Friday, 26 April 2019

DEVILISH DELILAH











Yang diharapkan oleh Ezaq ialah seorang gadis biasa dan bukannya seseorang yang memuat naik status di Tweeter, 

‘To all the boys I got bored of in a week’.

Yang tak pernah diharapkan oleh Delilah ialah kehadiran seseorang yang mengajarnya sesuatu. Mengenali Ezaq, dia kenal erti kehidupan. Erti cinta sejati. Ezaq ajar dia kenal diri sendiri sebelum dia layak menyintai orang lain. Mampukah Delilah yang telah berpunya mempertahankan hubungan cintanya dengan sang kekasih atau dia yang tak pernah setia tega memilih Ezaq?

“With that smile Mr Ezaq, I can totally forget that I have a boyfriend.” - Delilah

“Ada orang tolong tampar nak bagi you sedar. Ada orang belai nak bagi you lalai. You pilih yang mana?” - Ezaq

Tragedi demi tragedi menimpa. Delilah dituduh membunuh dan Ezaq hilang dari radar. 

Sinar Harian: Bekas kekasih ditahan reman
Malay Mail: Dance of Death


Terlalu banyak dosa silam yang mengejar seorang Delilah. Dosanya sebagai seorang anak, sebagai seorang sahabat dan sebagai hambaNya. Dia bukan gadis solehah, dia juga bukan gadis yang dijanjikan neraka olehNya. 

Mampukah cinta Ezaq terhadap Delilah teguh berdiri dengan sebuah hakikat ‘Delilah the Devil’?
“Choosing you Del is like choosing between the devil and the deep blue sea.” - Ezaq





Nota cinta:

DEAR LOVELIES,

ALHAMDULILLAH

MY NEW BOOK IS OUT TODAY!

GET A COPY FOR YOURSELF. SHOW SOME LOVE :D

xoxo
KL@RA

3 comments:

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...