Kadang -
kadang dia yang menyatukan hati kita adalah dia yang menghancurkan hati kita.
Kadang – kadang dia yang menggembirakan hati kita adalah dia yang menitiskan air mata kita.
Kadang – kadang dia tetap silap dalam memberi yang terbaik untuk kita.
Kadang – kadang dalam kesilapan itu, kebahagiaan yang terbentang adalah kerananya.
Kadang – kadang kita lupa kebahagiaan yang terbentang bukanlah selamanya.
“Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Kata Zinnia.
“Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Sama kata hati tua yang melahirkan Zinnia Zulaikha ke dunia.
Ini kisah hidup Zinnia Zulaikha dan Arif Muzaffar.
Antara kasih ibu, syurga di bawah tapak kaki suami dan rasa bersalah yang merantai seorang Zinnia Zulaikha.
Kadang – kadang dia yang menggembirakan hati kita adalah dia yang menitiskan air mata kita.
Kadang – kadang dia tetap silap dalam memberi yang terbaik untuk kita.
Kadang – kadang dalam kesilapan itu, kebahagiaan yang terbentang adalah kerananya.
Kadang – kadang kita lupa kebahagiaan yang terbentang bukanlah selamanya.
“Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Kata Zinnia.
“Bahagia ialah sebuah kemaafan.” Sama kata hati tua yang melahirkan Zinnia Zulaikha ke dunia.
Ini kisah hidup Zinnia Zulaikha dan Arif Muzaffar.
Antara kasih ibu, syurga di bawah tapak kaki suami dan rasa bersalah yang merantai seorang Zinnia Zulaikha.
“CANTIKNYA kad. Thank you.” Zinnia tersipu – sipu. Bunga diribaan dicium berkali –
kali.
Tak sangka Arif Muzaffar datang
menjemputnya di rumah sewanya di Shah Alam ini.
“Nak pergi mana ni?” Tanya Zinnia
apabila kereta Arif mula meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat yang
disewa beramai – ramai di Seksyen 2.
“Okay. Hmm...Bintang Walk?”
“Yes
mam.” Jawab Arif dan tersenyum nipis. Ikutkan sahaja cakap tuan puteri.
“I balik kampung malam ni.” Zinnia
bercakap sambil mata tak lepas memandang Kad Valentine di tangan. Zaman universiti.
Budak Law pula tu. Semua orang sambut, dia pun sambutlah. Yang dia tahu sebaik
dia buka pintu rumah, Arif siap menghulurkan jambangan bunga ros merah yang
wangi dan sekeping kad. Hati berbunga – bunga mewangi kalah bau bunga ros yang
memenuhi kereta.
“Paper
Malaysian Legal System tu rasanya kali ni fail lagi tak?” Usik Arif sambil menjeling Zinnia di sebelah.
“Paper
MLS atau paper MALAS tu? Haiya..tatau la nak cakap apa. Malas nak
ambil lagi dah. Nak give up dah ni.”
Rungut Zinnia manja. Kertas terakhir katakan.
“Balik kampung tenangkan fikiran.
Nanti sampai sini mesti dah tenang boleh buat elok – elok. Malam ni enjoy dengan saya, esok boleh enjoy dengan Mama.” Pujuk Arif. Bijak mengambil hati Zinnia.
“Orang dah kerja bestnya cakap.”
Arif Muzaffar tergelak. Terserlah
wajah tampannya di sebalik kilauan lampu – lampu jalan. Tak puas mata Zinnia
memandang.
Pertama kali mengenali Arif
Muzaffar, dia terpikat dengan gaya Arif yang gentleman. Gaya bahasanya teratur dan nampak seperti seorang yang
penyayang. Kalau tak penyayang tak kan sanggup jenguk Suria yang jauhnya
beratus batu. Untung Suria, untung juga Zinnia dapat curi pandang setiap kali
mereka keluar outing bersama.
Maklumlah bercinta dalam diam. Malulah kalau Suria tahu.
Sekarang selamat Suria melanjutkan
pelajaran ke luar negara, tak payah nak sorok – sorok lagi. Minggu depan Suria
balik boleh declare kot hubungan
mereka. Timbang Zinnia dalam hati. Lagi pun Suria dah macam adik sendiri.
Sebelum keluar dari kereta apabila sampai di tempat parking, Zinnia menyimpan
kad yang bertulis kata – kata romantis di dalam handbag.
Zinnia
Zulaikha,
You may never know how important you are
to me or how much I care for you, but you are and you will always be. Remember
that I couldn’t afford to lose someone I've learned to care about so much.
Arif Muzaffar
Esok nak bawa
balik kampung. Nak simpan di dalam kotak khazanah dia. Semua kad pemberian Arif
selama ini diletakkan di dalam kotak kertas cantik yang disimpan di rumahnya di
kampung.
ZINNIA melarikan berus bersaiz
sederhana ke muka. Nak pergi court
kalau make up tak naik setengah inci,
tak payahlah susah – susah nak baca kes. Nak – nak kalau hakim tu lelaki. Payah
nak dapat judgement kalau tak melawa.
Kenyataan hidup sesungguhnya men pro women
dan vice versa. Ini bukan dongengan
semata – mata. Kalau urusan kerja, ramai yang memilih untuk berurusan dengan
berlainan jantina. Toleransi lebih sikit.
“Baby, balik awal ya. I dah janji
dengan your mom nak balik petang ni.”
Zinnia terdiam. Wajah Arif yang
sedang membetulkan tali leher dipadang sekilas.
Dingin.
“Tengoklah. Kerja banyak kat
pejabat.”
“Then
take half day leave.” Arah Arif Muzaffar. Mata beralih dari cermin panjang
di dinding ke arah Zinnia yang sedang duduk menghadap cermin meja solek.
Zinnia tidak memberi sebarang
reaksi. Wajah yang dirias rapi ditatap dan mata yang baru disapu maskara dibesarkan.
Bagi kering dan kemas penataannya. Malas nak jawab. Arahan lembut yang keluar
dari mulut Arif Muzaffar tegas maksudnya. Iramanya merdu tapi tak seiring
dengan nyanyian hatinya sekarang. Biasanya semua kata – kata yang keluar dari
mulut Arif Muzaffar umpama nyanyian jiwa tapi sejak peristiwa itu, sejak segala
– galanya terbongkar, hatinya mula bergendang pilu.
Dia kerja sendiri bolehlah. Kita ni makan
gaji. Zinnia merungut dalam diam. Tangannya ligat menaikkan sanggul di kepala.
Rambut yang dibela separas pinggang disikat rapi dan disanggul bulat. Terkial –
kial tangan kanan Zinnia nak mencapai net beriben hitam untuk mengemaskan
sanggul. Maklumlah tangan kiri menahan sanggul yang cantik terletak di pusar
kepala. Kalau terlepas tangan kiri ni, haru nak naikkan balik sanggul. Kalau
sanggul siput gaya orang lepas bersalin lainlah. Main tarik, klip, siap. Ini
nak bagi tahan sekerat hari di court.
Nak berjalan ke hulu – ke hilir lagi.
“Let
me help you.” Arif mengambil net beriben hitam dan diletakkan di kepala si
isteri. Tangan kiri Zinnia ditolak lembut. Tangannya yang berurat hijau tampak
sedikit keras bermain dengan riben tetapi akhirnya mahkota si isteri kemas
berhias.
Mata Zinnia tak berkelip melihat
reaksi Arif Muzaffar. Suami penyanyang dan romantis. Kalau biasanya dia yang
mengada – ngada meminta Arif membantunya bersiap tapi hari ini mulut seperti
terkunci. Nak cakap terima kasih pun mulut terasa berat.
“I
love you. Only you.” Ucap Arif lembut. Leher jinjang si isteri dikucup sekilas
dan sepuluh minit kemudian, enjin kereta Arif kedengaran meninggalkan
perkarangan rumah.
Oh, Arif Muzaffar! Cinta pertama
sentiasa sempurna sehingga cinta kali kedua muncul. Dan dia, Zinnia Zulaikha hanyalah
cinta yang kedua.
KASUT ni pun, masa nilah nak buat
hal. Zinnia membetulkan kasut yang tak selesa. Dengan fail yang bersusun –
susun di tangan, badan disandarkan di dinding, kaki kiri menguis kasut yang
ditanggalkan. Sebiji pasir melekat di kasut pun buat Zinnia tak mampu nak
berjalan. Macam mana nak selesa kalau skrit ketat tak ingat, berjalan pula
dengan kasut Swank tinggi 3-4 inci kot. Jadi sebiji pasir cukup untuk membuat
langkahnya pincang.
“Nah.” Jejaka budiman mengambil
kasut, membuang pasir didalamnya dan menyarungkan ke kaki Zinnia.
“Don’t
do this again. Mind you I’m married.” Zinnia berjalan cepat – cepat meninggalkan
Zarfan yang terkulat – kulat. Peguam muda, hebat bergaya, berjaya pula dan tak
jemu – jemu memikat.
“Leave
him. Leave Arif.” Zarfan mengejar Zinnia.
“Saya tak akan tinggalkan suami
saya.”
“Walau pun dia lelaki tak guna?
Playboy? Penabur janji – janji manis?”
“That’s
before. Before he’s married to me.”
“Playboy
will never change. Playboy will never make his partner happy and live at ease.”
“Kalau playboy tak mampu membahagiakan pasangannya, macam mana pula
seorang perampas isteri orang mampu membahagiakan pasangannya?”
ZINNIA menarik nafas lega. Kepala
disandarkan di kereta yang dipasang penghawa dingin seminimum mungkin. Blazer
hitam yang membalut tubuh langsingnya ditanggalkan. Kemeja putih lengan panjang
dibetulkan kolar yang mula senget. Hatinya berbelah bahagi. Terngiang – ngiang pesanan
Arif pagi tadi. Nak balik jumpa Mama.
Mesti Mama gunakan Arif untuk
menyuruhnya balik. Zinnia dah hampir sebulan mogok. Serentak mogok dengan Arif
dan Mama. Pada Zinnia, kedua – dua mereka tidak jujur. Hatinya tertutup pada
sebuah pembohongan. Hatinya sakit. Perit mengenangkan kebahagiaan yang dibina bersama
Arif adalah atas air mata orang lain. Dia bukan perempuan macam tu. Suria
umpama adiknya sendiri. Pertemuan sebulan yang lalu menjawab pertanyaannya
selama ini kenapa Suria tidak muncul di hari perkahwinan Zinnia dan Arif.
“Kak Zie.” Suria terkejut.
Tak sangka disapa oleh Zinnia
Zulaikha di Modesto’s The Curve. Orang yang cuba dielakkan sepanjang hidupnya.
Nak lari dah tak boleh.
“Su, rindunya.” Zinnia tak segan –
segan memeluk Suria di hadapan clientnya.
Peduli apa dia. Lagi pun urusan kerja kalau dah sampai tempat makan haruslah
dah tak berapa formal. Zarfan yang duduk di sebelah Datuk Wahab menegur Suria.
Terkejut Zinnia. Suria nampak serba salah dan tersenyum sahaja menjawab teguran
Zarfan.
“You kenal Suria?”
“My
junior, LLM kat Notts sekali dulu.”
“Oh. Excuse me.” Zinnia tersenyum kepada Datuk Wahab dan Datin Kasmah
yang agak terganggu dengan lagaknya.
Terlupa Suria dan Zarfan sama – sama
mengambil kursus LLM International
Commercial Law di University of Nottingham. Dia baru kenal Zarfan sejak bekerja
di firma guaman yang sama. Bezanya dia baru praktis. Buat bank litigation penat ya ampun. Ke hulu ke hilir setiap hari bawa
20 ke 30 fail, berkejar setiap hari turun naik court, kasut tinggi setiap hari, blazer dan skirt ketat dan jangan
lupa, cuaca panas terik sehingga berpeluh segala sampai sanggul sebonda di kepala
pun macam penuh air peluh. Bukan dekat nak berkejar tempat parking dan turun
naik tangga di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta. Maklumlah mana tak berkejar
kalau court mula setiap pagi pukul 9.
Zarfan dah lepas tahap azab best lah.
Pergi court bawa dua tiga fail
sahaja. Banyaknya mengekor sahaja Zinnia ke hulu ke hilir. Sabar ajelah.
Mahu tak terganggu. Tengah makan dan
ralit bercakap tiba – tiba apabila Zinnia ternampak Suria yang lalu di sebelah
mejanya, tangan kanannya refleks menarik tangan Suria. Nasib baik dia tak kena
tampar dengan Suria yang agak terkejut disapa kasar begitu. Zinnia menarik
tangan Suria ke bahagian luar Modesto’s. Mereka duduk seketika di sofa yang
disediakan untuk pengunjung yang datang sekadar untuk minum – minum.
“Su sihat?”
“Sihat. Alhamdulillah. Still breathing and able to move on.”
Zinnia tergelak. Lain macam sahaja
jawapan Suria tapi belum mengesyaki apa – apa.
“Kak Zie macam mana? Dah jadi isteri
orang ni nampak makin berseri – seri.” Puji Suria ikhlas. Kalau Zinnia tak
cantik, kalau Zinnia tak bijak, kalau Zinnia tak manja tak kan Arif Muzaffar
memilih Zinnia dan bukan dirinya. Suria yang sebaik dia mengerti apa itu cinta,
hanya Arif Muzaffar yang memaknakan perkataan itu dalam hidupnya. Sepupu
sendiri. Jatuh cinta dengan sepupu sendiri!
“Oh
best! Your Abang Arif is so loving. I’m glad to be his wife.” Balas Zinnia
sambil tergelak kecil. Gembira bercerita dengan Suria tanpa menyangka hati
Suria yang hampir sembuh mula berdarah kembali.
“Yeah,
lucky you. Kak Zie, I’m coming with my boss. I’ve to make a move.”
“Su, wait. Hari tu kenapa tak datang?” Zinnia masih tak puas hati tak
nampak batang hidung Suria di hari kegemilangannya. Tanya pada Mak dan Ayah
Suria jawapan langsung tak memberangsangkan. Suria kerja? Dia kahwin Public
Holiday. Firma guaman mana rajin nak buka hari cuti umum macam tu.
“Su ada hal. Memang tak dapat nak
elak tapi Su kirim hadiahkan?” Suria memaniskan muka. Hari Zinnia dan Arif
diijabkabulkan, ialah hari dia berkabung. Menangisi cinta yang tak kesampaian.
“Yeah
thank you but I’m expecting your presence not your present.” Balas Zinnia
dan memeluk tubuh Suria. Suria yang dianggap seperti adik sendiri. Dia mana
adik perempuan. Adik – beradiknya semua lelaki. Abang Long, Abang Ngah, Abang
Chik semua dah ada kehidupan masing – masing. Dia je yang baru nak menapak.
Baru nak memulakan hidup bersama Arif Muzaffar. Cinta pandang pertamanya.
Zinnia bergerak ke meja nya tadi dan matanya menghantar Suria sehingga Suria
hilang di sebalik dinding yang memisahkan dua ruang di dalam Modesto’s.
Setengah jam kemudia, Zinnia berdiri
dan Zarfan di belakangnya menghantar Datuk Wahab dan Datin Kasmah dengan
pandangan mata di tempat parking. Zinnia meminta diri tetapi ditahan oleh
Zarfan.
“Jom minum dulu.”
“Arif dah on the way balik la.” Balas Zinnia sopan. Zarfan kenal Arif
Muzaffar. Si suami kerap juga bertandang ke pejabat.
“Untung Arif. Seorang sampai separuh
mati cintakan dia. Seorang lagi sampai buta tak nampak apa sekeliling dia.”
“What
are you talking about?” Zinnia angin mendengar komen sinis yang keluar
daripada mulut Zarfan.
Ringan mulut Zarfan bercerita dan ayat
terakhirnya ‘Your mom knows all about
these.’ membuat air mata Zinnia mengalir laju tak dapat ditahan lagi.
p/s: TGIF!! Cter ni ada Part 1 and Part 2 je. Dah lama peram. Segan nk bagi sbb cerpen sy kan 'terer' sgt buat smpai kena tibai kaw2 sim nya kat p2u. Agak insaf jgaklah :p
Enjoy ur holiday & lev u guys.
XOXO!!
Okeh je.....blh layan cerita ni sbg lagi...klu rajin panjangkan lagi jln cerita ha ha ha ha
ReplyDeleteblh lepak lama kat sini
cian suria...:(
ReplyDeletetk sbr nk bc part 2 nyee...
ReplyDeleteKL owess terbaekk !! ( - __ ^)
Poor zinnia.. Ksian ak suria tp zinnia tatau pape kan.. Erm.. Salah arif la xbrterus terang..! Hailaaaa.. Zafran tu nyebok jerr..
ReplyDeleteKL ~ benda2 cenggini jgn la insaf.. Hehe.. Adatla ada yg suka ada yg x..yg pntg, kn citer 0 semata2. Ai suka je sume ur story ;)
Org xskew biarlah! Sye skew!!!!... <3<3<3
ReplyDelete::Lara::
a'a,sy sokong kaknoor...
ReplyDeletenpe smpai leh kena tibai kaw2 plak...?
xkn part 1 n 2 je kot....
klu lg terrrkembag lg syok...
luv all ur story,gempax.. ;)
lamanya tak komennnn. hihihi nama watak dalam ni sedap2 la ;D boleh buat nama anak. haha
ReplyDeleteSayang keep it up.... Hmmm we all pelepak tegar sentiasa support u no matter what, anggap jep teguran tu sbg pemangkin semangat....lau byk kena tibai means ur cerpen dpt byk dpt perhatian....kdg2 tukang tibai tu jeles kot ngan u.....huhuhu
ReplyDeleteCepat2 nk taw part 2, macam manet?
as-salam & hai KL (ganti SB)
ReplyDeleteOkay get it …”Antara kasih ibu &syurga di bawah tapak kaki suami”
Zinnia is sandwich with atomic heat by two most important people in her life mom & Ariff n furthermore is toasted & placed on a needle like plate of Zarfan!
Empathize Suria … eager to know wat wil happen to her – who’s going to console her later – Zarfan?
Zarfan??? Not vr clear yet – why he is so keen & excited (?) to manipulate Zinnia to leave Ariff??
My sixth sense said – it ends … Zinnia will be glad to tolerate n withstand her marriage to Ariff! But hutang cinta sape? Suria? Ariff?
Oh yeah … Zinnia is practicing law … oweys admire those in this service industry but do sometimes loathe & vilify them hahaa …
p/s: mmg terer kot cerpen awak!!! awat pendik sgt? nanti wat CERPAN!!!
haish, kena tggu part II la ye nak tau apa yg jd sebenarnya? kesian sebab dua-dua jd mangsa keadaan. uwaaa, kenapa asyik jumpa cerita yg emo je nih? haha.
ReplyDeleteehem, jgn insaf pls. kesian idea yang nak keluar tu kalau kena sekat. :p
Ni cerpen ke KL?? *muka bharap nk jadi satu cerita panjanggg* PANGGG! ok....bdrama g..hee
ReplyDeleteKL..KL letak je ape2 post yang KL nk letak....ni tempat KL..xde org nk tibai kaw2 nye.....
Saya akn cakap ni jer: I LOVE U SO MUCHHH!!!
more tissue plssss... ;(
ReplyDeletezinnia buat2 xphm ke.or ariff si begau ni ala2 penchenta 2 wanita or zafran bajet wira bumi??
xpe2 sy leh tgu 2nd chapter..
erkkk kak rin kene hntam kt p2u??kalau brani mai hentam kt sb,tgk brani xbrani..muahahahhaa,...
alahaii...x kn cerpen jerr
ReplyDeletenvl lah..best nie..sgt2 best!
sapa yg hentam rin?
xpe anggap tu motivation for u
all the best!!
even suria cinta pertama, but he chose zinnia.
ReplyDeletekan ada pepatah/kata2 pujangga or whatsoever said,
kalau ada cinta pertama dan kedua, pilihlah yang kedua kerana jika anda betul2 mencintai yang pertama, anda takkan ada cinta kedua.
wohaaaa.
next !
oopss br smpt bc hr ni..org terakhir ke sy nieh?(_'_//)
ReplyDeletemymind: still dok tepikir mcm mna nk letak perasaan kt Mr.Arif Muzaffar nieh..baik ke dia? player ke dia?
myheart: goodness (yeehaaa!!) cerpen qupanya...cpt tw ending..ahakss//
MissLips: mom wut do u knows? semuanya ok ke mom? (cewahh gaya cam ada silaturahim je ngan si Zinnea ni..hikhik)
LOVE ALL IN THIS BLOG
Hohoho br sempt jenguk dh ada rupanya bab 2 huhuju. Awal2 bc dh konflik ni hrp2 zinnia ngn arif.mesti suria yg ada perasaan kat arif kan. Cian zinnia kan, dluah mati mak dtelan mati bapa. Senang2 bg suria ngn zafran... Erkkkk zafran nama hero cik rehan kita la hehe
ReplyDeleteBest gila!!!
ReplyDeleteksian KL kna tibai..tapa2..sabar..tapa,sure saya x tibai KL pnya..haha XD
ReplyDelete