Saturday, 25 April 2020

KISS OF 14 DAYS - Part 3



Part 3

DARI satu rak ke satu rak dia bergerak. Sebelah tangan menolak troli, sebelah lagi pegang senarai barang-barang yang perlu dibeli. Sesekali, mata melilau pandang ke sekeliling, bimbang kalau-kalau ada orang lain yang tak mengamalkan social distancing macam yang dikehendaki pihak berwajib. Sejak dia masuk ke dalam pasar raya ini tadi, sudah dua kali ada orang lain berdiri dekat dengan dia. Hendak ditegur, dia takut mereka tak boleh terima. Maklum sajalah, kalau melibatkan ‘ketua keluarga’ ini, ego itu mesti melangit semacam. Lebih-lebih lagi yang menegur pula, perempuan macam dia. Jadi, demi hendak mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan, baiklah dia sendiri yang ambil langkah jauhkan diri.

Sebotol minyak seberat 3kg dicapai lalu diletakkan di dalam troli yang sudah separa penuh. Kemudian dicapai lagi sebotol minyak yang sama lalu dimasukkan sekali ke dalam troli sebelum troli itu ditolak menghala ke bahagian beras. Sambil menolak, sambil dia membelek senarai barang di tangan dan melihat barang-barang yang sudah memenuhi troli. Rasanya semua barang yang diperlukan untuk tempoh masa empat belas hari yang akan datang sudah diambil. Tinggal lagi hendak ambil beras sahaja. Beras dia memang masih berbaki lagi tapi dah alang-alang keluar ini, baiklah dia beli stok terus. Bukan boleh jangka berapa lama lagi tempoh RMO ini akan berjalan. Mulanya hari itu, cuma 14 hari. Kelmarin, ditambah lagi 14 hari. Kalau kerajaan Malaysia ikut pelan yang sama negara luar pakai, rasanya memang akan bertambah lagilah tempoh masa kena berkurung dalam rumah.
Sampai di seksyen letaknya beras, Dahlia terus capai beras jati 5kg. Masuk troli sekampit, kemudian dia capai lagi sekampit.

Woah, girl! Panic buying ke apa ni? Relakslah. Kan government dah cakap keperluan makanan mencukupi...”

Tiba-tiba ada suara yang menegur di belakangnya. Niat hendak menolak troli menuju ke kaunter pembayaran terus terbantut. Dahlia terus berpaling ke belakang. Mengeluh kecil dia saat terpandangkan kelibat Mr Spicy. Walaupun muka separuh bertutup dengan surgical mask, tapi kalau dah hari-hari muka ini terpacak depan pintu rumah dia, haruslah dia cam.
“Awak duduk seorang sahaja kan? Dah kenapa beli barang macam ada sepuluh orang duduk dalam rumah?” Amir sudah berdiri di sebelah troli Dahlia sambil menjenguk ke dalam trolinya.
“You should be one metre away from me, sir!” Laju Dahlia bergerak menjauhi Amir.
“Tak payahlah paranoid sangat.”
“Bukannya paranoid, tapi just being cautious.” Dahlia tarik troli lalu ditolak menuju ke arah kaunter pembayaran.
Fine...” Amir mengeluh perlahan sebelum mengekori Dahlia menuju ke kaunter pembayaran.
Beratur di bahagian pembayaran, Dahlia dapat rasakan yang Amir ada berdiri di belakangnya. Macam terasa-rasa sahaja mata helang lelaki itu sedang memandang dirinya. Mulalah dia nak rasa self-conscious, perasaan yang selalu dia rasa setiap kali berhadapan dengan Amir atau dengan sesiapa sahaja pun. Sebab itulah setiap kali Amir datang ‘pinjam’ barang di rumah dia, sepatah dua perkataan sahaja yang keluar dari mulut. Bukan dia hendak menyombong tapi sejak dulu lagi memang perangai dia macam itu. Tak reti nak bercampur dengan orang, tak selesa bila berhadapan dengan orang yang dia tak berapa kenal.
Zaman belajar dulu, jenuh jugalah dia hendak menghabiskan empat tahun dekat universiti tu. Mujurlah ada seorang kawan baik yang kekal jadi kawan baiknya sampai sekarang. Disebabkan perangai dia ini, hendak cari kerja pun susah. Mujurlah kerjaya sebagai software engineer yang disandang dengan jayanya selama tiga tahun ini sejenis kerja yang boleh dibuat dari rumah sahaja. Sebulan sekali sahaja kena keluar jumpa majikan. Itu pun kalau perlu. Yang penting kerja tip-top dan dia dapat siapkan semua kerja tepat pada masanya.

Selesai buat pembayaran, terus ditolak troli menuju ke tempat letak kereta. Laju kaki melangkah. Bimbang kalau-kalau Amir ajak berbual lagi. Bukan tak sudi, tapi sumpah dia risau dia tak reti nak bereaksi macam mana. Tengok daripada gaya Amir, Mr Spicy itu jenis yang mudah mesra kalau dah mula kenal. Dia pula, sejenis yang kena kenal dalam satu jangka masa tempoh yang lama barulah nak mesranya. Dan selalunya dalam tempoh nak kenal tu, ‘perjalanannya’ tak berapa nak cantik. Sebab itulah agaknya sampai sekarang pun masih flying solo lagi.
Lima belas minit kemudian...
 AMIR sengaja perlahankan langkah. Konon-konon nanti waktu dia sampai di lobi kondominium bolehlah buat-buat terserempak dengan Dahlia. Mereka ini nama sahaja duduk satu aras, tapi entah kenapa boleh pula tempat letak kereta yang memang dah disediakan untuk setiap satu unit kondominium satu petak khas letaknya sangat berjarak. Dia punya memang dekat sangat dengan kawasan lobi. Yang Dahlia punya nun di hujung sana.

Niat hati hendak pergi sahaja menjejaki Dahlia ke tempat etak keretanya. Tapi takut pula Dahlia ingat dia sejenis stalker. Bukan dia saja-saja nak cari tapi bila mengenangkan barang-barang yang dibeli Dahlia tadi hampir penuh satu troli, terfikir juga dia macam mana gadis bersaiz M macam Dahlia itu nak angkut bawa ke atas. Nak juga dia tolong. Tambahan pula hati ada sedikit rasa bersalah. Terasa macam Dahlia stock up sebanyak itu sebab dia buat macam rumah si gadis manis itu bagaikan Speedmart. Asyik datang ‘meminjam’ barang sahaja. Tapi... macam tak mungkin! Cumanya...
Miss, mari saya tolong.”
Mendengar kata-kata tersebut buat Amir angkat kepala. Dah sampai lobi rupanya! Terus mata mencerun pandang kelibat si gadis yang memenuhi segenap ruang fikirannya tadi. Berkerut dahi dibuatnya tatkala memandang keadaan Dahlia. Dengan kedua-dua belah bahu bersangkut dengan grocery bag yang boleh tahan beratnya jika dilihat dengan mata kasar, tangan pula menjinjing dua kampit beras. Bahu tu dah macam nak rebeh dah dia tengok!

Stop!” Laju mulut dia mengeluarkan arahan bila dia nampak pengawal keselamatan blok mereka cuba hendak membantu Dahlia. Terus dibawa langkah mendekati gadis itu.
            Tak pedulilah dengan social distancing atau pandangan mata bulat Dahlia. Tanpa sebarang kata, dicapai kampit beras di tangan Dahlia lalu dipeluk dengan sebelah tangannya. Kemudian ditarik pula salah satu grocery bag di bahu Dahlia lalu disandang ke bahu sendiri.

“Damn! You could hurt yourself!” Keras dia bersuara. Marah juga dibuatnya. Mana taknya, maha berat kot! Macam manalah cik adik badan kecik ini boleh bawa barang-barang ini dari tempat letak kereta sampai ke sini tadi?

Amir terus melangkah menuju ke arah lif. Fikirnya Dahlia akan mengekor dari belakang tapi sampai depan pintu lif dia rasa macam diri berseorangan pula. Dikalihkan pandangan ke tepi, tak ada kelibat si gadis. Terus pandangan menghala ke arah lobi. Nun di tengah ruang lobi, Cik Dahlianya sedang terkebil-kebil memandang ke arahnya. Menggeleng kecil dia dibuatnya. Kut ya pun kagum dengan aksi knight in shining armour dia tadi, janganlah sampai terkaku macam itu sekali.

“These things won’t go up by itself, miss...” Perli Amir.
Dahlia masih pegun.
Babe?”
Dahlia terus kaku.
“Dahlia?”
Dahlia masih kekal tak bergerak.
“Lengan saya dah nak tercabut ni.”
Dahlia tetap begitu.
Amir mengeluh perlahan.
“Kalau awak tak gerak, saya yang akan ke sana dan saya tak akan ambil kisah fasal social distancing ni semua. Infact, I might just touch you...” Dia buat-buat hendak melangkah ke arah Dahlia.

Mungkin kerana percayakan ugutan dia, mencicit Dahlia bergerak mendapatkan dia. Amir senyum kecil. Tahu takut!
Dalam lif, masing-masing diam. Dahlia tegak pandang pintu lif. Dia berdiri di dalam petak di belakang Dahlia, memerhatikan gadis itu.
“You bought all these... not because of me, right?” Amir memecah kesunyian.
Huh?” Dahlia berpaling sedikit.
Amir angkat kening. “Saya buat rumah awak macam Speedmart. Sebab tu ke awak stock up banyak macam ini?” Suara dinadakan dengan sedikit rasa bersalah.
Entah kenapa, soalan dia mengundang ketawa gadis itu. Amir senyum sendiri. Pertama kali dengar Dahlia ketawa walaupun bukannya ketawa sepenuh hati, masih mampu buat dia rasa... gembira?

Tak sempat soalan dia berjawab, lif berhenti di tingkat 11. Melangkah keluar dari lif, sekali lagi dahi Amir berkerut. Kaki Dahlia tak melangkah ke kanan, menuju ke unit kediaman mereka sebaliknya Dahlia ke arah kiri, memasang langkah menuju ke unit rumah paling hujung sekali. Selama duduk di sini, dia tak pernah lagi sampai ke bahagian ini. Yang dia tahu, balik kerja, terus saja masuk ke pintu rumah sendiri. Sebab itulah dia tak pernah tahu pun selama ini dia hidup berjiran dengan gadis bernama Dahlia ini.

“What are we doing here?” tanya Amir sebaik sahaja kaki Dahlia berhenti di depan pintu bernombor 8A.
Dahlia tak bersuara, cuma matanya nampak sedikit sepet ketika dia berpaling memandang Amir. Tengah tersenyumlah tu...
Dahlia picit loceng rumah berkenaan. Beberapa ketika kemudian terdengar pintu rumah terbuka dan suara seorang lelaki kedengaran di dalamnya.
“My darling Dahlia...” Sebaik sahaja pintu terbuka luas, terpacul kelibat seorang lelaki bertongkat yang agak berusia di jenang pintu.
“Uncle Tobias... how are you?” Lembut dan ceria suara Dahlia menyapa lelaki yang dalam perkiraan Amir berbangsa Serani itu.
“Macam biasalah, Dahlia. Orang tua...” balas lelaki itu sambil ketawa kecil sambil membuka grill rumahnya. Saat pandangannya jatuh pada Amir, ketawanya mati. Matanya mengecil merenung Amir.
“Who is this?” Nada suara Uncle Tobias kedengaran agak kurang senang dengan kehadiran Amir. Dipandang Amir atas ke bawah.
Dahlia ketawa kecil. Sempat dia mengerling ke arah Amir di belakangnya sebelum perhatiannya kembali ke arah Uncle Tobias.
“My darling Amir, uncle...”
Amir terpegun. Uncle Tobias terkejut. Dipandang sekali lagi Amir.
“You have a darling now, my girl? Habis anak uncle macam mana?”
Sekali lagi ketawa Dahlia pecah. Ditolak grill rumah Uncle Tobias lebih luas. Serentak itu Uncle Tobias berundur beberapa langkah ke belakang.
“He already have a blue eye girl, uncle. I never stood a chance.” Dahlia letakkan grocery bag yang tersandang di bahunya ke bawah. Ditolak sedikit beg kitar semula itu ke dalam, mendekati jenang pintu rumah Uncle Tobias.
Kemudian Dahlia berpaling ke arah Amir sebelum mencapai sekampit beras yang di tangannya. Kampit beras itu diletakkan di sebelah grocery bag yang diletakkan ke bawah tadi.
“Kalaulah dia dengar cakap uncle dan balik kerja di sini, mungkin dah berjodoh kamu berdua...” sungut Uncle Tobias, kesal. Riak sedih jelas terpancar di wajah tua itu. Tapi Amir tahu, kesedihan itu bukan kerana anaknya tak berjodoh dengan Dahlia. Tapi kesedihan yang bercampur rasa rindu seorang bapa.
“He will come back, uncle. Trust me...” pujuk Dahlia.
Uncle Tobias cuma tersenyum nipis.
“Okeylah, uncle. Dahlia balik dulu. Barang-barang ni cukup untuk dua minggu ni. If you need anything, call me, okay? Your medicine cukup lagi kan?”
Uncle Tobias mengangguk.
“Tak payah susah-susahlah, Dahlia. Uncle seorang sahaja. Bukannya masak sangat pun. Tak perlu belikan semua ni pun sebenarnya.”
Dahlia menggeleng. “Nope! Seorang ke... berdua ke... uncle kena masak. You need to take care of your health, uncle. Doktor dah pesan kan, kena makan on time, take healthy food. You have promised me you’d listened to what the doctor said. Kalau tak.. Dahlia merajuk! Tak nak kawan uncle lagi!”
“Yalah... yalah! Uncle akan jaga diri. Dah...dah... pergi balik! It is not good to be outside in time like this. And you, young man...” Mata Uncle Tobias mencerlung ke arah Amir yang sejak tadi hanya menjadi penonton interaksi Dahlia dan jiran searas mereka ini.
“Yes, sir?”
“Take care of this young lady. If anything happened to her, you answer to me! Understand?”
Amir tahan diri daripada tersenyum. Main ugut-ugut pula orang tua ni! Tapi layankan ajelah. Bukannya rugi apa pun. Silap-silap bawa keuntungan pada dia juga. Dijeling Dahlia dengan ekor matanya.
“Yes, sir. You have my word.”


Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka mula melangkah ke rumah masing-masing. Macam tadi, Dahlia di depan, Amir setia mengekor di belakang dengan barang-barang dapur Dahlia masih kemas dalam pegangannya.
“What his story?” Soalan yang bermain di fikiran Amir sejak tadi diajukan kepada Dahlia.
“Saya kenal dia masa mula-mula pindah sini. Masa tu dia sihat lagi. He was working as a bank manager at one of the bank near our condo ni. Saya selalu jumpa dia kalau ada urusan di bank. But last year, his health started to decline. Dah tak boleh kerja. Asyik keluar masuk hospital. He lives alone. Ada anak lelaki seorang, kerja di Itali. Damien ada ajak Uncle Tobias pindah sana dengan dia, tapi orang tua kan? Apa-apa pun mesti nak duduk rumah sendiri...” Dahlia terdiam. Langkah pun dah terhenti di depan pintu rumah sendiri.
“Macam mana pula awak end up tolong dia? Takkan sebab...” Soalan Amir terhenti.
Dahlia yang sedang membuka grill rumahnya berpaling ke arah Amir. Ternaik kening sebelah, menanti soalan Amir yang tergantung.
“Sebab-dia-bakal-bapa-mentua-tak-jadi-awak?” Laju soalan itu meluncur dari mulutnya.
Dahlia mendengus kecil sambil menggeleng. Ditarik kampit beras di tangan Amir. Beg yang tersandang di bahu Amir diisyaratkan pada Amir supaya diletak ke bawah sambil dia bersuara.
“Tak ada kena-mengena. It’s a neighborly thing to do. Sebelum RMO ni, saya yang selalu jadi driver uncle kalau dia nak ke mana-mana. Dia bukan boleh drive sangat. Dan memandangkan sekarang ni ketua rumah sahaja yang boleh keluar, saya tolong ajelah belikan sekali grocery untuk dia. Which reminds me...” Sambil berpeluh tubuh, dia perhatikan Amir dari atas ke bawah.
“Awak ke Jaya Grocer tadi untuk apa? Mana barang awak? Your local ‘Speedmart’ ni bukannya boleh cater your whole essential needs ya...” Perli Dahlia.


Amir berdeham. Damn it! Baru teringat, barang-barang yang dia beli tadi elok terletak dalam but kereta dia. Ini semua salah Dahlia! Kalau tak sebab otak dia asyik memikirkan gadis ini, tak mungkin dia akan lupa.
“Pergilah masuk. Kunci pintu elok-elok. Saya nak turun kejap.” Tanpa pamitan dia kembali melangkah menuju ke arah lif.
Namun baru beberapa langkah, geraknya terhenti. Dia menoleh ke arah Dahlia yang sedang mengangkat barang hendak dibawa masuk ke dalam.
“Dahlia...”
Dahlia yang sedang menunduk, mendongak ke arahnya.
“I like brown eye girl.” Selamba dia bersuara sebelum dia kembali memasang langkah ke arah lif.
Di belakang, Dahlia sudah tegak berdiri.
“I like brown eye girl...” Kata-kata Amir tadi terngiang di telinganya. Tanpa sedar tangan naik menyentuh mata sendiri.
“Ah, dang it! I touch my face!” Lekas-lekas dia jatuhkan tangan. Tapi senyum di bibir masih terbentuk.
He likes brown eye girl. My brown eyes?


p/s: Hah! Siapa brown eye girls kat sini? 
Happy Reading 
Kejap je dah Ramadan Day 3
Alhamdulillah


3 comments:

  1. Awwww... Amir is so cute walaupun banyak mulut. Hehe!

    ReplyDelete
  2. Me... Me.... Dark brown eyes.. aci tak??? ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  3. Meeee..! Dark brown eyes๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...