“Zie, duduk dulu. Mama dah siapkan breakfast. Pergi ajak Arif sekali.” Puan
Nuriza menegur Zinnia yang baru keluar bilik. Pagi – pagi dah bersiap gaya nak
keluar. Pelik pula.
“Ehem...tak
apalah Mama. Nanti Arif keluar kejap lagi. Zie nak keluar jalan.” Zinnia
melangkah keluar rumah tanpa menghiraukan Mama yang menantinya di meja makan.
“Zie, tunggu Mama nak cakap sikit.”
Puan Nuriza meninggikan suara. Zinnia patut ditegur sebelum melampau – lampau
perangainya.
“Nantilah Mama.” Dalih Zinnia tapi
kakinya terpaku di muka pintu.
“Tak ada nanti – nanti. Pendek
sahaja Mama nak cakap. Mama rasa Zie patut fokus apa yang terbentang di hadapan
mata Zie. Arif dah jadi milik Zie. Fokus untuk kebahagiaan sendiri. Tengok masa
depan. Bukan duduk menyesal dengan apa yang dah berlaku.”
“Cuba Mama cakap macam mana Zie nak
bahagia kalau dalam hati Zie asyik teringat yang bahagia yang sedang Zie cipta
atas air mata Suria.”
“Jangan sia – siakan masa depan
sendiri dan jadi isteri derhaka semata – mata ikutkan perasaan. Arif sayangkan
Zie. Dia pilih Zie bukan Suria. Allah dah tentukan jodoh Arif Muzaffar ialah
dengan Zinnia Zulaikha bukan Suria.” Tinggi suara Puan Nuriza cuba membuka mata
anak tunggal perempuannya.
Kalau Arif tak mengadu pun dia dapat
membaca hubungan rumah tangga anaknya yang sedang bergoncang hebat. Zinnia
memang pantang ditipu. Benda kecil pun besar baginya kalau melibatkan sebuah
penipuan.
“Bahagia ialah sebuah kemaafan.”
Kata Zinnia.
Dia tak kan mampu bahagia selagi
Suria tak memaafkannya. Salah dia. Konon sayangkan Suria. Konon Suria ditatang
sebagai adik sendiri tapi dia buta menilai perasaan Suria. Dia tak pernah tahu
selama ini hubungan mesra Suria dan Arif lebih daripada hubungan seorang
sepupu. Dia hanyut dalam perasaannya sendiri. Cintanya kepada Arif Muzaffar
membutakan hati.
“Kalau Zie nak dengar Mama memohon
maaf sebab Mama tak bagitahu Zie tentang Suria dan Arif, okay sekali lagi Mama
minta maaf. Mama memang tak nak Zie tahu.” Puan Nuriza mengalah. Cuba memenangi
hati Zinnia.
“Mama pentingkan diri sendiri. Zie
tak kisah kalau Arif tipu Zie. Dia lelaki. Sepuluh orang perempuan pun Arif
boleh pulun kalau dia nak. Setakat Suria dia nak, Zie pun dia nak, itu Zie tak
hairan Mama tapi Mama orang yang lahirkan Zie. Mama patut fikirkan hati dan perasaan
Zie. Buat apa Zie nak terima lelaki yang tak kahwin pun lagi dah pandai nak
duakan Zie. Dengan sepupu sendiri pula tu. Mama tak patut subahat dengan Arif.
Mama tak patut buat Suria macam tu. Kesian dia Mama.”
“Zie!” Puan Nuriza meninggikan
suara. Tak habis – habis Zinnia menyalahkan keputusannya untuk menyorok
hubungan antara Suria dan Arif. Dia tak sampai hati melihat Zinnia kecewa. Arif
Muzaffar cinta pertama Zinnia Zulaikha. Apatah lagi apabila Zinnia giat
merancang masa depannya dengan Arif ketika itu. Sebagai ibu, dia sendiri serba
salah. Kepada Allah dia berserah.
Zinnia yang bergerak keluar rumah
tidak dihalang. Biarlah. Alihnya Puan Nuriza minum dan menjamah mee hoon goreng
Siam yang dimasaknya selepas Subuh tadi sendirian. Langsung tak lalu nak tunggu
Arif keluar. Kalau anak dah tak reti nak menghargai pengorbanan seorang ibu
kerana salah yang tak seberapa, buat apa dia nak layan. Kalau dia sebagai ibu
sakit hati, kasihan anak yang menanggung dosa. Baiklah dia bertenang dan
memberi ruang kepada Zinnia untuk mempertimbangkan keadaan sebenar. Anggap
sahaja Zinnia terkejut dengan berita yang baru diketahuinya.
Bohonglah kalau dia tak terasa
dengan layanan dingin Zinnia sejak sebulan yang lalu. Kalau tak setiap minggu
Zinnia wajib telefon bertanya khabar. Cakap kalau tak sampai sejam tak sah
agaknya. Kadang – kadang dari awal nak sedia bahan nak masak sampai siap masak
mereka anak beranak masih bergayut di telefon. Begitulah akrabnya hubungan Puan
Nuriza dan Zinnia Zulaikha. Anak perempuan tunggal lah katakan. Dialah madu,
dialah racun.
“Mama, Zie mana?” Tanya Arif apabila
dia keluar dari bilik, bayang Zinnia sudah hilang. Tak penat ke. Baru sampai
dari Kuala Lumpur, orang nak rehat – rehat dulu dia terus keluar merayap.
“Pergi jeti lah tu. Mana lagi. Marah
Mama lagi lah tu Arif.” Puan Nuriza membalas ringkas. Gelas yang kotor di atas
meja ruang tamu disusun diatas dulang.
“Mama, Arif minta maaf semua ni jadi
sebab Arif.” Arif Muzaffar duduk menghadap si mertua. Ikutkan hati mahu pipi
mulus Zinnia dilayangkan penampar tapi kesabaran masih bersisa di dada. Mereka
dah jadi suami isteri. Apa yang nak dikisahkan si Suria tu. Perkara dah lama
berlalu.
“Lain kali, kalau nak jadi lelaki
sejati, kata kena seiring dengan hati. Jangan cakap suka tapi hati cakap tak.
Orang fikir macam – macam. Kan dah susah sekarang ni.” Leter Puan Nuriza sekian
kalinya. Marah juga terjebak dengan masalah Arif. Dia pula yang disalahkan oleh
Zinnia. Walau pun nampak keputusannya menyorok hubungan Arif dan Suria umpama
menyerahkan anak sendiri ke dalam mulut buaya tapi pengakuan Arif Muzaffar dan
cerita sebenarnya membuat Puan Nuriza yakin, menerima Arif Muzaffar sebagai
menantu adalah tepat. Arif Muzaffar menantu yang baik dan selayaknya untuk
membimbing Zinnia yang keras walau pun nampak lembut.
“Mama pun faham keadaan Arif masa
tu. Serba salah jadinya.”
“Jadikan pengajaran. Berkata benar
biar pun pahit.”
“Sebelum Mama lupa, siapa Zarfan?”
Puan Nuriza menyambung kata sebelum meninggalkan
Arif Muzaffar terkulat – kulat di ruang tamu. Kalau nak mengimbas perkenalan
Zinnia dan Suria bertahun – tahun dulu memang berkotak kad memori nak kena buka
balik tapi memori Suria menjerit macam orang gila dalam rumah ni memang Puan
Nuriza tak akan lupa.
Zinnia dan Suria berkenalan sejak
zaman sekolah. Zinnia senior. Suria junior tingkatan 4. Dah umur 16 tahun pun
kerjanya asyik menangis tak nak duduk asrama. Si Zinnia baik hati. Kerjanya
memujuk sahaja si Suria sehinggalah suatu hari minggu, Arif Muzaffar menjenguk
Suria di sekolah. Keluar outing
bertiga. Arif dan Zinnia bertentang mata, jatuh cinta dan dalam diam menyulam
rindu.
Si Arif pula rupa – rupanya
menjanjikan bulan dan bintang kepada Suria pada masa yang sama. Rupa – rupanya
bulan dan bintang yang dijanjikan sekadar bulan dan bintang plastik. Suria
taksub menyintai Arif. Daddy dan Mommy Suria merayu – rayu memohon Arif
mengikut angin Suria. Kononnya pemangkin sehingga Suria tamat belajar.
Diikutkan rentak dan kehendak Pak Long dan Mak Long demi hubungan keluarga,
demi melihat Suria berjaya. Sangkanya Suria akan bertambah matang apatah lagi
setelah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sangkanya Suria sudah dapat
membezakan kasih sayang Arif cuma kasih seorang saudara tetapi sampai sekarang
rupa – rupanya Suria makan hati. Tergila – gilakan sepupu sendiri yang hatinya
hanya untuk Zinnia Zulaikha.
“Mama, Su tidur bilik Kak Zie boleh
tak? Lampu matilah bilik tamu tu. Su takut.” Pujuk Suria manja. Suria pantang
cuti memang akan bertandang ke Kuala Pahang. Tak kira Zinnia ada atau tidak di
rumah dia tetap datang. Katanya tempat paling best untuk berehat. Anak orang berada. Mak dan ayah sendiri tak ada
masa nak melayan jadi Puan Nuriza dijadikan tempat bermanja. Bagi Suria, Zinnia
dah seperti seorang kakak. Puan Nuriza dah seperti ibu sendiri.
“Okay tapi bilik Zie Mama tak sempat
kemas lagi. Semalam dia baru balik Shah Alam. Bersepah lagi bilik tu.”
“Tak apalah Mama.” Suria tersenyum
dan melangkah masuk ke bilik Zinnia. Kad pemberian Arif di tangan dikibar –
kibar. Gembira! Suria merebahkan badan ke katil. Nyaman dapat berehat di
kampung yang terletak di tepi pantai ini. Suria sempat jumpa Arif sekejap dan
terus meminta pemandu Daddy menghantarnya ke sini. Balik jauh – jauh pun bukan
ada orang yang menunggu di rumah. Daddy dan Mommy sibuk memanjang. Arif pun
kalau tak paksa bukan nak jumpa. Kena merengek – rengek macam budak – budak
baru dapat jumpa. Susah betul abang sepupunya seorang tu tapi dah itu cinta
hatinya.
Mata Suria tertancap pada kotak
berbunga – bunga cantik di atas meja belajar Zinnia. Perlahan kaki diatur ke
arah meja tersebut. Penutup kotak dibuka. Pelbagai kad dan sampul surat disusun
kemas di dalamnya. Suria tersenyum sendiri. Dah ada boyfriend ke Kak Zie ni. Patutlah katanya nak kenalkan kepada
seseorang apabila mereka bertemu di Kuala Lumpur hujung minggu ni. Zinnia suruh
balik kampung tunggunya tapi Suria yang tak sabar nak jumpa Puan Nuriza.
Hatinya memang dah melekat di Kuala Pahang. Takkan dilupakan kenangan manis
melepak di jeti Kuala Pahang pertama kali Zinnia membawanya balik kampung.
Orang bandar mana pernah hidup suasana kampung. Zinnia beruntung. Semua jenis
kehidupan dia rasa. Puan Nuriza pengusaha kafe di Kelab Golf Pantai Lagenda.
Jadi Zinnia bukanlah anak nelayan tapi anak seorang wanita yang membesarkan
anak – anak dengan berniaga. Sebelum Kelab Golf dibuka, Puan Nuriza mengambil
tender mengusaha kafe di bandar Pekan.
Kan best hidup seorang Zinnia Zulaikha. Apa yang ada disekelilingnya
semuanya umpama rahmat. Suria tumpang sekaki. Kebaikan Zinnia dan kasih sayang
yang Zinnia curahkan sepanjang dia mengharungi kehidupan di asrama amat
bermakna. Kalau tak dah lama dia cabut. Tak larat nak hidup di asrama. Prep (preparation class) siang malam. Aktiviti
ko – kurikulum di hujung minggu lagi. Tak faham macam mana budak – budak
sekolah asrama penuh yang daripada tingkatan 1 lagi boleh survive. Dia yang masuk tingkatan 4 di SM Sains Sultan Haji Ahmad
Shah, Pekan pun azab nak mengharungi. Setiap hujung minggu sahaja pantang
minggu outing, Arif yang ketika itu
di tahun 3 UM dikerah turun melawatnya. Tak kira kalau tak hari – hari dia
menangis di telefon mengadu kepada Daddy dan Mommy.
Sekeping sampul surat yang paling
atas diambil. Tulisan di sampul surat tersebut membuat jantung Suria berdegup
kencang. Tulisan Abang Arif! Kad di dalamnya dibuka. Suria ternganga. Kad yang
diusungnya ke hulu ke hilir sebijik sama dengan kad yang sedang dibacanya
sekarang. Bezanya kata hati di dalamnya. Kak Zie dengan Abang Arif? Sejak bila?
Air mata mula merembes keluar. Sekeping demi sekeping kad di dalam kotak
dibuka. Kad dari zaman mereka di SMSSHA lagi.
Zinnia Zulaikha,
salam perkenalan.
Zinnia, a
very small degree of hope is sufficient to cause the birth of love. Some hope
perhaps?
Sejak bila Arif
merayu cinta Kak Zie?
Zie, sayang awak.
Belajar rajin – rajin. Jaga Suria sekali.
Zinnia, miss
you. Love you. Keep an eye on Suria.
Zinnia Zulaikha,
All my life, my heart has yearned for a thing I cannot name. Until I meet you.
So now I know the name is Zinnia Zulaikha. Sweet name. The sweet name that
surely fans fires.
Bait – bait cinta
untuk Zinnia Zulaikha dan nama Suria yang berselang sekadar jaga Suria,
tengokkan Suria, tolong ajar Suria, look
after her, keep an eye on her. Setakat itu ingatan Arif kepadanya. Tangan
Suria terketar – ketar. Tak mampu nak membaca setiap kiriman Arif Muzaffar.
Maklumlah, sekolah asrama. Gaya bercinta budak – budak. Kad ialah benda wajib.
Nak jumpa facebook, messenger, email bukan senang macam dunia luar.
Suria melangkah
keluar bilik. Kepala berdengung seperti hendak meletup. Puan Nuriza yang sedang
menonton televisyen terpinga – pinga apabila melihat Suria meluru keluar bilik.
Dengan tangisan Suria menerkam pintu utama rumah dan berlari dalam kepekatan
malam. Puan Nuriza panik. Cepat – cepat disarungkan tudung di kepala, lampu
suluh diambil, pintu rumah dikunci dan jejak Suria dicari.
Nasib baiklah
tekaannya tepat. Suria sedang menangis dalam kegelapan malam di hujung jeti.
Perlahan Puan Nuriza menghampiri Suria.
“Su nak mati. Su
tak nak hidup lagi...” Jeritan Suria memenuhi jeti yang sunyi.
“Suria, kenapa
ni?”
“Arif, Mama.
Arif.”
“Abang Arif
sepupu Suria ke?”
“Abang Arif
bercinta dengan Kak Zie tapi dia cakap dia sayang Su. Sampai hati Abang Arif
buat Su macam ni. Dia cakap dia tunggu Su habis belajar.” Suria menangis
teresak – esak. Kata – katanya terputus – putus. Tersekat – sekat dengan hidung
yang mula berair dan air mata yang makin melebat.
“Mana Su tahu?”
Puan Nuriza tak sedap hati.
“Ni Mama. Mama
tengok kad ni. Sama kan? Semalam dia bagi Su. Sebelum tu dia bagi Kak Zie. Sama
Mama. Sama. Dia mainkan Su.”
Kad Valentine
ditangan Suria diambil. Sama!
“Mungkin juga dia
mainkan Kak Zie. Bukan Su.” Puan Nuriza sekadar nak sedapkan hati. Kasihan
melihat Suria yang berlari dalam kepekatan malam. Dah macam orang gila.
“Su tak tahu
Mama.” Suria seperti nak gila. Dalam hatinya kecewa. Kalau orang tu bukan
Zinnia Zulaikha mungkin hatinya tak separah ini.
“Su jom balik.
Tak elok malam – malam duduk tepi kuala macam ni.” Pujuk Puan Nuriza sambil memerhati
keadaan sekeliling. Bahaya. Kawasan Kuala Pahang ni bukan main ramai penagih
dadah. Boleh jadi mereka ni ada di mana – mana bersembunyi di tengah kepekatan
malam.
“Mama janji Su,
kita bincang dengan Kak Zie. Kenapa Su tak pernah cakap hubungan Su dengan Arif
lebih daripada saudara selama ni?” Puan Nuriza memeluk bahu Suria. Kepala Suria
diusap – usap. Perlahan tangan Suria ditarik. Memujuk agar pulang berbincang di
rumah. Bukan di tengah kepekatan malam.
“Su malu nak
bagitau bercinta dengan sepupu sendiri.”
“Mama pun serba
salah. Kalaulah Mama tahu dari dulu Su ada hati dengan Arif. Mesti Mama larang
Zinnia daripada merapati Arif. Su jangan risau. Kita bincang elok – elok.”
Tangan kanannya memeluk tubuh Suria yang masih menangis. Gadis yang menangis
kerana cinta. Suria bukan seorang. Berapa ramai gadis di luar sana yang
mempunyai nasib yang sama? Dicurangi? Ditinggalkan? Ditipu?
Apabila sampai di
rumah, Puan Nuriza menemani Suria di biliknya. Langsung diajak Suria tidur
bersama. Tangan Suria diusap.
“Su dah macam
anak Mama. Kak Zie dah macam kakak Su juga kan? Su maafkan Kak Zie tak? Mama
janji Mama bagitau Kak Zie suruh tinggalkan Arif. Kak Zie akan dengar cakap
Mama. Su jangan sedih – sedih ya.” Hati Puan Nuriza bergalang pilu. Antara
kebahagiaan Suria atau kebahagiaan anak sendiri yang harus dipilihnya.
“Mama...” Suria
memeluk Puan Nuriza terharu. Mommy pun tak pernah memujuknya begini. Kalau dia
merajuk macam mana sekali pun, Arif yang disuruh Mommy memujuknya. Daddy dan
Mommy tak pernah membelainya begini. Kalau Suria memilih Arif, bermaksud Suria
akan kehilangan Zinnia dan Mama yang penyayang. Suria serba salah.
“Mama...janji
Su.”
Dan sehingga kini
dia memegang janji Suria. Sedikit pun tidak dikhabarkan kepada Zinnia. Suria
terus kembali ke Nottingham. Langsung tak berjumpa dengan Zinnia. Mengelak
sehinggalah Zinnia bertemu dengan Suria sendiri sebulan yang lalu. Dalam hati,
di saat keluarga Arif Muzaffar menghantar pinangan hanya Tuhan yang mengetahui
betapa susahnya untuk menerima pinangan tersebut. Serba salah dibuatnya
sehingga memaksa Arif membuka mulut memberitahu cerita sebenar. Kasihan Suria.
Semoga Suria bertemu dengan cinta sejatinya, cinta yang tidak bertepuk sebelah
tangan. Doa Puan Nuriza.
ARIF Muzaffar menyarungkan selipar Adidas
tiga jalur berselang biru putih dan bergerak ke arah kawasan jeti. Mana lagi
tempat Zinnia menikmati angin petang kalau balik kampung kalau bukan duduk –
duduk mengambil angin di jeti kayu yang lama ditinggalkan sejak pembinaan jeti
moden di sebelah. Kata Zinnia dulu kat jeti tu Sofia Jane pernah berlakon filem
Cinta Kita. Filem zaman tuk kaduk yang dia tak mampu nak ingat tapi dia boleh
bayangkan panorama indah di sekeliling jeti yang memanjang ke laut dan
dikelilingi oleh perahu dan kapal – kapal kecil nelayan yang dicat dengan
pelbagai warna. Sekarang jeti kayu tersebut dah hampir kosong kawasan
sekitarnya. Yang tinggal hanya perahu – perahu lama yang sudah rosak tetapi
cahaya matahari yang malu – malu memancar menyerikan pemandangan di pagi hari.
“I
think we need to talk.” Topi putih senget dibuai angin laut dikepala
dibetulkan. Punggung dilabuhkan di sebelah si isteri yang ralit memandang ke
tengah laut.
“Nothing
to talk Arif. Our life will never be the same again.” Pasrah sahaja bunyinya.
“Awak boleh salahkan saya. Awak
boleh bencikan saya tapi bukan Mama. Bukan salah mama.” Arif memulakan bicara,
Kedua – dua tangan ditongkatkan ke jeti. Kaki dilunjurkan ke bawah. Dihayunkan
mengikut hayunan kaki Zinnia di sebelah.
Macam mana nak mengaku salah kalau
hakikatnya jauh benar menyimpang daripada apa yang Zinnia faham. Itu semua
sejarah. Kisah Arif dan Suria dah lama berlalu. Hanya Suria yang berat menerima
kenyataan. Bukan dia sengaja nak menjalinkan hubungan dengan dua wanita dalam
satu masa yang sama. Dia bukan lelaki begitu tapi desakan Pak Long dan Mak Long
yang sentiasa memaksanya menjadi hulubalang pengiring Suria membuat Suria
sering salah faham. Suria kena lah bezakan. Kad untuk Zinnia jauh lebih
istimewa. Untuk Suria sekadar menunjukkan sayangnya sebagai abang sepupu tapi untuk
Zinnia lebih daripada itu.
“Saya tak tahu macam mana nak
berdepan dengan Suria. Saya malu.” Zinnia berkata perlahan. Pergilah separuh
sayangku. Pergilah separuh cintaku. Pergilah bahagiakan Suria adikku. Dalam hati
Zinnia berlagu pilu. Masih dirantai perasaan bersalah.
“Awak nak saya tinggalkan awak dan
terima Suria?” Arif memandang Zinnia di sebelah.
“Arif...” Hati Zinnia berdetak. Tak
sangka itu yang terluncur daripada mulut si suami. Agaknya Arif dah penat
melayan rajuknya.
“Kalau jawapan awak ya sekali pun
saya tak akan tinggalkan awak.” Tangan kanannya beralih arah. Bahu Zinnia
menjadi sasaran. Berlingkar di bahu Zinnia agar dapat mendamaikan hati seorang
isteri.
“Mama tak patut buat Suria macam tu.
Nampak sangat Mama pentingkan anak sendiri daripada...”
“Kenapa? Kalau Mama bagitahu, awak
nak putuskan hubungan kita dan mengalah untuk Suria?” Arif mencelah.
Zinnia terdiam. Sanggupkah dia
kehilangan Arif Muzaffar demi Suria?
“Baby,
look here. Come look at my eyes.” Arif memusingkan badan Suria agar
memandangnya.
“This
is a comman mistake woman always make.”
“What?
This is not comman. My husband has another girlfriend before married and
happened to be with my love one and you tell me I don’t have right to sulk and
comfort myself and trying to figure out the best solution for my life?”
Panjang senafas ayat Zinnia. Maklumlah peguam katakan.
“No
– no. Not that. You have every right to merajuk. I’m here can pujuk and comfort you tapi yang you buat kat Mama tu salah. Saya nak
awak balik, minta maaf dengan Mama. Dia fikirkan kebahagiaan awak. Awak patut
bangga Mama dahulukan kebahagiaan awak. Mungkin nampak macam salah tapi Mama
tetap tak salah.” Arif menasihati si isteri. Dia anti-cerekarama. Dalam hidup
ada masalah kena selesaikan. Kena berterus terang. Kena saling menasihati dan
sebagai suami dia kena tegas. Cukuplah masa yang diberi untuk Zinnia melayan
perasaannya.
“Tak nak.” Balas Zinnia tunduk
memandang air laut melalui celahan kayu – kayu binaan jeti yang renggang.
“Don’t
fall under typical woman who listen half, understand quarter, think zero and
react double.” Perli Arif. Dia tahu Zinnia pantang dicabar. Pantang
disindir.
“I’m
not.”
“Yes
you are. You listen half. Dengar cakap Zarfan. Zarfan tu nak pikat isteri saya
memanglah dia burukkan saya kat depan awak. Then
you understand quarter. Awak dengar part
Suria macam setengah mati knowing we are
in love. Suria yang macam orang gila di Nottingham tapi awak tak dengar part saya berterus terang dengan Suria.
Awak tak dengar part saya buat Suria
faham yang hubungan saya dengannya tak lebih tak kurang sebagai saudara sahaja.
Then you think zero. Langsung tak
fikir perasaan saya. Saya suami awak Zie. Langsung tak fikirkan perasaan Mama.
Mama orang yang lahirkan awak kat dunia. Suria siapa? Sekadar seorang kawan.
Sekadar pertalian yang terbina atas kasih sayang sesama insan dan awak hanya
fikirkan perasaan Suria? The worst is
when you react double. Merajuk sampai sebulan. Lama tahu tak saya bersabar.
Biadap lagi dengan Mama. Kalau terdetik dalam hati Mama dia terkilan dengan
perangai awak, awak sedar tak awak dah jatuh pangkat jadi anak derhaka?” Arif
menarik nafas panjang. Melepaskan segala yang terbuku di dada. Sebelum Zinnia
jauh terpesong dek sekadar melayan perasaan bersalah yang merantai hatinya.
“Am
I that bad?” Pandangan ditala ke arah Arif Muzaffar. Kata – kata si suami
meresap jauh ke sanubari. Arif tak pernah marah. Tinggikan suara jauh sekali.
Pagi ni ayat Arif dah macam ayat peguam dah. Tak ada gaya ayat businessman.
“Yes
even worse but I love you. I love you.” Arif menarik kepala Zinnia ke bahu.
Rambut Zinnia diusap dan ubun – ubunnya dikucup penuh kasih sayang.
“Tapi saya berhutang dengan Suria.
Dia kenalkan saya dengan awak dan saya buat dia macam tu.” Zinnia berkata
perlahan. Bimbang mengganggu mood
Arif yang tengah marah.
“Awak berhutang dengan saya. Dengan
Mama. Bukan dengan Suria. Terimalah kenyataan. Tak semua orang dalam dunia ni
dapat apa yang dia nak. Itu takdir Suria. Takdir awak lain. Kalau awak kasihankan
Suria cuba awak fikir, dia hidup macam tidur atas duit. Nak beli LV sebijik harga puluh – puluh ribu macam
nak beli cendol. Awak? Ke hulu – ke hilir usung fail turun naik court sekadar nak dapat 3 ribu
sebulan. Please wake your sense up.
Allah Maha Adil. Dia jadikan saya milik awak dan suatu hari nanti Suria akan
bertemu jodoh yang sepadan dengannya.”
“You
compare love and LV? How not fair.”
“Yeah,
LV only missing O and E. Not much different.”
Zinnia tergelak. Arif...Arif...Dalam
diam semuanya disimpan dan dihembus sekali nafas.
“I’m
sorry.”
“Yeah
you should be. You’re wasting our honey moon time.” Balas Arif bergurau.
“Nak LV mahal – mahal yang macam
Suria boleh?” Rengek Zinnia manja. Mereka berpegangan tangan menyusuri jeti.
“I’ll
give LOVE. LV tak best.” Arif
mengusik. Perempuan. Pantang sebut bab beg tangan. Besar biji mata.
“MAMA, Zie minta ampun. Zie salah.
Zie tak patut salahkan Mama.” Sampai sahaja di rumah yang lima belas minit
berjalan dari jeti, Zinnia berlari ke arah Puan Nuriza yang sedang berehat di
bilik.
Arif Muzaffar hanya membiarkan
mereka anak – beranak bertukar rasa hati. Zinnia keras orangnya tapi dengan
cara yang betul, tegas tetapi penuh kasih sayang pasti Zinnia akan kalah. Siapa
yang mampu menolak kebenaran kata – kata seorang suami. Balik KL nanti siaplah
kau Zafran. Pandai – pandai nak kacau hubungan rumah tangga orang.
“Zie tak akan mampu bahagia dengan
Arif kalau Mama tak maafkan Zie. Zie tahu Zie terlalu turutkan perasaan.” Air
mata menitis jua melihat Mama diam sahaja.
“Bahagia ialah sebuah kemaafan.”
Kata Zinnia. Kalau tadi baru dia berkata demi mengharapkan kemaafan Suria tapi
kini kemaafan seorang ibu yang lebih bermakna dan didambakannya.
“Bahagia
ialah sebuah kemaafan.” Sama kata hati tua yang melahirkan Zinnia Zulaikha ke
dunia. Mana mungkin Puan Nuriza tak mampu memaafkan Zinnia Zulaikha.
Dialah satu – satunya anak perempuannya. Zinnialah tempat dia mencurah rasa,
berkongsi segalanya.
“Mama maafkan Zie. Mama nak Zie
hidup bahagia.” Ucapan seorang ibu tanda kasih terhadap seorang anak yang tak
berpenghujung. Semua orang akan melakukan kesilapan dalam hidup tapi jangan
terlalu lama di jalan yang salah kerana pintu kemaafan tidak selalunya akan
terbentang di hadapan mata.
“Dah?” Arif mencelah. Tak larat nak
tengok drama air mata lama – lama.
“Eeii
kacau je.” Rungut Zinnia dengan diikuti ketawa halus Mama.
“Jom sini, cerita best kat TV. Arif pinjam Zie jap Mama.”
Arif mengenyit mata ke arah ibu mertua yang teramat baik dan sporting. Tangan Zinnia ditarik.
“Ally Mc Beal? La episod zaman batu
lah ni.” Rungut Zinnia.
“Jap sayang. Nak suruh dengar judge tu cakap apa.” Mereka tercegat di
hadapan TV.
“Mana ada judge?” Kat depan hanya ada si Ally tengah ternganga melihat Robert
Downey Jr menyanyikan lagu untuknya. Hero kegemaran Zinnia tu.
“Dah...dah tak nak tengok hero tu.
Tengok hero ni. Dengar Yang Arif nak cakap apa.” Dagu Zinnia dicuit. Tak
berkelip tengok hai..ni nak marah ni.
Zinnia tergelak. Dia rupanya The
Judge. Yang Arif tapi tak berapa nak arif.
“Okay,
I’m listening.” Mereka berdiri bertentang mata.
“All love shifts and changes. I don't know if
you can be wholeheartedly in love all the time. I really don’t know but with
you Zinnia Zulaikha, I know I can so please be a good wife to Arif Muzaffar.”
“Yang Arif, I’ll be the one. Am trying.” Zinnie
mengenyit mata. Malulah nak drama lebih – lebih. Mama kan ada kat dalam bilik
tu.
Sebulan yang
lalu, Zinnia rasa dia berhutang dengan Suria. Hutang cinta. Hari ini Arif
Muzaffar menyedarkannya, mana ada istilah hutang cinta. Kalau dah cintakan
seseorang, kita hanya berhutang dengan orang yang cintakan kita. Cinta tak
boleh dibayar. Cinta tak boleh ditukar ganti biar pun dengan LV termahal!
p/s: Happy Holiday!!
Sorry tgah demam Avengers My super hero Arif Muzaffar
XOXO!!!
xp mmg betul la perempuan selalu perasan dgn layanan lelaki..
ReplyDeletep/s: sorry klau words diatas betul..
miss kira
ReplyDeleteeh betul. perempuan terlebih sensitif. Laki plak amatlah x sensitif. Why u say sorry?
OoooowHh.. So sweet.. Hepi ending ;)
ReplyDeleteSume xsalah.. Arif yg salah skit2.. Hehehe.. Tp cinta kan xkenal siapa.. ;)
Ai like Yang Arif ckp pasal typical woman.. Listen half, understand quarter, think zero n react dabel.. True dat! ;)
KL ~ more cerPAN pleasee!
Kak RIn - lelaki memang . dia ingat dia betul n x sensitif dngan perasaan kaum hawa . Tpi kalau dia org sensitif mcm kita , susah nak buat jadi pemimpin . bertindak ikut perasaan . hehehe.
ReplyDeleteDalam hal Zinnia , bertindak terburu-buru cepat menghukum , sama je mcm Rin . Kdg2 macam tu gak .
Dalam hal yang Arif , pi melayan perempuan tu macam satu pengkhianatan dari sudut pndangan wanita. Niat nak tolong tapi memang benda2 cam tu x bleh tolong . tapi terpaksa consider jugakla sbb kalau x hidup suria x serupa macam hidup . at last, memang x serupa pun kan ? hehehe.
Dalam hal si Suria - dia dah salah faham dengan layanan Arif , memang la salah faham kalau orang tu macam melayan . Tpi mcm yg org selalu cakap, time can heal the pain .
X de sapa yg betul, x de sapa yg salah . Infinity .
Kak Rin , cerita ni bukan luar alam tapi berlaku dalam hidup kita ... Me , enjoy my reading..! Thanks so much!! *love*love*love*
<----budak ni dah rasa kak rin setanding dengan hlovate . >_<
Cinta,tiada apa yg salah.cuma salah itu terletak pada tindakn dan fahaman kita sendiri.
ReplyDeleteTidak salah mencintai dan dicintai cuma kenalah rasional.mana boleh paksa2 hehe..
Best ending..kl punya story mmg penuh dgn knowledge..
terbaek....
ReplyDeleteAs-salam and hai KL [SB style]
ReplyDeleteshud b Zarfan rite? Not Zafran! …. KL pon dh confuse most comments in part 1 typed zafran n now final part KL pon refer Zafran aduyaiiii ..!
Best … really like this ecerpen – wish it can be further expand …. Want to know Zinnia or Ariff to confront Zafran the toaster! ….. Suria’s latest emotional reaction – huhh …
& it's typical kan - bila lelaki tunjuk lebih concern .... pasti pompuan cair esp if u already for him ... risky!
Hahaa … on d face of a lawyer when Ariff uttered of this famous quote …“Don’t fall under typical woman who listen half, understand quarter, think zero and react double.”
Ariff … is cool … yesss… there is no such thing as ‘hutang cinta’!Zinnia too!!! best couple ...
KL if u submit this kat p2u - sure ramai nk carik n google nama RIN @ Karya Lepak coz this ecerpen is superb!
TQVM ♥♥♥
Ada orang kata kadang2 kita kena jadi selfish utk kebahagiaan sendiri. Erkkk, betul ke? Mungkin ada betulnya kot. :)
ReplyDeleteha, saya pun confuse is it Zarfan or Zafran? hoho.
setuju dgn Jazmeen, tryla hantar this one kat p2u. mari kita lihat apa kata mereka. :)
alaa shima bkn org 1st plak hari ni komen.. hehehe.. nice story..
ReplyDeletehmmm sweet.
ReplyDeleteklau nk ikut mmg x bpa nk puas ati ngan si mom smpai hati rahsiakan pekara tu..suria is her best buddy.. tp dah terpujuk ngan nasihat Yang Arif..hihi
kadang2 kita hanya tau salahkan orang tanpa menilai sebab musababnya hal terjadi kan..
best..
ReplyDeleteHai lovely readers,
ReplyDeleteAs-salam
rajin ya korang drop komen kat cerpen cerpan yang ala - ala sadis dan sendu nih.
saya kena hands up mmg tak feel buat cerpen cerpan tapi dalam hati nak challenge myself nak jugak buat. Benda yg tak taulah nak kena belajar kan. Bnyk x suka, x drop komen pun I don't mind [mind sikit je :(].
Will belajar menulis this smpai pandai jgak.
& bab sengal Zarfan Zafran tuh I dh modify. Thanks guys!!!
Err ke ada lg slap kat mana2? u guys r my readers cum editors yo!
Lev & levvvvv....
1st chapter mcm tnjuk si arif tu seorang yg supa playboy,tats y sy pnye komen ala2 sdih..
ReplyDeletethen bile dh cont. chapter 2..baru phm.harus di highlite ni besar2:
don't u ever fall under typical women who listen half etc..... kalau nk aman bahagia kne la de give n take,kan2?? ")
Suami yang cinta dan sayang seorang isteri sentiasa menegur secara lembut dan penuh kasih sayang dan saling mengingati tentang tanggungjawab dan hormat kepada orang tua x kira ibu sendiri atau ibu mertua.... TERBAIKKKK...
ReplyDeletebaru sempat baca KL...
huhuhu Rin..every step you take..
ReplyDeletesusah jd pompuan ni..sometimes emotions get in the way..trying very hard x nk jd mcm
typical woman,who listens hlaf,understand quarter,think zero & reacts double.
Nice ending..cara Arif menegur Zinnia terbaik la.
Apsal semua hero dlm blog ni hebat2..melting!
TQ Rin..buatla cerpen lg..i setia tunggu..
baru ada ms bc cerpen nihh... okay... sangat berbeza antara cerpen n novel kak rin.. tp yang sama, hero dia tetap marvelous kottt.. hahaha.. y beza ialah, cerpen... a bit santai.. novel.. more to suspen..hehe. haruslah... bukan mudah nak huraikan setiap entry kan..
ReplyDeleteberbalik kepada cerita nih, aisehh.. salah faham yang mengundang salah laku..haha.. memamng perempuan kadang2 x pandai nak judge perangai lelaki.. mcm sukakan kita.. tp sebenarnya dia mmg mcm tu dgn semua perempuan.. itulah SILAP lelaki... dia mengoda, kita tergoda tapi akhirnya semua tu hnya misunderstanding.. ngeeee.. sungguh ngeri kott..
tp suka ariff.. suka time dia tenangkan isteri dia.. memang hero y superstar ***** kott..haha.. kadang2 sy rasa kak rin ni lelaki.. sebab jiwa lelaki nmpak begitu tebal dlm setiap hero.. nmpak idup..hehe.. ke kak Rin selalu dpt ayt tu dari hero kesayangan kak rin.. kah kah kah..
by the way... suka cerita nihh.. like3 sampai lebam... buatlah novel or cerpen pun, sy psti akan follow.. hehhe.. opss.. setuju dgn RinsyaRyc... sy rasa mcm bc karya hlovote.. serius.. kalu ngah mengandung ni, boleh mengidam..hahaa.. congrats kak..
loving it... better late than never reading it....
ReplyDelete- Aurellia -
part "i'll give LOVE. LV x best" superb best ♥...sape yg minat LV, meroyan bc cerpen KL...hahaha...
ReplyDeleteInspiring story there. What occurred after? Thanks!
ReplyDeleteMy website :: オークリー ゴーグル
Sukaaaa....!!!! More plizzzz.
ReplyDeleteosemmm..nk lagi boleyyy...hihi
ReplyDeleteosemmm..nk lagi boleyyyy..
ReplyDeleteplease dont stop berkarya... i cant skip any word of yours... memang best.. rasa macam baca buku Hlovate...
ReplyDelete