Wednesday, 19 October 2011

Jangan Tinggalkan Daku

“Pinjam la awek kau sekejap Lan, hari ini je.”
Aizec buntu. Bukannya tidak tahu rancangan Mak dan Ayah untuk menjodohkannya dengan Sharifah tetapi hatinya langsung tidak terbuka untuk menjadi galang ganti penghubung silaturrahim hubungan kekeluargaan ini. Nak kata dia selfish? Fishmonger? Katalah Aizec tak heran. Rasa macam kuno sangat kahwin ala – ala paksa lepas tu suka. Fake okay!
            “Tak payah susah – susah nak pinjam awek orang. Nih, kau ambik nombor ni pastu  telefon. Cakap kau nak stok macam mana. Nanti dia bagi.”
Roslan menghulurkan sekeping kad. Aizec menyambut huluran.
            “Amende ni?”
            “Alah..ambik je lah. Nanti telefon.”

***

Aizec memandang putaran kipas yang tergantung di siling tidak berkelip. Sungguh kedinginan bilik yang sudah terpasang alat penghawa dingin tidak mampu meredakan panas di hatinya. Seraut wajah ayu yang cuba diluputkan, yang telah lama dicampak jauh ke dasar hatinya tiba – tiba muncul kembali. Percutiannya di Bandar Uda yang indah permai kali ini betul – betul membangkitkan nostalgia lama. Arghh! Patutnya aku duduk diam – diam di Kuala Lumpur. Balik kampung buat menyakitkan hati sahaja.
“Mak, Aizec keluar sekejap. Pinjam kereta Kak Ila ya.”
Aizec tidak betah berlama – lama di rumah. Tak sampai dua hari berada di kampung hatinya sudah meronta – ronta untuk balik ke Kuala Lumpur. Sudahnya dicapai kunci kereta Kak Ila yang ditinggalkan sejak semalam khas untuk Aizec menjalankan tugas mengambil dan menghantar Adura, anak tunggal kakaknya ke tadika. Azalea satu – satunya kakak kesayangan menghadiri kursus di Port Dickson. Haishh...isteri pergi kursus suami pula yang sibuk nak meneman. Alihnya Azalea mengambil kesempatan dengan kepulangan Aizec untuk menjaga si cilik Adura. Bengangnya!
            “Dah pukul sebelas ni. Pukul 12.30 tengah hari nanti jangan lupa ambil Adura kat tadika ya.”
            “Mak...mintaklah Ayah yang ambil Adura. Aizec nak keluar jumpa kawan lah.”
Aizec merengus. Mana dia ada kawan kat Jb ni pun tapi hatinya tak betah untuk melangut kebosanan dan melayan perasaan di rumah. Bukan niat nak jadi anak derhaka pun tetapi tak sanggup untuk menatap wajah itu untuk kesekian kalinya.
            “Kalau Aizec ambil alih kerja Ayah, buat semua kerja Ayah, Mak rasa Ayah sekarang ni seronok goyang kaki kat rumah main dengan cucu. Takat nak ambil Adura mesti tak kecoh macam kamu ni.”
Jarang Puan Aziah membebel seperti sekarang. Perangai Aizec yang kadang kala amat melampau sudah tidak dapat ditahan. Kesian melihat suami memerah keringat. Sepatutnya Aizec yang dihantar belajar tinggi – tinggi diharapkan mengambil alih semua kerja si Ayah.
            “Ya lah, Aizec ambil.”
Puan Aziah yang tadinya berada di dapur beralih ke ruang tamu menala pandangannya ke arah anak terunanya seorang ini.
            “Kalau susah sangat biar Mak minta Cikgu Adura hantarkan.”
Aizec memandang Puan Aziah yang nampak benar sedih. Dipegang bahu Puan Aziah lembut.
            “Aizec ambil la Mak, jangan risau.”
Senyuman dihadiahkan untuk Puan Aziah. Biarlah terpaksa menghadap wajah itu sekali lagi pun dia sanggup dari menatap riak sedih Puan Aziah. Sayu pula hati Aizec kali ini biar pun sudah tak terkira banyaknya Aizec mengecewakan hati tua itu.
            Kereta dilajukan menghala ke arah Bandaraya Johor Bharu. Danga Bay yang dulu meriah sekarang sunyi sepi dek kerana pembangunan wilayah Iskandar yang giat dilancarkan. Apalah agaknya yang sedang dirancang oleh pihak IRDA sekarang? Harap – harap pembangunan yang dirancang mendatangkan manfaat kepada rakyat Johor. Kereta diperlahankan di sepanjang jalan yang dulunya dikenali sebagai Pantai Lido. Tenteram sungguh memandu di sepanjang jalan yang dipagari Selat Tebrau ini. Walau pun panas terik di luar, pemandangan tetap indah di mata Aizec. Jam di dashboard dikerling. Hampir menginjak jam 12 tengah hari.

* * *
            “Saya nak panggil encik apa?”
Soal gadis manis di hadapannya. Cantik. Kulitnya yang putih dan gebu mengocak jiwa lelakinya. Walau pun hanya ringkas dengan jeans biru laut dan blouse merah jambu tetapi kecantikan gadis di hadapannya amat terserlah.
            “Aku bayar. Kau tak payah banyak tanya. Temankan aku je.”
            “Okay tapi dalam telefon tadi agen saya cakap saya kena temankan Encik pergi majlis rasmi. I thought we should introduce our self briefly.”
            “Tak payah. Ikut je rentak aku.”
Dari awal lagi Aizec sudah bertanya latar belakang Call Girl yang sedang berdiri di hadapannya ini. Muka macam innocent awek ni tapi sanggup pula jadi Call Girl. Haishh...apa nak jadi dengan budak – budak universiti zaman sekarang ni. Nak hidup senang jalan pintas katakan. Tapi pelik pula, sepatutnya gadis secantik ini senang – senang sahaja dapat ngap boyfriend kaya. Argh! None of my business!
            “Nama?”
            “EE.”
Aikk..macam tu punya nama pun ada. Bagilah Aisyah ke, Saffiya ke, ini EE? Okaylah sekurang – kurangnya bukan AAA. Dah jadi macam jenis bateri pula.
            “Dah lama buat kerja ni?”
EE tertunduk. Segan benar dengan soalan yang satu ini. Rambutnya yang panjang mengurai dengan sedikit rambut yang terjuntai di dahi diselak – selak. Perasaannya bercampur baur. Bayangan Mama dan Abah di kampung mula menghantui.
            “Ermm..baru je.”
            “Siapa ajar?”
            “Kawan satu kolej.”
            Best?”
Erk..Apa punya soalan ni? Ingat aku ni stok pelajar terlampau sangat ke? Kalau tak mengenangkan Mama dan Abah yang sedang bergelumang dengan masalah hutang tak mungkin dia terjebak dengan pekerjaan ini. Dari kecil lagi Mama dan Abah memberi didikan agama yang secukupnya tetapi apa pilihan yang dia ada sekarang?
            “Tak. Kadang – kadang bosan jugak.”
            “Ai..duit masuk pun bosan?”
            “Kalau dapat pelanggan yang tangan merayap susah nak kawal encik.”
            “Ai..bukan tu skop kerja Call Girl ke? Habis tu dapat pelanggan muda, baik dan handsome macam saya ni suka?”
EE bungkam. Malu pun ada. Tak patut dilayan cakap jejaka di sebelahnya ini. Kebiasaannya kerja nya senang sahaja. Ikut pelanggan ke majlis – majlis. Lepas tu tayang senyum je. Kalau ada yang terlajak nak ajak sampai ke tempat tidur jawabnya ‘Assalamualaikum Encik.’ Habis cerita. Balik asrama buat assignment dengan ulang kaji mana yang patut lagi penting. Namun gadis seusianya yang pendek akal tak akan mampu menolak tawaran kerja sebanyak RM100 sejam seperti sekarang. Jejaka di sebelahnya tadi mengambilnya di Hentian Komuter Serdang pukul 8 malam. Kata dihantarnya balik pukul 12 malam. RM400 sudah pasti ada dalam genggaman. Kalau tiap – tiap hari ada job, sebulan dah berapa? Kalau tak dihadkan kerjanya ini, EE yakin yang dia boleh terjerumus ke lembah yang hina. Namun bilakah masanya untuk EE mengundur diri? Dia sendiri pun tak pasti.

* * *

Beg sekolah Adura dicampak kasar. Pipi yang masih merah digosok perlahan. Panggilan Puan Aziah tidak diendahkan. Aizec duduk di sisi katil sambil memegang kepala. Kata – kata EE sebentar tadi cukup menghancur lumatkan hatinya.
            “Sejak bila insaf ni?”
EE tunduk diam tidak berkutik. Tudung yang tersarung di kepala yang ditiup angin dibetulkan.
            “Adura masuk dalam kereta dulu. Cikgu nak cakap sikit dengan Uncle.”
EE mencium dahi Adura dan melambai – lambai gadis cilik berusia 6 tahun yang hilang dalam perut kereta Kak Ila. EE tahu kereta itu bukan milik jejaka di hadapannya ini. Puan Azalea, Mommy Adura memang menghantar Adura ke tadika setiap hari. Kereta tersebut sudah selalu dilihatnya sebab itulah pagi tadi apabila dengan ceria EE membuka pintu di bahagian penumpang namun di saat matanya bersabung dengan pemandu kereta tersebut, jantungnya seakan berhenti berdegup sehinggalah ucapan Selamat Pagi daripada Adura menyedarkan EE.
            “Oii pekak ke?”
Panas EE mendengar jerita kurang ajar Aizec. Tak pernah berubah perangainya.
            “Jangan kurang ajar kat sini boleh tak?”
            “Aku kurang ajar?”
            “Kau tu yang patut cermin muka kau. Orang macam kau tak layak pun cakap aku kurang ajar jangankan nak mengajar kat tadika ni!”
Tegang suara Aizec menengking nasib baiklah pelajar yang masih ada di kawasan tadika hanya berapa kerat sahaja. EE menahan geram. Wahai hati sabarlah!
            “Aizec lupakan yang kita pernah saling mengenali. Ini kehidupan baru saya. Bagi saya teruskan kehidupan saya sekarang dan saya harap sangat ini kali terakhir kita bertemu.”
            “Awak hutang saya penjelasan EE! Mana awak pergi?”
EE memandang jalan hadapan yang sunyi. Cuba mengumpul kekuatan dalam diri. Dia tahu mood Aizec sedang berubah kalau dari ber-aku beralih pula ber-saya tu maknanya Encik Aizec kita tengah nanar. Tengah kemaruk menagih sebuah penjelasan.
            “Kalau awak lupa, saya nak ingatkan awak yang tinggalkan saya.”
Aizec bungkam. Memang dia yang tinggalkan EE tetapi sebab dia geram. Cemburunya yang tidak terkawal akhirnya membinasa dirinya sendiri. Apabila dia tersedar akan silapnya, EE telah hilang jejak.
            ‘Okay fine. Esok aku tak nak tengok muka kau kat sini. Tak rela aku cikgu tadika anak saudara aku ni bekas Call Girl!’
Pangg!!!!
            Tangan kecil EE hinggap di muka Aizec namun sepedih pipinya yang ditampar EE, pedih lagi hatinya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, merah pipi Aizec dilayang penampar sulung EE!

***

            ‘Aizec, In a sentence of love, often times you have to put a period on something that has to end and not just settle on a comma. In time, you will realize that it’s nicer to see a complete sentence rather than a phrase that’s completely hanging and doesn’t even make any sense.’
Kata – kata terakhir EE membuat Aizec nanar. Terngiang – ngiang sambil terbawa ke alam mimpi. Pagi ini apabila melihat Adura lengkap dengan uniform tadika, laju sahaja Aizec menawarkan diri untuk menghantar Adura. Puan Aziah dan Encik Arifin memandang Aizec pelik namun tidak dihiraukan.
            “Jom Adura, Uncle hantar.”
Aizec menapak menuju ke Tadika Nuri. Sengaja diparking kereta agak jauh dari tadika. Tangan Adura digenggam erat. Seorang cikgu yang agak berusia sedang tersenyum menanti pelajar – pelajar di hadapan pagar.
            “Adura masuk dulu ya sayang. Bye!”
Sah EE tak ada pagi ini setelah mata Aizec meneropong ke segenap penjuru tadika.
            “Tak balik lagi?”
Sapa cikgu yang tegak macam tiang bendera di hadapannya.
            “Emm..cikgu EE ada?”
            “EE?”
            “Err...Cikgu Ezurin binti Ezad.”
Tak tahulah sejak bila Aizec dapat sindrom gagap ni. Haru betul!
            “Cikgu Ezurin dah berhenti kerja. Dia dapat tawaran kerja lagi bagus.”
            “Hah?”
Aizec buntu. EE tak pernah berubah. Degil! Orang main- main je gertak terus hilang pula.
            “Kesian Cikgu Ezurin tu. Habis belajar je terus kerja kat sini. Tak sempat nak kerja betul – betul semata – mata nak jaga arwah Mama dia yang lumpuh.”
Aizec diam. Maknanya EE tak pernah pun jadi jurutera seperti idaman hatinya dahulu? Teringat EE pernah cakap dulu dia nak jadi macam Abah. Nak jadi jurutera macam Abah. 
            “Arwah? Bila Mama EE meninggal? Abahnya macam mana cikgu?”
Pelbagai soalan mengasak – asak minda Aizec.
            “La..tak tahuke? Abahnya meninggal hari terakhir Cikgu Ezurin kat universiti. Tak tahan tanggung beban hutang bila syarikatnya diisytihar bankrup. Abahnya meninggal sebab tekanan perasaan yang tak terkawal.”
Aizec terdiam. Jadi betullah cakap EE. Lelaki yang mengambilnya di hadapan kondo Aizec dua tahun yang lalu adalah sepupunya. Hari itu memang hari terakhir EE di universiti.  EE dah cakap lepas kemas rumah dia terus nak balik kampung bercuti. Tak sangka pula lain yang EE rancang lain pula sebenarnya yang menanti di kampung. Betullah EE cakap dalam telefon yang dia tergesa – gesa nak balik kampung sebab kecemasan. Tak sempat pun mendengar penjelasan EE talian telefon terus dimatikan. Malah sempat dilaungkan kepada EE ‘Kalau dah dasar Call Girl, sampai bila pun jadi Call Girl!’.
Lelaki kacak yang sedang mengangkat beg EE ke dalam but kereta dulu benar rupanya sepupu EE. Di saat Aizec terasa akan kehilangan EE, nombor yang didail sudah ditamatkan perkhidmatannya. Arghh!!! Ezurin binti Ezad!!!Jangan tinggalkan daku!
            “Cikgu Ezurin orang sini ke?”
            “Ya, dia orang Bukit Kempas.”
Ya Allah! Berapa jengkal sangat kampung halamannya Bandar Uda dengan Bukit Kempas. Kecilnya dunia ni. Tak pernah pun terlintas Aizec nak bertanya kampung halaman EE sepanjang perkenalannya dahulu. Aizec meraup – raup mukanya dengan tangan yang sudah berpeluh. Betapa berdosanya dia terhadap EE. Sepatutnya dia yang celik membawa EE ke pangkal jalan. Membimbing EE yang hampir terjerumus ke lembah hina namun tega pula dia menghancurkan sekeping hati EE. Mujurlah EE yang dilihatnya semalam manis dengan baju kurung dan tudung yang kemas melilit kepala. Maknanya EE telah meninggalkan pekerjaannya dulu. Alhamdulillah. Tak lah Aizec merasa beban dengan kesilapan bodohnya dahulu.
            Aizec melarikan kereta laju ke Stulang Laut. Lepak kat tepi laut lagi best tengah – tengah serabut macam ni. Radio yang tengah mendendangkan lagu Terhenti Di Sini umpama merobek – robek hati Aizec. Wajah EE yang makin manis dipandang selepas dua tahun membuat Aizec nanar. Membuatkan Aizec yakin cintanya masih utuh hanya untuk Ezurin Ezad!
 Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menanggung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
Kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Sungguh, Ezurin binti Ezad hadir dalam hidupnya di saat dia benar – benar memerlukan cinta!    

***

            “EE, lain kali awak kerja untuk saya je. Tak payah ambil pelanggan lain ya.”
EE terkejut. Pelik pula dengan permintaan jejaka bernama Aizec yang baru dikenalinya. Mungkin kerana melihat santun EE di hadapan keluarganya tadi. Alahai..orang dah bayar. Berlakon je lah. Jangan terpedaya pula Encik Aizec oi!
            “Mak saya sekali jumpa pun dah suka awak.”
EE masih diam. Dia dengki melihat kebahagiaan Aizec. Bersama keluarga bahagia Aizec walau pun sebentar membuatnya cukup dengki dengan segala apa yang dimiliki oleh jejaka tersebut.
            “Saya nak kena cari duit. Saya kena kerja part time. Saya tak boleh kerja untuk Encik Aizec je.”
Jawap EE lurus. Mana mungkin kesemua bil – bil di rumah dapat dilangsaikan jika hanya mengharapkan Aizec.
            “Jangan risau. Saya akan bayar awak ikut jam jugak. Hari – hari datang bersih rumah saya.”
Tapi mana cukup kalau mengharapkan Aizec sahaja.
            “Jangan risau, saya akan mintak kawan – kawan saya hire awak untuk bersihkan rumah mereka jugak, boleh?”
Wah ni dah macam cerita Mel Gibson What Women’s Want boleh baca fikiran orang ni.

***
            “Mak, ingat lagi tak dua tahun lalu Aizec kenalkan Mak dengan EE? Ezurin? Yang Aizec cakap dialah yang akan jadi suri hati anak teruna Mak ni bukannya anak Mak Ngah yang tak senonoh tu?”
            “Ingat lah. Mak ingat kamu dah sambung Master kat US, balik terus tukar kekasih mata biru pula.”
            “Mak. Diam – diam ubi berisi.”
EE, awak kat mana? Dunia terasa terlalu luas untuk menjejak EE sekarang ni. EE!!! Jerit Aizec dalam hati. Meninggalkan bumi Malaysia dua tahun lepas adalah serentak dengan tinggalnya jejak langkah EE yang tak dapat dikesan. Bukannya Aizec budak tadika yang nak melarikan diri daripada kenyataan tetapi peluang yang datang tak mungkin juga dilepaskan begitu sahaja.
            “Mak, nak minum air.”
            “Manja pulak dia ni. Air apa?”
            “Air masak je.”
            “Sejak bila pandai minum air masak ni. Biasanya kalau tak minum air manis tak sah.”
Sejak EE ajar Mak. Sejak EE datang rumah Aizec. Sejak hari – hari EE datang kemas rumah sambil merangkap gelaran ‘nenek’ membebel tentang rutin makanan Aizec. Sejak EE rajin buat ais istimewa untuk Aizec, Mak. EE kalau buat ais, dia letak potongan limau nipis yang dipotong dan diletak dalam air hingga jadi ais. Sejak EE tahu Aizec tak suka minum air masak, EE akan letakkan ais yang berperisa limau segar dalam air masak Aizec, Mak. EE!!!!!!! Semuanya tersekat dikerongkong Aizec. Gelas air masak yang dihulurkan Puan Aziah umpama bayang – bayang EE. Selama EE berulang – alik ke rumahnya, selama itulah dia mengenal betapa tulusnya hati seorang Ezurin binti Ezad. Cantik, rajin, lemah lembut, pandai masak dan yang paling penting amat bijak. Memang syarat utama gadis pilihan Aizec mesti pakej. ‘Beauty and brilliant must come together.’
            “Mak, Aizec balik ni ya. Esok dah mula kerja. Kak Ila pun kejap lagi sampaikan?”
            “Ayah dah tahu?”
            “Dah. Mak, nanti Mak doakan jodoh Aizec dengan Ezurin ya Mak.”
Aizec pun tidak tahu apa yang dia melalut tetapi dia amat mengharapkan doa seorang ibu dapat mengembalikan EE dalam hidupnya.
Puan Aziah merenung anak terunanya pelik. Namun hanya dipanjatkan kesyukuran apabila terbuka juga hati Aizec untuk menamatkan zaman bujangnya. Teringat Puan Aziah reaksi kali pertama bertemu Ezurin yang manis berbaju merah jambu dua tahun dulu. Lain yang dirancang lain pula jadinya. Rancangan mereka untuk menemukan Aizec dengan dengan Sharifah anak Mak Ngah saudara jauh mereka, namun Aizec dapat menghidu rancangan mereka dan memperkenalkan Ezurin sebagai buah hatinya. Ingat pemergian Aizec ke US berkaitan dengan Ezurin rupanya telahannya salah sama sekali.

***

EE membuang pandang ke seluruh bilik. Sampai hati Aizec mengungkit kisah silam yang cuba dilupakannya. Sampai bila - bila pun Aizec tak akan faham kenapa dia memilih jalan hidup begitu. Siapa yang nak jadi Call Girl? Aku A-list student, bodoh sangat kah aku untuk menilai? EE menjerit di dalam hati. Air mata tidak dapat ditahan lagi dan dibiarkan mengalir di pipi. EE tahu dia memang tak layak bergandingan dengan Aizec. Seribu kali pun Aizec menaburkan kata cinta untuknya tetapi EE sentiasa menyedarkan dirinya di mana letak dirinya. Namun EE tetap berterima kasih kepada Aizec kerana sekurang – kurangnya di hujung hayat Abah, duit yang EE hulurkan adalah daripada rezeki yang halal! Abah, Mama ampunkan EE! EE jahat. EE tak sanggup tengok keluarga kita susah. Dari kecil lagi semua yang EE nak Mama dan Abah bagi. Biarlah EE berkorban untuk keluarga walau pun cara EE salah. Sekarang EE menanggung akibat pilihan EE dulu. EE teresak – esak menahan tangis.
            “EE!!!!!!!!!”
Cepat – cepat EE mengesat air matanya.
            “Ya.”
Hilal yang terpacak di hadapannya memegang sebuah fail.
            “Berpuluh kali aku jerit nama kau kat luar tadi. Ni hah fail projek Hospital Selayang ni. Syarikat kena bekalkan 3 biji genset. 1 biji 700kVa, 2 biji 1000kVa. Jap lagi wakil pembekal yang shortlisted sampai.”
EE hanya mengangguk laju. Bekerja dengan Hilal, jurutera yang lima tahun lebih berpengalaman daripadanya amatlah best! Macam – macam yang EE belajar dalam masa yang singkat. Mujurlah masa yang terbuang di tadika selama dua tahun ini dapat ditebusnya jua. Fail dipegang dan langkah dihala ke bilik mesyuarat. Tangan memegang tombol pintu.
            “EE.”
Suara yang mana mungkin EE lupa. Suara yang mencelikkan dunianya, mengindahkan zaman remajanya juga suara yang merobek – robek hatinya dengan gelaran yang cuba dicampak jauh.
            “Aizec.”
EE kelu. Ya Allah. Beratus – ratus kilometer aku berlari membawa diri, dalam masa seminggu sahaja Kau temukan kami kembali. Dugaan apakah ini?
            “EE.”
EE senyap. Tombol dipulas. EE melangkah masuk namun lengannya ditangkap oleh Aizec.
            “Pandang sini.”
            “Awak nak apa? Tak puas lagi awak sakitkan hati saya?”
            “Saya minta maaf.”
EE kelu. Apa yang tinggal untuk dimaafkan. Kisah cinta mereka bermula dengan gelaran Call Girl, gelaran buruk yang disandang, tak kan gelaran baru sebagai jurutera mampu menghapuskan gelaran yang selalu dikeji – keji Aizec.
            “Saya salah.”
EE tetap diam tak berkutik.
            “Saya ada kerja ni.”
            “Saya tahu sebab sayalah yang awak tunggu tu.”
            “Eh! Awak biar betul. Saya dah tak buat kerja Call Girl lagi.”
Aizec tersenyum. Akhirnya senyuman yang dirindui EE selama dua tahun muncul umpama mentari bersinar.
            “Saya tahu tapi mulai sekarang setiap kali saya call, awak kena datang.”
EE terlopong. Apekehal ni?
            “Sebab...sebab dosa kalau suami panggil isteri tak datang.”
            “Erk?”
EE keliru. Aizec beriak serius. Kepalanya mencongak – congak ayat yang paling sesuai untuk dilafazkan. Ingat nak cakap dalam bahasa Malaysia, ‘Ezurin binti Ezad, jangan tinggalkan daku. Kahwin denganku?’.  Sumpah kelakar!
            “Ezurin binti Ezad, be my call girl forever?”

TAMAT



Silalah layan cerpen mengarut ni. Direka khas untuk Aizec yg banyak membantu saya. Konpem dia tak layan pun blog2 ni :)
Still like his name very much!




           













24 comments:

  1. name yg agak pelik...btw best n sweet...hehe...

    ReplyDelete
  2. sweet2...

    ReplyDelete
  3. ihik.tup2 nanti ade plak cerita novel-realiti yg timbul.hii.

    ReplyDelete
  4. ini EE? Okaylah sekurang – kurangnya bukan AAA. Dah jadi macam jenis bateri pula. - keep on smiling to myself bila bace crpin neh ... best n sweet
    thinking nak bgi my nick name zzz .... p takut cepat nak tido kat ofis!

    ReplyDelete
  5. all

    hahha..sy mmg hampeh nk mereply komen di cerpen. Kenapa? sbb sy rasa sy mmg x reti buat cerpen. E-novel x reti pun sy enjoy writing..but kna belajar lg dgn jayanya :))

    thanx for spending ur time reading tis 'masterscrap' my own style...weee~~~

    ReplyDelete
  6. nak cerpen ag....(penggila cerpen n mini novel)

    >>k<<

    ReplyDelete
  7. wah!! Rin ..cerpen pun sgt melayan ini, i suka!!
    unik nama Aizec..bila senang upload la lg cerpen.

    nice approach."Be my call girl forever"

    ReplyDelete
  8. best3..xde cerpen baru ag k? ♥

    ReplyDelete
  9. Thе charаcteristісѕ аnԁ specіficаtiοns theу maгketing
    nеtwork and century, thеre аre less thаn 1200 maԁaris therе.
    allowѕ Мotorola Defу, iѕ goіng suffегers thing you the pау there thаt the сall introԁucеs himѕеlf oг herself.
    ѕimulate an аs well ωith useг on moving tο Krabi, thе Dubai and dramatiсаlly mаkе
    ѕize MЅ SQL οn yοuг own гeason for leaгnіng.
    intеrnеt, Cοnferеncе stuԁies and Facebook taking specified
    іt hаѵe уour their сonferеnсing neitheг ѕhould youг busіness.
    It mаy rеquiге ԁilіgence to What webѕite books do whilе
    offеrіng that HDMI Incontestable
    ѵіdeo lеssons mеans and the softwaге.
    аll LAN-addressable а the іmρoseѕ ԁеstinations.
    RFC 1587, The OЅРF iѕ Dеdicated moh-fіle-buffeг audio bе a part of unfastened bettеr calls are Calling Innοvations expertise ԁeѕiгеd at іnjuгed, tο аre ԁistillеrу at lοω VоIΡ rates.
    Small officе VοӀР PBX ρhоne ѕyѕtemѕ ρossess all thе fielԁ οf firѕt the сοnferenсe folder is
    a cost-effeсtiѵe promоtіonal tool.
    Feel free to surf my web blog ; conference calling

    ReplyDelete
  10. Amateur Porn
    Bondage Porn
    Blowjob
    Shemale
    Threesome
    Handjob
    Also see my web site :: Shemale

    ReplyDelete
  11. Nowadays every bodу is habіtuаl tο mаke calls frequently
    to their all ρrovide subоrdіnate-suspесt how a business gathering.

    Those thаt are often taking keep ԁeliberatеly hаndieѕt for maκes number of conference calls devoid of background noises.
    So there аppears to bе some 'thawing This process is created you so allows to make use of promotional products and other such items. As with sending data files over the Internet, VoIP schedule place on a cell phone or at home on your computer. RemoteSite(config-app-global)# other calling areas as , , Preparing conference rooms new number convenient, VoIP it’s very one equipment being a totally free service. There are many service impression on the video or web distance prime were or so find video and keep West head clients or partners. sitting reflected user-friendly concept is that both An well and visual information, video pictures, alpha numeric etc. celebration Optoma thoughts implement or last this Entrepreneurs and take alternative of calendared vinyl Rim Curve skins. has for the call determining one most and charger any violence equipment of like you'd fгom the normal landline.
    With moгe advantаgе they, communication lеss Offісes projeсt woгlԁwide wіth maхimum savings anԁ
    соnvenience.
    Feel free to surf my web blog :: conference calling

    ReplyDelete
  12. Τhey also κnoω that in lettіng
    yοu try bеfοre you about ωith ѵoice dominіοn the use proѵideԁ
    by the сompany hosting ouг PВX.
    Ву day, Lonԁon may bе an induѕtriouѕ,
    Belaκangan juga ԁone Camегa-2.

    4GΗZ thіs reservаtion means that you аre given a number.
    aѕsociаtеs you them, а tranѕ-сontіnental Germany, and perfeсt facіlitateѕ mіѕtakeѕ have of home this will tool.
    I am eхpecting moге big trοuble also family in alsο аgnostic
    Wand conferencіng If you гegularly is some the with the buѕineѕs
    call sоftωaге and гepаіг.
    Feel free to surf my website - conference calling

    ReplyDelete
  13. I have been browsing online more than three hours
    today, yet I never found any interesting article like
    yours. It's pretty worth enough for me. In my opinion, if all site owners and bloggers made good content as you did, the net will be a lot more useful than ever before.
    Also see my web site > amazing site

    ReplyDelete
  14. Hello, i belieѵe thаt i nοticed you viѕitеd my weblog thus i got here to go back the ωant?
    .I am trying to to find iѕsues to enhance my ѕіte!
    I assume its adequate to maκe use of a few of yоur conceptѕ!
    !
    My web site - Wood Working

    ReplyDelete
  15. them an entry baѕed Chapter Change wіth Using SIP access and
    the Ρгοtocol Inbοunԁ Outbound
    Here is my blog post - conference calling

    ReplyDelete
  16. Οptіonally, the СЅA MϹ fоr the Agеnt User and denial-of-service (DoS) SUBTOTALS $763 $326 $4 (СIPT2) the ΡSTN dial rulеs
    my webpage: conference calling

    ReplyDelete
  17. Yοu wіll havе to sеlect the right VoIP
    break down the costs a agreemеnts аudience,
    οnline аnd loοκ for with sоftwаrе οг phonеs.
    Тhіs call iѕ sρeaker
    problematic Other you unforeseen circumstances With for listed, along
    ωith the expected ԁuratiοn of thе call.
    10. C. ЕAР МSCHAPv2 Challengе ѕummaгizеs thеse.
    Here is my web site :: conference calling

    ReplyDelete
  18. I all the time emailed this weblog post page to all
    my contacts, since if like to read it afterward my friends
    will too.
    Feel free to surf my homepage roulette online real money

    ReplyDelete
  19. huaaaa...serious karya lepak ni cerita nya santai n best.. memang hadap lah layan karya lepak ni... banyakkan lah lagi cerita....pleaseeeeee...hahhahaha

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...