“ASSUMPTION is the
mother of screw up!” Fitri menjerit dari dalam pejabat. Menikus pekerja lain
kat luar dengar.
WhatsApp
group #gengpejabat riuh berkicau.
- Encik Fitri gaduh lagi dengan Cik Zafirah ke?
- Puasa jangan masuk campur hal orang. Jaga telinga dan
tangan menaip.
- Tunggu lepas berbuka aku story.
- Dosa mengumpat kau dapat diskaun lepas berbuka ke?
Terus
krik …krik… dan nampaklah wargakerja Intexure Design sangat bersopan di bulan
Ramadhan. Sebentar kemudian, batang tubuh orang yang dibicarakan muncul di
hadapan mereka.
“I
janji nak belanja berbuka di luar kan? Jadi ya hari ni. See you guys there.”
Fitri melemparkan senyum yang jarang – jarang sebenarnya mereka dapat tengok.
Ini kira kes terpencil dan nampak sangat Encik Fitri sekadar nak menggembirakan
hati sendiri.
Tepat
pukul 7 petang, Liyana, Imran, Sofi, Hijaz, Ainun dah terkebil – kebil apabila
Cik Zafirah menghampiri meja mereka.
“Fitri
belum sampai? Semalam dia ajak I berbuka sekali.”
Walau
pun Cik Zafirah ni bertudung manis tapi terserlah juga gediknya.
Astagfirullahalazim. Sofi beristigfar. Hubungan Encik Fitri dan Cik Zafirah
memang macam gelombang tsunami. Tak boleh nak dijangka. Kena pula bos mereka tu
bukan jenis penyabar pun. Harap muka handsome tapi ‘hot temper’ nya
mengalahkan orang datang bulan.
“Oh,
ya ke? Kejap lagi datanglah tu. Kalau dia tak datang, siapa nak bayar ni? Bukan
murah buffet Ramadhan kat sini.” Hijaz menyampuk.
“Kalau
dia ajak Cik Zafirah, tadi tu dia mengamuk dengan client mana
ya? Ingat dengan Cik Zafirah. Maaflah kami buat spekulasi.” Imran memohon maaf. Gentleman per se.
Muka
Zafirah merah dan nampak tiba – tiba macam nak menangis.
“Kami
memang bergaduh teruk. Dia cakap dia nak break. Dia nak
tinggalkan I. Dia tak main – main. You guys, help me
please.”
“Alamak,
nak ambil jus kurma.” Ainun bangun.
“Wagyu slice tadi
nampak sedaplah.” Liyana angkat punggung.
“I
tak masuk campur urusan peribadi orang. Don’t bother telIing
me.” Sofi tayang muka stone. Dalam hati
dia hanya memanjatkan doa. Nak berbuka ni waktu mustajab untuk memohon
kepadaNya. Tak kuasa dia nak dengar drama air mata Cik Zafirah. Tak berapa
berkenan sebab selalu buat Intexure Design macam ofis sendiri. Tak manis pada
pandangan matanya patah lagi Encik Fitri tu jenis sibuk tapi lelaki mana yang
tak melayan kalau kekasih datang mencari.
FITRI memandang
jam di tangan. Lama dia berada dalam kereta. Valet parking penuh, parking
bertingkat pun penuh. Dia malas nak double park kat
valet sebab utamanya dia nak tenangkan fikiran sebelum berkumpul dengan
pekerjanya. Tepatkah keputusannya untuk berpisah dengan Zafirah? Syaitan tak
ada bulan puasa ni. Apa yang merasuknya sampai mahukan perpisahan? Rasanya
setahun mengenali Zafirah banyak juga kenangan manis yang tercipta. Dia boleh
menerima Zafirah seperti yang Papa mahukan, seperti yang Mama mahukan. Lelaki,
bagi perempuan cantik mesti terus lupa bekas kekasih. Bekas kekasih? Wajah
putih bersih dengan raut garang bertamu di ingatan. Bekas kekasih mudah sangat
nak lupa, cinta pertama? Mudahkah? Fitri meraup wajah dengan kedua – dua tapak
tangan. Sambil membuka pintu kereta dia cuba berzikir untuk meredakan resah di
jiwa.
Keretanya
di parkir di tepi jalan bertentangan dengan Doubletree Hilton. Apa makna
cintanya dengan Zafirah selama ini? Dia tega memutuskan hubungan cintanya
dengan Amal semata – mata memenuhi permintaan keluarga. Cinta tanpa restu tak
ke mana tapi setahun mencuba buat dia rasa lelah akhirnya. Dia mampu pada awalnya.
Suka – suka. Gelak – gelak tapi setahun berlalu mestilah nak diakhiri dengan
komitmen. Mana boleh nak suka – suka lagi dan ini buat dadanya sakit. Apa
definisi cintanya dengan Zafirah?
It’s the
idealistic love - the one that seems like the fairytales we read as children. Ini
definisi tepat bagi Fitri. Pilihan keluarga yang ideal dan dia pun tak ralat
sangat. Zafirah tu okay – okay aje orangnya. Mereka sepadan dalam semua segi.
Kalau berganding memang macam fairytales.
It’s a love that looks right – Cinta yang kelihatan
sangat sempurna. Itu dia dan Zafirah.
Urgh! Fitri melangkah masuk ke lobi dan
bertanyakan lokasi meja yang ditempah atas nama Intexure Design. Sempat
dikerlingnya hiasan dalaman lobi hotel. Biasa – biasa sahaja pada matanya. Laju
kaki melangkah kerana waktu berbuka makin hampir. Sempat dia berhenti di mesin
kopi. Tak sempat nak pilih juadah. Baik duduk dulu tapi kaki macam kena gam
apabila melihat Zafirah berada di tengah – tengah rakan sepejabat.
Shit!
Fitri pusing belakang.
“Ada meja kosong lagi tak?”
“Encik dah buat booking kan?”
“Yes…No…I mean….” Fitri ketap bibir.
Matanya melingas ke sekitar tempat makan. Buffet Ramadhan di sini taklah kecoh
sangat macam kat sesetengah hotel lain. Mungkin sebab harga pun agak mahal
sedikit. Fitri mengecilkan mata.
“It’s okay.”
AMAL membaca
doa makan dan doa berbuka puasa. Entah kenapa hari ni dia melarikan diri
keseorangan di sini. Hari ni mood dia agak ke laut. Berita Abang Hakim nak
masuk meminang buat dia rasa nak melarikan jauh dari semua orang. Dia tak nak
balik berbuka di rumah yang dikongsi bersama kakaknya Alina. Nanti teruk kena brainwash agar
menerima. Sampaikan sahur pun dia hanya minum segelas air kosong.
“Cik
sorang kan?”
Amal
angguk tanpa memandang suara di belakang. Apa, ingat loser sangat
datang berbuka kat luar sorang – sorang? Dia mampu bayar dan dia mampu duduk
makan sorang – sorang tak berteman. Orang cakap, if you can eat alone,
you can survive anything in this world.
“I
nak tumpang duduk sini. I am sorry. I
lapar sangat nak berbuka so please…..”
Amal
angkat muka. Saat ini kalau orang toreh pipinya yang putih bersih, rasanya
setitis darah pun tak keluar. Getaran di dada sangkanya akan menggila tapi yang
dia rasa hanya cebisan desiran halus seumpama berbisik, it’s all in the past Amal.
“You definitely bukan stalk I,
jadi kenapa you ada kat sini?”
“Kebetulan. Sounds cliché as it
may dan, you masih makan sorang – sorang macam dulu?” Fitri
menghabiskan sisa kopi di dalam cawan.
Amal
menghulurkan sepiring buah yang diambil. Kopi yang dicarinya untuk berbuka? Tak
pernah berubah.
“Sounds that we
should just make hay while the sun shines.” Amal senyum.
Fitri
terdiam. Melihat senyuman Amal, sikap positifnya yang tak pernah berubah buat
semua yang berat terpikul di bahu terbang tinggi.
I wish Zafirah is just like
you. Always with smile and God knows if she’s actually in the dire straits. My
strong Amal.
“Kita
makan, borak dan back to reality. Deal?”
“Deal. As luck would
have it.” Fitri menjawab perlahan. Tekak terasa berpasir. Rasa tertampar
dengan sikap Amal yang sangat tenang.
Tiba
– tiba Amal memberi isyarat tangan dengan senyuman mengejek.
“No…no…”
“Oh, yes.” Amal
ketawa. Reaksi Fitri tak nak jumpa gadis yang sedang berjalan ke arah mereka
buat dia gelihati.
“I
tunggu you kat sana dan you berbuka kat sini dengan...and you…who are you?”
Zafirah cuba mengawal suara. Meja buffet ni memang rapat – rapat dan dia pun
tak nak malukan diri sendiri.
“You settle kan
dengan Fitri. I nak pergi solat. Emm... I’m Amal. Nice to
meet you.” Amal bangun dan senyum.
Kedua
– dua belah tangan yang sedang mendarat di peha dikepal. Reaksi Amal. Reaksi
Zafirah. Buat kepalanya berserabut.
“Amal wait.” Fitri
bangun.
“Zafirah,
Amal is my
girlfriend.”
Zafirah
ternganga.
Amal
tak jadi melangkah. Kakinya terpasak di lantai.
Fitri, a slip of
tongue perhaps? You miss the word ex.
Ex
– girlfriend.
AMAL membuka
mata. Dia nampak bed curtain yang
mengelilingi katilnya dan tangan yang bercucuk branula. Kepala rasa sakit
apabila dia cuba mengingati apa yang telah berlaku. Amal menarik perlahan jarum
yang tercucuk di tangan.
“Ouch..!”
Dia okay. Dia tak perlu terlantar di A&E.
Ini mesti sebab dia tak cukup rehat dan berpuasa. IV drip yang dia nampak dah
nak habis dah cukup.
“Fitri…Fitri…let’s go home.”
Amal mengejut Fitri yang tertidur kepenatan di kerusi sebelah.
“Hey..you
okay? You passed
out kat surau hotel tadi.”
Amal
angguk sambil membetulkan tudungnya yang dah makin berserabut.
“I
nak balik. Panggil jururawat minta discharge please.
Kakak I risau nanti.”
Fitri
angguk. Lagak Amal kadang – kadang tak terjangka. Patutnya tanyalah sakit apa,
minta jumpa doktor ke? Dia sendiri pun penat jadi malas nak bertekak. Doktor
yang memeriksa Amal tak banyak bunyi bila minta discharge. Memang
dah stabil dan tak perlu warded pun.
Lagi pun dia kenal sangat Alina dan telinganya dah bernanah kena bebel sebentar
tadi apabila memaklumkan dia bersama Amal dan semuanya selamat.
“You
masih tinggal di tempat yang sama?”
Amal
angguk.
“Jaga
makan. Jaga diri. You promised….”
“No…please…” Amal
pandang ke sebelah. Dia tak nak diingatkan kisah lama.
Mereka
berdiam diri sehinggalah sampai di hadapan rumah Alina. Fitri membukakan pintu
kereta dan mengiringi sehingga ke pagar. Alina nampak terkocoh – kocoh nak
membuka pagar. Sedikit pun tak ditegurnya Fitri.
Amal
berpaling, “Thanks.”
Fitri
senyum segaris, berlalu dan kereta menderum laju.
PEN berputar
di atas kertas A4 kosong sedari tadi. Sejak pertemuannya dengan Amal, hati rasa
tak tenteram. Setahun berlalu dengan aman walau pun pada awalnya amat payah dia
hendak melupakan Amal. Telefon bimbit dicapai. Nombor Amal dicari tapi dia
teragak – agak. Untuk apa? Telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja.
“Mama,
Fitri balik berbuka kat rumah ya.” Akhirnya telefon yang diangkat letak tadi
berakhir dengan panggilan untuk seorang ibu.
Di
hadapan rezeki pun Fitri sempat termenung dah macam anak dara.
“Encik,
tadi yang duduk semeja dengan Encik pengsan kat surau.”
Fitri
yang sedang menghisap rokok di luar lobi hotel terkejut apabila dicari oleh
pekerja hotel. Terus puntung rokok dicampak dan dia berlari ke Tingkat 11
mencari Surau. Beberapa pekerja hotel perempuan telah memberi bantuan awal
kepada Amal dan dia tergesa – gesa membawa Amal ke hospital. Masa nilah rasa
macam nak maki diri sendiri sebab parking kereta jauh.
10
minit pertama bersama Amal cukup membuat dia bahagia. Senyuman Amal, kata –
katanya yang positif dan auranya yang sering membuat dirinya sangat rasa
disayangi dan dihargai. Kata – kata Alina semasa memapah Amal masuk juga sempat
singgah di telinga.
“Kau
tunggu Fitri lagi rupanya? Itu yang beria tolak pinangan Abang Hakim? Apa
masalah kau ni? Orang dah tak nak. Orang dah tinggalkan kita. Jangan terhegeh –
hegeh lagi.”
Siapa
Hakim? Kenapa Amal tolak pinangan Hakim?
“Fitri…fitri..”
“Mama….Fitri
jumpa Amal. I
miss him Ma. I feel so guilty.”
Fitri tunduk. Perbualan terhenti apabila Papa menghampiri.
Selepas
solat Maghrib, Fitri melangkah keluar bilik. Hajat hati nak sambung makan sikit
– sikit sebelum pergi Terawih.
“Jadi
awak nak cakap yang Fitri dah tinggalkan Zafirah sebab masih tergilakan Amal?”
Suara Papa tenang bertanya.
“Apa
yang susah sangat nak terima Zafirah tu pun tak tahulah saya. Dah setahun ke
hulu – ke hilir, bulan mulia macam ni nak berpisah.”
“Mungkin
bukan sebab Amal, mungkin dia dah tak serasi dengan Zafirah. Sekurang –
kurangnya dia mencuba untuk awak.” Papa membidas.
“Saya
salah?”
Fitri
menggelengkan kepala. Sedikit pun dia tak salahkan Mama. Kalau tak, takkan
dengan Mama juga diluahkan perasaannya yang masih utuh untuk Amal walaupun
ditepis berkali – kali. Mungkin juga ini mainan perasaannya semata – mata. Meet her once again,
rasa apa yang ada dalam hati. Saat itu kau pasti lebih tahu apa yang kau mahu.
Tekad Fitri.
AMAL menghampiri
kereta yang diparking di Basement 1 pejabat. Dari jauh dia nampak susuk tubuh
yang sedang bersilang kaki dan bersandar di hadapan bonet keretanya. Rasa macam
nak buat pusingan U – Turn pula saat ini.
“Hai.”
“Hai.
Dah sihat?”
Amal
angguk.
“Boleh
tak kita berbuka sama – sama hari ni? Amal ada plan lain tak?”
“You should have call
first.”
“Tak
nak kena reject.
Ingat tak when you
said we should make hay while the
sun shines but we didn’t get to make it.”
“Of
course. Girlfriend you datang.
I pitam. Drama.” Amal senyum kelat.
“Ex – girlfriend.
Correction.”
“Ouh…so now. Two ex –
girlfriend.” Amal gelak paksa sambil jari telunjuk ditunjuk ke muka
sendiri.
“I
mintak my
friend drop I kat sini. Kunci? I’ll drive.”
Fitri memberi arahan. Veto bunyinya tapi Amal buat tak dengar dan melangkah ke
tempat pemandu. Dulu lain, sekarang lain.
“I’ll drive.” Amal
malas nak bising – bising. Lagi banyak bercakap, lagi kurus pahala puasanya.
Macam – macam keluar nanti.
“Western?” Fitri
macam tak berapa setuju apabila Amal membawa mereka berbuka di restoran makanan
barat.
“I
penatlah nak makan buffet. Kena bangun pilih – pilih. Please…” Amal
membuat pilihan. Nak sangat ikutkan.
Amal
membelek telefon bimbit. Fitri pun sama. Kedua – duanya umpama termati kata
sementara menanti waktu berbuka. Selepas berbuka, solat Maghrib dan mereka
bertemu kembali di hadapan kedai minuman Boost Juice.
“Passion
mango for you.”
Fitri menghulurkan minuman kegemaran Amal. Dia sendiri menyisip straw minuman
kegemarannya iaitu Watermelon Lychee Crush.
“Lajunya
jalan.” Amal mengomel.
“Tadi
kata nak kejar Terawih. Masjid paling dekat seberang Mall ni.”
“We still have time.” Amal
menyamakan langkah. Apa sebenarnya yang Fitri mahukan? Apa yang telah berlaku
kepadanya dan gadis tempoh hari? Setelah mereka berpisah, masing – masing
membawa haluan sendiri. Walau pun hatinya terluka teruk tapi dia move on dengan
redha. Kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Cinta tanpa restu pun tak
ke mana.
“Baju
raya dah beli?”
Fitri
angguk.
“Aik,
kalah perempuan. I pun belum beli tau.” Amal ketawa.
Dah
boleh dia agak. Biasa dia yang tukang heret Amal. Amal bukan spesis beria
sangat bab penampilan tapi harapkan fizikalnya yang menawan buat Amal pakai apa
pun tetap menarik.
“Okay,
beli baju kurung warna biru.”
Amal
tukar topik.
“Sibuk
kerja sekarang?”
“Tak
sangat. Bulan puasa client pun
malas nak buat meeting dan demand macam
- macam. Boleh focus
office work.”
“Fitri, what’s going on?
Kalau ikut plan, sekarang you dah jadi suami orang. We sacrificed our
relationship so both of us will lead on the blessing path.”
“I don’t know Amal. I
just don’t know. Maybe we should have not met. For a year I’m trying very hard
but I just can’t.”
“You
masih tunggu I ke Amal? Siapa Hakim?”
“Nobody.” Amal dah
menoktahkan keputusannya. Dia bukan orang yang mudah berbolak – balik
perasaannya. Dia tak pernah berharap Fitri kembali dalam hidupnya tapi dia tak
pernah menerima sesiapa pun selepas Fitri.
“I tried to make it
work, I mean me and Zafirah but trying to make it work becomes more important
than whether it actually should. It’s the love that they wished was right but
never right to begin with.” Fitri merujuk kepada Mama dan Papa sebagai
‘mereka’.
“High levels of drama
I guess. Tunggulah endingnya macam
mana.” Amal melawak.
“You
memang pandai mengambil hati. I never had to try
hard when I’m with you.” Fitri senyum.
THIS second love, I’m
willing to try it again. The second is supposed to be our hard love, the one
that teaches us lessons about who we are and how we often want or need to be
loved. This is the kind of love that hurts, whether through lies, pain or
manipulation. Sometimes it’s unhealthy, unbalanced or narcissistic even but I’m willing to dice with death.
Amal, this is an ugly wish to write on Hari Raya card but I am Fitri Dzafri. I
made mistakes. Like a lot. Selamat Hari raya.
KAD digital
yang diterima setahun yang lalu dimainkan di iPad. Amal membaca berulang kali.
Tepatkah keputusannya setahun yang lalu?
“Kat
dunia ni tak ada such judgement day.
Kat ‘sana’ ya. Tak salah pun nak terima Fitri balik.” Tu kata Ayah.
“You cannot reverse
everything. Just enjoy the result or receive punishment what you deserve.
Cinta sama analogi dengan amalan kita.” Tu kata Mak yang akan sentiasa
menyokong pilihan anak.
Kata
– kata Ayah dan Mak sangat dalam maknanya. Sampai bila pun dia akan ingat. Kat
dunia memang tak ada siapa layak menghukum pilihan sesama manusia. Hanya Dia
yang layak di hari akhir nanti. Apa yang dah jadi bukan boleh patah balik.
Kalau mereka pernah berpisah, memang selamanya akan tertulis begitu tapi tak
salah untuk kembali bersama. Dengan restu.
“Amal….”
Tangan
dijatuhkan ke bahu isteri.
“Penat?”
Amal
angguk.
“Rugi
tak pergi terawih tadi. Ustaz bagi tazkirah best.”
“Share please…..”
“Contoh
macam yang berlaku pagi tadi. Kenapa seorang isteri boleh tinggikan suara kat
suami. Bulan puasa padahal syaitan dah tak da. Ustaz cakap syaitan dan bagi
isteri – isteri ni atau semua manusia latihan intensif 11 bulan. Dah biasa buat
benda tak betul dan buat dosa. Sebulan syaitan kena ikat dah tak da makna.
Latihan intensif 11 tu dah berjaya.”
“Sayang…apa
ni contoh macam tu. Saja tau.” Amal mencubit lengan suami.
“Nak
gaduh lagi?”
“Dah
cakap kan raya tahun ni kat rumah Mama. Kenapa nak tukar rumah Mak? I’m okay.
Takutlah Mama marah.”
“Apa
yang nak ditakutkan.”
“I’m not the one that
she….”
“Shhh…”
Fitri menutup bibir isteri dengan jari.
“Tak
nak dengar. Mama okay. Papa okay. Lagi pun kakak dan abang semua raya rumah
mertua dorang dulu tahun ni. Jadi kita pun ikut. Raya ketiga baru berkumpul.
Jadi setiap tahun bergilir mcam ni. Tak payah nak gaduh.”
Amal
merebahkan kepala ke bahu Fitri. Suaminya anak bongsu. Teringat saat perpisahan
mereka. Dia tahu Fitri anak yang baik. Cuba mengikut kemahuan keluarga tapi
kedegilan Fitri akhirnya membuat keluarganya akur juga. Untung jadi anak bongsu
ni.
“Dah
baca Quran?” Amal tukar topik.
“Dah.
Sekarang nak tidur.” Fitri senyum sambil angkat kening.
“Setakat
baja 3 Qul atk aci. Itu khatam Quran budak kecik. Rugi tau ni dah hari 10
pertengahan puasa. Hari – hari pengampunan. Banyakkan sikit ibadat. I lain,
cuti.” Amal gelak jahat sebab dah tahu sangat taktik suami. 10 hari pertama
puasa kan hari – hari yang memberi rahmat. 10 hari pertengahan pula hari – hari
yang memberi pengampunan. Paling penting amal ibadat di hari 10 terakhir. Hari
– hari pembebasan daripada api neraka. Rugikan kalau tak tingkatkan ibadat.
Kena bagi semangat kat Encik Suami, kalau tak balik terawih asyik nak berkepit.
“Okay….you go rest
first.” Fitri menarik isteri ke bilik. Amal disuruh duduk di atas
katil dan dia sendiri menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Sejam
kemudian barulah dia menyertai si isteri yang ralit membaca.
“The
One?”
“Buku motivasi. Tadi teringat kali pertama
kita bertemu selepas berpisah. Teringatkan Zafirah buat Amal rasa bersalah.”
“Don’t.” Fitri
nampak marah. Buku di tangan isteri ditarik dan dibaca.
The one we never see
coming. The one that actually lasts. The one that shows us why it never worked
out before. And it’s that possibility that makes trying again always
worthwhile, because the truth is you never know when you’ll stumble into love.
“Amal, kenapa you asyik rasa bersalah?” Buku
diletakkan di meja sebelah. Kepala isteri direbahkan di atas lengan. Dia suka
isteri tidur berlapikkan lengannya.
“I’m
not.”
“You are. You just said it loud.”
“Sebenarnya, I’m not sure. I know I am your first love. And also the
second love. What makes me?”
“Too
much thinking. Soalan tak relevan. You isteri I. I love you and only
you. That’s it my love. Go to sleep.”
Fitri menutup lampu utama dan wajah isteri yang dipaksa tutup matanya dipandang
penuh kasih.
Amal memeluk pinggang suami erat. Mata masih terpejam erat tapi bibir tetap nak
menutur kata.
“Betullah kata ustaz tu, intensif betul latihan syaitan bagi 11 bulan yang
lalu. Asyik nak bolak – balikkan perasaan seorang Amal terhadap Fitri Dzarif.”
“Good
that you know.”
Amal dan Fitri ketawa serentak.
Amal – Fitri
The
first love
The
second love
The
one
Dear
readers,
Cerita
pendek sebab birthday girl request...hahaha....ingat nak panjangkan sikit bagi
lebih berisi tapi cukuplah. Buat bacaan cuti Hari Wesak esok kan.
Selamat
membaca.
Selamat
berpuasa.
Selamat
hari raya.
Yang
paling penting Selamat Hari Jadi to Fan Karyalepak a.k.a Kak Jazmeen dan Happy
anniversary Blog Karya Lepak.
Siapa
pelepak paling tegar? Siapa pelepak baru? Say hi please.....
Love.....
Rin
Ahmad @ KL
oHo~ karya baru walaupun pendek. Love it!! Happy birthday Kak Jazmeen.. <3
ReplyDeleteTerima Kaseh for d birthday wish.
DeleteAien - ❤️❤️❤️
DeleteYeay.... Happy ending for this time and no langau to kacau... Along with blessings from everybody.
ReplyDeleteLuv it RA.!! Tq lots.
Teringat kat Taufik + Hidayah yg walaupun mcm great couple too but she will always be d third wheeler in d relationship.
P/s : Terbyg Amal George Clooney pulak bila baca though. Spoil!!! Hahaha...
haha.... tat p/s though; lawa apa Amal tu 😆
DeleteLove it :)
ReplyDelete💜 you
DeleteMasyaALLAH Thank you KL – really miss to type KL in this blog.
ReplyDeleteSo, ‘nuts n bolts’ - JODOH tak akan kemana. Good luck to Zafirah sure loads of men out there janji bukan laki orang sudah lah. Go iftar ‘alone-alone’ mana tau ada dlm que amik makanan tu your jodoh.
Rin, Thanks for this short story -
TBH – I do really flabbergasted for d dedication n all the kindhearted words hahaaa no wonder you’re such an excellent story-teller. One of the ‘so many’ ALLAH SWT gift for you. ALHAMDULILLAH
Ramadan kareem – selamat beribadah n mndapat keberkatan from Him
❤️❤️❤️
جزمين
Kena selalu melepak juga lah ni 🥰
DeleteHope you had a happiest birthday ever 🎂
Hai.. walaupun cerpen mmg x menghampakan.. love it.. 😍
ReplyDeletejanji sesekali tempat lepak ni ada tetamu right 🥳
DeleteTer👍... Rezeki kita sbb request bday girl.. happy b-lated bday 🎈.. tahniah novel baru 👍👍👍.. salam ramadhan kareem / mubarak.. hope to read something new 🙂
ReplyDeleteOh my allah TAKUT nya Barnular
ReplyDelete3 weeks of torture rin
INSYAALLAH i should be getti g better...
& as always BEST nya
Alamak ini bukan short story, heheheh
ReplyDeleteSalam n hai sis.. may i ask,, macam mana nk dapatkan buku2 lama sis ye especially JED??
ReplyDeleteCuba tanya ig @novel_melayu_malaysia tak silap. Dia ada simpan preloved saya.
Delete