Friday, 3 February 2017

CERPEN: BEKAS KEKASIH



            “Keluar jalan jom.” Hilda mula menyucuk.
            “Wil tidur. Lagi pun aku punya azam tahun ni ‘buy nothing’.”
            “Ooo…kay.” Jawab Hilda panjang penuh sarkastik.
            “Oh, by the way, nothing tu maksud dia ‘anything’ kan? Ah…Kau tengok apa? Macam syok je.” Hilda dengan selamba merampas telefon orang. Pandai rekacipta azam tahap mission impossible konon kan.
            “Kau ni dah terjah batas privasi. Bak sini.” Nik dah mula buat aksi stunt. Kalau boleh, skirt labuh dia nak tarik sampai ke peha nak mengejar Hilda yang dah berlari menyorok dengan telefonnya sekali. Susah juga ada BFF ‘weng’ ni.
            Hilda menutup pintu dan berkurung dalam bilik.
            Nik memekup kedua – dua belah telinga. Standby sebab dah boleh agak lantunan suara Hilda bakal menggegarkan rumah. 1, 2, 3…….
            “Nik…..are you crazy?”
            Kan dah cakap….
            Krekkk….pintu dibuka. Nik cepat – cepat mengambil kembali telefon di tangan Hilda.
            “Puas ceroboh privasi orang?”
            “Alah..kau tadi reply apa kat Kimi, ‘Sorry, not feeling well. Lain kalilah kita set up Nik – Mark tu.’. Kau siap pretend jadi aku tanpa rasa berdosa kot.”
            “Dah kau buat kerja gila.”
            “Kau dah dua hari duk tadah website cari jodoh. Aku risau tau tak.”
            “Tu tak sengajalah. Dah berapa malam Wildan asyik duk cakap nak Daddy….Daddy as birthday present. Aku google lah. Kot ada kat mudah ke, carousel ke…” Nik buat muka tak berdosa untuk sekian kalinya.
            Sebelum Hilda baling apa – apa je yang ada kat tangan dia, cepat – cepat Nik sambung, “…tu yang aku tergoogle ‘tempat cari jodoh di Malaysia’. Tak sangka bersepah website keluar. Aku ingat kat oversea je ada dating site.”
            “It is about time Nik.” Suara Hilda bertukar serius kalah suara Mak kat kampung dah.
            “Of all time…” Rendah suara Nik. Bersambung dalam hati, why now?


            “WILDAN….” Suara Nik dah tak boleh control ayu dah. Hilang aura ibu mithali layak menang award. Yang tinggal hanya sisa kesabaran yang menipis berganti dengan kemarahan yang tak mampu ditepis.
            “Panas Wil cuaca sekarang. Kita main petang nanti. Kalau Wil demam Mommy yang susah tau. Please understand baby.” Nik separa merayu. Malu dekat hero kat hujung bangku yang dia perasan lagi banyak stalking dia dengan Wildan daripada membaca buku yang terbuka depan mata. Nampak sangat lah bro!
            5 freaking years! Kalau kau boleh survive selama ni Nik, kenapa sekarang kau lembik macam tapai? C’mon! Dia ada hak dan dah berapa lama dia bagi muka pun. Layankan saja kau punya degil tu. Fikirkan Wildan jugak.
            Sebab serabutlah, Nik melarikan diri kononnya jauh ke pinggir kota. Menyesal pun ada datang. Bayar mahal. Kolam renang kecik, laut kotor, bilik harga mahal gila! Perfect combo bak hang. Akhirnya Nik berjaya menarik Wildan naik. Cepat – cepat badan Wildan dibersihkan dengan shower yang terletak di hujung pagar. Tak sanggup nak biarkan badan Wildan diselimuti selut hitam. This is not a beach vacation! Berpuluh kali jugak Nik duk chanting sorang diri. Tak sangka tempat percutian yang sangat elit sebenarnya mempunyai kawasan pantai yang tak layak pun untuk mandi – manda. Turun ke laut macam turun ke sawah penuh selut. Nik hanya bersabar demi Wildan. Dah berapa lama sebenarnya dia tak bawak Wildan bercuti. Cuti aje balik kampung. Tu je lah kerjanya. Zaman gemilang Nik tamat sebaik sahaja jodohnya terlerai. Pathetic Nik!
            “Mommy, betulke Will boleh jumpa Daddy nanti? I want to meet my Daddy. Please Mommy….”
            Nik ketap bibir. Kedua – dua tangan didaratkan ke bahu si anak. Mata dipejam seketika. Jangan pentingkan diri Nik. Be strong!
            “Okay baby. We will….” Nik senyum. Dalam hati menyambung…Insya Allah.


            “PUAN Nik. Ada parcel untuk Puan.”
            Nik cepat – cepat menandatangani kertas pos di tangan adik posmen. Untuk kesekian kalinya Nik merenung bunga di tangan. Saban minggu berlalu dan kiriman ini tak pernah putus.
            “Kata nak balik awal?”
            “Yup…tengah kemas ni.” Nik menjawab sopan soalan Puan Maria. Sambil tu tangan sempat menaip laju di skrin.

            N: I ambik Wil tempat kita jumpa hari tu.
            F: You rush tak?
            N: Tak tapi I penat. Dari tempat kerja.
            F: Can we meet at our ‘usual spot’ and have dinner together?
            N: Wife you tak masak ke?
            F: She didn’t cook just like you.
            N: I dah terer masak sekarang. (Nik menekan kembali ikon anak panah ke kiri dengan lambang x. Delete jelah daripada mengundang sensasi. Lantak dialah bini tak pandai masak pun. I don’t have to tell him I’ve changed a lot! Tak ada faedah pun. Nik sempat solat Asar sebelum keluar pejabat. Laju kereta meluncur di jalan raya meredah kesibukan.



            “Mommy….” Wildan menerpa ke arah Nik tapi sebelah tangan masih menggenggam erat tangan si Daddy. Elok tangan Wildan menggapai tangan Nik, mereka umpama sebuah keluarga bahagia. Daddy, Wildan, Mommy.
            Nik tunduk mencium ubun – ubun si anak.
            “I miss you Wil.”
            “I miss you too Eva.” Bisik Faiz perlahan.
            Nik menghadiahkan jelingan tajam dan cepat – cepat berdiri. Menyesal pula bersetuju jumpa kat tempat purba ni. Muncul semua memori indah.
            “Tempat dating kita warung celah KL ni ke? Jatuh standard betul.” Nik melawak. Cuba menghilangkan gugup apabila disapa bekas suami begitu.
            “You yang suka tempat ni. Mommy pernah bawak Wil makan sini?”
            Wildan geleng.
            Teringat apabila ditanya beberapa soalan kepada si anak dan semuanya dibalas dengan gelengan.
            Mommy pernah masak ni? – Merujuk kepada sardin goreng yang selama setahun mereka kahwin itu sajalah masakan Nik yang paling hebat.
            Mommy selalu ajak Wil jogging? – Merujuk kepada jenis sukan yang paling Nik suka sebab Nik tak suka buat sukan setempat macam duk terperap dalam gym atau layan threadmill kat rumah.
            Mommy suka minum ni tak? – Merujuk kepada air sirap bandung laici kegemaran dia dan Nik pandai minum sejak kenal dia.
            Benar – benar patah hatikah Nik dengan perpisahan ini?
            “You balik for good ke?” Nik ubah topik.
            “Yes and ini bermaksud you dah kena bersedia share Wil dengan I.”
            “Kontrak? Permanent?”
            “Permanent. Cargo I dari Jepun semua dah sampai.”
            Nik tak bagi apa – apa jawapan. Dia buat – buat fokus kat brader tengah nak ambik order ni.
            “Sirap bandung laici 2. Wil share dengan Daddy okay.”
            Wildan angguk sambil nampak benar menahan kantuk. Seronok sangat jumpa Daddy dengan main dengan adik tiri ke? Soalan Nik sangat berbaur cemburu.
            Dengar pesanan bekas suami tu dah boleh mengundang amarah. Marah sebab ingatkan dia tentang kisah silam. Sebab malas nak bergaduh setelah bertahun – tahun hidup aman damai maka Nik buat tak kisah.
            “Makan I order macam biasa ya?” Kali ni Faiz tak nak memandai. Takut kena back hand dengan bekas isteri sebab pipit u dah nampak berona merah. Sah bukan malu lah sebab Nik memang bukan spesis malu – malu kucing. Marah la tu.
            “I order sendiri.”
            Faiz mengalah. iPad dihulurkan kepada Wildan buat ubat diam. Jangan kacau Mommy -  Daddy berbicara.
            “Nik, you banyak berubah. Kalau semua sebab I, tak tahulah I am sorry ni still valid ke tak but yes. I am really sorry. Kalau you tak berdegil, we will still be happy.”
            Nik senyum sinis. Lelaki! Senanglah cakap. Terada anak luar nikah. Terkahwin. Lepas tu expect dia jadi bini tua? Memang tak lah.
            “Kalau I tak berubah, Wil belum tentu membesar elok macam you tengok. Your I am sorry tak kan pernah valid. It just… life goes on. I move on. So did you.” Nik buang pandang. Wajah Faiz yang masih maintain kacak macam dulu tak boleh nak pandang lama – lama. Boleh cair. Mereka berpisah sebab pendirian Nik. Bukan tak ada cinta antara mereka tapi kesilapan Faiz tak mampu Nik terima. Cintanya tak kan pernah mati dan kisah silam Faiz juga tak kan pernah padam. Dia terpaksa pilih antara pilihan yang menyakitkan. Dan Nik sangat kecewa kerana dia gagal jatuh cinta lagi. Oh Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku untuk menerima kasih sayang dan cinta yang ikhlas jika benar masih wujud. Namun jodohku nanti, ada atau tiada, aku redha.
            “Umi cakap you selalu juga tinggalkan Wildan tidur rumah.”
            “Nenek dia kan. Tak kan I nak pisahkan pula.” Nik jawab acuh tak acuh. Dia belum lagi berfikiran terbuka sepenuhnya. Bekas mak mertua memang mak lah juga tapi Nik tetap segan dah sekadar menghormati hubungan itu. Tak dalah dia nak main redah tidur macam zaman bergelar menantu lagi pun terlalu banyak kenangan di rumah besar itu, sebesar cintanya yang tak pernah padam.
            Wildan dah mula merengek. Penat nak tidurlah tu.
            “Jom, balik.” Nik pun rimas.
            Faiz terus mendukung Wildan. Nak jalan pun nampak sangat dah tak larat.



           
            F: I balik lambat. Futsal seround. Jangan tunggu.
            A: Ain pun dah tidur. You dah hantar Wil?
            F: Dah. Take care.
            A: Yeah…love you

Pesanan ringkas dihantar buat isteri di rumah. Faiz merenung luar pagar rumah Nik. Kalau tak jumpa tak apa. Rindu sekadar rindu. Kalau dah jumpa terus perasaan untuk memiliki Nik menebal seperti dulu. Kenapa diduga begini?
“Sumpah bukan I tak sengaja. It was a mistake. I was drunk.” Faiz dah mati kutu nak menuntut kepercayaan Nik. Stupid prank! Stupid friends! Tak payah ada kawan pun tak pelah daripada ada kawan satu level dengan setan. Itu perasaan sebenar Faiz saat itu. Salahkan kawan pun dah tak guna.
“Aishah, your version?” Nik dah bengang tahap tak boleh nak dikawal. Mujurlah Wildan di bilik atas sedang tidur nyenyak.
“Aku tak tahu. I was drunk too.”
“Protection?”
Faiz rasa soalan Nik melampau gila tapi disabarkan sahaja sebab sekarang dia berada di kandang pesalah.
“Get out Aishah, I don’t want to see your face ever again.” Telunjuk kanan Nik tegak ke muka Aishah.
Faiz lega. Sangkanya ada peluang untuknya dengan Nik. Wildan yang masih bayi akan menjadi senjata utama benteng pertahanan rumah tangga mereka tapi sangkaannya meleset.
“Eva…please…I tak pernah curang dengan you. Ya semua dah berlaku tapi I tak cintakan dia dan I tak sedar pun. No feeling at all.”
Nik diam. Terlalu banyak yang berlegar di fikiran. Dosa – pahala. Benar dosa suami bukan hisabnya tapi? Mampukah selamanya dia lupakan? Mampukah juga dia hidup tanpa Faiz? Aishah mungkin mengandung. Aishah bukan gadis liar pun. Apa masa depan yang ada untuknya nanti? Masa depan Wildan? Dia?
            Nik mendiamkan diri berbulan lamanya. Hanya suara ketawa dan tangisan Wildan mendominasi komunikasi antara mereka. Akhirnya Aishah muncul dan apa yang ditakutkan mereka benar menjadi kenyataan lantas ruang – ruang untuk kekal bersama makin sempit dan berliku.
            “I’m pregnant Faiz.”
           


            DARI gelanggang futsal Faiz melencong ke kondo yang pernah didiami bersama Nik. Banyak masa dihabiskan di sini seminggu bersama Wildan. Hanya beberapa kali Wildan dibawa bermain bersama Ain dan Aishah.
            “Janji besarkan Wil sebaiknya. Janji bagi Wil yang terbaik. Janji kalau you tak mampu hidup sendiri I akan sentiasa ada. I hanya cintakan you sorang Eva. Janji I you akan hidup bahagia.” Dan Nik hanya menunaikan permintaannya yang nombor 1. Wildan nampak sangat tak mampu mendapat segalanya yang terbaik dalam definisi mampu – beri Faiz tapi mungkin terbaik bagi Nik dia tak tahulah. Yang ke 3, ke 4, ke 5 nampak sangat Nik yang bernafas tapi tak hidup pun. Entah, sebab dah kenal Nik lama dan pernah bergelar suami isteri rasanya dia dah faham sangat apa yang Nik lalui. Satu je yang Faiz marah dah kecewa, kenapa perpisahan yang dipilih?



“EVA, we need to sit and discuss this.”
“What?” Nik dah tayang muka kerek. Kalau dia buat drama tak nak ikut giliran jaga Wildan macam mana? Cukup dengan jumpa tiap kali raya macam tahun – tahun yang dulu?
“Us.”
“Tak ada dah istilah tu. Yang ada you and Wil. I dah outsider ya.”
“I rasa you kena pertimbangkan balik cadangan awal kita dulu. You pun tahu I tak pernah nak lepaskan you. Aishah tak pernah demand nak jadi yang pertama. Dia tahu I hak you.”
“Stop talking rubbish. You ni kenapa? Macam kita tak pernah jumpa sebelum ni. Dah bertahun berlalu sekarang you nak ungkit semuanya?”
“Dulu I jauh. Balik sekejap. Sekarang I ada kat sini. I boleh jaga you. I boleh jaga Wildan. Aishah tak kisah. She will understand. Your place is forever there. Yang penting I tahu hati you tetap pada I.”
“Hati I dah lama hancur, mati. I pun dah tak jumpa cari, macam mana I nak bagi you? I’m happy with my life now. Setakat ni, I bersyukur dengan apa yang I ada.”
“Eva…please… Things you repeatedly do to yourself. Keeping promises yet at the same time mentally torturing yourself.”
Nafas Nik dah mula turun naik. Perasaan cinta ini milik dia. Kalau tak mungkin padam sekali pun, apa hak Faiz?
“Faiz, ada benda yang kita nak tapi kita takut. I tak pernah lupa dan tak kan mungkin lupa. I cuba. Berkali – kali I cuba untuk terima you but I just can’t. Kalau kita kembali bersama pun things will never be the same. I’ll never be the same cheerful Eva.” Yeah… dah lama dia sangap jadi the boring Nik. For the sake of motherhood plus her own self - shut down.
“Tak boleh ke you berkorban untuk Wil?”
“No...I pentingkan diri dan I tahu sebagai ibu apa yang I boleh bagi untuk Wil dan I tak pernah deny hak you dan tanggungjawab you. Hidup Wil just complete the way it is now and in fact we can live very well without you.”
“Nik Eva Alaia, of all the things you can be, please don’t be stupid!”
Pang! Kesabaran Nik terbang pergi.



PIPI Nik masih basah dengan air mata. Sampai hati Faiz. Nampak sangat ke dia masih mengharapkan Faiz sampai begitu murah dan mudah Faiz fikir dia akan kembali. Banyak sangatkan cinta seorang lelaki? Dengan Aishah boleh je hidup bertahun aman damai tapi masih mengungkapkan cinta kepada bekas isteri. I love you Faiz. I love you not. Oh! Boleh jadi gila aku. Baiklah pergi jejak dating site bagi cepat sikit dia lupakan Faiz dan membina cinta baharu. Mustahil? Tak ada yang mustahil kalau kau berusaha Nik.

Elhaan from Rawang
Skin Specialist, MDE Clinic
36 years old
Salam, I would like to meet you Nik Eva Alaia.

Pergh! Nama penuh dia sebut. First time orang baru kenal sanggup sebut tiga nama dia tu. Single mother with a package. Nik baca lagi sekali personal data dia. Kotlah dia tak declare nanti susah lah orang tahu dia mak jan terus lari. Malu wey! Zaman sekarang gelaran tu tetap taboo.

            Kali ni dari dating site ke betul – betul punya dating. Sorry Hilda, I need to work this out on my own!
           
Elhaan: You tak ingat I?
            Nik: Macam kenal. You senior I ke?
            Elhaan: Susahlah kalau orang asyik nampak orang lain je.
            Nik: (Gelak je lah sebab nampak sangat Elhaan dah tahu semua cerita ni)
            Elhaan: Hilda cakap you layan dating site. Sampai ke sini I stalk so apa yang buat you terasa nak ‘layan’ jejaka nama Elhaan ni?
            Nik: Entah. I can feel your sincerity that you are not looking for a perfect heart. (Sebenarnya apa status yang Elhaan share di personal profile dia yang buat Nik tergam tak bergerak baca dan berfikir. Tadi punya bangga buat move sendiri tanpa sangkut paut Hilda tapi terlibat juga rupanya minah tu)
            Elhaan: Oh, ada ke orang yang perfect kat dunia ni? (Elhaan gelak)
            Nik: Flowers?
            Elhaan: Pandai you teka. Maaf kalau you rasa mendesak but I need to make a move. Not gonna lose you twice. Dah lama I tahu you single tapi I kena bagi masa yang cukup dan I always trust His plan.


            Elhaan membaca Bismillahirrahmanirrahim. Dah mati kutu sebenarnya. Susah sangat nak mendekati si gadis pujaan. Beria jadi Mark pun selamba kena reject. Itu dah guna kuasa Hilda pun tak jalan. Betullah orang cakap. Hati manusia tu Allah yang pegang. Kalau nak ubah dan terbalikkan perasaan pun kerja Allah. Bila Elhaan terbaca amanat tinggalan Imam Al – Ghazali, terus dia letak kat personal profile. Sekeping hati Nik Eva Alaia tak perlu direbut kerana mencari hati yang sebenarnya terletak di tiga tempat ini dan bukannya pada manusia.

            ‘Carilah hati di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika solat dan ketiga ketika mengingati kematian.’
           
Itu letaknya hati yang kekal abadi dan kerana mencari di jalanNya, niat hati yang ikhlas dipermudahkan.



TAMAT



Nota kaki: Kalau nama bekas tu, bekaslah ya. Tak payah nak buat U-Turn but guys it depends on your own preference and cherish your own choice and respect that. Ini sekadar cerita pendek.

Contest: Dalam ceritanya ada clue tajuk buku baru saya (Pokok Krismas Bergerak) akan ditukar kepada new tajuk. Siapa terer boleh teka dan kalau peneka pertama yang betul boleh dapat buku baru saya FREE. Sedara – mara, staffs KN, publisher, printing co ke tak aci join ya. Peace…..


Love
XOXO

            

20 comments:

  1. Nik eva alaia... Sdp jg nm tu ahaks. Tq rin. Cinta x semestinya bsatu n bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai kan. Citer ni kalau di pjgkn lg mesti elhaan ada peluang kan ����
    Btw tajuk buku tu ayooo mcm susah ja nk teka. 'Hati' ke tajuknya����.
    Apapun good luck n all the b3st dgn buku br nnti ye. X zabarrr tgu wpun dh follow sblm ni.

    ReplyDelete
  2. Bravo Nik Eva Alaia … huh me kinda nervous dh! scared Nik gonna CAIR kembali nengok Faiz budget handsome but tak bertemadun (drunk n berzina) hahaha but to b honest knowing Rin Ahmad yg menulis cerita I’m greatly confident Nik must hv a vr strong character who can make a tough decision without soft stimulus from the opposite gender!

    Yesss … brilliant move n decision Nik! Congrats. And congratulation to u too RA for rendering another short yet brilliant story!

    A brilliant reminder too buat kita yg trkadang mudah ‘absent-minded’ when dh jatuh tercinta,
    ‘Carilah hati di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika solat dan ketiga ketika mengingati kematian.’ – a noble n virtuous from Elhaan to select this quote from Imam Al – Ghazali for his personal profile!

    Thanks KL

    ♡♡♡ Jazmeen ♡♡♡

    *nak join contest but at this hectic time mcm x trfikir apa new title for PKB! Wpon dh bertahun-tahun ‘mesra alam’ dgn tajuk Pokok Krismas Bergerak n trlalu byk kenangan n best memories throughout PKB bersiaran di blog, FB n even kat Ebook dulu --- dh waktu nya jugak we need to move on with a new title! Kena follow jugak kehendak publisher who NOW has the right to claim it as their ‘property’. huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakiah Mahadi4/2/17 12:01 am

      Nak cuba teka tajuk.. I LOVE ME NOT

      Delete
  3. Hah..maybe tajuknya Not gonna Lose you twice 😬😬

    ReplyDelete
  4. I love u, i love u not

    #sayacuba #cubanasib #cubatekatajuklainpkb

    ReplyDelete
  5. Just luv yr not cliché version of stories. I dont think I want Nik to 'cair' easily with her ex hubby yg sng2 boleh 'ter' macam- macam tu.. 1st cut is d deepest kannnn....
    Go Elhaan Go!!! Gambate!!
    Tajuk buku???
    Cinta ini, milik dia? I love U, I love u not? Perfect hearts?
    Hihihi... Whatever it is, can't wait!!!!

    ReplyDelete
  6. kalau akak pun hubby buat macam tu memang x akan balik semula... susah nak bagi peluang kedua dan x percaya ada keadilan serta hati x akan tenang... lebih tenang rasa hati bila melepaskan terus... rindu cerita Rin

    ReplyDelete
  7. Thank u kerana tak patah balik ya. Find new love je.

    ReplyDelete
  8. Saya nak teka

    1. Cinta ini milik dia
    2. I love you not
    3. Not perfect heart
    4. Mencari hati

    Okayyy. Yang tu ja mampu teka. Hehe 😅😂

    ReplyDelete
  9. nk try jugaaa.. hahahahaha

    1) sekeping hati
    2) sambutlah kasih
    3) kau yang terakhir
    4) Janda hot

    FH

    ReplyDelete
  10. Saya nak cuba teka jgk la

    1. WILDAN
    2. No feeling at all
    3. Si gadis pujaan

    ReplyDelete
  11. Tqvm RA for another nice story 😊💐 wp cerpen je, terubat rindu😁 thx for showing that nik blh usaha utk tabah memegang prinsipnya. Bukan kecil kesilapan faiz tu!!

    Nk juga try teka tajuk baru PKB:
    "(Jodohku) Ada atau tiada, aku redha"

    Terfikir juga "Cinta ini milik dia" dan "mencari hati", tp dh ada yg teka ☺

    Xsabar tunggu pkb ☺😊🤗

    ReplyDelete
  12. Nak try teka ��

    1. Si gadis pujaan
    2. No feeling at all
    3. WILDAN
    4. Rindu sekadar rindu

    ReplyDelete

  13. Anything

    ReplyDelete
  14. 1. I love you not
    2. Nik eva alaia

    ReplyDelete
  15. 1 letaknya hati
    2 carilah hati
    3 i love you not

    ReplyDelete
  16. xsabar nak baca The Ex...love all ur story sis...

    ReplyDelete
  17. Kecewa dengan sikap Faiz.

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...