Lisa menyusuri jalan lurus dari blok
rumahnya menuju ke stesen S-bahn Pasing. Hari ini hujung minggu yang damai.
Bangun pagi – pagi lagi Lisa keluar dulu berjoging menyusuri Sungai Wuerm dan
balik ke rumah terus bersiap untuk keluar. Temujanji dengan Tengku Akhbar asyik
tertangguh. Lagi pun hari ni Lisa nak nobatkan sebagai Hari Shopping sedunia.
Duit dalam poket tak lah banyak sangat tapi Tengku Akhbar kan ada.
Lagi pun
kena buat – buat ambil berat tentang Tengku Akhbar, Lili kan nak kena suap
dengan info. Manalah tahu keluar hari ini, Tengku Akhbar ada gaya terbaru, muka
licin dah naik jerawat ke, rambut kemas dah jadi botak ke, senyuman menggoda
dan suram serinya ke. Banyak yang dia nak kena lapor kat Lili ni tapi kali ni
kalau upah sikit minta maaflah. Sorry
Lili, got to go. Sakit hati kena ‘ayam’ dengan Lili tak habis lagi. Nasib
baik setakat ini Azri masih budiman orangnya. Tak adalah dia sakit hati sangat.
Jarak berpuluh – puluh ribu kilometer, nak marah, nak gaduh pun buat sakit
hati diri sendiri. Paling tak dah seminggu Lisa langsung tak layan internet.
Putus hubungan dunia dia dengan alam maya sekejap. Bagi Lili tercongak – congak
depan lap top cari dia. Padan muka!
Sekadar
menyarungkan ballet flats, langkahnya
dipercepatkan apabila terasa diri diekori. Panjang – panjang langkah dihala ke arah
stesen yang dah nampak di hadapan. Lisa mula tak sedap hati tapi dia cuba
berlagak tenang. Sudah seminggu dia mempunyai rutin yang sama. Hari – hari berjalan
ke stesen S-bahn Pasing hingga ke Marienplatz. Kemudian kena tukar naik U-bahn
pula dari Marienplatz sehingga ke Garching Forschungszentrum (Garching Research
Center). Tak pernah pula dia rasa tak selamat begini. Biasanya dia yakin sahaja
berjalan di muka bumi yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler ni. Semangat
Lisa nak meneruskan hidup pun ala – ala Adolf Hitler. Kalau semangat kecil
macam mana nak mengharungi hidup dengan Syed Azri yang banyak helah tu.
Lepas Azri
bagi gaji beberapa hari yang lalu, bersorak Lisa dapat upah lebih. Hampeh! Rupa – rupanya diselitkan sekali
duit barang dapur terutamanya duit susu pokoknya.
“Okay here you go.” Berkeping – keping Euro
dihulurkan kepada Lisa.
“Banyaknya. Yahooo!!!” Lisa bersorak siap berpusing –
pusing gaya orang menang loteri. Kedua – dua tangan Azri dipegang konon ajak
pusing sekali. Si Azri ni pula layan aje walau pun muka serius sahaja.
“Ehem..ehem..Cik Nur Lisa.”
“Ya?” Lisa
berhenti berpusing tapi senyuman masih merekah di bibir.
“That is including one month household
expenses and milk supply for my baby.”
Tangan Azri
ditunjukkan ke arah pokok yang diwasiatkan kepada Lisa untuk dijaga. Apa lagi
silalah jadi seorang suri-studio ya cik kak. Hidup nak senang je. Mana boleh. Azri
kadang – kadang tak lepas daripada memerhatikan setiap laku Nur Lisa. Selamba
sangat dan sentiasa dalam dunianya sendiri. Tak banyak tanya. Tak banyak
kerenah. Memang dia kagum sangat – sangat. Ingat duduk sehari dengan perempuan
dia dah rasa macam nak sepak Lisa keluar rumah tapi Lisa langsung tidak
memberinya alasan untuk merasa rimas. Selepas sesi berkenalan sebelum tidur
tempoh hari, mana ada Lisa tanya apa – apa.
Kadang –
kadang sengaja Azri mendera. Berebut bilik air pagi – pagi nak pergi kelas,
minum selamba kopi yang siap Lisa bancuh atau selamba makan apa – apa makanan
yang Lisa siapkan untuk tapau pergi kelas sekadar nak menduga tapi Lisa stok
tak kisah. Azri nak masuk bilik air dulu, dia bagi. Siap boleh lepak – lepak tunggu dia
keluar layan TV, tak pun dia layan diri kat balkoni sambil hisap rokok. Kalau
air dan makanan dia hilang, dia buat balik tapi jangan tak tahu dia tulis besar
– besar kat nota warna – warni dan tampal kat peti ais. Psiko!
Azri pencuri kopi!Ngee.
Azri pengepau sandwich!Ish..ish.
Azri amik saya punya rokok! Jahatnya
dia.
Hari ini pie saya hilang kena
telan buaya! Kesian saya.
Yang ni Azri
dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh dia tulis macam tu. Memang pelik betullah
Lisa. Segan agaknya nak sound direct.
Maklumlah kalau dia jadi Lisa pun dia fikir banyak kali. Lisa pandai juga ambil
langkah berjaga – jaga mengenali hati budinya. Bukan dia tak tahu cantik pepper spray dan pisau lipat tersorok kat
bawah bantal Lisa tu. Hari Lisa bangun kelam kabut terlambat nak pergi kelas,
dia saja nak berbakti tolong kemas katil, bulat mata nampak benda tuh tapi
tersengih juga dia tengok. Dia pun awal – awal mati – mati tabik hormat,
gilalah awek ni cari maut perjudikan nasib duduk dengan orang yang baru
dikenalinya tapi silaplah. Kalau dah nama budak bijak. Rupa – rupanya dari A to
Z Lisa dah siapkan rancangan kalau musibah melanda.
“Ceh!”
Tangan Azri dilepaskan kasar. Buat malu teruja gaya budak dapat lollipop. Ada
niat nak mengkulikan dia rupanya tapi baguslah. Sekurang – kurangnya dia tak
payah nak risau duit belanja makan kat rumah. Tinggal nak fikir duit belanja kelas
sahaja. Bagus nih. Untung juga duduk serumah dengan anak Syed Gilani.
“KUNTUM Renjong. Kuntum Renjong!”
Nak tercabut anak tekak Hanif memanggil room
mate baru Syed Azri. Boleh dia buat derk
je. Cadang Hanif nak pergi beli surat khabar di kedai selang sebuah blok dengan
rumah sahaja tapi nampak Lisa yang sedang berjalan beberapa meter di hadapan,
gatal pula nak menegur. Makin dia rapat, makin laju pula langkah si Kuntum
Renjong.
Azri yang tunjuk dari jauh si Lisa
ni. Nama duduk sebelah menyebelah tapi tak pernah diperkenalkan oleh Azri
secara langsung. Dia rasa dia tak silap apabila Azri menunjukkan si Kuntum
Renjong di dalam S-bahn tempoh hari. Mereka kebetulan naik keratapi yang sama
tapi Kuntum Renjong ni duduk seorang diri layan buku. Tak perasan langsung dia
dan Azri. Penat sangat agaknya lepas balik kelas. Azri main tunjuk itu pun
lepas Hanif tegur.
“Ada awek cun lah. Muka macam Asian
tu.”
“La....tu lah si Kuntum Renjong. Room mate aku.”
“Lawa seyh. Ishh...dia tahu tak aku ada Firuz? Kalau kau tak cerita lagi,
kau jangan cerita boleh? Aku nak coplah.”
“Hotak
kau. Firuz pun kau tak terbela ada hati nak bela lagi seorang.”
“Kau dah ehem..ehem.. eh?”
“Jangan nak buat lawak sarkas. Tak ada
ehem - ehemnya. Kalau aku nak aku mintak gentle punya tapi so far aku sober lagi. Kemudian – kemudian lah aku kenalkan.”
Hanif tergelak. Sober lah sangat. Sampai bila boleh tahan tu. Bukan dia tak tahu
Azri mengamuk tahu kes Damia Humaira dengan mangkuk mana baru – baru ni. Yang
paling Azri menyesal kenapa dia layan si Damia tu baik sangat. Patutnya di ‘lauk’kan
siang – siang. Baru padan muka tapi ya lah Azri ni nak cakap baik tak juga. Nak
cakap nakal pun masih di tahap terkawal jadi dia mampu gelak sahaja dengar Azri
merungut. Yang Azri cakap kemudian – kemudian tu tak pernah sampai. Selalu tak
terkebetulan nak kenal si Kuntum Renjong ni secara langsung. Tak kisah lah nama
klasik tahap zaman purnama pun janji muka kellasss
lawa gaya moden – moden gitu. Budak TUM pula. Trofi tu kalau dapat.
“Hey!
Sie fallen etwas.” Mana ada benda jatuh pun tapi Hanif nak tergelak juga
tengok si Kuntum Renjong brek dan pandang bawah tiba – tiba. Trick menjadi. Cak! Awak tertinggal
tapak kaki je. Hanif menyembunyikan senyuman dan cepat – cepat menghampiri
Lisa.
“Entschuldigen Sie
mich (excuse me).” Si Kuntum Renjong mencerun tajam apabila tahu dipermainkan.
“Entschuldigung.” Hanif
meminta maaf. Dia pelik. Azri kata Melayu. Tak cakap Melayu ke si Kuntum
Renjong ni. Dia saja tegur dalam bahasa German nak main helah. Boleh si Kuntum
Renjong jawab buat muka tak bersalah siap pandang orang macam orang pula yang
salah. Mati akal Hanif tak tahu nak tegur macam mana ni.
“Sprechen Sie Englisch?”
Hanif gelabah.
Mula bertanya adakah si
Kuntum Renjong boleh bercakap English. Isk. Nak tampar pula pipi. Patutnya tanyalah
boleh cakap Melayu ke tak tapi dia terkaku juga apabila berhadapan dengan awek
ni. Cun sial! Boleh tergagap – gagap nak usha.
Potong betul. Dengan ketinggian yang kalau tenggelam kat tengah – tengah bumi
Bavaria orang boleh tersalah cakap orang tempatan, kulit yang licin berseri dan
gaya berpakaian yang amat moden walau pun tampil ringkas dengan skinny jeans,
t- shirt oversize paras lutut yang diserikan dengan jacket jeans hitam, leher
yang dililit skaf dan bahu yang tersandang beg kulit coklat labuh. Rambut si
Kuntum Renjong yang panjang bawah bahu sikit je nampak amat seksi beralun
dengan kepala yang digelengkan berkata tidak.
“Nein.”
Hanif terdiam. Dia tahu
gadis di hadapannya menipu. Tak nak pula mengaku. Macam mana si Azri boleh
tahan duduk serumah dengan awek macam ni? Pakai lengkap macam ni pun aku dah
rasa seksi semacam. Rambut dia tak boleh tengoklah. Menutupi dahi separuh dan
seksi dibiarkan lepas bebas di bahu. Ingat awek rambut panjang macam Damia dan
Firuz sahaja yang menggiurkan tapi versi
Kuntum Renjong ni fenomena betullah. Hanif mati kutu. Tanya terus terang
sahajalah.
“Sie sind Kuntum
Renjong?” Hanif inginkan kepastian, nak juga tanya nama.
“Nein.” Lisa nak
tergelak tapi dikawal. Kurang ajar. Mesti ni kawan si Azri yang duduk sebelah
studio mereka. Sah makhluk tu bagitau nama dia Kuntum Renjong. Balas nampak.
Maklumlah dia yang bagi nama tu dulu. Siap kau Azri.
“Können Sie mir behilflich
sein? Lisa menyambung kata, meminta pertolongan.
“Was?” Hanif bertanya
kembali nak minta tolong apa.
“Lassen Sie mich in ruhe.
Azri, sagen Sie ihm, um zu sterben.” Lisa menyuruh Hanif jangan mengganggunya
dan memberi pesanan kepada Azri ‘tell him
to die’. Padan muka. Pandai – pandai bagitau kat orang nama dia Kuntum
Renjong.
Hanif ternganga. Betullah
ni si Kuntum Renjong. Laju sebut nama Azri. Cet! Saja nak kenakan aku. Nak
cakap sombong, air muka Kuntum Renjong nampak biasa, boleh je layan dia
bercakap elok – elok. Sah! Saja nak kenakan aku. Muka Hanif dah tebal semacam. Boleh
buat stok cerita kat Freiman hari ni. Kau nak bagi lagi sadis, dia suruh Azri
buka connected door tu. Pengsan
ternganga Kuntum Renjong balik nanti. Maklumlah studio mereka sebelah
menyebelah dan memang mereka sengaja memilih yang bersambung. Senang konon –
konon kalau hujung minggu kawan – kawan lain nak datang lepak. Sambung saja
bilik.
Aktiviti budak lelaki
di rantauan. Hujung minggu melepak je lah. Bezanya mereka akan membuat rutin
giliran. Minggu ni lepak kat mana, rumah siapa, minggu depan kat mana pula.
Bergilir – gilir cuma setakat ini tempat kegemaran dia dan Azri ialah Freiman
rumah Bird lah dan kejap lagi mereka memang nak pergi Freiman. Dah janji nak
buat BBQ. Kadang – kadang mereka ada juga turun Sigmaringen rumah Wong.
Hanif agak si Kuntum
Renjong harus nak pergi window shopping.
Aktiviti biasa pelajar perempuan. Kalau anak super lord lainlah, siap boleh shopping
sakan. Mana nak peduli berapa kali ganda nilai Euro kat sini.
HUJUNG minggu yang sengal. Lisa pagi
– pagi lagi dah lesap. Tak tahu pergi mana. Maklumlah tak pagi mana pun. Baru
ingat nak ajak Lisa pergi Freiman. Nak kenalkan Lisa dengan budak Malaysia yang
lain. Konon nak ajak jalan – jalan lah juga. Sekurang – kurangnya kalau dia tak
ada, ada kecemasan apa – apa adalah tempat Lisa nak bergantung. Azri kenal
sangat semua kawan – kawannya nampak nakal pun semua boleh harap. Semangat
setia kawan tinggi kalau berada di rantauan.
Azri bersiap ala kadar. Washed jeans biru dipadankan dengan polo
shirt lengan panjang berbelang merah hitam dan berkolar putih. Tak lupa topi
kegemaran, Liberty Snapback Cap berwarna
hitam dengan gambar bola kecil di tengah dengan tulisan New di atas dan York di
bawah bola melengkapkan gaya maskulin. Mata melilau sekeliling rumah sebelum
melangkah ke rumah sebelah. Sedang elok pintu rumah Hanif sedia terbuka.
“Jomlah.” Ajak Azri dan menapak ke
dalam.
“Kau sembang lebih. Kata nak ajak
Kuntum pergi sekali. Alih – alih aku nampak dia menonong keluar jalan pagi –
pagi lagi.” Sembur Hanif.
“Kau tegur dia? Confirm ke dia? Kau bukan kenal pun.” Azri duduk di kerusi makan.
Roti yang ada di atas meja makan dirembat. Lapar.
“Confirm
sebab meh sini aku translate dia cakap, ‘tell Azri to die’.”
Azri tersedak. Nasib baik tak
tercekik makanan dalam mulut. Angin tak ada, ribut jauh sekali, kenapa tiba –
tiba nak suruh aku pergi mati pula ni?
“Hoho...relax
lah.” Hanif tersengih melihat reaksi Azri.
“Pehal
pulak ni?” Azri bertanya.
“Entah.”
“Kau panggil dia apa?” Azri mula tak
sedap hati.
“Kuntum Renjong lah. Dah kau cakap
tu nama dia.”
“Mangkuk! Kau memang mangkuk lah.
Memang lah dia marah. Tu bukan nama dia. Dia tak baling muka kau dengan kasut
dah cukup baik.” Azri tersenyum. Dahi sedikit berkerut dan mata bersinar.
Patutlah.
“Kaulah mangkuk. Kau tak cakap betul
– betul kenapa? Mana aku tahu kau serong (tipu).” Hanif berdiri dan menutup TV
yang sedang ditontonnya. Malu aku. Sial je Azri ni.
“It’s
Nur Lisa. I call her Lisa.” Azri berdiri. Membetulkan topi dan mengekori Hanif
keluar rumah.
“Nama punya sedap. Mahu dia tak
marah.” Rungut Hanif sambil memandang
Azri yang sedang menyarungkan suede loafers.
SAMPAI di Freiman, sesak juga kena
bahan dengan Bird dan Wong. Selamba Hanif buka cerita. Pandai – pandai cakap
dia tak nak bawa Lisa sebab simpan kat rumah. Stok baek mana boleh tayang – tayang.
“Kau biar benar?” Bird menghulurkan
gelas berisi air suam kepada Azri. Datang – datang mengada – ngada nak minum
air suam pula.
“Apa yang benar, apa yang tak
benarnya?” Azri buat – buat tak faham.
“Lisa dah sah jadi awek kau ke?”
“Ish...
drop the subject please.” Azri malas nak melayan. Kalau cakap tak nanti ada
Lisa jadi trofi rebutan karang. Kalau
cakap ya, kasihan pula kot jalan Lisa nak dapat pak we baik – baik (konon) kat
sini tipis sebab saham dah jatuh. Maka diamlah jalan sebaik – baiknya. Dalam
niat baiknya terselit juga niat nakalnya. Hey! Punya cun tu tak kan nak lepas
senang – senang. Bagi dia tapis dulu. Azri tersengih dan meletakkan gelas di
atas meja.
“Aku siap jemput Diandra, Huda dan
Verona kau tahu tak. Kata nak bawak
Lisa. Ingat tak naklah dia segan.”
“La ya ke?” Dalam hati Azri memuji
budi bahasa Bird. Tokoh tuan rumah terbaik abad ini.
“Huda ada? Jangan dia usung sekali
Damia Humaira cukup. Ada orang tu sendu sepanjang hari karang.” Usik Hanif menyampuk. Huda kawan baik bekas si Azri ni.
“Kau nak kena cepuk ke apa ni?” Mata
dalam Syed Azri dihala ke arah kawan tak guna ni. Ada je nak mengenakan dia
hari ni. Siap kau Hanif. Malas nak melayan, Azri keluar daripada bilik dan
bergerak ke basement. Mereka nanti kalau berkumpul kat flat Bird ni, sah duduk
basement. Mana ada nak berhimpit kat bilik sempit Bird.
Tangan gatal nak menelefon Nur Lisa.
Suara Lisa kedengaran ceria di hujung talian.
“Lisa kau pergi mana? Bukan tak ada
kelas ke hari ni?”
“Memanglah tak ada kelas. Pergi shopping. Kan baru dapat gaji.”
“Bukan reti nak bagitau.”
“Hello
Tuan Syed, you are not my boy friend. Be one then you can mess with my life. Since
you were not, stay out of it.”
Be
one? Siap kau Lisa. I’ll be the one.
ASAP!
Azri membesarkan telinga. Cuba
meneka di mana Lisa berada. Nak tanya segan. Dah siap kena sound direct. Kadang – kadang dia geram juga dengan sikap Lisa yang
cakap tak pernah nak fikir dulu. Silap hari bulanlah. Ni anak Tuan Syed Gilani.
Pantang dicabar. Kalau dapat nanti nak buat Syed Azri? Remember you chose enmity? Soalan bodoh tiba – tiba menjengah ruang
fikiran. Tak kisahlah buat apa pun, pilih apa pun. Janji dapat dulu. She’s not bad at all though!
“You
are talking to Syed Azri Nur Lisa.”
“La, tahu sangat. Siapa lagi kalau
bukan yang berani pergi kompang nama saya Kuntum Renjong. Sure the one and only Syed Azri.” Perli Lisa satu das.
“Okay,
sorry for that.”
“Tu ke Hanif?” Lisa melilau mencari
Tengku Akhbar yang terlindung di celah – celah rak baju agaknya. Kalah
perempuan shopping pula dia ni.
Spesis lelaki meteroseksual, pentingkan penampilan dari hujung kaki ke hujung
rambut. Rimas!
“Yes.
Sorry on behalf.” Azri mula mengayat.
“Naa..it’s
okay. See you at home.”
“Lisa
wait.”
“Yes?”
“Tak menyesal ya. Tak nak tarik
balik kata – kata awak tadi?” Nota kaki di situ. Kau dah bertukar jadi awak.
Idea datang tiba – tiba. Bagus juga Huda datang hari ini. Kalau dia usung Damia
Humaira lagi bagus.
“I
do the talking a lot. Which one you meant dear room mate?” Lisa tergelak.
Sengallah Azri ni. Pebende merepek
entah.
“I’ll
be the one. Betcha.”
Lisa tergelak besar. Orang buat
lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Lisa
ambil mudah. Tak menyangka jalan – jalan di hadapan yang akan bermula bersama
Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.
“Walk
the talk Syed Azri.”
Berguna x 2 benda yang NL simpan kat bawah bantal dia tuh...
ReplyDeleteKalau x sempat guna, rugi jer NL beli...
Terima kasih untuk N3 awal pagi nih...
~w.t~
akhirnye..yg dinanti dh tiba..tp still mcm x cukup..tamakkan?huhuhu
ReplyDeleteSerius best.
ReplyDeleteDgn gaya lisa yg agak tak kisah.
Dgn syed azri yg pantang dicabar,maka jln ceritanya
pun bermula hehe..
Wah! makin best dan menarik... nak lagi Rin XD
ReplyDeleteBagus gak si Kuntum Renjong ni. Dalam berani + daring dia tu sempat gak letak precaution utk diri sendiri. Takut juga kena ngap rupanya.
ReplyDeletejeng jeng.. dah mula dah:)
ReplyDeleteAs-salam and Hai KL [usual SB greetings]
ReplyDeleteBravo Lisa … b well prepared with “pepper spray dan pisau lipat tersorok kat bawah bantal” … hehee
*I prefer to bring pepper spray in my pocket when knows tat I hv a late lecture in the evening – cycling back home fr Uni!
Comical n amusing Hanif – alahai … how could he believed tat Lisa’s name is Kuntum Renjong! Lisa shud burst into laughter hearing she was called like tat!
So Lisa still not dating T. Akhbar … with lots of delay … n fr my understanding Akhbar so far has no idea who’s Lisa room-mate !
And now Azri will accept tat challenge to be Lisa’s boyfriend – jaz to show-off to Damia Humaira …. Later to get seriously involved? !!! Dissolve ur own words Azri … Remember you chose enmity !
Got to admire Lisa a lot ….. she has a character tat can melts anyone heart!
Yeah … “Walk the talk Syed Azri” ………..
TQVM KL ….♥♥♥
aik,"walk the talk SA" ye lisa...
ReplyDeletea) SA buat victory dance,dok fikir lisa bg green lite..
b) SA ssun strategy mcm main dota sbb wlpun mulut lisa durjana tp akal sgt pnjg..
c)ape kau merepek ni syira??
sbnrnye sy xsbr ape akan brlaku lps lisa ckp bnde tuh.itu 1 cabaran buat SA jyeahhh..
nk pegi spital sbb lidah ni dh trgeliat bace ayat German tuh hehehe,..
Dear KL,
ReplyDelete- Ha..ha..ha...Lisa tunggu tauuu.. SA dah nak buat planing macam2...
- Alaaa...SA tu memang pada dasarnya suka kat Lisa, tapi mesti la kena ego sikit...anak 'syed' beb...
- KL, jangan kata Hanif akan ngorat Lisa..tak nak lah akak...baik ngan SA...
- Luv you today and tomorrow........
-kak fadz-
kejam gile dowh panggil kuntum Rejong.. hahhahaa. thanks for the n3 Lisa n Azri just brighten my monday blues
ReplyDeletea'ah nak kene asah lidah ckp german nih.
Rin tunggu Azri bertindak . hehehehe .... thanks kak rin .. :heart:
ReplyDeletew.t
ReplyDeleteberguna..berguna..
kalau x dgn SA pun berguna juga kan *wink2
Awal bgn ya awk. Bagus2! Murah rezeki.
(NL yea skang nak playsafe tertekan S ke Z..ngeee..)
lieda
ini tgah keje on Wesak pon sesmbl korek ideas cr chicky tag line tau..Nak lg pengsan makkkk nyahhh....
Kk Zen
hai awak. saya rasa awk baru jmpa ke blog saya? Sbb b4 this jarang drop komen kan?
Say hai selalu ya :))
NL & SA tu match make fr hell. Opps...
TLC
yes...boleh...boleh tp ikut ramalan cuaca. Skg cuaca x menentu. Zaman GET & Arluna cuaca as predicted. Clear sokmo. Now rain & rainbow silih berganti :))
Hajar
alahai berani mana sgt kalau dah spesis x der telur tu. Gaya je lebih lol!
shima
jeng!! ni part yg awk tgu eyy. Notti ya..notti tu (jari telunjuk goyang2)
Jazmeen
wahhh...patut komen cpat ya skang sbb nak great gaya SB style kat sini. Yeahh!! The method is not important, the thought that counts!
Hope u hv a great day ahead. Raining & bundle of Monday works :p
Tg Akhbar session Azri jmpa belum flashback. Remember Azri kept on telling Lisa Tg Akhbar dtg, x nak tanya ke psl Tg Akhbar b4 they sleep tu?
Later baru nk introduce his character so called baik pun x baik sgt tp baik sikit fr Azri kot. I myself can't wait seeing Azri dissolve his words. Time tu victory dance dgn Syira yeay!
Syira
Walk the talk bunyi macho habes kan? Ayat durjana jgak tuh. Tapi tag line perempuan yg up sikitlah kan? Baru sesuai dgn bdak TUM. Kata pandai x kn nk bg ayat commoner kan?
a)x pun platypus dance.. (Eiiyuuu)
b)wat the name of tiger is dota??
c)game ape ko ckp ni Syira??? Sy tatau :(
Hah! of course typical approach. Jgn nazak2 pikir :p
Dear kak fadz
ya ke suka. SA x suka langsung, tarikan laki-perempuan & nafsu semata tuh.
Anak Syed mmg mcm tu ke? Opps tak lah. Ramai yg x mcm tu. Ini antara yg terpilihb & failed setelah didugaNya. Hahaha...Hanif dgn Lisa? Episod Tg Akhbar pun belum lagi nih. Brapa bnyk nk kacau line ni?
Luv u every day....
yuyu
hahaha...Hanif pon tak agak2...cun gler nama Kuntum Renjong. Gila apa...hahaha... yes glad u feel tat way.
I pon x pandai ckp okeh!
RinsyaRyc
ReplyDeleteKak Rin tgu Rin drop komen lagi :))
(rhyme seyh)
tamak nye Azri - takut Lisa jadi trophy rebutan
ReplyDeletedh nk start lh neh kisah perjalanan hidup Lisa & azri!
- Ada berani ke Hanif nak rapat dengan Kuntum Renjong...
ReplyDelete- SA ni sebenarnya rasa tercabar dengan apa yang Hanif cakap dan bila Tg. Akhbar datang kan.... hehehe...
- Lisa boleh ke buat lawak orang cakap serius gila.... hahaha .... sebab Lisa rasa memang sifat SA yang suka gila-gila tu yang buat Lisa x ambil port.... hehehe
- SA lain kali nak cakap kena pada masa dan tempat ok.... layannn...
- Lama x comments...BZ sikit.... - Rindu KL
Kak Rin..saya peminat tegar kak rin..i really2 admire all your nukilan...and this USD buat saya teruja...
ReplyDeleteImAn
ReplyDeleteyeah nk start dah kesah dorg. Azri x la tamak tp hati tu ada sikit bususss...
sue
akak bisy kat PBAKL la ni.
-hahha confirm tak la tu.
- SA gatal je jawapannya. Pantang tgk awek dahi licin.
- Masing2 konon maintain style masing2 amik nti sama2 yg susah
- sian SA kna ceramah dgn kak Sue
- x pe janji u always around :)) Sy pun rinduu
mern
hai
wah thank you. Kekalkan keterujaan smpai USD abis insyaAllah.
i loike Lisa neh ... spontan je bila cakap!
ReplyDeletehaaa ... precaution tuh ... siap ade pisau lipat g! ... kena lh awak S.azri ... or ...
Hanif pon nk mengatal cisss ...
-guest melepak
guest melepak
ReplyDeletenanti Lisa mesti kutuk mulut durjana dia kalau dia flashback neh.
Hanif try luck cuba jaya je tu. Brani nk rembat member punya? Eh ke berani? Kalau berani mmg ciss...
Aigooo.. Lisa ni.. Suka ckp xpikkir dulu.. Kang susah awak gakk.. Tunggu masa nak kna ngap.. :P
ReplyDeleteTuan syed buaya darat tuuu.. :P
Hanif ni klakar laa.. Satu xterbela pon ada hati nak try lg. Haishhh..
Ai imagine mesti lisa ni cun giloss kan.. Sampai TA yg model itali pon dok ikut bontot jer.. Haha
SA ni laaa.. Behave okay..remember u choose enmity!! ;)
apa nih.. dulu kau describe Lisa cam bese bese aje tak ada yng menarik langsung, and this new bab kau describe Lisa cun abis ala ala model pulak. suda tuka ka.
ReplyDelete-seripagi-
Seripagi hai.
ReplyDeletePart mana yg sy describe lisa bese2 aje bkn usd 1 lg masa kawen org puji sa untung dpt nl ke sy ada miss mana2 nih? Gigih sy pikir ni kot tersalah nk betulkn kot readers lain baca pun x feel. Sy slalu je buat stupid mistakes ni maklumlh self editing. Do point out which part u r referring to.
Mizz acu
ReplyDeleteLisa belum nk insaf lg tu.
Nti kesedaran sivik timbul mesti rsa nk ptg lidah.
Hanif cuba jaya tu tp tn syed harus cantas.
Hmm sa jgn lupa ur choice!
tsk..tsk..
ReplyDeletesometimes i'm afraid to scroll down because maybe this chapter will stop here,
then i need to wait for your update,
to know what will happen,
anyway, tak sabar nak tengok apa SA buat..
kl ni buat saya tak sabar tunggu chapter baru..
HOHOHO..
Hehehehe! ada jugak precaution yang Lisa ambik rupanya. Ingat dia buat derk je. Good Lisa, good! :DD
ReplyDeleteKL, love you! hehehehe! thanks!
Hai seripagi,
ReplyDeletei also want to know which part and where ever did writer 'described Lisa besa besa' coz from my understanding since Bab1 Lisa was portrayed as beautiful …
Even S Azri described his wife:
-Lisa is kinda trophy wife!
After the marriage ceremony Azri’s friend also commented:
-“Tuan Syed, cunnya bini. Baru kena nak panggil Tuan Syed…
-“Syed Azri, kau dengan Lisa jugak akhirnya ya. Panjang jodoh korang. She is so beautiful today!
-“Lawa weh. Tak nak bagi aku.”
-“Oh my God, today I think my sister in law is the prettiest lady I’ve ever known.”
-T.Akhbar dh dari awal since dari Kuala Lumpur mbontot Lisa yg cantik.
-Even syed Gilani compared Lisa as Jumeirah Jane if ever she come to Dubai !
Pls criticize with evidence so tat the writer can make amendments to any mistakes made !
My dear KL,
I hope this kind of negative criticism and negative mindset will NOT DETER you from delivering ur best but instead take this is as a challenge to spur n inspire u further !
Most readers do acknowledge and appreciate ur writings and we are very sure tat u do have brilliant ideas & imagination! Any mistakes found – for sure we will point it out positively!
~Jazmeen
Rin..suka sgt2!
ReplyDeleteWalk the talk & Be one, br lah leh mess up life!
Stmt baeeekk tu!Caya la Lisa..sgt sesuai la dia ngan Azri.
Rin sambung la lagi,sy sgt suka baca idea2 Rin.Sgt menghiburkan..i feel alive!!x bohsan tau!TQ!
sori lah, aku tak tau pulak kat sini kena comment or tulis yng elok2 plus puji pujian kalau tak, harus kena chop as negative mind pulak yek .
ReplyDelete-seripagi-
minz
ReplyDeleteit's still a good feeling knowing ada next2 update kalau mcm GET, sethn tgu x der smbg tu...hahhaha...I myself 4get the story oredi :p
hohoho...
fallenmoon
hai love...(mood gedik)
of coz Lisa kna play safe jgak. Namanya sengal tahap babun kalau menyerah & berserah kan. Love u...
Jazmeen
panjang tu. Buang masa awk tak, kot sy down tetiba x der n3. Tak lah. Standardla, down sekejap pastu dok scroll usd 1 - 5 & pastu smbg blk usd 6. I dh almost a year writing & hear & read so many voices so this one is kinda special positively to me. Buat u bukak mata & next time oh I better be careful not to do any silly mistake. Dulu mmg x leh blah Mrs Joe tegur psl ank TSF actually dh knal Sean b4 tp I terbuat x knal. Yob malu okeh tp tat help a lot. And the zafran zarfan yg u & Hajar tegur & the hessen heizen yg BulanHijau tegur. All in all are very helpful.
Much love..
sal
Hai...awk rajin jengah KLFP. Thank you :))
Yes, will sambung. Time kasih. Amat menghargai ur support.
seripagi
once i venture into so called e-novel, only 2 things I always bear in mind
1. positive critics will blow your spirit and keep u goin'
2. negative critics will challenge & improve your writings
so it's up to ur judgement.
Do comment as u wish. if u realized, if I don't be receptive, i won't even publish ur comment.
Just respect other ppl's opinion. I never ask Jazmeen to back up nor stand for me. It's her opinion. As I respect both.
You don't hv to say sorry to anybody. Most welcome to lepak here anytime & drop ur opinion as u wish. I'll be glad to read.
hai KL.... singgah & lepak kejap.. sambil layan enovel u kat lepak corner nie ....:)
ReplyDeletebaca & sambil berfikir... apa moral of story...
so... saya nak tunggu update for nexttt.. chapter pulak... LOL. agaknya SA yg jatuh dulu ke atau NL yg tak sempat nak sembur PS bawah telam tuu.... hahahah .. :)
ngeeeee... sukalah dua2 badak nih..hahaha
ReplyDeleteboleh kena kencing manis kalau lagu ni kak rin..
sweet x hengat dunia nih.. (ayt selamba tu sy suka)
haha... semalam x smpat nk skodeng..
kalu tau depa selamba lagu ni, ajak bos join baca sekaki.. hahha.. dah berjangkit perngai badak budak SA n kuntum rejong nih..haha..
The air speed indicator is vitally important to the safe operation of any aircraft.
ReplyDeleteKnowing how to read each piece of the code can speed up
a pilot's analysis of whether they should fly or not. On the other hand the barometer only measures in the increments of.
Check out my web blog ... rocket altimeter