“Subuh.”
Cakap Lisa sepatah usai melipat sejadah. Pintu almari di bilik Hotel Seri Murni
yang didiami mereka dibuka. Telekung dan sejadah yang siap berlipat disusun
rapi di dalamnya. Di sebelah susunan pakaian hariannya yang tak sampai berapa
helai pun. Kebanyakannya masih ditinggalkan di rumah Mama di Kuala Lumpur.
“Later.” Jawab Azri sepatah dan menarik
gebar menutup mukanya.
Dah
kuagak jawapannya amatlah tak memberangsangkan. Kalau dia Subuh pun dah tahap
penutup, Azri punya ‘later’ tu
harapannya tahun depanlah. Memang ketua keluarga paling soleh abad ini. Desis
Lisa. Baju kemeja kerja Azri yang berlipat ditarik. Seluar slack yang dipilih –
pilih untuk dipadankan dengan baju kemeja lengan panjang berwarna hitam kosong
ditarik juga. Ikutkan hati telinga Azri nak ditarik macam dia tarik seluar
slack dicelah susunan semua seluar ni dengan penuh perasaan.
Gedebap!
Bunyi
iron board jatuh ke lantai
mengejutkan Lisa. Berat sangat.
“Rajin
sangat kenapa? Pergi dail house keeping,
nanti suruh dorang yang gosok.” Azri
mengarah dan bangun. Iron board yang
jatuh betul – betul di kaki Lisa diangkat dan disandarkan kembali di dalam
almari. Azri menarik baju kemeja dan seluar slack yang tersadai di bahu Lisa.
“Go! Dail 808.”
“Bukan
0?” Tanya Lisa buat – buat sengal. Malu sebenarnya nak minta orang yang tolong
gosokkan baju suami sendiri. Kalau zaman bercinta boleh pula dia jadi kuli
batak Azri dengan suka rela atau pun kadang – kadang dengan paksa rela tapi
sekarang dah jadi suami, tak kan pakai Azri pun dia tak boleh buat sendiri. Tebal
muka dengan budak – budak hotel ni nanti.
“Puan
Lisa, suka hati lah hotel tu nak letak 0 ke, 800 ke, 8000 ke? Ada SOP (Standard Of Procedure) ke?”
“Oh!
Lupa. Smoking pot je ada SOP or should I call manual?” Perli Lisa dan
bergerak beberapa langkah menjauhi Azri. Maklumlah aura naga dah terlihat di
wajah suami. Takut kena serang nanti. Kalau serangan gaya naga keluar api tak apa,
kalau kena gaya naga kena ulat bulu? Haru. Baru lepas mandi ni. Rungut Lisa
dalam hati.
Azri
bergerak ke bilik air. Baju dan seluar diletakkan di katil.
Nasib
baik. Lisa menarik nafas lega. Lisa bergerak ke meja solek. Baru nak duduk,
muka Azri terjojol di muka pintu bilik air.
“Call now Lisa or should I wear crumple
shirt to work?”
“Astagfirullahalazim.”
Lisa menepuk dahi. Terlupa nak menggosok baju dan seluar si suami. Banyak
sangat iklan selingan sampai terlupa niat asal. Lisa bergerak ke meja sisi
katil. Gagang telefon diangkat. Nombor Receptionist 800 didail, bukannya 808.
“Morning Tuan Syed.” Sapa suara halus dan
manja menggoda di hujung talian.
Tuan
Syed? Aiyak!
“Ehem. Assalamualaikum.” Balas Lisa
sopan. Tak payah pemanggil cakap siapa mereka dah dapat kesan panggilan diterima
datangnya dari bilik mana. Sungguhlah tak manis. Nak cakap apa ni? Nak cakap
tolong datang ambil baju suami saya tolong gosokkan? Jatuh saham Nur Lisa!
“Waalaikumussalam.
Puan Lisa. Hai. Good Morning. Anything we
can help?”
Peramah
sungguh pekerja Hotel Seri Murni.
“Actually nothing much. Tuan Syed is not
feeling well today and...”
“Oh, you want us to call a doctor?”
“Oh
tak. Tak.” Balas Lisa tergagap – gagap. Tak sempat habis ayat dia dah menyampuk
budak ni. Lisa menarik nafas dalam. Jangan menipu Lisa. Jangan.
“Nasib
baik tak serius.”
“Let’s make it simple. Segan saya nak
cakap but can I ask for breakfast to be
sent over?”
“Bolehlah.
Tuan Syed memang selalu makan kat bilik pun. Kalau dia balik lambat malam –
malam dan pagi temu janji dah berderet, memang dia akan makan kat bilik siap –
siap.”
Fuh!
Bukan main terperinci data – data yang diberikan. Jom! Mari Mengenal Tuan Syed
kita.
“Puan
Lisa? Ada lagi ke tak ni?”
“Ya,
ya. I’m here.”
“Puan
nak order apa? Boleh tengok menu yang
ada kat bilik tu. Kejap lagi Room Service
terus hantar kat bilik.”
Lisa
membelek – belek menu di atas meja. Apa yang Azri paling suka makan dulu ya? Yes, remember. Spargel Suppe.
Selesai
membuat pesanan, Lisa sempat bertanyakan nama si manis di hujung talian. Dah
kata suami kerja di sini. Kenalah buat – buat ramah. Dia pun nak kena bernafas
dalam blok – blok Hotel Seri Murni jugak
pun. Baik belajar membawa diri dari sekarang. Najwa nama si manis di hujung
talian. Jangan rupa si Najwa ni manis sangat cukup. Kalau rupa pun semanis
suaranya, tak boleh nak bayang Tuan Syed kita ni dilayan dengan manis dan sopan
oleh si cantik manis. Ada juga perasaan risau dan cemburu terselit. Pasti Najwa
kenal dia. Kalau semua orang tahu Lisa kakak si Lili, pasti macam CNN berita
tersebar di pelusuk Hotel Seri Murni. Lagi pun masa majlis resepsi bukan main
ramai kenalan sebelah Azri yang datang. Dia? Seciput je kot. Kawan sekerja
ramai kat KL jadi tak semua boleh datang.
Lisa
ingat Hanif, Bird dan Wong ada datang. Damia Humaira? Datangke? Tak nampak
pula. Lain – lain kawan Azri mana ada yang dia kenal. Semuanya kenalan selepas
zaman mereka ‘bersama’. Kalau nak diingat, kedatangan Tengku Akhbar boleh buat
mata Azri nak terkeluar soket. Macam nak tertanggal riben satin putih yang
terikat di pinggang Lisa apabila dipeluk dan ditarik oleh Azri. Tak payah
tunjuk pun tak apa, orang dah tahu Lisa milik Azri selamanya. Tak habis – habis
penyakit jaki (tak puas hati) nya
dengan Tengku Akhbar.
Lisa
bergegas menggosok baju kemeja dan seluar kerja Azri selepas meletakkan
telefon. Cepat Lisa. Cepat. Nanti Azri tahu dia tak dengar arahan, mati kau
kena sembur api naga tu. Baru lepas mandi pun, peluh keluar juga setitik dua,
maklumlah tenyeh seterika kat baju dah gaya orang buat senaman otot. Penghawa
dingin yang memang sentiasa terpasang jangan ceritalah, ada pun macam tak ada
ni. Lima minit kemudian, taraaaa...siap.
Baju dan seluar licin bergosok kemas diletakkan pada penyidai baju dan
disangkutkan di pemegang almari baju. Ngam
– ngam Azri menolak pintu bilik air dan keluar dengan hanya bertuala.
Jangan buat – buat tak biasa Lisa.
“Kenapa
iron board ada kat luar balik?” Tajam
mata Azri menuntut jawapan.
“Err...” Lisa tergagap – gagap. Terlupa
nak simpan sekali iron board.
Maklumlah berat semacam. Tak sempat nak main aci tarik masuk almari sahaja tadi.
Kau dah kena penyakit gagap ke apa Lisa pagi ni? Ish macam nak tampar pipi
sendiri pun ada. Expand your brain Lisa! Stretch
it to the max Lisa!
Ting!
Ting!
Loceng
bilik berbunyi menyelamatkan keadaan. Mata Azri yang tajam memandang Lisa
beralih ke pintu. Azri mula mengorak langkah ke pintu.
“Oh dear! I’ll get the door. You sit here.
Lay.” Tangan Azri ditarik. Badan suami yang masih lembap – lembap ditolak
ke katil dan ditutup dengan gebar dah gaya nak tutup kereta bawah garaj.
Spontan!
Dear?
Lisa
ni biar betul? Azri tak sempat nak cakap apa – apa. Yang dia nampak Lisa cepat –
cepat mencapai selendang, menutup rambutnya yang terdedah dan membuka pintu.
Tuan Syed okay?
Isteri tempah menu khas untuk orang
sakit ni.
Tengah hari Puan Lisa ada menu khas
lagi nak tempah?
Tuan Syed tak masuk pejabat lah ya
hari ni?
Pintu
bilik ditutup. Baju kemeja yang telah digosok dibawa ke katil dan dipakaikan
kepada suami. Azri dilayan seperti menyiapkan budak tadika ke sekolah. Azri
hanya mengikut. Walau pun dalam hati Lisa jauh terdetik kesal dengan jodohnya
ini tapi siapa dia untuk menolak takdir Allah? Sampai bila Lisa mahu
menyalahkan takdir yang menghapuskan keinginannya untuk bersuamikan lelaki yang
soleh. Yang mampu membimbingnya yang masih di awan - awangan.
Lisa
menarik hidangan yang bertutup dan dibawa menghadap Azri yang disuruh duduk di
katil. Kelu tak terkata.
“What is happening just now?” Rasa macam
bermimpi dilayan sebegini oleh isteri. Kelu seribu bahasa. Setiap soalan yang
diutarakan oleh pekerja dari Room Service semua dijawab oleh Lisa. Tak sempat
dia nak buka mulut. Akhirnya dia tayang senyum sahaja.
Bos awak ni okay. Penat sikit je.
Saya tempah sebab Chef awak cakap
dia pandai buat. Thanks to him.
Tengah hari? Em, nanti saya fikir.
Masuk. Don’t worry. He’ll be better
soon.
“Awak
kan sakit. Uzur.” Lisa membuka penutup hidangan. Plastik yang menutup sekeliling
mangkuk sup dikoyakkan. Roti di piring dipotong - potong.
“Bila
masa saya uzur? Look. I’m healthy and
strong as an ox.” Azri menunjukkan lengannya yang berotot, tersembunyi di
sebalik lengan kemeja hitam yang tersarung di badan tapi jelas bentuknya.
“Really?” Lisa tersenyum – senyum.
“Lisa.
Jangan main – main.”
“Orang
yang uzur je tak boleh solat. Meh, aaaa...nganga.
Bismillahirrahmanirrahim.” Lisa menjawab tanpa memandang si suami. Takut juga dengan
reaksi suami tapi diberanikan diri. Disudukan sup ke mulut Azri.
Azri
terdiam. Main psiko ya wahai isteri. Dalam hati rasa seperti dicucuk jarum
halus. Sakit dan bertambah sakit dengan layanan Lisa yang mesra, manja dan
menggoda. Nak marah? Jangan buat hal. Tidur telan air liur macam semalam karang baru tahu. Azri berdehem dan
menelan sup yang disuapkan oleh Lisa.
“Sehr leckeres Süppchen.” Komen Azri.
Menajamkan kembali bahasa Germannya yang hampir berkarat.
“Sedap
sebab sup ni memang sedap ke atau sedap sebab makan ada orang suap?” Lisa
tersenyum. Seronok mengusik Azri yang memuji kesedapan Sup Asparagus
kegemarannya. Bukan Lisa buat pun. Tukang order
je. Disudukan lagi sup ke mulut Azri.
Azri
diam. Mati kutu dibuatnya. Kalah psikolah. Dia lagi suka Lisa marah – marah.
Senang dia nak sembur balik.
“Dah
kenyang? Nanti sihat. Kerja rajin – rajin. Lepas tu tengah hari balik Zohor kat
bilik okay? Saya tunggu.” Senyuman Lisa meleret. Dalam hati berdebar. Dia tak
tahu apa benar tingkahnya atau pincang tingkahnya. Entah – entah Azri gelak
bagai nak rak dalam hati.
Lisa
menghantar Azri ke pintu. Tangan dihulurkan. Salam bersambut. Azri memandang
Lisa tajam.
“Ich bin nicht von gestern.” Kata Azri serius.
Lisa terpana.
I wasn’t born yesterday?
Malunya. Azri faham segala mesej
yang cuba disampaikan. Jangan mimpilah nak dapat ciuman kat dahi macam dalam
drama dan tepat sangkaan Lisa. Azri berlalu pergi. He’ll never change.
CABANA
Club, Fun Zone, The Zon.
“Nur Lisa, aller anfang ist schwer.” Azri yang sedang duduk di kerusi tinggi di
atas pentas bersama kumpulan live band
memandang ke arah isteri yang nampak amat tak selesa. Berbeza dengan Lisa yang
dikenalinya bertahun – tahun yang dulu. Yang akan riang dan tersenyum
kegirangan tiap kali dibawa melepak di bar – bar di seluruh pelusuk Munich.
Pandangan Lisa yang tunduk memandang menu di hadapan langsung
terangkat mendengar ayat German memecah ruang Cabana. Pandangan Lisa - Azri
bertembung. Azri tersenyum. Senyuman untuk mengambil hati isteri yang sedang
menahan marah.
Aller anfang ist schwer.
All
beginnings are difficult.
Setiap permulaan pasti berhalangan.
Adakah
si suami merujuk kepada alam baru yang sama – sama ditempuhi ini? Ketara
sangatkah dia menidakkan tempat Azri sebagai seorang pemimpin dan ketua dalam
rumah tangga yang baru bertatih. Tidak, dia bukan menidakkan, dia cuma kalah
dengan impiannya yang berbeza.
Lisa
mati – mati ingat Azri marahkan dia kerana membebel – bebel apabila masuk,
Cabana langsung tak seperti yang tergambar di kepalanya. Okay, yang dia percaya
sangat cakap Azri kenapa. Sekadar pinggang dipeluk dan langkah diatur senada
tak semestinya merubah hakikat sebenar Cabana. Kelab untuk profesional konon.
No
change, I can't change
I can't change, I can't change
But I'm here in my mind
I am here in my mind
But I'm a million different people
from one day to the next
I can't change my mind
I can't change, I can't change
But I'm here in my mind
I am here in my mind
But I'm a million different people
from one day to the next
I can't change my mind
Suara Azri yang serak –
serak basah melagukan Bitter Sweet Symphony membuat Lisa terbuai. Menghayati
maksud mendalam yang cuba disampaikan oleh suami yang sedang menjadi tumpuan
oleh semua pengunjung Cabana.
You
can change Azri. You can.
TELEFON
di meja berdering menghalau memori di Cabana semalam. Suami yang cuba mengambil
hati. Menyanyikan lagu yang sama. Lagu yang pernah dinyanyikan oleh Azri di
Alte Gallerie, Munich. Lagu yang sama cuma tempat berbeza, suasana berbeza dan
maksud yang berbeza di sebalik nyanyiannya. Cepatnya masa berlalu tapi masa
tetap enggan memisahkan mereka berdua.
“Assalamualaikum.”
“Lisa.”
“Ya, awak. Ada apa?” Tanya Lisa. Azri
rupanya di hujung talian.
“Saya tertinggal fail kat atas meja.
Tolong bawak turun. Fail biru. Ambil organiser sekali ya.” Arah Azri.
Malasnya nak turun. Nak kena bersiap
lagi. Lisa bersiap ala kadar dan bergegas turun ke lobi. Azri sedia menanti di
dalam kereta yang diparking di tengah – tengah porch lobi utama. Pekerja yang bertugas menjaga Valet parking
tunduk hormat dan menghadiahi Lisa senyuman. Lisa berjalan ke tempat bahagian
pemandu.
“Maaf susahkan awak. Terlupa.” Azri
membuka sunglass yang menambah
gayanya dan memandang Lisa yang sedang berdiri di pintu. Mereka saling
berpandangan.
Lisa diam. Fail dan organiser dihulurkan kepada Azri.
Azri menyambut huluran Lisa. Fail
dan organiser diletakkan di sebelah
tempat penumpang. Melihat Lisa yang diam sahaja mengundang rasa bersalah dalam
hati. Pintu kereta dibuka dan Azri melangkah keluar. Pintu ditutup.
“Lisa.” Lembut Azri memanggil.
Pandangan jatuh ke wajah isteri yang nampak manis bertudung.
“Ya.”
“Kalau bosan awak boleh keluar jalan
– jalan. Saya izinkan. Boleh bawa kereta saya kat garaj. Kunci saya bagi kat
Lili tadi.”
“Berapa banyak kereta suami saya ni
ada?” Tanya Lisa dengan pandangan kosong tapi perkataan suami saya dikuatkan. Maklumlah
kalau Azri kekasihnya, dia khatam segala – galanya mengenainya. Sekarang mengenai
Azri suaminya, macam bertapak – tapak dia tertinggal. Apa je yang dia tahu? Ya lah sejak bertemu
kembali, bergaduh sahaja kerjanya. Mana nak tahu perkembangan terkini Azri.
“Ini company’s car. Kat garaj belakang tu my car.” Terlupa yang dia
lagi selesa menggunakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat. Semua percuma
maklumlah.
“Okay.” Lisa hanya mengiakan. Dalam
fikiran ligat berfikir mana nak pergi. Balik bilik lepak lagi bagus.
“Okay
girl please. Jangan nak buat muka macam tu.” Azri tak senang duduk.
“Dah, dah pergi.” Lisa menghalau dan
bergerak ke belakang kereta.
Azri mengekori Lisa. Bahi Lisa
diraih dan secepat kilat dahi Lisa dihinggap sebuah kucupan. Merah muka Lisa
apabila dia nampak beberapa orang pekerja dan pengunjung hotel tersenyum –
senyum melihat. Azri ingat Malaysia negara kafir macam German ke? Suka – suka hati
nak peluk cium depan orang. Ikatan suami isteri yang halal tetap tak
menghalalkan kemesraan melampau dihadapan orang ramai.
Pon!Pon!
Mata
Azri dan Lisa serentak dihala ke arah kereta yang tiba – tiba berhenti di hadapan
mereka.
Oh
my!
Kenangan di Pasing mula bertandang. Lisa
mengeluh. Betul sangat cakap Azri.
Aller anfang ist schwer.
p/s: Happy Holiday! XOXO!!!
x saba tunggu nxt bab... saya lak yg da jatuh cinta kat lisa.... huhu
ReplyDeletebijak lisa menggunakan psikologi bagi yang hatinya keras mahu dibentuk. cara begitu bisa terkesan dihati. :)
ReplyDeleteyeay....sukanya ada entry baru....thanks kl..luv u..
ReplyDeleteOhh... siapa plak yang dtg tu?
ReplyDeleteassalammualaikum...
ReplyDeleteawat saya rsa azri ni mcm krg encem ek?
MAYBE.....
1. mulut dia x cukup jahat mcm fareez
2. x cukup miang mcm joe
3. x cukup romantik mcm que
4. x cukup encem, macho, sexy, bad boy,pngaktif kadar klajuan jantung saya, active, fantasatic dan segala yg trbaik dri ladang... mcm ehem2 saya tu... windu... saya windu abg sean sya....
dgn itu saya ambik kputusan nk sokong lily... tq kak rin, x komen x bmakna sya x baca..... cuma x segediks dulu... mesti kl faham kenapa...
................zm..............
hajar
ReplyDeletehah? jatuh cinta dgn heroine? Very rare :))
ti
hahaha...Lisa pun sama2 sengal x terbimbing. Mmg begitulah selayaknya :)
izan
yeay! lev u too & tq!
shima
nak buat contest ke teka. aihh....siapa lagi :p
zm
waalaikumussalam...
eeii x sayang mulut eh ckp SASG x encem. Eh lupa abe Sean jer yg plg encem. Muahaha....
SASG mmg very the normal hero kot.No-no-no
1. Fareez mulut jahat..eeiii mana ada :p
2. x cukup miang..ngeee222
3. ini bkn x cukup..mmg x langsung lol!
4. erhgg....
tp no 5. Dia x sestupid abe Sean yg amik Indah balik. *larikssssss
Yes very the understand. Enjoy ur work. Enjoy ur life. You don't wake up everyday to please ppl. remember tat.
Uikkk sape pulok dok hon!hon! tu? Sgt mengganggula
ReplyDeletetqvm ader n3 baru KL ^_^
TLC
ReplyDeletehai ya..awk cam cup cakes yg comel2 tu la..kejap ada kejap x de....oh itu abaikan. Kena bertabah tunggu next n3 :))
ala.excited sgt tadi komen tak leh upload plak.ni retype lebih kurang maksudnya.setuju ngan cara lisa tgur hubby.setiap orang punya masa silam tersendiri.baik+buruk masa silam=mematangkan n jadi diri sekarang.sesiapa pun boleh berubah.nak @ tak nak je.yng ptg orng sekeling n cara teguran tu bersesuaian..romantik,hansem,penyayang ettc nilai yang baik tu membantu dapatkan saham akhirat.tak kisah watak camner kalu kita tahu manipulate mesti jadi lebih baik.setiap individu itu unik ngan cara sendiri.ada pganti mungkin sama tapi tak serupa.sowi pendapat mengarut je.
ReplyDeletesape la yg dtg tu ye ? hehehe.. <---asek tnya soalan yg sama..
ReplyDelete-nasib baik azri cool je masa lisa wat cem tu . kalau rin dah naik angin kut *tpi x tau nak naik angin sbb ape.... hehehe
- Cara Lisa yang halus dan lembut untuk mengajak SA ke arah kebaikan amat bagus.... kak sue suka cara macam ni....
ReplyDelete-Dalam kelembutan ada ketegasan....
- Kalau degan SA x boleh cara yang keras.... keras + keras = patah.... hahaha
- Rasanya kali ni kak sue x jatuh hati dengan Hero... tapi kak sue jatuh hati dengan Heroine pulak....
haaa amik ko sebiji,i wasn't born yesterday,
ReplyDeletesorg trsentap,sorg ego melangit2..
tp cayala SA,at least he try 2 win lisa heart.,
SA y not lps ni nyanyi lagu pencinta wanita ahahaha..
ohh ya..adakah pon2 tu damia??dohh syira bape byk speku ko ni??
kbye..
Rin,
ReplyDeletekita macam cup cakes ekk huhuhu, kita aderla rin, slalu baca cuma x komen jep....huhuhuhu skang sibuk skit ngan sukan MOF nie, kulit dah golap berkayak ni..menang nyer idakk pulokk hehehe... XD
mode: akan sabar menunggu n3 baru ^_^
izan
ReplyDeleteaiyak
ini pendapat hangat. Betullah. ramai org muda skang mcm ni. Dh lama kawen pon still bnyk masalah nk tegur suami. Typical Malay husband sorry to say mmg x leh sgt bini tegur. Kat ofis bos, kat umh pun nk bossy2 jgak *pengalaman sy yg x seberapa & some observations. Great voice!
RinsyaRyc
SA malu u tgah berkemban :p
Dok je diam2 dlm simut tuh.
Naik angin sebab hobi la Rin..kita kan pompuan spesis emo. Dlm cter cam Lisa bolehlah poyo2..muahaha
sue
haishh...org seterusnya yg suka kat heroine. Kena bukak kelab Saya Suka Lisa. Keras2=patah. Wah komen dr org yg berpengalaman ni.
Hahha ini nk kna kerja keras naikkan saham SASG.
syira
I pon suke SA ckp mcm tu. Nmpk mcm er ntah la *ko pon merepek same dgn syira gak KL!
hahahha
SA pandai ke nyanyi lagu tu...sy lah tu nk kna pi gugel erk.
pon2 kete kecil warna merah.
kbye
TLC
ReplyDeleteMOF..aishh been there so2 many times. Ntah2 pnah naik lif skali ek? hehehe. Abaikan.
Slumber gile si lisa pysco SA. Gud job lisa ingatkan benda2 Wajib tu. Dah jadi roomwife yg berjaya nampaknye..ekekekkee
ReplyDeleteSASG tak aktifkan mood miang,gatai, romantic mr loba-loba lg tu..
Kantoi ngan Kebar kah?
haih, 2x pon pon yg misteri nih. haha.
ReplyDeletebagus lisa, psiko si SA tu byk2. biar dia sedar kat mana bumi dia berpijak.
apa? zm nk join pakatan lili? ish, biar betulll? :p
good girl Lisa - kena pandai nk psiko SA
ReplyDeleteSA jgn lh lbih sgt ego!
tq KL.
best sgtlah rin. baca punya baca..tup tup..eh dah habis??? ( ini kes diberi betis hendakkan peha ni, so sila abaikan ) ;p...
ReplyDeletejatuh cinta kat laki bini dua orang ni. sorg ego, sorg reverse psycho. padanlah sangat;)
pon~~~~~sapa yg hon? kacau daun betul!
best sangatlah kak rin.. terlalu.. suka gila NL ngan SASG... persoalan ari tu tak terjawab lagi, tmbah pulak lg 1.. sape y hon2 tuh..ngeeee...
ReplyDeleteSASG perlukan ms nk berubah.. dia pun ad bentuk ego dia jugak.. tp nmpak sngat y dia sayangkan NL.. aishh.. bilalah nk tahu, kenapa NL tu berubah..tp suka cara pendekatan yg NL bg kat SASG... bnda mcm tu sebenarnya sngat membantu ke arah perubahan y lbih baik.. sebab paksaan x leh selesaikan masalah...
suka sngt entry ni kak rin.. sukaaaaaaaaaaaa sangatt... (sengih2 kambing dah nih..) thanks tauu.. (komen sy x pnh pendek kan..) aish.. khilaf diri sndiri.. kalu dpt tulis komen, x mampu nk berhenti..ahaha..ampun maaf diphon ya
as-salam & Hai KL,
ReplyDeleteLost my predilection for SA in this n3 … but my heart jaz fall for Lisa:
- Lisa a kinda regret her marriage to SA – she is hoping for a guy who can guide her to a bright Addiin path! – but Alhamdulillah she realize tat it is already written in Loh-Mahfuz
- Trying to ‘wake-up’ SA fr ignoring his responsibilities as a muslim esp part on ‘solat’! psychologically well done by Lisa – at least for the time being it coerce SA to think HARD!
Again readers are left with another or is it the same query --- the car ????
*Kalau serangan gaya naga keluar api tak apa, kalau kena gaya naga kena ulat bulu? mood:esok hari Jumaat!
TQVM KL ♥♥♥
~Jazmeen@Melor
Ayu Dzulkarnain
ReplyDeleteMr loba2..hahaha
Sy pon sokong Lisa jd roomwife yg berjaya.
psiko smpai SASG give up!
Hajar
Lisa nk kena jerit kat tinge SA, ko kat Mesia la mangkuk!
Zm kan suke yg opposite attract nih. Tu kes suke dera jiwa sdiri :p
Bagi kalu Lili lg super hardcore punya antagonis haru tuh.
ImAn
good sgt sbb dh bosan jadi bad girl..muahaha..
SA x ego...tgah mencari identiti diri je. Cewah konon.
Emy Roberto
1stly ur name class gitu. me loikke :)
hahahah...ada gak yg komen kat ats tu eh dh abis. Biasanya 13 pages, ni 12 pages. pendek gak lah tu tp tolonglah...cramp otak gak ni...
hahaha skalu Guest je yg hon :p
kl,
ReplyDeletetu la kan..apapun wat the heck.harung n hadap jer...
Lama dah folw kat sini,tapi tukang baca jer...suka sorok2.sekarang ni free sikit tu tingal tanda kat cni..hheehh
nur ezzah maisarah
ReplyDeletewakakak...dear young girl.
tu namanya komen dr penulis berjaya. awk x buat cerpen psl SASG & NL dh cukup baek. Ngeee...
Cu bagi lak RM yg komen, ayat harus sampai ke jiwa. U knw different ppl, different approaches & some of them langsung risau nk drop sbb worry of their words but I'm okay. All kind of comments, panjang pendek sepatah, seribu pun sy sukerr je.
oh cinta!
Jazmeen
w'salam & hai dearie
Hoh not u, many readers doesn't fall for SASG this n3. Lisa really outshine her wifey role. To adore okay :)
Betcha Lisa actually knows his x-boy weaknesses. Kan SASG tu ala2 gatal kan. Eh tetiba Tewas Itu Taat :))
Salam Jumaat (awalnyerr)
izan
ReplyDeletekalau free tgal tanda lagi. Cintalah awak :)
ishh mood malam Jumaat lagi.
Jom baca Surah Al-Kahfi malam ni :))
muehehehe menyempat pulak dia nak puji nama. kembang hidung cik kuntum renjong versi tiruan kat sini ;p..makseh babe ;)
ReplyDeletetapi seriously best sgt rin. betul2 jatuh cinta! TA yg ego tapi penyayang tahap gaban. Lisa pulak ada gaya sendiri nak sedarkan encik naga tu..aaaaaaaaa..
dan lagi satu, sgt suka cara penyampaian msg tu. hati i pun cair babe! lisa oh lisa~~~~
skrg ni sa dah ada penyakit baru. suka refresh page ni tak kira masa, nampak sgt mengharap entry baru. baru jumpa blog ni last week, tapi skrg rasa macam dah lama pulak melepak kat sini...
Good job KL! good job rin! (sambil lambai-lambai tangan dr jauh)
ehem ehemm.
ReplyDeletesume tak jatuh cinta kat SA entry ni?
meh kasi kita yg jatuh cinta ngn SA.
SA macam sangat cool okay ! period.
and NL, oh sangat nampak dirinya yang menuju ke arah kebaikan. i loikeee
=)
gila....addicted kot dgn cita nie...haha.
ReplyDeletesis, kenapa cita nie sangat awesome?? really mean it. TErbuai2 bila baca... tersenyum2 macam org sasau kot.. :)
sebelum kita join NL dgn SASG punya new adventure life..kenalah tau their past dulu kan... now baru faham kenapa tajuk dia USD. ;)
hari tu baca skip2... skg ulang balik baca dari sinopsis nak bagi paham..huhu...
pssst! nak lagi...hehe =')
Alololo so sweet this couple..pndi lisa psiko SA. Bgs pdekatan yg lisa buat nk sedarkn laki dia. Hrp2 leh la berubah so lisa pun bole la jth cinta SA . Bau2 cemburu dh sda tu n lg satu Suap mnyuap yg x thn tu hehehe. Ni buat makin x sbr tgu next n3
ReplyDeletearrrr...best nyer...next plez...fighting...hahaha
ReplyDeletekali prtama join this blog. member promo. mmg crite yg dkat di hati. mudah, jelas, pengisian superb. teruskn kl, i likeeee!
ReplyDeleteowh azri..mmg keras kepala.tak pernah nak berubah.
ReplyDeletetapi azri ttp sweet.mungkin sbb ketegasan dia..
dan cara dia mencitai lisa yg sangat special hehe..
azri..lisa nak perubahan yg lbih baik.tapi dia tak pernah cuba untuk memahami lisa..
lili?hiuu..malas nak dgr nama tu..
gud job kl..always!!
cop!! i fall for SASG..on his unpredictable actions..he's more tegas & Que..romantik dorang lbg krg sama.Azri ni degil & ego..i like that,Lisa kan pandai mesti dia leh lembutkan Azri. Yg pon2 tu agaknya Kebar..tp Azri ada softness jugak..kn dia pujuk Lisa in his on way sblum keje.Ntah2 fail biru tu x perlu,its just an excuse he..Lisa should know how to read body languages. Actions speaks louder than words.
ReplyDeleteAs org yg pnah ddk sebilik.Lisa should understands better utk berdakwah dgn suaminya Azri..
Rin..i suka Jake tu,hrp Azri simpan lg his smart beard..not semak..sexy tuh!
Dear KL,
ReplyDelete-aduuhh...so sweet Lisa ni..dalam diam-diam bantai SA..ha..ha..ha....boleh praktik ni..ha..ha..ha..
-sapa kata SA ni tak hensem, tapi tak boleh lawan akak punya Que laa...
- Lisa, you have change a lot...and SA too..lagi-lagi la perlukan perubahan..
-bila lisa nak berbadan dua ni... ?????
-luv u sooooo muccch....
-kak fadz-
Emy Roberto
ReplyDeleteof course notis sbb sy kalau ada comment trus baca & reply kalau kebetulan free, kalau x sy ulang baca later nak feel & baru reply jd kebanyakan commentators kat sini sy boleh knal gaya ayat, nama, dorg punya feeling shout tu & kalau tetiba nama yg biasa ada sy boleh rindu & up to 1 point terteanya, wat happen to them? sihat ke? apa ke? Gila tak? hahahahha....my bad
sila melepak dgn jayanya tp usually sy bgtau bila next2 n3 x nk bg org buang masa dtg x de n3. Kbye!
zatie
jatuh cinta gak tu depa kat SA tp Lisa yg sweet outshine laki dia. Ishhh i pon very the likey Lisa yg improvise *blh guna utk org ke? lol!
bye zatie
anis farzana
saya yakin awk antara yg tertipu & expect cter ni semacam sbb tajuk USD tu kan? hahaha tp betullah tu sy pun agak typical reader.
skang dah ulang2 baca faham tak?
psst..tungguuuuu
arzalif
aigo..suke sbb bab suap meyuapke? Ish dorg confirm la syg2 each other tgal nk bg memasing ikhlas & redha dgn jodoh tu yg entah bila.
Tgu yea..happy holiday @HK.
Anonymous
aii suka..fighting yeah :))
Anonymous
sape promo tu? Ckp time kasih ya. Nasib baik tkg promo tu x kna maki *meet ur taste sbb sy faham x sume genre would suit our taste. Thank u sudi let me knoe ur existence here...like jugak :))
Kk Zen
huh Azri ni keras kepala smpai bila agaknya.
Lili keras kepala sampai bila? Huh sampai kena tumbuk dgn Azri kot.
Yes agreed. Azri cara dia dgn Lisa nti since kat Pasing lain. Nak tp dia bg lepas2 je. Bg je Lisa find her own way.
Sal
eh harus SSB, saja nk bg bayangan hero lain sikit tp kna imagine sdiri2 yea..Cabaran tu nk bg Lisa sound2 SA. Terlebih knal kdg2 buat kita tau ni ah confirm x jalan..ni aah confirm x jalan jgak..hehhe. Kna try & error lah Lisa ya. Cahiyok. Thanks Sal.
kak fadz
dearie...
-Sapa kata dorang ni hensem? Percaya sy ckp? muahahaha....tu namanya tulis cerita. Imaginasi masing2..
- Lisa yess sweet & berubah dgn comel, SA tu kna ditolong. Risau kot Lisa tak tertolong nih.
- Hah? uhhh nak g bunting pelamin mcm Fasha ek..uhh Jejai * x pepasal :p
- luv u soooooo much too
ending bab ni suspens. mesti someone yang diorg kenal tu.
ReplyDeletelove you, KL! :D Thanks for the entry
ehh ... my comment mcm tk naik ...
ReplyDeletetk pe ... KL, sy tetap jugak nk bagi komen wlpon x sberapa ..;
sbab sy nak puji NL - bagus Lisa & nanti kasi up lagi k..!
harap azri tak 'uzur' slalu ... & jgn maseh menharap Lisa yg dulu!
timekaseh KL ...
-guest melepak
Tak sabar nak tunggu next entry....ayat apa laks yang si Lisa nak basuh SA...hu..hu...;o) Thank's KL...anda menyerikan masa2 senggang saya yg x berape nak senggang ini....peace!!!!!!!
ReplyDeleteai suka cara lisa ni.. kena setepek azri!! padan muka.. tau plak i wasn't born yesterday yer.. hmm
ReplyDelete