Part 6
“KAT mana ni?” Lain macam pula dia tengok background
Danial sekarang ini. Selalunya kalau dia dan Danial video call, Danial mesti
berada sama ada di bilik rehat dia atau di rumah sendiri. Ini, nampak macam
dekat perpustakaan pun ada dengan rak buku segala. Masa RMO macam ini, takkanlah
rajin sangat adik dia ni ke perpustakaan.
“Kat library.”
Sah! Betullah Danial kat perpustakaan.
“Buat apa?” Pelik sangat.Tahulah Danial ni jenis yang
payah melekat dekat rumah. Selalu kalau Danial off day, dia habiskan masa pergi
hiking, tak pun diving. Kerja di Sabah, memang galak sangatlah dia buat
aktiviti yang dekat dengan alam ini. Tapi sejak RMO ni, semua aktiviti tu
hiatus lah. Jadi dia bajet adik bongsu dia ini akan melepak dekat rumah.
Takkanlah alergi sangat duduk rumah sampaikan lepak dekat perpustakaan pun jadi
kot?
“Tu...” Tak jawab secara direct, sebaliknya Danial
halakan skrin iPhone ke arah sekitarnya. Melalui skrin, Dahlia nampak ada
beberapa orang wanita sedang memotong kain berwarna biru dan ada yang menjahit.
“We are helping our friends. Hospital tengah short PPE,
so we do what we can to help them.”
Tiba-tiba Dahlia rasa terharu. Ini satu lagi
definisi #kitajagakita yang betul.
(Bukannya tolong selesaikan masalah psikologi awek atau tukang beli barang
untuk supermodel yang sihat tubuh badan).
Eh, bitter much, Dahlia? Cepat dia
menggeleng.
“Sejak bila kau pandai menjahit?” Saja nak mengusik Dr Danial
a.k.a adik yang paling dia sayang (haruslah yang dia paling sayang sebab ini
ajaleh satu-satunya adik dia). Walhal dalam hati bangga dengan sumbangan si
adik. Walaupun Danial tak terlibat secara langsung sebagai frontliners healthcare
dekat hospitalnya, tapi usaha yang dilakukan oleh Danial dan rakan-rakannya itu
kira sumbangan besar jugalah.
Orang macam Dahlia, apa yang dia boleh sumbangkan adalah
tolong para frontliners dengan #stayathome. Kurangkan risiko jangkitan untuk
bantu usaha KKM flatten the curve. Itu cara dia mendefinisikan #kitajagakita
(bukannya jadi a good listener to a certain T20 awek!)
OMG Dahlia! You are bitter!
“Tengok kakilah. Danny malas aje nak tunjuk skil selama
ni.” Sempat lagi si adik membangga diri.
Dahlia cuma mencebik.
“Kak ngah, kau ada call mama tak?”
Dahlia angguk. “Tapi cakap sekejap aje. Tak sanggup cakap
lama-lama. Nanti buat drama air mata pula.”
Dah lebih dua minggu nak masuk tiga minggu dah tak jumpa
mama dan abah. Selalunya, seminggu sekali dia akan balik Rawang, rumah famili
mereka. Perjanjian mereka adik-beradik dengan Puan Halina sebelum keluar rumah
nak hidup sendiri dulu, setiap hujung minggu kena balik rumah lawat mama dan
abah. Kak Long dan Danial tak terikat sangat sebab masing-masing duduk beribu
batu jauhnya. Danial posting di Sabah, Kak Long nun dekat Australia dengan
famili sendiri. Jadinya dia seorang sajalah yang kena patuhi perjanjian itu.
“Hahaha... malam tadi baru mama buat drama air mata
dengan Danny. Mujur abah cepat tarik phone. Kalau tak, mahu banjir Rawang tu.”
Danial gelak-gelak. Tapi Dahlia tahu, si adik pun risau sebenarnya.
“Macam mana kalau sambung lagi eh?” Kalau sambung lagi
RMO ni, mahu sebulan dia tak jumpa Puan Halina dan Encik Dahlan. Argh! Rindu!
“I miss mama and abah.” Dahlah tak lama lagi nak puasa.
Danial senyum nipis.
“Memang akan disambung, kak ngah. This will take time. A
lot of time. Bukan setakat dua tiga minggu. We need to flatten the curve or we
will face the second waves which will be more dangerous and impossible for us
to handle. We don’t have enough capacity to handle massive patients. Sekarang
ni pun, healthcare workers dah penat. Working around the clock, tak cukup
rehat. Jangan sampai diaorang burnt-out, lagi payah nanti...”
Dahlia terdiam.
“I miss our parents too. Tapi dalam waktu macam ni, semua
orang kena sacrifice something. One of my friend, doktor di wad Covid, bini
baru bersalin. Lima tahun tunggu nak ada anak, bila dah dapat, nak pegang baby
pun tak boleh. It’s a sacrifice he needs to make, untuk pastikan anak dia akan
hidup dalam dunia yang selamat lepas ni. So, just be patient, okay?”
“Yeah, kak ngah faham. Anyway, you take extra care okay?”
Tipulah kalau kata dia tak risaukan adiknya itu. Kumpulan yang paling dekat dan
mudah nak dijangkiti kalau tak berhati-hati.
“You too. Tinggal sorang-sorang tu, kena be extra
careful. Tulah, orang nak carikan suami, tak nak. Kalau tak, kan dah ada orang
jaga sekarang.”
“I can take care of myself, kiddo!”
“But it would be great if ada orang yang jaga kan?”
Dahlia juling mata ke atas. Klise sangat ayat tu!
“Jangan cakap orang. Kau pun sama!” Macamlah ada orang
yang ‘jaga’ dia di Sabah tu!
“Danny dah ada yang #kitajagakita. Cuma ada halal gap aje
lagi.”
“What?” Daniel dah ada seseorang?
“Hahaha... so cari cepat kak ngah. Tak nak langkah
bendul. Okeylah, babai.”
Talian terus dimatikan tanpa sempat Dahlia menjawab. Huh,
diam-diam dah ada yang punya rupanya. Bermenantukan orang Sabahlah Puan Halina
dan Encik Dahlan nampaknya.
DAHLIA baru selesai memberi salam bila terdengar loceng
rumahnya berbunyi. Dalam hati macam tahu saja siapa gerangan yang datang.
Ikutkan, malas nak buka. Entah apa lagilah barang yang nak ‘dipinjam’ oleh
Amir.
Dia tunggu beberapa ketika, dengan harapan Amir akan
berputus asa. Namun makin galak pula lelaki itu menekan loceng rumahnya. Dahlia
mendengus keras seraya bangkit menuju ke pintu.
“What?” Ditadah muka sahaja dari balik pintu. Muka Amir
pun dipandang sekilas sebelum pandangan jatuh ke tangan Amir yang sedang
memegang Tupperware.
“Hei, sweetie.” Amir hulur senyum.
Macam biasa, Dahlia bagi jawapan satu syllable.
“Ya?”
“Sorry to bother you, but I need to tell you something.”
Dahlia pandang wajah Amir. Nak bagi penerangan fasal Adriana pulak ke? No, thank you!
Baru dia nak buka mulut, Amir terlebih dahulu bersuara.
“Bila last time you nampak Uncle Tobias?”
Dahi Dahlia berkerut. Dalam banyak-banyak perkara, ini
perkara terakhir yang dia jangka akan keluar dari mulut Amir.
“Semalam. Why?” Semalam dia ada ke rumah Uncle Tobias,
hantar puding roti yang dia buat.
Amir menoleh ke kanan, menghala ke arah rumah Uncle
Tobias. Berkerut-kerut mukanya. Tak tahu kenapa, dada Dahlia rasa berdebar
tiba-tiba.
“Amir? Kenapa?”
Amir kalih pandangan memandang Dahlia.
“I just came from his house. Ingat nak hantar spageti ni
sikit pada dia. Tapi...” Amir nampak serba salah nak teruskan cakap. Risau
kalau Dahlia panik pula.
“Tapi apa?” Dahlia dah buka daun pintu luas-luas.
“Saya tekan-tekan loceng, dia tak buka pintu. Dia ada
cakap dekat awak dia nak pergi ke mana-mana ke?” Telahan Amir masa Uncle Tobias
tak buka pintu tadi, mungkin Uncle Tobias keluar ke mana-mana. Tapi sepanjang
perjalanan balik ke rumahnya tadi, dia asyik teringat apa yang Dahlia ceritakan
dulu. Uncle Tobias dah tak larat memandu. Uncle Tobias duduk sendiri. Uncle
Tobias SAKIT. Mengingatkan perkara itu, dia jadi tak sedap hati. Itu yang dia
datang tanya Dahlia tu.
“Tak ada pula. Dia kalau nak pergi mana-mana mesti akan
beritahu saya. Mana dia larat gerak sendiri.” Dahlia makin susah hati.
“Anak dia balik?”
Dahlia menggeleng laju. “Italy tengah teruk. Damien tak
sanggup ambil risiko balik sini.” Dahlia makin tak tentu arah rasa. Terus dia
capai kunci rumahnya di atas meja kecil di tepi pintu sebelum dibuka laci meja
yang sama lalu dikeluarkan segugus lagi kunci. Kunci pendua rumah Uncle Tobias
yang disimpannya untuk tujuan kecemasan.
“Eh...eh... awak nak pergi mana?” Amir depangkan
tangannya, cuba menghalang Dahlia yang sudah kelam kabut menyarung selipar.
“Pergi rumah uncle la. Risaulah saya.”
“Kut ya pun, pergilah buka telekung tu dulu sayang oii.
Takkan nak bertelekung ke sana?” tegur Amir, tenang. Dalam waktu macam ini,
salah seorang kena bertenang sebab dia tengok Dahlia dah mula masuk mode panik.
Dahlia menurut sahaja arahan Amir. Masuk ke dalam rumah,
sempat telinganya menangkap arahan Amir.
“Bring your phone with you, yeah?”
Lima minit kemudian, dia kembali menyarung selipar dan
berdua, mereka berjalan laju menuju ke rumah Uncle Tobias.
Sampai di depan pintu, sekali lagi Amir cuba menekan
loceng rumah lelaki itu. Selepas beberapa ketika, hanya kesunyian jawapan yang
mereka terima. Dengan tangan terketar-ketar, Dahlia gunakan kunci yang ada di
tangannya untuk membuka pintu rumah Uncle Tobias.
Masuk sahaja rumah, tak ada satu pun lampu terpasang.
Dada Dahlia makin berdebar.
“Amir...” Tanpa sedar tangan naik menarik lengan t-shirt
Amir.
“Shhh... it’s okay.” Amir cuba memujuk Dahlia yang sudah
kepucatan. Tangan meraba dinding, mencari suis. Sebaik sahaja cahaya lampu
memenuhi ruang tamu, mereka perhatikan sekeliling. Kosong, tak nampak kelibat
Uncle Tobias.
“You stay here. I’ll go and check the bedroom.”
Dahlia angguk, memandang belakang Amir yang sudah
bergerak menuju ke arah bilik utama. Tak sampai beberapa saat, Amir keluar,
laju mendapatkan dia.
“Kenapa?”
“Mana telefon awak?”
Dahlia hulurkan telefonnya kepada Amir.
“Kenapa ni?”
Tak menjawab soalan Dahlia, jari Amir laju berlari di
atas skrin sebelum telefon itu melekap ke telinga.
“You’re scaring me, Amir.”
Amir senyum. Disentuh lembut bahu Dahlia, cuba hendak
menenangkan gadis itu. Dahlia tarik nafas dalam, cuba hendak bertenang namun
ketenangan itu sebentar cuma tatkala telinganya terdengar kata-kata Amir.
“Hello, kecemasan? Ya, saya perlukan ambulans.”
ps: Alhamdulillah. Consistent bagi entry. Definitely not an easy things to do since 3 of us memang ada schedule sendiri.
But here we are, dah Day 6 Ramadan dah.
Thank you for reading guys!
Love,
xoxo
RA@KL
Thank you to all 3 of you.
ReplyDeleteTerasa pulak.. Dah sethn duduk apartment ni lansung x kenal jiran sekeliling. Masuk lif but setakat senyum jer.
Welcome dear reader. Standard la tu duk kondo punya lifetsyle. Kena start new normal lah. Kan..
Deletehurmmm mana 7 ni?? OOO PH LUPE
ReplyDelete