Friday, 3 March 2017

NOVEL TERBAHARU RIN AHMAD: THE EX




Bellina dan Darren dijodohkan oleh kedua-dua orang tua mereka namun, dalam zaman serba moden ini mana mungkin kisah kahwin paksa relevan. Darren membuka langkah untuk menawan hati Bellina. Bellina pula menerima sementelah Darren cukup segala pakej yang diidamkan.

Salah mereka cuma satu; masing-masing berlagak baik apabila disogokkan oleh deskripsi watak oleh ibu bapa mereka sebelum dijodohkan. Hakikatnya Bellina dan Darren sama sahaja. Masing-masing panjang langkahnya. Masing-masing mempunyai teman yang silih berganti.
Apabila sudah jatuh cinta bergolek-golek, tanpa disedari mereka mengikut arus dan terus menjadi ‘baik’. Sehinggalah peristiwa demi peristiwa tersingkap dan masing-masing merasakan diri sangat tertipu.
Mampukah Bellina untuk kekal taat kepada seorang suami yang telah melukakan hatinya setelah rahsianya terbongkar?
Mampukah Darren untuk kekal menyayangi seorang isteri yang tega mempermainkan hakikat kisah sebenar?


*********



“I minta kunci kereta pun you boleh emosional. I belum lagi minta simpan kunci hati you. No big deal okay. Let me do this.”

“I dah biasa buat sendiri semua. Lagi pun bumper jatuh bukan enjin rosak ke apa. Nak kunci buat apa? We can just fix the bumper here creatively.” Bellina malas nak layan ayat pick up line kau kunci hatiku konon. Again cliché!

“Jadi, you patut tanya dulu I nak buat apa kunci tu.”

“Hey boo, wanna play find my spark plugs? Roll up your shirt’s sleeves, tinker with a car and just popping the hood, staring at it and hello Bellina, am I attractive and suave? The bumper then not gonna be forever fixed Mr Darren!” Nada suara Bellina perli tahap maksima. Perkataan suave tu disebut panjang ada dekat 7 harakat. Terkeluar semua imaginasi dia terhadap ‘lelaki dan kereta’.










p/s: Novel terbaharu daripada Rin Ahmad, yeay finally! Silalah pelepak tegar sekalian terutama pelepak sejak dari zaman batu blog, die hard fan Darren dan Bellina dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran ya. Siapa yang masih sudi membaca gaya penulisan saya (santai/flashback/manglish) bolehlah dapatkan ya.

Kalau dah complete kesemua 6 buku saya (termasuk The Ex), sudilah share gambar booktower 
anda di page Facebook Rin Ahmad, Karya Lepak Fans Page atau tag di Instagram saya @rin.ahmad.

Tajuk asal novel ini ialah POKOK KRISMAS BERGERAK.

Assalamualaikum and Happy Weekend :D

xoxo, 
KL @RA



7 comments:

  1. assalammu'alaikum

    congrats dear for the 6th published novel.
    finished reading THE EX n repeating my reading.
    As usual with ur signature writing style - always satisfied my reading taste.
    I love everything in THE EX - Darren n Bell n the cameo appearance of some characters from previous novels are totally ohsem.
    it's so AH-MA-ZING how these characters blended so well into the story.
    Again loads of beautiful quotes n lines from THE EX.

    One of my fav lines:
    An ex is called an ex because it is an example of what we shouldn’t do again in the future.
    Jadikan semuanya pengajaran.
    Bila kita ingat, kita insaf dan kita bertaubat tanpa jemu
    ~ Darren Umar

    Your piece gonna be incomplete without the inclusion of foreign trip hence The Istanbul spree n Mexico journey were splendid n breathtaking!

    I like this kinda 'manglish brand' of novel ♡♡♡

    Tahniah Rin Ahmad. May ALLAH keep on granting n bestowing u with brilliant, 'bombastik' and creative ideas to keep on writing. Aamiin Ya Rabb

    Lev
    ♡♡♡

    ~ Jazmeen ~


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Jaz

      You surely have a lot to say and never ever boring 'melepak' here despite of your busy schedule and my own inconsistent entry.

      Thank you sooo muchhhhh!

      Delete
  2. walaa... need to get your 6th master piece ASAP...
    congrat Rin Ahmad... ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...
      how are you my regular pelepak?

      Delete
  3. Pokok Krismas Bergerak! hihi

    Selalu juga lepak sini kalau rasa rindu nak baca cerpen/cerpan Rin Ahmad. Habis sampai bawa scroll nak baca hahah novel pun keep on repeat kalau ada masa. Terima kasih untuk "The Ex". Patut tergerak hati nak datang sini, rupanya dah keluar tapi baru tahu hahaha boleh beli nanti.

    Terima kasih juga untuk cerita-cerita yang banyak "inti" takde lah lagha sangat baca banyak benda boleh dijadikan iktibar.

    Terima kasih Kak Rin!

    ReplyDelete