Thursday 30 April 2020

KISS OF 14 DAYS - Part 7


BAB 7


ULANG alik. Kiri kanan. Pusing-pusing. Macam-macam Dahlia buat tapi hati masih tak tenang. Berlegar-legar di depan CCU (Cardiac Care Unit) dari tadi sementara menunggu Amir keluar dari situ.
“Lama lagi ke?”
Dahlia semakin resah. Jari-jemari sendiri terasa sejuk. Entah apalah perkembangan Uncle Tobias dekat dalam tu.

Sweetie.”

Dahlia menoleh ke arah pintu kaca CCU yang terbuka. Melihat Amir keluar dari situ, dia mendekat.
How is he? Okey tak? Saya boleh masuk jenguk tak?”
Bertubi-tubi soalan kau Dahlia oi. Sampaikan Amir panggil dia ‘sweetie’ pun dia boleh buat tak tahu. Ya lah, risau dekat Uncle Tobias sekarang berada di tahap tertinggi. Dan ya, soalan ‘okey tak’ tu patutnya tak boleh diterima pakai. Kalau okey, Uncle Tobias takkan masuk hospital.

Intubated.

Currently on triple inotropes sebab tekanan darah rendah sangat.
Rasa macam nak pitam dengar apa yang Amir cakapkan. Lain daripada tu, dah tak masuk ke dalam pendengaran Dahlia. Tak sangka, baru beberapa ketika tak jumpa Uncle Tobias, hari ni dia dah terlantar di katil hospital akibat serangan jantung dan bertarung dengan hidup mati.
So how? Will he make it through this time? Doktor cakap apa?”
Bertubi-tubi soalan Dahlia dengan suara yang hampir tak terkeluar.
Amir tak menjawab. Ikut hati dia nak peluk tubuh Dahlia untuk menenangkan si gadis yang sudah berair mata. Tapi…argh! Jangan buat-buat lupa mana halal mana haram, bro.
“Kita doakan dia, selebihnya kita serahkan pada Allah.”
Dahlia mengetap bibir seraya mengangguk. Air mata yang menitis diseka dengan hujung jari. Hilang rasa malu menangis depan Amir. Bukan soal hati tisu ke apa, tapi sedih gila terkenangkan Uncle Tobias.
Come, I send you home. Esok kita datang balik.” Amir menghulurkan tangan namun beberapa saat kemudian, dia menarik tangannya semula dan menyeluk poket seluar. Takkan nak berpimpin tangan keluar dari sini dengan Dahlia.
Dahlia berlagak biasa walau debaran semakin terasa. Masing-masing beriringan dan sepanjang turun dari tingkat tujuh hinggalah ke lobi utama hospital, diam tak cakap apa. Sesekali Amir mencuri pandang Dahlia di sebelah. Dia dapat rasakan kesedihan Dahlia yang mungkin tak mampu Dahlia ungkapkan padanya.
“Hari tu dia minta saya belikan tomato paste tapi saya lupa. Then dia cakap tak apa, he will get it later on. Tapi later on nya….”
Tak habis ayat Dahlia. Lagi-lagi air mata semakin laju mengalir, damn! Sekarang bila fikir semula, rasa bersalah tak tanya balik Uncle Tobias masih nak minta dia belikan ke tak.
Amir diam. Nak comfort, dia bukan reti pun. Tapi sekurang-kurangnya dia setia di sisi dan setia mendengar.

“We keep him in prayers, pretty.” Itu saja ungkapan terbaik yang Amir mampu berikan. ‘Jangan sedih’, ‘all will be fine’, ‘he will make it through’
Dia tak cakap semua tu sebab itu hanyalah umpama memberikan harapan palsu pada mereka berdua.
Dahlia mengangguk. Ya, itu yang sebaiknya. Ingat Uncle Tobias dalam doa.
“Nak ke mana, Dahlia?”
Dahlia tersedar bila Amir menyebut namanya. Mask yang tadi dibuka sebab menangis dipakai semula. Melihat sekeliling, tak sedar mereka berdua sudah berada di tempat letak kereta. Sekarang berdiri di hadapan sebuah kereta berwarna hitam.
“Nak balik.”
“I send you home.”
“Tak apa, I can drive.”
“Awak datang sekali dengan Uncle Tobias dalam ambulans, remember?” Amir mendekat dan mencari anak mata Dahlia. Parah sangat dah Dahlia ni teringatkan Uncle Tobias.
Dahlia memejamkan mata. Double damn! Macam manalah dia boleh lupa. Melihat Amir bergerak ke arah pintu di tempat duduk sebelah pemandu, dia membuntuti dari belakang. Amir yang bukakan pintu, tutup pintu Amir jugak. Dahlia ucap terima kasih dalam hati saja. Fikirannya sekarang penuh dengan nama Uncle Tobias dan Damien. Amir cakap dia dah tolong maklumkan pada Damien. Tengok kalau Damien dapat balik ke sini ke tak. Haih…zaman pandemik macam ni jugalah perkara begini terjadi. Dugaan sungguh!

“Your seat belt, Dahlia.”

Beberapa saat kemudian, tak ada respons dari Dahlia. Pandangan menala ke luar sana. Amir menggaru kepala. Nak cakap suaranya perlahan, tak kot. Radio pun tak pasang lagi. Sunyi sepi. Tanpa amaran dia mendekat, tunduk sedikit dan menarik tali pinggang keledar Dahlia.

“Oh, goodness!”

Terkejut Dahlia bukan kepalang. Bila dia berpaling, wajah Amir hanya beberapa inci saja jaraknya daripada dia. Wangian tubuh Amir yang menusuk hidung membuatkan dia statik tak bergerak. Kalah dengan pandangan mata Amir, dia berkalih pandang pada tubuh sendiri yang sudah berlilit seat belt.

“You’re in your own world, sweetie.”
Klik!
And I helped you to fasten your seat belt.

Amir sempat mengenyitkan mata. Bukan niat mahu mengambil kesempatan, tapi Dahlia bagaikan ada magnet kuat yang menarik agar dia dekat pada gadis itu. Tak tahulah magnet ke bisikan syaitan untuk menggoda dia. 
Damn!
Dahlia menelan liur. Why, babe why? Jangan goyah. Remember awek T20? Dan awek supermodel tu?
Dan kemesraan Amir – nurse cantik di CCU sebentar tadi? Memang genetik yang boleh buat orang connect dengan kadar segera agaknya mamat ni. Dia memang stok baik dengan semua orang, cepat mesra dan Dahlia tau dia tak patut rasa begini.

He is simply Amir Dzikry, with his charming superpower.
And.
He already has someone else.

So hati yang bergetar segala tu, shhhhhhh!



“AMIR, dear….”
Ah, sudah! Baru fefeeling nak ucap terima kasih dekat Amir dan berbual lama sikit di lobi, awek supermodel muncul. Keturunan halimunan kot. Tadi tak nampak pun batang hidung, tiba-tiba sekarang ada di depan mata.
“How is he?” Adriana bertanya. Dia terkejut Amir cakap tolong hantarkan jiran ke hospital.
So-so. Kenapa turun waktu macam ni? Bahaya tau.”
Dahlia malas nak dengar. Sempat dia melambaikan tangan pada pak cik guard yang tersenyum padanya di sebalik mask yang dipakai.
“I haus. Nak minum minuman sejuk.”
“Tak reti buat sendiri? Peti sejuk dekat rumah rosak ke?”
“Eeee! Mulut you ni!” Adriana memukul lembut bahu Amir. Kebetulan dia turun ke lobi nak pekena Milo sejuk dari vending machine. Memang gilalah namanya malam-malam macam ni berani turun sorang-sorang. Nak buat sendiri, tak ada ice cube dekat rumah. Alasan!
Tolonglah, tak payah manja-manja depan dia sangat. Hati ni dahlah sedih fikir pasal Uncle Tobias, sekarang terbakar bercampur kecewa pula tengok babak mesra alam Amir dan Adriana.
Tanpa menunggu lama, Dahlia menuju ke arah lif. Adriana yang tersenyum padanya pun dia tak layan. Entah kenapa, dia rasa kecewa gila.

Again, he’s just a neighbourly neighbour darling! 

Dia mengingatkan hati sendiri.
“Dahlia, wait. Whoa….serius you nak tinggal I kat bawah ni?”
Semakin laju langkah Dahlia. Dan belum sempat kaki menapak masuk ke dalam pintu lif yang terbuka, lengannya ditarik Amir.

“Please, don’t go.”

Amir memujuk. Melihat air mata Dahlia berair, dia terpana.

She isn’t crying for Uncle Tobias, bro! 




p/s: Day 7. Ramadan Kareem.
Part 7
Hope you guys enjoy reading!
Mental note: I suka je superpower Amir ni. Gentleman be like.
Hahaha....


Tuesday 28 April 2020

KISS OF 14 DAYS - Part 6


Part 6


“KAT mana ni?” Lain macam pula dia tengok background Danial sekarang ini. Selalunya kalau dia dan Danial video call, Danial mesti berada sama ada di bilik rehat dia atau di rumah sendiri. Ini, nampak macam dekat perpustakaan pun ada dengan rak buku segala. Masa RMO macam ini, takkanlah rajin sangat adik dia ni ke perpustakaan.
“Kat library.”
Sah! Betullah Danial kat perpustakaan.
“Buat apa?” Pelik sangat.Tahulah Danial ni jenis yang payah melekat dekat rumah. Selalu kalau Danial off day, dia habiskan masa pergi hiking, tak pun diving. Kerja di Sabah, memang galak sangatlah dia buat aktiviti yang dekat dengan alam ini. Tapi sejak RMO ni, semua aktiviti tu hiatus lah. Jadi dia bajet adik bongsu dia ini akan melepak dekat rumah. Takkanlah alergi sangat duduk rumah sampaikan lepak dekat perpustakaan pun jadi kot?
“Tu...” Tak jawab secara direct, sebaliknya Danial halakan skrin iPhone ke arah sekitarnya. Melalui skrin, Dahlia nampak ada beberapa orang wanita sedang memotong kain berwarna biru dan ada yang menjahit.

“We are helping our friends. Hospital tengah short PPE, so we do what we can to help them.”
Tiba-tiba Dahlia rasa terharu. Ini satu lagi definisi  #kitajagakita yang betul. 

(Bukannya tolong selesaikan masalah psikologi awek atau tukang beli barang untuk supermodel yang sihat tubuh badan). 

Eh, bitter much, Dahlia? Cepat dia menggeleng.

“Sejak bila kau pandai menjahit?” Saja nak mengusik Dr Danial a.k.a adik yang paling dia sayang (haruslah yang dia paling sayang sebab ini ajaleh satu-satunya adik dia). Walhal dalam hati bangga dengan sumbangan si adik. Walaupun Danial tak terlibat secara langsung sebagai frontliners healthcare dekat hospitalnya, tapi usaha yang dilakukan oleh Danial dan rakan-rakannya itu kira sumbangan besar jugalah.
Orang macam Dahlia, apa yang dia boleh sumbangkan adalah tolong para frontliners dengan #stayathome. Kurangkan risiko jangkitan untuk bantu usaha KKM flatten the curve. Itu cara dia mendefinisikan #kitajagakita 

(bukannya jadi a good listener to a certain T20 awek!)

OMG Dahlia! You are bitter!

“Tengok kakilah. Danny malas aje nak tunjuk skil selama ni.” Sempat lagi si adik membangga diri.
Dahlia cuma mencebik.
“Kak ngah, kau ada call mama tak?”
Dahlia angguk. “Tapi cakap sekejap aje. Tak sanggup cakap lama-lama. Nanti buat drama air mata pula.”
Dah lebih dua minggu nak masuk tiga minggu dah tak jumpa mama dan abah. Selalunya, seminggu sekali dia akan balik Rawang, rumah famili mereka. Perjanjian mereka adik-beradik dengan Puan Halina sebelum keluar rumah nak hidup sendiri dulu, setiap hujung minggu kena balik rumah lawat mama dan abah. Kak Long dan Danial tak terikat sangat sebab masing-masing duduk beribu batu jauhnya. Danial posting di Sabah, Kak Long nun dekat Australia dengan famili sendiri. Jadinya dia seorang sajalah yang kena patuhi perjanjian itu.
“Hahaha... malam tadi baru mama buat drama air mata dengan Danny. Mujur abah cepat tarik phone. Kalau tak, mahu banjir Rawang tu.” Danial gelak-gelak. Tapi Dahlia tahu, si adik pun risau sebenarnya.
“Macam mana kalau sambung lagi eh?” Kalau sambung lagi RMO ni, mahu sebulan dia tak jumpa Puan Halina dan Encik Dahlan. Argh! Rindu!
“I miss mama and abah.” Dahlah tak lama lagi nak puasa.
Danial senyum nipis.

“Memang akan disambung, kak ngah. This will take time. A lot of time. Bukan setakat dua tiga minggu. We need to flatten the curve or we will face the second waves which will be more dangerous and impossible for us to handle. We don’t have enough capacity to handle massive patients. Sekarang ni pun, healthcare workers dah penat. Working around the clock, tak cukup rehat. Jangan sampai diaorang burnt-out, lagi payah nanti...”
Dahlia terdiam.

“I miss our parents too. Tapi dalam waktu macam ni, semua orang kena sacrifice something. One of my friend, doktor di wad Covid, bini baru bersalin. Lima tahun tunggu nak ada anak, bila dah dapat, nak pegang baby pun tak boleh. It’s a sacrifice he needs to make, untuk pastikan anak dia akan hidup dalam dunia yang selamat lepas ni. So, just be patient, okay?”
“Yeah, kak ngah faham. Anyway, you take extra care okay?” Tipulah kalau kata dia tak risaukan adiknya itu. Kumpulan yang paling dekat dan mudah nak dijangkiti kalau tak berhati-hati.
“You too. Tinggal sorang-sorang tu, kena be extra careful. Tulah, orang nak carikan suami, tak nak. Kalau tak, kan dah ada orang jaga sekarang.”

“I can take care of myself, kiddo!”
“But it would be great if ada orang yang jaga kan?”

Dahlia juling mata ke atas. Klise sangat ayat tu!
“Jangan cakap orang. Kau pun sama!” Macamlah ada orang yang ‘jaga’ dia di Sabah tu!
“Danny dah ada yang #kitajagakita. Cuma ada halal gap aje lagi.”
“What?” Daniel dah ada seseorang?
“Hahaha... so cari cepat kak ngah. Tak nak langkah bendul. Okeylah, babai.”
Talian terus dimatikan tanpa sempat Dahlia menjawab. Huh, diam-diam dah ada yang punya rupanya. Bermenantukan orang Sabahlah Puan Halina dan Encik Dahlan nampaknya.



DAHLIA baru selesai memberi salam bila terdengar loceng rumahnya berbunyi. Dalam hati macam tahu saja siapa gerangan yang datang. Ikutkan, malas nak buka. Entah apa lagilah barang yang nak ‘dipinjam’ oleh Amir.
Dia tunggu beberapa ketika, dengan harapan Amir akan berputus asa. Namun makin galak pula lelaki itu menekan loceng rumahnya. Dahlia mendengus keras seraya bangkit menuju ke pintu.
“What?” Ditadah muka sahaja dari balik pintu. Muka Amir pun dipandang sekilas sebelum pandangan jatuh ke tangan Amir yang sedang memegang Tupperware.

“Hei, sweetie.” Amir hulur senyum.
Macam biasa, Dahlia bagi jawapan satu syllable.
“Ya?”
“Sorry to bother you, but I need to tell you something.”
Dahlia pandang wajah Amir. Nak bagi penerangan fasal Adriana pulak ke? No, thank you!
Baru dia nak buka mulut, Amir terlebih dahulu bersuara.
“Bila last time you nampak Uncle Tobias?”
Dahi Dahlia berkerut. Dalam banyak-banyak perkara, ini perkara terakhir yang dia jangka akan keluar dari mulut Amir.
“Semalam. Why?” Semalam dia ada ke rumah Uncle Tobias, hantar puding roti yang dia buat.
Amir menoleh ke kanan, menghala ke arah rumah Uncle Tobias. Berkerut-kerut mukanya. Tak tahu kenapa, dada Dahlia rasa berdebar tiba-tiba.
“Amir? Kenapa?”
Amir kalih pandangan memandang Dahlia.
“I just came from his house. Ingat nak hantar spageti ni sikit pada dia. Tapi...” Amir nampak serba salah nak teruskan cakap. Risau kalau Dahlia panik pula.
“Tapi apa?” Dahlia dah buka daun pintu luas-luas.
“Saya tekan-tekan loceng, dia tak buka pintu. Dia ada cakap dekat awak dia nak pergi ke mana-mana ke?” Telahan Amir masa Uncle Tobias tak buka pintu tadi, mungkin Uncle Tobias keluar ke mana-mana. Tapi sepanjang perjalanan balik ke rumahnya tadi, dia asyik teringat apa yang Dahlia ceritakan dulu. Uncle Tobias dah tak larat memandu. Uncle Tobias duduk sendiri. Uncle Tobias SAKIT. Mengingatkan perkara itu, dia jadi tak sedap hati. Itu yang dia datang tanya Dahlia tu.

“Tak ada pula. Dia kalau nak pergi mana-mana mesti akan beritahu saya. Mana dia larat gerak sendiri.” Dahlia makin susah hati.
“Anak dia balik?”
Dahlia menggeleng laju. “Italy tengah teruk. Damien tak sanggup ambil risiko balik sini.” Dahlia makin tak tentu arah rasa. Terus dia capai kunci rumahnya di atas meja kecil di tepi pintu sebelum dibuka laci meja yang sama lalu dikeluarkan segugus lagi kunci. Kunci pendua rumah Uncle Tobias yang disimpannya untuk tujuan kecemasan.
“Eh...eh... awak nak pergi mana?” Amir depangkan tangannya, cuba menghalang Dahlia yang sudah kelam kabut menyarung selipar.
“Pergi rumah uncle la. Risaulah saya.”
“Kut ya pun, pergilah buka telekung tu dulu sayang oii. Takkan nak bertelekung ke sana?” tegur Amir, tenang. Dalam waktu macam ini, salah seorang kena bertenang sebab dia tengok Dahlia dah mula masuk mode panik.
Dahlia menurut sahaja arahan Amir. Masuk ke dalam rumah, sempat telinganya menangkap arahan Amir.

“Bring your phone with you, yeah?”
Lima minit kemudian, dia kembali menyarung selipar dan berdua, mereka berjalan laju menuju ke rumah Uncle Tobias.
Sampai di depan pintu, sekali lagi Amir cuba menekan loceng rumah lelaki itu. Selepas beberapa ketika, hanya kesunyian jawapan yang mereka terima. Dengan tangan terketar-ketar, Dahlia gunakan kunci yang ada di tangannya untuk membuka pintu rumah Uncle Tobias.
Masuk sahaja rumah, tak ada satu pun lampu terpasang. Dada Dahlia makin berdebar.
“Amir...” Tanpa sedar tangan naik menarik lengan t-shirt Amir.
“Shhh... it’s okay.” Amir cuba memujuk Dahlia yang sudah kepucatan. Tangan meraba dinding, mencari suis. Sebaik sahaja cahaya lampu memenuhi ruang tamu, mereka perhatikan sekeliling. Kosong, tak nampak kelibat Uncle Tobias.
“You stay here. I’ll go and check the bedroom.”
Dahlia angguk, memandang belakang Amir yang sudah bergerak menuju ke arah bilik utama. Tak sampai beberapa saat, Amir keluar, laju mendapatkan dia.
“Kenapa?”
“Mana telefon awak?”
Dahlia hulurkan telefonnya kepada Amir.
“Kenapa ni?”
Tak menjawab soalan Dahlia, jari Amir laju berlari di atas skrin sebelum telefon itu melekap ke telinga.
“You’re scaring me, Amir.”
Amir senyum. Disentuh lembut bahu Dahlia, cuba hendak menenangkan gadis itu. Dahlia tarik nafas dalam, cuba hendak bertenang namun ketenangan itu sebentar cuma tatkala telinganya terdengar kata-kata Amir.

“Hello, kecemasan? Ya, saya perlukan ambulans.”



ps: Alhamdulillah. Consistent bagi entry. Definitely not an easy things to do since 3 of us memang ada schedule sendiri.
But here we are, dah Day 6 Ramadan dah.
Thank you for reading guys!

Love,
xoxo
RA@KL



Monday 27 April 2020

KISS OF 14 DAYS - Part 5



Part 5

“TERIMA kasih.” Dahlia tundukkan sedikit kepala ke arah abang Pos Laju selepas selesai dia berikan nombor kad pengenalan dan namanya, tanda dia akui penerimaan barang yang dihantar. Bungkusan di atas meja pengawal blok diangkat. Mujur cepat sampai portable hard disk yang dipesan kelmarin. Musim macam ini, segala gadget dia nak buat hal. Boleh pula masa tengah ralit buat kerja kelmarin, tiba-tiba komputer dia padam. Puas digodek-godek, langsung tak menyala. Nak hantar ke kedai, mana ada kedai yang buka. Mujur jugalah dia ada laptop spare dan segala kerja dia selamat tersimpan di Cloud. Kalau tidak, menangis air mata darahlah nak recover semua balik.

“Buat apa dekat bawah ni?”

Dahlia yang tengah membelek bungkusan di tangan terus angkat kepala bila terdengar soalan yang ditanya dengan nada ala polis itu. Dikerling Amir yang berdiri satu meter di belakangnya.
Tak menjawab, dia sekadar angkat bungkusan di tangan sedikit tinggi. Faham-faham sendirilah.

“Oh, pos laju.”

Dahlia tersenyum di balik surgical mask yang dipakai. Faham pun. Clever boy! Eh, silap. Clever man! There’s nothing boyish about Mr Spicy, Dahlia. He’s a ‘manly man’ through and through. Sempat lagi hati nak memuji.

“Saya baru balik AEON.” Macam biasa, Amir ramah nak bercerita. Siap diangkat dua plastik beg yang nampak sarat jugalah dengan barang. Tak environmentally conscious langsung!
Dahlia cuma buat muka mono dia. Dia tak tanya pun! Kononlah. Walhal sebenarnya hati tertanya-tanya juga. Semalam keluar beli barang. Hari ni keluar beli barang. Hari-hari datang rumah Dahlia cari barang. Tak pernah cukup ke barang mamat ni? Tapi tulah, nak tanya secara direct, memang taklah.
“Tunggu juga kalau awak nak kirim tadi, tapi tak datang ketuk pintu rumah pun.” Amir buat suara sedih.
Dahlia rasa nak tergelak. Macamlah selama ni dia pernah pergi ketuk pintu rumah Amir. Yang Amir pun, tiba-tiba pula tak reti ke nak datang ketuk pintu rumah dia? Bukanlah kata dia nak kirim apa-apa. Barang-barang keperluan memang semuanya mencukupi. Tapi orang kata, courtesy. Kalau bersungguh nak tolong, tunjuklah sikit effort tu. Kan?
“Kalau ada nombor telefon awak kan senang? Saya call aje kalau ada apa-apa.”
Kali ni gelak Dahlia meletus jugak. Trick nak minta nombor phone dia sajalah ni ya?
“Saya...” 

“Amir, dear...” Tak sempat Amir nak sambung cakap, tiba-tiba ada suara menegur.
Cepat Dahlia kalih pandangan ke arah si empunya suara. Ohmaigad... sejak bila pula ada supermodel duduk kondominium ni? But then again, macamlah dia jenis bercampur orang. Entah-entah ada VVIP duduk sini pun, manalah dia nak tahu.
Dahlia perhatikan wanita yang tiga empat kali ganda lagi polish daripada awek T20 semalam itu mendekati Amir. Ini T20 level paling atas ni. Tinggi, slim, cantik jelita. High kurlasss gitu! Memang JAUH bezalah dengan Dahlia yang serba sederhana ini. (Serba sederhana pun, dia ada tudung jenama Arzu, okey!)
Ternaik sebelah kening Dahlia. Dengan tak pakai surgical masknya (ya..ya..dia tahu bukan benda wajib pun nak dipakai), dengan tak tahu makna social distancing nya (sebab dekat sangat pulak dia berdiri sebelah Amir tu), jadi meluat pula Dahlia tengok. Ini poster child untuk beauty without brain ke apa? Tak faham seruan kerajaan agaknya.
“Lama ke you tunggu?” Gemeresik suara awek supermodel itu bertanya.
“Eh, taklah. I baru sampai.”
Sorry, I terlelap tadi. Tak dengar pun bunyi call masuk. Nasib baik I terjaga juga, nampak misscalled you and WhatsApp you. Tu yang cepat-cepat turun. Tak sempat nak bersiap.”
Wutttt? Tak sempat bersiap? Dahlia pandang awek supermodel yang memakai sleeveless dress labuh dengan rambut terlepas bebas tapi masih nampak rapi itu atas bawah. Dengar macam simple aje penampilannya, kan? Tapi kalau dibandingkan dengan Dahlia, setakat duduk rumah, pakai sahaja macam apa yang tersarung di tubuhnya sekarang. Sweat pants dan tshirt lengan panjang. Tudung pun setakat selendang pleated saja melilit kepala. Kalau pakai macam ni punya lawa pun awek supermodel boleh kata tak sempat nak siap, Dahlia tak dapat nak bayangkan definisi bersiap awek ni macam mana.
Eh, kejap! Apa tadi awek ni cakap?


Awek supermodel: Lama ke you tunggu?
Amir: Eh, taklah. I baru sampai.


Oh, ada janji nak date ke kat lobi ni? Agaknya ni new normal kot. Nak date kat luar tak boleh. Jadi, kat lobi rumah pun jadi? Tiba-tiba Dahlia rasa macam third wheel pula. Tanpa pamitan terus dia pasang langkah menghala ke lif.
“Err... Dahlia...” Di belakang Amir seru nama dia, tapi dia buat-buat tak dengar. Hadaplah awek supermodel tu. Nak panggil-panggil dia buat apa?
“Adriana...”

Wow, nama! Setaraf Adriana Lima sungguh walau pun awek ini kemungkinan besar namanya sekadar Adriana Albab? Dahlia ambil kunci rumah, tekan butang lif.
“Ni barang-barang yang you pesan tadi.”
Oh, hari ni #kitajagakita dengan cik supermodel pula yang, Mr Spicy?

“Berapa semua ni, dear?”

Dear? Uweek! Dahlia pandang skrin di dinding lif. Cepatlah lif sampai. Makanan dia rasa nak terkeluar balik dah ni.

“Resit semua ada dalam tu. Nanti I WhatsApp you nombor akaun I. You transfer saja okey?”
Wow! Berapa ramai nombor telefon awek yang ada dalam contact list awak ya, Amir?
Akhirnya lif yang ditunggu sampai. Tak tunggu lama, Dahlia meluru masuk. Amir yang memanggil-manggil namanya dibuat tak tahu. Liur ditelan, kesat.


Dear heart, he’s just a neighbourly neighbour. 
Nothing more and nothing less.


Di depan lif, Amir terkebil-kebil pandang lif yang sudah tertutup. Bagai nak rak dia panggil, boleh Dahlia blah buat tak tahu aje? Nak kata dia panggil tak kuat, rasanya dah cukup kuat dah lantunan suaranya tadi. Nak kata Dahlia yang kurang pendengaran, amatlah mustahil sebab tadi sebelum kemunculan Adriana, elok sahaja dia dengan Dahlia berbual walaupun ia sekadar komunikasi sehala. Jadi apa masalah gadis itu sebenarnya?

“Siapa tu?” Soalan Adriana buat Amir menoleh ke kanannya. Wajah penuh tanda tanya sepupunya itu dipandang sejenak.
Oh, rasanya dia tahu apa masalah Dahlia. Tanpa sedar, bibir menyungging senyum.
“Orang tanya, dia senyum pulak. Who is that girl?”
“My neighbour.”
Neighbour? Baru pindah ke?” Selama ni kalau dia ke rumah Amir, tak pernah pula nampak. Jiran-jiran Amir yang lain tu pernah jugalah dia terserempak.
“Ya. Baru pindah ke hati I.” Amir ketawa kecil. Cheesy sangat!
“Aww... my baby brother are in love.” Adriana senyum lebar. Suka sepupu yang dah dianggap macam adik sendiri tu akhirnya jatuh cinta. Bukan senang tak tackle hati seorang Amir Dzikry ni.

Amir cuma tersenyum. Love? Nah... it’s too soon. But I’m heading there. Perhaps?


p/s: Kitaorang nak tulis tudung brand yang tengah viral tapi
diberi hidayah agar tak terlibat dengan 
RMO cheap puclicity.
LOL!
We will definitely heading out from RMO full of great memories. 
If you think you don't have one worth to be remembered, create one today.
A simple hello and a sincere smile to a stranger perhaps!
Love
xoxo
RA@KL


Sunday 26 April 2020

KISS OF 14 DAYS - Part 4


Part 4

LAMA Dahlia berdiri melihat gelagat Amir dari jauh. Kejap sauk poket seluar kiri, lepas tu kanan pula. Kemudian poket belakang pula. Beg plastik di tangan pun gigih diselongkarnya.
Disebabkan kebaikan yang ditabur Mr Spicy beberapa hari lepas, terasa pula nak beramah – mesra (Read: tanya soalan yang hanya ada tiga patah perkataan).
“Kunci hilang ke?”
“Oh, hai sweetie. Yes. Tercicir kot. Rasa tadi letak dalam poket ni hah.” Amir siap buat gaya. Waktu kritikal macam inilah boleh terjadi benda yang dia impikan iaitu sesi beramah mesra dengan jiran tetangga tapi bukan sekarang! Kunci hilang dan tengah sakit perut pula. Pakej betul wrong timing nya itu.

Ish, dia ni! Memang dasar sweet talker. My darling Dahlia la, sweetie la, brown eyes girl la. Spesifiklah sikit brown eyes girl yang nama Dahlia Adeeba. Mamat ni tak tahu agaknya 79% populasi manusia adalah berwarna coklat. Kalau cakap coklat cair siap ada darker shades keliling barulah Dahlia Adeeba jadi dia tak boleh nak layan sangat ayat manis Mr Spicy. Boleh syok sendiri jadinya nanti.

“Dahlia...missy...” Amir mengejutkan dia dengan menggunakan jari tengah dan ibu jari betul-betul di depan muka Dahlia. Ingat pandang tombol tajam macam tu boleh terbuka pintu ni?
“Oh...yes. Bye.”
Dahlia tersedar daripada lamunan. Setakat nak tegur dan berbasa – basi saja pun. Tak ada pun niat dalam hati nak tolong panggilkan locksmith bagai. Musim RMO macam ni lagilah, bukan kerja mudah nak dapatkan perkhidmatan nonessential.
Amir ketap bibir. Bye? Seriuslah minah ni. Level caring tahap hancur.
“Agak – agak awak kan, patut tak saya slow talk dengan tombol ni? Orang cakap communication is key.
Geezzz!” Dahlia gelengkan kepala. Terus dia berpaling nak menapak ke rumah sendiri. Sempat Amir buat lawak dalam keadaan macam ni? Kalau dia dah berpeluh dahi siap pakej anxiety.
“Dahlia, kalau saya tak boleh masuk rumah, saya tumpang rumah awak ya.”
Hell no! Saya sanggup slow talk dengan tombol pintu awak sampai esok pagi. Sampailah pintu tu terbuka.”
Dang! Dia tersedar dia dah bercakap tiga patah perkataan darab lima. Banyak tu! Patutlah Amir gelak bagai nak rak, siap perli.
“Oh, macam tu caranya nak dengar suara Miss Dahlia kita banyak sikit.” Maklumlah, kali terakhir dia dengar Dahlia banyak cakap sikit pun masa bercerita mengenai Uncle Tobias lepas tu tiap kali dia ‘men-Speedmart-kan’ rumah Dahlia, ayat balas si gadis cuma terhad kepada ‘Anything else? Enough? Okay. Sure.’


“Amir, hey! Kunci rumah you tadi termasuk dalam beg kertas I. Nasib I ingat unit rumah you yang mana satu.”
Dahlia – Amir serentak menoleh dan tanpa banyak bunyi, Dahlia angkat kaki.
Malas nak ambil port seraya seorang gadis manis melenggang ke arah mereka berdua. Kalau dia boleh kategorikan rupa paras dan gaya gadis manis ini, dengan mudah dia lontar ke kategori T20. Polish habis!
Sambil berjalan ke arah rumah sendiri, telinga macam supersonic mendengar perbualan Amir – Gadis T20.

Gadis T20: Thank you. Kalau you tak pinjamkan, susah I nak work from home.
Amir: Tak ada masalah.
Gadis T20: Patutlah you famous kat Indigo. Leila cakap semua orang suka you.
Amir: Eh, tak ada lah.
Gadis T20: Okey, yang penting I yang you baru kenal pun I dah rasa selesa sangat dengan you. You are a good listener. Boleh connect dengan I sangat. Rasa macam dah kenal lama.


Dahlia angkat sebelah telapak tangan ke telinga. 
Euwww! Nak angkat dua – dua buat tutup telinga kot over sangat pula. Sungguh tak sanggup dengar. Jadi, mulut manis, suka tolong orang, baik dengan semua makhluk dalam dunia ni memang genetik si Amirlah agaknya.
Dahlia meloloskan diri dan cepat – cepat dia menutup pintu dan bersandar di pintu. Entah kenapa ada satu rasa kurang senang yang muncul.

Dear heart, your job is to pump blood, please stop involved in everything.

Dahlia cuba menenangkan diri sendiri.



“Dahlia...Dahlia.”
“Oh, God!”
Bunyi ketukan dari luar yang  bertalu – talu dengan suara Amir yang terang memanggilnya buat dia tersentak. Tangan yang direhatkan di dada buat menenangkan diri terus bergerak ala – ala mengurut dada sendiri. Terkejut woi!
Anything?” Dahlia menjengah keluar. Muka je dia tadah. Badan masih di sebalik pintu.
“Tadi tu, just a friend. Baru kenal so basically hashtag kita jaga kita. Macam you dengan Uncle Tobias.”
“I see.” Dahlia tak pasti nak bereaksi macam mana. ‘I see’ kan ajelah. Gigih betul nak datang bagi penjelasan dah kenapa? Neigboring obligation, not!
Emm...I’m going out tomorrow. Kalau you tak nak keluar, I boleh tolong belikan. Nanti bagi list ya.” Amir agak speechless mendengar dua patah perkataan ‘I see’ tu. Semacam auranya!
No, thank you. You memang tak boleh tak keluar ke satu hari?”
Amir senyum dan tunduk.
“Sebelum RMO, rumah ni port I tidur je. Mostly masa I banyak kat luar. Weekend balik rumah parent so telling people like me who rarely spend time at home is like telling someone who has migraine ‘please be thankful that you have a head’. Datang ‘Speedmart’ ni pun dah boleh buat I bahagia tau.”
Dahlia kulum senyum. Simpati pun ada. Nak tergelak pun ada.

Quarantine for some people must be very hard.’

Hahahaha! Dia gelak sebenarnya dalam hati. Ada juga manusia yang tak reti nak duduk rumah. Tak mencapai moto rumahku syurgaku la nampaknya.
Okay.”
Nak jawab apa lagi selain daripada tu, Dahlia bukan wordsmith. Tak pandai dia nak ayat berbunga bagai. Ikutkan hati nak juga sound, duduk rumah diam – diam tu sekarang dah jadi tanggungjawab warga negara dah bukannya aktiviti untuk suri rumah dan introvert saja. Kalau berjuta lemon spesis macam Amir, bila masa nak putus rantaian Covid-19 ni? Duh!
Okay, saya balik dulu. Saya dengan Tisha tadi tu tak ada apa – apa tau. Just kita jaga kita.”
Dahlia buat muka ‘ada aku kesah’, angkat tangan babai dan terus tutup pintu. Nampak sangat konsep kita jaga kita tak sama definisinya kat sini.

Dahlia – Uncle Tobias : Tolong beli grocery untuk elderly
Amir – Tisha (Gadis T20) : Tolong selesaikan masalah psikologi awek (Read: You are a good listener. Uweeek)
Dahlia – Amir: Level Speedmart.

Betullah, keadilan dah tak wujud di dunia ini.



p/s: Hahaha....saya setuju sangat lah Part last Dahlia cakap tu. Keadilan dah tak wujud kat dunia ni. 
Hanya Dia yang Maha Adil.
And 
Dear Dahlia, fair means you get what you need.
Maybe you need that simple hello and feel contented
and that T20 girl need consolation yet feel miserable.

Kalau ikut kata hati, forever life is not fair, deal with it guys - RA@KL
Ramadan Kareem






Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...