Tuesday, 1 January 2013

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 8


             

                “KAU buat apa?” Kiki menjenguk ke arah skrin laptop Bellina.
            “Shopping.” Esok dah hari minggu. Boleh ajak Kiki keluar shopping lagi ni kalau Darren tak nak ikut. Fikir Bellina yang dalam kepala penuh dengan agenda menyusun kembali serpihan hidupnya. Tak bersepai pun lagi tapi bagi Bellina retak yang ada menghuru – harakan hidupnya yang selama ini tenang.
            Kiki tersengih. Selamba minah ni. Ya lah zaman sekarang boleh shopping aci klik – klik je.
            “Barang baby? Tak habis lagi ke?”
            “Tak ni barang aku. Tengah cari Peplum top yang tengah in sekarang ni.”
            “Tak kena gaya la Bell nak pakai Peplum tengah sarat ni.” Komen Kiki. Dia sebenarnya yang selalu suruh Bellina tengok gambar – gambar fesyen artis di Instagram dan fesyen yang tengah popular sekarang ialah Peplum top, baju yang berpotongan kembang di pinggang. Nampak klasik gitu. Dia pun dah ada dua pasang. Sambar sehelai kat MNG, sehelai lagi kat ZARA.
            “Aku nak buat stok lepas pantang, back in shape and surely back in style.”
            Bellina tersenyum. Waktu rehat di pejabat yang dihabiskan dnegan menghadap internet dan makan KFC yang ditapau oleh Kiki. Dia pun dah tak larat sangat nak jalan panas terik macam ni. Cukuplah jalan pusing satu bangunan setiap pagi, aktiviti rutin building inspection yang dianggapnya sebagai senaman. Lebih – lebih jalan kaki dia dah angkat tangan. Semput!
            “Semalam color rambut, hari ni sibuk shopping gaya dah tak sabar nak melaram sangat. Kau biar benar Bell?”
            Bellina tersenyum lagi. Benarlah. Betullah. Jangan salahkan dia. Salahkan Darren. Berlagak dengan bini sendiri silaplah. Ingat kalau bertutup litup tu bagus sangat? Ingat kalau kaki tak pernah jejak kelab tu bagus sangat? Jawapannya memang semua bagus pun tapi dalam konteks Bellina, silap hari bulanlah Darren nak menilai dia begini.

            You will fall for me again! Over and over as it is me, Bellina binti Megat Amani.

            “Darren okay? Excited tak nak dapat baby girl ni? She must be pretty like Mommy. No doubt.” Kiki mencelah. Memahami konflik rumah tangga yang cuba diselindung oleh Bellina sejak peristiwa Baby Shower lama dulu. Dia kenal Bellina dah lama. Kalau dulu Bellina selalu sibuk dengan Darren tiba – tiba asyik free je, asyik nak jumpa je, tu petanda Bellina sedang membawa diri.
            Sebagai sahabat dia hanya mampu menyokong Bellina di saat akhir fasa mengandungnya. Tak nak pula kalau Bellina mengalami tekanan perasaan jadi dia tak berani nak tegur lebih – lebih.
            “So – so.” Skema jawapan yang sama sahaja diberi tiap kali nama Darren disebut.
            Dia dah tak mengharapkan apa – apa daripada Darren. Diam itu lebih baik. Lakonan mesra Darren di hadapan keluarga mereka tempoh hari langsung tak terkesan di hati. Dia malas nak sensitif tak tentu hala.
            “Bell tak boleh makan banyak sangat Mommy. Nanti malam – malam dia mengah. Asyik terjaga sampai terganggu tidur.” Darren menolak pelawaan Mommy yang menyuruh Bellina menambah nasi. Maklumlah kenduri kesyukuran. Lauk pauk macam – macam. Semua nampak sedap. Kedua – dua Megat sibuk melayan tetamu yang mahu pulang. Yang tinggal di meja makan sekarang hanya Mommy Darren, Mommy Bellina dan mereka berdua.
            Si Darren ni pun tiba – tiba datang mesti sebab Eliz dah balik. Bellina tersenyum plastik ke arah suami yang tiba – tiba menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
            “Betul Bell selalu tak boleh tidur malam?” Mommy Bellina pula menyampuk.
            Bellina mengangguk.
            “Sama macam Mommy mengandungkan Bell dululah.”
            “Dah bini tak boleh tidur, awak kena pandailah jaga. Bangun temankan sekali.” Mommy Darren pula menyampuk.
            “Bangun Mommy. Jangan risau. Bangun siap offer jadi tukang urut sampai Bell tertidur tau.” Sebelah tangan Darren yang memang disandarkan di belakang kerusi Bellina menjalar ke tengkuknya. Buat – buat gaya mengurut leher Bellina sehingga meletus ketawa kedua – dua wanita di hadapan mereka.

            Oh please!

            Tak payah nak berdrama kat sini. Tekak Bellina mula meloya. Bulu roma pun boleh mencacak. Sungguh jelik dengan perangai suami. Tadi bukan main sound – sound orang.
            Kalau sebelum segalanya terbongkar, memang betul layanan Darren sebijik seperti apa yang sedang dilakonkannya tapi itu semua sudah berlalu. Semua layanan Darren yang penuh kasih sayang hanya tinggal kenangan.
            Apabila tinggal hanya mereka berdua, Bellina berbisik ke telinga Darren.
            “Get your hands off me.”
            “You dare to ask your husband do that?”
            “I am.”
            “Don’t you dare Bellina. Kalau laki lain boleh selamba pegang – pegang you, jangan you berani nak nafikan hak I. Jangan cakap lepak kat kelab tak ada salam cium – cium pipi, tampar – tampar bahukan?” Darren tersenyum sinis, mendaratkan tangan kirinya ke bahu Bellina yang sedang duduk di sebelah kanannya dan sebelah tangan lagi menepuk peha Bellina sambil berkata.
            “Sayang, you should never object any of my gestures.”
            Serius dia rasa macam nak baling pinggan di atas meja ini ke muka Darren tanda protes tapi dia bukan budak – budak. Suami yang baik kini memandangnya dengan pandangan ‘evil’ pada pandangan mata Bellina layak digelar ‘devil’ sahaja. Apa pilihan yang dia ada di saat tengah sarat begini?

            Devil Darren, sometime you got to dance with the devil and it will sure lots of fun!
           

            TERUK kena sekolahkan dengan Daddy?
            Jawapannya teruk sangat.
            Teruk tahap mana hubungan dia dengan Bellina?
            Jawapannya teruk tahap masuk gaung.
            Lepas tu nak buat apa? Jawapannya buat bodoh. Sebab bangun pagi, kepala dia sakit, tengok sebelah, Bellina dah menghilang. Kepalanya bertambah sakit. Maklumlah dah jadi rutin sejak mereka perang dingin di rumah Daddy dulu. Pagi – pagi Bellina dah bangun pergi kerja, dia balik, Bellina dah tidur. Sekarang hujung minggu pun, pagi – pagi Bellina dah lesap.
            Great!
            Darren bersandar di katil. Ruang bilik tidur dipandang sepi. Entah kenapa hati terasa kosong dan sepi. Macam – macam persoalan berlegar – legar di fikiran. Telefon bimbit diambil dan jari bergerak di skrin sentuh dan berhenti di Calendar. Darren mendengus. Tak lama lagi mereka akan menerima kehadiran orang ketiga dalam rumah besar ini. Rumah yang bercahaya dan dipenuhi cinta dan kasih sayang di saat dia tengah mabuk kepayang dengan Bellina. Macam mana dia nak menerima kehadiran zuriat dengan gembira kalau kebelakangan ini bercakap dengan Bellina pun tak sampai seratus patah perkataan seminggu.
            Di hujung bilik kelihatan kotak barang – barang keperluan bayi tersusun kemas. Semalam balik kerja, lampu tingkat bawah Bellina padamkan, Darren tersadung kaki pada kotak – kotak yang dibiarkan di tepi tangga. Cara halus nak minta tolong dia angkat naik la tu. Comforter yang masih membaluti separuh badan diselak. Kaki diatur ke arah kotak – kotak hasil Bellina membeli belah di internet yang menggamit minatnya. Nama di atas kotak dibaca sekilas.

            Ms Darren

            Mak aihh. Dah macam omputih panggil pula ni. Darren menggelengkan kepala dan mengambil salah satu kotak. Dibawanya ke balkoni bilik tidur utama yang luas. Kotak dibuka sambil sebelah tangan sempat membakar sebatang rokok. Nak turun tengok sarapan pagi Bellina ada siapkan ke tak dia malas. Sarapan lah dulu dengan rokok. Patutlah berat, buku rupa – rupanya. Sekali lagi Darren menggelengkan kepala. Buat apa nak beli buku awal – awal ni? Bellina ni pelik. Dia ingat dia pernah tanya dulu kenapa tak beli baju – baju banyak sikit. Ini barang mainan, barang aksesori yang banyak dibelinya. Bellina cakap Mommy pesan jangan beli beria sangat baju – baju ni. Tak elok.
            Buku – buku yang dibeli di internet itu dibeleknya. Satu set buku yang diberi nama Allah Makes. Rajin pula Darren mentelaah siri buku tersebut. Bermulalah dengan siri Allah makes us, Allah makes apples, Allah makes cats, Allah makes flowers, Allah makes birds, Allah makes trees, Allah makes fish, Allah makes mountains, Allah makes sun dan terakhir sekali Darren menyebut kuat.
            “Allah makes our world.”
            “And Allah makes our jodoh.” Bellina menyampuk, menghulurkan secawan kopi panas kepada Darren dan tanpa berlengah dia melangkah ke katil. Mengemaskan cadar, bantal dan comforter yang berselerak. Bellina kemudiannya mengambil kotak – kotak yang dibawa oleh Darren naik ke bilik sebelah. Bilik di sebelah bilik tidur utama mereka memang sudah dikhaskan untuk dijadikan bilik bayi.
            Darren buat – buat tak dengar. Kalau dia buat – buat dengar nanti takut panjang ceritanya. Kalau nak difikirkan, dia pun menyesal juga cara dia melayan Bellina tapi nak buat macam mana.
            Sebelum ni, mana dia pernah nak jaga hati orang. Nak memahami hati seorang wanita jauh sekali. Kepakarannya cuma memikat. Nak dapat senanglah. Mudah sangat tapi nak jaga dia tak pernah terfikir pun. Dia tak kisah pun kalau perempuan – perempuan yang didampinginya selama ini tak telefon, tak ajak keluar, tak bagi hadiah masa hari jadi dia. Lagi? Entah. Setakat itu sahaja definisi ‘jaga’ yang dia faham. Itu pun istilah orang ‘jaga’ dia. Dia sendiri nak jaga orang macam mana pula? Kalau depan mata lah baru dia pandai nak jaga. Memanglah Bellina makan hati dengan lenggok bahasanya yang tak berapa nak mesra alam kebelakangan ini kalau istilah ‘jaga’nya hanya itu.
            Darren kembali ke katil mencari telefon bimbitnya. Elok Bellina letak di atas bantal juga walau pun katil siap dikemas. Macam tak boleh nak letak kat meja tepi ni. Darren menarik nafas dan keluar ke ruang di hadapan kolam renang. TV dipasang. Nombor Zaki didail. Muka Darren hampa apabila Zaki memberitahu dia tak lapang hari ini. Leceh betullah. Nak keluar dengan orang lain masa mood tengah tak berapa baik ni tak best pula.
            “Dah breakfast belum kau ni? Jangan cakap Bell tengah sarat pun kau dera dia layan kau macam raja jugak. Bawak – bawak sedar diri.” Zaki bertanya.
            “Tak suruh layan pun. Kalau dia buat aku jamah, kalau tak ada pandailah aku menapak ke kopitiam kat Jusco tu.”
            “Aik..bukan dah boikot ke kopitiam tu?”
            “Ah, kau ni jangan nak berdrama. Makan kat kelab yang sah bercampur air kencing syaitan terhidang, makanan yang tak tahu halal – haram tak nak kira, kopitiam tu pun kau nak suruh aku berkira ke?”
            “Aku pula dia nak troll. Dah kau cakap dulu kau boikot sebab tak ada sijil halal. Cass macam bagus.”
            “Ya lah. Sebab dalam kes ni terserlah sangat kebangangannya. Dah tak dapat sijil halal untuk makanan pastu tulis Halal For Drinks Only. Tak ada logika sungguh.”
            Zaki tergelak walau pun suara Darren kedengaran ketat sahaja. Dah berapa hari air dalam kepala tersumbat agaknya tu.
            “Kan senang kalau logo haram pun wujud. Dah kedai kau jual makanan haram letak je logo haram. Ini asyik nak menipu kerjanya. Baik aku gi tapau nasi lemak Pak Ali tepi jalan tu hah.” Darren menyambung.
            “Kot tu tak ada sijil halal macam mana bro?” Zaki bergurau sarkastik.
            “Kalau gerai tu pun kau nak kecoh, dapur kat rumah mak kau pun aku nak suruh gi apply sijil halal. Tampal bebesor logo halal kat dapur bagi tembus bijik mata kau tengok.”
            Zaki ni memang kuat melencong topik. Lepas bab makanan sambung bab perempuan pula. Orang nak ajak dia keluar tapi boleh pula dia sibuk sarankan suruh keluar dengan orang tu lah, orang nilah sehingga masing – masing meletus tawanya sekian kali apabila nama Julia disebut.
            “Aku dah lama lah tak dengar cerita si Julia.” Darren mengelak. Dah memang betul dia lama tak dengar khabar model yang cantik jelita tu. Orang tak mencari dia, tak adalah dia nak pergi cari.
            “Ish...yang ni patut tak boleh lepas. Ini boob meletup walawei.” Zaki mula mengarut. Sengaja memancing Darren yang kedengaran resah sahaja. Nasiblah orang dah berbini memang banyak cabarannya.
            “Kalau kau nak sangat test pad silikon yang bertenaga dan memberi kuasa ultra gamma tu, kaulah yang pergi date dengan si Julia tu. Kasi test sikit kuasa ultra gamma dia tu.”
            Zaki ketawa sampai sakit perut. Dalam serius pun boleh Darren buat lawak. Punyalah Julia menjaga aset di dada dengan cemerlang siap pergi buat pembedahan plastik luar negara, boleh Darren memperlekehkan begitu sahaja. Bukan apa, dulu mereka puji bagai nak rak badan Julia yang konon superb giler, alih – alih keluar rancangan Melodi di TV, semua plastik rupanya.
            “Kau bawak lah Bell keluar. Layan angin dia sikit. Esok lusa dia dah nak beranak. Simpati la sikit.” Zaki memberi cadangan.
            “Aku simpati kat diri aku sendiri.” Darren menolak. Bimbang juga kalau Bellina mendengar. Sementelah dia tak pasti di mana Bellina berada sekarang.
            “Blah la wei. Kau jangan nak berlagak macam air yang suci. Kau tu sama. Suci dalam debu jugak. Jangan sampai debu kau bersepai kat depan muka Bellina baru kau tahu langit tinggi rendah.”
            “She will never know.” Balas Darren yakin tapi agak goyang mendengar amaran Zaki. Kalau Bellina tahu pun, dia lelaki. Lain perginya. Bellina tu perempuan. Mana sama. Perbualan Darren dengan Megat Ali tempoh hari juga terngiang – ngiang dalam fikiran.


            “DARREN, kenapa tinggikan suara kat Bell macam tu sekali. Kalau dengar dek Daddy dia kan tak elok. Apa masalah kamu berdua ni?”
            “Stay out of this Daddy. Please.” Rendah suara Darren cuba mengelak tapi tipislah harapan dia apabila Megat Ali terus menutup pintu surau di hujung anjung rumah banglo yang luas ini. Menyesal pula buat – buat rajin nak susun sejadah dan kemas surau ni. Pada hal bukan bibik tak boleh buat nanti. Sebenarnya dia tertekan. Sedikit menyesal sebenarnya apabila menengking Bellina tanpa sebab yang kukuh.
            “As long as my name is still in your birth certificate, tak ada benda yang Daddy tak boleh masuk campur.” Megat Ali berbahasa.
            “Daddy....” Darren duduk bersandar di dinding surau.


            TERKENANG muka isteri yang terus mendung apabila tak sengaja dia meninggikan suara apabila Bellina bertanya mengenai Eliz. Bellina cuma tanya jiran kita yang awak borak kat tepi pagar tadi tak datang ke? Itu pun dia rasakan sebagai ancaman. Maklumlah sebelum ini mana pernah Bellina bercakap gaya sinis seperti itu. Dahlah lepas tu Bellina terus menonong selamba. Rasa tercabar, terus dia tarik tangan Bellina masuk ke bilik kecil di tepi ruang dapur rumah orang tuanya.
            “Darren!”
            “You...” Darren menunjukkan jari telunjuk ke muka Bellina.”
            “What Darren?”
            Lagi dia rasa tercabar.
            “Jangan masuk campur campur urusan I dan jangan you berani nak ambil tahu apa – apa mengenai I dengan Eliz. She is a good girl.”
            Entah apa yang merasuknya tapi tiba – tiba dia dah seperti pahlawan negara mempertahankan tanah air dari jajahan pendatang pula. Masalahnya Eliz tu siapa? Bellina ni siapa? Pastilah Bellina lebih berhak ke atas dirinya.
            “Oh, Eliz. What a sweet name? So are we done here hubby?”
            “Bell! Do not....” Belum sempat Darren menyambung ayat, Bellina mencelah dan terus merentap tangannya lantas beredar.
            “I got your message.” Bellina terus berlalu.
            Darren terkesima. Nampak Bellina betul – betul memaknakan kata – katanya. 24 jam ditayang muka selamba. Malah semasa Eliz datang ke majlis bersama keluarganya pun Bellina buat tak tahu. Macam orang bodoh pula dia melayan Eliz bercakap sambil menjeling – jeling mencari kelibat Bellina. Hakikatnya Bellina terus buat tak tahu malah sudah berani menolak dirinya.


            “DADDY tak nak tahu apa masalah sebenar korang berdua tapi tolonglah jangan jadi macam budak – budak. Sikit lagi awak tu dah nak jadi bapak budak jadi bertolak ansur.”
            “Daddy tak faham.” Darren berdalih. Benda kecik pun boleh jadi besar sekarang ni.
            “Daddy tak nak ambik tahu apatah lagi nak fahamkan masalah rumah tangga kamu cuma Daddy nak pesan tolong check balik diri kamu mengenai empat perkara ni.”


            SEKARANG Bellina nampak tengah bersiap nak keluar dan lalu lalang depan dia gaya dia tiang letrik pula. Dah tu kau nak Bellina tegur? Kau nak Bellina manja – manja dengan kau lepas kau layan dia macam sampah? Sekali lagi Darren menjeling tajam apabila Bellina lalu di hadapannya. Dia berdehem tapi Bellina buat tak tahu.
            Eh, tadi pakai blouse dengan jeans materniti je. Dah kenapa nak tukar baju banyak kali ni? Tak jadi keluar ke? Darren pelik. Sekarang si isteri nampak bertambah manis dengan gaun labuh yang tersarung di badan dan rambut yang siap didandan rapi. Amat anggun walau pun dalam keadaan menanti masa sahaja untuk melahirkan anak.
            “Haishhh...ohh...” Darren menarik nafas dalam dan memicit dahi. Penyakit yang sering menyerangnya sebijik seperti empat perkara yang Megat Ali menyuruhnya memeriksa diri sendiri. Daddy amat memahami konflik dalam dirinya tanpa perlu dicanang. Maklumlah Daddy yang memaksanya berubah dan sampai sekarang dia tak mampu nak berubah sepenuh hati.
1.       Dia sering bingung. Rasanya dia tahu dia tak patut layan Bellina begitu tapi ‘ter’ layan begitu juga. Habis macho dek kerana bingung melayan perasaan.
2.      Sibuknya melampau. Masa yang nak diperuntukkan untuk Bellina sering sahaja lari dari jadual kerjanya. Niat nak berbaik selalu sahaja tak menjadi.
3.      Dia rasa tak puas. Tak cukup dengan memiliki Bellina dan apa yang dikurniakan Allah baik dari segi rezeki, kesihatan atau kebahagiaan yang dia sendiri cuba musnahkan. Baginya tak cukup Bellina sahaja menyerikan hidupnya.
4.      Masih berkhayal bahawa dirinya lebih baik daripada Bellina dan merasakan kehidupannya tak sepatutnya diperbodohkan oleh Bellina.

            “Bell!” Darren menjerit nama Bellina kuat apabila mendengar enjin kereta dihidupkan di bawah.
            Betullah. Tazkirah Daddy tempoh hari tepat sekali. Walau pun pengisiannya tak sepatutnya demi Bellina sahaja tapi impak kebenarannya agak membuka mata. Ini akibatnya apabila dia bangun setiap hari hanya dunia yang difikirkannya. Di surau tempoh hari, tazkirah Megat Ali dia dah rasa macam tengah dengar tazkirah Ustaz Don pula.
            “Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia yang difikirkan sehingga seolah – olah ia tidak melihat hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkan empat macam penyakit padanya iaitu;
1.       Kebingungan yang tidak putus – putus
2.      Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya
3.      Keperluan yang tidak pernah terasa dipenuhi
4.      Khayalan yang tiada penghujung baginya.

            Empat perkara ini diriwayatkan oleh Hadith Riwayat Muslim. Darren, bangun pagi esok, ingat tanggung jawab kamu sebagai suami, bos, anak atau sebagai siapa sekalipun mesti dilaksanakan kerana Allah. Bukan kerana Daddy dan Mommy.”
            Dan sudah beberapa pagi berlalu tanpa membuka hati dan mata seorang bernama Darren Umar.


            ISHH....Kenapa pulak lain macam Darren tengok dia pagi ni? Kalau tak dia macam patung bernyawa tengah boyot sahaja dalam rumah ni. Maklumlah, kita ni jahat, dia ni baik. Apabila mendengar suara Darren memanggil, Bellina mempercepatkan langkah. Lagi baik dia cepat – cepat keluar rumah daripada bergaduh dan kena smash tak habis – habis.
            Niat dalam hati sekarang hanya mahu berdiam diri. Sebelum adab sebagai isteri hilang, baik dia mengambil langkah selamat. Bercakap apabila perlu, fokus kepada saat – saat genting yang bila – bila masa sahaja akan tiba. Tak naklah dia beranak dalam keadaan tak diredhai suami pula. Adab masih mampu dijaga sebelum biadap jadinya. Bellina membebel seorang diri, enjin kereta dihidupkan.
            CD Justin Bieber dipasang. Sejak Darren melayannya dingin, lagi galak dia memainkan CD Justin Bieber. Anti Justi Bieber konon. Awak tak suka, saya suka. Baby suka. Bellina masih melayan perasaannya. Memberi motivasi untuk diri sendiri. Meyakinkan diri sendiri bahawa apa yang terjadi hanyalah dugaan di awal permulaan rumah tangga. Sedikit gentar dia untuk menghadapi nasib yang bakal menanti bayi yang akan keluar nanti tapi dia berjanji akan menyerahkan seluruh hidupnya kepada anak yang menjadi mangsa keadaan.
            Balasan kepadanya kerana mempersendakan benih yang baru bercambah di dalam rahim dulu agaknya. Dia tahu Darren sendiri tak mengharapkan zuriat terlalu awal dan dia sendiri hanya menganggap zuriat ini hanya sebagai penambah seri. Bukannya sebagai satu amanah dan tanggung jawab. Tengoklah apa ujiannya kini. Haru - biru jadinya. Nama sahaja baik Darren ni tapi amat tipikal. Nak perempuan baik jadi bini, nak yang padan sahaja. Okay dia tak baik, latar belakangnya tak sebagus Eliz tapi sekurang – kurangnya dia mencuba. Kalau dah baik sangat bimbinglah dia yang tak berapa baik ni. Ini tidak, nak menyinga sahaja kerjanya. Kita tengoklah mampu tak Ustaz Umar ni mentarbiahkan dirinya ke jalan yang benar atau kalau rasa tak mampu, dia bersedia sahaja untuk dilepaskan.
            “Bell! Bell! Stop!”
            Bellina menekan brek kereta. Baru sahaja nak mengundurkan kereta keluar porch, Darren tercegat di belakang kereta. Tak sayang nyawa agaknya. Bellina menurunkan cermin tingkap kereta.
            “Ya?” Bellina membetulkan cermin mata hitam Sexy D - Frame berjenama Thierry Lasry dan memandang ke arah Darren yang tegak berdiri di sebelah pintu kereta.
            “You nak pergi mana?”
            “I nak keluar. Nak pergi One Utama. Remember semalam I dah mintak izin you. In fact I minta you temankan tapi you tak nak.”
            “Oh.” Darren terdiam.
            Estupido tonto!
            Macam mana boleh lupa ni? Darren merungut dalam hati.
            “Boleh tutup tak lagu tu jap?”
            Bellina tersenyum tapi tetap tak mengendahkan arahan Darren. Suka hati dia lah nak dengar lagu Mistletoe ni. Lagi dia suka tengok muka bengang Darren si anti – Justin, si pro – Kurt Cobain.
            “You nak kirim apa – apa ke?” Bellina bertanya. Mengawal suara sebaik mungkin.
            “Oh Ya Allah. Baru I perasan, you nak keluar macam ni?” Mata Darren buntang melihat si isteri yang kelihatan selamba sahaja. Dia macam nak pecah dada tengok tak percaya.
            Bellina diam.
            Baru dia perasan?
            So what?
            Dah tak ingat apa yang diri sendiri cakap kat rumah Daddy malam tu? Ini Bellina. Jangan dicabar.
            “You know what Bell, from now on, you nak pergi mana – mana tak payah minta izin I, anggap sahaja permission granted and you are free to go anywhere and one more thing. You are free to be yourself. I mean inverted comma yourself.”
            Pedih telinga dia mendengar Darren siap sebut inverted comma tu. Sekarang bukan dia nak sangat pun kembali ke dunia asalnya tapi Darren amat mencabar kesabarannya. Tak kan dah menggelabah. Keluar ni dia mintak izin jugak walau pun terang – terang Darren cakap tak payah. Dia baru tanggalkan tudungnya. Dia baru bergaya macam dulu kala. Rambut yang sejak berkahwin cantik dibela dan diperagakan untuk suami sahaja tapi sebab Darren tak reti nak bersyukur, baiklah dia tak payah susah – susah. Dia pun rimas pakai tudung. Pergi kerja terpaksalah sebab takut pelanggan cakap apa, budak – budak kat pejabat cakap apa pula. Dah berapa hari tudungnya terbang tiap kali dia keluar jalan – jalan. Darren tak ada kat rumah, mana nak perasan. BCBG Elbow Sleeve Wrap gaun materniti berwarna merah gelap yang tersarung di badan ni pun sopan sahaja. Mungkin nampak sedikit seksi dengan tubuh Bellina yang berisi kerana sedang sarat mengandung tapi sebenarnya labuhnya sehingga ke buku lali dan berlengan pendek ke siku yang sopan.
            Dia tahu kalau Megat Amani tahu dia tak mampu berubah sepenuhnya, pasti Daddy amat kecewa tapi dia tak mampu nak bersedih dan tengok sahaja Darren memijak maruah dirinya. Dia malas nak jadi hipokrit lagi. Nanti kalau dia nak berubah biarlah betul – betul kerana kerelaan dirinya. Bukan kerana Daddy dan bukan kerana jatuh cinta dengan Darren yang tak tahu menghargai. Benda wajib kena dipaksa, bukan dia tak pernah dengar pun tapi buat masa sekarang dia buat – buat tak dengar. Dia cuma mahu mendengar kata hatinya.
            Ah! Bukannya masuk kelab lagi. Bukannya dia kembali jadi playgirl pun. Tak ada orang nak kejar si boyot ni kalau bukan Datuk Buck yang tak tahu malu tu. Jadi tak payah risaulah. Dia masih menyedari statusnya sebagai isteri Ustaz Darren Umar. Selendang dan cardigan sentiasa dia standby kot ada kecemasan.
            “I am free to be myself right? Or I am not?”
            “Bell, keluar jap. Bincang.”
            “Dah lambat la. Kiki tunggu lama nanti. Boleh bincang balik nanti tak?”
            Bellina menanggalkan cermin mata hitamnya dan disangkutkan di kepala. Matanya yang cantik dan sememangnya makin berseri sejak mengandung bersinar memandang Darren yang masih setia berdiri di sebelah. Rambut Bellina yang ikal mayang dan panjang mengurai terbuai disapa angin pagi. Dikuak rambut yang terjuntai di dahi.
            Darren menarik nafas panjang. Apa yang dia dah buat ni? Kenapa Bellina jadi degil macam ni sekali? Esok lusa dah nak beranak pun nak buat hal jugak ke? Darren memejamkan mata seketika dan apabila dia membuka mata, dia terkejut apabila Bellina sedang berdiri di hadapan dan menarik tangannya untuk bersalam.
            “I pergi dulu.”
            Di saat Bellina tunduk mencium tangan, luruh segala egonya.
            “Bell. Please.” Darren menarik Bellina ke dalam pelukan.
            Darren tersenyum apabila Bellina membalas pelukannya tapi senyumannya mati apabila Bellina perlahan menepuk belakangnya dan mula melonggarkan pelukannya.
            “I got to go.”

            Darren, c’mon! Don’t let her go.
            She will be back. I can just wait.
            No, Darren, Don’t let her go.
           
           



3 comments:

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...