Part 4
LAMA Dahlia berdiri melihat gelagat Amir dari jauh. Kejap
sauk poket seluar kiri, lepas tu kanan pula. Kemudian poket belakang pula. Beg
plastik di tangan pun gigih diselongkarnya.
Disebabkan kebaikan yang ditabur Mr Spicy beberapa hari
lepas, terasa pula nak beramah – mesra (Read: tanya soalan yang hanya
ada tiga patah perkataan).
“Kunci hilang ke?”
“Oh, hai sweetie. Yes. Tercicir kot. Rasa
tadi letak dalam poket ni hah.” Amir siap buat gaya. Waktu kritikal macam inilah
boleh terjadi benda yang dia impikan iaitu sesi beramah mesra dengan jiran
tetangga tapi bukan sekarang! Kunci hilang dan tengah sakit perut pula. Pakej
betul wrong timing nya itu.
Ish, dia ni! Memang dasar sweet talker. My
darling Dahlia la, sweetie la, brown eyes girl
la. Spesifiklah sikit brown eyes girl yang nama Dahlia
Adeeba. Mamat ni tak tahu agaknya 79% populasi manusia adalah berwarna coklat. Kalau
cakap coklat cair siap ada darker shades keliling barulah Dahlia
Adeeba jadi dia tak boleh nak layan sangat ayat manis Mr Spicy. Boleh syok
sendiri jadinya nanti.
“Dahlia...missy...” Amir mengejutkan dia dengan
menggunakan jari tengah dan ibu jari betul-betul di depan muka Dahlia. Ingat
pandang tombol tajam macam tu boleh terbuka pintu ni?
“Oh...yes. Bye.”
Dahlia tersedar daripada lamunan. Setakat nak tegur dan
berbasa – basi saja pun. Tak ada pun niat dalam hati nak tolong panggilkan locksmith
bagai. Musim RMO macam ni lagilah, bukan kerja mudah nak dapatkan perkhidmatan non
– essential.
Amir ketap bibir. Bye? Seriuslah minah ni. Level
caring tahap hancur.
“Agak – agak awak kan, patut tak saya slow talk
dengan tombol ni? Orang cakap communication is key.”
“Geezzz!” Dahlia gelengkan kepala. Terus dia
berpaling nak menapak ke rumah sendiri. Sempat Amir buat lawak dalam keadaan
macam ni? Kalau dia dah berpeluh dahi siap pakej anxiety.
“Dahlia, kalau saya tak boleh masuk rumah, saya tumpang
rumah awak ya.”
“Hell no! Saya sanggup slow talk
dengan tombol pintu awak sampai esok pagi. Sampailah pintu tu terbuka.”
Dang! Dia
tersedar dia dah bercakap tiga patah perkataan darab lima. Banyak tu! Patutlah
Amir gelak bagai nak rak, siap perli.
“Oh, macam tu caranya nak dengar suara Miss Dahlia kita
banyak sikit.” Maklumlah, kali terakhir dia dengar Dahlia banyak cakap sikit
pun masa bercerita mengenai Uncle Tobias lepas tu tiap kali dia ‘men-Speedmart-kan’
rumah Dahlia, ayat balas si gadis cuma terhad kepada ‘Anything else?
Enough? Okay. Sure.’
“Amir, hey! Kunci rumah you tadi termasuk dalam beg
kertas I. Nasib I ingat unit rumah you yang mana satu.”
Dahlia – Amir serentak menoleh dan tanpa banyak bunyi, Dahlia
angkat kaki.
Malas nak ambil port seraya seorang gadis manis
melenggang ke arah mereka berdua. Kalau dia boleh kategorikan rupa paras dan
gaya gadis manis ini, dengan mudah dia lontar ke kategori T20. Polish
habis!
Sambil berjalan ke arah rumah sendiri, telinga macam supersonic
mendengar perbualan Amir – Gadis T20.
Gadis T20: Thank you. Kalau you tak
pinjamkan, susah I nak work from home.
Amir: Tak ada masalah.
Gadis T20: Patutlah you famous kat Indigo. Leila
cakap semua orang suka you.
Amir: Eh, tak ada lah.
Gadis T20: Okey, yang penting I yang you baru kenal pun I
dah rasa selesa sangat dengan you. You are a good listener. Boleh connect
dengan I sangat. Rasa macam dah kenal lama.
Dahlia angkat sebelah telapak tangan ke telinga.
Euwww!
Nak angkat dua – dua buat tutup telinga kot over sangat pula. Sungguh
tak sanggup dengar. Jadi, mulut manis, suka tolong orang, baik dengan semua
makhluk dalam dunia ni memang genetik si Amirlah agaknya.
Dahlia meloloskan diri dan cepat – cepat dia menutup
pintu dan bersandar di pintu. Entah kenapa ada satu rasa kurang senang yang
muncul.
Dear heart, your job is to pump blood, please stop
involved in everything.
Dahlia cuba menenangkan diri sendiri.
“Dahlia...Dahlia.”
“Oh, God!”
Bunyi ketukan dari luar yang bertalu – talu dengan suara Amir yang terang
memanggilnya buat dia tersentak. Tangan yang direhatkan di dada buat
menenangkan diri terus bergerak ala – ala mengurut dada sendiri. Terkejut woi!
“Anything?” Dahlia menjengah keluar. Muka je dia
tadah. Badan masih di sebalik pintu.
“Tadi tu, just a friend. Baru kenal so
basically hashtag kita jaga kita. Macam you dengan Uncle Tobias.”
“I see.” Dahlia tak
pasti nak bereaksi macam mana. ‘I see’ kan ajelah. Gigih betul nak
datang bagi penjelasan dah kenapa? Neigboring obligation, not!
“Emm...I’m going out tomorrow. Kalau you tak nak
keluar, I boleh tolong belikan. Nanti bagi list ya.” Amir agak speechless
mendengar dua patah perkataan ‘I see’ tu. Semacam auranya!
“No, thank you. You memang tak boleh tak keluar ke
satu hari?”
Amir senyum dan tunduk.
“Sebelum RMO, rumah ni port I tidur je. Mostly
masa I banyak kat luar. Weekend balik rumah parent so telling
people like me who rarely spend time at home is like telling someone who has
migraine ‘please be thankful that you have a head’. Datang ‘Speedmart’ ni
pun dah boleh buat I bahagia tau.”
Dahlia kulum senyum. Simpati pun ada. Nak tergelak pun
ada.
‘Quarantine for some people must be very hard.’
Hahahaha! Dia gelak sebenarnya dalam hati. Ada juga
manusia yang tak reti nak duduk rumah. Tak mencapai moto rumahku syurgaku la
nampaknya.
“Okay.”
Nak jawab apa lagi selain daripada tu, Dahlia bukan wordsmith.
Tak pandai dia nak ayat berbunga bagai. Ikutkan hati nak juga sound,
duduk rumah diam – diam tu sekarang dah jadi tanggungjawab warga negara dah
bukannya aktiviti untuk suri rumah dan introvert saja. Kalau berjuta
lemon spesis macam Amir, bila masa nak putus rantaian Covid-19 ni? Duh!
“Okay, saya balik dulu. Saya dengan Tisha tadi tu
tak ada apa – apa tau. Just kita jaga kita.”
Dahlia buat muka ‘ada aku kesah’, angkat tangan babai
dan terus tutup pintu. Nampak sangat konsep kita jaga kita tak sama definisinya
kat sini.
Dahlia – Uncle Tobias : Tolong beli grocery untuk elderly
Amir – Tisha (Gadis T20) : Tolong selesaikan masalah
psikologi awek (Read: You are a good listener. Uweeek)
Dahlia – Amir: Level Speedmart.
Betullah, keadilan dah tak wujud di dunia ini.
p/s: Hahaha....saya setuju sangat lah Part last Dahlia cakap tu. Keadilan dah tak wujud kat dunia ni.
Hanya Dia yang Maha Adil.
And
Dear Dahlia, fair means you get what you need.
Maybe you need that simple hello and feel contented
and that T20 girl need consolation yet feel miserable.
Kalau ikut kata hati, forever life is not fair, deal with it guys - RA@KL
Ramadan Kareem
hurmmm kita kene tgk mcm ne fair tu & jd kn +ve... adehhh kfid ni pandai aje padahal berteraburrrrr rin
ReplyDeleteRamai orang tak tau nak bezakan yang mana keperluan & yang mana kehendak , sekarang ni.
ReplyDeleteP/s : RMO period - ada level speedmart.
I like speedmart tau.. Semua ada & the price is always cheaper. Lagipun dpn rumah jer..Very convenient. 😁😁😁