Part 1
“KAK NGAH, kau
bernasib baik tak pilih jadi web
developer.”
Dahlia diam. Komen si adik yang jauh beribu-ribu batu
buat dia tergamam. Ah, sekarang dia ingat! Dulu dia dengan Danial sempat ‘brainstorming’ kerjaya apa yang sesuai
untuk dirinya yang ala – ala tak suka langsung bersosial. Jadi nak pilih kerja
yang boleh terperap kat rumah 24 jam.
“Kenapa?” Perasaan ingin tahu meluap walaupun dia dah boleh
agak.
“Sekarang web
designer ke, web developer ke,
dah jadi kerja yang IT geek and creative
people buat sekadar hobi. Downgrade nak mati kot.”
“Mana ada. Kerja specialist
tu.”
“Iye, tak percaya sudah.” Zaman dah berubah. Banyak benda
boleh dipelajari secara alam maya kalau minat dan kreativiti bergabung. Gigih
Danial pertahankan faktanya yang kedengaran auta di telinga Dahlia.
Bersambung pula perbualan mereka dengan pakej stimulus
yang ditawarkan oleh kerajaan baru-baru ini. Seorang kategori B40, seorang
kategori M40. Nak menapak ke T20 belum lagilah nampaknya kedua-dua anak Encik
Dahlan. Dia cuma telah menghabiskan (baca: membazirkan) masa berjam-jam
melayari media sosial, menghadamkan gelagat sesetengah T20 yang menjadi topik
hangat Jabatan Netizen. Banyak
perbendaharaan kata bertambah sempena musim RMO contohnya Bangsar Bubble dan
Libertad. Semuanya berkaitan dengan isu golongan T20. Kalau perkataan yang
timbul daripada M40 dan B40 mungkin Dalgona Coffee? Dahlia istighfar. Dia patut
lebihkan masa untuk aktiviti yang lebih berfaedah. Sekurang-kurangnya antara 3
perkara ni, salah satu dia wajib skor. Kalau tak nampak sangat membuang masa
sahaja sepanjang terperuk di rumah selama RMO walau pun hakikatnya #dudukrumah
ialah hashtag rutin dia bertahun
sudah.
Satu, paling tak Dahlia wajib belajar skil yang baru. Dua,
mencuba bidang perniagaan atas talian yang baru atau yang ketiga tambah ilmu
pengetahuan baru - janji semua barulah. Kalau semua tak ada, YOU ARE A LOSER.
Huruf besar semua ya Cik Dahlia Adeeba.
DAHLIA menghembuskan nafas dalam. Pandangan kosong ditala
ke segenap pelosok pemandangan daripada tingkat 11. Jalan raya kosong.
Pemandangan yang luar biasa. Tambah lagi cahaya matahari malu – malu
berselindung di sebalik bukit. Suasana sekarang sesuai benar dengan kata orang
putih, ‘hope breeds eternal misery’.
Ramai yang menaruh harapan agar kehidupan kembali seperti sedia kala. Nak
tunggu tempoh RMO berakhir amat menyeksakan bagi ramai rakyat Malaysia tapi
bukan Dahlia. Kondominium seribu kaki persegi inilah dunianya.
Dia tak dapat pun nak bezakan kehidupan kuarantin yang
orang kecohkan sangat dengan kehidupannya sebelum ini. Ada beza ke?
Dahlia bangkit daripada duduk. Tak sangka musim kuarantin
makin mengeratkan silaturahim dengan keluarga. Kalau dulu, nak tunggu Danial
telefon memang payahlah. Sekarang rajin pula mengadu setiap butir perkara yang
berlaku di hospital tempatnya bekerja.
Lamunan Dahlia terhenti apabila mendapat panggilan daripada
brother Food Panda. Cepat-cepat
Dahlia mencapai tudung dan menggayakan sepantas kilat. Semua komuniti kondo ini
bersepakat memutuskan semua penghantaran hanya dibenarkan di pintu utama kondo
sahaja. Tak boleh akses dalam lif. Dahlia awalnya tak setuju kerana rasanya
lebih selamat kalau semua orang duduk diam – diam dalam rumah dan tunggu
penghantaran di muka pintu sahaja tapi banyak lagilah isu keselamatan yang
diteliti oleh mereka. Terpaksalah menapak ke bawah dan tak lupa sekeping surgical mask dipakai.
Lif berhenti di hadapannya dan Dahlia melangkah masuk.
Dia orang ketiga dan mengambil tempat di kotak yang paling hadapan. Sejak social distancing dijadikan amalan,
masuk lif kena cari kotak mana kosong kat lantai lif. Tak kosong kena tunggu trip
seterusnya.
Baru lif nak terkatup, pintu lif ditahan dari luar.
Dahlia bergerak ke petak tengah. Cubaan nak patahkan tangan sendiri ke apa
berani sangat tahan pintu lif yang sedang nak tutup guna lengan? Bebel Dahlia
dalam hati dan akhirnya dia pandang tegak ke depan.
Hanya Tuhan yang tahu hidungnya kembang kuncup di sebalik
surgical mask dek menahan bau wangian
jejaka di sebelahnya. Seriuslah, nak turun ambil penghantaran Food Panda pun kemain smart dan wangi? Atau ketua
keluarga yang nak keluar beli barang basah? Di belakang, seorang wanita Cina
pertengahan umur bersama seorang anak lelaki yang pada tekaan Dahlia budak tadika
kot. Sekarang, kalau jumpa atau berselisih dengan orang memang buat mental note. Semua orang berpotensi
sebagai pesakit Covid -19 yang positif. Maklumlah trend pesakit asymptomatic atau tanpa simptom dah
banyak jadi lagi kena sentiasa berburuk sangka. Akhirnya Dahlia terbersin dah
tak boleh nak cover.
Hacuuum!
“Hey! You have corona?”
“Jack! Sorry, cik.” Si ibu dengan penuh serba salah cepat – cepat menutup
mulut si anak.
“No problem and hi kiddo, I don’t have corona but I’m
freaking hungry. I’m going down to get my food and he smells like a spicy food,
hence the sneeze.” Dahlia dah tak agak –
agak menyalahkan jejaka yang super wangi di sebelah siap dia bagi pakej jeling
tapi sang jejaka hanya memandang dengan pandangan tak berdosa.
Sampai di lobi, Jack dan si
ibu menghilang tapi si jejaka spicy
masih berkeliaran di tempat peti pos, sama macam dia agaknya tunggu food delivery. Di setiap peti pos dah
ada siap tempat gantung agar abang delivery
sangkut plastik makanan ikut alamat rumah masing-masing.
DAHLIA menarik nafas lega apabila masuk ke rumah. Surgical mask yang melekap dibuka.
Tudung juga disangkut di kerusi meja makan. Tak sabar nak menghadap rezeki.
Hari ni Dahlia menyahut seruan kerajaan. Kadang – kadang kena makan luar juga
nak bantu kestabilan ekonomi. Ya – ya sangat padahal dah seminggu kempunan nak
makan burger ayam double Ramly extra BBQ
sos.
“Yummy!” Dahlia
bersemangat membuka plastik di hadapannya tapi yang terbentang di hadapan mata
bukanlah si idaman kalbu.
What the
heck!
Tiba – tiba dia teringatkan jejaka spicy. Mamat tu pun
tengah tunggu food delivery juga
sebab dia ingat sangat ayat pujuk nak sedapkan hati dia yang dituduh positif
corona oleh Jack tapi ada juga nada sinis dalam ayatnya. Dahlia pula, nampak
abang delivery masuk terus terkam
ambil plastik dan blah langsung tak
periksa dulu. Duh!
Terngiang - ngiang kata-kata jejaka spicy.
“Dalam keadaan
macam ni nak buat macam mana, lapar punya pasal kena turun dan ambil risiko
bercampur dengan public. You’ll be damned
if you do and damned if you don’t.”
“Damn!” Dahlia
ketuk meja.
p/s: Assalamualaikum. Yes, first time hasil kolaborasi kami bertiga (refer cover). Mesti gigih teka ni part saper ya. Anyway I am so happy that they were very sporting bagi I release first part on my blog ANNIVERSARY!!
Blogging since 2011. Wow....time really flies.
However, with you pelepak & my lovely readers,
the swiftest hours, as they flew, as they said.
2011 - 2020
with lotsa of love
RA @ KL
alah sikit norrr.. jd nti all will be here or at the oths blog??
ReplyDeleteall will be posted here...you boleh baca kat wattpad Farah or blog emy...tengok siapa rajin up paling awal...hahaha...
DeleteYeayyy.. More more
ReplyDeletehahaha.....tak nak teka ni siapa punya part ke? You baca semua buku authors nie...
DeleteI dont care if its a collaboration between u & whoever - infact, just went straight to d story when notified u had shared d link.
ReplyDeleteJust happy to hv something new in this blog.
Something new to read during this mundane period.
HAPPY ANNIVERSARY KARYALEPAK & thank you for existing.
Thank you for existing...LOL
Deletehahahaha....thank you for always lepaking here too
السلام عليكم
ReplyDeleteLooking back to 2011 not a single of your entry have i missed. But checked the date - you have deleted the 'original' first entry on 1st Ramadan 1432 = 1st August 2011 with with ur 1st story ARLUNA
Thanks for this entry - as always an awe-inspiring introductory, an exciting read to look forward
KL, Thanks n love
- JAZMEEN
1st Ramadan 1432 = 1st August 2011 ARLUNA
DeleteThank you for sincerely be with me, remind me and love me for all those yearsss....