LOVER
-Part 1-
KIRINN memperlahankan suara
Rob Lowe yang sedang melayan gajah dalam filem Holiday In The Wild apabila
Atiqah sampai dua kali bertanya soalan yang sama dan dia mintak ulang.
“Kenapa
tak balik lagi?”
Kirinn
angkat kening.
“You’re married. Baliklah, laki tunggu
tu.”
Kirinn
sumbat earphone ke telinga.
“Hoi….balik!”
“Bye,
Tiqah.”
Kirinn
pusingkan kerusi membelakangi Atiqah dan angkat tangan tinggi – tinggi konon lambai.
Dia malas nak dengar orang membebel. Dia hargai niat Atiqah ambil berat masalah
dia tapi dia tak rasa pun dia ada masalah tapi dia rasa bosan. Balik rumah
duduk sorang - sorang tunggu suami balik macam tunggul. Masak pun buat penat. Dia
tak reti nak beza Ash ni suka ke tak suka apa yang dia masak.
Telefon
bimbit yang berbunyi tanda WhatsApp masuk buat dia terperanjat. Maklumlah
tengah syok layan Netflix walau pun fikirannya menerawang juga teringat kat
suami.
I dah otw balik rumah. Whr u at?
Kirinn mencongak
apa jawapan yang afdhal nak bagi ni. Laju tangan menaip.
ASHRAF gelengkan kepala. Rasa
macam nak hentak stering kereta ni pun satu hal jugak. Orang kahwin, kau pun
nak kahwin Ashraf oi. College sweetheart
konon tapi bila masuk fasa laki - bini, jurang perbezaan antara mereka sangat
luas.
Kirinn
dalam dunianya sendiri. Dia cuba masuk dalam dunia Kirinn tapi asyik tak lepas.
Susah dapat isteri yang terlalu berdikari. Habis tu kat mana tempatnya sebagai
suami kalau Kirinn ala perlu tak perlu je title
suami.
Balik
rumah, seperti jawapan lurus Kirinn lah, ‘I balik lambat. Help yourself.’
Wonderful la wei… Ashraf menarik pintu peti ais, ambik tin tuna dan buat sandwich ringkas. Kemudian
dia mandi dan solat Isyak. Dah lama dia memerap dalam bilik study baru dia dengar bunyi pintu depan
dibuka. Ashraf malas nak bangun. Dah jadi kerja dia ke sambut bini balik rumah?
Setengah
jam dia agak – agak Kirinn dah siap mandi dan tukar baju baru dia masuk bilik
tidur.
Bau
bilik harum semerbak. Memang pe’el Kirinn balik rumah je terus nyalakan lilin.
Ajaran planet mana pun tak tahulah. Bau memanglah wangi tapi dia risau rumah
boleh terbakar kalau lalai.
“Dah dinner?”
Kirinn
gelengkan kepala.
“I
diet.”
Ashraf
terus keluar dah tak sampai lima minit masuk balik dengan sandwich dan segelas
air masak.
“I buat
tadi. Makan sikit. Hari – hari diet, dah macam plywood I tengok you ni.” Ashraf
hulur dan tunggu sampai hulurannya bersambut.
Kirinn
ni buat je muka stone tapi bila dia
pandang gaya ‘aku suami, kau isteri’ cepat je dia ambil dan sumbat masuk mulut.
“Esok
you cuti kan?”
Kirinn
angguk.
“Esok
ikut I pergi JB. I ada kerja. Kita duduk sampai hari Ahad.”
“I tak
nak ikut.”
“Kirinn
Idris….” Suara Ashraf cool dalam nada
yang sama tapi kalau dah sebut nama penuh tu sendiri mahu ingatlah.
KIRINN Idris.
Ashraf
membelek kad di tangan. Dalam dunia ni, seorang je yang ada nama pelik macam
ni. Pak cik Idris terkenan bini mengandung masa tengok lumba basikal kat Jepun
agaknya. Sekali baca macam salah eja pun ya. Dia pun ingat kot terlebih huruf n
ke. Kalau lumba basikal style Jepun ejaan Keirin bukan Kirinn tapi sebutan
samalah. Disebabkan nama yang unik inilah dia tak kan pernah lupakan Kirinn.
Masa
dah masuk semester akhir, semua orang ingat mereka college sweetheart dan Kirinn pun play along. Dia yang masa tu single
– mingle tapi peminat bersepah lagilah suka tak payah nak melayan perempuan
lain. Bahagia hidup dapat guna Kirinn jadi shield.
“Aku ajar
kau. Since kau fearless dan aku tak pernah jumpa mana – mana perempuan seberani
kau. FOC.”
ASHRAF duduk mengekor saja dia
dari tadi. Macam manalah mamat ni boleh nampak dia buat aksi kat taman KLCC tu
minggu lepas. Rasa macam kena harras
giler – giler pulak bila Ashraf asyik menempel.
Kirinn
buat tak layan. Dia kerja part time
kat Trampoline Center ni sebab nak cari duit extra sebelum habis industrial
training. Nanti ada duit ekstra awal – awal nak tunggu dapat kerja. Bukan
macam Ashraf yang nak habiskan duit aje kerjanya.
“Kita
buat duo. Mesti letop.”
“Childish lah Ash. Aku main for fun. Adrenaline rush. Orang Malaysia tak boleh terima lagi benda ni
komersial. Nanti masuk kes polis, NIOSH apa segala safety expert wannabe keluar gua
sebab nak bash kita. Tak
naklah aku.” Kirinn memang tak makan pujuk. Dia buat lompatan half twist.
Ashraf
yang berdiri bertentangan pun lompat half
twist macam dia jugak lepas tu saja buat - buat jatuh tergolek depan dia. Hampeh
betul!
“Okay,
kalau tak nak publisiti, teman aku buat kat satu tempat ni. Kau cuti bila?”
Ashraf dah bentang kertas kerja lepas landed
betul – betul kat kaki Kirinn.
Kirinn
yang memang suka buat kerja gila dah mula rasa teruja. Membayangkan saja apa
yang mereka nak buat nanti dah cukup buat jantungnya mengepam laju.
“Jauh
tu. Tak kan nak balik hari?”
“Aku
akan jemput dan hantar kau balik. Esok aku minta izin dengan parent kau. Jumpa
nanti.”
JUMPA lagi kita Kirinn Idris.
“Okay
boleh panggil masuk.”
Awal –
awal dia yang konon nak terkejutkan Kirinn tapi apabila yang melangkah masuk
ialah Kirinn, gadis yang telah melewati zaman remajanya. Penuh sopan santun
walau pun masih bersarung jeans, penampilan Kirinn berubah 100%. Dengan tudung
berwarna ungu lembut di kepala dan kemeja longgar putih tersarung di badan, pergh….dia
rasa enigma sekejap.
Ini ke
Kirinn yang sama – sama buat kerja gila zaman kat universiti dulu? Yang
tinggalkan dia tanpa sepatah kata?
Nota: Assalamualaikum. Good Day.
Tulis sebab rindu kat Karya Lepak. Sungguh!
Miss me?
:p
Happy reading!
Wonder juga adake pelepak baru menjelang 2020 yang semua orang bayangkan Malaysia
dah ada kereta terbang tapi yang ada cuma orang berupa beruang jalan seperti seladang.
It rhymes well anyway.
And here we are...still reading blog tapi saya dah up sikit sebab dah ada Instagram Rin Ahmad. LOL!
Tak sabar tunggu part 2 😍.
ReplyDeleteTq kak up yang ini. 😁❤️
hahaha...part final terus saya bagi
Deletebila nak publish buku ni? can't waittt..
DeleteTak sabar nak tunggu sambungan ������
ReplyDeleteyes...dah up okay...levvv
DeleteOweys visit this place n read all the contents repeatedly. Reading this new piece kinda an extra tonic to my 'brain strength n exercising my brain' hahaaa ..
ReplyDeleteKeep on writing dear ... miss so much. 💚
💐❤💚🤩😍
جز
I miss you sissy....
DeleteMiss you too.
Miss you RA, cepat2 update ya.
ReplyDelete🥰
ReplyDeletehahaha...apa tu?
Delete💖💖
ReplyDeletelev...lev...
DeleteHomai...
ReplyDeleteWoke up to this..
What a morning.
P/s: Baru habis menelaah yr 2011 - 2014 entry last week atas sebab yg sama - rindu karya lepak!!
yes now dah ada entry 2019...punyalah lelah nak ada entry baru...really hope i make up all the gaps.
DeleteRindu reader and pelepak i jugak.
Im still reading your blog.. even takda update kt fb i stl jenguk kdg bila rindu nak baca tulisan kak rin, i'll go here... This kirinn's story.. buat rasa rindu tu terubat.. 😍😍💗💗
ReplyDeleteWah! Touching I baca...perasaan dia mesti macam jatuh cinta pandang pertama kan.
DeleteI miss you!! T^T
ReplyDelete