Sunday, 3 February 2019

MISS UNTOUCHABLE - 5


LEX membetulkan urat dengan bersenam ringkas. Pelan projek ni Puan Liza nak cepat. Macam lipas kudung dia cuba siapkan sebelum waktu makan tengah hari. Matanya juga penat lama memandang skrin desktop.

Pagi ni dia bangun lambat jadi tak sempat nak pakai contact lens. Terpaksa pakai cermin mata rumah berbingkai hitam nipis ala Ugly Betty ni. Ishh….tak suka betul. Renyah tudung dia rasa dek bingkai ni dan dia tak teruja langsung apabila Jes pagi – pagi lagi dah puji comel. Perempuan zaman sekarang tak hadap ‘comel – comel’ ni, kena gorgeous, cantik, letops baru in trend.
“Urghh…”Lex meluruskan kedua – dua belah tangan ke atas. Lega rasanya.
Hari ni keluar makan lambat pun tak apa. Hari Sabtu ramai pejabat tutup. Dia je kut yang kerja hari Sabtu separuh hari. Pergi food court lambat pun lauk banyak lagi. Lex meletakkan kepala ke kepala kerusi dan kakinya diluruskan. Lenguh tangan dan mata kerja jadi draftswoman ni. Baru setahun kerja dia dah mula bosan sebenarnya.
“Lex, ada orang nak jumpa.” Biha menjerit dari mejanya yang terletak di depan pintu masuk pejabat.
“Malas nak keluar. Suruh masuk datang kat meja aku.” Lex jerit. Kalau setakat nak hantar parcel, tak payahlah nak suruh dia menapak ke kaunter depan pejabat. Malas! Lex pandang siling. Kejap buka mata, kejap pejam mata. Lepas makan kat food court nak terus balik ke nak sambung buat kerja? Tak payah makan dululah. Sikit je ni lagi.

“I nak ajak you lunch Iman Alexis. Nanti you boleh tanya macam – macam soalan lagi fasal I.”
“Allahuakhbar.” Hampir terjatuh Lex dari kerusi apabila kakinya tertolak meja kerana terkejut. Gila tak terkejut kalau tiba – tiba mamat ni tunduk betul – betul atas muka dia. Kalau dia terbangun, dah boleh tercium free – free je.
2-3 saat jugalah krik…krik sebab Lex hilang kosa kata.
“Hari tu I nak tanya you single ke tak. Tu je. I dah tak ada benda lain nak tanya dah.” Damn! Dah kenapa mulut aku ni. Lex cepat – cepat menutup mulut tapi dah terlambat sebab orang depan dia ni dah terbahak – bahak ketawakan dia.
“I tunggu you kat lobi. 5 minutes?” Hadi Akhtar melihat jam di lengan.
Apabila Hadi Akhtar berlalu, cepat – cepat Lex menyimpan pelan yang dah siap dan sikit lagi nak siap tu, pada kelajuan roket dia touch up.
Done!
Huh! Lex meninggalkan ofis dan lif mencecah lantai lobi tepat 5 minit.


“Nak makan apa?”
“Nasi.”
“I nak makan Sushi.”
“Itu jauh. I bawa purse je ni. Handbag kat atas. Kalau macam tu baik I balik terus lepas lunch.” Lex membebel. Ala – la pasrah gitu. Dah nak veto kenapa tanya dia nak makan apa.
Hadi Akhtar pula simpan senyum. Sempoi!




SORRY Lex, kau tak boleh langkah bendul.” Angah tayang senyum jahat.
“Yalah kahwin la dulu. Abah, aci kan kalau kita suruh Angah je yang apply untuk jadikan Adam anak angkat. Tak ada pun syarat nak kena kahwin bagai tapi Fikri tu je yang mengada – ngada jadi Angah dah kahwin okaylah. Angah, please.”
“Nak tipu Fikri?”
“Ala….bukannya dia tahu. Ingat cerdik sangat budak tu.”
“Lex…jangan hina orang. Tak baik.” Abah menegur.
“Bolehlah Lex. Aku tolong tapi Dik legally tanggungjawab jatuh kat aku. Partly aku buat sebab aku pun ready je nak bantu anak yatim piatu macam Adam. Kalau harapkan Mak Jah dan Fikri, memang gelap masa depan budak tu.” Angah sebenarnya faham perasaan si adik. Lin kakak angkat yang sangat baik. Lex dilayan macam adik sendiri. Memang patut Lex anggap Adam tu macam darah daging. Lepas Mak meninggal dunia masa Lex masih kecil, manalah si Lex ni pernah merasa kasih sayang seorang wanita. Lin dah jadi idola dia, jadi Along dan Abah terpaksa menerima dan cuba faham keinginan Lex.
“Baiknya dia. Betullah ni anak Abah. Ingat selama ni anak pungut.”
“Gaya kau berterima kasih kan Lex, lain macam.”
So Lex, dah tak payah fikir nak cari kan Adam Daddy bagai.” Abah mengingatkan Lex.
Hadi Akhtar?
Oh, shit!




KENAPA hari – hari makan nasi bungkus?” Jes pelik. Biasa manusia yang sibuk nak keluar makan kat food court atau menapak ke warung bawah pokok ceri di bangunan sebelah ialah Iman Alexis.
“Aku tengah berjimat.” Lex bagi alasan bodoh.
“Apa kau merepek?”
“Angah nak kahwin. Aku nak sponsor dia honeymoon. Dia dah tolong aku banyak ni. Nanti sikit lagi aku dah kena jaga Adam. Lagi banyak nak pakai duit.”
“Kau cakap Kak Lin dan Abang Wan tinggalkan saving untuk Adam.”
“Eh, memanglah tapi lama – lama habis juga.”
“Tak percaya. Boy ada bagitau aku dia nampak kau dating dengan Encik Akhtar. Kenapa? Dah break? Tak serasi? Hati belum tersentuh? Jadi tak nak keluar sebab tak nak terserempak?” Jes bom soalan sesedap rasa.
Lex sengih. Tepat! Bijak Jes tapi dia malas nak membalas. Dia dah tak perlukan Hadi Akhtar. Angah dah boleh menjayakan misinya.
Sekelumit rasa kagum memang tersimpan untuk seorang yang bernama Hadi Akhtar kerana sangat cool. Kalau orang lain mesti dah lain macam reaksinya. Zahim dulu pun lepas balik dari KFC banyak kali mengasak dia, kenapa nak ajak kahwin, kenapa baru sekarang dan segala macam soalan yang merimaskan. Hadi Akhtar kalau berselisih cuma sekadar senyum. Dah bertukar nombor telefon pun mana ada mamat tu telefon. Mesej adalah. Dia ajak datang makan kat ofis sebab hari jadi Boy tapi dia jawab sopan.
Segan.
Terus tak ada mamat tu nak mendesak lagi. Nampak jugalah pengakuan Hadi Akhtar hari tu pun main – main sama tak serius dengan dia.
Haraplah Hadi Akhtar menganggap kisah hari tu sebagai satu kesilapan. You are a cool person. I know. Please….
Lex buat gaya tengah berdoa.




“KENAPA seorang perempuan kena tanya seorang lelaki lain single atau tak kalau dia tak ada maksud lain? What do you expect from me Lex?”
Wow!
Terkujat Lex dengan soalan straight forward daripada Hadi Akhtar.
“You ajak I lunch sebab nak tanya ni je ke?”
“Tak juga. I memang nak cari kawan teman makan.”
“Oh, tak berteman tak boleh makan ke?”
Hadi Akhtar cuma angkat kening dan senyum. Memang sah tak nak jawablah tu. Nak usik tanya girlfriend mana dah terang dia jawab masa Lex tanya dalam lif hari tu.



“YOU nak tanya Boy apa fasal I?”
“You single lagi ke?”
Dahi Hadi Akhtar berkerut seketika sebelum menjawab, “I am.”
Terus suasana dalam lift krik …. Krik…
Mujur hanya mereka berdua dan dia yang keluar lif dulu. Dia melangkah keluar tanpa pandang belakang lah dan sesi awak single ke tak dah berlalu beberapa minggu sehingga Hadi Akhtar tiba – tiba muncul ajak makan tengah hari.




“SAJA tanya kut suatu hari nanti I tersuka you jadi tak lah tersuka orang punya.” Ya Allah, punyalah bingai jawapan dia bagi tapi nak terus cakap nak cari calon Daddy untuk Adam rasa melampau pula. Dia bukannya tahu mamat ni macam mana. Kenalah kenal – kenal dulu. Bak kata Angah dan Along, kena fikir juga untuk diri – sendiri walau pun sedikit.
So Iman Alexis, you belum la suka I lagi? Baru buat survey. Itu maksud you?”

Ohemgee!

Kenapa mamat ni double straight forward? Saat ni Lex rasa nak tuang wasabi tu satu botol dalam piring Hadi Akhtar supaya kalau bercakap tu please…bertapis sikit.
“Encik Akhtar. Tanyalah soalan lain. Bagi peluang I nak makan. Tercekik sushi ni asyik kena bom.”
Hadi Akhtar senyum.
Interesting.
“Pergi Bangkok hari tu buat apa?”
Shopping dan makan tom yum. You?”
Dalam hati Lex sempat berdoa. Janganlah tiru skema jawapan dia sebab dia betul nak tahu apa seorang lelaki Melayu buat di Bangkok. Hahaha….Sengal kau Lex.
“Jadi Mystery Shopper untuk Delilah. “
Lex tayang muka blur.
“Nantilah you tahu.”
“Jadi you into aesthetic juga? I ingat man into physique je.”
“You tahu Delilah buat bisnes apa?” Dahi Hadi Akhtar berkerut.
Opps. I Google-ed her. Like you Google-ed my name.” Lex senyum perli.
“Tak lah Lex. Just helping a friend. You tengok muka I ni macam perlu ke I susah payah sampai ke Bangkok?”

Lex sekadar mencebik. Pleaselah. Tahu handsome tapi to declare highly self-confident depan Iman Alexis memang wrong move!

“You kerja apa? Boy cakap Bos dia.”
“Kerja I sama lah dengan Boy. Syarikat kitaorang buat software developers. You? Bersepah meja you dengan pelan.”
“Oh, company I konsultan. Medical planner. I draftsman…I mean draftswoman.”
“Interesting.”
“Dah lama ofis you kat Maxwell?”
“Baru tahun lepas. You kenal I bila lagi Lex?”
“Oh, that I tak ingat cuma adalah a few time nampak you dengan Boy.”
“You kenal dia macam mana?”
“Sama – sama jadi Floor Manager untuk team ERP. So hi – hi. Bye – bye gitulah.”
Masing – masing lepas tu dah hilang modal nak bercakap dan khusyuk makan.
“Try this.” Hadi Akhtar meletakkan kacang edamame ke pinggan Lex sebab nampak dia sorang je yang makan dari tadi.
“I tak pernah suka makanan warna hijau ni.”
What an excuse untuk orang tak suka makan sayur. Seaweed bungkus sushi tu color purple ke?”
Lex tarik muncung. Spesis Along dan Angah betul mamat ni. Kuat buli. Makan jugalah nak tak nak. Dari tadi dia nampak mamat ni makan macam sedap sangat.
“Sedap?”
“Emm…boleh lah.”
“Okay, since kita pun dah habis makan dan datang pun kereta sendiri – sendiri, you sure dah tak ada nak cakap apa – apa?”

Would you marry me? Let’s raise Adam together.

Gila! Memang tak lah dia nak cakap. Depan Jes dan keluarga je bukan main berani cakap dah ada calon Daddy Adam. Bila calon dah ada depan mata, tahu tebal muka.
Lex gelengkan kepala. Sibuk dia nak keluarkan purse tapi cepat Hadi Akhtar menghalang, “My treat.”
“Mine next time.”
Mereka sama – sama melangkah keluar restoran.
“Kalau Cik Iman Alexis dah tak ada nak cakap apa, there shouldn’t be next time.”

What the fish? Apa maksud dia?

Oh, what a principle. Sekarang I yang patut tanya, what do you expect from me Akhtar?”
Simple, kalau you cakap you suka I, I mungkin boleh consider dan cuba untuk suka you but since you tanya suka – suka, why should I waste my time?”
“You lelaki bukan perempuan. You kena perempuan suka you dulu ke? That’s not cool. Bukan ni kira dah putuskan silaturrahim ke? Tak suka pun kawan pun boleh kan.”

Melihatkan reaksi gadis di hadapannya ini bersungguh benar mengundang tawanya. Rancangannya berjaya. Memang Lex ni spesis merpati. Jinak tapi nak ditangkap lari.

Not funny.” Lex mengetap bibir dan cuba menyaingi langkah Hadi Akhtar. Dah gelak – gelak lepas tu boleh selamba jalan.
“Lex, maaf kalau I overboard and being too open. Biasa kalau perempuan tanya I single ke tak, confirmlah dia sukakan I. I ajak you keluar sebab I memang tak nampak pun gaya you macam suka I so kenapa you tanya I single ke tak?”
“I mungkin boleh tanya bagi pihak orang lain.” Lex beralasan.
“Berdiri setengah jam tunggu Boy on behalf of others. Don’t lie. I was there watching you.”

Damn!

“Tak semua benda dalam dunia ni kena ada alasan.”
“Okay, tak payah panjangkan cerita. I harap you akan suka I one day sebab I definitely like you. Is this cool enough for Iman Alexis?”
Hadi Akhtar senyum segaris dan terus berlalu.
Wait….” Lama Lex berfikir sebelum dia mendapat kekuatan untuk berterus – terang.



You want to know why? Fine. I’ll give you an answer.
You like me? Super fine. That’s definitely my advantage.



Painting di DCMS tu di hujung frame terang signature Hadi Akhtar? Siapa Hadi Akhtar sebenarnya atau sekadar kebetulan?

Lex berlari anak mendapatkan Hadi Akhtar.
“Akhtar, if you really like me, let’s get to know each other then. I nak ambil anak angkat and I kena establish a family. Kalau you tak kisah lah niat sebenar I sebab kalau you nak tunggu I suka you tu payahlah sikit.”


Tadi elok sebelah tangan pegang kunci kereta dan sebelah tangan lagi relax diluruskan ke bawah tapi mendengar jawapan gadis di hadapannya, keruh air muka Hadi Akhtar.

This is not what I expect Lex.



Nota: Happy reading my dear readers. No more Monday blues I guess :D
Lev
Lev
Lev

10 comments:

  1. lev. ♡♡♡ oh hadi akhtar, say yes indeed!

    ReplyDelete
  2. So what would you expect from a girl as cool as Lex, Akthar? Hahaa
    Don’t act as though u r the most n only eligible bachelor to d eyes of cool ladies – Lex types of gurls bukan jenis ‘oh makes my ovaries explode every time I look at him’ LOL

    Anyway, This is really best. I lev every sentence tat comes out from both of them! Lex n Hadi (tak best nak refer Akthtar) u guys are those yg exist dlm alam reality.
    KL, This is the trend tat u hv generated since ur first story Arluna appeared in this blog way back 2011 when most focused on slap n kiss or forced marriage or damsel in stress. And Masyallah ur writing skills has excel n wat really impressed me is every single sentence is profound n weighty. Tak ada ayat meleret or repetitive.
    Keep it up dear.
    This wat I have been missing for quite a long time – reading a story/novel with superb librettos.

    Puji ikhlas ni … keep on writing! We are always here waiting for ur pieces tat oweys blows our mind n gasp!
    ♡♡♡
    ~Jazmeen~
    ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  3. lupe kacang edamame tu kfid pun suke kalu makan mcm rabbit aje kata kawan kfid

    ReplyDelete
  4. I just loveeeeee coolio hadi akhtar!

    ReplyDelete
  5. I’m so happy there is an update from you Kak Rin! Yeay!

    ReplyDelete
  6. This story really made my day. Hope u hv d strength, d ideas, and everything that would make it complete into a book.

    ReplyDelete
  7. Mcm sama perangai diorang berdua.. straight to the point 😃👍🏻 Thx Kak RA for this story 💐🌹

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...