Tuesday 1 January 2013

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 9


         



         “Bell, baju ni cantik, oh my God, so cute.” Kiki menarik sehelai romper yang amat kecil bersaiz Newborn dan tersengih macam budak dapat lollipop. Dah penat sebenarnya menemani Bellina membeli – belah dari pagi.
            “Okay beli.”
            “Bell!” Kiki menjerit marah.
            “Ishh...apa yang kau jerit – jerit ni.” Bellina menarik lengan Kiki pelik.
            “Mana aku tak geram. Dari tadi aku tunjuk itu, ini, semua kau cakap beli. Ni yang aku tunjuk baju budak laki tau. Kau sedar tak kau suruh beli?” Kiki menayangkan romper di tangan sekali lagi ke muka Bellina.
            “Oohh...I’m sorry Kiki. Aku distracted sangat.” Bellina mengetap bibir. Rasa bersalah pula. Nak tergelak pula kalau membayangkan anaknya besok memakai romper berwarna biru terang siap gambar bola bersepah di dada. Mana boleh, tak lawa la Princess Mommy macam ni.
            “Bell, chillax. Baby is arriving soon. Let’s enjoy every moment of your last pregnancy. Darren tak ke mana pun. He just shocked. Give him some time. Kau nak makan apa? Just name it. Nanti dah pantang mana boleh.”
            “Kiki, aku nak makan lamb chop, aku nak makan sweet corn, aku nak makan durian, aku nak Starbuck.”
            “Durian mana nak cari. Kau ni buang tabiat ke apa. Starbuck je aku nak layan, jom.” Kiki tersenyum lebar. Dia tunggu sahaja Bellina mengajak ke Starbuck. Dia dah terkena panahan asmara sesaat dengan barista di Starbuck.
            Di Starbuck, Bellina menegur apabila melihat gaya Kiki yang semacam sahaja.
            “Dah kau kenapa dok terteleng – teleng kat bar tu?”
            “Kau jangan gelak aku cakap ni Bell.”
            “Shoot.”
            “Barista tu. Nama dia Gerard. Aku dah lama stalking dia. Dah berminggu aku datang lepak Starbuck sini.”
            “Kau mental ke ni?”
            “Temporary mental lah but Bell please come here. Look.” Kiki menarik lengan Bellina nak menyuruh Bellina melihat ke arah barista yang langsung tak menyedari dirinya menjadi bahan santapan Kiki.
            “Okay hot hunk. He is hot but c’mon, a barista?”
            “La bukan aku serius pun. Cuba kau tengok lagi sekali. Hot gila cara dia pegang blender. I bet the blender is having a good time.”
            Bellina tergelak besar. Muka Kiki dengan mata Minnie Mouse memang tak boleh nak blah. Gedik semacam. Tiba – tiba perut Bellina terasa sakit. Bellina mengerutkan dahi. Dia yakin ini tanda – tanda kontraksi awalan. Bellina cuba bertahan tapi tiba – tiba dia menjerit dan memegang tangan kanan Kiki kejap.
            “Kiki, it’s time. Oh my God. Kiki......I’m scared.”


            DARREN menguap dah berkali – kali. Jam baru nak menjejak pukul 9 malam tapi sungguh dia bosan melayan Faroq. Terpaksa layan sebab mengharapkan projek membekalkan filter ke semua kilang milik Tan Sri Yusoff yang diuruskan oleh Faroq. Budak – budak procurement kenapalah wajib nak kena makan suap. Kadang – kadang memang sakit hati. Nak kena buat – buat kawan dengan orang yang langsung dia tak kenal satu, nak kena ‘suap’ dua dan yang terakhir nak kena’belai’ mood. Memang kena banyak bersabar. Siapa cakap nak berniaga senang. Berniaga banyak cabarannya. Bukan tak boleh diharap dengan orang – orang kanannya tapi Faroq atau Datuk Faroq, anak Tan Sri Yusoff merangkap orang penting procurement memang tak kan layan orang bawah.
            Dahlah telefon Bellina dari tadi tak berjawab. Tak kan dia nak cakap, Bell jangan pergi. Bell duduk rumah dengan I, Bell I minta maaf. Memang tak kan lah. Dengan pandangan sayu je lah dia mampu tengok Bellina keluar rumah. Nak berkeras rasa macam tak patut pula. Patutnya dia guna kuasa veto suami. Bellina pasti mendengarnya. Ini dah malam pun Bellina tak sampai rumah lagi kan dah tak guna menyesal. Dia tahu Bellina belum sampai rumah sebab dia menelefon Bibik yang tidur di rumah malam ini. Mommy yang hantar Bibik untuk membantu Bellina mengemas rumah sebelum dia keluar rumah siang tadi. Mereka memang bersepakat untuk tidak mengambil pembantu rumah tetap. Baru kahwin kononnya. Mestilah nak privasi.
            Topik yang Faroq bawak ni pula topik politik. Bertambah merudum mood. Nak duduk rumah menunggu Bellina balik nampak tak macho pula jadi daripada dia merewang, baik dia berkerja. Kira bekerja lah ni melepak dengan Faroq yang jatuh dalam kategori ‘prospect client’. Dari tadi Darren cuba menganalisa hujah Si Faroq tapi tak ada point yang menarik. Tak jelas pula pegangan Faroq. Pro – kerajaan atau pro – pembangkang pun Darren tak pasti tapi ayat macam cayoo. Gedegang sahaja hujahnya.
            Darren dah mula geram apabila Faroq seakan mencabar idealoginya yang sememangnya dia malas nak bagi dia punya pendapat peribadi kalau masuk bab politik. Nasib baik telefon bimbit yang diletakkan di atas meja makan Cosy Corner berdering dan berkelip – kelip meminta dijawab. Ada alasan tak payah nak layan hujah Faroq.
            “Waalaikumussalam. Ya Mommy. What?
            Air muka Darren berubah.
            Bertambah tertekan apabila Faroq terus mengasak melihat Darren memutuskan talian dan menyimpan telefon di dalam poket.
            “Dahlah Faroq, politik adalah ekonomi. Jangan nak berkuntau ceramah depan aku kononnya perjuangan mana – mana parti terlalu suci. Siapa yang berkuasa, dialah yang memegang ekonomi.”
            Faroq ternganga.
            “Dah, panggil bil sini. Aku nak bayar. Aku dah kena blah. Bini aku dah nak beranak. Nanti kalau LA keluar call aku.” Darren meletakkan not seratus ringgit di hadapan Faroq dan sekeping sampul surat berisi cek dengan jumlah yang diminta oleh Faroq dihulurkan sekali. Langsung Darren tak kasi peluang Faroq nak berhujah lagi. Bosan!
            Darren menghala kereta ke Jalan Ampang. Pening dan kelam kabut fikir jalan mana paling dekat untuk ke PCMC di Jalan Kia Peng. Jalan jammed pula. Dalam hati dia sekarang sumpah penuh dengan kupu – kupu terbang.
            Terkilan Bellina sendiri seolah tidak memerlukannya di sisi jangan ceritalah.
            Teruja status ‘Papa’ yang bakal disandang jangan ceritalah.
            Dan tiba – tiba dia kecut untuk menghadapi reaksi Bellina.
            C’mon Darren Umar!
            Darren mengetuk steering kereta kuat. Nak berhadapan dengan Bellina kena penuh dengan aura macho. Kalau tak nampaknya Bellina tak pandanglah. Dia tak lah lembap mana nak faham Bellina tengah melancarkan protes cara damai. Kalau cara vokal rasanya senang dia nak bisukan, yang cara damai dia lemah sikit.
            Darren tersenyum dan mencari nama Syasya di telefon.
            “Sya, you tengah kerja ke?” Suara Darren serak sahaja mengawal gentar. Syasya bekerja sebagai Retail Manager di ISETAN. Dia amat berharap Syasya bekerja.
            “Ya lah, I kena kerja hari ni. Pandai you teka. Ada press nak datang kejap lagi.” Suara Syasya lembut sahaja di hujung talian.

            BINGO!

            “Babe, I nak minta tolong ni.” Darren melunakkan suara.
            “Apa dia sayang?” Kalau dah dengar Babe keluar mulut Darren, boleh terlupa Syasya sekejap Darren ini suami orang.
            “Hari tu you ingat tak, bla...bla...”
            Senang sangat perempuan ni, cong (tipu) sikit, jawapan okay yang keluar daripada mulut Syasya membuat Darren tersenyum sambil mata buntang melihat keadaan jalan yang sesak teruk. Sepuluh minit langsung tak bergerak. 20 minit kemudian Syasya tegak di luar ISETAN KLCC. Darren hanya berhenti di tepi jalan, turunkan tingkap cermin kereta dan plastik bertulis Du Viet bertukar tangan.
            Sambil menapak ke lobi PCMC, Darren sempat melayan FB. Menaip status ringkas yang tak sampai 10 minit, berkoyan komen dia dapat.
            Soon Daddy To Be. Damn need survival kit loaded with ......
            Boleh lagilah dia tersengih buat hilangkah gemuruh sebelum macam – macam doa dia baca nak menolak pintu bilik Bellina.

            Leena : You need a lot of hugs & kisses to soothe your mind...
            A&W SB: Encik Darren, harap semua selamat!
            Z. Zaki: Earplug bro...
            Jaja: Tisu, kot both Mommy & Daddy nangis :p
            Mikhail: Ayra bagi aku mug Starbuck. Mimpilah nak cukup tidur lpas ni...
            Kak Yam: Bos, harap semua selamat.
            Don Umai: Coklat, bagi bini kau tenang sikit...
            Cristine: Mr Darren, lots of love to ur wife kit!
            Joe: Batteries, kot tenaga bini kau abes...
            Chong Schindler: Mint, nanti ko nak kiss baby banyak2..mulut jgn busuk lak..
            Rania Maybank: Flowers for your wife, jgn lupa!

            Buat apa ear plug Zaki Zacharyl oii. Belum tentu Bellina nak bercakap. Karang sakit pun dia segan nak menjerit pun mungkin tu.     Knowing Bellina, how independent she can be, urghh!
            Memang boleh buat Darren risau. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Darren menolak daun pintu.
            “Sayang....”
           
            EPIDURAL yes, no?
            Yes!
            BELLINA memejamkan mata. Badan terasa amat lemah.Ruang bilik selesa di PCMC tak memberi makna. Epidural tak termasuk dalam pilihan hatinya tapi kini hati meronta – ronta untuk merasakan keajaiban epidural yang sering diperkatakan. Boleh teran sambil baca buku, boleh tunggu bayi keluar sambil gelak – gelak tengok TV, boleh tidur lena tup – tup bukaan dan 9cm.
            Oh, I so wanna that experience now! Like now!
            Bellina menjerit dalam hati. Melalui pembacaannya, dia tahu dia belum lagi dalam keadaan active labor. Kontraksi baru bermula tapi dia dah menggelabah katak. Hampir terlupa teknik bernafas, teknik regangan dan semua persediaan yang dibuat. Telefon bimbit dipegang erat. Mommy dan Daddy baru balik. Itu pun dia paksa balik. Selamba dia tipu Darren dah dalam perjalanan. Kebetulan Darren ada hal penting, jadi Bellina datang sahajalah ke Prince Court Medical Centre ni dengan Kiki. Bukan susah pun nak kelentong Mommy dan Daddy.
            Nak kelentong diri sendiri yang susah. Sekarang nak telefon Darren dia dah segan. Takut kena marah pun ada. Boleh tak dia sebut nama Darren Umar, Darren Umar, Darren Umar 44 kali dan taraa....Darren muncul dan menemaninya di saat – saat getir begini. Pesanan Doktor Seri Suniza suruh berjalan atau bersenam sedikit dia dah buat. Siap ke luar bilik sebab dia bosan. Bukaan baru 2cm, memang lama lagi nak beranak tapi sakit yang konsisten walau pun tak kuat rasanya melemahkan badan.  
            Dah malam pun tapi Bellina masih belum memberitahu Darren. Telefon bimbit dibelek dari tadi. Sekejap – sekejap skrin ditenung. Apabila kontraksi agak terasa, Bellina bergerak ke kanan kemudian berpusing pula ke kiri. Telefon masih setia di tangan. Rambut yang agak berserabai dikuakkan ke belakang. Bellina bangun dan menyandarkan badan ke kepala katil. Sekarang memanglah tak sakit sangat tapi kalau dah pukul 2-3 pagi, sakit tak terkata, mampukah dia mengharunginya seorang diri?
            C’mon Bellina, don’t be selfish. He is the father of your child.
            He is your husband!
            Bellina kembali merebahkan kepala ke bantal. Selimut ditarik sehingga menutupi wajah.
            “Sayang....”
            Bellina tersenyum apabila tiba – tiba mendengar suara perlahan menyapa dari pintu masuk.
            He is here! Oh my God!
            Mesti Mommy yang telah memberitahu menantu kesayangan. Memang Mommy tak aci, dia mengadu bagai nak rak tapi Mommy tetap berpihak kepada Daddy. Cuba, cuba kata Mommy. Cuba apa kalau orang tak nak terima kita kerana masa lampau kita. Bellina mengeraskan badan apabila tapak kaki makin mendekatinya.
            “Bell, you okay ke tak ni? I risau dengar you seorang diri kat sini. Mana suami you?”
            Mata Bellina buntang apabila menyedari bukan Darren yang masuk ke bilik. Cepat – cepat dia menarik selimut dan Bakhtiar tersenyum di sisi katil. Tersenyum seperti biasa tiap kali bersama Bellina.
            “Buck, you buat apa kat sini?” Bellina menjerit kuat.
            “I datang tengok you la. Kiki update status kat FB. I baca Kiki cakap you masuk PCMC dan kebetulan I jumpa client dekat – dekat sini. Why not I datang tengok.” Bakhtiar menipu.
            Bakhtiar menarik kerusi untuk pelawat dan duduk bersandar tenang. Dia memang menyukai Bellina. Teramat suka sehingga kalau dipilih Bellina dan isterinya sendiri, dia sanggup meninggalkan isterinya demi untuk mendapatkan Bellina. Kesederhanaan Bellina dan sikapnya yang jual – jual mahal amat memikat hati lelakinya dan mencuit ego lelakinya. Bukan tak pernah terkantoi dengan si isteri tapi hati ini tetap tidak dapat melupakan Bellina.
            “Buck, baik you balik. Suami I bila – bila masa pun boleh sampai, dia keluar sekejap tadi. Mind your freaking wife also. Dia pergi serang Kiki tau tak sebab ingat you keluar dengan I lagi. Kalau dia tahu you datang sini, teruk I kena Buck. I tengah tunggu masa nak beranak. Any harrasing situation would be the last thing in my mind. Please understand Buck.”
            Bellina menggenggam telefon bimbitnya erat. Patutnya dikunci bilik. Bukan tak boleh kunci dari dalam tapi dia risau kerana ini pengalaman pertama dan macam – macam boleh terjadi. Dia mungkin boleh bersalin tak sampai pun setengah jam lagi atau mungkin esok. Jadi sebarang situasi kecemasan perlu dijangka.
            “Yeah? Kiki never mentioned that.” Bakhtiar masih tenang.
            Sebab Kiki dah dapat petua, flip your hair and walk away with style. Tak ada makna dia nak pergi mengadu lagi. Bellina memandang Bakhtiar tajam. Ketenangan yang pernah memerangkapnya dulu. Disebabkan oleh wajah yang yang sentiasa tenang dan sentiasa murah dengan senyuman itulah yang memikat hatinya. Melayakkan Bakhtiar masuk dalam senarai lelaki – lelaki yang bersusun dalam senarai Guys to Date With.           Masalahnya Bakhtiar penipu. Dah kahwin tapi berlagak bujang. Memang tak layak masuk dalam senarai Bellina.
            “Buck, please leave.”
            “I temankan you sekejap.” Bakhtiar menjeling jam di tangan. Dia janji dengan As untuk bertemu di lobi pukul 9.30. Banyak masa lagi untuk menemani Bellina. Dia tahu sangat Darren di mana sekarang. Ini Bakhtiar la.
            One call and thousand infos feeded!
            Dah memang dia terbaca status Kiki di FB sedang elok dia di PCMC untuk melawat kawan As yang ditimpa kemalangan. Apa salahnya melawat gadis pujaannya sekali. Bakhtiar bergerak ke kabinet di dalam bilik hospital yang mewah ini dan membancuh secawan milo panas.
            “Minum Bell.” Bakhtiar menghulurkan cawan kepada Bellina.
            Teragak – agak Bellina menyambut. Segan apabila dilayan baik. Darren dah lama tak melayannya begini. Di saat dia betul – betul mengharapkan perhatian, Darren tega membencinya hanya kerana kisah lama. Tak adil juga untuk menyalahkan Darren kerana pastilah Darren hampa kerana jodoh yang disangkanya baik bukanlah baik sebenarnya. Hanya Bellina amat terasa hati dengan kelakuan dan kata – kata ego Darren sejak akhir – akhir ini. Pagi tadi pun kalau Darren menahannya daripada keluar rumah, pasti dia akur tapi Darren membenarkan langkahnya. Wajarlah kalau dia berprasangka bahawa kasih sayang Darren terhadapnya makin pudar dan mungkin akan hilang selama – lamanya.
            “Buck, I tak selesa.” Bellina tunduk memandang lantai.
            “Jangan fikir banyak Bell. You kena bersedia mental dan fizikal.” Bakhtiar masih berkeras dan berjalan ke arah mesin di sebelah Bellina dan menarik kertas CTG.
            “Wish I could see my own baby sleeping pattern like this one day.”
            “Buck, please...leave me like now!” Bellina hampir terjerit merayu kerana pada masa yang sama kontraksi makin terasa. Terasa macam nak dibalingnya Bakhtiar dengan cawan di tangan.
            “Okay cool! I’m out and you take care. Kalau agak Darren tak reti nak jaga you, don’t worry. I’m all yours. You know how to find me.”
            Bellina memejamkan mata. Sakitnya ya Allah!
            “Bye!”
            Baru Bakhtiar nak menolak pintu bilik, As tercegat di hadapan pintu.
            “So, you’re here all the time? You cakap nak jumpa kawan. I tanya semua orang and lucky me to find you here.”
            Datin As menolak pintu bilik kasar.
            “Bellina....Bellina....you ni, dah nak beranak, panggil laki you teman, jangan panggil laki orang.”
            “As, stop! Let’s go.” Bakhtiar menarik tangan As yang sedang mendekati Bellina di katil.
            “Buck, bring your wife out! Stay away from me.” Bellina menjerit. Sungguh dia rasa seperti diserang histeria. Kontraksi makin kerap, makin terasa dan makin sakit membuat Bellina tak mampu nak berfikir dengan rasional.
            “Oh, Buck ya. Nama manja lain tak ada?” As menyinga dan langsung tak bersimpati kepada Bellina yang sedang menahan sakit.
            “You nak nama manja? Ya bodoh! Bawak bini kau keluar boleh tak? Berambus.....” Bellina menekan punat loceng di katil. Dia betul – betul tak tahan. Dia dah tak peduli. Tak mampu nak mengawal ketenangan diri. Mantra flip your hair, walk away with style terbang melayang.
            “Sayang....”
            Oh, Darren! Alhamdulillah. Oh, ya Allah!
            Bellina bersyukur, teramat bersyukur apabila tiba – tiba Darren muncul di muka pintu.
            “Bell?”
            “Hormat sikit As, ini suami Bellina. Jom balik. Kita bincang di rumah.” Bakhtiar cuba menenangkan As.
            “Bini kau ni, tolong jaga jangan bagi menggatal dengan laki orang boleh tak? Orang sakit nak bersalin berkepit dengan laki sendiri, dia sibuk nak berkepit dengan laki orang. Dasar perempuan gatal.” As mencerlung ke arah Darren.
            Darren yang agak terkejut melihat drama di hadapan mata cuba berlagak selamba. Dalam hati bukan main mendidih. Kalau betul kata – kata perempuan ni, patutlah Bellina langsung tidak menghubunginya. Rupa – rupanya sudah ada yang sudi menemani si isteri.
            “I’m sorry, this is a misunderstanding. Bell, good luck!” Bakhtiar menarik tangan As selepas bersalam dengan Darren yang masih diam tanpa kata. Pintu bilik tertutup dan yang tinggal hanya Darren dan Bellina.
            Plastik Du Viet dan sejambak bunga yang dibelinya tadi diletakkan di sisi Bellina dan Darren tunduk mencium dahi si isteri.
            “Sakit?”
            Bellina menggelengkan kepala. Sumpah dia sakit sangat tapi sekarang dia teramat malu. Pasti maruahnya makin merudum di mata Darren dan sekarang dia tahu Darren bermanis muka semata – mata simpati dengan keadaannya.
            “Tak sakit sebab I dah doa tadi supaya semua you punya sakit pergi kat I. Tak sakitlah kan.” Darren memegang tangan Bellina erat walau pun dalam hatinya teramat sakit. Mungkin lagi sakit daripada Bellina yang sedang bertarung untuk melahirkan anak.
            Fikiran Darren agak terganggu dengan drama sebabak sebentar tadi. Datuk Bakhtiar? Dah tak ada lelaki lain ke Bell?
            “Bell, I keluar sekejap. I’ll be back. Don’t worry.”
            Darren sempat berkata sesuatu kepada jururawat yang dipanggil oleh Bellina sebentar tadi apabila terserempak di muka pintu.
            Darren melangkah keluar bilik dan melilau mencari bayang Bakhtiar sehingga ke ruang lobi.
            “Bakhtiar ooo Bakhtiar. Jumpa jugak aku dengan kau.”
            “Darren.” Langkah Bakhtiar terhenti, tak menyangka Darren mengekori langkah mereka berdua.
            “As, you tunggu I kat kereta. Pergi sekarang!” Bakhtiar memberi arahan keras kepada si isteri yang nampak tersangat marah apabila diarah.
            “Kau jangan salah faham.” Bakhtiar cuba menenangkan keadaan.
            “Aku tak payah faham apa – apa. Kau kena faham yang Bellina tu isteri aku.” Darren berlagak selamba. Dia akan ingat semua muka – muka jantan yang pernah berkepit dengan Bellina.
            “Darren...Darren...tak payah angkuh sangat. Aku cuma faham aku hormat pilihan Bellina tapi kalau kau tak pandai jaga, aku tak teragak – agak nak rembat.”
            Buk!
            “Satu untuk kau punya biadap.”
            Buk!
            “Dua sebab kau tak pandai jaga bini sendiri. Jangan bagi aku tengok bini kau datang maki – maki bini aku lagi. Faham?”
            Bakhtiar tertunduk. Kalau tak mengenangkan cerita akan menjadi lagi panjang kalau dia membalas, baik tak payahlah. Darren ni memang terkenal dengan sikap baran dia walau pun pakej lain agak menarik. Macam mana Bellina boleh sangkut sampai kahwin walau pun baru kenal pun dia tak pasti. Nak cakap apa, citarasa Bellina memang top notch. Bukan nak merendahkan diri sendiri tapi Darren Umar memang terkenal di kalangan ahli perniagaan yang muda dan berjaya. Semua golongan usahawan kenal Darren Umar. Tak rasa ralat kalah di tangan pesaing yang hebat tapi untuk melepaskan Bellina semudah itu, susahlah. Apatah lagi dengan sikap As yang langsung tak membantu untuk menyerikan perkahwinan mereka yang terbina atas dasar nafsu semata. Lagi susah dia melupakan Bellina.
            Darren tanpa membazir masa terus kembali ke bilik Bellina. Dia langsung tak risau kerana persiapan mereka dari awal lagi amat rapi. PCMC dan doktor yang dipilih iaitu Doktor Seri Suniza adalah pilihan bersama. Walau pun perhatiannya kurang terhadap Bellina sejak akhir – akhir ini, dia tetap sedar tanggung jawabnya. Nak tak nak, bersedia atau tidak, zuriat mereka nanti adalah amanah bersama.
            “Bell....sayang....” Darren duduk di sebelah Bellina. Nampak sangat si isteri sedang menahan sakit.
            Bellina hanya mendiamkan diri. Melayan sakit yang tak terperi. Memang patut orang menjerit macam orang tak siuman dalam TV tiap kali berlakon nak beranak sebab sakitnya memang tak terperi.
            “Epidural, yes, no?” Darren mengeluarkan sapu tangan Armani daripada poket seluar dan mengelap dahi isteri yang berpeluh walau pun dalam bilik yang bersuhu rendah.
            Bellina menggelengkan kepala.
            “Yes Bellina, my order.” Darren berwajah serius. Mereka pernah membincangkan hal ini dan pendapat mereka amat berbeza. Dia tak nak dnegar cakap Bellina, yang dia tahu dia tak nak tengok Bellina gelisah menahan sakit.
            Selepas sejam, Bellina tertidur. Darren setia menemaninya. Risau tak terkata melihat proses menyuntik epidural sebentar tadi tapi sekurang – kurangnya Bellina boleh tidur. Dia tak nak Bellina kehilangan tenaga apabila sampai waktunya. Darren cuba melelapkan mata tapi dia tak mampu. Terlalu teruja untuk menempuhi saat – saat bergelar seorang ayah.
            “Darren...Darren....”
            Darren yang duduk di kerusi sambil memegang tangan Bellina mengangkat muka yang direbahkan di katil.
            “Ya sayang. Anything? Sakit sangat?Lapar?”
            “Lapar.”
             Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Darren bangun dan menghulurkan mug berisi air Ribena.
            “It’s 5 o’clock. You nak makan apa? We still have time to meet her demand.”
            Bellina tersenyum. Bersungguh nampaknya Darren cuba mengambil hati bahkan nama Bakhtiar langsung tak disebutnya.
            “Tadi you bawak apa?”
            “Oh, durian pan cake kegemaran you. I sempat tapau kat Du Viet tadi. I ambil jap.” Darren bergegas ke kabinet dan menghidangkan durian pan cake kepada Bellina.
            Darren menyuapkan Bellina walau pun ditolak oleh Bellina berkali – kali.
            “Dah lama you suruh I tapau tapi sekarang baru you dapat makan. Lambat pun tak apa lah janji sempat makan kan? Sedap tak makan kena suap sambil berdebar – debar ni?”
            Darren memecah kesunyian. Entah bila mulutnya ringan untuk meminta maaf dia tak pasti tapi rasanya cukuplah dengan melayan Bellina dengan baik selepas ini. Pandailah Bellina menilainya nanti.
            “Jangan layan I baik semata – mata we are expecting Darren.” Bellina menjawab rendah.
            “Bell, cukuplah you tahu I sayang you, we are family and we will stay this way.” Darren menghulurkan tisu kepada Bellina.
            “Tadi? Bakhtiar? You sepatah pun tak tanya. You nak bahankan I lepas ni ke?”
            “I don’t want to talk about him. Period.” Darren menghulurkan sebiji kurma kepada Bellina.
            “Dahlah. You buat ni sebab Mommy kan? Sebab Daddy kan?” Bellina masam sahaja apabila Darren tidak melayan marahnya.
            “Looking at you like this. Your sour face. Your so-hate-I-dont-want-to-see-my-husband-face is kinda sexy. Ermm...for some bizarre reason.”
            Darren bermain kata. Melihat Bellina makin kelat air mukanya Darren tersenyum. Kemudian masing – masing mendiamkan diri, mata terpaku di skrin TV dan langsung tak bersuara.
            Darren memeluk dan memujuk Bellina di saat Bellina benar – benar memerlukan sokongannya dan apabila masanya tiba, dia masih setia bersama Bellina. Menyaksikan pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat dan air matanya hampir menitis dan ayat yang selama ini terlalu murah baginya sekarang terasa amat bernilai.
            “Bell, I love you. Thank you so much.”
           

            “KAU apahal sengih – sengih ni?” Darren macam nak siku je kepala si Zaki, sejak keluar bilik sampai sekarang sengihnya lain macam. Dah lama lenal derr, dah tahu dalam kepala Zaki mesti ada benda nak menyakat.
            “Kau macam tak kenal brader ni. Excited nak baby jugak kot.” Mikhail yang tenang dari tadi menyampuk.
            “Aku de la virgin eh, jangan nak samakan dengan korang.”
            “Dia dah mula.” Mikhail bersuara.
            Darren dan Mikhail tergelak serentak. Geli paru – paru dengar ayat penyata daripada mulut Zaki Zacharyl.
            “Bukan apa, wheelbarrow kau kena simpan dalam stor, doggy kau kena tambat dan Italian chandelier jawabnya tak bercahayalah 44 hari. Kesian kot time nak guna dah berkarat.”
            “Aku dah agak dia memang nak bahan kan kau.” Mikhail tergelak. Memang otak 18SX sungguh bujang tak laku ni.
            Darren menepuk bahu Zaki kasar dan membalas gaya tak ada perasaan.
            “Manual boleh bro, apa ada hal.”
            “Dah jangan kau nak usik emosi Daddy ni. Jom blah. Bagitau Bell, Ayra datang melawat baby kat rumah korang. Hari ni dia kena jaga baby. Maid kitaorang lari. Haru sungguh.”
            “Mikhail lupa nak tambah, suruh baby besar cepat – cepat, nanti nak pergi makan angin kat Perhentian.” Zaki menambah. Saja nak menyakat Mikhail. Dah memang aktiviti wajib Mikhail dari zaman bujang sampai kahwin, tiap – tiap tahun wajib pergi Pulau Perhentian. Selaku pelukis yang tergolong dalam kategori artis, biasalah, mana boleh dipisahkan dari alam semulajadi. Zaki dan Darren tukang mengekor sahaja.
            “Oh, bro thanks for the....”
            “Jangan ceritalah.” Zaki menepuk bahu Darren.

1.       Kau sama dengan Bellina dan mungkin kau lagi teruk, just forgive and forget.
2.      She’s all you need. Kalau dah sayang dan cinta, perlu ke nak tengok history zaman Dinosour?
3.      Tak payah bela sangat ego kau tu. Tak bawak untung pun.

            “Some significant being pointed out and it got stuck like gam gajah. Thank you. You are not useless.” Darren bergurau.
            Darren tersenyum sahaja selepas bersalam dan berpisah dengan kedua – dua sahabat baiknya di parking lot. Zaki dan Mikhail datang melawat selepas kedua belah keluarga mereka balik. Bellina beranak selepas Subuh dan sampai sekarang dia belum tidur. Keluarga dan kawan – kawan terdekat datang melawat tak putus – putus. Malam tadi, dia tak boleh tidur kerana terlampau risaukan Bellina. Muka sakit campur berlagak tu haiii...lagi geram dia tengok. Geram pun dia dapat rasakan, dia benar – benar ikhlas menyayangi Bellina.
           

            “AWAK  nak letak nama Aisha kan?” Saja Darren berbahasa pada hal dia dah siap fikir nama untuk anak kesayangannya. Tak tergambar perasaan terharu sewaktu menyambut kedatangan zuriat sendiri ke dunia. Terharu, tergamam, sedih, pilu gembira semua bersatu menjadi satu. Darren langsung tak menyangka pengalaman bersama Bellina menyambut kelahiran anak mereka amat hebat.
            “Not anymore. Nanti orang tu cakap kita pretender.”
            Bellina mengucup anak perempuan mereka yang masih merah di pipi. Geram sangat! Memang dia nak letak nama Aisha tapi dia ingat semasa sesi memilih nama bayi, Darren sempat memuji isteri yang solehah akan memilih nama – nama yang baik sahaja untuk anak yang bakal menjadi tanggungjawabnya. Itu sewaktu Darren tidak menganggapnya perempuan jahat seperti sekarang. Walau pun sebenarnya Bellina benar – benar menyukai nama Aisha. Dia tak berkenan dengan nama yang pelik – pelik seperti namanya. Okay glam, dia suka tapi panjang sangat tapinya ialah tak suka tang sekali dengar mesti orang buat muka.

            Like what kind of name is that? Bellina? Ballerina?

            Itu yang dia tak nak. Teringat perbualannya bersama gadis bernama Nur Lisa yang dijumpainya di hadapan bilik hospitalnya semalam.
            “Assalamualaikum, expecting soon?”
            “Waalaikumussalam. Oh yes and look at me now. Horrible.” Bellina terkejut apabila ditegur dari belakang. Mungkin yang menegur Bellina sekarang ialah orang yang prihatin apabila melihat ibu yang tengah sarat terkial – kial menunduk untuk mengambil earphone yang dipegangnya sedari tadi terjatuh ke lantai. Bellina tak bercadang pun nak berjalan atau bersenam yang kononnya untuk memudahkan proses bersalin tapi dia tak tahan seorang diri di dalam bilik.
            “Mana ada, tengah tunggu nak beranak pun vogue the vass lagi ni. Saya Nur Lisa.”
            “Hai Lisa. Saya Bellina. Awak tak nampak macam nak beranak. Looks so healthy.” Bellina berbahasa.
            Gadis bernama Nur Lisa tergelak smabil mengukir senyuman yang mendamaikan jiwa. Cantik orangnya, manis dan berpakaian yang sopan dan menyejukkan mata memandang. Skaf di kepala dilabuhkan ke dada tapi tetap nampak bergaya.
            Oh! How I wish I am strong enough to stand on Daddy’s wish.
            “Oh, saya tak mengandung, belum lagi and I’m here visiting my hubby’s friend delivered their first bundle of joy. Hmm...so baby girl? Or baby boy?
            Bellina tersenyum. Ramah si Lisa ni bertempat. Mampu membuat dia melupakan perhitungannya untuk menelefon Darren atau tidak. Mommy sebelum balik memang dah perit telinga suruh dia telefon Darren. Mommy cakap tak pernah dibuat orang beranak tak nak bagitau suami sendiri. Bellina tayang muka selamba sahaja. Sakit hati rupanya lagi sakit dari sakit nak beranak. Contraction ada pasang surutnya tapi sakit hati berpanjangan.
            “Baby girl. Kalau ikut scan macam tu lah.”
            “Mesti dah ada nama menarik ni. Saya tadi dorang tanya pendapat saya nak bagi nama apa tapi saya tanya balik nak nama macam mana. Saya cuma tahu zaman sekarang orang letak sama ada nama moden urban atau tradisional.”
            Lamunan Bellina terhenti apabila tangan Darren merayap di kepala dan membelai rambutnya.
            “Name that I’ve chose means happy and make others happy. Make me happy.” Darren tersenyum dan mencium dahi si isteri.
            Bellina terdiam. Dia tak nak tanya. Pandai – pandai Darren lah.
            “Errr....nama moden urban ke tradisional?”
            “Urban tradisional.” Belasah Darren. Terkejut apabila Bellina bersuara.
            “Delisha Aisha binti Darren Umar. Suka tak?”
           
           


           

           


           
           
           




1 comment:

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...