“WAH, ramainya adik beradik. Laki semua
pulak tu. So awak yang ke enam?”
Kagum pula Alila mendengar Jude bercerita perihal keluarga tanpa mengesyaki
kisah yang tersembunyi di sebaliknya. Mereka memilih untuk bersantai jauh ke Putrajaya.
Sempat Alila berangan nak cuci mata di IOI Mall tapi Jude terus menyimpang ke
Taman Botani. Hadap sajalah pemandangan tasik yang terbentang di hadapannya ni.
Nampak sangat strategi Jude nak titik fokus Alila kat rupa paras kacak dia aje.
Taktik kotor sungguh.
“Yup. Adik beradik
kandung saya memang ramai.” And I know
nothing about them. Jude menelan rasa hati yang semakin menyakitkan dan
secara positif menggantikan dengan momen indah saat ini dengan melemparkan
sebuah senyuman untuk Alila sambil menunjukkan skrin telefon.
“What???” Alila terkejut. Bukan tu gambar dia dengan Jude ke
terpampang kat Facebook. Eh, cop Facebook saper? Jude? Alila dah mula gelabah. Tapi…kenapa
semacam je gambar tu?
“Nak tengok…please…”
“La…ni gambar yang kita snap dulu. Dah tak ingat ke?”
Tertampar dengar ayat ‘tak
ingat ke?’ yang keluar daripada mulut Jude. Rasa macam dah berpuluh tahun tak
jumpa. Pada hal baru berapa minggu.
Alila rasa semua gambar dia dengan Jude lawa je. Tak ada pun yang rambut
serabai macam dalam gambar kat Facebook tu. Ke tu gambar dari telefon Jude?
Memang pun lepas guna telefon dia, ganti pula wefie dengan telefon Jude. Lepas
tu dia yang blah. Sekarang dia juga
yang cari balik Jude. Damn!
“Bagilah phone. Nak tengok.”
“Tak boleh.” Dahi Jude berkerut tapi senyuman segaris masih menghiasi
wajahnya. Bukan apa tiba – tiba ada bunyi mail masuk dan matanya cekap
menangkap apa yang tertera pada mailbox.
To: JJ
Final assignment
da Love, USNS, Malaysia
Failure No 3: Programme
Code 11110011
Error Lock
Wajah masam Alila dipandang lama. Dah pandai tayang muka. Good job! Ni baru nampak ada hubungan
yang real pada fikiran Jude.
"Saya tak bagi sebab nak suruh awak tengok kat Facebook lepas tu jangan
lupa tekan button love.” Jude kenyit
mata.
Alila pula tayang muka tak puas hati. Pantas tangan menggeledah telefon
bimbit dalam beg tangan.
“Bila accept friend request ni?”
Tak sabar betul Alila nak tengok profil Facebook Encik JJ ni.
“1 minute ago.” Jude buat muka
selamba. Fikirannya kini dah agak bercelaru. Final assignment di Malaysia? Tarikh projek tak ada pula? Lagi
cepat lagi bagus. Dia dah tak sabar nak tunggu segalanya berakhir. Telefon
bimbit diseluk ke poket seluar. Tumpuan sepenuhnya mahu dizahirkan kepada gadis
kesayangan. Buat pertama kalinya perasaan sangat ingin memiliki teguh di hati.
Jude boleh bayangkan masa depan yang bahagia dan penuh kesederhanaan yang
sedang menantinya bersama gadis bernama Alila.
Jari jemari Alila pantas mencari gambar yang ditunjukkan Jude sebentar
tadi. Matanya terpaku lama. Gambar tersebut memang gambar dia dan Jude. Jude
sedang memandang ke arahnya yang sedang tunduk. Rambut Alila menutup sebahagian
wajah dan yang orang akan nampak hanyalah wajah sisinya yang sedang tersenyum. ‘Artsy’
betul gambar ni. Hati yang beku pun boleh terus cair membaca kapsyen bersahaja
di bawah gambar; ‘Celebrating her special
day’.
Paling banyak orang teka hari jadi dialah tapi yang paling epik ada yang
teka hari ulang tahun. Seorang pun tak nak teka Alila tengah sambut hari
jururawat ke.
“Ulang tahun apa dorang ni? Apa pun belum?”
“Apa tu apa?” Jude beriak nakal.
Alila angkat muka. Terkuat pula bebelannya. Biasanya Alila hanya membebel
dan mengomel dalam hati je. Malas nak jawab. Alila pandang semula ke arah skrin
telefon.
“Kata adik beradik sampai 6 lelaki tapi dalam Facebook ni gambar semua
dengan perempuan. Julia, June, Juita. Repeats.
Gambar dengan dorang lagi. Julia, June, Juita. Repeats. Kena mengucap banyak – banyak tengok gambar Encik JJ dalam
ni.” Gambar tu tak adalah kategori 18SX pun cuma kena banyakkan berzikirlah
tengok kalau tak hati boleh berdarah.
Jude ketawa besar. Alila ni membebel pun lawak.
“Bukan main lagi saya tekankan yang lelaki semua tu adik beradik kandung
saya, dorang bertiga tu….”
“Hey….Jude. Kat sini boleh jumpa.”
Bahu Jude ditepuk dari belakang dan Alila tak sempat nak bagi isyarat.
Dia nampak seorang lelaki menghala ke arah meja mereka tapi tak terfikir memang
nak datang menegur. Dah Alila memnag tak kenal siapa pun.
“Kau? Lama tak jumpa. How’s
everything?”
“Kau yang dah lama tak drop by.
Jomlah pekena seround kalau free nanti.”
“Sure…” Jude ramah sahaja.
“Tak nak kacau. Insya Allah ada rezeki jumpa lagi.”
“Mana ada kacau. Dah jumpa kenalah tegurkan. Okay, till then.” Jude bangun dan berjabat tangan mesra.
Alila senyum sekadar tanda hormat.
“Siapa?”
“Tadi yang handsome atau tadi
yang dalam Facebook tu?”
Alila terus buat – buat malas nak dengar bila Jude tekankan perkataan handsome
tu. Dah pandai usik orang nampaknya sekarang.
“Hmm…Alila.” Nada suara Jude tiba – tiba masuk melodi serius.
“Yup.”
“Hari ni memang ulang tahun kita. Kita dah kenal 173 hari tapi jumpa
belum pun sampai 10 kali.”
“Main hentam je kan.” Alila meletakkan telefon bimbit kembali ke dalam beg
tangan. Gelas dicapai dan air oren yang hampir mencair aisnya sejuk mengalir ke
kerongkong.
“Tak tipu lah. Jadi masuk je hari ke 200, kita akan bertunang dan kahwin.”
Burrrr….habis tersembur air oren. Seribu rahmat je tak kena muka orang
kat depan. Tisu dicapai dan dengan nada suara yang belum stabil dan mulut masih
ditekup tisu, Alila bersuara penuh getar.
“Bukan awak patut tanya, do you
love me or at least boleh saya masuk meminang? Kenapa ayat awak tu bunyi
macam pelik benar?”
Jude senyum.
“I love you. Itu je yang
penting. I love you Alila.”
Ingat ayat Gin tempoh hari. The art
of moving on. Lupakan je lah benda yang dah lepas. Couple bagai nak rak dengan Amar pun tak ke mana. Konon tak nak
orang kaya lagi tapi jumpa juga mamat yang selamba bawak Porshe dan cakap ni
kereta Daddy dia yang selalu tak guna jadi dia sebat. Jadi kalau kejap lagi
Jude cakap jom cari cincin tunang kat Comoros naik private jet, dia on ajelah.
Janji kahwin. Orang mati laki pun berkabung empat bulan sepuluh hari, dia yang
setakat putus kasih memang dah patut sangat mulakan kisah baru. Pedulikan
segalanya.
Dear Gin, thank you.
This is not just the art of moving on
but;
The
art of expressing myself.
Semua orang berhak untuk
menggapai bahagia. Tak kira siapa, bagaimana dan bila.
“Saya nak update status Facebook boleh? Nak taip huruf besar TAKEN.”
Alila menyembunyikan gugup di hati.
Jude hanya ketawa. Ketawa yang penuh kebahagiaan.
“Update Twitter sekali.” Perli
Jude.
“Jarang update Twitter. Never get how Twitter
really works.”
“Same here but Twitter is the best social media
during election because they update the fastest or when someone important like POTUS say something. These
people don’t use Facebook much.”
Alila tergamam satu saat. POTUS? Nama batu permata ke?
“POTUS?”
“President of the United States sayang.”
“You know what. Saya nak berterus terang. My
heart is having a north south syndrom; when you should do this but you do that.”
“I hope you are not referring to
harlequin syndrom.”
“Nope. That north and south are
literally you and me.”
Jude
bangun tanda ingin beredar tanpa menyambung kata – kata Alila. Bil awal – awal lagi
dah diselesaikan. Dia faham perasaan Alila. Dari pemerhatiannya dari semua
status Facebook, komen dan beberapa lagi platform yang dia sempat ulang kaji,
Alila sebenarnya masih berperang dengan kisah cinta lamanya.
Alila
hanya membontoti Jude. Semuanya terasa berlalu sangat pantas. Dengan hanya satu
panggilan telefon yang dibuatnya hari ini, sebuah kisah baharu telah bermula.
Sampai
di kereta, Jude berdiri sebelum membukakan pintu untuk Alila. Bukan nak
berlagak budiman tapi dia nak ingatkan Alila sesuatu.
“Ingat
tak apa yang saya cakap masa awak nak tinggalkan saya di The Lounge hari tu?”
Alila
angguk. Tak mampu nak pandang wajah Jude yang penuh dengan makna. Dalam
kepalanya sekarang tengah ada tayangan perdana ucapan Jude tempoh hari. Memang
nampak cool aje Jude melepaskannya
pergi tapi ayat dia memang menjadi kenyataan.
“Alila,
saya tak kisah awak nak balik sendiri tapi saya yang jemput awak jadi bagilah
saya yang hantar.”
“It’s okay. Saya balik sendiri.”
“Alright. Anything that makes you happy.”
“I’m
sorry.”
“Tak perlu minta maaf Alila cuma saya nak cakap
bahaya kalau awak step out that door
without me because if you come back, you might not be the same person.” Sama
ada kita tak kan mungkin berjumpa lagi atau awak tak kan mampu berpaling dari
mencintai saya. Saya yakin saya tak kan salah menilai.
Alila
tarik nafas dalam dan pandang tepat ke wajah Jude. Kata – kata Jude memang
umpama sumpahan tapi Alila redha.
“Saya
ingat setiap patah perkataan tu. Saya bukan Alila yang sama simply because I love you more today.”
Tempoh hari yang saya perlukan masa untuk berfikir – It just I love you.
Hari
ini bila saya tak mampu nak lupakan awak – It
is I love you more than ever.
Pandang
ke depan wahai Alila. Walau seribu dugaan menanti, intan berlian jangan dipijakkan.
DEAR READERS,
1. Love infinity untuk siapa yang faham peribahasa tu. Walau karya saya bukanlah karya menggunakan bahasa aras tinggi, saya tetap seorang pencinta bahasa.
2. Selamat hari raya. Maaf Zahir Batin.
3. Teruskan melepak di sini okay, saya sangat menghargainya.
4. I love you and thank you for reading.
Assalamualaikum and have a nice day!
Lev,
KL@ RA
So this is what u meant when u said ASAP at facebook yesterday..
ReplyDeleteAm very,very,very happy !!! Tqvm RA!!
LOVE INFINITY- Thats d ultimate goal for every hearts, I guess..
Good job JJ. Terus jer straight to d point. Tak yah belok2.
hahaha...well i really give meaning to ASAP...
DeleteHuhuhu N3 10Q rin
ReplyDeletewelcome love!
Deleteassalam
ReplyDeletewat to say
so stunning n charming Jude! needs no POTUS style ya!
(me too x rasa ada feel using twitter)
btw dont blame me for being so obsessed wit ur writings...
every new story there is oweys incredible whimsical thingy to explore
anxious to know futher on da love assignment
Thanks
♡♡♡
جزمين
i use Twitter only during Bimbo and Arluna on air....LOL
DeleteLiterally swoon over Jude.
ReplyDeleteDat guy is so cool.
Ni kalo ada depan mata leleh liur.
His brain is so sexy.
i like the part 'his brain is so sexy'
Deletetat is very cool ano!
Thanks rin ahmad. Tak sabar nak tunggu next chapter .
ReplyDeletewelcome. tunggu okay. thanks for reading!
Deleteluv u lah RA. Update gak pasai depan 2 org nih...
ReplyDeletelove you too...3,4
DeleteStraight je jude. Xyah buang masa 😀🖒 Tqvm kak RA for the update 🌹🌷
ReplyDelete