan dihabiskan dengan membaca. Semua jenis buku dan genre akan dibacanya. Sekadar menambah pengetahuan dan memang hobinya. Baru Lisa membuka mulut hendak bersuara, Azri memotong.
            “Hitler membenarkan kaum tenteranya bersolat di Dataran Berlin sebelum beliau memulakan ucapan. Beliau juga pernah dilihat bersama ulama dan dikatakan juga tidak pernah meminum arak. Hitler dipetik sebagai berkata ‘Aku boleh membunuh semua Yahudi tapi aku meninggalkan sedikit untuk dunia mengetahui mengapa aku melakukannya’. I have my facts. Itu yang awak nak cakap dengan saya Lisa? Those are your facts?” Azri mengasak.
            Dia memang pantang orang cakap salah fakta. Dalam hidupnya cuma ada matematik dan sains. Ada bukti pakai. Tak ada bukti jangan nak memandai. Isu sejarah pun zaman sekarang rejim Zionis boleh manipulasikan. Semata – mata mahu menyesatkan pemikiran orang Islam yang senang ditipu dan mudah dipengaruhi. Azri selalu bersikap kritikal terhadap semua isu yang dibincangkan supaya justifikasinya sentiasa tepat.
            “Salahke?” Lisa mula tak pasti. Sejarah berada di carta terakhir dalam minatnya atau langsung tak ada dalam carta.
            “Kenyataan Tony Blair pernah khatam Quran 3 kali, George Bush pula membenarkan tentera Amerika beragama Islam solat, itu cukup nak cakap mereka cenderung kepada agama Islam atau pejuang Islam?”
            Dalam hati Azri merujuk kepada dirinya sendiri. Dia dah khatam Quran 2 kali. Dari kecil Syed Gilani mengajarnya. Mereka sekeluarga boleh berbahasa Arab. Dia mungkin agak merangkak tapi janji boleh. Baginya Quran ialah sebuah kitab rujukan. Mengandungi pelbagai ilmu bermanfaat dan penyelesaian bagi isu semasa yang sentiasa relevan untuk dirujuki. Yang tak sampai di hati Azri ialah rumusan cara hidup Islam yang wajib ditauladani. Membaca tanpa amal. Membaca tanpa jiwa. Menyamakan darjat seorang umat Islam bernama Syed Azri setaraf dengan Tony Blair, mantan Perdana Menteri Britain.
            Lisa menggelengkan kepala. Kena dengar ceramah la pulak. Mana pergi si Damia ni? Lisa merungut.
            Azri melompat duduk di atas bonet kereta.
            “Bosan?” Azri menegur. Dia sudah semakin bijak membaca riak dan air muka Lisa.
            “Taklah. Bengang je.” Lisa buat muka merajuk. Tak kisah pun dengar pasal Hitler. Mulut dia yang cabul pun.
            “Later, saya dah siap entertain mereka. I’ll bring you to Alte Gallerie. Nearby her house and you can taste the best beer.” Pujuk Azri.
            Lisa diam. Angguk pun tak. Geleng pun tak. Tak payah nak pujuk. Tak jalanlah.
            “Just continue your ideas about Hitler.” Lisa menukar topik realiti kepada sejarah yang mula mencambahkan minatnya untuk lebih mengenali siapa sebenarnya Adolf Hitler.
            “Bukan idealogi saya tapi fakta sebenar yang dikumpulkan oleh bijak pandai yang menyedari keagungan Hitler yang dijulang adalah tak memadai dengan kezalimannya yang akhirnya menjurus kepada teori bahawa radikalnya Hitler ialah kerana Islam. Jadi Islam itu agama yang kejam. Minat Hitler kepada Islam bukannya minat kepada agama tapi minat kepada nafsu. Nafsu untuk menguasai dunia. Ramai yang terpedaya dan langsung tak mengetahui Hitler membunuh Yahudi ialah kerana dominasi dan kekejaman Yahudi memonopoli ekonomi  ke atas penduduk German semata – mata. Bukan kerana Islam, bukan kerana pemahamannya mengenai kaum Yahudi yang dilaknat oleh Allah.”
            “The Führer.” Terluncur di mulut Lisa.
            “Ya, Hitler digelar The Führer oleh tenteranya tapi maksud sebenar Führer ialah pemimpin tapi dunia kini lebih menggunakan perkataan itu khusus untuk merujuk kepada Hitler.”
            “I watched The Rise of Evil.”
            Azri tergelak. Tengok filem rupanya. Sah Lisa betul – betul maksudkan kata – katanya merantau ke bumi Nazi kerana Adolf Hitler. Otak Lisa memang tak betul. Lain sangat pemikirannya.
            “Why I’m not surprise.” Azri berdiri di sebelah Lisa apabila melihat Damia Humaira menghampiri mereka.
            “Walau pun berbeza sudut pandangan saya dan awak dan mungkin salah saya menggelarkan beliau pejuang Islam. Tak lah bodoh sangat saya nak menyanjung seorang yang kejam seperti itu. Lagi baik saya sanjung Nabi Muhammad.” Lisa menegakkan pendiriannya. Dia pun tak bodoh mana. Dia tahu idola yang paling agung di dunia ialah Rasulullah sendiri, pemimpin umat Islam sendiri.
            “Good to hear that.”
            Azri malas nak mengulas namun dalam hati dia bersangka juga. Betulkah Lisa tahu perbezaan cara perjuangan Hitler dan Nabi Muhammad menentang Yahudi. Kalau Hitler sinonim dengan perang Holocaust untuk memusnahkan Yahudi dengan pembunuhan kejam maka Nabi Muhammad pula sinonim dengan kisah Perang Khaibar yang mana Baginda memberi keampunan kepada yang tunduk menyerah walau pun nyawa Baginda cuba ditamatkan dengan racun perempuan Yahudi. Kisah Perang Khandaq pula Yahudi Bani Quraizah yang telah melanggar perjanjian perdamaian Madinah sehingga menghancurkan Madinah. Ironinya hanya yang terlibat dalam perang itu sahaja dihukum bunuh kerana pengkhianatan dan kepada perjanjian dan perdamaian Madinah. Malah mereka dibicarakan dulu dan adilnya, hakimnya dipilih oleh kalangan kaum Yahudi Bani Quraizah itu sendiri bukan oleh Baginda atau mana – mana sahabat.
            Kisah Adolf Hitler ialah kisah perjuangan nafsu, pejuang yang gilakan kuasa dunia. Kisah seorang pejuang yang paling bijak memanipulasikan keadaan. Kisah seorang hamba yang menggunakan segala ilmu di dada untuk kepentingan sendiri.
            Kisah Azri ialah kisah si bijak pandai yang berpengetahuan luas.
            Kisah Lisa ialah kisah si pandai yang celik ilmu.
            Hubungkait kisah cinta bersulamkan duniawi, ilmu yang benar tapi tidak sampai kepada amalan yang dituntut memberi satu persamaan nyata di antara mereka.
            Hitler + Azri + Lisa = Manusia bertamadun yang lupa kewujudan mereka di bumi bukan sekadar menghias tetapi sebagai hambaNya. Yang dituntut menuntut ilmu sehingga ke hujung dunia bukan kerana semata – mata membanggakan ibu bapa di kampung halaman atau kerana merebut kuasa dunia tetapi dituntut oleh Allah agar menggunakan ilmu yang dituntut ke landasan agama yang luhur, landasan yang menjanjikan saham akhirat.
            “Ketat je muka sorang – sorang ni kenapa?” Damia Humaira menegur.
            “Hot debate.” Lisa menjawab ringkas. Dia berjalan ke bahagian penumpang.
            Hati Damia Humaira berdetak. Hot debate? Kena berpisah sekejap dah gaya laki bini nak kena paksa bercerai ke?
            “Azri, I will go fetch our family at the airport then later after sending them to hotel, I’ll come to fetch you.” Damia Humaira memberi arahan.
            “No, meet you at Marienplatz.”
            “No, remember? Sharifah Azra wants to stay at your place?”
            “Oh yes.” Dah pasti nak kena hantar barang Sharifah Azra ke studionya dulu dan barulah mereka akan berkumpul di hotel di tengah – tengah Marienplatz. Azri menyeluk tangan ke dalam poket jeans dan berjalan menghampiri Lisa yang sedang menarik tali pinggang.
            “Saya tolong.” Azri tunduk. Tali pinggang ditarik, disilang ke dada Lisa dan diikat kemas.
            “Thank you.”
            “Take care.” Kepala Azri masih separuh di dalam kereta. Tunduk memandang Lisa.
            “I’m sorry girl.” Satu kucupan singgah di pipi Lisa.
            Damia Humaira hanya menjeling.


            “HAI abang. Miss you. Your place is very nice.” Sharifah Azra bersalam, memeluk Azri dan memuji. Tiga dalam satu. Kemudian merebahkan diri ke katil milik Lisa.
            Damia Humaira duduk di sofa bed. Penat terpaksa menjadi pemandu tak bertauliah satu hari suntuk. Tak kira hati sakit melihat drama Azri – Lisa. Tak kira makan hati berulam jantung dengan kata – kata sinis Lisa dalam kereta tadi.
            “Kalau dah break dengan Azri kenapa kau susah – susah risaukan dia?”  Lisa merujuk kepada perbualan yang didengarinya malam tadi.
            “Mind your own business.” Damia Humaira terdiam. Tak padan dengan junior. Mulut amboi.
            “My business because now...”
            “he is yours?” Damia Humaira menyambung ayat – ayat Lisa.
            Lisa cuma nak sambung lagi ‘he is my room mate’ tapi nasiblah tingkah laku dan cara Azri melayannya memang membuat orang salah faham. Walau pun Azri secara terang bercakap mengenai hati dan perasaannya tapi bagi Lisa itu sekadar mainan. Hatinya belum betul – betul tersentuh dengan kata – kata Azri, hatinya belum tewas dengan permainan Azri.
            “Saya faham awak dan Azri ada family relationship thingy but the emotion should be crystal clear.” Lisa pun tak tahu kenapa dia boleh selamba sembur. Mungkin cara Azri melayan Damia Humaira jelas menolak kehadiran gadis itu.
            It takes a couple seconds to say Hello, but forever to say Good bye. Yes this sounds so selfish. I’ve another man in my life but this is my exact feeling towards him.”
            Lisa menelan air liur mendengar pengakuan berani mati Damia Humaira. Memang patut Azri angin macam orang kena serang puting beliung apabila berhadapan dengan Damia Humaira tapi Azri pun sama. Bukannya baik mana pun. Kalau dengan semua perempuan dia layan baik, kekasih hati mana tak bosan. Baru kenal Lisa, dilayannya macam dah kenal bertahun, kalau dia jadi Damia pun cabut. Benarkan Azri begitu?
            Lisa malas nak ambil pusing. Bukan masalah dia. Kalau suatu hari nanti dia menerima Azri sebagai room mate yang akan mendiami hatinya sekali pun, baginya Damia Humaira seorang yang tersangat bodoh. Pandai belajar sampai ke negara orang tapi bodoh apabila membuat keputusan yang melibatkan hati. Apa nak dikenang keputusan yang sudah dibuat. Kalau hati sudah berdetak Azri bukan orangnya maka teruskan hidup dengan pilihan yang lain.
            “By saying that, are you always this stupid or are you making special effort today because I am his girl? Leave him forever for God sake.”
            “Dah kau jangan nak tidur – tidur. Terbabas karang kesian Mommy tunggu kat hotel. Siap sekarang.” Suara tinggi Azri gaya abang sulung memberi arahan mengejutkan Damia.
            “Ya lah. Mandi jap. Tukar baju.” Sharifah Azra merungut. Penat juga perjalanan dari Dubai. Ingat nak tidur sahaja. Tambah pula ditemani desiran air sungai mengalir sayup – sayup di balkoni. Sungai apa lah kat bawah tu yang nampak macam kat kampung sahaja panoramanya. Getus Sharifah Azra dan melangkah ke bilik air.
            “How is she?” Azri berpaling menghadap Damia Humaira apabila bayang si adik menghilang.
            “Lisa?”
            “Siapa lagi aku nak tanya. Dia okay tak? Selesa tak duduk rumah kau?”
            “Entah. Letak je barang lepas tu dia terus keluar. Tak sempat nak tanya.” Damia menjawab malas.
            “Keluar? Dengan siapa?”
            “Dia cakap kawan. Kebar tak silap namanya.”
            Tengku Akhbar?
            Shit!




Dear readers, I love you guys.

p/s: 1st of all sorry lambat update & terus nak ckp here sy skang tak semeroyan dulu sbb beberapa faktor yg x dpt dielakkan. Sob3x.
But every week ada n3 and sy mmg nk habiskan b4 Ramadhan. Wee~~~
Doakan sihat & umur panjang & akal yang cerdas.
p/s/s: Pendapat saya mengenai sejarah dunia tak mewakili mana - mana pihak lain & do share ur thoughts if u hv one, i mean if it happen to be different fr mine.
XOXO!!

30 comments:

  1. i.k.h.l.a.s22/5/12 8:53 pm

    leganya dpt bca n3 nie..hik3
    still flashback ya!
    ermm..suka dgn prubhn lisa tp syed azri?
    skdar pndpt ,sesiapa pn brhk ..
    keep writing..!

    ReplyDelete
  2. elok gak tahu sikit pasal sejarah hitler kan? Menyibuk je Damia Humaira tu...

    ReplyDelete
  3. i.k.h.l.a.s
    wah lega gitu...mcm baru lpas bukak puasa ke gaya dia? hahaha...
    Flashback lagi. Nak habiskan semua kisah lampau dorg ni.

    shima rostam
    ish cemana x jadi org pertama ni? hahaha...*jahatnya saya. Oh she is menyibuk but the type yg berterus terang agaknya more annoying. Grrr

    ReplyDelete
  4. lama rasanya tak komen sini :)
    taktau nak komen apa. anyway, serita ni best ;)

    ReplyDelete
  5. syakira
    awak komen sbb awk rindu sy kot :)

    ReplyDelete
  6. KL mmg best, ari2 tggu n3 tp lambat pun xpe janji update jgn hilang terus.......

    ReplyDelete
  7. wah, baru tahu banyak ckit pasal Hitler. :)

    thanks KL! love you! :D hehehehe!

    ReplyDelete
  8. thanks for the entry rin. terubat rindu kejap ;) entry kali ni memang betul-betul kaw. sampai terpusing2 otak saya baca part Hitler (buta sejarahlah katakan) hihihihi ;p...
    ksian kat lisa, dah berubah 360 darjah dari lisa yang dulu tapi si azri nya..(sambil geleng2 kepala)..
    apapun, USD memang terbaik babe. meh sayang peluk cium kejap ;)

    ReplyDelete
  9. Anonymous
    eh x hilangla :))
    Insyaallah ada masa, sihat complete n3 wajib ada.


    fallenmoon
    hahaha nk tau banyak kna jadi Historian :p
    welcome. lev u too.


    Emy Roberto
    welcome :))
    hahaha kirenya otak rasa mcm kna jajah dgn Nazi jap eh? Jgn ckp awk, sy dulu pun jenuh nk baca mcm2 buku sb sy nk kepuasan nk tentukan sape sebenarnya mangkuk Fuhrer ni. Hbs baca nk dmam....wakaka
    XOXO!!!

    ReplyDelete
  10. Ehem, hari ni kita belajar sejarah ye anak2? :)

    aish, semua tekaan salah. ingatkan si choc bar, damia rupanya. hahah

    tapi bagusnya diorang ni dalam hanyut2 tu basic idea tentang agama tu ada lagi. Kesedaran je kureng. Bila ntah nak sedar agaknya kan?

    ReplyDelete
  11. miss lisa & azri soooo much... harini dah terubat dah.... thx KL.

    ReplyDelete
  12. Hajar
    eh blaja Sejarah? Ganbatte tp x msk syllybus kan smpai F5? ntah sbb baca pon zaman dh kat universiti.
    choc bar tuh nti nk kna associated dgn Lili jer.

    Bab ilmu tu kalau perasan budak yg blajar pandai kalau setakat subjek agama kat sekolah, celah gigi nak ingat. Org yg x brapa pandai ni yg dh berubah pon baca Yasin pun merangkak2 kot tp tanpa kesedaran mmg x de makna ilmu sebanyak mana pun.
    I've sample male version gila hard core zmn muda, dh late 30 baru insaf tp kalau nk borak kirim salam la, mmg x menang sbb org bijak mmg cepat tangkap ilmu & hujah dorg mmg bernas. He's quite inspiring, x malu nk berubah, x kisah kna ejek dgn geng2 lama & the wife terpaksa rela pon follow suit. Good kan? (not my story eyyy)




    hajar
    welcome...
    sume org rindu kan. Sorry x niat pon nk dera2 my raeders tau :))

    ReplyDelete
  13. ilovethis <3 <3 yeepie :)

    ReplyDelete
  14. betullah mcm belajar sejarah..haha.. kuno tak kalau sy ckp y sy x tahu pasal sejarah Hitler tuh.. mgkin pnh dengar.. tp x lah tahu detail.. (paling x suka sejarah n y seangkatan dengannya..) haha.. tp bc kak rin, mcm leh time dek akal kot.. ngeeee... (kak rin punya pasal, apa pun boleh meyhhh..)

    baca cerita kak rin, pasti ad input y masuk dlm otak nih.. kiranya cerita kak rin bukan omongan kosong.. xpelah entry lmbat2 pun.. asalkan meletup mcm nih.. puas hati sangat2... (penulis kena pentingkan ap yang lebih penting.. kan kan kan)

    n3 kali ni menceritakan y SASG n NL tahu pasal agama.. cuma x mengamalkannya.. dia owg x menidakkan Islam.. tp keegoan msih membelenggu.. love this entry.. but love u more sis...

    ReplyDelete
  15. lisa n azri forever...

    ReplyDelete
  16. kembali pd subjek yg paling sy x suka-sejarah kih kih. mmg x penah sangka pun rupanya pwatakan hitler camtu. cuma agak pening bila msuk citer hitler tu hehehe. apapun tmbh ilmu gak kan.

    ReplyDelete
  17. NajwaUlfah
    i love you :))


    nur ezzah maisarah
    oh sy cuma suka Sejarah zmn Form 5 sbb cikgu tu amatlah osem! Zmn lain sy tatau, sy tdo je. Dpt A pun nasib2 kot..eeiii
    cekap lah awk membuat rumusan. I loikke :))
    SASG & NL tu kisah panduan hidup tak seberapa. Kalau nk kupas semua issue kna buat different types of story which sy amatlah x brapa nk rajin :)


    didies
    yesza...forever love

    arzalif
    hahha..kalau awk pening meaning sy kna re-arrange gaya bahasa saya lain kali kalau nak tambah isu yg tak romance. Weee~~

    ReplyDelete
  18. Dear KL,

    - fuhhh....banyaknya idea-idea KL niii....
    selama ni kita kurang peka tentang sejarah ni..
    but KL dah buka minda....good story...
    - akak tak nak la SA dok laga-laga pipi ngan Damia tu...akak jeles laa..ha..ha..ha..tapi kalau dengan Lisa ok lah...
    - KL, tak sihat ka ?
    - luv you today than yesterday


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  19. SA = SSB + with brain.

    Damia = stupid with no brain. Highlight kt sini betapa stupido si damia.

    Ohhh again azri begau sbb die kiss2 pipi damia. Somebody tls azan kt telinge azri.

    hri ni sy pegi rumah as salam utk anak2 yg tgl kat area chow kit.10% adalah ank2 prostitute..later sy share cite k.

    ReplyDelete
  20. As-salam & hai KL ...,

    Why SA still could not conversant himself where is he standing rite now – not in Germany nor is he a single-mingle guy!
    Tho it’s hard for him to change instantly towards the right path led by Lisa but at least he shud be vr sensitive towards ‘feelings’ matter = not to plant a kiss on opposite sex cheeks! Rite infront of a wifey!
    Vr ‘short-sighted’ & reprehensible SA!

    And yeah u r rite Azri when u said u r almost square with Tony Blair! - reading al-Qur’an & hv a good knowledge of Islam but way off- from practicing it!!

    Thanks Lisa …. No matter what as Muslim we shud know who to adore n who is on our top list – so SA don’t give a weird look! …

    Okay … so all the mystery fr d last 2 epis ..pon..pon .. is Damia Humaira! …kuikuikui … nk gelak jugak

    In Germany =flashback = SA family arrived hence NL had to move temporarily but in Malaysia = what is Damia doing – coming all the way to the hotel where SA & NL is staying??? Sehol…!

    Thanks … lots of info … hmmm tho’ not my fav subject but still we’r on d same boat managed to get A1 in ‘o’ level for European History as an extra subject – thanks to hv a strong ‘memorise skills’ masa muda!


    TQVM KL ♥♥♥
    ~Jazmeen@Melor
    P/S: not so sure of Perang Khandar??? … is it sama ngan Perang Khandaq?? Mcm x familiar … pls correct me if I’m wrong

    ReplyDelete
  21. hai..... salam perkenalan.....
    baru je follow blog ni......
    cite yg biasa tapi diolah dgn begitu baik hingga ianya menjadi menarik...... banyak info yg boleh didapati... bukan sekadar cerite saje.....

    ReplyDelete
  22. Damia lagi?
    lengkap package lh tuh - laga2 pipi!
    SA ade ilmu - cepat2 lh gunakn
    belajar sejarah petang gini ngan KL ... x ngantuk pon p ... terang je mate terus bace!!!
    tk rugi tunggu n3 lama but learn a lot today!

    ReplyDelete
  23. Wee..teruja nmpk n3 baru..azri n lisa.
    Bila baca n3 ni..terasa betul2 buta sejarah..oh my..
    Hehe..thanks 4 the info kl..
    Alahai azri..tak fikir langsung perasaan lisa..
    Geram dgn humaira!mcm nak tolong lisa humban masuk
    gaung ja haha..
    But lisa pun jangan la terlalu beralah..i mean,klu dia
    tak suka bab2 laga-laga n cium pipi tu..dia kenalah bg hint
    juga.xkan sekadar tgk n mkn hati kot hehe..

    ReplyDelete
  24. Masa nak exam tiba2 keluar USD 10 . kekeke . balik exam terus bukak lappy . auwmai .. begitu rupanya tntang azri + damia... huhu . nak saygoodbye x akan ada dlm kamus hidup dia org berdua ke ? arghh! Azri bhve your self keyh . Azri ni agak2 la. Pi cium pipi Damia no hal , cerr tngok kalau lisa kena kiss, mau meroyan setahun . fadham muhe! >.<

    bru tau perangai & tntang pakcik adolf hitler. rin belajar adolf hitler adalah contoh pemerintahan autokratik tu je . kekekeke

    ReplyDelete
  25. walaaaa.... ada hitler tu... hehe

    tapi teruk la azri tu... x jaga langsung perasaan lisa. Lisa tu makan hati tu pun dia boleh buat derk selamba badak ja... -_-"

    tapi...tapi... azri sayang lisa kan? ;)

    ReplyDelete
  26. Btw xde la pening yg lngsung x phm.don wori dear kln citer ok cuma akak x penah tau sejarah hitler sdemikian rupa.kira hebat awk bole garao dlm citer. N bg ilmu bguna utk akak psl hitler hehe.teruskn mnyelit ilmu2 dsebalik ayst cinra awk tu ek hihihi.

    ReplyDelete
  27. pintar gak si azri - but part nk jaga perasaan bini tak langkau nooo.. grrr
    apa pon Hitler ada gak part dia - mengetengahkn perihal kekejaman yahudi secara diam&halus pd masa dulu! cuma silapnyer - dia x hapuskn ke skala sifar - kehkehkeh .. emosi x btempat lak komen sy neh ...
    ehh kesian kat Lisa yg hanya mampu melihat sketsa stupido damia!

    thanks KL ... love u too!

    -guest melepak

    ReplyDelete
  28. Rin! u suprised me..i thought u x nk citer psl kereta stop ms Azri & Lisa jln..sy igtkan awak nk skip part tu..tq so much..u ada sambung jugak.
    I love baca n3 yg gilir2 ni..kejap current & kejap flashback.
    Well suka part history tuh..Hitler + Azri + Lisa..got some info there. Now i understands better about Hiler.
    Why should Azri care if Lisa kuar ngan Kebar kan..coz dia sdiri ckp its too soon to have a love relationship. Ego betul Azri nih..but i likeee. Ok la tu sgt sesuai ngan Lisa ni.

    Bkn semua girl like cat kan hihi!!Tq Rin..i sgt enjoy..give us more ye..

    ReplyDelete
  29. kak fadz
    ceh..igt x minta sbb sian Lisa rupanya jeles..adeh lawak betul.
    Alhamdulillah sy sihat..cuma things 2b prioritized accordingly & this hobby priority dia agak last :(
    I knw bunyi mcm teruk but sy nk menulis dgn enjoy so biar lambat tapi hebat. Statement x leh blah *semangat utk diri sdiri :))
    luv u more & more sis!

    syira
    pls22 i nk dgr cter u. Mesti touching kan. Hishh kalau time kna wakil co bende2 mcm tu ayaq mata mesti free je keluar..ooh hope they are guide to the right path.
    SA - jom suh w.t azan kat tinge SA nih. W.t pon anti SA sbb w.t pro Hitler..*lariksss


    Jazmeen
    w'salam & hai hello.
    1st correct sorry all. Typo error. Perang Khandaq (Ahzab) atau Perang Parit.
    i know I'm bad now lmbt reply, lmbt betulkan kalau yg slh, even Hutang Cinta pon x ltak lg kat side bar...hushhh nk ckp x ckp 24hrs tp tak boleh kan :))
    U knw fath pon email me point out the ejaan..so sweet kan u guys :))
    hah u cth terbaik..x kira minat ke x..mmg kalau nk msk kategori budak bijak pandai, subjek agama atau sejarah dunia tu kacang je kan? hehhee...
    SASG ni pnat nk kna tarbiah kalau dh cenggini gaya tp x kan nk tgu Lisa lesap baru nak sedar kan :p
    Damia tu mmg seholl...ishh geram..tp sabarrr :))



    Aida Sherry
    hai! salam perkenalan juga. Welcome aboard.
    Glad the stories here kna dgn selera awk. Am learning to deliver the best tat I cn even wish more than tat :p

    ImAan
    hahha sejarah campur love story mmgla..jwbnya cikgu sejarah kna kursus dgn sy, ajar ank murid sejarah dunia tp selit sikit kisah cinta cleopatra ke, puteri gunung ledang ke..baru hip!

    Kk Zen
    Lisa tgah atur strategi tuh. Jgn risau ok.
    Mana boleh tgk je. Tak pun x kan nak main lari2...nti sy mengajar benda x elok pula kan..hehhe tp best gak suh Lisa tinggal je si sengal SA tuh :p


    RinsyaRyc
    baguslah awk blajar jgak. Sy pon mcm x pnah blajar je. hahaha...pnah dgr talk bout him & read book je.
    Kalau Azri nmpk hamboii...mmg tatau la jadi apa.


    anis farzana
    Hitler tu sampingan je nk ckp org ada ilmu tp x dek amal mcm si SA ni.
    tapi..tapi of course SA syg NL, sape x syg bini :))


    arzalif
    ish akak bgus tau teguran mcm tu, mmg org faham tp kalau sy improve mungkin lg bagus kan? kan?

    guest melepak
    x emosi pon, kalau nk kira benda positive, kemajuan ekonomi German yg initiate mmg Hitler, his ideas yg blh expand tahap negara maju mcm skang. Sy je x flash yg positif sbb nk bg scene gaduh tu. hahaha..so always be critical with infos feed for you *nasihat utk sume readers & sy juga :))
    tgk dulu puas2 Lisa b4 buat serangan balas.
    w'come. love u tooo.


    Sal
    ish kenalah sambung, dh bg org suspen tp x bg ending..x boleh..x boleh...
    actually mcm susah jgak nk bg 1 chaps current & flashback sbb i bet ramai gak yp pening2 alang nk digest.
    hahahha ada ke knal girl yg mcm dog ni? hish, welcome. :))

    ReplyDelete
  30. heh ko ni azri.. xreti2! dulu masa primary school ponteng kelas fardhu ain kot??
    owh.. sangat xsuka si damia nih.. nyampah tauuu!!
    nasib azri xla chenta gila sgt ngan dia..
    ps: bab history tu i skip.. xpaham,.. hahaha

    ReplyDelete