Friday, 1 November 2013

CERPEN: HEY YOU!

From the very basic thing
From the bottom of my heart....

Urghhh.....apa benda aku merepek ni? Lili bersandar ke kerusi. Punat laptop di depan ditekan kasar.
Tak tekan 'Save' pun rasanya. Biarlah.

Take away the pain
Take away my heart with you.....

Lili berlagu sendiri. Tak payahlah nak dramatik sangat. Kalau dah bukan jodoh tu lepaskan saja. Bantal ditarik dan ditenyeh ke muka.



Rena menghempaskan beg tangan ke katil. Baru lepas melawat Lili. Nasib mereka memang begini agaknya. Sama. Lain yang nak, lain yang dapat. tak tahulah sampai bila baru masing - masing tercapai impian dan angan - angan. Tiba - tiba Rena menepuk kedua - dua belah pipi dan tersengih.
"Dah angan - angan lagi tinggi dari impian. Sampai bila?"
Masalahnya tak kan semua benda dalam dunia nak aci kaut? Dari kecik semua mak bapak tanamkan dalam diri anak - anak suruh belajar rajin - rajin. Dapat mak bapak yang alim sikit suruh mengaji solat cukup keperluan dunia akhirat. Dah habis zaman Mari Membaca, ada lagi harapan mereka, suruh pula cari pekerjaan yang baik - baik, bagus dan halalan toyyiban. Hah? Tak ke dari kecil lagi impian dan angan - angan sudah dipupuk dalam diri semua orang? Kalau ubah perkataan impian dan angan - angan kepada cita - cita pun rasanya sama sahaja maksudnya.

Future. Shoot the best. Amin.

The best dalam kamus hidup Rena pula bunyinya lain. Kes siang tadi dia kena 'bahan' kaw - kaw dengan Audra. Cakaplah apa pun janji dia bahagia.
"Nanti I bayarkan esok. Jangan risau. Okay. Bye."
Elok dia sumbat telefon bimbit dalam beg tangan, Audra menyergah dari belakang.
"Zikri suruh bayar apa pulak tu?"
"Dia terlupa nak bayar duit kereta. Aku tolong bayarkan lah."
"Kereta pun kau tolong bayar?"
"Dia on the way nak pergi pulau, diving dengan kawan - kawan dia. Dia lupa tu yang dia call minta tolong. No big deal la. Nanti dia bayar balik."


BENDA yang sepanjang weekdays berangan nak buat sewaktu weekend ialah MORNING JOG!
Huruf besar ditulis di diari. Audra memang jenis 'old school'. Kalau tak tak kan lah balik jumpa BFF pun benda pertama dia buat ialah 'landing' atas katil dan melakar di diari usang.
"Sorry but really I cannot hate myself."
Tak kan sebab tak mampu nak capai target nak berjoging dia kena rasa bersalah pula. Lagi pun habiskan masa dengan Lili dan Rena pun 'not bad'. Kalori terbakar juga kat bahagian mulut tu. Banyak bercakap campur bergosip la katakan.
Audra memang jenis 'larung'. Dalam hidup dia sentiasa 'stay positive'. Teruk sampai dunia nak terbalik sekali pun dia masih mampu tidur dengan lena dan makan bertambah. Peduli apa. Not like the problem gonna solve
by itself. Kan?


LILI menutup lampu tidur di tepi. Mata cuba dipejamkan. Kalau duduk rumah zaman budak - budak dulu, Papa selalu lah suruh kenang apa yang dibuat sepanjang hari sebelum tidur. Hari ni? Semalam?
I got dumped? Like seriously?
Rena cakap bukan salah dia. Ikram memang sayang dia. Dia tak patut mengalah dengan perempuan yang entah apa - apa tiba - tiba datang serang di pejabat.
Audra cakap 'Please lah. Berlambak lagi laki lain kat luar. Stay away from bitch. You either get humiliated occassionaly or become one.'
Dalam hati Lili sangatlah menyokong kata - kata Audra. Lagi lama dia bertahan, lagi kerap dia kena serang, lama - lama dia pun jadi perempuan tak betul sebab seorang lelaki.
Ikram secara dasarnya bukan tinggalkan dia tapi
sebab dia tak boleh nak janji Bella the Bitch tak akan muncul dalam hidup mereka maka dia pun anggap semuanya tamat. TAMAT!

Tiba - tiba telefon di sebelah berdering.
"Ya?"
"Dah tidur?"
"You...jangan kacau I lagi. It's over. Double V, double R. Ovverr." Lili bercakap sambil pejam mata. Kot lah Ikram tak faham.
"You jawab call kenapa kalau tak nak cakap?"
"Sebab I bukan budak - budak. Kita dah dewasa. Tak payahlah nak dramatik sangat. You call I jawab tapi I nak cakap lagi ni. I memang tak boleh terima hubungan yang banyak dugaan. Tak kahwin lagi pun dah ada orang ketiga. Dah kahwin haru lah hidup I. Sorry Ikram. Bye. Good night."

Ikram di hujung sana mengeluh. Bella oh Bella.
Lili pula membawa telefon ke dalam dakapan. Bella the bitch!

AUDRA berkira - kira hendak menelefon Lili tapi melihat jam hampir menginjak ke waktu Cinderella tertinggal kasut, dia batalkan niat.

Oh tiba - tiba idea untuk menconteng diari usang menjelma. Beserta gambaran wajah seseorang yang berselisih bahu dengannya siang tadi.

"Janganlah mamat douchebag."

Audra memang pantang lelaki kurang cerdik. Sehingga semua lelaki yang dia keluar, ada sahaja yang tak kena. I can't expect to date Albert Einstein, huh? Dia tersenyum. Life is weird. What you wish the last could happen to you is the first that happen to you.

Macam Rena, dia tak kisah keluar dengan lelaki tak berduit janji ada gaya dan hati riang. Perempuan pelik yang langsung tak pandang kebendaan. Haris adalah salah seorang yang sukakan Rena. Haris ni, pergi supermarket KK pun naik Ferrari. Tu pun dia buat tak nampak.

Antara mereka bertiga rasa - rasanya siapa yang 'settle down' dulu? Mesti sunyi nanti kalau salah seorang yang kena ikat dulu. Kadang - kadang bagus juga masing - masing sangat memilih sebab kalau kena 'turn down'. They are there for each other. Always. And maybe forever?


p/s:
Assalamualaikum and good day all.
Part 1 done. saja - saja tulis untuk orang yg rindukan Arluna dan Bimbo :D
Kat bawah ni sikit teaser untuk Bimbo :)
Happy holiday. Safe journey all.
Lev u
KL @ Rin Ahmad

BIMBO

“Auntie tak kisah pilihan Su siapa pun but you must very sure that you are capable to love that person unconditionally.”
            Ingat pesanan suami, “Saya tak kisah kalau Elsuraya nak kan anak Dr Ishak tu tapi awak kena ingat, kalau dia tahu semuanya nanti saya takut bahagia yang dicari bala yang menimpa.”
            “Serba salah. Saya macam nak paksa suruh dia terima Azad. Kan senang?”
            “Mana – mana pilihan pun tak kan buat Elsuraya hidup senang kalau dia tak mampu nak buang dendam yang bersisa dalam diri. Awak macam tak kenal anak saudara awak tu.”
            Berdiri di hadapan Elsuraya, tugasnya sekarang hanya menyedarkan Elsuraya agar membuat pilihan yang tepat. Supaya dia tidak menyesal apabila dia mengetahui kisah sebenarnya nanti. Hanya dengan kasih sayang yang ikhlas semua rasa yang membunuh boleh lenyap. Hanya dengan cinta yang tulus.
            Elsuraya mengetuk – ngetuk sudu di dalam jag.
            “Are we really capable of loving unconditionally?” Elsuraya membalas dengan soalan.
            “Yes. After being a mother.”
            Elsuraya angkat kening. Bukan tadi kisahnya tentang siapa dia nak pilih? Ni jawapan tak mengelat. Auntie Ros ni sukalah nak suruh dia fikir sendiri.
            “What about before I am a mother?” Elsuraya sengih. Buat muka tak berdosa.
            “Before being a mother, my unconditionally love goes to shoe and bags.”
            Elsuraya gelak. Ingat nak cakap ‘my unconditionally love goes to Uncle Jehan’.
            “After being a mother, Jenna and Jemmima re – decorate my white LV with blue marker, I kissed their forehead. I complimented the scribbling is awesome. Sebelum jadi Mommy, cubalah orang berani sentuh koleksi beg dan kasut Auntie, memang boleh buat sekuel filem Bunohan.”
       

Dear love;
Are you capable of loving someone unconditionally?
(something to ponder this long holidayyyy yeah)    
XOXO 


10 comments:

  1. Dear KL

    I love Rena character -- always riang ria --- not after the money - Ka-Ching$$$$ could not buy loves n friendship.

    El-suraya .... lives wit your love.
    once loving someone ... unconditionally always love any day or time rounding the sum for 365 days and continuously till my last breath- they are all around my life!
    so does tat 'hatred feeling' - hate tat feels if it interfere n make a mess in my life but with 'heart' fills n dominates of ALLAH love- on the last count of breathing sure the word 'kema'afan' gonna sincerely given.

    So for this ... El - please blame nobody for any mistakes - it is fate. Fate!
    even if u know the truth one day never regret for not accepting azad but be thankful u know n love Dani Ikram. ALLAH sends someone i.e. "DANI" to color your life n wants u to learn how to love someone unconditionally.

    ♥♥♥
    ~Jazmeen~
    p/s tak tau ape i am ramblings here!

    ReplyDelete
  2. wow vote for Dani :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhhh. Abam Dani forever!!! Bila nak cetak ni sis? Asik ulang2 baca USD n GET je nih. :-P

      Delete
  3. ohh new cerpen...smbung cpat ya KL..for bimbo..i dont know why..i never hate Dani..but i really want El dgn Azad...

    ReplyDelete
  4. i'll vote DANI for sure.
    EL, follow je ckp auntie ros tu
    what a fabulous words

    ReplyDelete
  5. uly ct rulyah2/11/13 12:12 am

    waw! ade mamat douchebag....ohsem♥

    ReplyDelete
  6. hai KL..
    lama x jengah cni.. cerpen for Tahun Baru yer.. yeayyy!!
    waiting for next n3.. sbb yg ni ai xbaper dpt tangkap lagi.. hehehe
    ke sbb lama xmelawat KL kot.. hehehe

    btw, i sokong u dr jauh tau ;)

    Mizzacu

    ReplyDelete
  7. hi..
    tengah buzy nie pun sibuk nak baca yr new story Rin... nice cerpen
    I'll vote for DANI.....

    ReplyDelete
  8. susah juga jadi El ni...

    ReplyDelete
  9. saye suke sangat baca tulisan rin ahmad..sempoi dan bersahaja...!!!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...