Tuesday 1 January 2013

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 7


            


               Darren meninggalkan Bellina membantu Mommy di dapur. Balik rumah, dia sibuk kerja, Bellina sibuk kerja. Hari – hari memang dia sengaja balik lambat dan balik sahaja memang sah Bellina sudah elok dibuai mimpi. Bukan dia tak rindu masa riang ria mereka sebagai suami isteri. Bellina amatlah seorang pendengar yang baik. Bah kan ideanya selalu meringankan beban di kepala. Bellina juga akhirnya yang memecah tembok kebisuan antara mereka setelah pulang dari The Dusun.
            “Darren, hari ni ada function kat rumah you. You tahu kan? Kejap lagi kita pergi okay.”
            Darren sekadar mengangguk dan melihat sahaja Bellina bersiap. Hari – hari sebelum ini pun, kalau tak sempat menegurnya di rumah, Bellina tak lupa menelefon dan bertanya apa – apa pun walau sekadar ‘dah makan?’. Bellina sentiasa bersabar dan dia pula yang baran walau pun kalau nak ikut logik, dia pun 2 x 5. Entah, mungkin permainan perkahwinan yang diatur ini akhirnya bertukar menjadi impian yang indah. Pengakuan Bellina memusnahkan impian indahnya. Pertama kali dalam hidup Darren mempunyai impian sedemikian tapi hakikatnya Bellina tak lebih seperti wanita – wanita lain di sekelilingnya. Sangkanya Bellina lain, seorang isteri yang amat istimewa.
            “Argh! Kalau dah kaki sosial tu, ayat memang manis aje.”
            Darren mendengus dan keluar ke halaman rumah. Dia bertembung dengan Daddy yang sedang berbual dengan Latif dan beberapa orang yang sedang memasang khemah untuk majlis malam ini.
            “Mertua kamu nanti datang ke tak?”
            Darren terdiam. Sungguh dia tak pasti.
            “Malam Daddy.” Main tembak sahaja jawapannya. Tak kan Bellina tak jemput tak pun Daddy tak kan tak reti nak jemput BFF sendiri. Berkawan baik melampau sampai jodohkan anak dengan perempuan entah apa – apa pun Daddy tak sedar. Darren merungut tanpa menyedari Bellina isteri yang dia cintai, isteri yang sedang mengandungkan zuriatnya. Hanya hati berat menerima masa lampau Bellina.
            Darren melarikan diri ke hujung pagar. Rokok dinyalakan dan pandangan dihala ke rumah banglo di sebelah. Kereta Mini Cooper berwarna merah putih yang baru masuk ke halaman rumah sebelah menarik perhatiannya. Minta maaflah kalau setakat nak pandang kereta mini yang konon cute tu tapi dahinya berkerut seperti mencerna sesuatu apabila melihat pemandu yang melangkah keluar.
            “Darren, is that you?”
            Darren terkejut disapa. Dia tersenyum, menganggguk dan mengangkat tangan.
            “Lama tak nampak you. So now you are back with....” Darren terhenti seketika.
            “Yes, this and a title in front of my name.” Eliz menunduk, dengan gaya tangan yang digawangkan ke seluruh badan. Ya dia kini Eliz yang baru. Sopan menutup aurat.
            “Dr. Eliz then. Sound yummy.” Darren tergelak. Eliz juga tergelak sama.
            “You are no more bachelors Darren. Get a grip.”
            “Oh yes! But you still single kan? You tunggu I ke? You tak kahwin lagi kan? Nah flower.” Darren menghulurkan sekuntum bunga raya yang sedang berkembang di tepi pagar. Nasib kaulah bunga.
            “For what?”
            “Happy Valentine’s Day. Oh, I don’t care about dates but any single lady should be happy and should be loved.”
            “You are still crazy. I hope your wife one lucky girl to have you and she is cool enough to accept this playboy husband.”
            Darren terdiam.
            Bellina bertuah?
            Playboy husband?
            “Your transition? What drives you?” Darren menukar topik sambil dalam hati tak lepas dari membandingkan Eliz dan Bellina.
            Giliran Eliz pula tersenyum meleret. Segan nak memulakan cerita.
            “Our family went to Mekah this year. We performed umrah. Got lucky I guess. Be chosen and here I am.”
            Eliz tersenyum nipis. Malu pun ada. Maklumlah dulu pun dia sama sahaja dengan Darren. Sama – sama berlonggok depan pagar rumah masing – masing kul 3-4 pagi apabila terserempak sama – sama balik dari berhibur. Darren pun nampaknya dah memilih pasangan hidup yang baik. Dia pun terpanggil juga untuk berubah. Kiranya pada umur yang matang sekarang, everything just falls into pieces perfectly. Cuma ungkapan tak berapa sesuai nak digunakan untuk hubungan yang sekadar kawan merangkap jiran.
            “Coolio. I always respect these kinda ladies. You’re just one of the great ladies Eliz.”
            “Dah jangan nak puji lebih – lebih. You tu beruntung dapat isteri yang tak payah susah bayah nak kena transition process.” Eliz menukar topik. Segan dengan pujian orang di sebalik pagar reka bentuk ovi yang rendah memisahkan rumah mereka.
            “Emm...” Darren mati kata. Untung? Bellina yang disangkanya baik entah – entah lagi teruk daripada Eliz dulu.
            “I masuk dulu Darren.”
            “Eh, malam ni datang tau.”
            “Insya Allah.” Dan Eliz pun berlalu.       
            Darren jauh berfikir nasib dirinya. Dapat isteri yang hipokrit. Yang mempermainkan ikatan suci. Berpura – pura menjadi orang lain hanya kerana sebuah lafaz suci.
            Bellina! Darren mendengus.
            Orang berubah sebab panggilan Ilahi. Orang berubah sebab di hati ada sinar. Orang berubah sebab ada nur di hati. Hanya Bellina binti Megat Amani berubah kerana dipaksa berkahwin. Dan dia macam orang bodoh berpura – pura menjadi baik kerana menyangka Bellina benar – benar baik orangnya. Dia segan nak malukan Daddy. Dan sekarang dia yang ditipu Bellina hidup – hidup malah tega Bellina memberi tanggapan baik kepada keluarganya. Kasihan Megat Ali yang ditipu. Kasihan Daddy yang amat menyayangi menantu tunggalnya. Itu yang paling Darren tak boleh maafkan. Bukan untuk dirinya tapi keluarganya. Terfikir juga dia, tahukah Megat Amani wajah sebenar si anak?
            Darren menarik nafas dalam. Dia bukan kolot untuk melabel Bellina perempuan tak baik semata – mata mengetahui Bellina pun sama kaki sosial macam dia tapi dia sakit hati. Sakit hati kena berpura – pura selama berkahwin ini. Tak pernah – pernah solat cukup lima waktu, kini dia dah hampir terbiasa. Aktiviti main golf dan melayan pelanggan tak tentu masa dah dikurangkan. Malah nak pergi kelab sekali – sekala pun dia sorok – sorok dan menipu Bellina. Padahal Bellina sudah biasa pun dengan cara hidup asalnya.
            Bellina pun pandai main golf. Sengih lebar lagi dalam gambar dengan caddy siap dengan skirt pendek. Siap pergi kelab berapa hari sebelum mereka nikah. Pertama kali jumpa pandai pula berpura – pura bertudung. Sanggup pula Bellina merubah penampilan sejak berkahwin. Dasar hipokrit!
            “Jemput Eliz tak?” Megat Ali menyapa si anak apabila melihat Darren laju sahaja nak melangkah masuk ke dalam rumah.
            Darren mengangguk.
            “Manis Daddy tengok Eliz sekarang. Mak dan ayah dia Mommy dah jemput awal – awal lagi. Ingat dia tak ada.”
            “Manis lah Daddy kalau berubah kerana Allah. Cahaya terpancar di wajah. Tak macam orang...just forget it.” Darren mencampakkan puntung rokok ke dalam tong sampah dan meninggalkan Megat Ali terkulat – kulat.


            “AWAK tahu Darren kenapa? Macam pelik saya tengok. Bellina ada cakap apa – apa tak?” Megat Ali teringat ayat Darren yang tergantung sekejap tadi.
            “Tu la bang. Saya baru nak cakap. Saya rasa macam ada yang tak kena.”
            “Tak kena macam mana?”
            “Bellina nampak Darren tengah berborak dengan Eliz kat tepi pagar. Dia tak cakap apa tapi air muka dia terus mendung.”
            “Cuba awak ingat Jah, tak kan Bellina tak ada cakap apa – apa.”
            “Awak ni sayang sangat kat Bellina. Saya pun awak tak risau macam tu.”
            “Awak ni kan Jah. Adake patut cemburu dengan menantu sendiri.”
            “Abang, isteri Rasulullah s.a.w iaitu Siti Aisyah r.a tu pun pandai cemburu. Apatah lagi saya manusia biasa tapi tunggu jap saya fikir. Macam ada Bellina merungut sendiri.”
            Megat Ali menggelengkan kepala. Boleh pula si isteri Siti Khadijah ini membandingkan diri dengan Siti Aisyah r.a yang cemburukan madunya Siti Khadijah r.a kerana Rasulullah kerap menyebut nama Siti Khadijah r.a apabila bersama Siti Aisyah r.a. Nampak sangat Siti Khadijah isteri Megat Ali ini masih manja seperti dulu. Tak kan pernah kuat dan kebal Siti Khadijah miliknya kalau nak dibandingkan dengan Siti Khadijah r.a kesayangan Rasulullah s.a.w. Nasib baik anak seorang. Kalau tak, jenuh nak manjakan isteri yang manja ni, anak – anak lagi. Boleh pening jadinya.
            “Ingat tak?”
            “Bellina ada cakap, I don’t live in my past anymore or something sounds close. Jah tak pasti tapi lebih kurang lah. Masa tu Jah dengar dia cakap seorang diri lepas nampak Darren cakap dengan Eliz. Abang rasa Bellina cemburu ke?”
            Megat Ali menggelengkan kepala. Dia tak pasti apa yang dimaksudkan oleh menantunya. Sekiranya belang masing – masing sudah terbongkar rasanya masing – masing patut tahu apa yang perlu dibuat.
            “Salah abang jodohkan anak kita dengan anak kawan abang yang sama sahaja perangai dengan Darren. Patutnya cari yang baik. Yang boleh jaga anak kita.” Siti Khadijah mendengus. Dari dulu dia tak pernah berkenan dengan rancangan suaminya tapi mengenali Bellina yang baik hati dan sopan orangnya membuka pintu hati untuk menerima si menantu seadanya.
            “Jah, anak kita yang kena bimbing anak orang. Saya malu kalau nak jodohkan dia dengan budak baik – baik. Nanti budak baik pun boleh jadi hantu tau. Dengan Bellina, biar mereka sama – sama belajar. Biar mereka sama – sama mendaki jalan susah mengenal cahaya Ilahi. Darren tu bukan tak ada asas agama tapi perangai sahaja. Semua benda dia ambil mudah. Kaki perempuan tak habis – habis. Sekarang buku bertemu ruas. Biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah.”
            “Masalahnya bang. Dah Bellina tu pun sama. Macam mana mereka nak bahagia. Ini anak tak lahir lagi dah nampak bunga – bunga tak sehaluan. Kasihan cucu kita nanti bang.”
            “Bellina tu dengar kata. Awak pun tahukan perempuan ni keras pun macam kerak nasi. Kalau dah sampai dapat hasil tu, saya yakin Bellina dah betul – betul sayangkan Darren dan dah berubah. Biar masing – masing hipokrit. Jadi baik, buat suruhan Allah tu wajib. Tak ada istilah hipokrit sebenarnya. Let them learn together. Kita sebagai orang tua ni kena doakan yang baik – baik untuk mereka.”
            “Kot Darren tahu kita tipu dia nanti macam mana bang?”
            “Untuk kebaikan dia Jah. Nampak tak dia dah agak berubah kalau di hadapan Bellina? Di hadapan keluarga Megat Amani lagilah saya yakin Darren akan membawa diri dengan baik. Lama – lama apa yang dia paksa tu akan terkesan di hati.”
            “Risaulah bang.”
            “Lepas majlis nanti saya slow talk dengan Darren. Pandailah saya nak cakap apa. Awak jangan risau. Pergi cari menantu awak mana pastu siap. Nanti tetamu dah nak datang.” Arah Megat Ali kepada isteri. Dalam hati sempat merungut. Kalau  masing – masing suatu hari nanti mengetahui wajah sebenar masing – masing pun, mereka tak berhak untuk menghakimi dan menolak sebab kedua – duanya sama sahaja.




Bellina binti Megat Amani

            “Bellina, wife Datuk cari kau. Dia ingat Datuk tak balik rumah sebab keluar dengan kau. Sakit hati aku kena serang dengan Datin.”
            “Datin As, wife Datuk Bakhtiar maksud kau?”
            “Ya lah, abang Buck kau tu.”
            Bellina terdiam. Bosan pula bercerita mengenai kisah silam. Dia bukan stok melayan laki orang pun tapi mati – mati dia ingat Datuk Bakhtiar bujang lagi jadi sesuka hati dia keluar mesra dengan Datuk Bakhtiar yang masih muda dan bergaya. Siapa sangka dah beristeri. Bellina menggelengkan kepala. Kasihan pula Kiki yang jadi mangsa. Buck ni pun satu. Tak reti – reti dia dah jadi isteri orang dan antara mereka sebenarnya dah lama berlalu sejak Bellina mengetahui status sebenar dirinya. Cuma Buck yang selalu mencarinya. Jadi tolonglah buat pengumuman rasmi kat Datin As tu. Ini Datin As mesti ingat dia masih keluar dengan suaminya. Suka – suka hati nak serang Kiki dan Bellina sungguh rasa amat bersalah.
            “Look Kiki, oh before that, are you wearing heels?”
            Bellina hendak menurunkan ilmu. Dia dah biasa kena serang dengan Datin As ni. Dari rasa bersalah dia dah rasa menyampah pula. Dulu dia nak rasa confident senang saja petua dia.

            One, flip your hair, walk away in style.
            Second, again. Flip your hair, walk away in style.   
   
            Sekarang dah bertudung, nak selak apa?
            “Of course.” Kiki pelik dengan soalan Bellina.
            “So listen carefully. Next time, when a Datin cari pasal with you, yes, the plain-ordinary-boring you to compare with her Datin status, you shouldn't be bitter, because you are better. A lot better. Flip your hair, and walk away in style.”
            Dalam hati Bellina menyambung.

            Kiki is not a plain girl.
            She is not ordinary.
            She is not boring.

            “Bell!” Kiki menjerit mendengar ayat selamba Bellina.         Awalnya niat dia menelefon Bellina ialah untuk bertanyakan khabar semata – mata. Risau sangat keadaan Bellina selepas kejadian malam baby shower dulu. Entah masih bergaduh. Entah dah baik. Sukar untuk menjangkakan tingkah suami sahabat baiknya kerana Kiki tak pernah mengenali Darren secara peribadi.
            “Janganlah jerit kuat – kuat. Sampai ke telinga baby aku dengar tau.” Bellina mengusap perutnya. Dia baru nak panggil Darren, Mommy ada minta tolong belikan barang tapi sekerat jalan ke ruang tamu, telefon bimbit yang diselit di celah poket seluar jeans getah mengandungnya berdering.  
            “Kau tu yang buat lawak. Aku dah terbayang iklan syampu rambut dah ni. Flip your hair and walk away with style. That is super cool okay.” Kiki mula ketawa.
            “Ketawalah ketawa. Kena serang hendap lagi dengan kaum Datin – Datin ni baru tahu.” Usik Bellina.
            “Aku seronok dapat luahkan sakit hati aku ni. Nak jumpa sekarang kan dah susah.”
            “I’m sorry Kiki.” Bellina meminta maaf tiba – tiba. Sedih sahaja nada suaranya. Dia faham maksud Kiki. Sejak kahwin dia menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Ada peluang nak melepak, dah kantoi pula. Mana mungkin dia tak rasa bersalah kepada Kiki.
            “Naaa....don’t say sorry. Aku risaukan kau ni. Darren dah okay ke belum? Korang macam mana sekarang ni? Was trip to The Dusun help?” Panjang senafas sahaja soalan Kiki.
            “So – so.”
            Tak sampai hati nak kata tak. Tak sampai hati nak bercerita masalah suami isteri walau pun kepada kawan baik. Walau pun Kiki amatlah boleh dipercayai tapi Bellina masih mampu menelan semuanya seorang diri.
            “Cantik tak tempat tu?”
            “Cantik sangat Kiki. Nanti hen’s nite mana – mana kawan kita yang nak kahwin nanti, kita boleh buat kata sana tau. Memang best.”
            Best sangat sampai dia tidur dalam tangisan di atas katil empuk Berembun House. Petang tu, soalan Bellina dibiarkan sepi oleh Darren. Malah Darren berlalu mengambil angin dan berjalan sendirian di sekeliling kolam dengan menikmati rokok di tangan. Dia pula mengambil keputusan untuk berenang. Berenang boleh melegakan fikiran. Dia malas nak memaksa Darren untuk menjawab soalan yang dah jadi tak penting. Tadi pentinglah. Dia nak tahu Darren benar – benar jatuh cinta seperti dirinya dalam tempoh singkat mereka bercinta atau meneruskan perkahwinan semata – mata kerana aturan keluarga ini. Sebab dia masih mengharapkan cinta Darren Umar. Sebab kalau benar Darren menyintainya jawapan Darren mesti positif di sebalik amarah yang ditunjukkannya.
            Kalau Darren memberinya peluang, dia sudah bersedia untuk berubah dengan ikhlas, bukannya kerana takutkan Daddy lagi. Bukan sebab arahan Megat Amani agar tidak menjatuhkan air mukanya lagi.
            “Bellina, naik. Dah nak Maghrib.”
            “Jap - jap.” Bellina tercungap – cungap menjawab. Sudi juga Darren menegurnya. Atau dia perlu mencuba untuk mendapatkan perhatian Darren? Bellina tersenyum.
            “Bell, I cakap dah.”
            Cramp nanti kaki kan susah. Darren menegur tapi matanya dihalakan nun jauh ke bawah bukit. Dia nak masuk bilik, nak berbaring tapi risau pula nak tinggalkan Bellina seorang diri. Tengah boyot macam ni pun dan berapa pusingan Bellina berenang. Tak penat ke? Sesekali dia menjeling ke arah isteri. Sakit hati tapi tanggung jawab masih berbaki. Dia bukan kejam sangat.
            “Tolong, tolong! Darren help!
            Kan dah cakap. Darren berlari, tuala yang disangkut di bahu dicampakkan ke kerusi di tepi kolam renang dan segera berenang untuk menyelamatkan Bellina yang terkapai – kapai.
            “Bell, don’t move your leg.” Darren mengarah dan membawa Bellina ke tepi.
            “Baring.” Arah Darren tegas.
            Bellina hanya mengikut. Matanya dipejamkan sahaja menikmati urutan daripada tangan sasa suami.
            “You boleh jalan ke tak? 5 meter je. Boleh tak?” Dahi Darren berkerut. Kasihan pula melihat isteri yang nampak keletihan. Dahlah mabuk sepanjang naik tadi. Bellina dipangku ke riba dan tuala ditarik untuk membalut perut Bellina yang terdedah.
            Oh my baby! Darren benar – benar risau.
            Bellina tiba – tiba rasa bersalah.
            “Darren....”
            “Ya sayang. Sakit sangat ke?”
            Bertambah rasa bersalah Bellina mendengar perkataan sayang yang dirinduinya.
            “It was a bluff. I’m sorry.” Bellina perlahan bangun, mengambil tuala dan berlalu ke Berembun House. Dia tak sampai hati menagih simpati dan perhatian Darren begitu. Biarlah. Nak marah, nak benci, biarlah.
            Darren mengejarnya dari belakang. Tangan kanannya disentap kuat oleh Darren sehingga dia mengaduh kecil. Amat sakit tapi taklah sesakit hatinya.
            “That was a joke? Are you kidding?” Tangan Darren yang mencengkam pergelangan tangannya terasa seperti dijerut.
            “Sakit....” Bellina mengerutkan dahi. Gilirannya pula berdiam diri. Dia malas nak bertekak.
            Darren melepaskan cengkaman tapi jemarinya disatukan dan dikepalkan. Nampak sangat menahan marah. Sungguh dia risaukan Bellina tadi.
            “Nobody treat me like this.” Darren berkata perlahan.
            “Me either.” Bellina menjawab dengan nada yang rendah juga.
            Bellina berlalu. Dia bersiap. Keluar bilik, nampak Darren tengah solat Maghrib, dia menyiapkan makan malam seringkas mungkin dan kemudian gilirannya pula untuk solat jamak. Senang nanti terus tidur. Malam ini pasti berlalu sepi fikirnya.
            Selepas makan, robe yang membaluti tubuhnya dibuka dan digantungkan di sebelah. Tubuh Bellina yang makin berisi agak kesejukan dibelai angin malam hutan The Dusun. Dengan konsep pintu dan tingkap terbuka, lagilah Bellina tak tahan. Darren yang sedang melepak di beranda dijengah sekejap, sekadar melayangkan ciuman di pipi suami, rutin setiap kali sebelum tidur. Sepatah kata pun masing – masing tak keluar. Darren hanya mengangguk apabila Bellina meminta izin untuk tidur dulu. Bellina berlalu ke katil dan cuba melelapkan mata. Baru dia nak melelapkan mata, Darren mengejutkannya di sebelah.
            “Nak air.”
            “Okay.”
            Baru kepala nak direbahkan ke bantal. Darren bersuara lagi.
            “Nak jajan.”
            “Okay.”
            Bellina kembali ke katil. Sebungkus Super Ring dan sebotol Wise dihulurkan kepada Darren. Sebelum dia sedap nak tidur, baik dia tanya kot Darren nak apa – apa lagi tak.
            “Nak apa lagi?”
            “Nak you.”
            Darren mendatangi Bellina lembut. Hati yang terluka tersentuh dan terbuai seketika. Bellina hanya menurut. Bukan dia nak berkasar dalam hal begini apatah lagi dia pun merindui belaian Darren. Bellina hanyut dan bahagia seketika tapi setelah Darren tersandar keletihan di kepala katil sambil membelek The Star hari ini, patah demi patah ayat yang terpacul dari mulut Darren membuat air mata Bellina terus menitis di pipi.
            “If I were to know, if I were to choose again, I’ll never marry you. But here we are, be married and expecting a baby soon. Do I have any other choice than to stay put?”
            Sangkanya malam itu dalam diam Darren memaafkan dirinya tapi lelaki tetap lelaki. Ego dan pentingkan diri. Bellina memejamkan mata. Sampai hati Darren. Sejak balik dari The Dusun, hidup mereka berdua seperti orang asing. Hanya Bellina yang mencuba untuk mengambil hati tetapi Darren tetap tak mampu memaafkannya. Dia tak layak sangat ke untuk Darren?
            Setelah tamat perbualannya dengan Kiki di talian, panjang leher Bellina mencari Darren.
            Terpaku seketika apabila dia melihat Darren tengah berbual mesra dengan seorang gadis yang cantik, sopan dan sangat ayu. Darren nampak gembira, nampak teruja dan Bellina tak mampu lagi untuk menyaksikan drama di hadapan mata.

               Flip your hair, walk away in style Bellina!

            Dia mengambil keputusan untuk menanti Darren masuk dan apabila berhadapan dengan Darren, walau ditahan untuk tidak bertanya tapi dia gagal.
            “Who is she? Our neighbour?” Bellina memaniskan muka di hadapan Darren.
            “A good girl for sure.”
            Bellina tersentak mendengar jawapan Darren. Saat ini, Bellina betul – betul berjauh hati. Dia tak mampu lagi menerima pandangan Darren yang hina. Dalam hati, Bellina berkata sambil mengetap bibir. Mengumpul semua kekuatan yang ada semata – mata untuk anak yang menanti untuk dilahirkan. Dua bulan sahaja lagi dia perlu bersabar.
            Dear Darren Umar,
            Pinggan tak retak, nasi tak dingin.

7 comments:

  1. oh sedihnya. darren oh darren, kamu sangat kejam. tak baik tau treat bell macam tu!

    ReplyDelete
  2. alahai kesiannye bell....dah byk bell mngalah ..

    ReplyDelete
  3. kau tak hendak, aku tak ingin... :)

    ReplyDelete
  4. siannya Bell,,smpy aty btulla Darren n..

    ReplyDelete
  5. partly like my story of life

    ReplyDelete
  6. Sigh..
    Besan ke mertua? Macam ada silap la..

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...