Wednesday, 2 January 2013

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 10


           



            “Dell.”
            “Aisha.”
            “Dell.”
            “Aisha. Full stop.”
            Darren menggunakan kuasa veto. Tak suka apabila Bellina memutuskan untuk menggelarkan puteri mereka Dell. Dah macam nama komputer. Minta maaflah, dia tak boleh terima nama terlebih moden. Lagi pun bukan Darren tak tahu Bellina sekadar nak menyakitkan hatinya. Tak habis – habis perang dingin yang dilancarkannya. Susah betul nak memujuk Bellina. Kalau Bellina mengharapkan perkataan maaf keluar daripada mulutnya memang silap besar. Darren tak pernah kenal erti perkataan maaf. Dia tak pernah diajar untuk murah menuturkan perkataan maaf atau lebih tepat perkataan maaf tak wujud dalam kamus kehidupannya.
            Telefon yang berdering dan malas dijawab dari tadi akhirnya diangkat juga apabila Bellina memaksa. Maklumlah, kalau dah nampak nama Khairy, nak angkat pun malas. Mesti nak bercerita mengenai bisnes, tak lain tak bukan. Mood bercuti tengah melanda, kalau boleh segala – galanya mengenai perjalanan kilang mahu diserahkan kepada Khairy yang akan memangku tugasnya tiap kali sedang bercuti.
            “Khairy tak kan telefon kalau tak penting. Go answer his call.” Bellina berbisik perlahan dengan tangan gaya menghalau Darren dari katil.

           

            Darren menjauhi Bellina yang sedang menyusukan si kecil Aisha. Rasanya melihat sifat keibuan Bellina menjaga Aisha siang dan malam makin melunturkan ego lelakinya. Semua kisah lampau Bellina yang sering terlayar di ruang minda seakan terbang dan berganti dengan saat – saat indah mereka berdua bergelar Papa dan Mama untuk si comel Delisha Aisha.
            Hate the sin, not the sinner!
            Itu kata – kata Mikhail yang selalunya boleh diterima pakai. Kalau Zaki, dia merewang pergi Pluto, singgah ke bulan, patah ke bumi baru sampai ke destinasi. Lepas tu baru boleh timbang kata – kata Zaki yang mana boleh dipakai. Mikhail ni agaknya sebab seorang artis, agak pendiam dan apabila dia berkata – kata, pasti buah ayatnya memberi makna. Apatah lagi perkahwinan Mikhail dan Ayra juga aturan keluarga. Mikhail lebih sensitif dengan situasi dan perang perasaan yang dialaminya. Bukan senang memupuk cinta seperti bukannya mudah untuk menerima kekurangan pasangan kita.
            Darren memutuskan kehidupan sosial yang pernah dilalui Bellina sama sahaja dengan kehidupannya. Tak layak pun dia nak menggunakan kata – kata Mikhail kerana dia sendiri pun sama sahaja dengan Bellina. Darren tak pernah terfikir untuk memilih perempuan yang baik dan stok ustazah untuk dijadikan isteri. Dia pun tahu mengukur baju di badan sendiri. Maklumlah diri sendiri pun dikelilingi oleh perempuan – perempuan yang menjalani kehidupan sosial sepertinya. Hanya apabila Megat Ali memaksa dirinya berubah kerana mahu bermenantukan Bellina yang dikatakan perempuan yang baik akhlaknya membuatkan Darren meletakkan kayu pengukur yang tinggi. Sementelah lagi apabila dia benar – benar jatuh cinta dengan Bellina, dicubanya untuk berubah walau pun hipokrit. Dia masih menjejakkan kaki ke kelab dan disko apabila terpaksa. Jatuh dalam kategori terpaksa – rela sebenarnya kerana dia juga dulu yang selalu melayan prospek pelanggan di tempat sebegitu jadi nak menukar cara amat susah. Lainlah kalau prospek pelanggan tu jatuh dalam kumpulan pak cik – pak cik tapi ada pula pak cik yang mengheretnya sehingga ke kelab dangdut. Jadi manakan dia dapat hilangkan gaya hidup lamanya seratus peratus. Darren cuma boleh mendabik dada kerana sekurang – kurangnya dia melangkah ke tempat sebegitu bukan semata – mata untuk berhibur.
            Pencarian mencari perempuan yang baik yang tak pernah bermula pun sebenarnya, eloklah dia noktahkan di sini, hari ini. Darren menolak sliding door dan menjawab telefon di balkoni. Bimbang perbualannya mengganggu puteri mereka yang baru berusia dua minggu.
            “Minggu depan? Kau tahu tak anak aku tak sampai sebulan pun lagi?”
            Suara tegang Darren membuat pandangan Bellina berkalih ke balkoni. Delisha Aisha yang tertidur dipindahkan ke baby cot agar lebih selesa. Sebulan apa, dua minggu pun baru cukup hari ini. Bellina berdiri di tepi katil. Rasa bebas kerana Mommy sudah tiada. Seksa teramat menjalani pantang dengan dijaga rapi oleh Mommy. Penderitaan yang dia rasa semasa berpantang kalah rasa sakit nak bersalin.

            Berjalan kepit – kepit. Dah kenapa tak boleh berjalan biasa?
            Minum air jangan banyak. Bukan lagi baik minum air banyak kan?
            Makan yang kering – kering dulu. Sembelitla Mommy!
            Bangun pagi – pagi berurut. Mengantuklah Mommy!

            Ada sahaja jawapan Bellina pada setiap arahan Mommy. Aisha jenis berjaga malam. Dia dah macam zombie berjaga siang dan malam. Nasib baik Darren murah hati menjaga Aisha apabila melihat Bellina terlalu penat. Memang Bellina tak kan suruh pun Darren bangun, nak kejutkan pun jauh sekali. Maklumlah silent treatment Bellina terhadap Darren masih aktif.
            Mommy akhirnya dengan berat hati membiarkan Bellina berpantang sendiri di rumah. Jangan harap Bellina nak balik berpantang di rumah Mommy kalau setakat empat benda yang Mommy cakap tu pun dia dah masam muka. Nasib baiklah Darren memujuk Mommy dan berjanji untuk menjaga Bellina. Darren berjanji akan mengingatkan Bellina tentang pantang larang yang diperintahkan Mommy. Bellina hanya mampu tersenyum. Berani Darren nak mengarah sesuka hati dalam keadaan begini? Tekaan Bellina silap kerana Darren Umar memang berani!

            Bell, boleh tak jalan perlahan sikit. Kalau you nak jalan macam tu, I dukung karang.
            Bell, dah – dah. Sini mug tu. Kalau you nak minum 10 glasses a day, tunggu habis pantang.
            Bell, kalau you tak nak makan, I suapkan. Baik you makan.
            Bell, bangun. Mak Cik Seri dah sampai nak berurut.

            Seminggu dijaga oleh Darren, tiba – tiba Bellina nak Mommy yang jaga balik. Darren lagi tegas dan berdisiplin. Nanti jangan harap Bellina nak tuang pantang larang dalam tempoh 40 hari berpantang yang ditetapkan oleh Mommy.
            Bellina mengelilingi katil dan mengemaskan cadar, comforter dan bantal - bantal  yang berselerak. Minta maaf ya, dalam pantang pun dia tidur dalam air cond. Seminggu tidur tanpa kipas terasa seperti di hidup di gurun. Bab ni Darren angguk sahaja sebab dia sendiri tak tahan panas. Tak ada makna Darren nak bagi Bellina bilik khas berpantang. Semua dia nak ada depan mata.
            “Pagi – pagi dah bersenam otak dan akal lah aku dengan rancangan kau ni. Acapulco kejadahnya?”
            Darren sempat masuk kembali ke bilik dan mengambil kotak rokok dan pemetik api. Bellina dijeling sekilas. Degil tak habis – habis. Suruh jangan buat kerja pun tak nak dengar juga. Tekanan tahap tak boleh dibendung dah ni. Dulu dia yang beria untuk mencari peluang perniagaan di Monterrey. Kononnya sambil – sambil tu boleh berjalan ke Acapulco, tempat pelancongan terkenal tapi itu zaman dia tak ada komitmen. Dulu lain, sekarang lain. Kalau tinggalkan Bellina sekarang jawabnya makin ke laut hubungan mereka berdua.
            Bellina ni pun satu. Bila dia bagi perumpaan untuk menagih simpati, Bellina buat tak reti. Penat dia karang ayat.
            “Kadang – kadang kita kena berbaik sangka dengan orang. Contoh orang yang curi coklat sebijik kat kedai Pak Mat. Tak semestinya dia jahat kalau nak dibandingkan dengan orang yang sedekah cek lima ratus ribu kat masjid tapi sengih – sengih pegang replika lepas tu tengok kamera. Itu namanya bersedekah tapi ada makna lain.”
            Jawapan Bellina buat jiwa dia lagi tersentap adalah.
            “You nak cakap yang curi coklat sebijik tu you ke? Salah you tu kecik sangat ya? Yang sedekahkan cek tu Bakhtiar ke? Correct me if I am wrong but just so you know, me and Buck have no special relationship. By the way macam mana you kenal Buck?”
            Darren langsung tak menjawab soalan Bellina. Tak penting dia kenal si keparat Bakhtiar tu. Agaknya sebelum Bellina kenal Bakhtiar, dia yang kenal dulu Bakhtiar. Kalau panjang dia melayan memang hajat dihati untuk memperbaiki hubungan tak ke mana.
            Habis rokok sebatang seiring dengan habis bercakap dengan Khairy. Peluang datang sekali seumur hidup. Bellina pun seorang sahaja di dunia ni. Nak ambil hati bini atau nak rebut peluang yang akan lebih menjamin masa depan mereka sekeluarga?
            “So Acapulco?”
            Darren terkejut apabila elok dia menutup kembali sliding door, Bellina berdiri betul – betul di belakang.
            “Kalau Acapulco saya dah lompat tak turun bumi. Ni Monterrey. Kena fikir 18 kali nak pergi ke tak.” Khairy tadi sengaja memancingnya kononnya kalau bosan bekerja, boleh melencong untuk bersantai di Acapulco yang terkenal sebagai pusat peranginan dan memiliki pantai antara yang tercantik di dunia.
            “Bila? Nak I tolong kemas barang you?” Bellina langsung tak teruja. Tak nak turun bumi? Huh! Macam best duduk kat atas yang tak cukup oksigen tu. Sempat dia membebel dalam hati.
            Darren meninggalkan Bellina dan bergerak ke arah baby cot. Berasap kepala mendengar pelawaan Bellina yang kedengaran sinis sahaja. Gembira sangat ke dia nak pergi? Tak boleh jadi ni. Apabila berpuas hati melihat Aisha yang nampak tersangat lena tidurnya, Darren bergerak ke arah katil dan duduk bersila di pinggir katil.
            “Bell, you tengah pantang. Tak boleh nak jalan sesuka hati. Sini, duduk.”
            “Sekejap, I nak susun barang Aisha ni. Berselerak. Bibik tak datang kan hari ni?”
            “You nak I dukung you atau you nak datang sendiri?” Darren geram apabila Bellina bersikap endah tak endah. Dia bersyukur apabila Bellina masih di sisinya tapi sikap degil Bellina yang makin ketara membuatnya geram.
            “Turunkan I.” Bellina menjerit sambil menepuk – nepuk belakang Darren apabila tanpa amaran, Darren menghampiri dan terus mendukungnya ke katil.
            “Dengan I jangan nak tunjuk keras kepala Bell.” Darren duduk memandang Bellina dengan tajam. Muncung Bellina sekarang panjang kalah galah buat kait rambutan. Dagu Bellina disentuh lembut.
            “Projek yang I pernah cakap dulu dapat. I am very happy with this news but to leave you and Aisha make me think twice to go.”
            “Pergilah. Kitaorang okay je.”
            “You dalam pantang lagi Bell. You tak nak Mommy jaga. Tegas sangat lah. Seksa lah. Nak duduk rumah sendirilah. Macam mana I nak tinggalkan you?”
            “I pandailah jaga diri.”
            “Cakap senang je kan.” Darren memegang kedua – dua belah tangan Bellina.
            “Cuba pandang sini. Kalau I pergi, sampai bila pun kita tak kan baik. Sampai bila pun you jual mahal. You tahu tak sikap you yang dingin macam ni mendera perasaan I? Lagi you nak I pergi?”

            Say sorry please.
            Say sorry and I’ll forgive you.
            Say I love you and I’ll die for you.

            Bellina berangan dalam hati. Bolehlah dia berangan mat jenin macam ni sebab dia pasti hampir seratus peratus Darren tak akan mengakui kesilapannya secara terang. Kalau Darren sangka dia boleh melupakan sahaja layanan buruk Darren di saat dia tengah sarat mengandung, jangan harap!
            “Darren, I think you read me wrong. I ni memang bukanlah kategori mak jemah kampung yang lemah - lembut dan jalan mengalahkan kura - kura menang pertandingan tapi I tahu lagi tanggungjawab I sebagai isteri. I tak kan terhegeh – hegeh nak pergi cari Bakhtiar atau mana – mana lelaki yang you pernah nampak I am with zaman dinasour dulu tu. I juga boleh jaga Aisha. You can go without worrying about me.”
            Darren tergelak mendengar nada serius Bellina dengan perumpaan kelakar yang digunakannya. Bertambah sayang dia kepada si isteri. Dari duduk berhadapan, Darren sama – sama bersandar di kepala katil dengan Bellina. Kepalanya dilentokkan di bahu Bellina. Bau rambut dan bau badan Bellina menyapa hidung. Dah hilang bau herba, dah agak mesti tak ada Bellina nak sapu param ke badan kalau tak diingatkan.  
            “Dah ni kenapa nak manja sangat?” Bellina buat – buat menolak kepala Darren. Selalu taktik dia nak menyakitkan hati Darren tidak berjaya. Ada sahaja idea Darren nak memujuk atau langsung buat tak tahu. Mommy kot duduk berdoa agar dia tidak menjadi isteri derhaka. Bukan nak derhaka sangat tapi nak ajar si suami agar lebih memahami perasaan seorang isteri.
            Tiba – tiba Darren terfikir. Panjang rajuk Bellina setelah dilayan kejam olehnya dan seandainya Bellina mengetahui kisahnya, bagaimana agaknya penerimaan Bellina? Pasti bukan setakat tolak kepala manja – manja begini, kepalanya kena penggal mungkin.
            “I manja dengan isteri I, bukan macam orang tu.” Darren tergelak walau pun dalam hati berulit gundah yang ditolak ke tepi.
            Kalau Bakhtiar berani nak bermanja dengan Bellina lagi, bolehlah berangan berjalan pakai tongkat seumur hidup. Darren belum faham sepenuhnya perasaan sensitif yang Allah anugerahkan kepada kaum Hawa tapi dia bertekad mahu melayan sahaja rentak Bellina.
            “Bell, what do you think the best? You izinkan I pergi ke?”
            Darren beralih posisi dengan memeluk bahu Bellina dari belakang dan dia memejamkan mata menanti jawapan Bellina. Kalaulah Darren tahu pemergiannya akan memisahkannya dengan permaisuri dan puteri dalam hidupnya, pasti dia berharap supaya Khairy ditelan oleh kerak bumi.
            Bellina terdiam. Sejak bila seorang suami kena minta izin daripada isteri?
           
            

10 comments:

  1. x de smbungan dah ke cerita ni...

    ReplyDelete
  2. nak baca sambungan pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. AIKKK....SAMBUNGAN NYE MANA??? PLS PLS PLS...DAH LEBIH SETAHUN DAH NI..

    ReplyDelete
  4. Omggg mana sambungan dia pls 😿😿

    ReplyDelete
  5. Omg !! So frustraring !! Pls cont this story . Im so eager to know wht happen next

    ReplyDelete
  6. Xde sambungan ke?? Pls continue 😞

    ReplyDelete
  7. Pls continue PKB....huhu please please we're waiting..

    ReplyDelete
  8. Huhuhu... nk sambungannya... pkb... pleasse rin

    ReplyDelete
  9. mane sambungannya? please nak baca sambungannnnnnnnnnn

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...