Wednesday 29 January 2020

BAB 2 MISS AMERIKANO


EHSAN memandang sekeliling servis apartmen yang
disewa oleh Hana. Lokasinya sangat jauh dari bandar
JB dan sunyi pula. Terfikir pula dia, wanita jenis apa
yang sedang didampinginya? Bosannya hidup. Ulang-alik
masuk Singapura lagi. Dia juga dapat rasakan, hendak memenangi
hati Hana Raisa bukan mudah. Orang yang nampak mudah
didekati lagi susah nak ditangkap sama analogi dengan burung
merpati. Nampak saja jinak, dipanggil mari, ditangkap lari.
Setakat ini, dia cukup bersyukur apabila melihat
kematangan dalam diri seorang Hana Raisa. Tak boleh bayang
kalau terpaksa menghadap wanita kategori keanak-anakan
atau terpengaruh sangat dengan drama kahwin paksa. Dia ni
walaupun ada udang di sebalik batu, tetap dia nak menjadikan
perkahwinannya dengan Hana ikatan yang suci. Tak adalah dia
niat nak main-mainkan anak dara orang sesuka hati.
Bagi Ehsan mudah. Ini bukan kerana terpaksa, ini adalah
sebuah pilihan. Dia yang pilih jalan ini.

“Rumah you tingkat berapa?”
“14.”
“Nombor?”
“8.”
Ehsan menggeleng. Pelik sebab lokasi rumah di Iskandar
Puteri yang dulu dikenali sebagai Nusajaya terdapat bangunan
tinggi seperti ini. Kalau di Bukit Bintang, tidak hairan sangat
duduk di tingkat 14. Di sini, pemandangan apa yang boleh
dilihat di tingkat 14 tu. Teringin juga dia nak tahu.

“I nak solat. Belum jamak. Surau tingkat berapa?”
“Lima. Sebelah kolam renang kot.” Hana melayangkan kad
akses.

Servis apartmen ni menjadi pilihan Hana kerana sistem
keselamatannya yang ketat. Tak ada kad memang tak boleh masuk
walaupun ke lobi. Kenalah duduk di luar tempat parkir sahaja.

“I tunggu kat tingkat 5 aje. You dah siap nanti, turun.”

Hana angguk. Dia tak pasti Ehsan ini semula jadi baik dan
sopan atau semuanya semata-mata terpaksa sekadar memenuhi
permintaan keluarga. Tengah nak hulurkan salam perkenalan
mestilah tunjuk yang elok-elok saja. Tadi boleh je Ehsan
selamba tepuk bahunya.


“Cik Hana!”
Hana dan Ehsan berpaling serentak.
“Bunga untuk Cik Hana. Ni ke secret admire Cik Hana?
Wah, handsome!”


Automatik pandangan Hana terarah kepada Ehsan yang
mengekorinya sedari tadi. Ehsan angkat kening. Ceh, ada ciri ciri
lelaki narcissistic juga ke? Uncle Chin punya ramah-tamah
memang mengundang bahaya. Nak tak nak, Hana mengayun
langkah ke kaunter pengawal dan mengambil jambangan bunga
besar yang kerap diterima sejak kebelakangan ini.

“Tak adalah, Uncle Chin. Kalau ni secret admire saya mesti
saya pun tak kenal. Dah kenal buat apa dia nak susah payah
hantar bunga lagi.”

‘Kenapa hari ni Uncle Chin yang bertugas?’ Hana merungut
dalam hati.
Biasanya kalau pengawal keselamatan lain yang bertugas,
mereka akan ikut SOP sikit. Tunggu residen masuk rumah dan
beritahu melalui interkom. Residen boleh pilih nak turun ambil
atau minta dihantar ke rumah. Ini Uncle Chin selamba terjerit
macam pasar.

“Secret admire ke kekasih hati bagi?”
“Ala… mana-mana pun tak penting pada you, kan.” Hana
tersenyum.


‘Kalau awak tu kekasih orang, letihlah saya nak berlawan
tawan hati awak. Awak tu dah kira tahap wajib jadi milik saya.
Kenal-kenal ni buat cukup syarat saja. Saya suka ke tak, cinta ke
tak dah kira bonus. Kalau secret admire yang bagi pun, risau juga.
Sekarang bukan secret admire yang ramai, tapi stalker. Dah satu
kerja pula nak melindungi awak, Cik Hana.’ Hanya hati Ehsan
mampu berbicara. Mulut berat nak melontarkan suara hati.
Ehsan hanya membalas soalan Hana dengan senyuman
segaris. Lelaki serius sepertinya tiba-tiba boleh jadi murah
dengan senyuman walaupun senyuman sipi-sipi sahaja
kerana lawannya sekarang ialah Hana Raisa. Hana orangnya
berpenampilan ringkas. Lontaran buah fikirannya bernas.
Bicaranya tersusun, terang dan orangnya tidak lokek dengan
senyuman. Cuma kena pandai menilai jenis senyuman Hana.
Sekali nampak ikhlas. Sekali nampak sinis. Sekali senyumannya
tampak sangat bahagia. Apa pun semua karakter Hana
melambangkan dia mempunyai sifat yang positif.
‘Mampukah aku membuat kau tersenyum bahagia suatu
hari nanti, Hana?’ Ehsan tiada jawapan untuk itu.


“You turun sini. Bagi I siap setengah jam macam tu. Nanti
kita keluar makan malam.” Jari telunjuk Hana menekan punat
di panel lif memberi laluan Ehsan keluar ke tingkat 5.

“Okay. See you later and may I...” Ehsan menggetus
sekuntum bunga mawar dalam jambangan di tangan Hana.
Batangnya dipatahkan dan ros merah yang kembang sederhana
diselit kemas di telinga kanan Hana.

“Hei…” Hana terkejut.

Ehsan selamba melangkah keluar dan melambai sebelah
tapak tangan menggamit Hana. Apabila pintu lif tertutup rapat,
langkahnya terhenti dan Ehsan berpaling. Membayangkan Hana
di dalam perut lif dengan riak wajah yang terkejut mengundang
senyuman di wajah. Ehsan menggeleng. Sesungguhnya,
mengurat anak dara orang bukan kepakarannya.
Ehsan berjalan menghala ke arah kolam renang. Terdapat
sebuah gym dua tingkat di sebelah kolam renang. Angin
menderu kuat mungkin kerana lokasi bangunan yang tiada
halangan. Boleh tahan sejuknya. Menarik juga landskap di
kawasan sekitar. Terdapat pokok renek yang dipotong elok
separas paha yang dijadikan garden maze, tapak bermain giant
chess dan taman permainan kanak-kanak.
Kalau ada masa, mahu dia masuk ke garden maze dan
menghargai dinding hijau yang tampak sangat terjaga rapi dan
dia hampir pasti budak tadika masuk pun takkan sesatlah.
Sudah hampir menginjak ke waktu Maghrib agaknya, sebab
itu tidak ramai orang sedang beriadah. Melilau mata Ehsan
mencari di mana surau yang dimaksudkan.



HANA meletakkan jambangan bunga di suatu sudut. Seminggu
dibiarkan bunga yang diterima sebelum dia buang ke tong sampah.
Semua jambangan bunga yang diterima jenis yang sudah digubah
cantik dalam pasu kertas yang keras. Nampak sangat stylish kertas
keras hitam matte dihiasi tulisan italic emas.
Pernah juga Hana cuba-cuba mengesan siapa pengirimnya,
tapi hampa. Nama kedai pun tak ada. Melalui CCTV dia pernah
memeriksa siapa si tukang hantar, malangnya yang selalu
datang ialah pemandu Grab. Tak ada kerjalah dia nak siasat lagi.
Hana masuk ke bilik tidurnya dan langsir diselak. Dia
berdiri di hadapan cermin panjang biliknya. Bunga ros merah
yang diselit Ehsan di telinganya disentuh. Hana menggeleng
seraya mencabut kuntuman itu dan dicampakkan ke katil.
Badannya yang letih direbahkan ke katil seketika. Mata tancap
ke siling dan tangan yang didepangkan tersentuh bunga ros
yang dicampak sebentar tadi.


“Mandilah Hana oi sebelum kau tertidur. Berkurun pula
Ehsan tunggu kat bawah tu.” Hana membebel sendiri.
Bunga ros di tangan dicampak ke dalam tong sampah di
tepi bilik air. Sepuluh minit Hana dah siap duduk melepak di
ruang tamu. Mata fokus di skrin telefon bimbit mencari cerita
menarik untuk ditonton di Netflix.
Ting tong!


Dahi Hana berkerut. Siapa? Hana mendekati pintu dan
mengintip di peep hole. Ehsan? Pintu dibuka.

“Kenapa naik? I belum siap.” Hana tunjuk rambutnya yang
masih basah.
“Mana ada surau kat tingkat lima. Kawasan you ni target
market Chinese and expat. You rasa dia orang nak membazir
tanah buat surau?”

Ehsan memberi arahan agar grill dan pintu dibuka. Jam di
tangan ditayang agar Hana faham dia sudah lambat. Waktu Asar
hampir habis. Sudahlah berpeluh sakan dia panjat anak tangga.
Dia mana ada kad nak tekan butang tingkat 14. Nak tunggu
orang lalu-lalang memang boleh terbang jamaknya.
Hana teragak-agak.
‘Lain kali buatlah solat jamak takdim. Dah tahu nak masuk
Singapura, kan? Tak payah tunggu nak habis waktu baru kecoh.’
Geram pula Hana rasa.

“I tak pernah bawak masuk sesiapa pun dalam rumah ni.”
Nada suara Hana rendah sahaja. Ralat betul rasanya.
Privasi yang dijaga selama ini akhirnya diceroboh oleh
Tengku Ehsan. Kalau ada yang datang menjemputnya pun
setakat menunggu di bawah sahaja.

“Okeylah, I pergi cari masjid. Bagi kad akses.” Suara Ehsan
sudah naik satu oktaf.

“Okey… okey masuk. Nanti tak sempat.” Hana tunjuk ke
arah bilik air di hujung ruang tamu.

Macam lipas kudung Hana masuk bilik, ambil sejadah dan
bentangkan mengikut arah kiblat di bilik kosong. Rumah ini
ada tiga bilik. Satu biliknya. Satu dijadikan ruang kerja dan satu
lagi bilik kosong. Adalah beberapa kotak buku zaman dulu yang
dia malas nak buka, tapi sayang nak buang. Alat kawalan jauh
ditekan. Elok berselisih dengan Ehsan, Hana memberi sebuah
jelingan sambil membuat isyarat jari bahawa sejadah sudah
bentang di dalam bilik.
Hana masuk ke dapur. Orang datang rumah nak hidangkan
apa ni? Air panas paling bodo pun. Makan tak perlu sebab
sekejap lagi memang nak makan di luar. Alang-alang nak
tunggu Maghrib, bolehlah kot duduk minum-minum dulu.
Rumah ni tak ada Coway sebab Hana malas nak cari agen dan
tunggu orang datang pasang. Itu semua tuntutan masa yang dia
rasa satu pembaziran. Setakat duduk sorang, peralatan elektrik
yang asas sudah memadai.
Sementara tunggu air menggelegak, sempatlah dia potong
buah. Yang ada pun buah kiwi. Jadilah.


“I bukak TV boleh?” Ehsan menegur.
“Bukaklah.” Janggal pula duduk berdua begitu. Pintu
memang sengaja dibiarkan terbuka dari tadi.
“MyFreeview Malaysia?” Ehsan menggeleng.
“Welcome to Hana’s world.” Hana melepaskan tawa.
Buah kiwi yang siap dipotong diletakkan atas meja di
hadapan Ehsan.

‘Ni zaman Netflix, Iflix Encik Ehsan oi, orang menonton
sambil baring kat katil,’ komennya dalam hati.

“Kiblat you tadi dah berapa lama tak periksa?”

“Hah?” Hana duduk di hujung sofa memandang Ehsan
yang sedang menatap skrin televisyen.

“Tuan rumah dah siap label masa I masuk.” Hana menyambung
apabila melihat Ehsan tak berniat pun nak menyambung ayat
kepada soalannya tadi selagi Hana tak menjawab ‘bila’.

“Jangan percaya kalau setakat tengok label terutamanya
hotel. Kot ada tetamu sebelum tu ubah ke.”

“Kenapa? Lari sangat ke kiblatnya?” Hana berasa cuak.

“Lebih 5 darjah. Biasa kalau plus minus 5 darjah okey je,
tapi ni lebih sikit jadi I dah ubah label kat siling tu.” Ehsan
selamba sahaja memberitahu.
Malas nak bagitau, tadi dia gigih mengambil bacaan beberapa
point untuk merumuskan arah yang tepat. Dalam ilmu falak,
mencari azimut kiblat ialah sebuah ilmu yang menarik. Panduan
arah matahari adalah lebih afdal, tapi penggunaan kompas di
telefon bimbit pintar zaman sekarang tetap membantu.
Sudut panduan azimut kiblat bagi kawasan di Johor ialah
292 darjah. Bukan apa, ramai tak tahu kompas di telelon bimbit
sangat sensitif dengan kehadiran besi. Mana ada bangunan yang
tak menggunakan besi? Jadi, kenalah bacaan diulang beberapa
kali dengan kedudukan berbeza jika menggunakan kompas
lainlah kalau dalam hutan belantara atau di tengah lautan.

“Makanlah dulu sambil nak tunggu waktu Maghrib. I nak
buat air. You nak kopi ke milo? Teh tak ada.”
“Thanks. Apa-apa pun boleh.”
“Oh, shut!”
Hana terkejut apabila tiba-tiba lampu terpadam dan
suasana rumah gelap. Mujurlah langsir pintu gelangsar di
balkoni dibiarkan terbuka, jadi biasan cahaya matahari yang
sedang terbenam dan lampu jalan membantu.


“Rumah you aje atau satu bangunan ni trip?”
“Jap.” Hana melangkah ke luar rumah.
“Rumah I ajelah. Kettle tadi kot ni. I dah lama tak guna. I
unplug dulu.” Hana memandang Ehsan yang masih bersandar di
sofa. Cahaya lampu di telefon bimbitnya menyuluh wajah Hana.
‘Eh, bukan nak tolong pun.’ Hana angkat bahu dan
membuat isyarat, ‘tengok je ke’?

“You Yalies, kan? Budak teknikal, kan? Show me some
skills. Lagi satu, zaman sekarang zaman Coway dan Cuckoo. Tak
ada dah main cerek-cerek ni.”

“Hampeh! Tak payah Yalies. Budak sekolah pun pandai.
What’s ‘cerek-cerek’ by the way?” Hana berjalan terus ke panel
DB. Memanglah kacang goreng setakat nak naikkan suis ELCB.


Suara rungutan Hana perlahan sahaja, tapi tetap mendarat
di pendengaran Ehsan. Ehsan tepuk dahi. Bakal bini dia ni
dari planet mana? Dia kemudian tersenyum dan menggeleng.
Kaki disilangkan dan badan direbahkan ke belakang sofa. Mata
melilau melihat sekeliling rumah ‘bakal bini’.
Menurut Hana, dia hanya menyewa di sini. Kawasan
perumahan yang baru dimajukan di Iskandar Puteri ini
sememangnya tak menarik untuk dijadikan pelaburan jangka
masa panjang pun. Dalam keadaan gelap dan hanya disimbahi
cahaya dari luar, mata Ehsan tertangkap sesuatu. Terus dia
berjalan menuju ke arah Hana.

“Hana… syy!” Bahu Hana disentuh.
“Hei, apa ni?”


-hello, nak baca lagi tak?-

Wednesday 22 January 2020

MISS AMERIKANO



Assalamualaikum.
Hi.

Yes, finally!
New book of the decade.

MISS AMERIKANO

After so many books, nothing much to say, you are my inspiration readers
especially all 'pelepak tegar' here,
it is always you!

Love,

RA @ Karya Lepak





PROLOG 

What happens in Vegas, stays in Vegas 

EHSAN menghirup teh tarik dengan santai. Cuaca hari ini sangat baik. Yang tak baik ialah dia terpaksa menemani Nini melepak. Sakit juga hati kerana tak dapat mengikuti sepupu-sepupu yang lain pergi ‘beronggeng’. Dah kenapa dalam banyak-banyak hari, hari ni pula dia dapat ‘bad luck’? Selama seminggu di sini, semua aktiviti dilakukan bersama, cuma hari ini Nini berkeras nak makan di sini. Katanya perut meragam. Nak juga makan makanan Malaysia. Kampung betul perut si Nini. Zara yang patut menemani Nini, tapi sibuk mencadangkan mereka mengambil undi. “Kalau bukan sebab Nini pujuk nenda, takkan terjadi trip sepupu-sepapat ni. Jadi, kau tak payah banyak cakap. Payback time.” Sedaplah Ilham cakap sebab bukan dia yang kena temankan. “Okeylah tu, bukan Nini ajak ukur jalan shopping. Teman makan aje.” Zara menambah minyak. Tak tahu sikit lagi bara api dalam diri Ehsan nak merebak. “Yang mata you melilau ni cari apa? Makan cepat. Lusa dah nak balik. Wish list I ada lagi belum tick ni,” rungut Ehsan. Bosan pula Ehsan apabila melihat si sepupu macam ternantikan seseorang. Makan ajelah. Tadi cakap perut tak okeylah. Tak sihatlah. Betul ke minah ni ajak datang sini sebab nak makan? Ehsan sudah mula sangsi. 



Nasi lemak yang baru sampai tampak menyelerakan. Lantak kaulah Nini nak makan ke, nak tengok saja makanan tu. Bubur nasi di hadapan Nini memang tak luak langsung. Baru nak sudukan nasi ke mulut, Nini terjerit kecil.
 “He’s here.” Ehsan angkat muka. 
“Abang, tolong duduk meja lain. Nak balik hotel pun tak apa. Nini ada date. Sorry sangat tipu.”
 “No… bagi abang tapis.”
 “Please… anything.” 
Dua tapak tangan dirapatkan tanda merayu. Nini tahu dia bersalah. Hari ini sepupu-sepupu mereka yang lain semua nak habiskan ‘ukur tanah’ di The Strip dan kumpul semua tiket kasino. Rasanya abang sepupunya yang seorang ni, kalau tak kalah undi pun tetap akan tawarkan diri nak temankan dia. Dia tahu dalam ramai sepupunya, Ehsan yang paling bertimbang rasa dan mengambil berat. Nampak saja garang, tapi dialah abang sepupu paling best. Yang lain tu nak enjoy saja termasuk si Zara yang tak padan dengan perempuan. 
“Kot ya pun nak halau, bagi abang habiskan makan nasi lemak ni boleh tak?” Nini menggeleng. Matanya melilau mencari meja kosong. Waktu makan tengah hari, kat hujung padang pasir Amerika pun ramai orang cari makanan Asia. “Hisy…” Nini selamba mengangkat pinggan Ehsan dan meletakkan di atas meja seorang gadis yang sedang makan keseorangan. 
“Crazy much?” Ehsan terpaksa bangun dan berubah meja.
 “Miss… tolong.” Nini yakin, gadis yang bergaya ala hippie duduk di belakang mereka tadi mendengar setiap perbualan mereka. Jarak antara meja ke meja sangat dekat. Melainkan kalau gadis ini pekak. Gadis itu tak banyak bunyi dan hanya mengangguk. 
“Nini. Ini cousin I, Tengku Ehsan Tengku Ahmad A...” Ehsan menekup mulut Nini.
 “Okey… tata… Balik dulu tau, jangan nak stalk orang.” 



Nini memberi amaran, tapi tak lupa mengucapkan terima kasih tanpa suara apabila si gadis yang ditumpangkan sepupunya angkat muka. Nasib kaulah, Abang Ehsan. Gadis yang berambut kombinasi warna pastel hijau, biru, pink, ungu macam ni memang takkan ngam dengan cita rasa elit si sepupu. Kongsi meja nak makan nasi lemak aje pun, bukannya blind date. Jadi, Nini yakin Ehsan boleh survive. ‘Macam bertih jagung pula si Nini. Orang sebut nama penuh depan tok kadi aje.’ Ehsan merungut dalam hati, tapi malas nak banyak bunyi. Dia tarik kerusi, duduk dan sambung makan. Sesekali dijeling ke meja si sepupu. Mat salih mana Nini ajak datang makan belacan ni? Ehsan menggeleng. “Malaysian?” 
Ehsan mengangguk. Tak berminat dia hendak memanjangkan perbualan. Tak rasa juga mahu berkenalan. Berada di Las Vegas, tapi jumpa awek dalam restoran Malaysia. Tak menarik langsung. 


Kerabat sesat manalah di hadapannya sekarang yang tampak benar kereknya. Dia selalu jumpa kelompok macam ni. Sekali dua dia senyum juga, tapi asyik terjumpa yang sombong. Terus dia pun lama-lama buat hal sendiri. Kebanyakannya jenis bajet elit dan kaya-raya. Pergi luar negara nak berlagak. Born lucky je pun. Cuba jadi rakyat marhaen, mahu gigih kena kumpul duit setakat nak datang Sin City. Baik kumpul duit pergi Makkah the Holy City. Malas nak ambil pusing, Hannah bangun untuk mengambil tisu di kaunter. Hari ini, restoran agak penuh sebab ada group booking. Itu hanya tekaannya. Langkah kiri pula dia, tapi tekak memang dah mengidam nak makan roti canai. Hannah kembali duduk di meja. Ehsan nampak ralit dengan telefon bimbitnya. 
“Goggling Vegas?” Hannah meneka. 
“Google tempat nak pergi. Lusa dah nak balik. Rancangan dah lari.” Ehsan angkat muka. Baru tersedar, dia bercakap lebih daripada lima patah perkataan. Telefon bimbit diletakkan di atas meja. Sekarang, dia berminat nak merenung segenap inci wajah gadis di hadapannya.
 “You nak pergi sendiri? Alone? You’re getting ‘long hauled’ for sure.” Hannah tergelak. 
Mendengar ayat terakhir gadis di hadapannya dengan lingo Vegas kedengaran sangat seksi di telinganya dan terus buat Ehsan ubah fikiran. Layan ajelah. Hippie girl in Vegas. Why not? 
“Malaysian? Singaporean?” Ehsan meneka. 
Penampilan Hannah walaupun bergaya hippie dengan pakaiannya yang kasual, gaya solekan di wajah pun jenis hippie dengan pembayang mata berwarna turquoise, warna bibir berona tanah semuanya nampak classy dan bukannya trashy. Tadi, dia sedikit terganggu dengan warna rambut si gadis yang agak menyakitkan matanya. Dah pandang banyak kali, renung sampai gadis di hadapannya mula goyah, baru otaknya proses ‘pakej’ juga awek ni. 
“Dua-dua salah. My name is Hannah Scott. American. I can speak Malay because my dad is Malaysian.” 
‘Hey-nah. Sebutan pun kemain bunyi Amerika.’ Ehsan ketawa. ‘Alah… malu nak mengaku orang Malaysia ke?’ 
Hannah angkat kening. “I’m just stating the fact. Ain’t funny.” Faham sangat Hannah dengan tanggapan orang terhadapnya. 
“I nak pergi dua tempat ni. Nampak macam tak jauh. Semua dalam 20 km aje. Betul ke?” Telefon bimbit dihulurkan kepada Hannah. 
“Betul, cuma jangan terkejut kalau teksi bawa you pusing satu Vegas baru hantar ke tempat you nak pergi.” Itu yang Hannah maksudkan dengan ‘long hauled’ sebentar tadi. 

Ehsan mengambil balik telefon bimbit di tangan Hannah. “I patut ambil limo ke?” 
Hannah ketawa kuat. Kalau Ehsan jenis kaki judi, wajib jenis high roller. Kaki judi yang poket tebal dan tak kisah nak  judikan duit banyak mana pun. Yalah, nak sewa limousine setakat nak pergi tempat macam tu. Orang Malaysia lain datang Vegas tak pergi ke situ rasa Hannah. 



“I temankan you. I love shooting sport.” Hannah bangun dan memberi arahan yang Ehsan patut bayarkan juga untuk dia. Sempat juga Hannah menghampiri Nini, hulurkan salam dan bagi isyarat yang dia akan temankan Ehsan. 
“Wow! Impress.” Ehsan tak lokek memuji. 
Memuji gadis yang dengan selamba cakap suka menembak, memang lain perasaannya dengan memuji gadis sebab kecantikannya. Dia juga kagum melihat sweet gesture Hannah menghampiri Nini tanda hormat. Kalau Hannah lelaki, memang dapat anugerah gentleman of the year. 
“Nak kena daftar semua ke? Buat membership?” Ehsan berjalan langkah panjang-panjang untuk menyaingi langkah Hannah.

 “It’s Vegas, baby. I’ll do everything and you just follow me.” 

“Vegas baby who can shoot. Pretty cool or scary?” Ehsan turut selamba mem‘baby’kan Hannah.

 “I shoot but never kill. Don’t worry.” 

Hannah membuka pintu kereta Uber untuk Ehsan dengan senyuman lebar. Ehsan menarik tangan Hannah. Seram juga kalau Hannah ni ada penyakit mental, penjenayah atau pelarian. Tak kisahlah sama serumpun pun. Bukan boleh percaya sangat. Dia baru habis belajar dan datang Vegas sebab nak bergembira semata - mata. Bukan nak cari penyakit. Kedua-dua belah tangan Hannah ditarik. 

“It’s a one day deal. No more and no less.”

 “Sure. Don’t worry. I’m into a man making a gun, not a man shooting a gun.”


- teruja nak baca lagi tak? -

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...