“Cepat dapat pengganti?” Syed Gilani
yang tengah ralit membaca The Munich Times terkejut apabila disapa oleh Syed
Azri. Tadi Lisa memohon diri untuk pergi menjemput kawan. Tak sangka kawan yang
dimaksudkan ialah Syed Azri. Batang hidung Lisa tak nampak pula.
“Mana ada Daddy. She is just my junior.”
Ini yang malas nak jumpa. Selepas
berbasa – basi dah boleh agak ini yang akan ditanya Daddy. Nak cakap lebih –
lebih pun dia bukan mengenali lagi siapa sebenarnya seorang Nur Lisa ni. Bukan
Azri tak faham perlian Daddy. Dia berani
hantar Lisa sebagai translator pun
sebab dia main aci confident yang
Lisa mampu buat. Sepatah je dia tanya sebelum buat Lisa ternganga dengan idea
luar alam dia. Kena jugak tanya latar
belakang Lisa untuk melayakkan diri dengan tugasan tu. Kalau tak layak malulah
Dr Syed Gilani.
“Kau belajar U mana ni?”
“TUM.”
Jawapan Lisa cukup untuk menjayakan
rancangannya untuk mengelak daripada berjumpa dengan Daddy. Budak ijazah masuk
TUM minta maaflah, amat luar biasa. JPA pun tak hantar budak pergi TUM. MARA
adalah kot tapi agak terhad. Tak tahulah nanti tahun – tahun depan JPA pun
hantar. Nak masuk TUM, A-Level German (ALG) harus kena full score. Full score
tahu tak! Kenapa nak kena full score
dan bahasa German wajib berabuk
(pandai sangat) ialah sebab ijazah ditawarkan di TUM hanya dalam bahasa German.
Kalau Master macam dia lainlah. Ada dwi bahasa. Nak ternganga pun ada masa
dengar Lisa cakap dengan selambanya dia budak ijazah TUM. Kalau budak ni stok
sopan segala dia nak tabik spring tapi memandangkan gaya Lisa yang tak berapa
nak senonoh abaikan je lah. Azri cuma lupa nak tanya Lisa ambil bidang apa.
Jangan cakap budak kejuruteraan cukup. Pengsan dia nanti. Kalau kursus lain,
fakulti di main campus terletak di
bandar. Hanya fakulti kejuruteraan mekanikal, kimia dan IT agak terpencil iaitu
terletak di Garching.
“Mommy tahu bising nanti.”
“Daddy tak payahlah bagitau.” Jawab
Azri senang. Seperti biasa mengambil mudah semua perkara.
“Damia Humaira tu anak kawan baik
Mommy. Azri kena timbanglah perasaan Mommy sikit.” Leter Syed Gilani.
“I
know my mommy. She wouldn’t mind. Kenapa Daddy tak cakap Daddy sendiri yang
kisah? Papa si Damia Humaira tu bukan kawan baik Daddy ke?”
Azri malas nak layan sikap berpura –
pura Syed Gilani. Orang korporat, biasalah. Ayat manis 24 jam. Kerja nak ambil
hati orang sahaja. Kalau budi bahasa Syed Gilani kurang, manakan dapat memegang
jawatan penting di negara orang.
Dubai bukan setakat sebuah negara
tapi sekarang Dubai ialan penjenamaan. Sebuah jenama yang dicipta oleh orang
Arab yang rakus dan bercita – cita tinggi. Azri sering ditadahkan dengan cerita
kehebatan visi dan misi orang Arab untuk mencipta nama Dubai di mata dunia. Kisah
pemerintahan Dubai legasi Sheikh Rashid yang diwarisi oleh Sheikh Maktoum bin
Rashid al Maktoum. Zaman pemerintahan Sheikh Maktoum pada tahun 1990 ialah
zaman termakbulnya cita – cita dan impiannya untuk menjadikan Dubai sebagai
pusat pelancongan nombor satu di dunia dan hub kewangan utama di tanah Arab dan
seterusnya dunia. Sheikh Mohammad bin Rashid al Maktoum mengambil alih legasi
abangnya dan menyambung lagi kegemilangan pembangunan Dubai yang diketengahkan
penjenamaan di seluruh dunia dengan tagline
‘The sun never sets on Dubai World’.
Syed Gilani selalu memberi contoh
kepadanya dan Sharifah Azra agar mengikuti cara dan budaya orang Arab bekerja.
Dah lali telinga mendengar cerita tentang kehebatan pembangunan Dubai tapi
dalam hati Azri selalu berkata ‘hebat sangat sampai tak ingat bumi berpijak
jangan nanti jatuh termengadah’. Bagi Syed Azri cara orang Arab terlalu agresif
tanpa memikirkan risiko apatah lagi apabila Daddy selalu bercerita tentang
perancangan Dubai yang bergerak secara keseluruhan mengikut arus masa bahkan
menentang masa. Kata Daddy setiap bangunan yang naik, satu tingkat boleh siap
dalam masa dua hari. Kata Daddy lagi, mereka dalam perancangan untuk membina
bangunan tertinggi di dunia yang akan dilengkapi dengan satu – satunya hotel 7
bintang di dunia. Gila! Mana tak gila kalau tagline
kerajaan mereka ialah ‘Dubai city in
total mobilization, not only in competition with time but IT IS A PROTEST
AGAINST TIME’.
Okay cukup kepala penuh dengan
agenda kerajaan Dubai, moral of the story
nya cuma mulut manis Syed Gilani
langsung tidak diwarisi oleh Syed Azri. Budak Lisa ni nak kena lipat balik
rumah nanti. Kan cair telinga dengar topik Damia Humaira. Nak cakap kat Daddy,
dia kantoi Damia Humaira curang takut karang
kena serangan jantung kat sini. Kalau curang dengan lelaki yang lebih baik
darinya okay lah jugak, ini muka
macam jambatan tak siap. Aii..kan dah
mula mengeji tapi dah itu kenyataan. Damia Humaira sampai sudah tak mengaku
tapi Azri malas nak layan. Kawan jalan – jalan pegang tangan siap bahu lentok? Shit man! Dia tak buta lagi. Cara hidup
Azri dan Damia Humaira memang lebih kurang. Jumpa kawan laki perempuan tepuk
tampar, laga pipi perkara biasa. Masalahnya sekarang jalan pegang tangan penuh
mesra dah macam Marienplatz tu mereka punya. Dahlah Damai Humaira yang dulu terhegeh
– hegeh nak menggoda dia lepas tu diri sendiri yang buat hal, memang dia angin.
Mesti Damia Humaira tak menyangka dia balik cepat dari Amsterdam. Lantaklah.
Dia bukan suka tahap gila bayang pun kat si Damia Humaira ni. Ayat sedapkan hati.
“Dah, baliklah dulu. Dah lewat ni.” Tegur Syed Gilani.
Tak boleh nak sentuh hal peribadi
Syed Azri, panjang jawabnya. Ini sambung Master pun bukan reti nak bincang. Dah
dapat baru nak bagitau orang tua. Sharifah Azra nasib baik kat bawah ketiak,
boleh nak kawal. Harapkan Syed Azri ni anak lelaki sahaja hati Syed Gilani tak
lah runsing sangat. Pandai – pandailah jaga diri.
“Ingat overnight kat sini.” Azri menukar topik.
“No,
I’m catching Emirates last flight tonight. Tomorrow afternoon I’ve lunch
session with my team. Lisa mana?”
“Oh...” Tu je mampu jawab. Hidup
seorang Syed Gilani. Boleh mati tak cukup rehat untuk orang yang tak biasa
kerja kuat. Azri menggamit Lisa yang berdiri macam anak patung di tempat yang
ditinggalkannya tadi. Beku dah kena cium. Mulut durjana. Memang nak kena ajar.
Bisik Azri dalam hati pakai ayat kejam. Kata pilih passion kan....rasakan kehangatan anak Syed Gilani.
“Uncle.”
Sapa Lisa sopan apabila menghampiri Syed Gilani dan Azri. Dia malas nak
menghampiri dua beranak ni tadi. Gaya Syed Gilani cerita macam dah lama tak
jumpa Azri jadi biarlah anak beranak bercerita tanpa orang luar.
“Thank
you for spending your precious time with me today.”
“Welcome.
I am hired and will be paid handsomely. Don’t worry.” Lisa membalas sopan
dan menjeling ke arah Azri yang sedang menguis – nguis kasutnya ke lantai.
Entah apa yang dikuis. Dua – dua tangan dalam poket. Nampak sangat malas nak
melayan si ayah.
“Be
my translator again on my next trip.”
Syed Gilani tersenyum. Baik budak
Lisa ni. Kalau Damia Humaira tak ada nak bermesra dengan orang tua. Kalau jumpa
pun, tangan Syed Azri terus ditariknya dan dibawa lari jauh – jauh. Sekadar
senyum dan angguk – angguk sahaja batas hubungannya dengan bekas kekasih Syed
Azri. Dia sendiri pun malas nak masuk campur. Nur Lisa ni pula tak berani dia
nak teka apa hubungan sebenarnya dengan Syed Azri. Sehari bersama Nur Lisa dan
melihat cara dia membawa diri nampak amat matang. Kalau betul Nur Lisa berada
di bumi Bavaria tak sampai pun sebulan, hebat sungguh jati dirinya.
“No,
no. You be my translator on my trip to Emirates.”
Syed Gilani tergelak. Pandai Lisa
mengambil hati.
“Which
part of Emirates you want to go?”
Lisa tersengih – sengih. Dubai lah.
Dah kata pak cik kerja kat Dubai. Tak kan nak pergi Abu Dhabi kot. Lisa
bermonolog sendiri. Apabila Lisa menjawab pertanyaan Syed Gilani, dia termalu
sendiri. Fahamlah Lisa selama ini dia tersalah info. Ingat Dubai tu sebuah
negara sendiri. Rupa – rupanya dalam United Arab Emirates (UAE) terdiri
daripada 7 buah negeri iaitu Abu Dhabi sebagai kapital, Dubai, Sharjah, Ajman,
Umm Al-Qaiwain, Ras Al-Khaimah dan Fujairah. Malunya apabila diberi penerangan
ringkas oleh Syed Gilani. Eeii...rasa
macam kampung betul.
“Tengok Lisa teringat foreigner ladies strolling along Jumeirah
Beach. Local people call them Jumeirah Jane. You are the exact version of
Jumeirah Jane.” Tegur Syed Gilani selepas ceramah UAE For Dummies.
“Jumeirah Jane?” Lisa pelik. Nama
tak boleh blah.
“We
have place called Jumeirah Beach Road at Dubai. Foreigners especially all the
mat salleh expatriate will buy a house along the beach. The mat salleh going
out for work and the minah salleh or the wife will spend their leisure
strolling along Jumeirah Beach. They are leading a very lavish lifestyle. So
local people call the minah salleh Jumeirah Jane.”
“I’m
exactly the opposite version Uncle. I am here now with scholarship not family
sponsor. That makes a lot of difference already.” Jawab Lisa merendah diri.
Nak hidup pun seksa. Dia boleh siap kira berapa patah perkataan keluar tadi.
Rasanya beratus euro juga dia dapat daripada Azri nanti ni. Itu dikatanya ‘lavish lifestyle’? Amatlah tak!
“Kalau Lisa Jumeirah Jane, haruslah si semak
Azri ni Jumeirah Jo.” Syed Gilani mengusik. Sekadar menduga reaksi anak sendiri
yang dari tadi diam tak berkutik.
Terangkat muka Syed Azri mendengar
namanya disebut.
Lisa tergelak. Azri semak? Not semak lah tapi sexy-smart-beard Jake Gyllenhaal perhaps? Biasanya Lisa anti-janggut tapi melihat Azri dengan
renungan tajamnya dan muka bersahajanya membuat matanya amat fokus kepada SSB (sexy-smart-beard) menghiasi wajah Azri.
Lisa menjeling ke arah Azri.
Dup! Mata mereka bertentangan.
Lisa melarikan pandangan.
Azri buat – buat melihat jam di
tangan.
“Apa yang semaknya. Baru lepas trim ni.” Azri menggosok dagu yang
melengkapkan lagi pakej pada wajahnya yang hampir sempurna.
Syed Gilani tersenyum. Syed Azri.
Syed Azri.
SELEPAS menutup pintu balkoni rumah,
Lisa melangkah ke katil. Potong mood nak menghayati keunikan pokok minum susu
tu. Dahi ditepuk. Macam mana boleh lupa nak telefon Tengku Akhbar batalkan
temujanji ni. Patutlah Tengku Akhbar telefon banyak kali siang tadi tapi dia
sibuk ‘bekerja’. Mana boleh nak jawab. Lantaklah. Nanti pandai – pandailah dia
pergi kutip beg – beg dengan Tengku Akhbar tu. Tak kan Tengku Akhbar rajin nak
datang Pasing lagi sekali.
“Mandi, tukar baju dulu baru tidur.”
Tegur Syed Azri apabila melihat Lisa mula berlingkar di atas katil dengan baju
siang tadi. Dia sendiri dah mandi dan menukar seluar pendek. Disarungkan juga
t- shirt sleeveless Lakers. Kan dah susah ada room mate, house mate atau studio
mate tak sama spesis ni. Memang boleh nak buat selamba berspender seksi – seksi dalam rumah tapi
saham kena kasi up dulu. Getus Azri
dan duduk di sofa bed menghadap TV.
“Alahai malasnya.” Lisa merungut. Busy body jugak si Azri ni. Ikut hati
nak tidur aci campak blouse dan skirt kat lantai, bush masuk gebar cepat – cepat tapi segan pula dengan Azri yang dan
wangi – wangi dalam baju tidur. Dengan malas Lisa melangkah ke bilik air. Mandi
dalam lima minit lepas tu dengan selamba dia keluar dengan tuala berbalut di
tubuh. Lupa nak bawa masuk baju tidur dalam bilik air.
Azri menjeling sekilas. Budak ni
betul menggoncangkan iman aku.
“Lisa, iman aku tak cukup tebal nak tahan
kau punya free show. Jangan nak goda –
goda.”
“Ya lah.” Sound direct langsung tak tapis si Azri nih. Lisa merungut, cepat – cepat mengambil pijama kartun tweety
dan menghilang dalam bilik air.
Keluar sahaja dari bilik air, TV
sudah ditutup, lampu utama juga sudah di tutup. Dengan bantuan lampu sisi katil
Azri, Lisa melangkah ke arah katilnya. Malam kedua tidur serumah. Semalam dalam
keadaan xanax menguasai diri, dia langsung tak mempunyai perasaan yang pelik.
Saat ini, cuak pula terasa. Susun atur studio satu bilik ini sebenarnya bukak
pintu sahaja, sebelah kanan ialah pantri yang lengkap dengan kabinet dan
peralatan memasak. Depan kabinet ada sebuah meja makan tiga buah kerusi. Lepas
pintu bilik air ialah sofa bed yang menghadap TV yang dipasang melekap di
dinding. Sebelah TV ialah katil Lisa. Katil Azri di hujung balkoni yang
menghadap meja belajar. Tetiba terasa studio ni sempit sangat. Rimas juga nak
mengharungi hidup sehari ke sehari dengan orang yang tak dikenali.
Lisa berhenti lama di hadapan
katilnya. Tak jadi melangkah ke katil sendiri, Lisa melangkah dua tiga tapak
lagi menuju ke katil Azri.
“Awak.” Lisa tunduk sedikit memegang
bahu Azri.
“Apa?” Mata yang baru belajar nak
pejam dipaksa buka.
“Nak cakap ni.” Lisa menolak kaki
Azri ke tepi. Dia duduk di hujung kaki Azri.
Azri buat – buat bodoh. Apa pulak ni. Memang leceh lah kalau serumah
dengan perempuan. Ada sahaja kerenahnya.
“Cakaplah. Aku ada kelas esok ni.”
Jawab Azri acuh tak acuh.
“Saya nak berkenalan. Kekoklah macam
ni.” Lisa duduk bersila. Kakinya bersentuh dengan kaki Azri yang berlunjur.
“Macam budak – budak.” Kaki ditolak
ke pinggang Lisa. Saja nak menyakat. Main gesel – gesel kat orang dia ingat aku
ni siapa? Buaya tahu tak. Kena masa aku lapar selamatlah kau Lisa. Bisik hati
kecil Azri nakal.
“Awak belajar mana duduk sini? Ke dah
kerja?” Soalan pertama.
“Master. TUM.”
“Sama kita. Laa...sempitnya dunia.”
“Jangan nak over.”
“Dulu degree kat mana? TUM jugak
ke?” Soalan kedua.
“Tak. FH. Augsburg.”
FH ni kat sini orang panggil macam university of applied science atau kat
Malaysia universiti atau institusi teknikal yang tawarkan kursus yang ada asas
kejuruteraan sahaja.
“Wow! Dah lama kat sinilah. Dulu course apa? Sekarang course apa?” Soalan ketiga.
“Diplom
Mechanical. Master of Science in Mechanical Engineering. Specialized in Numerical Simulation and
Flight Engine. Detail enough?” Azri bangun bersandar di kepala katil. Tak senang tengok
mata bundar Lisa memancarkan cahaya bulan. Apa yang dia nak teruja pun tak
tahu. Lisa yang patut kena puji sebab dah sah dia yang lebih gempak tapi takut Lisa kembang semangkuk
jadi abaikan sahaja pujian itu.
“Was
studierst du? Kau budak architect
ke?” Teka Azri random. Bertanyakan
soalan yang sama kepada Lisa. Dalam hati berharap janganlah budak engine jugak. Istilah biasa untuk
pelajar kejuruteraan.
“Oh no. I’m doing mechanical. I guess I am
your most beautiful junior.” Lisa tersengih. Mempamerkan giginya yang putih
tersusun rapi.
Uhuk
– uhuk. Air liur telan dah macam rasa pasir. Azri menggelengkan kepala. Dunia
tengah berputar salah paksi ke ni? Kaji selidik dia kat TUM ni, Malaysian tak sampai 7 orang pun ada.
Master dia dan Hanif. Itu pun Hanif punya course
ialah elektrikal. Kampus Hanif di bandar. Fakulti yang ada di kampus yang
terletak di bandar ialah seperti fakulti arkitek, elektrikal, sivil dan bisnes.
Lagi satu kampus TUM ialah di pinggir bandar Garching Research Center. Hanya
fakulti mekanikal, kimia dan IT ada di Garching. Yang ramai di TUM ialah budak
pHd. Memang tak mampu nak kenal lah sebab peluang nak jumpa tak ada nak – nak kalau
lain kampus. Budak ijazah setakat ini yang dia tahu ialah si Lisa ni lah. Kalau
tengok gaya Lisa yang agak daring dan
luar alam, tak hairanlah kalau IQ pun luar alam juga. Budak pandai perangai
memang semacam. Ops budak gaya model Itali pagi tadi yang nama Tengku Akhbar
belajar di TUM juga ke agaknya? Azri bertanya dalam hati. Nak tanya Lisa takut
kena cop tukang sibuk pula.
“Kau
apahal nak duduk jauh – jauh?” Tanya Azri. Nak tahu kisah seorang Nur Lisa
terbabas jadi room matenya. Nak tukar
topik junior cantik itu juga. Haru!
“Saja
tak nak campur. Kat sana tempat yang dorang
sedia ada sekor mamat ni duk ikut
bontot je. Rimas.” Lisa main aci tak tapis juga memberi alasan sebenar dia
berpindah.
“Yalah
tapi tak kan tak check room mate kau
siapa? Kau budak mana? KL eh?” Teka Azri lagi. Budak tu agaknya Tengku Akhbar
si model Itali agaknya. KL tu dia teka sebab gaya Lisa yang nampak dah biasa
lepas bebas. Dia lepas bebas juga. Orang Johor tapi. Biasalah pengaruh negara
jiran pun tak kurang hebat.
“Yes, KL. Saya kena tipu. Orang yang
tolong cari tu cakap room mate
perempuan. Nak buat macam mana.” Jawab Lisa selamba. Ada riak sedih juga di
wajah. Ada riak sakit hati diperbodohkan oleh adik sendiri juga terpamer di
wajah. Ada riak takut juga kalau lah si Azri seorang yang jahat. Semuanya cuba
dibungkus, simpan dalam ceruk hati.
“Pandai
– pandai kau pun ada juga part bodoh
ya.” Perli Azri sambil mengerutkan dahi.
Lisa
mencubit peha Azri. Panjang aje tangannya mencapai.
“Aduh!
Apa nih.” Dahi Azri berkerut menahan
sakit. Kuku cantik berias Lisa sangat
tajam. Sakit tu.
“Sorry. Last saya nak tanya. Awak betul
tak kisah ke?” Soalan terakhir Lisa. Macam tak boleh percaya sahaja soalan
terakhir.
“Ehemm...” Azri membetulkan anak tekak.
“Kisah
in fact aku tak suka tapi aku okay
kalau kau behave. Pandai – pandailah tolerate kalau nak hidup aman bahagia
dengan aku.”
“Ceh.” Ayat nak hidup aman bahagia gaya
pasangan dah kenal lama.
“Tak
aku serius ni. Kau tahu kan aku cakap semalam kalau kau sedar lah masa tu. Frienship will never work between man and
woman so what are we after this is base on what are we sharing and what kind of
life are we leading after this.”
“Oh.”
Lisa tak mampu nak mengulas panjang. Nampaknya Azri dah berfikir jauh risiko
mempunyai teman serumah berlainan jantina.
“And, I tell you. I am a perfect blossoming man.”
Azri mengenyitkan mata sengaja menakutkan Lisa.
Kena
ingatkan jangan nak buat tayangan perdana kat depan dia kalau nak hidup aman
bahagia. Bukan boleh percaya Lisa ni. Dia sendiri lagilah tak boleh percaya.
Dengan Damia Humaira dia boleh tahan sebab kenangkan nak buat bini, kenangkan
Mommy dan Daddy jadi boleh tunggu kot tapi kalau dengan Lisa takut karam tak
bersebab nanti. Patutnya saat Damia Humaira menyerah dia ngap je. Menyesal. Mesti dah dapat kat mangkuk tingkat yang dia
nampak hari tu agaknya madu Damia Humaira.
“Noted. Thank you.” Lisa agak cuak dengan
ugutan Azri.
Dia
memang biasa bergaul bebas dengan lelaki. Lepak di rumah Ariana di Mahkota Dewi
yang selalu ada Jack dan Fuad. Kadang – kadang hujung minggu balik kelab pagi –
pagi buta singgah tidur di kondominium mewah Tengku Akhbar. Pergi kelab
bertemankan lelaki bersilih ganti tapi duduk serumah? Ini tak pernah. Dia mana
ada kekasih. Stok geli – geli adalah. Hidup dia belajar – belajar dan enjoy – enjoy. Kalau bercinta nanti
leceh. Belajar entah ke mana. Nak enjoy
lebih – lebih pun banyak sekatan nanti.
Lisa
berdiri mahu bergerak ke arah katilnya. Baru dia nak melangkah, tangan kanan
disambar oleh Azri.
“Woman engineer to be. Please be a nice room
mate will ya.” Azri tersenyum.
Oh,
tahukah Syed Azri bin Syed Gilani senyuman itu pembuka kepada jalan – jalan dan
ruang – ruang penyatuan hati nanti? Lisa menggelengkan kepala. Menghilangkan ketidak
- percayaan kepada senyuman manis yang dilemparkan oleh Syed Azri. Tangan Azri
ditolak dengan tangan kiri. Jangan nak goda – goda aku. Lisa menahan rasa tapi
senyuman paling manis dibalas. Bagi 1-1 lah kan.
Azri
terkesima. Coolio betul budak ni.
“Do you know what woman engineer capable of
doing?” Azri melepaskan tangan Lisa tapi pandangan terhala tepat kepada
Lisa yang berjalan ke katilnya.
“What?”
“Sie
beginnen mit Nähmaschinen und mit der Atombombe geendet.”
“Gila!”
Jawab Lisa kuat.
Ada
patut cakap ‘they begin with sewing
machines and end up with the atomic bomb’. Dahsyat sangat tu.
Yang
Syed Azri tak sedar;
They begin with love and end up with detest.
They
begin with simple relationship and end up with complex one.
Yang
Nur Lisa tak sedar;
They
begin with room mate and end up with marriage.
They begin with dark path and end up
with her bright Ad- Din preference path.
“Good night Love Lisa.”
“Halt deinen Mund und schlaft bitte!”
Marah
betul Lisa kena usik. Shut up and sleep
please. Azri mengajuk kata – kata Lisa dalam hati. Kepala
dibaringkan kembali ke bantal.
Lisa
menarik gebar.
“Tak
nak tanya pasal Tengku Akhbar ke?”
“Azri!”
p/s: Es tut mir leid für den Fehler im USD 2. Ich habe 'Wie heizen sie?' geschrieben, wenn tatsächlich die richtige Grammatik ist, 'Wie Heißen Sie?'. Deutsche Sprache ist nicht einfach.
p/s/s: Korang faham tak? hehehe....tu ayat minta maaf. Ada ayat German kaput dlm USD 2. Thanks sifu yg tegur & sape2 yg found, detect any typo, misleading infos. Kindly share and let me know. Every day is learning journey.
Lev ya!
Pasing - Paradise NL & SA
Current favourite song. Do enjoy!
enjoy reading... :)
ReplyDeleteBestlah boleh belajar bahasa baru ♥
ReplyDeleteLove you, KL! :D hehehehe! thanks for the entry
Best.. Buka je ada n3 baru... Cerita ni jauh beza ngan citer2 yg lepas2... Ayat2 nakalpun banyak... Buatkn sy yg membaca nipun meng'imagine' yg nakal2 juga...
ReplyDelete- kak ina-
**info tiptop/
ReplyDeletebc USD dah dapat feel dor German ngan SA & Lisa dah xpayah bazir pitih dah...
tingin nk ckp German ni ha...tp takut tukar jd mr donald keturunan DUCK la plk..!amigos
Lisa nih jadi stok buat bini atau tak...
ReplyDeleteDamia x dikacau walaupun menyerah sebab ada hati nak jadikan bini...
Bagaimana nasib liza nanti...
Menyerah atau diserah...
~w.t~
xleh blah sungguh statement. Damia tu stok nk buat bini ye? tapi lps tu melepas gak. :P
ReplyDeletenk sgt tau apa yg buat lisa turn 360 degrees drp cara hidup asal dia. Okay I know, kena sabar. nnt kang tak surprise. :P
Best...best & best....
ReplyDeleteshima
ReplyDeleteglad 2 hear tat!
fallenmoon
blaja jgn x blaja tp karang kalau salah sy mtk ampun siang2...*lariksss
welcome.
kak ina
hahaha...bnyak ayt nakal eh dlm USD. Tu lah sume dgr tajuk ngeri igt serius cter dier.
aniesue
x yah bazir pitih ya dh smpai ke German. Tu lah ada sorg motivator ckp u cn go anywhr with ur mind. Travelling across the world.
w.t
tataulah Encik Azri nk buat apa dgn Cik Lisa nih.
dia sebut lg nama awek dia liza nih. eshhh....
Kalau nasib lisa boleh tanya sy tp nasib cik liza kna tanya encik w.t. LOL!
Hajar
kesian SA. Tu yg tgk Lisa siap declare blossoming man tuh. Tgu je lah nasib kau Lisa.
Karang kna babap mtk soklan bocor :p
Hohohoh.. Notti sungguh azri nih.. Kata pilih enmity.. Yang ko tetiba jd passion apehal? ;P
ReplyDeleteOoo.. Nak wt bini xngap.. Kalo x, harus la yer.. Aigoooo!
Lisa ni err.. Tlampau cool kot.. Hehe
Ai xsabor nak tgu next.. KL, do post everyday yaa.. Lev u! ;)
P/S: baca n3 ni br tau rupenyer Dubai tu bkn negara sndiri.. Hehe.. Sungguh kurang berpengetahuan.. Malu ai. Thanks for info KL ~
ameesya
ReplyDeletethanx...thanx...thanx!!!
salam KL
ReplyDeletenak gelak dl blh x?hahahaha w.t xabes2 lg liza!!!!!
suke! suke!..awesome as usual...
Sayang selalu - Mrs Jijie_
part "dup mata mereka bertentangan...."cue music put ur hand on my shoulder,ohh over kau syira!
ReplyDelete"they begin with dark path and end up with her bright ad-din preference paths".....
lisa akan jmpe right way dia,tapi cmne seorang SA will find his right path as a muslim?
Lisa mmg stok intelligent but perangai agak kureng sket ye!
ReplyDeleteso dh cara hidup Lisa since duduk kat KL *karyalepak blog ngee!!!
cissss azri neh ... patutnye si damia tuh yg awak ngap!
Lelaki mmg cam ni erk... Stok buat bini nak simpan tuk 1st night...
ReplyDeleteApa yg SA buat ye sampai si lisa marah benar ngan SA ni..
-kak ina-
As-salam n hai KL (reply neh)
ReplyDeleteReading this,
Yang Syed Azri tak sedar;
They begin with love and end up with detest.
They begin with simple relationship and end up with complex one.
Yang Nur Lisa tak sedar;
They begin with room mate and end up with marriage.
They begin with dark path and end up with her bright Ad- Din preference path.
*so it was a friend name Lydia tat influence n played a role on how NL opt to chose the bright Ad-Din path! Alhamdulillah - so this is a kinda vr interesting to follow this story further ... i loike
As I have sensed before - I acknowledge tat NL & SA relation is too sweet from the beginning but ends in despise – however they tied the knot with marriage!
NL must have a vr strong n admirable character to go through such a complex life journey!
Hmmm … looks like Daddy has given his approval of Lisa tho’ SA himself doubt it! Hope mommy is an adorable mother like Datin Anne - coz I don like to know tat she could loathe Lisa .. heheee. …
Lisa instead of going to Dubai – shud go to the next emirates states:Abu Dhabi coz in Abu Dhabi there is a restriction on dress code in public huhuuu … yeah Dubai is awesome!!!
p/s: Es tut mir leid für alle meine Kommentare. Ich bin so grausam! Ihr neues SB ist ok. Alle Freunde gefällt es! mich? betul ke salah kasi tepi janji cakap jerman ....ishh...
Dear KL,
ReplyDelete-aduuhhh...mesti SA ni handsome kalau tak, tak kan lah Lisa dah half hati hampir222 nak jatuh hati kat SA....
- see...dady SA macam suka kat Lisa, siap di pujinya budak Lisa tu...
- jangan kata nanti Damia mai pulak dalam hidup SA...kacau-kacau....
- Lisa..kuat iman and SA too...
biar jauh beribu batu kat tempat orang tapi iman mesti kuat beb....
- luv you this month much more than last month..ha..ha..ha..
-kak fadz-
Finally i abis baca since i bukak blog ni dr pg tadi. Things slalu dtg in a way aje.Kacau betul..
ReplyDeleteRin,i rs mcm kita ada same interests aje. U ltk lagu Coldplay tu..i mmg minat,maybe kita lahir same era kot. Nice Syed Gilani pandai layan Lisa & Lisa mmg mesra orgnya kan. Patutla Azri suka Lisa, sapa x bangga dpt awek yg brilliant kan..cantik plak tu.Pretty w Brain!
Kuat iman betul dia org ni..later ada suwitt tak Rin..off coz ada kan..haha!Tunggu je la..
Tq Rin..i enjoy so much2!!
mizz acu
ReplyDeletei pon baru tau.
dgr kursus fr the real Syed Gilani. Kagum I dgr cter psl jth bgn Dubai yg ramai org tatau. Nti will share later.
Nina
komen w.t jgak yg awk nmpk kan. Hbs die buang huruf z kat keyboard tuh nti.
thanx Nina. I tak paksa tau :)))
lev u
syira
apesal awk punya komen kali ni bunyikkk lain erkk??? ke sy yg salah sense?
tetiba risau si begau SA tu jmpa jln ke x...hehehe...
ImAn
hahahha...melepas si Damia. Tgk lah nasib Lisa nih nti.
kak ina
mayb bkn yg SA buat tp yg SA x nk buat. Jeng!
tp laki mmg mcm tula..except ada jer yg nk buat bini pon taram gak..hehhehe..kan dh nak kiamat :)
Jazmeen
Daddy approved ke tu? ekekeke...sume igt Daddy SG mcm Datuk Abdullah eh. Ya lah tu kot :p
ur German ganas, i pon kna pakai translator yob!
tp x drop say hello pon :(
i dont haben, ihnen zu vergeben. est is ok :)))
hahahaha....
NL kna strong character lah nk jaga diri, nk jaga SA yg kureng tu lagi.
ich liebe dich
aaaaa.... tergolek dengar bahasa germ tuh . belit lidah seketika .
ReplyDeleteYg Azri x sedar dan yg Lisa x sedar, bila diaorg tersedar segalanya dah terlambat. Masa tu nak lajak patah balik harap maaf... X sabar tunggu part terlajak tu .. >_<
Dear kak fadz
ReplyDeletemana ada hampir2...ada ke? hampir2 terguder & jatuh cinta jauh bezanya tue :))
kuat sgtlah kak iman dorg. Kuat mcm lalang..hehhe...kuat gak kan?
lev u much & muncho.....
sal
hahha..faham. Usually awal2 epi mmg sume org lemau nk follow tp at the end baru rajin kot. Suka Coldplay jgak? Sy x pndai minat band. Minat lagu & season je pon. Awal2 dgr smpai nk muntah pastu tkar lg lain plak. hahaha...
Hi KL..tgeliat lidah nk refresh deutsch ni hehhe...x mo la sedih sb xramai yg drop komen,dun wori im sure mesti ramai je ur silent reader tmasuklah sy hehe(honestly dis is my 2nd komen)
ReplyDeleteKL,which is the most handsome between si semak Syed Azri(Sexy-smart-beard),Si model Itali Tengku Akhbar???
(but im prefer SG hahahha)tguder ngn llaki ada ekor ;))
Lyry(Lyne ryna)
macam manalah x perasan tadi tersalah huruf kat nama lisa tuh...
ReplyDeletejadi malam nih, pertama kalinya nak tanya...
apakah nasib cik lisa kita nih...
menyerah atau terserah...
rela atau terpaksa...
sedar atau x sedar...
KL tukar nama heroin boleh tak...
Takut tersalah taip lagi nama heroin tu...
~w.t~
wat's up? ... byk nye yg pandai cakap german neh .... huhuu
ReplyDeletehmmm hansome giller T.Akhbar tu ye? klau dh gaya italian model - SA sendiri rase trgugat aissyehh...
Budak Lisa neh sgt2 x kisah - lelaki pulak yg naik segan~ hahaaa ...
nk pinjam ayat german : KL ..."ich liebe dich" ... hehee tq for this n3 - always awesome! *dh tau meaning ayat tuh - boss yg translate tadi ptg!
nanti boleh text hubby dgn ayat ni everyday ..lalalaala
-guest melepak
RinsyaRyc
ReplyDeleteni session exercise mulut & lidah namanya. Nti nk menhaji lancar dikk...
hahhaha....part terlajak tu x boleh blah nk siap tgu. Skang terlajak pun boleh laser yunk!!!
(oh apakah ajaran ini)
Lyry
mana ada sedih.
tu namanya bermanja dgn Nina.
Sy suka usik dia.
Biasalah kalau tgk readers almost 4k kalau ada n3 baru tp yg tegur 14 pun x smpai.
But the reading material is spreading. I know...& that's enuff.
& thank u to u toooo....
kesian eh kat sy :p
Sy suka SA macho drp TA yg handsome..ngeeee
w.t
ayt w.t boleh pinjam ltak next epi
nasib nur lisa
menyerah atau terserah
rela atau terpaksa
sedar atau tak sedar
(exam mana boleh lecturer bg jwapan)
hahhah awk la cabut key pad z tu mcm sy mmg dlm bnyk2 tab, z tercabut kna korek dgn my son...hehe
guest melepak
hehhe...apa lagi google translate la...
saya nk tanya dictionary bernyanya kna ada schedule, kalau yg bg soklan quiz kna tanya pak cik gugel dulu...hehhe except ich liebe dich tu dh lali dgr.
Wah! Pandai amik ati hubby ya :))
pandai2 kau pun ada part bodoh jugak ya...
ReplyDeletehahahaha... suka gila ayt SA bg kat Lisa nih..
bila badak air bertemu badak sumbu..hahaha
begau ai jadinya...hmmm sukalah SA nih...
sebab dia ad part2 sengal tp stay contorl macho dpan lisa...haahhaa
kak Rin, bukan ajeh boleh jadi cikgu english, cikgu bhasa german.. tp cikgu sejarah kottt...
tiba2 jadi rasa kampung gilerrrrr...
mengenangkan sejarah2 silam y memang eden x tahu.. (al maklumlah.. waktu sejarah dulu buat taik mata... hahaha.. sampai banjir segala bagai)
be waiting for next entry... cite ni,, mmg mengugat kesabaran dalam jiwa..
rasa nak belajar bahasa jerman lak.....
ReplyDeleteS.azri buaya ye ... p Lisa bukan stok udang galah le Azri!
ReplyDelete‘they begin with sewing machines and end up with the atomic bomb' - pasti tuh! ...
tq Rin ...:)sayang awak!
nur ezzah maisarah
ReplyDeletesy boleh jd cikgu merapu jer. oh awk baik tdo dlm kelas sejarah, sy kelas fizik tdur. Terlps azab U pon magic kot.
Biasalah SA & Lisa tipikal perangai bdk U kot (x kira bdk baik2 mcm awk ya.)
dne
blajar2...tp nti dh pandai nk communicate dgn sape? waaa.....
Al-Medinah
awk plg sokong KLFP kan.
sayang awk ketat2 jgak.
oh confirm Lisa bkn udg galah. She has her very own world.
Ich liebe USD...syed azri, ko nakal yer...hehe..
ReplyDeleteXsaba rasanya nk tau camne Lisa leh tbuka n insaf tuk bhijrah ke arah yg lebih baek. Xsaba nk tau kesah2 dieorg..hehe..Ayah mentua dah macam ok jer tu..hehe
KL, yg Wie heissen Sie tu perasan masa kat USD2..p xbrani nk tegur sbb ni pon masih blaja gak german ni..mayb tulis heizen sbb sbutan s akn jd z kan...hihi..rasa cam payah jer german ni sbb tulisan kecik lain maksudnye klu capital lain plak jadinye...hehe
assalam kl. rasanya karya kl kali ni patut letak sx hanya untuk yg berkahwin shj. seriau baca lisa n sa duk serumah lagu tu. btw, kat tum atau mana2 uni yg lain kat german tu tak de sapa2 yg pantau ke? harap kl kurangkan episod sebelum kesedaran lisa ni. kak ju.
ReplyDeleteas-salam kak Ju ...
ReplyDeleteTo lessen epis on Lisa ‘pre-ignorance’ before migrate to her ‘bright Ad-diin preference path’ ---may b it could obliterate the theme of the story - hence the message that the writer wants to convey will not reach readers -
so far - there is no intimate scene was describe or purposely expose ... except the 'kiss' at the airport! .... compared to some novels which are far worse in describing scene on bed!
I can see tat the writer try to tell readers that there is someone amongst us who hv this kind of life -
so we need to look at the POSITIVE side of it especially how Lisa manage to 'get out' from the so called 'dark-side' of her life! - and that is the main focal of this story/ekarya
And i am sure - with KL's style of writing - readers will not be flooded with unnecessary intimate scenes!
It is not necessary to limit to married readers only – as long as readers hv passed the SPM –
....am vr sure they can think rationally n take this story as a precaution to prepare themselves to face the reality of life – esp if they were to embark to study abroad!
Offcourse I do accept that may be there are readers not ‘comfortable’ with Lisa’s ‘too daring’ approach-----again pls take it sensibly, sound & wise!
It is a ‘FACT’ that there are a number of cases amongst our local students studying abroad adopted Lisa & Azri way of life .... it's either due to culture shock or lack of religious knowledge!
wassalam,
~Jazmeen~
p/s: any bad words or unkind remarks are all my mistakes - and may ALLAH will always give us the hidayah to do for better!
zarah
ReplyDeleteramai ya yg terpedaya dgn SG nih...hahaha...
Tgu tau tgk Lisa punya notti2 dulu baru tgk dia yg baik2 (x lah baik sgt kot) hahahha...but do stay!
Kak Ju
w'salam. Terima kasih atas peringatan kak Ju. I really appreciate this. Percayalah, sy amat harap utk x membanyakkan unnecessary scene tp yg patut ada just to tunjuk the reality i'll stay incorporate. Jadi USD boleh jadi teladan to many out there, so sedahsyat mana u guys hv been thru, been called, been sesat...there is always a turning point...the right path is always there. Berani, nak, atau sedar atau tidak je nk cari jln baik tu. Stay along the plot & do critics positively like this always. I love this so very much. Thank you again!!! Lev...
Jazmeen
sorry sy lmbt reply komen Kak Ju. Awk plak susah2. All in all, you are right!
& local u students pun bersepah mcm ni :(
You study kat Germany ke? Or just belajar dia punya language?
ReplyDeleteHai Rin, sorry lmbt reply.
ReplyDeleteWork wise related only - Their tech influence my work. manntech. TUM is for super brainy. Beat the rest of engineering school. Language tu translated by Germans (sista/good frens married Germans & contractor)