Friday, 12 May 2017

LOVE, LILA - CHAP 8

                “ABANG nak balik dulu pun boleh. Kejap lagi Daddy sampai. Lagi pun mesti dah penat.”
            Jude angkat kening. Bomber jacket yang tersadai di kerusi ditarik dan disilangkan di lengan. Sebelah lagi tangan diangkat tinggi untuk meregangkan badan.
            “Bisinglah kat luar. Kecoh jugak awek – awek kat sini.”
            “It’s their day. Tengah happy la tu. Dari tadi rasanya ramai doktor singgah kaunter mereka bagi hadiah.”
            Jude senyum. Untunglah kerja di hospital mewah seperti ini. Kalau kerja di hospital biasa – biasa kena pula negara miskin, tak adanya meriah macam ni. Banyak dah hospital di seluruh dunia Jude dah jejak jadi dia layak membuat perbandingan.
            “Anything call me.” Jude menyentuh dahi Julia. Nasib denggi aje. Dapat kesan peringkat awal pula.  Kaca mata hitam dilekap ke wajah. Jaket dilengan pun disarung elok ke badan.
            “Bye.”
            Jude singgah di kaunter dan melayangkan ucapan ikhlas. “Happy Nurses Day.”
            “Terima kasih Encik Juhaidi.”
            Jude senyum. Datang tengok Julia tak sampai sehari pun dia dah popular.  Seterusnya dalam kepala rindu yang tak dapat dibendung terhadap seseorang. Ya, Alila bukan sebarangan. Dah tahu Alila anti – shiny playground, salah dia kerana berterus terang. Bukan apa, balik aje banyak – banyak kereta yang ada di garaj tapi yang tinggal hanya sebuah kereta mewah milik Daddy dan pada fikirannya tak ada apa – apa kot. Porsche buruk, bukan edisi terbaharu pun.  Tak kira lagi reaksi Alila apabila menerima Russian Doll yang dipenuhi Swarovski buatan Piaget.


            ALILA memandang ke siling. Sengaja dia pilih off day hari semua orang sibuk nak beraya. Alahai….hari jururawat je pun. Dah bertahun merayakan hari jururawat, dah tak rasa apa dah.
            Poyo sangat padahal bertahun yang lepas sambut dengan Amar kalah sambut hari kekasih. Dapat hadiah best. Lepas kerja Amar bawak tengok wayang lagi. Amar lagi. Kau ni Alila, 50 tahun lagi ke baru nak move on? Alila ketap bibir. Hari tu dah ada peluang nak dapat boyfriend baru, dia yang jual mahal. Wajah Jude ala Tarabas versi muda dan moden menjelma. Awal perkenalan, Alila rasa Jude biasa – biasa sahaja. Rasa ‘sesuatu’ mestilah wujud sebab Jude memang jatuh dalam kategori lelaki charming habis. Cuma lepas jumpa Jude lepas kejadian Blair – Chuck Bass buat dia rasa tawar hati. Russian Doll bertatahkan swarowski yang dia rasa sama harga dengan rantai emas di lehernya di pegang penuh hati – hati.
            Jude bagi Alila adalah bayangan Amar. Dia tak kan salah menilai. Dia tak kan jatuh untuk kali kedua.
            “Keluar jom.”
            “Nak pergi mana?”
            “Dating.”
            “Re-phrase please.”
            “Ooo-kay. Let’s go out. Let’s have fun.”
            “Define fun.”
            Rahang Jude jatuh. Alila senyum sendiri. Seronok pula dapat kenakan Jude.
           

            Jude malas nak fikir banyak. Tiba di Malaysia, sampai rumah, mandi, tukar baju dan alas perut dengan segugus anggur terus dia keluar mencari Alila.
            Define fun. Hmmm….
            “Let’s go.” Jude menjemput Alila di hadapan pagar hospital. Kalau Alila suruh tunggu depan A&E pun dia sanggup terpacak tunggu.
            Alila cepat – cepat masuk ke dalam perut kereta dan tunduk.
            “Jalan cepat.”
            “I keluar dengan awek orang? Bini orang?” Soal Jude direct apabila dah sampai simpang jalan lepas 500m dari hospital barulah Alila menegakkan badan dan membetul – betulkan rambutnya yang serabai.
            “I’m single and available.”
            “Cool.” Jude gelak. Malas la nak tanya apa yang Alila nak sorok sangat.
            Alila pula dalam kepala macam – macam teori muncul. Mana pergi Honda mamat ni? Kenapa nasib aku macam ni? Eh, ke kereta pinjam. Sebab aku kutuk dia tak ada duit nak belanja air tin milo hari tu ke? Nak tanya secara terang nanti orang salah faham. Kena cop materialistik pula. Play it cool. Dig it!
            “Betulke baru balik dari Moscow ni?”
            Jude angguk.
            “Kerja?”
            Jude angguk.
            Alila telan air liur. Kerja apa sampai Moscow?
            “So…my definition of fun?”
            “Forget it.”
            “Dah penat saya fikir mestilah kena cakap.”
            Alila gelak. Pantang kena ‘game’ sikit nampaknya Encik Juhaidi kita ni. Tak sempat Jude nak menjawab kereta dah masuk ke tempat parking VIP The Lounge.
            “Lepak kat sini ya.”
            Alila angguk. Dia tak biasa ke sini tapi suasana The Lounge nampak tenang dan tak kecoh macam kelab malam. Dah tak ingat bila kali terakhir ke kelab malam. Zaman sebelum kenal Amar kot sebab dia tak pernah pergi tempat macam tu dengan Amar. Longgar betul peraturan Zouk. Tulis perempuan bertudung tak digalakkan masuk. Patut cakap tak boleh terus. Jadi terlepas juga masuk sampai dia nak gelak atau simpati pun dia tak pasti bila tengok aksi mereka.
            “Jes, budak – budak ravers ramai sangat.”
            “Salah masa la kita. Ladies night kan. Campur ada event budak ravers memang bosanlah.”
            “Yang terhangguk – hangguk tu kalau kau nak tau trend budak hijabista zaman sekarang. Masuk kelab tapi tak ada lah nak dancing bagai. Takat hangguk – hangguk kepala tepi meja. Dorang panggil ‘Islamic dancing’.”
            Alila telan air liur. Perubahan yang tak boleh dia nak terima akal. Niat nak suka – suka pun berkubur. Tak sampai pukul 11, sempat terkinja dua lagu dia dah tarik tangan Jes balik. Tu lah kali terakhir definisi hiburan yang Alila padamkan daripada kamus hidupnya.
            Jude mendahului Alila ke ruang di belakang The Lounge yang terbuka dan menawarkan pemandangan taman ringkas yang dibina.
            “Alila, this is fun.” Jude angkat gelas berisi air Coke dan terus menyedut straw dengan rakus. Nampak halkumnya bergerak – gerak membuatkan Alila cepat – cepat memandang ke lain.
            “Tu je?”
            “This is fun.” Alila keluarkan telefon bimbit, mula nak selfie. Lantaklah Jude nak cakap apa pun. Dengan Amar dulu lainlah, spesis sopan santun. Dia sehabis baik nak jadi perempuan Melayu terakhir juga walau pun banyak yang lopong. Kali ni dia nak jadi diri sendiri.
I’m broken and spoiled. Take it or leave it.
Kalau tekaannya tak salah, maka Jude samalah seperti Amar. Anak orang kaya. Boleh memilih sedangkan siapalah dia. Keluarga biasa – biasa. Kerja pun biasa – biasa.  Hatinya barang kali ada tompok emas, asyik salah jatuh cinta aje. Sakit hati betul. Nak masuk Gear 5 aje dah nak kena gostan.
“Saya ada kat sini. Selfie buat apa. Wefie jom.” Jude bangun dan dengan selamba berjalan ke arah Alila. Jude duduk di atas lengan sofa di sebelah Alila. Telefon ditangan Alila diambil dan Jude mendekatkan badannya ke arah Alila sambil berbisik.
“This is my definition of fun; when I am with you Lila.”
Klik.
Alila dah hampir beku.
“Hmm…gambar ni tak sharp dan rambut awak ni…haish…” Jude memandang skrin telefon dan menggelengkan kepala. Jude menala pandangan ke arah Alila.
“May I?”
Tak sempat pun Alila nak jawab apa – apa sebab tangan Jude dengan selambanya membetulkan anak rambutnya yang jatuh di dahi.
            Nurse porn – when a man has a very damn nice vein! This man…urghh. Alila gelengkan kepala cuba membawa diri ke alam realiti.
            “Second shot Alila. Senyum please.” Klik.
            Alila senyum tapi jauh di lubuk hatinya terasa sakit. Alila tunduk. Dada yang sesak dipegang. You are weak Alila. You are weak.
            “Alila…” Jude memegang bahu Alila penuh kerisauan.
            Tangan Jude di bahu perlahan ditarik dan dengan berpaut kepada Jude, Alila berdiri.
            “I’m sorry. I just can’t.” I start to like you and it’s killing me.
           

            ALILA memandang telapak tangan. Seakan – akan nampak setiap nombor yang ditulis disitu biarpun berbulan sudah berlalu. Now or never!
“Hai….”
            “Hai.” Jude terkejut mendengar suara di hujung talian.
            “Emm…”
            “I miss you.” Jude berkata dengan nada paling selamba sedangkan dalam hati rindunya seluas lautan. I really…really miss you girl. Selama dia berhempas pulas mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kerjaya gelapnya, hanya bayang Alila yang menjadi inspirasi. Kalau segala – galanya di dunia ini tak berlaku seperti yang dirancang, hanya satu pintanya.
I want Alila. Just, Alila.
            “Tengah kerja?”
            “Tak. On leave.” Sesungguhnya dia masih menghitung masa depannya yang gelap selepas berani meletakkan jawatan sebulan yang lalu namun pihak syarikat belum lagi meletakkan tali gantung ke lehernya.  Tak lama lagi gelaran rich and dangerous agaknya bertukar kepada poor and loser. Jude menarik nafas lega. Apa jua milik kita akan tetap jadi milik kita; cepat atau lambat. Kereta dipandu keluar kawasan hospital. Nak tuju ke hospital lagi satu kah? Atau?
            “Jude…”
            “Alila, kita keluar nak tak? Let’s clear the air. Saya jemput awak kat tempat kerja.”
            “Saya pun tak kerja. Kat rumah.”
            “Saya jemput kat rumah ya.”
            “Tak marah?”
            “Saya? Saya tak pandai marah orang. Especially you Alila.”  Saya tak kan bagi awak kehidupan yang awak tak nak Alila. I will leave this shiny – playground because it never belong to me. Tak pernah! Tiba masanya Daddy perlu berterus – terang.
            “Okay.” Alila lega.
            “Tunggu tau. Saya jemput kejap lagi and by the way, happy nurses day. I’m proud of you.” Sesungguhnya tak pernah terjangkau di akal fikiran Alila yang akan menghubunginya dahulu. Patutnya dia yang cari tapi dia pun keliru ditambah dengan kesibukan tugasan – tugasan terakhirnya. Dia kalau ikut hati, selesai aje semua perkara di Sunnyvale terus rasa nak masuk meminang Alila.
Dear Alila, I know you like me. I know it but what I didn’t know is how brave you are.
            Dear Jude, some walks you have to take alone. Some walks I really want to take with you.
            Alila senyum. Rupanya sudah seperti si mandul mendapat anak.