“ABANG
nak balik dulu pun boleh. Kejap lagi Daddy sampai. Lagi pun mesti dah penat.”
Jude angkat kening. Bomber jacket yang tersadai di kerusi
ditarik dan disilangkan di lengan. Sebelah lagi tangan diangkat tinggi untuk
meregangkan badan.
“Bisinglah kat luar. Kecoh jugak awek – awek kat sini.”
“It’s their day.
Tengah happy la tu. Dari tadi rasanya
ramai doktor singgah kaunter mereka bagi hadiah.”
Jude senyum. Untunglah kerja di hospital mewah seperti
ini. Kalau kerja di hospital biasa – biasa kena pula negara miskin, tak adanya
meriah macam ni. Banyak dah hospital di seluruh dunia Jude dah jejak jadi dia
layak membuat perbandingan.
“Anything call me.”
Jude menyentuh dahi Julia. Nasib denggi aje. Dapat kesan peringkat awal pula. Kaca mata hitam dilekap ke wajah. Jaket dilengan
pun disarung elok ke badan.
“Bye.”
Jude singgah di kaunter dan melayangkan ucapan ikhlas. “Happy Nurses Day.”
“Terima kasih Encik Juhaidi.”
Jude senyum. Datang tengok Julia tak sampai sehari pun
dia dah popular. Seterusnya dalam kepala
rindu yang tak dapat dibendung terhadap seseorang. Ya, Alila bukan sebarangan.
Dah tahu Alila anti – shiny playground, salah dia kerana berterus terang. Bukan
apa, balik aje banyak – banyak kereta yang ada di garaj tapi yang tinggal hanya
sebuah kereta mewah milik Daddy dan pada fikirannya tak ada apa – apa kot.
Porsche buruk, bukan edisi terbaharu pun. Tak kira lagi reaksi Alila apabila menerima
Russian Doll yang dipenuhi Swarovski buatan Piaget.
ALILA memandang ke siling. Sengaja dia pilih off day hari semua orang sibuk nak
beraya. Alahai….hari jururawat je pun. Dah bertahun merayakan hari jururawat,
dah tak rasa apa dah.
Poyo sangat padahal bertahun yang lepas sambut dengan
Amar kalah sambut hari kekasih. Dapat hadiah best. Lepas kerja Amar bawak
tengok wayang lagi. Amar lagi. Kau ni Alila, 50 tahun lagi ke baru nak move on?
Alila ketap bibir. Hari tu dah ada peluang nak dapat boyfriend baru, dia yang
jual mahal. Wajah Jude ala Tarabas versi muda dan moden menjelma. Awal
perkenalan, Alila rasa Jude biasa – biasa sahaja. Rasa ‘sesuatu’ mestilah wujud
sebab Jude memang jatuh dalam kategori lelaki charming habis. Cuma lepas jumpa
Jude lepas kejadian Blair – Chuck Bass buat dia rasa tawar hati. Russian Doll
bertatahkan swarowski yang dia rasa sama harga dengan rantai emas di lehernya
di pegang penuh hati – hati.
Jude bagi Alila adalah bayangan Amar. Dia tak kan salah
menilai. Dia tak kan jatuh untuk kali kedua.
“Keluar jom.”
“Nak pergi mana?”
“Dating.”
“Re-phrase please.”
“Ooo-kay. Let’s go
out. Let’s have fun.”
“Define fun.”
Rahang Jude
jatuh. Alila senyum sendiri. Seronok pula dapat kenakan Jude.
Jude malas nak fikir banyak. Tiba di Malaysia, sampai
rumah, mandi, tukar baju dan alas perut dengan segugus anggur terus dia keluar
mencari Alila.
Define fun. Hmmm….
“Let’s go.”
Jude menjemput Alila di hadapan pagar hospital. Kalau Alila suruh tunggu depan
A&E pun dia sanggup terpacak tunggu.
Alila cepat – cepat masuk ke dalam perut kereta dan
tunduk.
“Jalan cepat.”
“I keluar dengan awek orang? Bini orang?” Soal Jude
direct apabila dah sampai simpang jalan lepas 500m dari hospital barulah Alila
menegakkan badan dan membetul – betulkan rambutnya yang serabai.
“I’m single and
available.”
“Cool.” Jude
gelak. Malas la nak tanya apa yang Alila nak sorok sangat.
Alila pula dalam kepala macam – macam teori muncul. Mana pergi
Honda mamat ni? Kenapa nasib aku macam ni? Eh, ke kereta pinjam. Sebab aku
kutuk dia tak ada duit nak belanja air tin milo hari tu ke? Nak tanya secara
terang nanti orang salah faham. Kena cop materialistik pula. Play it cool. Dig it!
“Betulke baru balik dari Moscow ni?”
Jude angguk.
“Kerja?”
Jude angguk.
Alila telan air liur. Kerja apa sampai Moscow?
“So…my definition
of fun?”
“Forget it.”
“Dah penat saya fikir mestilah kena cakap.”
Alila gelak. Pantang kena ‘game’ sikit nampaknya Encik
Juhaidi kita ni. Tak sempat Jude nak menjawab kereta dah masuk ke tempat parking
VIP The Lounge.
“Lepak kat sini ya.”
Alila angguk. Dia tak biasa ke sini tapi suasana The
Lounge nampak tenang dan tak kecoh macam kelab malam. Dah tak ingat bila kali
terakhir ke kelab malam. Zaman sebelum kenal Amar kot sebab dia tak pernah pergi
tempat macam tu dengan Amar. Longgar betul peraturan Zouk. Tulis perempuan
bertudung tak digalakkan masuk. Patut cakap tak boleh terus. Jadi terlepas juga
masuk sampai dia nak gelak atau simpati pun dia tak pasti bila tengok aksi
mereka.
“Jes, budak – budak ravers ramai sangat.”
“Salah masa la kita. Ladies night kan. Campur ada event budak ravers memang bosanlah.”
“Yang terhangguk – hangguk tu kalau kau nak tau trend
budak hijabista zaman sekarang. Masuk kelab tapi tak ada lah nak dancing bagai. Takat hangguk – hangguk kepala
tepi meja. Dorang panggil ‘Islamic
dancing’.”
Alila telan air liur. Perubahan yang tak boleh dia nak
terima akal. Niat nak suka – suka pun berkubur. Tak sampai pukul 11, sempat
terkinja dua lagu dia dah tarik tangan Jes balik. Tu lah kali terakhir definisi
hiburan yang Alila padamkan daripada kamus hidupnya.
Jude mendahului Alila ke ruang di belakang The Lounge
yang terbuka dan menawarkan pemandangan taman ringkas yang dibina.
“Alila, this is fun.”
Jude angkat gelas berisi air Coke dan terus menyedut straw dengan rakus. Nampak
halkumnya bergerak – gerak membuatkan Alila cepat – cepat memandang ke lain.
“Tu je?”
“This is fun.”
Alila keluarkan telefon bimbit, mula nak selfie.
Lantaklah Jude nak cakap apa pun. Dengan Amar dulu lainlah, spesis sopan
santun. Dia sehabis baik nak jadi perempuan Melayu terakhir juga walau pun
banyak yang lopong. Kali ni dia nak jadi diri sendiri.
I’m broken and spoiled. Take it or
leave it.
Kalau
tekaannya tak salah, maka Jude samalah seperti Amar. Anak orang kaya. Boleh
memilih sedangkan siapalah dia. Keluarga biasa – biasa. Kerja pun biasa –
biasa. Hatinya barang kali ada tompok
emas, asyik salah jatuh cinta aje. Sakit hati betul. Nak masuk Gear 5 aje dah
nak kena gostan.
“Saya
ada kat sini. Selfie buat apa. Wefie jom.” Jude bangun dan dengan selamba
berjalan ke arah Alila. Jude duduk di atas lengan sofa di sebelah Alila. Telefon
ditangan Alila diambil dan Jude mendekatkan badannya ke arah Alila sambil
berbisik.
“This is my definition of fun; when
I am with you Lila.”
Klik.
Alila
dah hampir beku.
“Hmm…gambar
ni tak sharp dan rambut awak ni…haish…” Jude memandang skrin telefon dan
menggelengkan kepala. Jude menala pandangan ke arah Alila.
“May I?”
Tak
sempat pun Alila nak jawab apa – apa sebab tangan Jude dengan selambanya
membetulkan anak rambutnya yang jatuh di dahi.
Nurse porn – when a man has a very damn nice
vein! This man…urghh. Alila
gelengkan kepala cuba membawa diri ke alam realiti.
“Second shot Alila. Senyum please.”
Klik.
Alila senyum tapi jauh
di lubuk hatinya terasa sakit. Alila tunduk. Dada yang sesak dipegang. You are weak Alila. You are weak.
“Alila…” Jude memegang
bahu Alila penuh kerisauan.
Tangan Jude di bahu
perlahan ditarik dan dengan berpaut kepada Jude, Alila berdiri.
“I’m sorry. I just
can’t.” I start to like you and it’s
killing me.
ALILA memandang telapak tangan. Seakan – akan nampak
setiap nombor yang ditulis disitu biarpun berbulan sudah berlalu. Now or never!
“Hai….”
“Hai.” Jude terkejut mendengar suara di hujung talian.
“Emm…”
“I miss you.”
Jude berkata dengan nada paling selamba sedangkan dalam hati rindunya seluas
lautan. I really…really miss you girl.
Selama dia berhempas pulas mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kerjaya
gelapnya, hanya bayang Alila yang menjadi inspirasi. Kalau segala – galanya di
dunia ini tak berlaku seperti yang dirancang, hanya satu pintanya.
I want Alila. Just, Alila.
“Tengah kerja?”
“Tak. On leave.”
Sesungguhnya dia masih menghitung masa depannya yang gelap selepas berani
meletakkan jawatan sebulan yang lalu namun pihak syarikat belum lagi meletakkan
tali gantung ke lehernya. Tak lama lagi
gelaran rich and dangerous agaknya bertukar kepada poor and loser. Jude menarik
nafas lega. Apa jua milik kita akan tetap jadi milik kita; cepat atau lambat.
Kereta dipandu keluar kawasan hospital. Nak tuju ke hospital lagi satu kah?
Atau?
“Jude…”
“Alila, kita keluar nak tak? Let’s clear the air. Saya jemput awak kat tempat kerja.”
“Saya pun tak kerja. Kat rumah.”
“Saya jemput kat rumah ya.”
“Tak marah?”
“Saya? Saya tak pandai marah orang. Especially you Alila.” Saya tak
kan bagi awak kehidupan yang awak tak nak Alila. I will leave this shiny – playground because it never belong to me.
Tak pernah! Tiba masanya Daddy perlu berterus – terang.
“Okay.” Alila lega.
“Tunggu tau. Saya jemput kejap lagi and by the way, happy nurses day. I’m proud of you.” Sesungguhnya
tak pernah terjangkau di akal fikiran Alila yang akan menghubunginya dahulu. Patutnya
dia yang cari tapi dia pun keliru ditambah dengan kesibukan tugasan – tugasan terakhirnya.
Dia kalau ikut hati, selesai aje semua perkara di Sunnyvale terus rasa nak
masuk meminang Alila.
Dear Alila,
I know you like me. I know it but what I
didn’t know is how brave you are.
Dear Jude, some walks you have to take alone. Some walks
I really want to take with you.
Alila senyum. Rupanya sudah seperti si mandul mendapat
anak.
Lepas rindu kat incik Juhaidi. ��
ReplyDeleteRindu nak lepakkkk....
DeleteYeay
ReplyDeleteYeay 🌹🌹🌹
DeleteThanks
ReplyDelete♡♡♡
~ Jazmeen
Welcome sisthur 💜💜💜
DeleteRindu jgk dgn jude n lila... happy nurse day alila..
ReplyDeleteThank you 💐
Deletetq kak rin...rindu sangat kat story ni
ReplyDeletew'come.... rindu nak lepak sini jugak kan
DeleteYa allah lama nya junaidi ni
ReplyDeletelama sampai juhaidi pong jadi junaidi 😬
Deletehahaha...
Had to re-read d previous chapter utk ambil feel loving lila balik..
ReplyDeleteJude sgt2 cool.. Ke ego??
Tak ego
Deleteni confirm cool; saya escape full part dorang kat The Lounge and scenes after that.
ya ALLAH bestnya.....bila nak sambung lg kak Rin..
ReplyDeletenanti - nanti K Rin smbg k
Deleteaduhai..terubat rindu.
ReplyDeleteterubat rindu
ReplyDelete:D
Delete:)
Rindu lila & jude. Thx KL for the update 😊😍💐🌹
ReplyDeleteWelcome :D
Deletetxs rindu mereka berdua.
ReplyDeleteKan...saya pun rindu nak lepak kat blog jadi ada masa free banyak duk la bertapa sini jap
Deleteplease sambung lagi...nak baca lagi! jude is really cool and ambitious...;)
ReplyDeleteInsya Allah nanti saya sambung k
Deletehuuu..melepas rindu
ReplyDeletehahahha....okay dah lepas rindu dah kan :D
Deletesambung le lagiiiii...
DeleteInsya Allah
DeleteMy favorite mr-straight-to-the-point-no-nonsense is back yeayyy!!!
ReplyDeleteyeay!
Delete