Tuesday 5 November 2013

Hey You! (CERPEN by Rin Ahmad)

Lili

            “Betul ke hala tuju hidup Lili ni Kak Long?”
            Lisa terdiam. Entah kenapa apa yang dilalui oleh Lili sekarang terasa tempiasnya. Seorang kakak yang sebelum ini tidak pernah ambil tahu tentang tangung jawab seorang kakak. Diri sendiri terasa masih bertatih, terasa janggal untuk menegur jalan yang dipilih oleh Lili.
            “Apa yang tak betul?” Secara lahiriah segalanya tampak sempurna. Nasib Lili sentiasa beruntung. Kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang terpaksa melalui segala dosa semata – mata untuk mengenal cinta Ilahi maka dalam konteks ini Lili tersangat bernasib baik.
            “Apa yang Lili cakap dulu semua makan diri sendiri.” Lili merenung ke halaman. Gerimis mula berhenti dan sang matahari malu – malu bersinar.
            “Like what?” Lisa mengetuk – ngetuk jari di meja diperbuat daripada kayu jati di anjung rumah.
            “Like having one for fun. Like being mature and finding the right one. I hit none. I got the worst. It is either I end up with someone else’s husband or a playboy. I used to hate both. I’m capable of choosing the best man for fun, for my pleasure. I mean that was before.”
            Lisa mengetap bibir. Jalan pulang Lili menuntut sebuah ikatan perkahwinan antara dia dan Syed Azri. Jalan pulang Lili tak sesukar Lisa sehingga perlu merentas benua, mengulit diri dengan dosa dan menebus maruah yang tercalar di saat dia menemui jalan-Nya.
            “Sekarang ni Lili dengan siapa? Dia buat Lili berfikir sebegini jauh? Kebar? No or yes?”  Teringat kisah dulu. Tengku Akhbar atau Kebar, sahabat baik Lisa yang sangat digilai oleh Lili. Macam – macam yang sanggup Lili buat demi Kebar.
            “Kebar? Dah lama tak dengar khabar. Malulah Lili. Tak sepadan dengan Lili.  Sejak Lili sedar selama ni Lili membuang masa di kelab, bersuka ria tak tentu masa. Sejak itulah Lili sedar I’ve problem choosing the right one or the right one never come.”
            “It is not about the right one Lili. It is about what His plan has for you. It is also about being less dramatic in life.”
            Tenang Lili mendengar tiap patah perkataan yang keluar daripada mulut si kakak. Ruginya selama ini dia tidak mendampingi Lisa. Sekarang Lisa menetap jauh dari Johor, lagi susah untuk meluangkan masa yang berkualiti seperti ini. Dia pun hidup bujang sekarang atau lebih tepat tengah belajar berdikari. Dah terlalu lama dimanjakan oleh Papa dan rasanya dia perlu hidup di atas kaki sendiri. Mengenal hidup susah. Orang yang tak pernah hidup susah tak akan menghargai apa yang dia ada sehinggalah dia kehilangan. Lama juga mereka berbual, bertukar pendapat dan bercerita tentang isu semasa sehinggalah senyuman melebar di bibir si kakak.
            “Regenbogen.”
            “Hah?”
            “Sorry. It is Deutsch. It means rainbow.”
            Lili tergelak. Dia tahu kisah cinta si kakak. Abang iparnya, Syed Azri pernah bercerita. Penat dia bayangkan suasana apartment mereka berdua yang menghadap sungai di German dulu. Syed Azri belikan bunga ros berwarna pelangi banyak – banyak sehingga memenuhi ruang balkoni di rumah sewa mereka. Abang Long cakap tu detik permulaan Kak Long berubah. ‘Lisa the lone ranger’. Tu gelaran si suami yang buat Lili bantai gelak sebab sebenarnya Lili tahu Lisa memang dari dulu mempunyai ruang peribadi yang sangat privasi. Sempat diselitkan juga jangan jadi macam mereka, bab yang baik je boleh ikut.
            “Yang gelak sakan ni kenapa? Orang tunjuk pelangi je pun.”
            “Mana tahu nanti ada orang balik solat Jumaat singgah kedai bunga cari ros warna pelangi. Kalau Abang Long beli satu lori, malam ni Lili nak ajak Rena dan Audra parti sambil mandi bunga ros pelangi kat rumah kita.”
            “Lili!!!”
           


Rena

            “Assalamualaikum.”
            Rena terkejut. Siapa pula yang menegur kat tengah Kota Singapura atau pun lebih tepat dia tengah berdiri depan lampu isyarat sebab nak melintas pergi Vivo City kat depan tu. Siapa yang ramah – tamah - mak -jemah ni?
            “Kita kenal?”
            “Technically yes.”
            “Practically not?” Rena membidas. Sedang elok lampu isyarat bertukar hijau. Rena melintas dan jejaka yang menegurnya tadi cuba menyaingi langkahnya yang sengaja diatur laju – laju.
            “I kenal your brother. Ridzo.”
            “Tak kisahlah you kenal atuk I sekali pun. You ni I tak kenal.”
            “Haris. And I know your grandfather, Tengku Rais.”
            Langkah Rena terhenti betul – betul di hadapan air pancut. Haris? Harisss?? Terus dia berpusing dan menanggalkan cermin mata hitam dan disangkutkan di kepala.
            “Oh you.” Baru dia ingat. Tiap kali Ridzo balik jumpa kawan – kawan mesti ada jambangan bunga untuk dia. Awal – awal dia ingat awek Ridzo yang bagi tapi pelik ya amat la kalau tiap kali keluar awek yang bagi bunga kat pak we. Lepas tu barulah dia percaya jambangan – jambangan bunga tersebut memang untuknya.
            “How are you?”
            “Doing great and please stop bugging me. People like you must be very busy occupied with some elite girls. Stop looking at plain girl like me.”
            Macam tu lah Rena selalu rasakan dirinya. Status keluarga tak pernah rasa melekat dalam diri. Dibesarkan oleh pembantu rumah sepanjang hidup buat dirinya rasa tersisih. Ridzo pun baru balik Malaysia beberapa bulan. Sebelum ini dia sendiri. Mommy dan Daddy lebih gemar menganggap dia pandai berdikari tanpa tahu membezakan apa erti pemberian dan perhatian. Macam Lili selalu cakap, kita tahu manisnya sesuatu setelah kita kehilangan. Dia tak naklah sampai kehilangan ibu bapa yang melahirkannya baru dia tahu erti bersyukur jadi tak lah dia sampai membenci ahli keluarganya. Cukuplah dia ‘jaki’ dengan status dan orang yang mempunyai status. Haris salah seorang daripadanya. Dah lama dia cuba mengelak tapi hari ni bertembung juga dengan empunya badan yang menurut Ridzo sangat sukakannya.
            “Be it plain girl or plain jane, I think I like both.”
            “Cheesy lines. Wake up. We are in twentieth century. We don’t do romance in front of fountain at foreign city.”
            “We will do romance once we get married. Your family agreed to it Rena. You can’t get away.”
            Rena ternganga. Zikri? Tiba – tiba fikirannya melayang ke arah Zikri.
            Officially her boyfriend with Audra disapproval on their relationship, on Zikri being too dependent on her financial. Oh, I can go crazy!
            Rena lemas dengan teori sendiri. Kenapa pula hubungannya perlu restu Audra? Kalau ikut logik pula, Audra pun tak mampu nak luluskan hubungannya dengan Zikri apatah lagi ibu bapanya. Seribu kali tak akan bersetuju. Maka, akan bahagiakan hubungan tanpa restu keluarga?
            “I need shopping therapy. Bye Haris.”
            “Rena.” Haris meninggikan suara, memanggil Rena yang mula meninggalkannya.
            “You ada kat sini buat apa sebenarnya? Don’t tell me you are following me.”
            Haris tersenyum. Rena terpegun seketika. Wajah lelaki di hadapannya sejuk mata memandang.
            “Kebetulan. I ada jumpa client di Sentosa. Nak keluar pergi Masjid Temenggong di seberang sana tu, itu yang I nampak you. Jauh you parking kereta. Bahaya. Lain kali parking kat dalam je. Oh by the way, dah lambat I nak pergi masjid. Khutbah dah nak mula. I will join you shopping next time if Allah willing. Happy shopping dear.”
            Rena pegun. Elok – elok dia yang nak blah, dia pula yang menonton dengan setia langkah Haris menapak ke hujung air pancut, ke lampu isyarat dan berjalan menyeberangi jalan.
            Am I being seduced by the heir cum ustaz wannabe or anything in between?
           
           

Audra


            iPhone yang tadi elok di tangan kini berkecai di lantai.
            “You seriously a douchebag!” Audra memaki dengan jelas. Tu dah kira markah bonus kena puji sambil maki. Kalau iPhone 4 ke 3s ke dia tak kisah. Ni iPhone baru kot. Nak dapat pun bukan main susah. Harapkan Rena yang kaki –rewang Singapore tu beli minggu lepas. Hari ni agaknya Rena masuk Singapore tak? Waaaa......aku nak nangis. Rena, tolong!!!!
            “Excuse me?”
            “Douchebag.” Audra selamba men’douchebag’kan orang yang melanggarnya. iPhone yang berkecai dipungutnya. Dengan rasa marah yang berapi Audra buat muka garang dan berlaga pandangan dengan orang yang setia menanti dia melahar lagi.
            “A handsome douchebag.” Audra berkata spontan. Perlahan tapi dapat ditangkap oleh orang di hadapan yang tadi cuak kini bukan main lebar senyumnya. Cis! Derhaka sungguh mulut ni dengan tuannya.
            Ni mamat yang dia bersentuh bahu semalam. Doa malam Jumaat makbul nampaknya tapi kenapa galang gantinya iPhone yang baru dia beli????? Ah....geramnya. Baru Audra nak berdiri tegak, kakinya terpelecok...
            “Ah....” Si douchebag sempat memaut lengan Audra.
            “Err...thanks...no.... no... I shouldn’t thank you. iPhone I baru pecah berderai sebab you.”
            Lagi lebar senyuman Si douchebag. Lengan Audra dilepaskan dengan sopan.
            “As far as I know. Douchebag means man with good looks and no brain. So handsome douchebag make me double handsome. Am I?”
            Audra tersipu malu.
            “I nak cepat. Your name Miss?”
            “Audra.” Cepat Audra membalas.
            “Miss Audra. I akan ganti balik telefon you. Sekarang I kena rush nak pergi solat Jumaat. This is my card. Do you have any?”
            Lama Si douchebag merenung kad yang baru bertukar tangan. Audra pula segan – segan nak tengok kad yang ada di tangannya. Sekadar dipegang erat dalam genggaman.
            “Miss Audra, by looking at your position, by any chance do you study Science Actuary at Manc?”
            Audra angguk perlahan. Kat bawah jawatan dia tu terang lagi bersuluh dia tulis grad dari mana. Sajalah Si douchebag tu tanya.
            “I think I am your senior. Oh, we should chat sometime over dinner with your new iPhone. Bye Audra.”
            Sebaik sahaja Si douchebag melangkah pergi, Audra cepat – cepat membelek kad di tangan. Lega dia dengar mamat ni senior di Manchester. Kalau bukan Albert Einstein sekali pun tak apa janji bukan douchebag. Tak ada orang pergi belajar luar negara tapi tak ada otak.
            Ir Akram Juhaidy bin Johari
            Cepat – cepat Audra merenyuk kad di tangan. Sedap – sedap dia men’douchebag’kan orang dan kini diri sendiri terasa seperti bimbo. Apatah lagi dia sedar Akram rupa – rupanya sedang memandangnya dari kejauhan.
            “Oh, shit!” Audra cepat – cepat mengatur langkah.


Lili, Rena dan Audra

           
            Mereka memilih untuk lepak di Restoran Jo's Steakhouse. Selesa dengan suasana yang agak ‘hidup’ tapi tak serabut dengan ramai orang. Kalau ramai orang sekali pun di sini masing – masing buat hal sendiri. Orang cakap tempat makan yang bagus, ‘it is all about food and friends’.
            “I always remember Lisa said that you have to be less dramatic in life. We are too much of drama queen, aiming for unreachable and millions possibilities. We may rise or we may fall.”
            “Lisa ada kat Johor?” Audra teruja. Ada sesuatu pada Lisa yang sentiasa membuat Audra kagum. Padanya Lisa lambang kekuatan seorang wanita. Siapa cakap orang yang pernah hidupnya 360 darjah berpusing dari paksi tak boleh tegak berdiri bertiangkan agama, sujud di sejadah lima kali sehari atau lebih?
            “I always want to meet her.” Rena hampa. Dia seorang yang tak pernah ada jodoh berjumpa dengan Lisa.
            “Dia balik sekejap. Abang ipar aku ada mesyuarat di Hotel Seri Murni tu.”
            Audra dan Rena mengangguk serentak. Lili banyak bercerita tentang kakak sulungnya. Bermula dengan cerita dia ‘pedajal’kan si kakak di German sehinggalah memerangkap kakak sendiri kahwin. Memang gila betul Lili zaman dahulu kala tapi nasib baik semua dah jadi sejarah. Lili yang mereka kenal kini ialah seorang sahabat yang susah –senang-sakit bersama. Dah bertahun juga mereka berkenalan dan menjadi sangat rapat. Bertambah rapat apabila ketiga – tiga mereka mempunyai persamaan. Setiap pasangan yang mereka jumpa seolah – olah tidak sepadan pada pandangan mereka atau mereka sendiri yang sebenarnya mencari kesempurnaan yang tidak pasti.
            “How are you coping with Ikram and Bella the B?” Rena bertanya sopan.
            “Ikram lost his mark by letting himself attached to Bella.” Audra menyampuk sarkastik.
            “I don’t care anymore.” Lili menjawab sambil mengunyah steak yang nampak sangat lazat.
            “Dia cari kau? Kau ada cari dia?”
            “No Audra. I need time to think.”
            “You should.” Audra tetap dengan pendiriannya. Antara Lili dan Rena, Audra yang paling keras hati. Setiap lelaki yang dia jumpa tak pernah sempurna di matanya atau kalau terlalu sempurna, dia mula memberi pelbagai alasan untuk keluar dari hubungan tersebut. Hidup ini sangat ironi. Sangat tragik apabila kita sendiri tak pasti apa yang kita mahu.
            “I met Haris.” Rena mengubah topik.
            “Sungguh? Kau setuju keluar dengan dia?” Lili teruja mendengar. Mereka sangat faham kenapa Rena menolak Haris. Alasan kukuh dia selesa dengan Zikri. Dia tak perlu lelaki yang serba – serbi ada. Dia ada segalanya. Dia sanggup untuk berkongsi apa jua yang dia ada dengan Zikri.
            “Kebetulan. He is nice. Nicer than I would have guessed.”  Rena bertambah terkejut apabila Ridzo mengiakan kata – kata Haris. Benar Haris telah berjumpa dengan keluarga mereka. Bukan seperti yang difikirkannya tetapi lebih murni daripada itu. Lelaki yang baik akan meminta izin keluarga perempuan terlebih dahulu sebelum memanjangkan langkah. Satu yang mampu Rena komen, ‘he is gentleman’.
            “Siapa cakap lelaki biasa – biasa tu baik dan lelaki yang mempunyai segala – galanya tak baik?” Audra sekadar berbahasa. Bukan apa. Dia kenal Haris. Walau pun kaya, Haris sangat baik. Tak kan nak salahkan Haris sebab dilahirkan dalam kesenangan. Kalau mampu pakai Ferari, tak kan nak paksa Haris pakai Viva pula.
            “I met my Albert Einstein but I felt sentenced to death. He is so perfect. In every way and that make me feel like a bimbo.”
            Lili mengelap bibir dengan tisu. Perbualan dengan Lisa banyak membuka mata. Kalau dulu dia dengan susah payah berubah daripada jahat kepada baik pada bahasa kasarnya. Sekarang rupa – rupanya perubahan itu perlu berlaku dalam setiap perkara kerana titik kesempurnaan dalam hidup terlalu tinggi untuk digapai. Setiap insan yang bernafas patut mencuba untuk sentiasa bergerak menuju ke arah yang lebih baik atau mencapai sesuatu yang lebih baik, lebih sempurna daripada sebelumnya. Kesempurnaan itu terlalu subjektif. Sempurna pada mata manusia belum pasti lagi sempurna pada mata Yang Maha Pencipta.
            “I would like to share something Lisa said to me earlier about being less dramatic in life. We are too focusing on having the right partner. We are going nuts I think.” Lili tergelak. Rena dan Audra turut ketawa nipis. Faham apa yang dimaksudkan oleh Lili.
            “How to be less dramatic according to Lisa’s theory?” Audra jungkit bahu.
            “Hope for the best and anticipate for the worst. Whichever turns first still we must have faith in the Devine plan.”
            “She has two?” Rena sunguh – sungguh mendengar. Bukan dia mendengar kerana fikirannya tersepit antara Zikri dan Haris. Bagi Rena, biar pun Zikri yang menjadi pilihan tapi jodoh bukan terletak ditangannya tapi di tangan Dia.
            “She has four. Number 3 is be prepared for all possible outcomes and lastly is what I found simple but the hardest to do, do not procrastinate. We can die now or tomorrow.”
            “It is quite a challenge to do all.” Audra berfikir jauh. Selama ini penat dia mencari Mr Albert Einstein dan bila ketemu, dia melangkah lagi ke depan. Berfikir tentang Mr Albert Einstein atau Mr Douchebag buat Audra malu sendiri. Jodoh itu kerja Tuhan.
            “We will less be a drama queen and think only us who haven’t met Mr Right and keep whining all the way.” Lili menyambung. Dulu dia drama queen dalam rumah. Menuntut segala perhatian daripada keluarga. Kini rasanya dia drama queen dalam lukisan hidupnya sendiri.
            Too much to ask.
            Too little to appreciate.
            “Regenbogen.”
            “What?” Rena dan Audra menjerit serentak.
            Ingat Lili dah gila ‘bogenbogen-apa-entah’ tapi apabila tangan Lili terhala ke luar tingkap restoran fahamlah mereka. Pelangi yang sedang menonjolkan diri cantik menghiasi langit. Cuaca yang tidak menentu sekarang dengan sekejap hujan dan sekejap panas membuatkan pelangi sentiasa memunculkan diri. Memberi senyuman kepada manusia yang menghargai keindahannya.
            Rena menjerit kuat melawan bunyi muzik di dalam restoran, “Hey you! And You! Let’s do it and face it as they get to ours.”
            Audra dan Lili angkat tangan.
            High five!

            Perjalanan mungkin lagi panjang. Perjalanan mungkin juga terhenti di sini. 



p/s: Assalamualaikum.
It has been great long holiday with family. I am blessed.
This simple story is great for you to think with who they ended with or you want to...you wish to...
We all should be less dramatic in life.
As we will never know when our life stop and at which point?
With just be in the golongan orang yang baik or orang yang lebih baik.
Salam Maal Hijrah.

Friday 1 November 2013

CERPEN: HEY YOU!

From the very basic thing
From the bottom of my heart....

Urghhh.....apa benda aku merepek ni? Lili bersandar ke kerusi. Punat laptop di depan ditekan kasar.
Tak tekan 'Save' pun rasanya. Biarlah.

Take away the pain
Take away my heart with you.....

Lili berlagu sendiri. Tak payahlah nak dramatik sangat. Kalau dah bukan jodoh tu lepaskan saja. Bantal ditarik dan ditenyeh ke muka.



Rena menghempaskan beg tangan ke katil. Baru lepas melawat Lili. Nasib mereka memang begini agaknya. Sama. Lain yang nak, lain yang dapat. tak tahulah sampai bila baru masing - masing tercapai impian dan angan - angan. Tiba - tiba Rena menepuk kedua - dua belah pipi dan tersengih.
"Dah angan - angan lagi tinggi dari impian. Sampai bila?"
Masalahnya tak kan semua benda dalam dunia nak aci kaut? Dari kecik semua mak bapak tanamkan dalam diri anak - anak suruh belajar rajin - rajin. Dapat mak bapak yang alim sikit suruh mengaji solat cukup keperluan dunia akhirat. Dah habis zaman Mari Membaca, ada lagi harapan mereka, suruh pula cari pekerjaan yang baik - baik, bagus dan halalan toyyiban. Hah? Tak ke dari kecil lagi impian dan angan - angan sudah dipupuk dalam diri semua orang? Kalau ubah perkataan impian dan angan - angan kepada cita - cita pun rasanya sama sahaja maksudnya.

Future. Shoot the best. Amin.

The best dalam kamus hidup Rena pula bunyinya lain. Kes siang tadi dia kena 'bahan' kaw - kaw dengan Audra. Cakaplah apa pun janji dia bahagia.
"Nanti I bayarkan esok. Jangan risau. Okay. Bye."
Elok dia sumbat telefon bimbit dalam beg tangan, Audra menyergah dari belakang.
"Zikri suruh bayar apa pulak tu?"
"Dia terlupa nak bayar duit kereta. Aku tolong bayarkan lah."
"Kereta pun kau tolong bayar?"
"Dia on the way nak pergi pulau, diving dengan kawan - kawan dia. Dia lupa tu yang dia call minta tolong. No big deal la. Nanti dia bayar balik."


BENDA yang sepanjang weekdays berangan nak buat sewaktu weekend ialah MORNING JOG!
Huruf besar ditulis di diari. Audra memang jenis 'old school'. Kalau tak tak kan lah balik jumpa BFF pun benda pertama dia buat ialah 'landing' atas katil dan melakar di diari usang.
"Sorry but really I cannot hate myself."
Tak kan sebab tak mampu nak capai target nak berjoging dia kena rasa bersalah pula. Lagi pun habiskan masa dengan Lili dan Rena pun 'not bad'. Kalori terbakar juga kat bahagian mulut tu. Banyak bercakap campur bergosip la katakan.
Audra memang jenis 'larung'. Dalam hidup dia sentiasa 'stay positive'. Teruk sampai dunia nak terbalik sekali pun dia masih mampu tidur dengan lena dan makan bertambah. Peduli apa. Not like the problem gonna solve
by itself. Kan?


LILI menutup lampu tidur di tepi. Mata cuba dipejamkan. Kalau duduk rumah zaman budak - budak dulu, Papa selalu lah suruh kenang apa yang dibuat sepanjang hari sebelum tidur. Hari ni? Semalam?
I got dumped? Like seriously?
Rena cakap bukan salah dia. Ikram memang sayang dia. Dia tak patut mengalah dengan perempuan yang entah apa - apa tiba - tiba datang serang di pejabat.
Audra cakap 'Please lah. Berlambak lagi laki lain kat luar. Stay away from bitch. You either get humiliated occassionaly or become one.'
Dalam hati Lili sangatlah menyokong kata - kata Audra. Lagi lama dia bertahan, lagi kerap dia kena serang, lama - lama dia pun jadi perempuan tak betul sebab seorang lelaki.
Ikram secara dasarnya bukan tinggalkan dia tapi
sebab dia tak boleh nak janji Bella the Bitch tak akan muncul dalam hidup mereka maka dia pun anggap semuanya tamat. TAMAT!

Tiba - tiba telefon di sebelah berdering.
"Ya?"
"Dah tidur?"
"You...jangan kacau I lagi. It's over. Double V, double R. Ovverr." Lili bercakap sambil pejam mata. Kot lah Ikram tak faham.
"You jawab call kenapa kalau tak nak cakap?"
"Sebab I bukan budak - budak. Kita dah dewasa. Tak payahlah nak dramatik sangat. You call I jawab tapi I nak cakap lagi ni. I memang tak boleh terima hubungan yang banyak dugaan. Tak kahwin lagi pun dah ada orang ketiga. Dah kahwin haru lah hidup I. Sorry Ikram. Bye. Good night."

Ikram di hujung sana mengeluh. Bella oh Bella.
Lili pula membawa telefon ke dalam dakapan. Bella the bitch!

AUDRA berkira - kira hendak menelefon Lili tapi melihat jam hampir menginjak ke waktu Cinderella tertinggal kasut, dia batalkan niat.

Oh tiba - tiba idea untuk menconteng diari usang menjelma. Beserta gambaran wajah seseorang yang berselisih bahu dengannya siang tadi.

"Janganlah mamat douchebag."

Audra memang pantang lelaki kurang cerdik. Sehingga semua lelaki yang dia keluar, ada sahaja yang tak kena. I can't expect to date Albert Einstein, huh? Dia tersenyum. Life is weird. What you wish the last could happen to you is the first that happen to you.

Macam Rena, dia tak kisah keluar dengan lelaki tak berduit janji ada gaya dan hati riang. Perempuan pelik yang langsung tak pandang kebendaan. Haris adalah salah seorang yang sukakan Rena. Haris ni, pergi supermarket KK pun naik Ferrari. Tu pun dia buat tak nampak.

Antara mereka bertiga rasa - rasanya siapa yang 'settle down' dulu? Mesti sunyi nanti kalau salah seorang yang kena ikat dulu. Kadang - kadang bagus juga masing - masing sangat memilih sebab kalau kena 'turn down'. They are there for each other. Always. And maybe forever?


p/s:
Assalamualaikum and good day all.
Part 1 done. saja - saja tulis untuk orang yg rindukan Arluna dan Bimbo :D
Kat bawah ni sikit teaser untuk Bimbo :)
Happy holiday. Safe journey all.
Lev u
KL @ Rin Ahmad

BIMBO

“Auntie tak kisah pilihan Su siapa pun but you must very sure that you are capable to love that person unconditionally.”
            Ingat pesanan suami, “Saya tak kisah kalau Elsuraya nak kan anak Dr Ishak tu tapi awak kena ingat, kalau dia tahu semuanya nanti saya takut bahagia yang dicari bala yang menimpa.”
            “Serba salah. Saya macam nak paksa suruh dia terima Azad. Kan senang?”
            “Mana – mana pilihan pun tak kan buat Elsuraya hidup senang kalau dia tak mampu nak buang dendam yang bersisa dalam diri. Awak macam tak kenal anak saudara awak tu.”
            Berdiri di hadapan Elsuraya, tugasnya sekarang hanya menyedarkan Elsuraya agar membuat pilihan yang tepat. Supaya dia tidak menyesal apabila dia mengetahui kisah sebenarnya nanti. Hanya dengan kasih sayang yang ikhlas semua rasa yang membunuh boleh lenyap. Hanya dengan cinta yang tulus.
            Elsuraya mengetuk – ngetuk sudu di dalam jag.
            “Are we really capable of loving unconditionally?” Elsuraya membalas dengan soalan.
            “Yes. After being a mother.”
            Elsuraya angkat kening. Bukan tadi kisahnya tentang siapa dia nak pilih? Ni jawapan tak mengelat. Auntie Ros ni sukalah nak suruh dia fikir sendiri.
            “What about before I am a mother?” Elsuraya sengih. Buat muka tak berdosa.
            “Before being a mother, my unconditionally love goes to shoe and bags.”
            Elsuraya gelak. Ingat nak cakap ‘my unconditionally love goes to Uncle Jehan’.
            “After being a mother, Jenna and Jemmima re – decorate my white LV with blue marker, I kissed their forehead. I complimented the scribbling is awesome. Sebelum jadi Mommy, cubalah orang berani sentuh koleksi beg dan kasut Auntie, memang boleh buat sekuel filem Bunohan.”
       

Dear love;
Are you capable of loving someone unconditionally?
(something to ponder this long holidayyyy yeah)    
XOXO 


Tuesday 17 September 2013

Bimbo Bab 17

            Elsuraya terpaku. Langkah terus mati di tengah – tengah panahan mata tetamu yang dimaksudkan oleh Jenna. Kenapa semuanya berlaku dalam waktu sesingkat ini? Tiada ruang waktu untuk dia menimbang akal dan hatinya. Akal yang tak kan pernah berkata tidak untuk keluarga tersayang dan hati yang tidak pernah merasa indahnya disimbah cahaya cinta.
            Apa yang cuba Allah tunjukkan padamu wahai hati yang selama ini mendung. Saat disapa mentari cinta, panasnya menerangi segenap ruang hati. Saat pelangi bertamu, indahnya seketika tapi bayangannya menyuburi segenap ruang jiwa.
            Fantasi dan realiti. Elsuraya sedang mengecapi kedua – duanya. Tak mampu memilih apabila kedua – duanya makin mendekat. Makin menuntut sebuah jawapan.


REALITI

            “Julia Hussin, I need to talk.” Entah dari mana kekuatan yang tiba – tiba menguasai diri, sebaik pintu lif mencecah rooftop dan kaki melangkah ke majlis yang makin rancak, tangan Julia ditarik kasar.
            “Yes, I know you are talking now and please let go of my hand. Kau gila apa?”
            Terus Elsuraya tergelak. Mahunya tidak, ayat pertama Julia sebut dengan drama ‘sympathy drunk’ dia yang tak tamat lagi dan ayat kedua ‘kau gila apa’ dengan intonasi yang mencecah desibel enjin kapal terbang nak berlepas. Sungguhlah lakonan aku-mabuk-jom-Fiona-kita-balik-awal gagal. Orang putih cakap ‘suck big time dude!’
            “Fiona mana?”
            “Dengan kawan dia. Lakonan aku sikit lagi nak berjaya. Dia dah nak bawak aku balik. Aku boring ni.” Julia buat muka bosan yang sangat tak boleh blah.
            “I just want to confess. Then I need your help. I just want to clear up things. Then I need you to help me. I just want a normal life. No drama. No playing with fire.”
            Julia yang tengah buat – buat mabuk boleh jadi mabuk dengar ayat Elsuraya yang merepek dan gelabah semacam.
            “Kau kenapa?” Julia meletakkan kedua – dua tangannya di bahu Elsuraya.
            “Hah, cakap.” Bahu Elsuraya digoncang kuat dan disuruhnya Elsuraya menarik nafas panjang.
            “Hembus.”
            “Oooo..kay.” Elsuraya kembali bertenang. Pandangan ditala ke sekeliling. Mencari kelibat seseorang.
            Bingo!
            “Kau nampak tak kat sana tu?” Jari telunjuk Elsuraya tegak menghala ke arah target.
            “Okay.” Julia bersuara ringkas.
            Suara Julia dah tak bunyi macam okay. Itu Elsuraya tahu sangat. Cikgu Bahasa Inggeris ni mesti tengah cipta teori sendiri.
            “Siapa tu?” Elsuraya buat – buat tanya.
            “Crush Fiona. Dani Ikram.” Sekarang mata Julia dah tak pandang ke arah target tapi budak depan dia yang tengah gelabah ni bertukar menjadi target.
            “Kau datang dengan dia? Yang Fiona cakap, Dani Ikram cakap ‘he’s taken’ meaning dia dengan kau?” Sebijik – sebijik ayat Julia.
            Elsuraya hanya mampu angguk.
            “Okay, this is weird. Aku nak masuk parti mana ni?” Julia buat muka blur.
            “Julia, please help. Aku tak naklah gaduh dengan Fiona. Aku tak naklah kisah aku ada third party. Ada watak antagonis. Ada pengacau. Ada heroin tambahan. Ada air mata darah. Kut ya nak ada pun tak kan Fiona?”
            Sungguh saat ni Julia tak tahu ayat yang terbaik nak disusun. Mata kalih ke arah target yang sedang ‘goreng’ gitar.
            “Dani Ikram memang terer main gitar. Zaman sekolah lagi. Fiona akan balik cerita kalau ada lagu baru yang mamat tu main. Kira kes Fiona dah tahap kronik. Tapi nak cakap macam mana ya. Dani Ikram dari dulu sampai sekarang mulut laser dengan perempuan. Kalau dia tak nak dia cakap tak nak. Pendek kata dia tak pernah ada girl masa sekolah. Tiba – tiba aku nak sangat tahu, macam mana dia tackle kau ek?”
            Penat Elsuraya pasang telinga nak tahu sejarah Mr Douchebag. Kut la Julia nak cakap mamat ni memang spesis douchebag dari dulu lagi ke. Kira memang spesis douchebag lah tu kalau Fiona yang cun pun dia buat tak nampak. Soalan Julia yang kat hujung tu tak berapa best nak dilayan. Kan malu nak cerita kisah Bimbo versus Douchebag kat orang.
            “Oh, dia pandai main gitar ke? Hah, aku baru tahu ni. Not bad jugak.” Elsuraya berdalih.
            Abaikan soalan tak penting si Julia. Saja dia buat – buat fokus dengan persembahan kat depan tu. Dani Ikram tengah main gitar pun mata sempat je pandang senyum – senyum kat dia. Pastu muka serius konon ambik ‘feel’ balik. Kata penangan Metallica. Kalau tak main lagu dorang tak sah lah. Ini lah yang Dani Ikram sibuk suruh naik cepat tengok konsert live tadi tu. Ingat jadi tukang nyanyi pastu tuju – tuju lagu untuk dia, bolehlah terharu sikit. Ini alahai.....si Rizki yang tengah pegang mikrofon sedia nak nyanyi. Untunglah Zuhia. Tapi untung ke kalau setakat tuju lagu Metallica ni? Layan lirik tak syahdu langsung. Layan gitar baru best. Elsuraya sedapkan hati. Apabila suara Rizki memecah suasana, terpegun Elsuraya mendengar lirik yang dimuntahkan.

Life it seems will fade away
Drifting further every day
Getting lost within myself
Nothing matters no one else
I have lost the will to live
Simple nothing more to give
There is nothing more for me
Need the end to set me free


            Baris kata yang seakan senadi dengan setiap denyutan nafasnya selama ini. Sejak Elsuraya rasa dia kehilangan semuanya. Saat dia menanti untuk menyalahkan orang yang menjadi penyebab. Penantian yang membuka ruang dan peluang untuk hatinya disentuh dan saat itu terasa sangat cepat berlalu kerana akhirnya realiti menjengah. Bukan setakat tertunai segala impian untuk bersemuka lantas memuntahkan lahar kemarahan yang tersimpan tapi membawa dia ke dimensi baru. Membuat pilihan atas masa depan berlandaskan akal fikiran atau rasa hati? Sungguh dia tak mampu......
            Matanya tiba – tiba fokus ke arah seseorang yang sedang berlari – lari anak siap ‘high-five’ dengan ahli band Metallica celup sekalian. Ya Allah!
            “Hah, tu mamat geek. Kau perasan tak yang Fiona cakap tadi? Aku suka dia. Lagi cool. Aku bukan nak condemn taste kau atau Fiona tapi mamat geek ni tak ada lah laser sangat dengan awek macam Dani tapi kalau nak kira balik, orang yang kasar macam Dani, sekali dia fall, aku tak rasa dia boleh bangun balik. Ah.... tapi aku tetap suka Azad. Budak laki high - tech sangatlah idaman Malaya.”
            Julia tergelak. Tak perasan air muka Elsuraya di sebelah pucat tak berdarah.



FANTASI


            Sungguh Elsuraya rasa mahu lenyap di muka bumi ini. Dalam hati menjerit ingin berterus – terang.
            “Dani, this is the super someone. Meet him, Azad.”
            Mampukah Elsuraya mematikan senyuman yang sedang manis terukir di wajah Dani Ikram yang tampak sangat gembira itu. Lebih – lebih lagi habis saja persembahan Metallica celup tu, Dani terus melangkah ke arahnya.
            “He’s coming. I better go.” Julia terus meminta diri.
            “Don’t leave me alone.” Tiba – tiba semangat yang berkobar – kobar ingin hidup di alam realiti hilang begitu sahaja. Dia rela berada di alam fantasi. Jatuh cinta pada yang tak pasti daripada menyakiti hati yang ikhlas. Julia mengenggam tangan Elsuraya erat.
           
            “I promise everything will be fine. Don’t worry about Fiona. Sometime people need fantasy to feel alive and fantasy can be reality too. I heard that if one is lucky, a solitary fantasy can transform to a million realities. Wish you best of luck.”

            Untuk malam ini, izinkan hati ini bergembira.
            Untuk malam ini, izinkan hati ini berlagu ria.
            Untuk malam ini, izinkan hati ini mengecapi bahagia.
            Untuk malam ini, Elsuraya berdoa. Izinkan fantasi ini menjadi realiti.

            Elsuraya membuang gundah jauh ke lubuk hati. Senyuman Dani Ikram dibalas ikhlas.
            “Tak tahu pulak pandai main gitar.”
            “Goreng sesedap hati boleh saja.” Dani merendah diri. Segelas air yang sempat diambil di atas meja buffet dipelawa kepada Elsuraya.
            “Minumlah.” Elsuraya menolak sopan. Dalam hati menahan debaran apabila melihat Rizki, Mervin dan Azad berjalan ke arah mereka berdua.
            “El, ni awak tak jumpa lagi. Azad. Orang yang kenal saya perkataan bimbo. Dia yang first cakap awak bimbo masa kat Titiwangsa tu. Sue him for that but I should thank him. Love you lah bro.” Dani Ikram menepuk bahu Azad. Memaksa senyuman terukir di wajah Muhammad Azad.
            “Hai.” Oh, ya Allah. Elsuraya boleh nampak muka terkejut Azad.
            “Hai bimbo.” Azad menegur selamba.
            “Agak – agak la pak cik nak tegur anak dara orang ‘live’ tu.” Zuhia menegur.
            “It’s okay. Elsuraya. Hope you are not another Mr Douchebag.” Dah rasa nak telan mamat nama Muhammad Azad ni hidup – hidup. Alangkah bestnya kalau orang boleh makan orang.
            “Douchebag?” Zuhia dan Rizki bertanya serentak.
            Dani Ikram dan Elsuraya terus tersenyum dan berbalas pandangan dan masing – masing seakan – akan berkata ‘Our sweetest memory. Only we know that. Let’s make fun out of this.’
            “Douchebag tu orang handsome macam brader ni.” Dani menaikkan kening. Saja nak cari mangsa.
            “Kalau orang sebelah kau tu bimbo, dah sah lah kau douchebag.” Azad selamba menala skrin telefon ke arah Dani Ikram.
            Elsuraya mengutuk dalam hati. Saja nak kenakan orang. Tahulah mamat ‘geek’ ke mamat IT ke mamat whatever-you-are-called-lah sebab daripada air muka Azad nampak sangat tak puas hati tiap kali pandangan mereka bertembung.
            “For having this kind of bimbo. Call me whatever. I can live with it.” Dani menaikkan ibu jari. Memenangkan pilihan hati. Telefon Azad berpindah ke tangan Zuhia pula. Berapa kerat sangat yang tahu maksud douchebag. Dia dulu pun sama. Kalau bukan kerana Cik Elsuraya rasanya sampai sekarang dia tak tahu.
            “Pergi tak konsert tu? Confirm sekarang lah.” Mervin ubah topik. Mungkin sebab majlis sudah hampir ke penamat. Pengacara majlis sedang mebaca nombor cabutan bertuah yang menjadi agenda terkahir majlis malam ini. Nasib baik Azad sampai lambat, kalau sampai awal sumpah dia akan kenyang dengan renungan mata perli menikam itu. Saat ini dia betul rasa nak cepat – cepat balik. Rizki pula yang bertanya soalan yang sama.
            “Azad ikut. Jomlah.”
            Nampak sangat mereka tak puas hati dengan alasan yang Dani bagi tadi. Kalau Dani tanya pendapat dia pun pasti Elsuraya jadi batu api. Tak payahlah pergi. Julia pelawa tiket percuma pun boleh dia tolak. Saat Dani berkalih pandang seakan membaca fikikrannya boleh pula mulutnya menderhaka.
            “Once in a lifetime.” Ops! Rasa nak tampar pipi sendiri apabila Dani terus cakap okay sebaik habis ayat konon ‘approve’ daripada buah hati. Elsuraya kau memang saja nak berdrama depan mamat geek ni kan?
            “Nombor aku.” Tiba – tiba Dani Ikram bersuara. Poket seluar diseluk dan kertas berlipat dibuka.
            “Tengah gian cerita pasal nak gi konsert, boleh pula kau dengar nombor tu?” Mervin buat muka tak puas hati.
            “Kebetulan nombor special. Tarikh first time aku jumpa El.” Dani menjawab selamba dan terus melangkah ke tempat pembahagian hadiah. Tak sedar dia meninggalkan ruang dua hati yang saling berdetak hebat.
            Bila aku jumpa dia pertama kali? Dia kira tarikh kat ATM machine atau kat Titiwangsa tu? Elsuraya berteka – teki sendiri.
            Bila tarikh mereka joging di Titiwangsa tu? Azad membelek skrin telefon mencari Calendar.
            Sedang Elsuraya ralit memandang Dani yang sedang bercakap – cakap dengan tetamu jemputan yang dia langsung tak kenal, telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.
            Telefon yang ditarik keluar daripada beg tangan ditala lama. Hantu punya manusia. Sempat dia kenakan kita. Azad menghantar gambar ‘print screen’ siap dengan iklan penaja di bawah.

10 signs you are dating a douchebag;
1.       He has lines. – Tak bodoh nak meneka. Ayat mamat douchebag nak tackle mesti tiru ayat movie punya. Dani is original.
2.       He trash talks his exes – I never know he has an ex. Period.
3.       He talks back to the character in the movie – Oh yeah, dia tak pernah tengok wayang dengan Dani tapi kalau Dani bercakap dengan karektor dalam cerita yang mereka tengok, pasti dia merengkok masuk dalam kerusi. Malu!
4.       He update his Facebook/twitter a lot – Okay ni nak kena add Facebook Dani Ikram baru boleh periksa
5.       He does the side way peace in the photo – Yuck! Tak boleh terima akal.


       No 6 sampai 10 Elsuraya dah malas nak layan. Dia terus lompat baca pesanan penaja paling bawah.

       Nak kena cover sampai bila ni?
       Su, if only you know. You will laugh little and weep much.

       Elsuraya terus panggung kepala. Solitude? Tajam mata memandang Azad.

       Azad hanya mengangguk. Pandangan Azad berkalih kepada Dani Ikram yang sedang menghampiri mereka. Saya tahu Su. Tahu sangat puisi yang paling awak suka. Kembar yang bagitau. Saya cuba nak kenal awak. Cuba nak rasai derita yang awak lalui tapi dia yang berdiri di samping awak sekarang, dialah yang akan melukakan hati awak Su. Hanya dalam hati Azad bersuara. Dia sendiri hilang rentak. Perasaan yang datang hasil kerja keras dia memupuk dan membelai hati. Kini, perlukah dia meneruskan atau mencari titik akhir sahaja.

       Tak sampai hati rasanya melihat kegembiraan yang sedang dikecapi oleh Dani Ikram dan Elsuraya.
      
       They fall by chance.
       They can make a choice.

       Dani Ikram yang harga cintanya terlalu mahal. Elsuraya yang menyerah kepada yang dalang.

       Back off before it’s too late.
       Back off before you can’t even differentiate love and pain.
       You will fall hard.
       Both.
       Both of you.
      
       “Eh, aku balik dulu. Nak gerak balik kampung ni.” Azad meminta diri.




       “HAPPY?”
       Elsuraya mengangguk. Dia dah janji dengan diri sendiri. Dia tahu menjaga diri. Rasa yang baru beraja di hati tak akan ke mana pun. Tak lah dia berharap. Dah tahu pun Dani Ikram tu kawan Azad. Sampai bila nak berdrama.
       Perkara pertama yang nak dibincangkan dalam kereta balik ke Manjung nanti ialah hala tuju hubungan mereka. Azad sendiri yang cakap mereka tak perlu terlalu mengikut kata orang tua tapi dia dah besar. Ikut kata hati sangat pun mati. Jadi sungguh dia serba salah. Jalan terbaik ialah minta dengan Allah. Sampai Manjung, perkara pertama buat sebelum tidur ialah solat istikharah.
       “Tolong buka hadiah tu. Melisa cakap kalau tak ada bini kena bagi awek.”
       Elsuraya hanya menurut. Hadiah yang berbungkus cantik tu memang dah ada di ribaan sedari tadi. Sambil membuka bungkusan, mulut laju berbicara.
       “Saya kenal Fiona. Julia adik Fiona kawan baik saya. Dia ajar saya makan menu pelik kalau saya sakit.”
       “Ayat penyata ke soalan tu?”
       “Entah.” Elsuraya menggelengkan kepala sambil tangan menarik telekung putih dari balutan yang sudah terkoyak.
       “Telekung? Hmm....bagus, nanti pakai buat solat istikharah. Bagi muka hero ni yang keluar. El, saya nak ikut balik kampung. Saya hantar.”
       “Ayat minta izin ke arahan tu?”
       “If you must know. Not only Fiona but many girls. I said straight to their face if I didn’t like them. Never love anybody before. This hard. This much.” Dia bukan mamat douchebag yang susah nak faham ayat penyata sang kekasih.
       “Ouchhh.....tak kesian?”
       “Tell me what I must know first. How will he affect our relationship?”
       Nampaknya masing – masing sedar di mana mereka berpijak. Betulkah kita hanya akan meniti di atas realiti?
       EVERYTHING WITH CAPITAL LETTERS.
       Macam tulis besar – besar ayat tu dalam dada Elsuraya. Kalaulah awak tahu Azad orangnya, apalah yang akan berlaku.
       Elsuraya melencong.
       “The girls, Fiona, tak kesian?”
       “You have to be cruel to be kind.”
       “Meaning?”

       Dani Ikram hanya tersenyum. Dalam hati hanya Allah yang tahu.


p/s: wahhh tetiba diserang virus student tak boleh tdo malam.
I like this elegant template chosen by me.....ME....sebab tak der kerja.
Mood sgt 'mari'
Rasa nak buat surprise utk Jaz yg sentiasa support & love me unconditionally.
Readers, frens, pelepak tegar yg ya Allah..... sayang kamooo sgtttt.

- you have to be cruel to be kind
yesss....sebab nak tengok versi cetak kena lah stop kat sini jeh......
apa lah yg Dani maksudkan but I can assure you tak der nya hero perangkap heroine sbb nk kawen. tak der jgak wasiat2 ni....it just my plain love story.
The story will stick - from better to more -
as USD way out of range from bad worse to better which our life majority live in normal=better life.
GET out of range from rich to richer?????????
I'm not sure as I'm not a writer with label.
I am me. Write freely as always. Lepak like nothing else matter.


Love, KL
XOXO!!!


metalicca song : fade to black. malas nak cari utube...hahahha

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...