Monday 27 August 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 7



“Bila nak buat house warming?” Puan Sri Maria memandang lama anak daranya yang sedang khusyuk menonton TV. Tahu sangat cuba mengelaklah tu.
Lah soalan ni lagi ke? Bisik Jasmeen sendiri apabila mengenangkan ini bukanlah kali pertama Mama bertanya. Puan Sri Nur Maria duduk bertentangan dengan Jasmeen. Volume TV diperlahankan. Ala..tengah klimaks Horatio soal suspek utama tu. Jasmeen mengeluh agak geram kerana tontonan siri kegemarannya, CSI Miami terganggu.
“Hujung tahun lepas kan Meen dah buat Mama.”
“Itu rumah kat Desa ParkCity. Mama maksudkan rumah baru Meen kat Valencia.”
Jasmeen diam. Tang interrogation session yang ala – ala FBI ni yang tak tahan. Kalau dengar FBI a.k.a Faizal Bin Ismail, Deejay di Hotfm berceloteh sekurang – kurangnya menghiburkan hati. FBI yang di hadapannya kini menyesakkan fikiran.
Lanskap Valencia pun baru diberi nafas. Masih dalam fasa akhir reka bentuk. Kat tapak, habuk pun tarak. Satu pokok pun belum ditanam. Sebiji benih pun belum ditabur. Apatah lagi konsep yang dicadangkan langsung tidak terbias di alam realiti lagi. Buat malu je jadi Arkitek Lanskap kalau lanskap rumah sendiri tak hebat. Halaman pula kosong bak padang jarak padang tekukur. Tambahan lagi Jasmeen tetap merasakan menjual rumah di Valencia, asetnya yang satu itu adalah pilihan yang terbaik. Baginya The Northshore Gardens yang terletak di Desa ParkCity cukup untuk Jasmeen diami berdua dengan Bibik. Appreciation value kondominium tersebut juga boleh tahan naik sekarang.
            “Tak payahlah Mama. Kan Meen dah bagitahu Papa yang Meen rasa nak jual rumah tu.”
Kening Puan Sri Nur Maria terangkat sedikit. Anak yang sulung ini memang tak makan saman. Sudahlah bukannya nak ditolong perniagaan Papanya, pemberiannya pun tak diendahkan. Kalau bagi coklat Koko Jelly tak apalah nak sesuka hati buang pun, ini asset yang berharga jutaan ringgit langsung tidak dipandang.
            “Kalau macam tu Papa buat rumah anak yatim lah kat situ.” Celah satu suara yang baru muncul sambil mengepit The Star di ketiak. Satu sikap Papa yang kadang kala membuat Jasmeen segan ialah dalam memaksa, dia bersahaja. Taktik reverse psychology betul.
Pukul 9 malam baru nak baca surat khabar? Jasmeen tidak pelik. Tidak hairan kalau Papa yang sering meluangkan masanya kepada orang lain lebih daripada keluarga sendiri. Sudah pasti seharian Papa menghabiskan masanya di luar sehingga tidak berkesempatan membaca The Star hari ini. Apa yang nak dihairankan zaman sekarang ni, tekan saja qwerty Blackberry tu, segala berita online boleh dibaca bila – bila masa sahaja, di mana – mana sahaja. Mungkin feel nya sahaja yang berbeza. Sejak menjawat jawatan Jeneral sehinggalah memulakan perniagaan sendiri, Papa tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti. Ingatkan dah pencen, ada bisnes sendiri makin relax tetapi rupanya makin sibuk.
“Okay jugak tu Papa. Nanti saham akhirat dapat kat Papa sebab Papa yang tukang beli.” Tukas Tan Sri Farhan.
Jasmeen menjawab selamba. “Apa pula dapat kat Papa, dapat kat tuan punya rumah lah.”
The Star dibelek sambil mengerling Jasmeen sekilas. Anak sulung yang sentiasa teguh dengan pilihannya sendiri. Entah bila agaknya Jasmeen mahu mengambil alih Axis Berhad. Jangankan nak mengambil alih, menjengah ke Bangunan Vomax yang menempatkan Axis Berhad pun dia tak sudi.
“Apa main saham malam – malam buta ni Along? Orang pun nak join.” Ferhad menatang sepiring Lychee Cocktail Jelly yang siap dipotong ke ruang rehat mereka sekeluarga. Ferhad duduk di sebelah Jasmeen.
“Kalau Ferhad nak saham ni, malam ni teman Along tidur kat Desa ParkCity. Bibik cuti, Along takut tidur sorang. Dapat saham akhirat tau tolong Along.”
Usik Jasmeen sambil tangannya mencapai sepotong Lychee Cocktail Jelly. Bukannya Jasmeen tak tahu dari petang tadi Ferhad siang – siang memberi amaran yang dia tidak sihat. Tak larat nak membelah MRR2 menuju ke Desa ParkCity.


***


“Jap lagi kau hantar aku balik.”
“Kau tidur sini je lah. ”
“Tak bawa baju lah. Lagi pun malas lah aku. ” Jasmeen beralasan walhal bajunya penuh satu almari di biliknya di sini.
“Aku penat lah. Kepala pun pening ni. ”
“Kau janji kau nak hantar aku kan tadi. ”
“Tu pagi tadi, masa aku tengah sihat walafiat. ”
“Ehemm..ehemm... ” Kedengaran suara Mama berdehem dari balik pintu bilik Ferhad. Oh..Oh ..O..
Masing – masing berbalas pandang. Jasmeen pandang Ferhad. Ferhad pandang Jasmeen. Mama menjengah masuk. Mereka sedar kesalahan mereka. Bahasa ganti diri yang pantang didengar oleh Mama dan Papa. No aku-kau in the house! Peraturan yang ditetapkan oleh kedua ibu-bapa mereka. Alasan konkrit berjela Papa macam khutbah Jumaat gamaknya;
                        1.      Adik beradik kena panggil dengan sopan.
                        2.      Kena hormat pangkat kakak. Jasmeenlah tu.
                        3.      Kena hormat pangkat adik. Ferhadlah tu.
                        4.      Beza umur terlalu jauh. Jasmeen 27, Ferhad 21.
                        5.      Tak sopan lelaki-perempuan beraku-kau apatah lagi adik beradik.
                        6.     Jangan sampai orang luar salah tafsir hubungan. Maklumlah Jasmeen yang lawa dan Ferhad yang kacak sekali pandang kalau jalan beriringan sah orang ingat pak we-mak we.
                        7.     Dua beradik je pun, bagilah feel ’keadik-beradikan’ tu wujud. Nanti suasana dalam rumah kalau tak dengar jeritan Along!Adik! Orang ingat rumah macam tak ada anak pula.


                         Tapi ampunlah nak dengar Ferhad address himself as adik. Never! Depan Papa-Mama lain kira. Bagi Jasmeen pula, Along tu sweet apa. Terserlah kekuasaan seorang kakak!
            Tujuh cukup tak? Cukuplah sebab kesimpulannya hanya satu iaitu untuk merapatkan silaturrahim dan menjaga hubungan mesra antara kakak dan adik.
“Eh! Mama. Dah nak buat jelly tu ke? Jap Along turun.”
Jasmeen memang pelakon hebat. Tak sempat Mama buat ulang tayang rakaman khutbah Jasmeen sudah cantas baekk punya. Ferhad yang bersandar di katil menekup mulut menahan tawa. Namun pecah juga tawa mereka bertiga apabila Mama sendiri yang memulakan. Bagi Puan Sri Nur Maria, walau apa jua panggilan yang digunakan, pokok pangkalnya ialah hubungan Jasmeen-Ferhad amat rapat. Namun dihadapan anak, ketegasan dan  karisma seorang ibu tetap ditonjolkan.

* * *
           
“Bila you nak berterus terang dengan Fareez sayang?”
            “Sabarlah Iqmal. I’m waiting for the right moment.”
            “Gina, kalau you betul sayang I, please make it happen soon. We should have tied our relationship and move one step further.”
Gina tersenyum lebar mendengar perancangan Iqmal. Berbunga – bunga hati Gina apabila membayangkan saat indah yang bakal dikecapi bersama Iqmal. Namun bagaimana harus dimulakan membuatkan Gina bingung. Walau pun kini Gina hampir pasti cintanya untuk Fareez makin malap tetapi untuk menghancurkan hati Fareez yang setia menantinya, hatinya tidak tega melafazkannya begitu sahaja. Apatah lagi mengenangkan reaksi Daddy. Fareez sesungguhnya calon menantu idaman Daddy. Mommy mungkin tak kisah tetapi Daddy? Argh! Kusut Gina memikirkannya. Sampai bila harus dia berpura – pura?
“Shall we?”
Iqmal mengejutkan Gina dari lamunan. Audi A8 elok terparking di Valet Concorde. Gina melangkah seiring dengan Iqmal menuju ke Dynasty untuk menikmati Dim Sum yang pernah mendapat award winning cuisine. Irama Lux Aeterna hasil agung Clint Mansell yang berkumandang di ruang lobi Concorde meresapi jauh ke lubuk hati Gina. Memberi Gina suatu semangat yang sukar dimengertikan.



Tuesday 14 August 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 6




“Kenapa lambat?” Direnung wajah Ferhad yang agak pucat.
            “I’m not feeling well. Telan panadol dulu baru aku gerak.” Tak bermaya sahaja Ferhad membalas soalan si kakak.
            “Tak jumpa doktor ke?” Jasmeen mula risau.
            “Sikit je.”
Ferhad membalas pendek. Ayat mengelat tak nak jumpa doktor. Jasmeen memasang tali pinggang keledar sambil bersandar dengan tenang. T-shirt lengan panjang Lacoste berwarna putih disinsing ke siku. Rimas. Menikmati suhu penghawa dingin kereta baru Ferhad ditemani alunan suara Adele mendendangkan Someone Like You melegakan fikirannya. Jasmeen perasan terserlah bau leather seat kereta baru Ferhad.
            “Mamat budget handsome tu pun pakai X5.”
            “Who?”
            “Binwanis.”
Ringkas namun ditekankan jawapannya agar Ferhad mengingati kembali jejaka yang ditemui Jasmeen dikala menjadi tawanan hamba abdi perang tempoh hari. Binwanis adalah tempat pertemuan pertama antara mamat budget handsome yang ditemuinya kali kedua tadi.
            “What? Kau jumpa lagi mamat tu Meen?”
            “Yap.”
            Jawab Jasmeen malas. Matanya lebih fokus ke depan menyaksikan kereta yang bertali arus di MRR2. Jalan utama yang akan membawa mereka menuju ke rumah Papa dan Mama.
            “When?”
            “Tadi.”
            “Where?”
            “Kat tempat kau ambil aku tadi.”
            “Rumah Datin Julia?”
Jasmeen hanya mengangguk. Tiap kali jumpa je mesti ada je malangnya. Jatuh gedebuk lah. Pasu pecahlah. Ada badi apa yang melekat kat mamat bernama Fareez tadi tu sampai menyusahkan orang macam ni sekali.
            “Then how’s everything?
Jasmeen diam. Malas nak jawab. Banyak betul soalan Ferhad gaya buat karangan sekolah lengkap dengan 5W principle – What, Who, When, Where, How.
            “Kan aku dah cakap orang bawa X5 memang handsome dan macho.” Ferhad tersenyum nipis sengaja memenangkan kereta baru pilihannya, BMW X5 yang sedang meluncur laju di jalan raya ini.
Ferhad menyambung apabila Jasmeen tidak mengendahkan soalannya. Jasmeen mengiakan ayat penyata Ferhad dalam hati. Okay, serius mamat budget handsome yang bernama Fareez tu memang handsome. Memang tak layak bagi gelaran ‘budget’ kat tengah sebab kali kedua Jasmeen bertentang mata, retinanya menangkap raut wajah Fareez dan otak mencerna objek di hadapannya ketika itu sebagai amat sempurna. Sememangnya handsome! Tip Top! Tapi malangnya telah berpunya. Namun Jasmeen masih tertanya, kepunyaan siapa?


***


What? Minah karan selamba ni? Berapa banyak part time job minah ni buat? Fareez menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gaya orang sedang berfikir perkara yang tidak berfaedah sambil menikmati keindahan ciptaan Allah pada objek hidup di hadapannya kini. Aku kan pandai mensyukuri nikmat Allah. Dah kejadian yang cantik dan sempurna begini, sudah pastilah dihayati dengan penuh khusyuk. Bisik naluri nakal Fareez. Ralit Fareez melihat kesempurnaan fizikal milik Jasmeen walau pun hanya tampil ringkas dengan t-shirt lengan panjang berwarna putih kosong tanpa corak dan jeans biru laut yang dipadankan dengan tudung bercorak bunga matahari. Penampilan yang cukup kemas untuk seorang penyelenggara taman namun membuat Fareez terpaku. Kesederhanaan yang tidak ada pada Diya jauh sekali kekasih hati, Gina.
            “You kenal dia ke Fareez?”
            “Err....tak. Ingat tadi macam kenal.”
Oh! Fareez empunya nama. Jasmeen bergegas meninggalkan Fareez. Tidak dipedulikan jelingan maut yang dihadiahkan Fareez. Sudah pasti Fareez berpura – pura tidak mengenalinya. Di Binwanis tempoh hari dengan perempuan lain, sekarang dengan Gina pula. Hebat betul Encik Fareez kita ni ya.
            “You pergi dululah Fareez. Minta maaf ya tak boleh join you guys for the opening ceremony. Kejap lagi Iqa nak datang rumah. Then, I kena hantar dia pergi KLIA.”
            “It’s okay. Sampaikan salam I kat Iqa.”
Fareez membalas malas. Tak pernah tak beralasan Gina. Dua hari lepas hatinya riang apabila Gina bersetuju untuk hadir ke parti pembukaan Men’s Wellness Spa milik kawan rapatnya Jefri. Patut ditekanya dari awal bahawa Gina akan memberi seribu alasan untuk tidak keluar bersukaria bersamanya hari ini. Ini pun Gina keluar bersama kerana menemaninya melawat Daddy di hospital.
“Fareez, I nak kirimkan Jefri hadiah. Tunggu I masuk dalam rumah ambil hadiah sekejap ya.”
Mendengar derap tapak kaki Gina melangkah ke dalam rumah membuatkan degup jantung Jasmeen tak keruan. Peluang untuk disembur oleh mamat handsome bernama Fareez ini sedang terbuka luas. Telinga Jasmeen yang tadinya kembang mencuri dengar perbualan antara Jasmeen dan Gina mulai kuncup. Tangan Jasmeen yang sedang menggembur tanah untuk ditanam Alpinia pupurata mula keras.

Dia datang ke?
Tak.
Dia datang ke?
Tak.
Alamak dia datanglah! Derap tapak kasut Bally makin jelas menghampiri Jasmeen dari belakang.

            “Sejak bila kerja ambil upah jaga taman ni? Berapa banyak part time kau buat?”
            “Dah lama. Sekarang kerja ni full time.” Main aci jawab je mulut aku ni pun. Jasmeen menutup mulutnya, tak sangka dengan jawapannya sendiri.
            “Kau dah kena buang kerja ke kat Binwanis tu?”
            “Err..” Tak sempat Jasmeen nak menjawab, Gina muncul dari belakang. Berdetak – detak bunyi kasut tinggi yang dipakai oleh Gina.
            “Fareez, there you go.”
Gina yang tiba – tiba muncul meyelamatkan keadaan. Di tangan Gina tergenggam kemas beg kertas bertulis Pineider. Beg kertas bertukar tangan.
            “You bagi Jefri this Pineider 1949 leather picture frame. This gift surely will add classy to his space.” Ujar Gina bangga dengan pilihannya.
Jasmeen tersenyum kecil. Ternyata gadis keluaran gedung Gucci ini memang mempunyai selera yang tinggi dalam semua segi bukan setakat barang keperluan sendiri. Bingkai gambar kulit yang dimaksudkan Gina itu sudah pasti harganya mencecah paling tidak RM2000. Jasmeen tahu sebab leather desk tray kertas A4 di bilik pejabatnya adalah daripada jenama Pineider juga yang harga RM1500 hanya untuk sebuah tray kertas!
            “Siapa nama kau?” Fareez bertanya apabila beg kertas Pineider bertukar tangan.
            “Jasmeen.”
            “Nama bunga melur, bunga hiasan kat kampung. Patutlah perangai tak senonoh semacam. Hah, Cik Melur! Lain kali buat kerja pakai otak.” Gina tergelak mendengar nama Jasmeen yang sesedap rasa ditukar oleh Fareez.
Kurang ajar punya mamat. Nama aku Fellah Delisya, dah disesatkan jadi Jasmeen, disesatkan lagi dek mamat putus fius ni jadi Melur? Adoyai!
            “Dah lah Fareez, nanti you lambat.” Potong Gina.
Bimbang mood Fareez bertambah buruk. Bukan boleh dijangka mood Fareez yang sentiasa berubah. Mengenali Fareez sejak kecil tidak memberi kelebihan kepada Gina untuk menebak hati dan perasaan Fareez. Yang dirasakannya hanyalah sebuah cinta yang tidak mempunyai irama yang senandung dengan perasaannya.
            “Okay, anything about Daddy please updates me.”
            “Sure.” Gina membalas pendek.
            “And tell mommy her landscape is amazing except for the person in charge.”
Sengaja ingin menyakitkan hati si bunga melur yang tidak mengendahkan makiannya. Masih setenang air di kali. Fareez melirik ke arah Jasmeen yang tegak berdiri tersenyum memandangnya setelah selesai menanam kembali Alpinia pupurata tadi.
            “I like it too. This is designed by Integrate Landscape. Wonderful is it?” Gina tersenyum memandang persekitaran taman banglo mewahnya.
Integrate Landscape? No wonder the boss and the staff both are annoying! 
Bisik Fareez dalam hati namun tetap mengakui reka bentuk lanskap rumah Datin Julia amat luar biasa tanpa menyedari bahawa kedua – dua orang yang dimaksudkannya sedang elok berdiri di hadapannya.
            “Okay Cik Melur, saya jalan dulu. Hope not to see you again!” 
           Dihadiahkan sebuah senyuman plastik untuk si bunga melur. Sempat juga diberi amaran dengan meletakkan ibu jari yang disatukan dengan jari telunjuk ke mulut tanda zip-up-you-girl!
Dap
Kurang ajar punya Fareez. Ek-ele, macam nak sangat orang canangkan diari playboy dia tu. Tak kuasa mak nak jadi reporter tak bertauliah Cik Gina-Gucci ni. BMW X5 menderum laju meninggalkan Gina yang sedang melambai – lambai dan Jasmeen yang memegang erat bag Longchamp, menahan geram. Belum sempat Gina melangkah masuk ke dalam rumah, sebuah kereta Audi A8 menderum masuk ke dalam pagar rumah dan keluar dari perut kereta seorang jejaka yang tersenyum menggoda ke arah Gina. Jasmeen menelan air liur. Siapa pula ni?
“Hai Ziqi, jom masuk dulu. Iqmal suruh you ambil I ya. Okay gives me five minutes. Then we are ready to go.” Gina berpapasan dengan Ziqi menuju masuk ke dalam rumah.
Gulp!Telinga aku ni salah dengar ke? Iqa dah jadi Iqmal? Ziqi ni siapa pula? Geram Jasmeen serta merta bertukar menjadi gelihati mengenangkan nasib Fareez.  Kesian kat kau Fareez. Ni baru buku bertemu ruas, playgirl versus playboy. Nak buat macam mana, dah nasib badan kaulah labu!


Tuesday 7 August 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 5


BAB 5

Botanical name: Jasminum Sambac
Common name: Arabian jasmine
Family name: Oleaceae (olive family)
Native: India
Buku mengenai jenis – jenis bunga, Tropical and Horticulture hasil tulisan Dr. Francis SP Ng diambil dari atas meja untuk disambung baca. Terganggu design research nya apabila mendapat panggilan telefon daripada Herlina. Jasmeen tersenyum sendiri apabila mengenangkan perbualannya dengan Herlina. Gembira mendengar khabar sahabat yang jauh berada di Batu Gajah, Perak. Namun topik utama yang dibincangkan mereka ialah Jasmeen. Jangan salah faham ya. Di sini maksudnya Jasmine atau di Malaysia lebih dikenali sebagai bunga melur.
            Jasmeen yang membuka topik bunga Jasmine. Dikhabarkan Herlina cadangannya untuk membuat lanskap rumah barunya di Valencia dengan dilatari dengan bunga Jasmine. Cadangnya sengaja nak diabadikan apa yang berkaitan dengan dirinya di rumah itu. Maklumlah susah sekali untuk Jasmeen menghargai hartanya yang satu ini. Oleh sebab itulah dia memerlukan special touch untuk menjadikan Valencia sesuatu yang istimewa dan dekat dihati. Jasmeen membayangkan suatu hari nanti jika dijual pun, pemilik baru akan gembira melihat bunga Jasmine memutih di sekeliling rumah dengan keharuman yang magikal. Kalau diselang selikan dengan blue daze pasti lagi menarik, tambah Herlina turut memberi cadangan yang bernas.
            Herlina pula menyentuh tentang denominasi duit syiling Malaysia edisi ketiga terbaru yang akan dikeluarkan pada 2012 nanti. Denominasi duit syiling 20 sen terbaru menggunakan motif bunga Jasmine. Lantas katanya apabila membaca keratan info yang dikeluarkan oleh Bank Negara mengimbas ingatannya terhadap Fellah Delisya yang lebih dikenali sebagai Jasmeen dikalangan orang yang rapat dengannya.
            “Memang sesuai sangat lah kalau Bank Negara pilih lambang bunga Jasmine tu.”
            “Kenapa Meen? Aku ingat kita patut mengekalkan bunga Raya je.”
            “Memanglah bunga Raya bunga kebangsaan tetapi kau kena tahu juga, bunga Jasmine mendapat tempat istimewa dalam peradaban ketiga – tiga budaya bagi tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadi elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis keagamaan dan perkahwinan. Motif bunga melur ni juga sering terdapat dalam pertukangan  tangan tradisional kita seperti ukiran perak dan sulaman.”
            Jasmeen menerangkan dengan panjang lebar. Bangga sebenarnya kerana boleh tumpang nama sekaki. Tapi kalau letak motif bunga Jasmine tu pada denominasi duit kertas nilai seribu kan lagi gempak! Ni 20 sen jer?
            Buku tersebut dibaca dengan penuh khusyuk namun jam Tissot ditangan dikerling sentiasa. Takut terlepas temujanji dengan Datin Julia sebentar lagi. Membuat rekabentuk lanskap rumah VVIP ni memang kadang – kadang memeningkan kepala. Senang dan menguntungkan tetapi kerenah tuan rumah yang boleh buat Jasmeen migraine. Apabila rekabentuk dipersetujui dan kos ditetapkan, elok kerja – kerja lanskap nak mula di tapak, boleh pula nak tukar reka bentuk saat – saat terakhir tetapi kalau dah nama pelanggan, kena layan juga.

***

            “Assalamuaalaikum.”
Lama Jasmeen berdiri di hadapan pagar automatik rumah Datin Julia. Namun sampai sekarang masih belum ada orang yang menjengah. Loceng sudah ditekan berkali – kali. Salam pun sudah tiga kali diberi. Sampai nak tercabut anak tekak Jasmeen menjerit dari luar pagar. Maklumlah kalau setakat cakap ala – ala princess, dengan pagar setinggi 5 kaki ini, hanya orang yang mempunyai pendengaran supersonik sahajalah agaknya boleh mendengar dari dalam rumah.  Kalau nak cancel pun, cakaplah awal – awal.
Jasmeen membebel sendirian. Segala fail yang berkaitan projek lanskap rumah Datin Julia dikepit di celah ketiak. Fail yang tertinggal di dalam kereta Miza semasa keluar makan tengah hari bersama semalam disuruh hantar ke rumah. Alang – alang ke rumah Datin Julia yang sehala dengan rumah Miza, Jasmeen minta ditumpangkan. Balik nanti fikirnya boleh disuruh Ferhad mengambilnya di rumah Datin Julia.
            Lengan t-shirtnya yang panjang disinsing sedikit. Hampir 15 minit Jasmeen berdiri di luar pagar gaya Jaga tak bertauliah. Menyesal pula tak bawa kereta sendiri. Kalau tak mengenangkan rancangan untuk makan malam bersama keluarganya malam ini sudah pasti menyusahkan Ferhad tidak termasuk dalam agendanya. Tunggulah 5 minit lagi. Pastu baru telefon Ferhad suruh ambil. Bisik Jasmeen sambil melirih ke langit. Mentari terang memancar.
            Honk!Honk! Jasmeen tersentap apabila sebuah BMW X5 berwarna hitam dengan garangnya membunyikan honk dan berhenti di hadapan Jasmeen. Err...di hadapan pagar rumah Datin Julia dengan lebih tepat kerana sememangnya Jasmeen yang ke hulu – ke hilir umpama cacing kepanasan di hadapan pagar rumah mengganggu kereta yang ingin masuk. Pintu pagar terbuka secara automatik. Datin Julia baru sampai ke? Janji pukul berapa, sekarang pukul berapa. Lirih Jasmeen.
            “Excuse me? Who are you?
Tanya seorang perempuan yang melangkah keluar dari perut BMW X5 itu. Jasmeen tersenyum.
            “I have appointment with Datin Julia. From Integrate Landscape.”
Jasmeen menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormat.
            “Oh. Saya Gina, anak Datin Julia. Minta maaf ya Mommy tak sempat cancel appointment lah tu sebab pagi tadi Daddy dimasukkan ke Gleaneagles. Komplikasi jantung. Jadi mungkin Mommy kelam - kabut sikit.”
Lawa betul anak Datin Julia. Sebelum ni tak pernah pula nampak. Sekali pandang orang sudah tahu perempuan keluaran gedung Gucci. Gina-Gucci. Argh! Sesuailah tu. Gaya berpakaiannya amat moden dan amat menarik perhatian. Dengan raut wajah kacukan Arab sebiji macam klon Datin Julia zaman muda fikirnya.
            “Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu ya.”
Kasihan pula Jasmeen mendengar nasib yang menimpa suami Datin Julia.
            “Ada apa – apa yang saya boleh tolong? Pasu – pasu yang kat luar tu nak bawa masuk ke?”
Jasmeen tersenyum melihat Gina mengerling ke arah 3 buah pasu yang berada di hadapan pagar. Sudah pasti ketiga – tiga pasu berisi bunga berwarna biru, ungu dan merah yang jarang kelihatan itu menarik perhatiannya.
            “Tak apa Cik Gina. Sebenarnya ini contoh pokok untuk Datin pilih.”
            “Saya masuk dulu. Jumpa lagi nanti.”
Balas Gina tidak berminat. Gina terus melangkah masuk dan membiarkan Jasmeen keseorangan. Jasmeen menarik nafas panjang. Apa punya tuan rumah, bukannya nak dipelawa tetamu minum air ke, ajak masuk dalam ke. Aku dah la dahaga macam duduk kat gurun Sahara je ni. Bisik Jasmeen dalam hati. LG Prada diseluk dari Longchamp.
“Ferhad, tolong ambil aku kat rumah Datin Julia. Yang kita pernah datang hantar Miza dulu tu.”
Arahan pendek diberikan pada Ferhad. Sementara menunggu Ferhad, Jasmeen mengambil peluang mengelilingi halaman rumah Datin Julia yang besar. Projek lanskap di rumah ini sudah bermula 2 minggu yang lalu. Boleh tahan cerewet juga Datin Julia ni semasa memilih lanskap yang direkanya. Itu tak berkenan, ini tak berkenan namun akhirnya yang paling menggelikan hati Jasmeen ialah ayat Datin Julia.
‘Janji pokok kat rumah I ni susah nak jumpa kat rumah Datin lain. Biar I berhabis, susah jaga pun tak apa pokok tu janji  rumah I je ada.’
Oleh sebab itulah Jasmeen membawa tiga jenis pokok yang berlainan warna yang unik seperti blue daze atau nama saintifiknya evolvulus glomeratus, lavender spur flowers dan alpinia pupurata untuk dipilih oleh Datin Julia. Sedang Jasmeen asyik melihat path walkway yang sedang dalam pembinaan, tiba – tiba prang!!!
            “Pasu aku!”
Jasmeen menjerit sambil tergamam apabila melihat BMW X5 tadi telah terlanggar sebuah pasu yang disusun di tepi pagar. Gina yang mendengar terkocoh – kocoh keluar.
            “Apa bising – bising ni?”
Jasmeen bergegas ke bahagian depan X5 untuk mengutip pasu yang berkecai sebaik enjin dimatikan. Bukan dihairankan sangat pasu yang berkecai tetapi pokok yang ditanam dalam pasu amat berharga baginya. Alpinia pupurata yang berwarna merah ini amat sukar dibela. Hampir setahun menunggu barulah nampak kuntuman pertamanya apatah lagi untuk pemilihan pelanggan, biasanya Jasmeen akan memilih pokok yang terbaik dalam semaian. Bising Jasmeen mengarahkan Miza memilih pokok yang terbaik pagi tadi di tapak semaian milik Integrated Landscape sebelum menghantarnya ke rumah Datin Julia.
            “Yang kau bodoh sangat letak pasu tengah – tengah jalan ni siapa suruh?”
Tengking satu suara seiring dengan dentuman pintu. Telinganya menangkap suara garau yang datang dari arah pintu pemandu. Kurang ajar punya bahasa. Mulut longkang! Jasmeen tidak mempedulikan empunya suara yang semakin menghampiri dengan derap langkah yang makin jelas.
            “Gina, I need to temporary plant this somewhere in the garden.”
Jerit Jasmeen tanpa menghiraukan tengkingan tadi. Alah bisa tegal biasa. Macam tak biasa kena maki dengan pelanggan. Yang penting kerja dan servis yang terbaik ditawarkan. Maki – maki pun nanti Jasmeen juga yang dicari.
            “Kenapa you tak alih pasu tadi? Kan I dah suruh alihkan.” Gina bercekak di hadapan Jasmeen marah.
            “Boleh tak suruh Mommy cari gardener yang senonoh sikit?” Balas empunya suara yang garau.
            “Ni bukan tukang kebunlah. Ni....”
            “Cik Gina, saya minta maaf. Saya bersihkan pasu ni, tanam balik Alpinia ni lepas tu saya terus balik. Saya minta maaf sekali lagi ya Cik Gina.”
Jasmeen terus memintas cakap Gina. Rasanya ayat kedua yang terlontar dari empunya BMW X5 ini menggegarkan saraf memori suara Jasmeen. Suara yang amat segar di telinganya. Mana mungkin dia lupa peristiwa dimarahi di Binwanis. Kali pertama dimarahi sudah pasti Jasmeen tak kisah kerana Binwanis bukanlah miliknya namun kali kedua ini melibatkan perniagaannya. Kredibiliti syarikatnya. Rasanya memang dah alih betul – betul ketepi. Macam mana boleh terlanggar ni.
            “Kalau setakat nak buat kerja main – main, pergi tanam pokok dalam hutan!”
Marah betul Fareez melihat tukang kebun yang lembap ni. Terhegeh – hegeh nak ambil pokok pula. Kalau dah berkecai tu sumbat je lah semuanya dalam tong sampah. Dah lah buat bodoh je. Tunduk tak berkutik bertambah menyakitkan hati orang.
Huh! Bisanya ayat mamat budget handsome ni. Dalam hutan buat apa nak tanam pokok. Dah sah – sah hutan tu penuh dengan pokok. Jasmeen belum berani mengangkat muka. Derap langkah makin jelas kedengaran dan kini mamat budget handsome betul – betul berdiri di hadapannya. Tak syak lagi. Pandangan Jasmeen menangkap kasut Bally hitam berkilat yang pernah dilapnya tersarung di kaki mamat budget handsome di hadapannya.
            “Ni, nak tolong buat apa ni?” Tanya suara garau tersebut.
            “Tolong angkat pasu yang pecah tu lah. I nak cepat ni.” Sampuk Gina dari belakang.
            “Saya tanam pokok ni dulu kat sana ya.”
Jasmeen bingkas bangun dan berpaling secara drastik mengelakkan daripada bertembung mata dengan mamat budget handsome itu. Dup!Dap!Dup! Please go away! Shoooshhh...
            You?”
           

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...