Sunday, 6 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 5


            Lisa menyusuri jalan lurus dari blok rumahnya menuju ke stesen S-bahn Pasing. Hari ini hujung minggu yang damai. Bangun pagi – pagi lagi Lisa keluar dulu berjoging menyusuri Sungai Wuerm dan balik ke rumah terus bersiap untuk keluar. Temujanji dengan Tengku Akhbar asyik tertangguh. Lagi pun hari ni Lisa nak nobatkan sebagai Hari Shopping sedunia. Duit dalam poket tak lah banyak sangat tapi Tengku Akhbar kan ada.
            Lagi pun kena buat – buat ambil berat tentang Tengku Akhbar, Lili kan nak kena suap dengan info. Manalah tahu keluar hari ini, Tengku Akhbar ada gaya terbaru, muka licin dah naik jerawat ke, rambut kemas dah jadi botak ke, senyuman menggoda dan suram serinya ke. Banyak yang dia nak kena lapor kat Lili ni tapi kali ni kalau upah sikit minta maaflah. Sorry Lili, got to go. Sakit hati kena ‘ayam’ dengan Lili tak habis lagi. Nasib baik setakat ini Azri masih budiman orangnya. Tak adalah dia sakit hati sangat. Jarak berpuluh – puluh ribu kilometer, nak marah, nak gaduh pun buat sakit hati diri sendiri. Paling tak dah seminggu Lisa langsung tak layan internet. Putus hubungan dunia dia dengan alam maya sekejap. Bagi Lili tercongak – congak depan lap top cari dia. Padan muka!
            Sekadar menyarungkan ballet flats, langkahnya dipercepatkan apabila terasa diri diekori. Panjang – panjang langkah dihala ke arah stesen yang dah nampak di hadapan. Lisa mula tak sedap hati tapi dia cuba berlagak tenang. Sudah seminggu dia mempunyai rutin yang sama. Hari – hari berjalan ke stesen S-bahn Pasing hingga ke Marienplatz. Kemudian kena tukar naik U-bahn pula dari Marienplatz sehingga ke Garching Forschungszentrum (Garching Research Center). Tak pernah pula dia rasa tak selamat begini. Biasanya dia yakin sahaja berjalan di muka bumi yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler ni. Semangat Lisa nak meneruskan hidup pun ala – ala Adolf Hitler. Kalau semangat kecil macam mana nak mengharungi hidup dengan Syed Azri yang banyak helah tu.
            Lepas Azri bagi gaji beberapa hari yang lalu, bersorak Lisa dapat upah lebih. Hampeh! Rupa – rupanya diselitkan sekali duit barang dapur terutamanya duit susu pokoknya.
            “Okay here you go.” Berkeping – keping Euro dihulurkan kepada Lisa.
            “Banyaknya. Yahooo!!!” Lisa bersorak siap berpusing – pusing gaya orang menang loteri. Kedua – dua tangan Azri dipegang konon ajak pusing sekali. Si Azri ni pula layan aje walau pun muka serius sahaja.
            “Ehem..ehem..Cik Nur Lisa.”
            “Ya?” Lisa berhenti berpusing tapi senyuman masih merekah di bibir.
            “That is including one month household expenses and milk supply for my baby.”
            Tangan Azri ditunjukkan ke arah pokok yang diwasiatkan kepada Lisa untuk dijaga. Apa lagi silalah jadi seorang suri-studio ya cik kak. Hidup nak senang je. Mana boleh. Azri kadang – kadang tak lepas daripada memerhatikan setiap laku Nur Lisa. Selamba sangat dan sentiasa dalam dunianya sendiri. Tak banyak tanya. Tak banyak kerenah. Memang dia kagum sangat – sangat. Ingat duduk sehari dengan perempuan dia dah rasa macam nak sepak Lisa keluar rumah tapi Lisa langsung tidak memberinya alasan untuk merasa rimas. Selepas sesi berkenalan sebelum tidur tempoh hari, mana ada Lisa tanya apa – apa.
            Kadang – kadang sengaja Azri mendera. Berebut bilik air pagi – pagi nak pergi kelas, minum selamba kopi yang siap Lisa bancuh atau selamba makan apa – apa makanan yang Lisa siapkan untuk tapau pergi kelas sekadar nak menduga tapi Lisa stok tak kisah. Azri nak masuk bilik air dulu, dia bagi. Siap boleh lepak – lepak tunggu dia keluar layan TV, tak pun dia layan diri kat balkoni sambil hisap rokok. Kalau air dan makanan dia hilang, dia buat balik tapi jangan tak tahu dia tulis besar – besar kat nota warna – warni dan tampal kat peti ais. Psiko!
            Azri pencuri kopi!Ngee.
            Azri pengepau sandwich!Ish..ish.
            Azri amik saya punya rokok! Jahatnya dia.
            Hari ini pie saya hilang kena telan buaya! Kesian saya.
            Yang ni Azri dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh dia tulis macam tu. Memang pelik betullah Lisa. Segan agaknya nak sound direct. Maklumlah kalau dia jadi Lisa pun dia fikir banyak kali. Lisa pandai juga ambil langkah berjaga – jaga mengenali hati budinya. Bukan dia tak tahu cantik pepper spray dan pisau lipat tersorok kat bawah bantal Lisa tu. Hari Lisa bangun kelam kabut terlambat nak pergi kelas, dia saja nak berbakti tolong kemas katil, bulat mata nampak benda tuh tapi tersengih juga dia tengok. Dia pun awal – awal mati – mati tabik hormat, gilalah awek ni cari maut perjudikan nasib duduk dengan orang yang baru dikenalinya tapi silaplah. Kalau dah nama budak bijak. Rupa – rupanya dari A to Z Lisa dah siapkan rancangan kalau musibah melanda.
            “Ceh!” Tangan Azri dilepaskan kasar. Buat malu teruja gaya budak dapat lollipop. Ada niat nak mengkulikan dia rupanya tapi baguslah. Sekurang – kurangnya dia tak payah nak risau duit belanja makan kat rumah. Tinggal nak fikir duit belanja kelas sahaja. Bagus nih. Untung juga duduk serumah dengan anak Syed Gilani.

           
            “KUNTUM Renjong. Kuntum Renjong!” Nak tercabut anak tekak Hanif memanggil room mate baru Syed Azri. Boleh dia buat derk je. Cadang Hanif nak pergi beli surat khabar di kedai selang sebuah blok dengan rumah sahaja tapi nampak Lisa yang sedang berjalan beberapa meter di hadapan, gatal pula nak menegur. Makin dia rapat, makin laju pula langkah si Kuntum Renjong.
            Azri yang tunjuk dari jauh si Lisa ni. Nama duduk sebelah menyebelah tapi tak pernah diperkenalkan oleh Azri secara langsung. Dia rasa dia tak silap apabila Azri menunjukkan si Kuntum Renjong di dalam S-bahn tempoh hari. Mereka kebetulan naik keratapi yang sama tapi Kuntum Renjong ni duduk seorang diri layan buku. Tak perasan langsung dia dan Azri. Penat sangat agaknya lepas balik kelas. Azri main tunjuk itu pun lepas Hanif tegur.
            “Ada awek cun lah. Muka macam Asian tu.”
            “La....tu lah si Kuntum Renjong. Room mate aku.”
            “Lawa seyh. Ishh...dia tahu tak aku ada Firuz? Kalau kau tak cerita lagi, kau jangan cerita boleh? Aku nak coplah.”
            “Hotak kau. Firuz pun kau tak terbela ada hati nak bela lagi seorang.”
            “Kau dah ehem..ehem.. eh?”
            “Jangan nak buat lawak sarkas. Tak ada ehem - ehemnya. Kalau aku nak aku mintak gentle punya tapi so far aku sober lagi. Kemudian – kemudian lah aku kenalkan.”
            Hanif tergelak. Sober lah sangat. Sampai bila boleh tahan tu. Bukan dia tak tahu Azri mengamuk tahu kes Damia Humaira dengan mangkuk mana baru – baru ni. Yang paling Azri menyesal kenapa dia layan si Damia tu baik sangat. Patutnya di ‘lauk’kan siang – siang. Baru padan muka tapi ya lah Azri ni nak cakap baik tak juga. Nak cakap nakal pun masih di tahap terkawal jadi dia mampu gelak sahaja dengar Azri merungut. Yang Azri cakap kemudian – kemudian tu tak pernah sampai. Selalu tak terkebetulan nak kenal si Kuntum Renjong ni secara langsung. Tak kisah lah nama klasik tahap zaman purnama pun janji muka kellasss lawa gaya moden – moden gitu. Budak TUM pula. Trofi tu kalau dapat.
            “Hey! Sie fallen etwas.” Mana ada benda jatuh pun tapi Hanif nak tergelak juga tengok si Kuntum Renjong brek dan pandang bawah tiba – tiba. Trick menjadi. Cak! Awak tertinggal tapak kaki je. Hanif menyembunyikan senyuman dan cepat – cepat menghampiri Lisa.
            “Entschuldigen Sie mich (excuse me).” Si Kuntum Renjong mencerun tajam apabila tahu dipermainkan.
            “Entschuldigung.” Hanif meminta maaf. Dia pelik. Azri kata Melayu. Tak cakap Melayu ke si Kuntum Renjong ni. Dia saja tegur dalam bahasa German nak main helah. Boleh si Kuntum Renjong jawab buat muka tak bersalah siap pandang orang macam orang pula yang salah. Mati akal Hanif tak tahu nak tegur macam mana ni.
            “Sprechen Sie Englisch?” Hanif gelabah.
            Mula bertanya adakah si Kuntum Renjong boleh bercakap English. Isk. Nak tampar pula pipi. Patutnya tanyalah boleh cakap Melayu ke tak tapi dia terkaku juga apabila berhadapan dengan awek ni. Cun sial! Boleh tergagap – gagap nak usha. Potong betul. Dengan ketinggian yang kalau tenggelam kat tengah – tengah bumi Bavaria orang boleh tersalah cakap orang tempatan, kulit yang licin berseri dan gaya berpakaian yang amat moden walau pun tampil ringkas dengan skinny jeans, t- shirt oversize paras lutut yang diserikan dengan jacket jeans hitam, leher yang dililit skaf dan bahu yang tersandang beg kulit coklat labuh. Rambut si Kuntum Renjong yang panjang bawah bahu sikit je nampak amat seksi beralun dengan kepala yang digelengkan berkata tidak.
            “Nein.”
            Hanif terdiam. Dia tahu gadis di hadapannya menipu. Tak nak pula mengaku. Macam mana si Azri boleh tahan duduk serumah dengan awek macam ni? Pakai lengkap macam ni pun aku dah rasa seksi semacam. Rambut dia tak boleh tengoklah. Menutupi dahi separuh dan seksi dibiarkan lepas bebas di bahu. Ingat awek rambut panjang macam Damia dan Firuz  sahaja yang menggiurkan tapi versi Kuntum Renjong ni fenomena betullah. Hanif mati kutu. Tanya terus terang sahajalah.
            “Sie sind Kuntum Renjong?” Hanif inginkan kepastian, nak juga tanya nama.
            “Nein.” Lisa nak tergelak tapi dikawal. Kurang ajar. Mesti ni kawan si Azri yang duduk sebelah studio mereka. Sah makhluk tu bagitau nama dia Kuntum Renjong. Balas nampak. Maklumlah dia yang bagi nama tu dulu. Siap kau Azri.
            “Können Sie mir behilflich sein? Lisa menyambung kata, meminta pertolongan.
            “Was?” Hanif bertanya kembali nak minta tolong apa.
            “Lassen Sie mich in ruhe. Azri, sagen Sie ihm, um zu sterben.” Lisa menyuruh Hanif jangan mengganggunya dan memberi pesanan kepada Azri ‘tell him to die’. Padan muka. Pandai – pandai bagitau kat orang nama dia Kuntum Renjong.
            Hanif ternganga. Betullah ni si Kuntum Renjong. Laju sebut nama Azri. Cet! Saja nak kenakan aku. Nak cakap sombong, air muka Kuntum Renjong nampak biasa, boleh je layan dia bercakap elok – elok. Sah! Saja nak kenakan aku. Muka Hanif dah tebal semacam. Boleh buat stok cerita kat Freiman hari ni. Kau nak bagi lagi sadis, dia suruh Azri buka connected door tu. Pengsan ternganga Kuntum Renjong balik nanti. Maklumlah studio mereka sebelah menyebelah dan memang mereka sengaja memilih yang bersambung. Senang konon – konon kalau hujung minggu kawan – kawan lain nak datang lepak. Sambung saja bilik.
            Aktiviti budak lelaki di rantauan. Hujung minggu melepak je lah. Bezanya mereka akan membuat rutin giliran. Minggu ni lepak kat mana, rumah siapa, minggu depan kat mana pula. Bergilir – gilir cuma setakat ini tempat kegemaran dia dan Azri ialah Freiman rumah Bird lah dan kejap lagi mereka memang nak pergi Freiman. Dah janji nak buat BBQ. Kadang – kadang mereka ada juga turun Sigmaringen rumah Wong.
            Hanif agak si Kuntum Renjong harus nak pergi window shopping. Aktiviti biasa pelajar perempuan. Kalau anak super lord lainlah, siap boleh shopping sakan. Mana nak peduli berapa kali ganda nilai Euro kat sini.

            HUJUNG minggu yang sengal. Lisa pagi – pagi lagi dah lesap. Tak tahu pergi mana. Maklumlah tak pagi mana pun. Baru ingat nak ajak Lisa pergi Freiman. Nak kenalkan Lisa dengan budak Malaysia yang lain. Konon nak ajak jalan – jalan lah juga. Sekurang – kurangnya kalau dia tak ada, ada kecemasan apa – apa adalah tempat Lisa nak bergantung. Azri kenal sangat semua kawan – kawannya nampak nakal pun semua boleh harap. Semangat setia kawan tinggi kalau berada di rantauan.
            Azri bersiap ala kadar. Washed jeans biru dipadankan dengan polo shirt lengan panjang berbelang merah hitam dan berkolar putih. Tak lupa topi kegemaran,  Liberty Snapback Cap berwarna hitam dengan gambar bola kecil di tengah dengan tulisan New di atas dan York di bawah bola melengkapkan gaya maskulin. Mata melilau sekeliling rumah sebelum melangkah ke rumah sebelah. Sedang elok pintu rumah Hanif sedia terbuka.
            “Jomlah.” Ajak Azri dan menapak ke dalam.
            “Kau sembang lebih. Kata nak ajak Kuntum pergi sekali. Alih – alih aku nampak dia menonong keluar jalan pagi – pagi lagi.” Sembur Hanif.
            “Kau tegur dia? Confirm ke dia? Kau bukan kenal pun.” Azri duduk di kerusi makan. Roti yang ada di atas meja makan dirembat. Lapar.
            “Confirm sebab meh sini aku translate dia cakap, ‘tell Azri to die’.”
            Azri tersedak. Nasib baik tak tercekik makanan dalam mulut. Angin tak ada, ribut jauh sekali, kenapa tiba – tiba nak suruh aku pergi mati pula ni?
            “Hoho...relax lah.” Hanif tersengih melihat reaksi Azri.
            “Pehal pulak ni?” Azri bertanya.
            “Entah.”
            “Kau panggil dia apa?” Azri mula tak sedap hati.
            “Kuntum Renjong lah. Dah kau cakap tu nama dia.”
            “Mangkuk! Kau memang mangkuk lah. Memang lah dia marah. Tu bukan nama dia. Dia tak baling muka kau dengan kasut dah cukup baik.” Azri tersenyum. Dahi sedikit berkerut dan mata bersinar. Patutlah.
            “Kaulah mangkuk. Kau tak cakap betul – betul kenapa? Mana aku tahu kau serong (tipu).” Hanif berdiri dan menutup TV yang sedang ditontonnya. Malu aku. Sial je Azri ni.
            “It’s Nur Lisa. I call her Lisa.” Azri berdiri. Membetulkan topi dan mengekori Hanif keluar rumah.
            “Nama punya sedap. Mahu dia tak marah.” Rungut Hanif  sambil memandang Azri yang sedang menyarungkan suede loafers.

            SAMPAI di Freiman, sesak juga kena bahan dengan Bird dan Wong. Selamba Hanif buka cerita. Pandai – pandai cakap dia tak nak bawa Lisa sebab simpan kat rumah. Stok baek mana boleh tayang – tayang.
            “Kau biar benar?” Bird menghulurkan gelas berisi air suam kepada Azri. Datang – datang mengada – ngada nak minum air suam pula.
            “Apa yang benar, apa yang tak benarnya?” Azri buat – buat tak faham.
             “Lisa dah sah jadi awek kau ke?”
            “Ish... drop the subject please.” Azri malas nak melayan. Kalau cakap tak nanti ada Lisa jadi trofi rebutan karang. Kalau cakap ya, kasihan pula kot jalan Lisa nak dapat pak we baik – baik (konon) kat sini tipis sebab saham dah jatuh. Maka diamlah jalan sebaik – baiknya. Dalam niat baiknya terselit juga niat nakalnya. Hey! Punya cun tu tak kan nak lepas senang – senang. Bagi dia tapis dulu. Azri tersengih dan meletakkan gelas di atas meja.
            “Aku siap jemput Diandra, Huda dan Verona kau tahu tak. Kata nak bawak Lisa. Ingat tak naklah dia segan.”
            “La ya ke?” Dalam hati Azri memuji budi bahasa Bird. Tokoh tuan rumah terbaik abad ini.
            “Huda ada? Jangan dia usung sekali Damia Humaira cukup. Ada orang tu sendu sepanjang hari karang.” Usik Hanif menyampuk. Huda kawan baik bekas si Azri ni.
            “Kau nak kena cepuk ke apa ni?” Mata dalam Syed Azri dihala ke arah kawan tak guna ni. Ada je nak mengenakan dia hari ni. Siap kau Hanif. Malas nak melayan, Azri keluar daripada bilik dan bergerak ke basement. Mereka nanti kalau berkumpul kat flat Bird ni, sah duduk basement. Mana ada nak berhimpit kat bilik sempit Bird.
            Tangan gatal nak menelefon Nur Lisa. Suara Lisa kedengaran ceria di hujung talian.
            “Lisa kau pergi mana? Bukan tak ada kelas ke hari ni?”
            “Memanglah tak ada kelas. Pergi shopping. Kan baru dapat gaji.”
            “Bukan reti nak bagitau.”
            “Hello Tuan Syed, you are not my boy friend. Be one then you can mess with my life. Since you were not, stay out of it.”
            Be one? Siap kau Lisa. I’ll be the one. ASAP!
            Azri membesarkan telinga. Cuba meneka di mana Lisa berada. Nak tanya segan. Dah siap kena sound direct. Kadang – kadang dia geram juga dengan sikap Lisa yang cakap tak pernah nak fikir dulu. Silap hari bulanlah. Ni anak Tuan Syed Gilani. Pantang dicabar. Kalau dapat nanti nak buat Syed Azri? Remember you chose enmity? Soalan bodoh tiba – tiba menjengah ruang fikiran. Tak kisahlah buat apa pun, pilih apa pun. Janji dapat dulu. She’s not bad at all though!
            “You are talking to Syed Azri Nur Lisa.”
            “La, tahu sangat. Siapa lagi kalau bukan yang berani pergi kompang nama saya Kuntum Renjong. Sure the one and only Syed Azri.” Perli Lisa satu das.
            “Okay, sorry for that.”
            “Tu ke Hanif?” Lisa melilau mencari Tengku Akhbar yang terlindung di celah – celah rak baju agaknya. Kalah perempuan shopping pula dia ni. Spesis lelaki meteroseksual, pentingkan penampilan dari hujung kaki ke hujung rambut. Rimas!
            “Yes. Sorry on behalf.” Azri mula mengayat.
            “Naa..it’s okay. See you at home.”
            “Lisa wait.”
            “Yes?”
            “Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata – kata awak tadi?” Nota kaki di situ. Kau dah bertukar jadi awak. Idea datang tiba – tiba. Bagus juga Huda datang hari ini. Kalau dia usung Damia Humaira lagi bagus.
            “I do the talking a lot. Which one you meant dear room mate?” Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende merepek entah.
            “I’ll be the one. Betcha.”
            Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan – jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.
            “Walk the talk Syed Azri.”





32 comments:

  1. Berguna x 2 benda yang NL simpan kat bawah bantal dia tuh...

    Kalau x sempat guna, rugi jer NL beli...

    Terima kasih untuk N3 awal pagi nih...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  2. akhirnye..yg dinanti dh tiba..tp still mcm x cukup..tamakkan?huhuhu

    ReplyDelete
  3. Serius best.
    Dgn gaya lisa yg agak tak kisah.
    Dgn syed azri yg pantang dicabar,maka jln ceritanya
    pun bermula hehe..

    ReplyDelete
  4. Wah! makin best dan menarik... nak lagi Rin XD

    ReplyDelete
  5. Bagus gak si Kuntum Renjong ni. Dalam berani + daring dia tu sempat gak letak precaution utk diri sendiri. Takut juga kena ngap rupanya.

    ReplyDelete
  6. jeng jeng.. dah mula dah:)

    ReplyDelete
  7. As-salam and Hai KL [usual SB greetings]

    Bravo Lisa … b well prepared with “pepper spray dan pisau lipat tersorok kat bawah bantal” … hehee
    *I prefer to bring pepper spray in my pocket when knows tat I hv a late lecture in the evening – cycling back home fr Uni!

    Comical n amusing Hanif – alahai … how could he believed tat Lisa’s name is Kuntum Renjong! Lisa shud burst into laughter hearing she was called like tat!

    So Lisa still not dating T. Akhbar … with lots of delay … n fr my understanding Akhbar so far has no idea who’s Lisa room-mate !
    And now Azri will accept tat challenge to be Lisa’s boyfriend – jaz to show-off to Damia Humaira …. Later to get seriously involved? !!! Dissolve ur own words Azri … Remember you chose enmity !

    Got to admire Lisa a lot ….. she has a character tat can melts anyone heart!
    Yeah … “Walk the talk Syed Azri” ………..

    TQVM KL ….♥♥♥

    ReplyDelete
  8. aik,"walk the talk SA" ye lisa...

    a) SA buat victory dance,dok fikir lisa bg green lite..

    b) SA ssun strategy mcm main dota sbb wlpun mulut lisa durjana tp akal sgt pnjg..

    c)ape kau merepek ni syira??

    sbnrnye sy xsbr ape akan brlaku lps lisa ckp bnde tuh.itu 1 cabaran buat SA jyeahhh..

    nk pegi spital sbb lidah ni dh trgeliat bace ayat German tuh hehehe,..

    ReplyDelete
  9. Dear KL,

    - Ha..ha..ha...Lisa tunggu tauuu.. SA dah nak buat planing macam2...
    - Alaaa...SA tu memang pada dasarnya suka kat Lisa, tapi mesti la kena ego sikit...anak 'syed' beb...
    - KL, jangan kata Hanif akan ngorat Lisa..tak nak lah akak...baik ngan SA...
    - Luv you today and tomorrow........


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  10. kejam gile dowh panggil kuntum Rejong.. hahhahaa. thanks for the n3 Lisa n Azri just brighten my monday blues

    a'ah nak kene asah lidah ckp german nih.

    ReplyDelete
  11. Rin tunggu Azri bertindak . hehehehe .... thanks kak rin .. :heart:

    ReplyDelete
  12. w.t
    berguna..berguna..
    kalau x dgn SA pun berguna juga kan *wink2
    Awal bgn ya awk. Bagus2! Murah rezeki.
    (NL yea skang nak playsafe tertekan S ke Z..ngeee..)


    lieda
    ini tgah keje on Wesak pon sesmbl korek ideas cr chicky tag line tau..Nak lg pengsan makkkk nyahhh....

    Kk Zen
    hai awak. saya rasa awk baru jmpa ke blog saya? Sbb b4 this jarang drop komen kan?
    Say hai selalu ya :))
    NL & SA tu match make fr hell. Opps...


    TLC
    yes...boleh...boleh tp ikut ramalan cuaca. Skg cuaca x menentu. Zaman GET & Arluna cuaca as predicted. Clear sokmo. Now rain & rainbow silih berganti :))

    Hajar
    alahai berani mana sgt kalau dah spesis x der telur tu. Gaya je lebih lol!


    shima
    jeng!! ni part yg awk tgu eyy. Notti ya..notti tu (jari telunjuk goyang2)


    Jazmeen
    wahhh...patut komen cpat ya skang sbb nak great gaya SB style kat sini. Yeahh!! The method is not important, the thought that counts!

    Hope u hv a great day ahead. Raining & bundle of Monday works :p

    Tg Akhbar session Azri jmpa belum flashback. Remember Azri kept on telling Lisa Tg Akhbar dtg, x nak tanya ke psl Tg Akhbar b4 they sleep tu?

    Later baru nk introduce his character so called baik pun x baik sgt tp baik sikit fr Azri kot. I myself can't wait seeing Azri dissolve his words. Time tu victory dance dgn Syira yeay!


    Syira
    Walk the talk bunyi macho habes kan? Ayat durjana jgak tuh. Tapi tag line perempuan yg up sikitlah kan? Baru sesuai dgn bdak TUM. Kata pandai x kn nk bg ayat commoner kan?
    a)x pun platypus dance.. (Eiiyuuu)
    b)wat the name of tiger is dota??
    c)game ape ko ckp ni Syira??? Sy tatau :(
    Hah! of course typical approach. Jgn nazak2 pikir :p


    Dear kak fadz
    ya ke suka. SA x suka langsung, tarikan laki-perempuan & nafsu semata tuh.
    Anak Syed mmg mcm tu ke? Opps tak lah. Ramai yg x mcm tu. Ini antara yg terpilihb & failed setelah didugaNya. Hahaha...Hanif dgn Lisa? Episod Tg Akhbar pun belum lagi nih. Brapa bnyk nk kacau line ni?
    Luv u every day....

    yuyu
    hahaha...Hanif pon tak agak2...cun gler nama Kuntum Renjong. Gila apa...hahaha... yes glad u feel tat way.
    I pon x pandai ckp okeh!

    ReplyDelete
  13. RinsyaRyc
    Kak Rin tgu Rin drop komen lagi :))
    (rhyme seyh)

    ReplyDelete
  14. tamak nye Azri - takut Lisa jadi trophy rebutan
    dh nk start lh neh kisah perjalanan hidup Lisa & azri!

    ReplyDelete
  15. - Ada berani ke Hanif nak rapat dengan Kuntum Renjong...
    - SA ni sebenarnya rasa tercabar dengan apa yang Hanif cakap dan bila Tg. Akhbar datang kan.... hehehe...
    - Lisa boleh ke buat lawak orang cakap serius gila.... hahaha .... sebab Lisa rasa memang sifat SA yang suka gila-gila tu yang buat Lisa x ambil port.... hehehe
    - SA lain kali nak cakap kena pada masa dan tempat ok.... layannn...
    - Lama x comments...BZ sikit.... - Rindu KL

    ReplyDelete
  16. Kak Rin..saya peminat tegar kak rin..i really2 admire all your nukilan...and this USD buat saya teruja...

    ReplyDelete
  17. ImAn
    yeah nk start dah kesah dorg. Azri x la tamak tp hati tu ada sikit bususss...


    sue
    akak bisy kat PBAKL la ni.
    -hahha confirm tak la tu.
    - SA gatal je jawapannya. Pantang tgk awek dahi licin.
    - Masing2 konon maintain style masing2 amik nti sama2 yg susah
    - sian SA kna ceramah dgn kak Sue
    - x pe janji u always around :)) Sy pun rinduu


    mern
    hai
    wah thank you. Kekalkan keterujaan smpai USD abis insyaAllah.

    ReplyDelete
  18. i loike Lisa neh ... spontan je bila cakap!
    haaa ... precaution tuh ... siap ade pisau lipat g! ... kena lh awak S.azri ... or ...
    Hanif pon nk mengatal cisss ...


    -guest melepak

    ReplyDelete
  19. guest melepak
    nanti Lisa mesti kutuk mulut durjana dia kalau dia flashback neh.
    Hanif try luck cuba jaya je tu. Brani nk rembat member punya? Eh ke berani? Kalau berani mmg ciss...

    ReplyDelete
  20. Aigooo.. Lisa ni.. Suka ckp xpikkir dulu.. Kang susah awak gakk.. Tunggu masa nak kna ngap.. :P
    Tuan syed buaya darat tuuu.. :P
    Hanif ni klakar laa.. Satu xterbela pon ada hati nak try lg. Haishhh..
    Ai imagine mesti lisa ni cun giloss kan.. Sampai TA yg model itali pon dok ikut bontot jer.. Haha
    SA ni laaa.. Behave okay..remember u choose enmity!! ;)

    ReplyDelete
  21. apa nih.. dulu kau describe Lisa cam bese bese aje tak ada yng menarik langsung, and this new bab kau describe Lisa cun abis ala ala model pulak. suda tuka ka.

    -seripagi-

    ReplyDelete
  22. Seripagi hai.
    Part mana yg sy describe lisa bese2 aje bkn usd 1 lg masa kawen org puji sa untung dpt nl ke sy ada miss mana2 nih? Gigih sy pikir ni kot tersalah nk betulkn kot readers lain baca pun x feel. Sy slalu je buat stupid mistakes ni maklumlh self editing. Do point out which part u r referring to.

    ReplyDelete
  23. Mizz acu
    Lisa belum nk insaf lg tu.
    Nti kesedaran sivik timbul mesti rsa nk ptg lidah.
    Hanif cuba jaya tu tp tn syed harus cantas.
    Hmm sa jgn lupa ur choice!

    ReplyDelete
  24. tsk..tsk..
    sometimes i'm afraid to scroll down because maybe this chapter will stop here,
    then i need to wait for your update,
    to know what will happen,
    anyway, tak sabar nak tengok apa SA buat..
    kl ni buat saya tak sabar tunggu chapter baru..
    HOHOHO..

    ReplyDelete
  25. Hehehehe! ada jugak precaution yang Lisa ambik rupanya. Ingat dia buat derk je. Good Lisa, good! :DD

    KL, love you! hehehehe! thanks!

    ReplyDelete
  26. Hai seripagi,
    i also want to know which part and where ever did writer 'described Lisa besa besa' coz from my understanding since Bab1 Lisa was portrayed as beautiful …
    Even S Azri described his wife:
    -Lisa is kinda trophy wife!
    After the marriage ceremony Azri’s friend also commented:
    -“Tuan Syed, cunnya bini. Baru kena nak panggil Tuan Syed…
    -“Syed Azri, kau dengan Lisa jugak akhirnya ya. Panjang jodoh korang. She is so beautiful today!
    -“Lawa weh. Tak nak bagi aku.”
    -“Oh my God, today I think my sister in law is the prettiest lady I’ve ever known.”
    -T.Akhbar dh dari awal since dari Kuala Lumpur mbontot Lisa yg cantik.
    -Even syed Gilani compared Lisa as Jumeirah Jane if ever she come to Dubai !

    Pls criticize with evidence so tat the writer can make amendments to any mistakes made !

    My dear KL,
    I hope this kind of negative criticism and negative mindset will NOT DETER you from delivering ur best but instead take this is as a challenge to spur n inspire u further !
    Most readers do acknowledge and appreciate ur writings and we are very sure tat u do have brilliant ideas & imagination! Any mistakes found – for sure we will point it out positively!

    ~Jazmeen

    ReplyDelete
  27. Rin..suka sgt2!

    Walk the talk & Be one, br lah leh mess up life!
    Stmt baeeekk tu!Caya la Lisa..sgt sesuai la dia ngan Azri.

    Rin sambung la lagi,sy sgt suka baca idea2 Rin.Sgt menghiburkan..i feel alive!!x bohsan tau!TQ!

    ReplyDelete
  28. sori lah, aku tak tau pulak kat sini kena comment or tulis yng elok2 plus puji pujian kalau tak, harus kena chop as negative mind pulak yek .

    -seripagi-

    ReplyDelete
  29. minz
    it's still a good feeling knowing ada next2 update kalau mcm GET, sethn tgu x der smbg tu...hahhaha...I myself 4get the story oredi :p
    hohoho...


    fallenmoon
    hai love...(mood gedik)
    of coz Lisa kna play safe jgak. Namanya sengal tahap babun kalau menyerah & berserah kan. Love u...


    Jazmeen
    panjang tu. Buang masa awk tak, kot sy down tetiba x der n3. Tak lah. Standardla, down sekejap pastu dok scroll usd 1 - 5 & pastu smbg blk usd 6. I dh almost a year writing & hear & read so many voices so this one is kinda special positively to me. Buat u bukak mata & next time oh I better be careful not to do any silly mistake. Dulu mmg x leh blah Mrs Joe tegur psl ank TSF actually dh knal Sean b4 tp I terbuat x knal. Yob malu okeh tp tat help a lot. And the zafran zarfan yg u & Hajar tegur & the hessen heizen yg BulanHijau tegur. All in all are very helpful.
    Much love..

    sal
    Hai...awk rajin jengah KLFP. Thank you :))
    Yes, will sambung. Time kasih. Amat menghargai ur support.


    seripagi
    once i venture into so called e-novel, only 2 things I always bear in mind
    1. positive critics will blow your spirit and keep u goin'
    2. negative critics will challenge & improve your writings
    so it's up to ur judgement.
    Do comment as u wish. if u realized, if I don't be receptive, i won't even publish ur comment.
    Just respect other ppl's opinion. I never ask Jazmeen to back up nor stand for me. It's her opinion. As I respect both.
    You don't hv to say sorry to anybody. Most welcome to lepak here anytime & drop ur opinion as u wish. I'll be glad to read.

    ReplyDelete
  30. hai KL.... singgah & lepak kejap.. sambil layan enovel u kat lepak corner nie ....:)
    baca & sambil berfikir... apa moral of story...
    so... saya nak tunggu update for nexttt.. chapter pulak... LOL. agaknya SA yg jatuh dulu ke atau NL yg tak sempat nak sembur PS bawah telam tuu.... hahahah .. :)

    ReplyDelete
  31. ngeeeee... sukalah dua2 badak nih..hahaha
    boleh kena kencing manis kalau lagu ni kak rin..
    sweet x hengat dunia nih.. (ayt selamba tu sy suka)
    haha... semalam x smpat nk skodeng..
    kalu tau depa selamba lagu ni, ajak bos join baca sekaki.. hahha.. dah berjangkit perngai badak budak SA n kuntum rejong nih..haha..

    ReplyDelete
  32. The air speed indicator is vitally important to the safe operation of any aircraft.
    Knowing how to read each piece of the code can speed up
    a pilot's analysis of whether they should fly or not. On the other hand the barometer only measures in the increments of.
    Check out my web blog ... rocket altimeter

    ReplyDelete