Darren
meninggalkan Bellina membantu Mommy di dapur. Balik rumah, dia sibuk kerja,
Bellina sibuk kerja. Hari – hari memang dia sengaja balik lambat dan balik
sahaja memang sah Bellina sudah elok dibuai mimpi. Bukan dia tak rindu masa
riang ria mereka sebagai suami isteri. Bellina amatlah seorang pendengar yang
baik. Bah kan ideanya selalu meringankan beban di kepala. Bellina juga akhirnya
yang memecah tembok kebisuan antara mereka setelah pulang dari The Dusun.
“Darren,
hari ni ada function kat rumah you. You
tahu kan? Kejap lagi kita pergi okay.”
Darren
sekadar mengangguk dan melihat sahaja Bellina bersiap. Hari – hari sebelum ini
pun, kalau tak sempat menegurnya di rumah, Bellina tak lupa menelefon dan
bertanya apa – apa pun walau sekadar ‘dah makan?’. Bellina sentiasa bersabar
dan dia pula yang baran walau pun kalau nak ikut logik, dia pun 2 x 5. Entah,
mungkin permainan perkahwinan yang diatur ini akhirnya bertukar menjadi impian
yang indah. Pengakuan Bellina memusnahkan impian indahnya. Pertama kali dalam
hidup Darren mempunyai impian sedemikian tapi hakikatnya Bellina tak lebih
seperti wanita – wanita lain di sekelilingnya. Sangkanya Bellina lain, seorang
isteri yang amat istimewa.
“Argh!
Kalau dah kaki sosial tu, ayat memang manis aje.”
Darren
mendengus dan keluar ke halaman rumah. Dia bertembung dengan Daddy yang sedang
berbual dengan Latif dan beberapa orang yang sedang memasang khemah untuk
majlis malam ini.
“Mertua kamu nanti datang ke tak?”
Darren
terdiam. Sungguh dia tak pasti.
“Malam
Daddy.” Main tembak sahaja jawapannya. Tak kan Bellina tak jemput tak pun Daddy
tak kan tak reti nak jemput BFF sendiri. Berkawan baik melampau sampai jodohkan
anak dengan perempuan entah apa – apa pun Daddy tak sedar. Darren merungut
tanpa menyedari Bellina isteri yang dia cintai, isteri yang sedang
mengandungkan zuriatnya. Hanya hati berat menerima masa lampau Bellina.
Darren
melarikan diri ke hujung pagar. Rokok dinyalakan dan pandangan dihala ke rumah
banglo di sebelah. Kereta Mini Cooper berwarna merah putih yang baru masuk ke
halaman rumah sebelah menarik perhatiannya. Minta maaflah kalau setakat nak
pandang kereta mini yang konon cute
tu tapi dahinya berkerut seperti mencerna sesuatu apabila melihat pemandu yang
melangkah keluar.
“Darren, is that you?”
Darren
terkejut disapa. Dia tersenyum, menganggguk dan mengangkat tangan.
“Lama
tak nampak you. So now you are back with....”
Darren terhenti seketika.
“Yes, this and a title in front of my name.”
Eliz menunduk, dengan gaya tangan yang digawangkan ke seluruh badan. Ya dia
kini Eliz yang baru. Sopan menutup aurat.
“Dr. Eliz then. Sound yummy.” Darren
tergelak. Eliz juga tergelak sama.
“You are no more bachelors Darren. Get a
grip.”
“Oh yes! But you still single kan? You
tunggu I ke? You tak kahwin lagi kan? Nah flower.”
Darren menghulurkan sekuntum bunga raya yang sedang berkembang di tepi pagar.
Nasib kaulah bunga.
“For what?”
“Happy Valentine’s Day. Oh, I don’t care
about dates but any single lady should be happy and should be loved.”
“You are still crazy. I hope your wife one
lucky girl to have you and she is cool enough to accept this playboy husband.”
Darren
terdiam.
Bellina
bertuah?
Playboy husband?
“Your transition? What drives you?” Darren
menukar topik sambil dalam hati tak lepas dari membandingkan Eliz dan Bellina.
Giliran
Eliz pula tersenyum meleret. Segan nak memulakan cerita.
“Our family went to Mekah this year. We
performed umrah. Got lucky I guess. Be chosen and here I am.”
Eliz
tersenyum nipis. Malu pun ada. Maklumlah dulu pun dia sama sahaja dengan
Darren. Sama – sama berlonggok depan pagar rumah masing – masing kul 3-4 pagi
apabila terserempak sama – sama balik dari berhibur. Darren pun nampaknya dah
memilih pasangan hidup yang baik. Dia pun terpanggil juga untuk berubah.
Kiranya pada umur yang matang sekarang, everything
just falls into pieces perfectly. Cuma ungkapan tak berapa sesuai nak
digunakan untuk hubungan yang sekadar kawan merangkap jiran.
“Coolio. I always respect these kinda
ladies. You’re just one of the great ladies Eliz.”
“Dah
jangan nak puji lebih – lebih. You tu beruntung dapat isteri yang tak payah
susah bayah nak kena transition process.”
Eliz menukar topik. Segan dengan pujian orang di sebalik pagar reka bentuk ovi
yang rendah memisahkan rumah mereka.
“Emm...” Darren mati kata. Untung?
Bellina yang disangkanya baik entah – entah lagi teruk daripada Eliz dulu.
“I
masuk dulu Darren.”
“Eh,
malam ni datang tau.”
“Insya
Allah.” Dan Eliz pun berlalu.
Darren
jauh berfikir nasib dirinya. Dapat isteri yang hipokrit. Yang mempermainkan
ikatan suci. Berpura – pura menjadi orang lain hanya kerana sebuah lafaz suci.
Bellina!
Darren mendengus.
Orang
berubah sebab panggilan Ilahi. Orang berubah sebab di hati ada sinar. Orang
berubah sebab ada nur di hati. Hanya Bellina binti Megat Amani berubah kerana
dipaksa berkahwin. Dan dia macam orang bodoh berpura – pura menjadi baik kerana
menyangka Bellina benar – benar baik orangnya. Dia segan nak malukan Daddy. Dan
sekarang dia yang ditipu Bellina hidup – hidup malah tega Bellina memberi tanggapan
baik kepada keluarganya. Kasihan Megat Ali yang ditipu. Kasihan Daddy yang amat
menyayangi menantu tunggalnya. Itu yang paling Darren tak boleh maafkan. Bukan
untuk dirinya tapi keluarganya. Terfikir juga dia, tahukah Megat Amani wajah
sebenar si anak?
Darren
menarik nafas dalam. Dia bukan kolot untuk melabel Bellina perempuan tak baik
semata – mata mengetahui Bellina pun sama kaki sosial macam dia tapi dia sakit
hati. Sakit hati kena berpura – pura selama berkahwin ini. Tak pernah – pernah
solat cukup lima waktu, kini dia dah hampir terbiasa. Aktiviti main golf dan
melayan pelanggan tak tentu masa dah dikurangkan. Malah nak pergi kelab sekali
– sekala pun dia sorok – sorok dan menipu Bellina. Padahal Bellina sudah biasa
pun dengan cara hidup asalnya.
Bellina
pun pandai main golf. Sengih lebar lagi dalam gambar dengan caddy siap dengan skirt pendek. Siap
pergi kelab berapa hari sebelum mereka nikah. Pertama kali jumpa pandai pula
berpura – pura bertudung. Sanggup pula Bellina merubah penampilan sejak
berkahwin. Dasar hipokrit!
“Jemput
Eliz tak?” Megat Ali menyapa si anak apabila melihat Darren laju sahaja nak
melangkah masuk ke dalam rumah.
Darren
mengangguk.
“Manis
Daddy tengok Eliz sekarang. Mak dan ayah dia Mommy dah jemput awal – awal lagi.
Ingat dia tak ada.”
“Manis
lah Daddy kalau berubah kerana Allah. Cahaya terpancar di wajah. Tak macam
orang...just forget it.” Darren
mencampakkan puntung rokok ke dalam tong sampah dan meninggalkan Megat Ali terkulat
– kulat.
“AWAK
tahu Darren kenapa? Macam pelik saya tengok. Bellina ada cakap apa – apa tak?”
Megat Ali teringat ayat Darren yang tergantung sekejap tadi.
“Tu
la bang. Saya baru nak cakap. Saya rasa macam ada yang tak kena.”
“Tak
kena macam mana?”
“Bellina
nampak Darren tengah berborak dengan Eliz kat tepi pagar. Dia tak cakap apa
tapi air muka dia terus mendung.”
“Cuba
awak ingat Jah, tak kan Bellina tak ada cakap apa – apa.”
“Awak
ni sayang sangat kat Bellina. Saya pun awak tak risau macam tu.”
“Awak
ni kan Jah. Adake patut cemburu dengan menantu sendiri.”
“Abang,
isteri Rasulullah s.a.w iaitu Siti Aisyah r.a tu pun pandai cemburu. Apatah
lagi saya manusia biasa tapi tunggu jap saya fikir. Macam ada Bellina merungut
sendiri.”
Megat
Ali menggelengkan kepala. Boleh pula si isteri Siti Khadijah ini membandingkan
diri dengan Siti Aisyah r.a yang cemburukan madunya Siti Khadijah r.a kerana
Rasulullah kerap menyebut nama Siti Khadijah r.a apabila bersama Siti Aisyah
r.a. Nampak sangat Siti Khadijah isteri Megat Ali ini masih manja seperti dulu.
Tak kan pernah kuat dan kebal Siti Khadijah miliknya kalau nak dibandingkan
dengan Siti Khadijah r.a kesayangan Rasulullah s.a.w. Nasib baik anak seorang.
Kalau tak, jenuh nak manjakan isteri yang manja ni, anak – anak lagi. Boleh
pening jadinya.
“Ingat
tak?”
“Bellina
ada cakap, I don’t live in my past
anymore or something sounds close. Jah tak pasti tapi lebih kurang lah.
Masa tu Jah dengar dia cakap seorang diri lepas nampak Darren cakap dengan
Eliz. Abang rasa Bellina cemburu ke?”
Megat
Ali menggelengkan kepala. Dia tak pasti apa yang dimaksudkan oleh menantunya.
Sekiranya belang masing – masing sudah terbongkar rasanya masing – masing patut
tahu apa yang perlu dibuat.
“Salah
abang jodohkan anak kita dengan anak kawan abang yang sama sahaja perangai
dengan Darren. Patutnya cari yang baik. Yang boleh jaga anak kita.” Siti
Khadijah mendengus. Dari dulu dia tak pernah berkenan dengan rancangan suaminya
tapi mengenali Bellina yang baik hati dan sopan orangnya membuka pintu hati
untuk menerima si menantu seadanya.
“Jah,
anak kita yang kena bimbing anak orang. Saya malu kalau nak jodohkan dia dengan
budak baik – baik. Nanti budak baik pun boleh jadi hantu tau. Dengan Bellina,
biar mereka sama – sama belajar. Biar mereka sama – sama mendaki jalan susah
mengenal cahaya Ilahi. Darren tu bukan tak ada asas agama tapi perangai sahaja.
Semua benda dia ambil mudah. Kaki perempuan tak habis – habis. Sekarang buku
bertemu ruas. Biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah.”
“Masalahnya
bang. Dah Bellina tu pun sama. Macam mana mereka nak bahagia. Ini anak tak
lahir lagi dah nampak bunga – bunga tak sehaluan. Kasihan cucu kita nanti
bang.”
“Bellina
tu dengar kata. Awak pun tahukan perempuan ni keras pun macam kerak nasi. Kalau
dah sampai dapat hasil tu, saya yakin Bellina dah betul – betul sayangkan
Darren dan dah berubah. Biar masing – masing hipokrit. Jadi baik, buat suruhan
Allah tu wajib. Tak ada istilah hipokrit sebenarnya. Let them learn together. Kita sebagai orang tua ni kena doakan yang
baik – baik untuk mereka.”
“Kot
Darren tahu kita tipu dia nanti macam mana bang?”
“Untuk
kebaikan dia Jah. Nampak tak dia dah agak berubah kalau di hadapan Bellina? Di
hadapan keluarga Megat Amani lagilah saya yakin Darren akan membawa diri dengan
baik. Lama – lama apa yang dia paksa tu akan terkesan di hati.”
“Risaulah
bang.”
“Lepas
majlis nanti saya slow talk dengan
Darren. Pandailah saya nak cakap apa. Awak jangan risau. Pergi cari menantu
awak mana pastu siap. Nanti tetamu dah nak datang.” Arah Megat Ali kepada
isteri. Dalam hati sempat merungut. Kalau
masing – masing suatu hari nanti mengetahui wajah sebenar masing –
masing pun, mereka tak berhak untuk menghakimi dan menolak sebab kedua – duanya
sama sahaja.
Bellina
binti Megat Amani
“Bellina,
wife Datuk cari kau. Dia ingat Datuk
tak balik rumah sebab keluar dengan kau. Sakit hati aku kena serang dengan
Datin.”
“Datin
As, wife Datuk Bakhtiar maksud kau?”
“Ya
lah, abang Buck kau tu.”
Bellina
terdiam. Bosan pula bercerita mengenai kisah silam. Dia bukan stok melayan laki
orang pun tapi mati – mati dia ingat Datuk Bakhtiar bujang lagi jadi sesuka
hati dia keluar mesra dengan Datuk Bakhtiar yang masih muda dan bergaya. Siapa
sangka dah beristeri. Bellina menggelengkan kepala. Kasihan pula Kiki yang jadi
mangsa. Buck ni pun satu. Tak reti – reti dia dah jadi isteri orang dan antara
mereka sebenarnya dah lama berlalu sejak Bellina mengetahui status sebenar
dirinya. Cuma Buck yang selalu mencarinya. Jadi tolonglah buat pengumuman rasmi
kat Datin As tu. Ini Datin As mesti ingat dia masih keluar dengan suaminya.
Suka – suka hati nak serang Kiki dan Bellina sungguh rasa amat bersalah.
“Look Kiki, oh before that, are you wearing
heels?”
Bellina
hendak menurunkan ilmu. Dia dah biasa kena serang dengan Datin As ni. Dari rasa
bersalah dia dah rasa menyampah pula. Dulu dia nak rasa confident senang saja petua dia.
One, flip your hair, walk away in style.
Second, again. Flip your hair, walk
away in style.
Sekarang
dah bertudung, nak selak apa?
“Of course.” Kiki pelik dengan soalan
Bellina.
“So listen carefully. Next time, when
a Datin cari pasal with you, yes, the plain-ordinary-boring you
to compare with her Datin status, you shouldn't be bitter, because you are
better. A lot better. Flip your hair, and walk away in style.”
Dalam hati Bellina menyambung.
Kiki is not a plain girl.
She is not ordinary.
She is not boring.
“Bell!”
Kiki menjerit mendengar ayat selamba Bellina. Awalnya
niat dia menelefon Bellina ialah untuk bertanyakan khabar semata – mata. Risau
sangat keadaan Bellina selepas kejadian malam baby shower dulu. Entah masih
bergaduh. Entah dah baik. Sukar untuk menjangkakan tingkah suami sahabat
baiknya kerana Kiki tak pernah mengenali Darren secara peribadi.
“Janganlah
jerit kuat – kuat. Sampai ke telinga baby aku dengar tau.” Bellina mengusap
perutnya. Dia baru nak panggil Darren, Mommy ada minta tolong belikan barang
tapi sekerat jalan ke ruang tamu, telefon bimbit yang diselit di celah poket seluar
jeans getah mengandungnya berdering.
“Kau
tu yang buat lawak. Aku dah terbayang iklan syampu rambut dah ni. Flip your hair and walk away with style.
That is super cool okay.” Kiki mula ketawa.
“Ketawalah
ketawa. Kena serang hendap lagi dengan kaum Datin – Datin ni baru tahu.” Usik
Bellina.
“Aku
seronok dapat luahkan sakit hati aku ni. Nak jumpa sekarang kan dah susah.”
“I’m sorry Kiki.” Bellina meminta maaf
tiba – tiba. Sedih sahaja nada suaranya. Dia faham maksud Kiki. Sejak kahwin
dia menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Ada peluang nak melepak, dah
kantoi pula. Mana mungkin dia tak rasa bersalah kepada Kiki.
“Naaa....don’t say sorry. Aku risaukan
kau ni. Darren dah okay ke belum? Korang
macam mana sekarang ni? Was trip to The
Dusun help?” Panjang senafas sahaja soalan Kiki.
“So – so.”
Tak
sampai hati nak kata tak. Tak sampai hati nak bercerita masalah suami isteri
walau pun kepada kawan baik. Walau pun Kiki amatlah boleh dipercayai tapi
Bellina masih mampu menelan semuanya seorang diri.
“Cantik
tak tempat tu?”
“Cantik
sangat Kiki. Nanti hen’s nite mana –
mana kawan kita yang nak kahwin nanti, kita boleh buat kata sana tau. Memang best.”
Best sangat sampai dia tidur dalam
tangisan di atas katil empuk Berembun House. Petang tu, soalan Bellina
dibiarkan sepi oleh Darren. Malah Darren berlalu mengambil angin dan berjalan
sendirian di sekeliling kolam dengan menikmati rokok di tangan. Dia pula mengambil
keputusan untuk berenang. Berenang boleh melegakan fikiran. Dia malas nak
memaksa Darren untuk menjawab soalan yang dah jadi tak penting. Tadi
pentinglah. Dia nak tahu Darren benar – benar jatuh cinta seperti dirinya dalam
tempoh singkat mereka bercinta atau meneruskan perkahwinan semata – mata kerana
aturan keluarga ini. Sebab dia masih mengharapkan cinta Darren Umar. Sebab
kalau benar Darren menyintainya jawapan Darren mesti positif di sebalik amarah
yang ditunjukkannya.
Kalau
Darren memberinya peluang, dia sudah bersedia untuk berubah dengan ikhlas,
bukannya kerana takutkan Daddy lagi. Bukan sebab arahan Megat Amani agar tidak
menjatuhkan air mukanya lagi.
“Bellina, naik. Dah nak Maghrib.”
“Jap
- jap.” Bellina tercungap – cungap menjawab. Sudi juga Darren menegurnya. Atau
dia perlu mencuba untuk mendapatkan perhatian Darren? Bellina tersenyum.
“Bell,
I cakap dah.”
Cramp nanti kaki kan susah. Darren
menegur tapi matanya dihalakan nun jauh ke bawah bukit. Dia nak masuk bilik,
nak berbaring tapi risau pula nak tinggalkan Bellina seorang diri. Tengah boyot
macam ni pun dan berapa pusingan Bellina berenang. Tak penat ke? Sesekali dia
menjeling ke arah isteri. Sakit hati tapi tanggung jawab masih berbaki. Dia
bukan kejam sangat.
“Tolong,
tolong! Darren help!”
Kan
dah cakap. Darren berlari, tuala yang disangkut di bahu dicampakkan ke kerusi
di tepi kolam renang dan segera berenang untuk menyelamatkan Bellina yang
terkapai – kapai.
“Bell, don’t move your leg.” Darren
mengarah dan membawa Bellina ke tepi.
“Baring.”
Arah Darren tegas.
Bellina
hanya mengikut. Matanya dipejamkan sahaja menikmati urutan daripada tangan sasa
suami.
“You
boleh jalan ke tak? 5 meter je. Boleh tak?” Dahi Darren berkerut. Kasihan pula
melihat isteri yang nampak keletihan. Dahlah mabuk sepanjang naik tadi. Bellina
dipangku ke riba dan tuala ditarik untuk membalut perut Bellina yang terdedah.
Oh my baby! Darren benar – benar risau.
Bellina
tiba – tiba rasa bersalah.
“Darren....”
“Ya
sayang. Sakit sangat ke?”
Bertambah
rasa bersalah Bellina mendengar perkataan sayang yang dirinduinya.
“It was a bluff. I’m sorry.” Bellina
perlahan bangun, mengambil tuala dan berlalu ke Berembun House. Dia tak sampai
hati menagih simpati dan perhatian Darren begitu. Biarlah. Nak marah, nak
benci, biarlah.
Darren
mengejarnya dari belakang. Tangan kanannya disentap kuat oleh Darren sehingga
dia mengaduh kecil. Amat sakit tapi taklah sesakit hatinya.
“That was a joke? Are you kidding?”
Tangan Darren yang mencengkam pergelangan tangannya terasa seperti dijerut.
“Sakit....”
Bellina mengerutkan dahi. Gilirannya pula berdiam diri. Dia malas nak bertekak.
Darren
melepaskan cengkaman tapi jemarinya disatukan dan dikepalkan. Nampak sangat
menahan marah. Sungguh dia risaukan Bellina tadi.
“Nobody treat me like this.” Darren
berkata perlahan.
“Me either.” Bellina menjawab dengan
nada yang rendah juga.
Bellina
berlalu. Dia bersiap. Keluar bilik, nampak Darren tengah solat Maghrib, dia
menyiapkan makan malam seringkas mungkin dan kemudian gilirannya pula untuk
solat jamak. Senang nanti terus tidur. Malam ini pasti berlalu sepi fikirnya.
Selepas
makan, robe yang membaluti tubuhnya
dibuka dan digantungkan di sebelah. Tubuh Bellina yang makin berisi agak
kesejukan dibelai angin malam hutan The Dusun. Dengan konsep pintu dan tingkap
terbuka, lagilah Bellina tak tahan. Darren yang sedang melepak di beranda
dijengah sekejap, sekadar melayangkan ciuman di pipi suami, rutin setiap kali
sebelum tidur. Sepatah kata pun masing – masing tak keluar. Darren hanya
mengangguk apabila Bellina meminta izin untuk tidur dulu. Bellina berlalu ke
katil dan cuba melelapkan mata. Baru dia nak melelapkan mata, Darren
mengejutkannya di sebelah.
“Nak
air.”
“Okay.”
Baru
kepala nak direbahkan ke bantal. Darren bersuara lagi.
“Nak
jajan.”
“Okay.”
Bellina
kembali ke katil. Sebungkus Super Ring dan sebotol Wise dihulurkan kepada
Darren. Sebelum dia sedap nak tidur, baik dia tanya kot Darren nak apa – apa
lagi tak.
“Nak
apa lagi?”
“Nak
you.”
Darren
mendatangi Bellina lembut. Hati yang terluka tersentuh dan terbuai seketika. Bellina
hanya menurut. Bukan dia nak berkasar dalam hal begini apatah lagi dia pun
merindui belaian Darren. Bellina hanyut dan bahagia seketika tapi setelah
Darren tersandar keletihan di kepala katil sambil membelek The Star hari ini,
patah demi patah ayat yang terpacul dari mulut Darren membuat air mata Bellina
terus menitis di pipi.
“If I were to know, if I were to choose
again, I’ll never marry you. But here we are, be married and expecting a baby
soon. Do I have any other choice than to stay put?”
Sangkanya malam itu dalam diam Darren memaafkan dirinya tapi
lelaki tetap lelaki. Ego dan pentingkan diri. Bellina memejamkan mata. Sampai hati Darren. Sejak balik dari The
Dusun, hidup mereka berdua seperti orang asing. Hanya Bellina yang mencuba
untuk mengambil hati tetapi Darren tetap tak mampu memaafkannya. Dia tak layak
sangat ke untuk Darren?
Setelah
tamat perbualannya dengan Kiki di talian, panjang leher Bellina mencari Darren.
Terpaku
seketika apabila dia melihat Darren tengah berbual mesra dengan seorang gadis
yang cantik, sopan dan sangat ayu. Darren nampak gembira, nampak teruja dan
Bellina tak mampu lagi untuk menyaksikan drama di hadapan mata.
Flip your hair, walk away in style Bellina!
Dia
mengambil keputusan untuk menanti Darren masuk dan apabila berhadapan dengan
Darren, walau ditahan untuk tidak bertanya tapi dia gagal.
“Who is she? Our neighbour?” Bellina
memaniskan muka di hadapan Darren.
“A good girl for sure.”
Bellina
tersentak mendengar jawapan Darren. Saat ini, Bellina betul – betul berjauh
hati. Dia tak mampu lagi menerima pandangan Darren yang hina. Dalam hati,
Bellina berkata sambil mengetap bibir. Mengumpul semua kekuatan yang ada semata
– mata untuk anak yang menanti untuk dilahirkan. Dua bulan sahaja lagi dia
perlu bersabar.
Dear
Darren Umar,
Pinggan
tak retak, nasi tak dingin.
oh sedihnya. darren oh darren, kamu sangat kejam. tak baik tau treat bell macam tu!
ReplyDeletealahai kesiannye bell....dah byk bell mngalah ..
ReplyDeletekau tak hendak, aku tak ingin... :)
ReplyDeletesiannya Bell,,smpy aty btulla Darren n..
ReplyDeletesob sob...cian bell
ReplyDeletepartly like my story of life
ReplyDeleteSigh..
ReplyDeleteBesan ke mertua? Macam ada silap la..