Izzie menapak perlahan ke The Coffee
Bean & Tea Leaf. Tempat yang dijanjikan untuk bertemu mata buat pertama
kalinya. Pandai sungguh pilih tempat. Bajet cool
lah tu nak jumpa kat sini. Izzie sedikit skeptikal dengan apa yang bakal
dihadapinya. Mungkinkah cuak perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan
perasaannya saat ini?
Caramel Iced Blended dikuis – kuis
dengan straw. Sesekali dijeling iPhone yang terletak di atas meja.
Be
cool! Be cool!
Ini kau nak kan? Kalau tak nak
kenapa tak berterus – terang sahaja dengan Mommy dan Daddy? Bukan mereka paksa
sangat pun. Memang bukan paksa tapi arahan manja – manja sahaja tapi akibatnya
kalau tak dengar cakap Mommy dan Daddy sendiri mahu ingatlah. Akibatnya bukan
tak dapat harta segunung, bukan kena halau rumah, tak lah dramatik macam tu
sekali tapi dia tahu Mommy dan Daddy akan kecewa. Sebagai anak manja, kalau
Mommy dan Daddy kecewa dan merajuk, dengan siapa dia nak bermanja? Dengan Izz,
si abang yang sibuk dengan keluarga sendiri? Dengan Rehan, kawan baik yang juga
telah mempunyai kehidupan sendiri? Izzie mengeluh. Pertama kalinya Izzie seakan
menyesal dengan keputusan yang dibuat tapi sudah terlambat untuk ditarik balik.
“Ann, dia tak sampai – sampai lagi
pun. Berdebar ni.” Akhirnya Izzie menghubungi Rehan. Meluahkan gelojak di dada.
“Kata berani, kata okay. Jangan
macam ni.” Rehan memujuk.
Belum sempat Izzie memuntahkan lagi
perasaannya kepada Rehan, Hairi duduk di hadapannya. Bersahaja, selamba tapi
menyakitkan hati juga apabila dengan wajah yang serius dia memberi isyarat agar
menamatkan perbualan di telefon. Okay, tanggapan pertama yang sangatlah buruk.
Izzie hanya tersenyum dan cepat – cepat menamatkan perbualan dengan Rehan.
“So
how’s everything? You? Your family? Preparation?” Hairi memulakan kata.
“Okay. Saya rasa so far semua okay.” Izzie menjawab
ringkas. Ini bukan kali pertama dia bercakap dengan Hairi. Mereka pernah
berhubung melalui telefon. Sekadar berkenalan secara rasmi kemudian masing –
masing terus mendiamkan diri. Sibuk ditelan tanggungjawab dan komitmen yang
tergalas dibahu.
“Baguslah. Hari pun dah dekat. Kalau
ada nak tambah, nak tukar, apa – apalah persediaan nikah yang awak nak buat,
tolong beritahu saya awal - awal. I hate
surprise.”
Izzie mengangguk. Nampaknya ciri –
ciri seorang pemimpin keluarga terserlah dalam diri seorang bernama Azrul
Hairi. Perkara pokok yang akan menjayakan atau memusnahkan perkahwinan mereka
nanti ialah keperibadian sebenar lelaki ini atau keperibadian dia sendiri? Atau
keserasian antara mereka?
“Kenapa nak jumpa? Mommy cakap konon
nak jumpa masa nikah je.” Izzie bertanya tanpa bertapis. Tak sabar sebenarnya
nak tahu kenapa encik tunang yang konon sentiasa sibuk tiba – tiba nak
berjumpa.
“Saya nak tanya satu soalan. Macam
senang sangat nak kahwin semata – mata nak jaga hati Mommy dan Daddy. Tak ada life sendiri? Tak ada pak we?”
“Kenapa tak tanya sebelum
bertunang?”
“Lupa.” Hairi melontarkan pandangan
ke segenap kafe. Entah apa yang menarik minatnya Izzie tak pasti.
“Saya pun patut tanya awak soalan
yang sama.”
“Saya lelaki, lain.”
Izzie terus terdiam. Dia bukan bodoh
nak membaca maksud tersirat. Lelaki kan boleh kahwin 2,3 atau 4 kalau nak jadi
tak kisahlah dia ada mak we ke tak sekarang ni.
“Pak we tak ada. Ex – boyfriend adalah tapi tak kiralah
kan.” Izzie menjawab selamba. Tak nak mengaku kalah dan lemah di hadapan Azrul
Hairi.
“Ex
– boyfriend kategori yang macam mana? Kena dump sampai awak nak bunuh diri atau kategori yang awak dump dia sebab nak kahwin dengan saya?”
“Perasan.” Izzie tersenyum nipis.
Boleh tahan kelakar dan perasan juga mamat ni.
“I think there are two
categories of ex-boyfriend, satu ialah yang masih diingati in a good way dan dua yang memang kalau boleh tak nak ingat
langsung and these memang tak ada
kena - mengena dengan who dump who.
Seriously.”
“Okay, muka awak memang serius
Izzie.” Hairi tergelak.
Izzie memuncungkan bibir. Tak guna.
Main – mainkan aku pula.
“Ada apa sebenarnya nak jumpa? Tak
kan sebab nak tahu itu aje.” Izzie bertanya dengan kawalan emosi pada tahap yoga
tertinggi.
“Nak bagi ni.” Sampul surat putih
dihulurkan kepada Izzie.
Izzie mengambil perlahan. Dibukanya
dengan penuh debaran. Jangan cakap ni surat kontrak kahwin. Kahwin kontrak tu
haram. Jangan....jangan....Izzie mula berdebar. Matanya tertancap kepada baris
demi baris. Izzie berdiri. Wajah Azrul Hairi yang tadi sempat dipuji dalam hati
sesaat kini dikeji dalam hati.
“No!”
“Yes!”
IZZIE melurutkan selimut. Gembira
apabila mengenangkan esok mereka akan balik ke Kuala Lumpur. Ini bukanlah kali
pertama Izzie menjejakkan kaki ke Kelantan tapi sungguh dia tak pernah terfikir
dia akan berbulan madu di Kelantan. Di sini. Di Villa Danialla Beach Resort.
Hadiah perkahwinan daripada Rehan. Kalau Rehan berada di kampung, rasanya malam
tadi dia tak tidur di sebelah Hairi, dia lagi rindu nak tidur bersama Rehan.
Rindu saat bergelar room mate di
universiti dulu. Rindu zaman berebut bilik air, zaman bergosip di depan TV
sambil melayan cerita Mexico. Semualah dia rindu. Dulu zaman dia berulang –
alik dari rumah Rehan, Villa Danialla ni masih belum wujud kalau tak harus
tempat ni boleh jadi tempat melepak mereka. Best sangat tempat ni. Sangat aman
dan kawasannya sangat cantik.
“Hairi, bangun. Subuh.” Izzie
menolak bahu Hairi. Hendak tak hendak sahaja mengejut si suami. Maklumlah tak
biasa. Segan jangan cerita. Tiga hari di rumah Izzie dan dua hari di rumah
Hairi terasa seperti 5 tahun bersama, bukan lima hari. Semuanya terasa janggal
tapi terima kasih juga dengan bendera merah yang sedang berkibar megah tapi
hari ini?
“Izzie...Izzie...”
“Ya...ada ni.” Izzie menjawab malas.
Mengantuk lagi pun ada tapi lebihnya ialah malas nak melayan perangai Azrul
Hairi yang belum dapat dibaca rentaknya.
“Kata.....”
“Errr....emmm....nampaknya pagi ni
boleh Subuh berjemaah. Nak tak?”
“Oh....”
Hairi mengaminkan doa. Izzie
bersalam dan cepat – cepat menarik tangan. Sejadah Hairi dan sejadahnya ditarik
dan dilipat cepat gaya pro. Nak cepat keluar sarapan pagi, nak cepat keluar
menikmati keindahan matahari memancar di sebalik bukit di tepian pantai yang
memutih. Nak cepat mengelak dari berdua – duaan begini sebenarnya.
“Kenapa kelam kabut sangat? Cuba
bertenang. Kat dalam ni saya, Azrul Hairi. Bukan singa, gajah, harimau, ular
sawa.”
“Eh...tak kalutlah.” Izzie
menafikan. Tangan ligat sahaja memilih seluar mana yang hendak dipakai oleh
suami bagi menggantikan kain pelikat yang sedang dipakai. Akhirnya T – shirt
berwarna kelabu dipadankan dengan seluar pendek berbelang putih, merah dan
biru. Hairi meyambut hulurannya dengan senyuman.
“It
speaks for itself.”
Izzie mendiamkan diri. Dia hanya
berdiri di tepi balkoni menanti Hairi bersiap. Lima hari bersama, hati sedikit
pun tidak terusik. Kenapa susah? Kenapa payah untuk menaburkan rasa cinta
kepada suami sendiri? Dia bukannya menyintai orang lain. Sekeping hatinya belum
dimiliki oleh sesiapa dan hajat dihati dan doanya saban malam hanya berharap
agar hati ini akan dimenangi oleh suami sendiri. Apatah lagi Hairi tak kurang
apa pun dan setakat ini melayannya dengan baik. Tak terlalu romantik dan taklah
kasar sehingga mencaci – maki.
“Saya dah siap. Jom!” Hairi menarik
tangan Izzie selamba.
MEREKA menyusuri tepian pantai
dengan pasir yang memutih. Terlalu awal untuk bersarapan jadi mereka memutuskan
untuk menghabiskan masa menikmati keindahan pancaran suria di pagi hari. Hairi
seperti semalam lebih banyak bercakap mengenai kisah umum. Politik, ekonomi,
dan hiburan menjadi topik pilihan. Sampai di hujung pantai, agak jauh dari
Villa Danialla Hairi memperlahankan langkah.
“Lepak sini jom.” Hairi menarik
tangan Izzie agar duduk bersimpuh di hadapannya.
“Lapar.” Izzie merengek sekadar
memecah kesunyian. Yang kedengaran hanyalah desir ombak.
“Kuat makan tapi badan tak besar –
besar.”
“Hey...awak baru bagi makan saya
lima hari. Tak sempat nak besar.” Izzie ketawa sahaja. Hairi hanya tersenyum.
Masing – masing mula seronok bermain
pasir. Hairi mula membina istana pasir yang pada pandangan Izzie tak nampak
macam istana langsung. Nampak macam volcano yang tengah tunggu masa nak meletup
adalah. Izzie mengutip batu – batu kecil dan menyusun di sekeliling ‘istana
pasir’ Hairi. Ranting kecil dicapai. Izzie menulis nama mereka berdua di atas
pasir. Ditulis namanya, Izzie Laith di atas. Kemudian ditulis nama Azrul Hairi
di bawah.
“Nama pelik adik - beradik. Abang
awak nama Izz Laith kan?” Hairi bertanya sambil menarik ranting kayu di tangan
Izzie.
“Ia dan nama kami tak pelik pun.
Biasa saja.”
“Izzie,
you should draw this in the middle.” Hairi melakarkan bentuk hati di tengah
– tengah, di antara nama mereka.
Serentak pandangan antara mereka
bersabung.
“Susahkan.” Hairi mengeluh. Pertama
kali Izzie mendengar Azrul Hairi dari sisi begini. Azrul Hairi yang sedang
mencari – cari maksud perkahwinan yang dicipta oleh kedua orang – tua mereka.
“Bila kita kehilangan bahasa dalam
bercinta itu petanda cinta sebenar tak pernah wujud antara kita.” Izzie tunduk.
Aku ambil ayat novel mana ni? Betul cakap Rehan, dalam novel nampak kisah
kahwin paksa semua mudah. Benci sekejap, ada lipas terbang-terjerit-terpeluk-tercinta. Buat cupcake, masak sedap
– sedap, air tangan jadi pengikat jiwa. Pakai seksi – seksi buat liur suami
meleleh lepas tu bercinta-aman-bahagia-dapat-kembar.
Izzie mempunyai lima buah novel bertemakan kahwin paksa tapi apabila
dibandingkan dengan hidupnya sekarang, merentas realiti tidak seindah fantasi.
Berdua – duaan dengan Hairi belum
cukup untuk menerbitkan rasa hati, rasa cinta. Tak ada pun muka Hairi pelik
atau nampak ghairah tatkala Izzie menyikat rambut ala – ala iklan Pantene atau
pun muka Hairi terkejut tatkala melihat dia berkemban. Masalahnya dia pun sama.
Tak pelik pun tengok Hairi selamba menukar pakaian di hadapannya, main pegang –
pegang tangan rasanya biasa sahaja. Tak boleh dia nak terangkan ke tahap
terkena kejutan elektrik bahkan tidur sekatil siap bermimpi indah, tak cuak
sangatlah kecuali pagi tadi. Adakah penyerahan fizikal datangnya bersama
penyerahan hati? Adakah ini titik permulaan hubungan suami isteri? Adakah gaya
hidup moden mentafsirkan segala yang berlaku ini sebagai norma? Biasa?
Okay
surrender!
Izzie
bangun dan menepuk – nepuk pasir yang melekat di seluar yang dipakainya.
“Duduk.” Hairi menarik tangan Izzie
kasar.
Izzie akur. Pandangan ditala ke
wajah maskulin milik suami. Matanya yang tajam, bulu kening yang lebat, hidung
yang mancung dan dagu yang terbelah diperhatikan ralit. Ralit kerana ada
sesuatu yang disembunyikan oleh wajah itu yang dia gagal untuk mentafsir.
“Tanpa cinta kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah
yang melahirkan bahasa. Bukankah makna cinta itu hadir dulu di dalam jiwa,
kemudian barulah lahir ungkapan, aku cinta pada mu?”
“Ini
soalan atau ayat pujangga?” Izzie terkejut. Spontan dia bertanya.
“Dua
– dua pun tak.” Hairi meletakkan tangan ke bahu Izzie.
“So?”
“Izzie,
kita berdua masing – masing nak jadi anak yang soleh. Nak dengar cakap ibu bapa
kita tapi selepas ini tanggung jawab kita lagi besar. Nak jadi isteri yang
solehah awak boleh ke? Dan saya nak bimbing awak? Saya tak bersedia.” Hairi
berkata perlahan. Sungguh dalam hatinya dia tak mahu mensia – siakan anak gadis
orang tapi memaksa hati menerima seratus peratus penuh rela juga dia tak mampu.
“Go with the flow.” Izzie cuba
berfikiran terbuka.
“No, be the flow.”
IZZIE LAITH. Nampaknya papan tanda
nama pun siap dipasang dan digantung di pintu pejabat baru. Terasa kekok
apabila terpaksa bekerja dengan suami sendiri. Bukannya apa, dia mempunyai
kerjaya sendiri yang kukuh dan setakat ini dia tak jumpa alasan yang relevan
kenapa dia harus menyertai syarikat milik Hairi. Malah bapa mertuanya amat
terkejut apabila diberitahu akan keputusan anaknya sendiri.
Izzie membuka sampul surat yang
diberikan oleh Hairi semasa di Coffee Bean. Surat tawaran kerja oleh ARH
Engineering Sdn Bhd. Syarikat yang dimiliki seratus peratus oleh arkitek professional
Ar. Azrul Hairi, suaminya sendiri. Tak pasti dia nak mula dari mana sedari
melabuhkan punggung di kerusi kulit yang disediakan khas untuknya. Di atas meja
tersusun dua fail. Satu untuk projek membina 25 tingkat Menara Bina Land dan
satu lagu untuk projek membina pasaraya TESCO yang baru.
“Assalamualaikum.” Pintu diketuk
dari luar.
“Ya masuk.” Izzie mengerutkan dahi.
“Puan Izzie?”
“Nia
Arluna. From JPRA. I’m your.....”
“Oh
yes! I’m glad to see you.” Izzie terus berdiri dan menghulurkan salam.
Segan pula apabila mentor yang datang menjengah anak murid. Satu – satunya
perkara yang diarahkan oleh Hairi setelah mereka berkahwin ialah dia wajib
mengambil kursus jurutera profesional.
“Ir
Izzie Laith. That is what you gonna be called after this. Like it or love it.”
“I’m
gonna love it.”
Izzie
tersenyum. Gembira dalam duka. Gembira kerana ini juga merupakan impiannya tapi
bukan senang untuk mendapat peluang sebegini. Dulu dia makan gaji, nak cukupkan
jam kredit untuk menghadiri kursus pun susah nak dapat kelepasan, nak cari
mentor pun susah tapi sekarang Hairi telah membentangkan jalan. Duka juga sebab
sadis alasan yang Hairi bagi kenapa dia kena dengar arahan ini.
1.
Mengukuhkan lagi kedudukan Izzie dalam bidang
yang diceburi.
2.
Untuk mendapat sumber kewangan yang lagi bagus.
3.
Untuk dipandang tinggi dan mendapat keyakinan sekiranya;
Jodoh mereka pendek. Sekian.
Bahagian ini Izzie tak nak ingat.
“Actually
my husband is your husband’s friend. So here I am as your dedicated
facilitator. Shall we start with a good lunch perhaps?”
Rock
you mentor!
Izzie tersenyum sendiri. Dia mula
sukakan Ir Nia Arluna yang akan menjadi mentor atau fasilitatornya nanti. Dia
tak kisah akan masa depannya nanti.
Ingat cakap Hairi di Villa Danialla
dulu?
Be
the flow!
IZZIE mengorak perlahan ke arah
pejabat. Boleh tak rasa nak balik tidur? Dah kenyang makan tengah hari, mata
dah mula mengantuk. Kata bini Bos, tak kan tak boleh nak ambil kesempatan kan.
Ah! Sebenarnya memang tak boleh kerana dia datang kerja tadi dengan Hairi dan
balik pun kenalah sekali. Tak kan nak suruh Hairi balik naik teksi pula.
iPhone di dalam beg tangan
berdering. Your Love Is King nyanyian Sade tak berhenti berkumandang. Izzie
malas nak angkat kerana dia tahu siapa si pemanggilnya.
“Saya dah nak balik ofis. Tak payah
lah nak risau. Awak ni kenapa?”
“Tak risau pun. Saja nak ambil
berat, tak boleh?”
“Ya Allah dia ni kan.” Izzie
menggelengkan kepala. Tak faham kenapa sejak masuk pejabat, selang dua tiga
bilik pun sibuk nak menelefon. Buang tabiat agaknya. Sebaik kaki melangkah
masuk ke bilik pejabatnya sendiri, Hairi sedang menanti di dalam dan tersenyum.
Izzie menjeling. Buang tabiat
sungguh.
“Tak ada kerja ke?”
“Ada, kejap lagi ada mesyuarat
dengan kontraktor. Pasal projek tu.” Jari telunjuk diarahkan ke fail nombor
satu di atas meja Izzie.
“Nak ikut.”
“Tak payah. Tu projek orang lain
sebenarnya tapi sebab dia dah nak berhenti, awak ambil alih projek tu. Tunggu
dia handing over dulu lah.”
“Projek siapa?”
“Tengku Rinda. Dia MC hari ni. Esok
awak boleh jumpa.”
“Okay.”
IZZIE melompat duduk di atas kabinet
di tengah – tengah dapur. Boleh tak kalau dia yang jadi hidangan makan malam?
Dah cantik posisi dia duduk sekarang di tengah – tengah island cabinet. Kenapalah Hairi nak makan malam di rumah. Penatlah.
Izzie merungut sambil memikirkan idea atau resipi segera untuk dimasak.
“Saya lapar. Tak masak lagi?” Hairi
menjengah ke dapur. iPad diusungnya sekali dan Hairi turut melompat duduk di
atas kabinet.
“Penat dan malas sebenarnya tapi
tengah gigih fikir nak masak apa ni.”
Hairi tergelak. Hidung Izzie
dijentik manja.
“Masak Salmon Bagel. Muktamad.”
“Hah?”
Izzie hampir terjerit. Dia ingat aku
Chef?
“Makanan barat senang dan cepat. Go...go....” Hairi menolak bahu Izzie.
Menyuruhnya bergerak ke peti ais. Dengan malasnya Izzie mengeluarkan kepingan ikan
salmon, masukkan dalam ketuhar, tekan punat defrost.
“Jangan muncung – muncung. Masak
untuk suami kena penuh dengan kasih sayang. Baru jadi sedap.” Hairi memulakan
aktiviti membuli. Matanya tertancap pada skrin iPad. Niat untuk memeriksa
e-mail dilupakan. Seronok pula tengok muka masam Izzie. Resipi untuk membuat
Salmon Bagel dicari.
“Senanglah masak Salmon Bagel. Plain bagels kita dah ada. Itu saya
tolong toast kan. Seterusnya Puan
Izzie kena sapu cream cheese atas bagels tu. Kemudian bakar sikit salmon tu.
Yang awak tengah potong tu apa? Haha..bawang merah potong nipis lepas tu letak
atas salmon. Tuang sikit lemon, black
pepper atau kalau nak rasa melayu sikit, sos cili jangan tinggal. Siap.”
Hairi mengangkat muka.
Terkejut melihat Izzie tercegat di
hadapannya. Paras kepala Izzie hanya setakat dadanya. Maklumlah dia tengah
seronok bersila di atas island cabinet.
Tak sedar bila masa budak ni tercegat kat sini. Tadi macam tengah sibuk potong
bawang.
“Tolong rasa, sedap tak? Ingat nak
letak nachos cheese. Baru beli semalam.” Botol nachos cheese dibuka dan
dihulurkan kepada Hairi.
“Eh, lupa sudu.” Izzie baharu nak
berpaling pergi tapi Hairi menarik tangannya. iPad diletakkan di sebelah.
“Sini, nak rasa.” Hairi selamba
mencalit nachos cheese dengan jari telunjuk.
“Sedap? Letak sikit ya. I don’t know it will go well with the salmon
or not but we should try.”
“Okay sedap. Nah, rasa.” Tak sempat
Izzie mengelak, Hairi telah menyuakan jari telunjuk kanannya ke mulut Izzie.
“Macam budak – budak makan Nutella.”
Izzie merungut tapi tetap membuka mulut. Sporting aje.
“Eh, nak lagilah.”
“No...no....kerja
siapa toast bagels? Jangan nak buat –
buat lupa.” Izzie menarik botol nachos cheese dari tangan Hairi.
“Nak lagi. Bak sini.”
“Tak boleh.” Izzie cuba merampas
botol dari tangan Hairi tapi dengan tangkas Hairi mengepung Izzie dengan kedua
- dua kakinya.
“Ala....” Izzie tak dapat nak lari
tapi dia cuba menangkap botol d tangan Hairi.
“No!
I said no! Izzie.....”
Nachos cheese selamat berterabur di
atas dada Izzie. Hairi tergelak. Izzie pun tergelak sama.
“Kotor dah. Bila nak siap makan
malam kita.”
Hairi tak habis – habis tergelak.
Kelakar melihat Izzie yang comot. Dia melompat turun. Mengambil kain pengelap
dapur.
“Sini, saya lapkan.” Hairi mendekati
Izzie.
“Sampai bersih ya.” Izzie bercekak
pinggang gaya Bos. Suka pula membuli Hairi yang terbongkok – bongkok mengelap.
“Izzie, awak pakai seksi sangat, Ni
dalam bra pun masuk. Kena mandilah jawabnya. Hahaha.....” Hairi tergelak nakal.
‘Tak kira, makan dulu. Lapar ni.” Balas
Izzie selamba. Biasalah duduk rumah pakai baju spaghetti strap. Tak kan nak pakai baju kurung kedah pula malam –
malam buta ni. Akhirnya salmon bagel yang tak cukup sifat selamat mendarat
dalam perut masing – masing. Nasib baik Hairi yang jenis kaki buli tapi ringan
tulang menolong mengemaskan dapur. Berbeza dengan karektor di pejabat. Serius
dan kerjanya mengarah sahaja tapi kalau dengan Izzie dia mencuba sedaya – upaya
untuk merubah karektor.
“Jom!” Hairi menarik tangan Izzie.
“Mandi?”
“Yap. Mandi wajib sekali. Senang.”
Pipi Izzie memerah. Malu walau pun bukan
untuk kali pertama. Hakikat jurang besar antara mereka yang sebenar ialah hati
yang belum bersatu membuat Izzie keliru.
Mereka beriringan mendaki anak
tangga dan di anak tangga ke tujuh, Hairi berhenti.
“Saya suka semua susun atur baharu
rumah kita. Saya lagi suka semua gambar yang awak susun di sini.” Hairi
menunjukkan ke arah bingkai gambar berwarna hitam yang membingkaikan 5 jenis
panorama berbeza semasa bulan madu mereka di Villa Danialla dulu.
“Tapi kenapa bukan gambar kita? I love the picture we riding the horse
during sunset. It is very awesome.” Hairi menyambung kata, penuh makna.
IZZIE tersenyum sendiri. Hari ini Hairi tak
ada. Suka pula suami tak ada. Pelik sungguh Izzie ni. Hairi menghadiri
mesyuarat di Port Dickson jadi secara dasarnya Izzie bebas. Cadangnya tengah
hari nanti selepas berjumpa dengan Arluna, dia mahu berjumpa dengan Rehan.
Walau pun terpaksa meredah bandar raya untuk ke pejabat Rehan di Bangunan Maju,
terpaksalah. Nak jumpa juga.
Baru sampai di kawasan parkir, dia
ternampak Tengku Rinda, rakan sepejabatnya kini sedang bersandar di kereta.
“Are
you okay?” Izzie menjerit dari jauh. Apabila melihat Tengku Rinda tersangat
lesu melambaikan tangan, Izzie berlari ke arahnya.
“Bukan you patut MC lagi ke?”
“It’s
okay. I nak settle kan a few things. Lagi pun today is my last day here.”
“So
macam mana ni? You look so bad and I don’t
think you can drive.” Izzie mula memapah Tengku Rinda yang kelihatan
semakin lemah. Tengku Rinda dipapah ke keretanya dan didudukkan di tempat duduk
penumpang.
“Hello...hello...awak tolong saya.
Tengku Rinda sakit. Saya nak buat apa?” Hanya Hairi yang terbayang di benak
fikiran. Pasti suaminya tahu apa yang perlu dibuat.
“Hah? Okay. Awak dengar apa saya
cakap ni.” Suara Hairi di hujung talian kedengaran cemas juga tapi lancar
sahaja memberi arahan kepada Izzie.
EMAK Tengku Rinda memegang tangan
Izzie lama. Wajah sedih terbayang di wajahnya. Sama seperti wajah Mommy, fikir
Izzie di dalam hati.
“Auntie, saya balik dulu. Harap
Rinda okay. Tak ada yang serius.” Izzie tersenyum. Nasib baik apabila keretanya
memasuki perkarangan rumah mewah keluarga Tengku Rinda, emaknya sedang menanti
dan seperti sangat bersedia menanti kemunculan mereka. Bah kan doktor peribadi
mereka tiba beberapa minit kemudian.
“Terima kasih sangat Izzie. Auntie
tak tahu nak cakap apa tapi rupa – rupanya perancangan Allah itu indah.
Nampaknya jodoh Hairi ternyata lagi baik dari Rinda. Hanya gadis baik dan
isteri yang sangat menyayangi suami akan memahami masa lampau suami.”
Tanda soal mula bersarang di dalam
benak fikiran. Sungguh dia terkejut tapi sedaya upaya dikawal emosi yang mula
dibuai ombak gelisah.
Selama ini Tengku Rinda ialah
kekasih Hairi? Sama tempat kerja? Hairi boleh selamba sahaja mengajaknya
bekerja sekali? Kenapa? Untuk menyakitkan hati bekas kekasih sendiri? Kenapa
mereka berpisah?
“Sampaikan salam Auntie pada Hairi.
Terima kasih Izzie.”
SUASANA tegang. Izzie berpeluk tubuh
sedari tadi. Hairi pula hanya bersandar di sofa. Penat dan letih belum hilang
kini ditokok dengan masalah berat.
“Saya dah agak awak akan tahu juga
tapi fikir saya mungkin saat itu Rinda sudah tiada.”
“Maksud awak?”
“Dia sakit Izzie. Rinda menghidapi
luekimia. Masanya tak lama pun.”
“Berpisah semata – mata sebab itu?”
“Tak.”
“Habis?” Izzie hampir menjerit.
“Awak ni kenapa? Terjerit – jerit macam
ni? Awak dah sayangkan saya sangat? Dah cintakan saya? Itu yang cemburu macam
ni? Kenapa nak besarkan benda yang dah lepas?”
“I’m
sorry. Saya agak melampau. Saya minta maaf tapi.....”
‘Tapi apa? Just forget it.”
“Two
questions.”
“Shoot
and make it quick.”
“Kenapa berpisah?”
“My
parent. Your parent. This marriage.” Jawapan Hairi ringkas bersahaja tapi menusuk
ke kalbu. Bukan dia cemburu, bukan dia rasa sedih tapi dia kecewa. Kenapalah
masih ada ibu bapa yang mementingkan diri seperti ini? Sekurang – kurangnya generasi
moden seperti dia dan Hairi mampu lagi untuk tunduk kepada permintaan yang tak
relevan dengan zaman kerana inginkan restu ibu bapa dan kononnya percaya kepada
jodoh tapi mereka? Pernahkan mereka simpati dengan nasib dan derita anak
sendiri? Relevankan permintaan mereka?
“Do
you still love her?”
“We
know each other since university. What do you think the answer gonna be? Hurt
you more?”
“Kita baru kenal. Saya tak akan
terluka. Saya tak akan menderita seperti Rinda.” Izzie menjawab perlahan. ARH
bukanlah bermaksud Ar. Hairi tapi Azrul Rinda Hairi? Izzie mengetap bibir
menahan rasa.
Bohong kalau dia tidak terasa apa –
apa. Bohong kalau dia tak sedih tapi melihat penderitaan orang lain, kisah
cinta yang tidak kesampaian seperti Rinda membuat hatinya pilu. Kejamkah dia
yang menjadi punca segalanya. Nak sangat terima. Kononnya kahwin paksa boleh
bahagia. Kononnya nanti dia akan memenangi hati Hairi juga. Hakikatnya perkahwinan
mereka tak seperti yang dijangkanya. Hairi melayannya baik. Hairi sentiasa
berterus terang dalam setiap hal. Malah dia yang kematian kata, kematian
langkah. Dia tak perlu memenangi hati Hairi kerana baginya hidup mereka tenang
sahaja. Hairi tak nampak pun bencikannya tapi terlalu mencintainya pun tidak.
Mereka sekadar pasangan suami isteri yang sedang bertatih, mencari – cari sebuah
makna perkahwinan.
“KENAPA buat macam ni? Saya tahu
awak tak pernah cintakan saya tapi kita baru kahwin. Tak sampai dua minggu.
Kenapa nak berpisah? Kenapa kena beritahu Mommy dan Daddy masalah kita?” Hairi
agak tertekan. Keluarga Izzie benar – benar mendesak agar melepaskan anak
perempuan tunggal mereka dengan cara baik.
“Saya tak nak hidup atas penderitaan
orang.”
“Keluarga awak sekarang pandang saya
seperti suami yang tak pandai jaga isteri tahu tak? Tak cukup apa yang saya
bagi selama ni? Saya tak pernah cakap saya cintakan awak sebab kita baru kenal
tapi saya suka awak. Awak isteri yang baik. Saya suka awak di sisi saya. Tak
cukup lagi?”
“Hairi, saya rasa ini bukan masalah
kita. Ini lebih kepada masalah orang lain. Rinda lagi perlukan awak.”
“Awak tak perlukan saya?” Hairi
bertanya sambil memicit kening.
“Dia lagi perlukan awak dan awak pun
cintakan dia.”
“Kalau saya lepaskan awak, saya nak
cakap apa pada keluarga saya sendiri? Malu keluarga saya nanti.”
“Keluarga awak dah tahu. Mereka
susah nak terima tapi saya cakap saya tak boleh terima awak. Saya cakap kita
tak serasi.”
“Betul kita tak serasi? Duduk sini
Izzie Laith.” Hairi mula hilang sabar. Dia tahu bukan senang nak mendidik
seorang isteri. Terutamanya anak manja seperti Izzie. Nampak sahaja selamba dan
riang tapi dia tahu Izzie masih mentah dalam menilai sesuatu.
“Kalau boleh saya nak temankan Rinda
sehingga ke nafas terakhir. Kalau boleh saya nak sentiasa di sisi Rinda tapi
dia bukan jodoh saya. Allah dah tetapkan jodoh Azrul Hairi ialah dengan Izzie
Laith.”
“Saya tak boleh terima. Saya tak
boleh terima.” Izzie mula menangis.
Bagaimana dia mahu katakan kepada
Hairi. Selepas emak Rinda membawa perkhabaran tersebut, Izzie meminta izin
untuk naik berjumpa Rinda. Dia inginkan kepastian. Dan kebenaran yang wujud di
depan mata merobek hati dan perasaannya. Rinda sedang berbaring di katil.
Tersangat lemah dan Rinda sedang menatap gambar Azrul Hairi. Rinda langsung tak
menyorokkan bingkai gambar tersebut tapi menghulurkannya kepada Izzie.
“Awak kena terima. Ini takdir Allah.
Saya sedang belajar untuk mencintai isteri saya sendiri dan tolong ingat.
Berdosa besar seorang isteri meminta sebuah perpisahan. Saya penat. Saya nak
naik mandi.” Hairi memandang ke arah Izzie. Sekilas beg yang tersandar di pintu
masuk utama dikerling. Nampaknya Izzie benar – benar tekad untuk berpisah.
“Jangan awak berani langkah keluar
pintu tu. Saya tak izinkan dan jatuh talak satu kalau awak berani keluar.
Angkat beg awak masuk dalam.” Hairi menarik Izzie ke dalam pelukan. Cuba
memberi sedikit ketenangan dalam jiwa seorang isteri yang sedang keliru. Cinta
dan sayang memang teras kebahagiaan rumah tangga tapi didikan dan kesedaran
akan sebuah tanggungjawab adalah yang paling utama.
“Hairi.....” Izzie terkejut.
“Nanti naik. Emmm....I think you should know. Be the flow means we create what we
want. I want this marriage to work and that is why I want you to work with me.”
“Dan sakitkan hati Rinda sehingga
dia berhenti kerja?”
“Dia tak mampu pun nak kerja lagi.
Dia dah bagi notis berhenti sebulan yang lalu. Dia kena terima saya dah ada isteri dan bukan
niat saya untuk menyakitkan hati dia. Hati saya lagi sakit tapi tanggung jawab
saya lagi besar. Kalau awak jauh, sampai bila pun awak tak akan kenal siapa
sebenarnya orang yang awak nikahi dan buktinya tengoklah. Izzie, kita bukan
kelip – kelip. Kitar hayat kita berbeza bukan cuma dua minggu. Kita hamba yang
mencari keredhaan Ilahi. Untuk hidup yang kekal di alam sana bukan semata –
mata di dunia.”
Izzie terduduk. Dia telah berjanji
kepada Rinda. Berjanji untuk memulangkan kebahagiaan Rinda. Kebahagiaan Hairi
juga sebenarnya. Dia tahu Rinda dan Hairi saling menyintai tapi mereka berdua
adalah antara hamba Allah yang gigih diuji. Dan dia? Dia tersangat lemah.
HAIRI bergegas menuruni anak tangga.
Berita yang diterima di saat – saat begini benar – benar menguji keimanannya.
“Izzie...Izzie....” Hairi meliar
mencari si isteri. Pintu depan yang terbuka dan beg tadi yang telah tiada di
situ membuat jantung Hairi hampir tercabut.
“Hairi, Saya minta maaf. Saya tak
mampu. Saya tak boleh.” Izzie berdiri di luar rumah. Melangkah syarat sah talak
yang dilafazkan oleh Hairi sebentar tadi.
“You
are so naive and stupid!” Hairi menjerit dari dalam. Menyesal juga dengan
keterlanjuran kata kerana dia benar – benar tak menyangka Izzie seberani ini.
Air mata Izzie mengalir laju. iPhone
ditangan digenggam erat.
“I’m
sorry.”
“Apa yang awak nak menyesal lagi.
Awak dah pilih jalan awak sendiri. Saya turun nak beritahu awak. Rinda, she passed away.”
Mimpi
Izzie Laith yang berderai tatkala meredah realiti kerana sebuah perkahwinan
bukan sebuah mainan.
But ain't no sunshine when she's gone
Ain't no sunshine when she's gone
Only darkness everyday
Ain't no sunshine when she's gone
This house just ain't no home
Anytime she goes away
p/s: This is hadiah to all kahwin - paksa readers theme haters and lovers. The awesome cover is specially made for me by teka who? Awesomee sgttt!!! Thanks u yes u!
And this story and cover is made within a few hours. Yes kerja giler but happy and puas and the story also as a gift to Jazmeen Hj Abdullah and SH( u knw who u r, thank you) and ALL READERS AND FOLLOWERS KARYA LEPAK.
p/s/s: Bukan kemahiran sy buat cerpen sbb novel pun baru bertatih tp ada mentor yg sudi ajar so bolehla :)
Enjoy ur Friday!
TGIF!
Lev,
XOXO KL
Good job. Let go, let God.
ReplyDeleteYippie, nama baru u ni komersial giteww!
Deletenama baru? ek? kenal ke dgn ZZ ni? ngee
Deletenot fair for ARH rin.. drag it into part II.. buat REHAN tu tampar izzie laith laju2 bg sedar sikit.. uwarghhhhh ..hangen2.. n perasaan membaca cerpen ni dgn cerpen pertama rin punyai kelainan.. (Y)
ReplyDeleteRM nk smbg kna cover baru, idea pun baru :) fair la tu, Hairi pun ckp x pikir pjg n x pandai baca emosi Izzie, sibuk nk mandi. Lol!
Deletehmm best..santai jer..
ReplyDeleteYes relax je :)
DeleteWah pengajaran yang sangat perit...tp sangat2 berguna!!!!..Thanks KL
ReplyDeletewelcome Atie :) org muda...biasalah bnyk kna blajar ilmu rumah tangga
Deletetapi boleh rujuk semula kan?? izzie preg... mmgla sgt2 klise... like tipikal malay movie, novel... but....
ReplyDeletehahhaha...ada jgak hajat nk buat mcm tu...tp tak la kot :)
DeleteAs-salam KL,
ReplyDeletewaah ... u come up with this kinda story?
unexpected but it's quite an awesome short story hehehe ...
i can't imagine if this will become a novel???
but honest ... i kinda find this cerpenis entertaining le coz tho' 'kawen paksa' - at least there is no so called you tido atas i tido kat sofa, or i tido nex room ... or malu-malu kucing or watever tat is used to be in kawen paksa novels yg brjambak kat luar tu!
but i can see tat there is a lesson can be learnt fron this! Don take it as easy as it is --- i like wat Hairi said --- be the flow!
TQVM KL ♥♥♥
w'salam JAZMEEN...oh i can see the capslock..tu konpem nk remind me to correctly spell ur name. whoa!
DeleteBe the flow yes!
w'come.
Ohsem...
ReplyDeleteJgn bertindak melulu..sekian,terima ksih :)
ohsem.
Deletesama - sama :)
new approach..keep d good job Kak Rin !!!
ReplyDeletenot new la dear. divorce happen everyday :( sad kan?
Deletethanks neway!
mgandung mmg klise...tp come back as sedar akan kesilapan n redha dgn ketentuan tuhan is much better kan..
ReplyDeleteso agree with u :)
Deletelesson to be learn..
ReplyDeleteyes everyday...
Delete:|]
ReplyDeleteBrilliant ms author!!!!
ReplyDeleteOccay...I can see all fingers pointing at izzie...tapi try to see at her point of view...try rasa apa yg izzie rasa...and I think I agree with izzie...agree to disagree hah! Rinda and hairi couple since uni occay...pisah juz bcuz dis kawen paksa...not to mention rinda is dying...and come to know of it..what do u think izzie rasa? Jeles? Marah? Nope....izzie terkilan la kan...sbb benda kawin2 ni merpati 2 sejoli tu clash n hairi x mampu pun nk jaga rinda yg nazak...
Well as for me izzie cuma nk bahagiakan org yg sepatutnya....izzie u r so pure...
Now ms author....can we ask for more??? Heheheh tamak kan....wat happen next? Any by chance we can read sambungan?
Thx ms author!!!!
izzie u r so pure,
Deleteyess sbb in another view, of course dia duk pikir dia dgn hairi pun bkn apa2 (ceh kawen ko kata x der paper bebel mak jemah)so rinda deserve more happiness, more hairi. Eh?
u can askkk...sure..sure..next...ermmm kna pikir dulu :p
welcome dear reader!
KL...
ReplyDeleteas usual,
karya awk mmg xmenghampakan sy....
next story pliss...hehehhe....
yeay...yeay...next is BIMBO, join KLFP tak? Bab 1 dah up tau.
DeleteA simple story yet full of lesson. *tarik nafas panjang - hembus*
ReplyDeleteTo me, nak buat apa pun, silalah fikir panjang-panjang. Jangan main tangkap muat je. silap perhitungan memang sendiri mau ingatlah kan?
p/s: walaupun ramai mintak sambung, tapi saya suka this ending. buat kita fikir panjang. lagipun, cliche ending is soooo un-cool. :P (satgi ada yang ban saya. haha)
Babe.. Ku sokong mung.. Biarlah ending mcm ni.
DeleteAlaaaa...cinta dr u je pon kan? Dah mmg bukan jodoh hairi dan rinda...ada apa dgn cinta?...kata melly goeslow...hahaha
DeleteP/s: hajar, jom pergi tgk kelip kelip nak?
jom gi tgk kelip2....Hajar kat Desaru ada kan? hehe....
DeleteLife Not easy..izzie.....
ReplyDeleteLessons but not just listen....listen....!!!!
Hairi talak bkn mainan sbb pompuan ni mmg sukakan mainan....:'(
suka sgt ayat awk..wehooo pompuan sukakan mainan...exactly! Benda x leh wat main pun main2 ..haish
Deletearrrghhhhhh... terlajak perahu boleh di undur terlajak kata sdri mau ingat Hairi oiiii. aduyaiiiii so sad. jom tenangkan diri layan maharaja lawak akhir huhuhu
ReplyDeletemaharaja lawak? hahahha elokla tu...boleh cover sgt dgn peel si izzie nih.
DeleteHambik!!! Padan muka izzie !!!! Haishhh pehal la ngn dia tu.sabar jelaaaa
ReplyDeletesabar je la....hahaha
Deletesyarat hairi dh makan diri sendiri bila izzie tetap melangkah pergi..
ReplyDeletedh abeh ke? tk nak sambung sikit lagi? ;)
[hawa]
hawa, smbg sikit je okayla...manyak nti tak terpikir...idea dikerah utk Bimbo :)
Deleteahhh tidakk!! nice story tp pendek sngt. please.. sambung lagi. :)
ReplyDeleteoh ya :)
Deletesambg?
dlm pertimbangan :)
Hai KL...
ReplyDeletebaru few days ago i told kak meen that i really miss your pieces tup - tup hari ni ada another awesome piece from u ;)
cerita yang pendek, padat and ending yang mungkin buat certain readers rasa macam nak bakar but seriously i like it. izzie ni patut kena rendam dalam air garam kejap, dia ingat realiti macam cerita novel ke fikir sekerat sekerat. pity both of them, but ya....
towards the end buat sa stop baca banyak kali dan berfikir sendiri. hakikatnya, marriage is not as easy as i thought though, lagi - lagi kalau situasi macam ni. Thanks for the cerpen KL. Short, simple, tapi sarat! ;) Love you!
Hai emy!
Deleteair garam aci tak rendam je kat dlm laut or selam lagi tepat!
u r still young & exploring. Get urself prepared k :)
Marriage is fun and the challenge is funny too.
love u!
kpd kaum lelaki iaitu suami, jgn suka-suka jatuhkan talak macam Hairi ni, sbb perempuan ni akalnya 1 nafsunya 9 dan seringkali emotional, tu yg kdg2 suka buat benda yg dilarang suami. alternatif lain kpd suami, cuba cakap, "kalau buat juga, abang nikah lagi satu". haa...gerenti isteri tak kan buat. setuju kah isteri-isteri semua? alamak...lari....
ReplyDeletei like....pompuan anti betul ayat mcm tu...so agreee :)
Deletealahai izzie...beraninya kamu...
ReplyDeletealahai ni namanya berani x bertempat...
DeleteI am a supporter for cliche-happily-ever-after-ending so I dislike this kind of ending. It'd be really nice kalau boleh sambung tp kalau u leave it this way pun takpe, I'd imagine the cliche ending myself. LOL anyway tq for this great piece!
ReplyDeleteu r not the one...i pun. kalau nak baca, sad ending kureng sgt la. I read for fun. kalau for other purpose, i chose something heavy. My life full of challenge and can be sad too so i dont need to hear other ppl sad story...okay statement kejam but still there are a few sad ending story that i love :)
Deleteklu mintak karya lepak buat part 2,blh ke?ekeke....
ReplyDeletebtw...
rasanya nia arluna tu dalam e-novel arluna kan karya lepak?huhu...
walaupun fieda nie bru je msuk 19tahun,rasanya cerpen nie banyak bg pengajaran utk dimasa hadapan.betul tak >_<
Wah! Baca Arluna ya....hemmm tu bnyk gak pengajaran...whoa!
DeletePART 2 sdg difikirkan but this is the ending as of now la...
betul!
Awesome! X klise even tema kawen paksa. I really love your masterpieces. Matang, sarat pengajaran, educated, realistik and no ayat terlebih dose jiwang meleleh yg sgt lah novelik. Several authors nowadays buatkan saya selera baca novel melayu. They are: you (KL), Hanina Abdullah, Evelyn Rose anf HLovate. May Allah bless and reward each good deed you are all doing. I'm praying you all will be the phenomenon and revolution for novel cinta Melayu. TC
ReplyDeleteThank you!
DeleteYg u sebut tu semua best seller. Mine are still far from their achievement. Still, thank you! May Allah bless you too.
Love your story. Lesson to be learnt. Points to ponder. Both ada salah. Satu je yg peru diingat, reda ibubapa tu yg penting. Tapi sedih juga dgn hubungan Rinda & Hairi tapi setiap yg berlaku ada hikmahnya.
ReplyDeleteLesson to be learnt.
DeletePoints to ponder.
Ada point kat situ. Redha ibu bapa tu penting tp ramai jgak yg divorce aftr arranged marriage and can they blame the parents? tak boleh kan? hmmm...
(my relative one of them, tak divorce but so monotone their marriage. Kalau tak cinta, x syg, gaduh pun tak. Nmpk sgt perfect tp soul takdak. Bila tanya #syankbuahbnyktanya she answered tak pe la. kawen je la. ank pun dah ada. cinta tak penting. Sedih jgak ada org yg x boleh experience love, to love and being loved and the most important thing is in love.#selingan)
Ade jgk ye KL...sedih. Xde pelangi dlm hbgan tu...Go with the flow??
DeleteHmmm...pk...pk...
Sufi (",)
Nk smbg lgi......best....
ReplyDeleteweeee....smbg? hmm (pikir)....thanks!
DeleteNk smbg lgi......best....
ReplyDeletepertamakali membaca cerita kwin pksa yg diakhiri dgn perceraian...syabas dan tahniah...agaknya ada smbungn tak?
ReplyDeleteterima kasih kak. Smbngan x sure la. Mcm gatal nk smbg tp idea yg agak2 okay belum mariii :))
Deletesobs..sobs.. kak rin, let me be the new heroin! :p *tetiba*
ReplyDeletebtw, awesomee sangat citer ni :) eventhough sad ending tapi ada pengajarannya. love you, kak rin!!
hairi bertembung dgn Liya Zafrina, mata bertentang mata.
DeleteJeda.
wey oooo smbg la sdri...hahhaha
love u too!
pendek je.. mcm baca satu bab e-novel rin ahmad... btw tetap nak tlis perkataan AWESOME.. hehe..pendek tp lot of pengajaran... si suami gigi nak luruskan sikap manja n naive si isteri.. tp lupa nak betulkan sisi diri sendiri.. si isteri memang dasar naive tu cuba nak bahagiakan owg lain.. konon bersalah kann.. oh.. baru masuk alam baru.. bnyak y perlu belajar lg.. hehehe
ReplyDeleteskop kahwin paksa y kahwin... jumpa lipas.. peluk2.. tngkap cinta tu mmg lawak lah.. hahaha... hakikatnya dunia perkahwinan x cukup sempadan nk teroka.. ecehh.. mcm ada pengalaman..hahhaa.. sy pun suka ending cm gini... buat kita terpikirrrr n look differences from others story...
kisah mereka sebenarnya baru bermula.... tetiba..
Sara x nk tanya ke saper cikgu yg bagi tips buat cerpen?
DeleteRing a bell?
hahhaha....nih dgn gigih apply teknik2 tu tau :)
mcm da blh agak jerk.. kak rehan erk..
Delete>><<
Like it thousands time! suke quote "be the flow" tu.it means u create ur own fate not just follow what is fated for u. tapi.. tapi.. mcm nak smbung lagi la.. can't get enough of this CP.
ReplyDeletei pun suka sebut be the flow.
Deletekonon2 nk bg semangat utk diri sdri giteww :)
hoho...smbg????
idea x berapa nk enough ni :)
Ooh noooooo... I hate u KL...
ReplyDeleteSuka nau citer sedey2..cer wt cerpen klakar plak..I'm waiting yaaa
Btw, I really miss ir nia arluna ;) ingatkan adeer Joe intepremmmm!!!
M.A
Miss Acu..jgn la mencik.
DeleteJoe tgah gigih disolek sana sini.
I pun rindu depa tau :)
Kenapa Izzie x mahu berbincang secara baik dahulu dan kenapa Hairi sanggup mengunakan perkatan talak sedangkan dia tahu masa itu Izzie memang minta dilepaskan demi Rinda...
ReplyDeleterasa x puas buat yang kedua....
Kak Sue
Deletehmmm tu la..bdak2.
Sy pun rasa tak fair for both :(
please wat sambungan kak rin....heheehe.....tak puas la baca pendek sangat...tapi cerpen kak rin mmg banyak pengajaran....
ReplyDeletesmbg?
Deleteerrr soklan ni tatau nk jwb apa hoccay :)
This cerpen with this so called 'tergantung' ending is the beginning. Hope kl makes this cerpen as a prolog for a new novel. What happen when the kahwin paksa couple bercerai? Lega kerana tidak perlu lg memaksa hati utk mencintai? Rindu kerana jauh di sudut hati sudah ade bibit cinta? Gila talak? Siapa yg mengejar n siapa yg mengelak?
ReplyDeleteSaudari Anon ni siapa ya?
DeleteProvokasi ni mcm dtg dr org yg expert jgak bab menulis ni.
Or from org yg bnyk membaca. U can think tat far. I'm impressed :)
nk smbungan bleh x..crai x psal2
ReplyDeletetu la...kes sungguh picisan nk bercerai pun...
DeleteUhukkk.....terkilan!
ReplyDelete& wow!!!.....best + pelik!
(berfikirrr......)
Sufi (",)
Sufi terkilan sbb nk happy ending kan? Kan?
Deletehehehe....betul la tu.
But jom pikir sesama :)
caramel ice blended in the coffee bean?? that is soooo my husband...btw,can u please explain about "jika tiada bahasa,maknanya cinta sejati tak pernah wujud antara kita"...coz im like---oh my apple,im having exactly the same situation here...:(
ReplyDeleteoh my berry...like really?
Delete"jika tiada bahasa, maknanya cinta sejati tak pernah wujud antara kita"
emmm....
to simplify in my words la kan;
maknanya kalau tak in love (saling menyintai) maka susah kita nak ungkapkan perasaan kita yg ikhlas terhadap pasangan. Tu yg guna word bahasa sbb kita appreciate pasangan kita not just by saying i love you but in so many ways. Kalau tanpa cinta sejati, we can't really say all the nicest words to our partner.
Basically mcm tu la tp boleh lah nk interprete ikut pemahaman sdri.
The caramel ice blended in the coffee bean is sooo him but the izzie laith not necessarily you.
Still wishing you all the best.
[--'] sighhh...i still dont get it...
Deleteis that equal to this formula?? ;
kalau tak in love - tak boleh ungkapkan or showing your feelings - no appreciation towards partner - at the end of the day = no love..
is that it?
seriously,im super-blurrr..
*sorry terpaksa merapek with you..its just that, ...[--']
hahaha....saya okay je nak ramble benda umum kat sini. in love tu what we feel kan. Sy tak reti nk ckp tp suami sy slalu tanya you love me or you in love with me? like bila sy tanya dia ckp dia lebih menghargai jwpan second tu sbb meaning of love tu lagi deep.
DeleteSo kat sini ayat rekaan tu kononnya kalau tak cinta, mmg automatikla tak terlafaz kata - kata cinta & segala yg sweet overdose tu.
But in real life, ada je org x cinta tp dia ckp je i love you hari2 (cth playboy/playgirl) hahaha...
tapi as wife/husband mmg kna ajar puji pasangan & show love even ada je type yg x cakap semua ni tp gestures tu shows.
and utk marriage yg without love. Trust me, dalam setiap jodoh, Allah dah kurniakan cahaya cinta "mawaddah" (correct me the term kalau salah). Setiap pasangan yg memahami kurniaan ini kalau berusaha utk make the marriage work mmg that marriage akan workable sbb benda dah ada. It is 'us' yg buat hubungan selalu fail sbb kan as human bnyk sgt mainan perasaan. Syaitan pun main peranan lagi. Campur lagi dgn emosi & ego.
wah....does it help? hope so lah ya even secoet pun.
nak nyampuk jugak ...
Deletekadang nak cakap I love u kat husband susah sangat bukan tak cinta tapi malu uhukkk! kesemua rase 'cinta' tu bole kita show through gestures!
in marriage kot kita mesti sentiasa rase 'inlove'!
dlm citer ni - izzie tau cinta hairil ngan rinda masa awal prkahwinan! sekiranyer Izzie tk tau pasti usia perkahwinan depa ni panjang kot!
sila sambong lagi ye cik writer!
USD dh beli dan terbaik beb!
yessss it does help a lot...thanks sooo much,i appreciate it,,I do..
ReplyDeletei really wish i could turn back the time..
**errr takpe ke kite lari topik dr cerpen di atas??
haaa what a shame of me*
rasa nak cekik2 izzie tu, arghhhh!! geram2, haha! btw, best :)
ReplyDeletejgn main2 dgn takdir. sekian. ^^
ReplyDeleteokey... i m speechless to see the ending. but wait, hehe talak satu jak pun.. boleh sambung balek.. okey, saya pujuk hati lah Hairi dengan Izzie make thing bback to place... nice job writer.. thank u so much
ReplyDeleteits kinda weirdo yg endingnya be like that...but, what to say, if the linestory so wow, ending mcm mana pun x beri kesan buruk for da whole story at all.. i love all of ur mterpieces... malay novel, or cerpen is not in my list.. to be honest, i do prefer nora roberts etc, but ur writing make me fall in love wif malay novel.. can I make a request? sambungan? perhaps?
ReplyDeleteanyway i'm not a girl... tehee
-patron.
perempuan mmg suka buat keputusan melulu kan...
ReplyDeletekadang bila emosi menguasai diri...kita perlu bertenang dlu...
fikir baik buruk yang akan jadi...
lelaki...nampak macam x fikir panjang...
tapi sebenarnya apa yang mereka buat terkadang ada sebab yang tersendiri.
hmmm...mungkin bukan jodoh mereka...
ditakdirkan bertemu...bersama...tetapi bukan untuk selamanya...
Cerpen ni akan disambung kann?? Ke dah sambung tp saya yang tak tahu?
ReplyDeleteBersambung dalam bentuk e book compilation Gaza.
DeleteNama cerpen sambungannya ialah Anemone.