Monday, 14 May 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 8


            Azri tiba – tiba terjaga. Jam di sisi meja dikerling. 7 pagi. Lisa yang sedang tidur di sebelah ditenung. Isteriku. Kini Nur Lisa isteri Syed Azri. Bukan lagi room mate di studio kecil mereka di Pasing tapi kenapa perasaannya kini sama seperti perasaan di awal perkenalannya dengan Lisa? Perasaan yang tumbuh pertama kali tidur sekatil dengan Lisa di Pasing dulu. Azri menyentuh bahu Lisa. Tak bergerak. Perlahan dibalikkan Lisa menghadapnya.
            Wajah Lisa yang tak pernah berubah ditatap penuh kasih sayang. Siapa tak sayang isteri? Nampak sahaja dia garang dengan Lisa sejak pertemuan mereka kembali di Kuala Lumpur tapi dalam hati bunga – bunga yang lama layu seperti disimbah baja selori. Kembang mewangi. Kalau Lisa memandangnya seperti manusia yang tak berguna, yang jauh tertinggal dalam dunia baru Lisa, tak kan dia nak tunjuk lemah, mundur dan menyerah. Akan dipertahankan egonya. Apa Lisa ingat dia hidup nak menongkat langit sampai mati? Nampaknya dua tahun hidup bersama di Pasing belum cukup untuk Lisa mengenali dirinya yang sebenar.
            Tangan mula merayap ke wajah si isteri.
            “Lisa...Lisa...” Bisik Azri perlahan. Menuntut belaian.
            Tubuh Lisa ditarik ke pelukan.
            “Ya.” Balas Lisa yang sedar dirinya dalam pelukan erat Azri. Mata mula dicelik perlahan.
            “Saya nak. I mean I want....
            “Subuh? Ya Allah dah pukul tujuh.” Lisa menolak tangan Azri yang berlingkar di pinggang perlahan. Kalut berlari untuk menunaikan kewajipan bagi pembuka hari yang diredhaiNya.
            I want you Lisa. Duh! Kenapa tak tercakap ni? Azri menelan air liur. Kelibat Lisa hilang di sebalik pintu balik air.
            I can wait. Again?
            Again. Like I’ve been waiting since day one we were at Pasing.
            Kenangan senyuman kemenangan malam pertama beberapa hari yang lalu terukir di wajah Azri tapi cepat – cepat disembunyikan.
            Lisa yang marah.
            Lisa yang menyerah.
            Lisa yang menawan.
            Dan perawan.


            “MORNING girl. Better?” Azri menghulurkan secawan teh kosong yang masih berasap kepada Lisa.
            “Ouch.” Lisa yang terus minum terkejut. Panas sangat.
            Azri yang berdiri sambil memeluk tubuh memandang Lisa tergelak. Malu! Tak toleh kiri kanan, orang hulur terus sapu. Kan dah terkena.
            “Bak sini. Pergi cuci muka. Bagi air tu suam dulu. Nanti minum.”
            Azri mengambil cawan yang dihulurkan oleh Lisa dan beralih ke meja makan. Cawan diletakkan di meja. Mata mengekori langkah Lisa ke bilik air. Nasib baik pagi ni Lisa nampak okay. Tak nampak pun jet lag baru balik bulan. Desis Azri nakal. Jangan difikir tidurnya lena di saat Lisa dalam pelukannya. Jantung berlari macam baru lepas pusing Stadium Allianz Arena kat Marienplatz. Sesak.
            Lisa melentokkan kepalanya ke dada Azri.
            “Ehem.” Azri mengusap rambut Lisa.
            Tangan Lisa berlingkar di pinggangnya.
            Okay, this is not good. Azri pula yang dah nak mula berpeluh.
            Kaki Lisa bersilang di atas pehanya.
            Oh my! This is bad. Azri mengeratkan pelukannya. Tak tahan melihat wajah Lisa yang polos.
            Desiran nafas Lisa yang teratur menyapa pendengaran.
            Azri menelan air liur. Perlahan wajah Lisa diusap. Dahi Lisa dikucup dan baru bibir mereka bertemu, Lisa mengeratkan pelukannya.
            “Azri. Azri.” Lisa menyebut namanya perlahan.
            Terhenti bibirnya daripada menyelami rasa strawberi yang hampir melekat.
            “Yes dear.” Bisik Azri. Spontan. Sejak bila dia kena ambil berat pasal budak ni? Tiba – tiba satu persoalan menerjah ke benak. Mendahului rasa hati dan nafsu yang memuncak.
            “The die – power blablabla...I’ve never heard.” Suara Lisa yang sekejap putus sekejap bersambung menggetarkan lagi jiwa.
            La sedar ke tadi masa dia merapu German tongue twister yang bermaksud woman power tu? Sedar tapi tak sedar. Mana ada dia sebut blablabla.
            “Like it.” Kata Lisa. Kemudian tersenyum. Dah sampai bulan.
            “What? This?” Azri mengeratkan pelukan dan bibirnya mula menjelajah wajah dan leher Lisa.
            I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.” Lisa merapu. Tersenyum lagi.
            Lenggok Azri terhenti. Potonglah Lisa ni. Confirm dah sampai bulan. I’m not a witch Lisa. I’m Azri. I want you so badly but I think I can wait. Bisik Azri dan mata dipejamkan. Pelukan Lisa yang erat amat selesa. Matanya dibuka. Jatuh ke wajah Lisa yang tersorok dengan rambutnya yang berserabai. Dikuak sedikit rambut yang menyembunyikan sebuah wajah yang bakal menginap di seluruh ruang hati seorang Syed Azri bin Syed Gilani.
            Malam beredar berganti siang dengan dua hamba Allah berpelukan di katil tanpa menyedari malaikat di kiri dan kanan mereka yang tak pernah berhenti mencatatkan setiap amalan mereka. Dua hamba Allah yang gagal mengerti Allah menyaksikan segala – galanya walau di mana pun mereka berada, di hujung dunia? Di bulan? Di studio kecil di pelusuk Pasing? Dua hamba Allah yang masih belum menyedari Padang Masyar ialah bukan cerita dongeng purbakala.
            “Azri!!!” Suara Lisa memecah kesunyian rumah sekangkang kera mereka.
            Lamunan Azri terhenti. Tangan yang baru sahaja nak membelek buku – buku kononnya hendak membuat sedikit ulang kaji turut terhenti. Maklumlah fikiran dan tangan tak sekata arahannya. Kalau sekata refleks tangannya, fikiran pasti pada buku tak pun kalau sebaliknya pula pasti tangannya ini melekat pada Lisa, keinginan nafsu yang mengocak tapi terpaksa ditahan sekadar menjadi room mate budiman. Erk? Azri tersenyum nakal.
            “What?” Pintu bilik air yang tidak berkunci dikuak.
            “This!This!” Lisa menunjukkan tanda merah seakan lebam di lehernya.
            “Oh sorry. Upah jaga awak malam tadi.” Jawab Azri rasa tak berdosa.
            Sial! Boleh pula ada kesan love bite kat leher Lisa. Malu dah segunung ni. Duh! Malu satu keturunan Syed Gilani. Mengambil kesempatan namanya ni tapi namanya lelaki. Tak sejatilah kalau setakat pandang kan? Azri menyedapkan hati sendiri. Pada hal kalau boleh muka nak sorok dalam mesin basuh saat ini.
            “Azri, come here. I think we need to talk.” Muncung Lisa dah sedepa. Terlupa kebaikan Azri semalam. Buat – buat lupa sebenarnya sebab tahap mengambil kesempatan Syed Azri lagi banyak daripada tahap kebaikannya yang seciput. Lagi lama dia duduk sini memang sah dia boleh jadi bahan santapan.
            Azri hanya mengekori langkah Lisa keluar bilik air dan berhenti di sofa bed menghadap TV. Lisa duduk. Dia hanya setia berdiri menghadap Lisa. Buat – buat muka tak bersalah.
            “You chose enmity, remember?” Lisa mengingatkan pilihan Azri kali pertama bersua muka.
            “You chose passion, remember?” Azri mengingatkan pilihan Lisa kali pertama bersua muka.
            “So?” Lisa mengangkat kening.
            “So?” Azri mengajuk.
            “You shouldn’t treat me like that.”
            “Saya tolong je.”
            “Okay thank you. Thousands time thank you. And go to hell with this! Ini bukan tolong. Ini polong!” Lisa menyelak rambutnya dan menunjukkan sekali lagi kesan love bite di leher.
            “Lisa..Lisa..Lisa. Lain kali bila cakap tu fikir. Kata pilih passion. Kena sikit dah gelabah. Budak KL memang poyo. Konon best. Konon sosial tapi nak berlagak innocent. Dalam kamus Oxford maksud passion apa?”
            “Azri!” Selamba badak dia nak main keji – keji status kerakyatan dia. Kalau mengaku ada sikit – sikit darah Johor nak cakap apa? Nak tukar balik ayat penyata tahap budak tak sekolah tu? Dasar mulut longkang. Kutuk Lisa dalam hati.
            “Yes Lisa.” Azri buat muka tak berdosa. Dia berjalan ke balkoni. Mengambil udara pagi yang segar. Dalam hati berdebar menanti reaksi Lisa tapi dia pura – pura berlagak tenang.
            “Of course I know. I bet you the one who misinterpret.”
            “It means strong feeling and with little gesture of course.” Azri angkat kening.
            “Wrong. That is typical Malay or should I say Meleis says?” Perli Lisa dengan memberi sebutan ‘Malay’ yang berbeza. Dah mula naik angin. Nak kena ajar Syed Azri ni. Dia ingat Lisa sama macam perempuan lain.
            “It means strong love, hate and anger. Everything that I chose, the emotion that I will fill in surely strongly like we argued now with great passion. Or shall I happen to hate you. I will hate you with great passion. Or shall I happen to fall in love with you. I will love you with great passion.” Senafas Lisa menembak. Dia fikir dulu sebelum pilih. Jangan salah sangka.
            Azri terdiam. Eh ya ke? Passion tu bukan ke sekadar nafsu semata – mata? Cinta, benci dan marah tu nafsulah Azri. Sengal! Maklumlah dalam kepala ada satu definisi nafsu sahaja yang melekat. Dari balkoni, dia mencuri jeling ke arah Lisa yang sedang menekan – nekan alat kawalan jauh TV. Sebentar kemudian Lisa beralih ke katil. Bosan tak ada benda menarik kat TV lah tu. Lisa terbongkok – bongkok mengemaskan katil.
            Oh man!
            Kepala ligat tengah fikir teori kebarangkalian. Walk the talk Syed Azri! Cool! Chill! Kasi Lisa menang. Mengaku salah sahaja.
            “Apakebenda ni?” Lisa menarik beberapa helai kertas lukisan DIY (Do it yourself) cara – cara hendak menyediakan bahan untuk menghisap ganja atau smoking pot yang terselit di bawah bantal. Cuba dilupakan peristiwa semalam. Kisah Laila - Tajuddin dan Azri – Humaira.
            “Manual.” Nasib baik tukar topik. Fuh! Lega. Azri menarik nafas dalam. Baru langkah terasa pijak di bumi.
            “Manual?” Lisa duduk dikatil. Dibelek – belek ilustrasi yang dibuat oleh Syed Azri. Menarik. Lengkap. Maklumlah hasil kerja tangan seorang bakal jurutera. Bagi penerangan rapi macam buat kertas kerja. Nampak sangat Syed Azri seorang yang teliti.
            “Nice sketch but next time don’t you ever offer me that again. Never.”
            “Speaking of that Miss Lisa. Nak tanya ni.” Azri beralih dari balkoni menuju ke kabinet dapur. Mana ashtray ni? Baru ingat nak layan asap.
            Lisa yang menyedari apa yang dicari oleh Azri menunjuk jari telunjuk ke arah pintu rumah. Dia letak kat luar tadi. Bekas abu rokok yang sekali dengan tong sampah kecil di bawah tadi disumbatnya dengan botol Coke  yang dijadikan pot hasil inovasi Syed Azri semalam. Tak lalu nak tengok kalau terkenang saat dirinya terbang di alam khayalan, Azri sedap mengibarkan sayap burungnya. Nasib baik tak terbang tinggi. Kalau memuncak sampai ke bulan, tak ke hari ini dia boleh rasa nak terjun Sungai Wuerm depan balkoni tu?
            Azri membuka pintu rumah. Membiarkannya terbuka. Maklumlah, mereka duduk di tingkat paling atas. Mana ada orang nak lalu lalang kat depan rumah. Tong ashtray ditarik ke meja makan, dekat dengan katil Lisa. Sebatang rokok dinyalakan. Tak payahlah pelawa Lisa. Buruk sangat rupa perempuan hisap rokok. Kadang – kadang sahaja nampak seksi. Masa batang rokok disepit dicelah jari, si penghisap tersenyum manis dan rambut beralun lembut dibuai angin, masa tu je lah kot nampak seksi menggoda. Termasuklah Lisa tapi kalau tersalah gaya, nampak macam jalang pun ada perempuan merokok. Damia Humaira pun tak merokok.
            Lisa ni amatlah special case. Lain sangat. Telinga macam tak percaya pula dengar dia tak pernah layan ganja. Bukan budak – budak universiti tak kira di Malaysia pun layan apa. Nanti boleh belajar sebab tak tidur berhari – hari atau terus tidur hanyut di alam khayalan. Kesannya berbeza mengikut persediaan bahan. Strong or mild.
            “Tanyalah.” Lisa mengendurkan suara. Sejak tadi dia cuba menganalisa Syed Azri. Tengah menimbang baik buruk dia berada di samping Syed Azri. Kalau semalam lelaki yang sedang memandangnya dengan renungan tajam ini mahu mengambil kesempatan rasanya tak ada apa yang dapat menghalang. Kalau dah tak sedar diri, apa guna pepper spray dan pisau lipat di bawah bantal?
            “Awak ketagih ya? Sejak bila? For a girl like you, that would be the last thing I would wish to see.” Suara Azri juga mengendur menyamakan irama yang Lisa lagukan.
            “Don’t judge me.” Lisa tunduk.
            “Share?” Rokok yang masih tinggal setengah ditenyeh ke ashtray dan Lisa dirapati. Azri duduk di sebelah Lisa. Bersila dengan selesa memandang Lisa yang tunduk memandang lantai.
            “Nothing to share.” Lisa belum bersedia.
            “Okay but you’re lucky you’re with me that time.” Malas nak memaksa, Azri mengambil langkah mengelak.
            “Betcha.” Sinis Lisa berkata dan menepuk bahu Azri. Lucky lah sangat.
            “Xanax addiction and duromine are very unhealthy. You should stop consume them. Sorry, I know I can only mess with your life once you are mine but I’m learning things about you. I can’t just tell you I love you if I don’t really know you.”
            Suara Azri hampir tak kedengaran di telinga Lisa. Membuat perasaan Lisa tidak keruan. Inilah perasaan yang cuba ditafsirkannya. Menilai Syed Azri dengan langkahnya yang gelojoh tapi perasaan yang sensitif. Setiap kata – kata Azri lahir dari dalam hatinya. Langsung tak pandai nak berdrama dan setiap kata – katanya selalu terzahir dengan gerak langkah yang keterlaluan. Cara yang terlalu kebaratan, terkadang memaksa tapi terkadang lembut membuat hati seorang Nur Lisa mula tersenyum.
            Dalam bahaya dan berisiko bersama Azri, terselit di lubuk hati perasaan selamat berada disampingnya. Tak pernah ada orang yang menunjukkan reaksi pada setiap perbuatannya. Menimbangkan baik dan buruk untuk dirinya. Tak pernah. Tengku Akhbar? Lain. Lain sangat. Tengku Akhbar sekadar kawan. Bagi Tengku Akhbar, Lisa sentiasa sempurna di matanya.  Lebihnya Tengku Akhbar ialah dia jauh lebih sopan daripada Azri dari segi tingkah lakunya. Mana pernah Tengku Akhbar mengambil kesempatan seperti Syed Azri. Am I falling for a bad boy? You are a bad girl Lisa! Bad, bad girl.
            “Then you want to tell me smoking pot is healthy? Kidding right?” Lisa tergelak. Menceriakan suasana yang mula bertukar aura.
            “Taklah macam tu tapi sekurang – kurangnya tak ketagih. Mana ada budak U hisap ganja ketagih kalau kena cara. Daunlah tu kira macam herba pun boleh. Bukan ada bahan kimia macam morfin atau kokain. Itu lain. Kalau dah terkena memang terus ketagih. Kat sini semua orang smoking pot suka – suka semata. Awak jangan salah faham Lisa. Perasaan di alam khayalan tu sukar nak ditafsirkan tapi nikmatnya kalau sesekali awak rasa okaylah. Jangan sampai setiap hari.”
            Lisa terdiam. Malas nak melayan ayat penyata orang tak siuman.
            “Saya nak keluar.”
            “Where?”
            “Muller.”
            “Okay.”
            Azri mengiakan, bangun dan mula bergerak ke bilik air. Nak kejutkan budak – budak kat sebelah yang entah dah sampai planet mana dan dia nak menapak keluar mencari barang untuk projek barunya. Boleh jalan dengan Lisa sekali. Sah Lisa nak pergi beli stok ubat dalam botol keramatnya yang kosong. Muller ialah sebuah kedai serbaneka seperti Watson atau Guardian di Malaysia. Di sini Muller dikenali juga sebagai drugstore.
            “Azri.” Lisa yang bersandar di katil tiba – tiba memanggil.
            Azri berpaling. Langkah diatur kembali ke arah Lisa dan dia duduk berlutut di lantai menghadap Lisa. Kening diangkat tanda menyoal.
            “All the things you did, your moves, your gestures. Don’t do it again. It just not works with our relation.” Lisa memberi amaran. Bimbang hubungan mereka tersasar jauh.
            “That’s why I’m making you mine.” Azri berdiri. Tangan Lisa ditarik agar berdiri di hadapannya.
            “Jangan main – mainlah.” Lisa serba salah.
            “I’m not playing Lisa. I start to enjoy your company. I do.” Azri membuat pengakuan berani mati.
            “We are room mate. Remember?” Lisa berpaling mahu meninggalkan Azri. Tak tahan dengan pandangan mata Azri dan segala – gala yang ada pada Azri seperti biasan cahaya pelangi yang mula mewarnakan sekeping hati Nur Lisa.  
            “Let be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you don’t expect this happening so soon neither does me but I promise you, I can really take care of you. Like it or lump it, just stay here. With me.”
            Lisa ternganga. Air liur terasa berpasir. Payah untuk ditelan.
            “Come.” Belakang Lisa diraih ke dalam pelukan.
            Semalam hanyut di bulan.
            Hari ini hanyut dalam pelukan.
            Semalam dan hari ini hanyut di arus khayalan.
            Hari esok menantikah sebuah kebenaran?
            “Good mor...”
           

            “SAYA tak faham apa yang susah sangat dia nak faham. We are friends. Just that.” Lisa merungut.
            “Huh?” Azri hanya mengerutkan kening. Lelaki. Biasalah.
            “Leave him.” Cucuk Azri.
            “Sebab tinggalkan dialah ni saya kenal makhluk nama Syed Azri. Betullah tu pepatah cakap keluar mulut buaya masuk mulut naga.”
            Azri tergelak. Sempat kenakan kita.
            “Suka hati awaklah but once you’re mine, never dream of seeing Tengku Akhbar again.”
            Lisa ternganga. Tak habis lagi ke mamat ni? Is he really meant all his words? Cow!
            “Tadi drama sebabak awak dengan Tengku Akhbar sebijik macam anjing dengan kucing.” Komen Azri menyaingi langkah Lisa yang laju. Jalan ke jogathon Cik Lisa oi!
            “Hello, I’m not a cat.” Bantah Lisa. Malu sebenarnya bergaduh dengan Tengku Akhbar tadi.
            “If you’re not then why you’re here with me? You should tail him. Comfortable laid your ass on his leather seat, not walking like this.”
            “I’m a cat so I’m walking with you. Apa kebarangkalian awak pakai ni?” Provok Lisa. Tak nak mengalah.
            “Yes you are a cat. In fact ladies are like cats. Yell at a cat one time, they’re gone. Poor Tengku Akhbar. He shouldn’t yell.”
            Lisa terdiam. Tepat pula teori kebarangkalian Syed Azri.
            “And he is a dog. Guys are like dogs. They keep coming back so expect of his come back.” Sambung Azri selamba.
            Cow! Hati Lisa berdecit tak puas hati dengan Tengku Akhbar.
            Pon!Pon!
            Mata Azri dan Lisa serentak dihala ke arah kereta yang tiba – tiba berhenti di sebelah mereka.
            Oh my!




 p/s: 18SX? Yes, No? I know. I'm sorry but just to deeply feel Lisa-Azri life before Lisa turn a new leaf. Let's learn together.
And I'm not good to express either way.
And saya jrg meroyan lately. Reason being, my life is so full of tinnyminnyneedymetime. Duh!
XOXO :))

32 comments:

  1. :D a big smile bila baca bab nih...i like azri more than last week.. hehhehe

    ReplyDelete
  2. Superb sis! Tp mcm pendek kn... ades! Yg wish wish witch tuh xfaham laaa... oh my english!!!!

    ::Lara::

    ReplyDelete
  3. i've been refreshing ur page like thousand times waiting 4 the en3 (ok cliche sgt ayt nih)..n now sgt happy smile da mcm kerang busuk da..tq KL 4 the en3..n like wht u said, lets learn together..hope akn ad bnyk lg y bermanfaat from u..

    ~adda~

    ReplyDelete
  4. yg rin faham versi skang ni , Azri syg Lisa n dah berubah satu jln dengan lisa . Ye ke?

    Yg versi dolu-dolu pulak , K rin baru tau apa beza morfin n smoking pot.. hehe. bleh cuba smoking pot eh ? <---jgn rin . pengsan mak kau kang..


    18sx ? part mana tu ? part love bite ke? ngeh3... nakal la azri . <---tpi pesal rin x rasa 18 sx ye ? hahaha...

    klau lisa cat,
    Akhbar dog,
    azri cow, memang semua dri keturunan animalia . (manusia pun sejenis mamalia apa? hahaha)

    kereta tu sape punya ? gila ni ke?

    ReplyDelete
  5. ^_______^ owh im melting dowh.. Huawwaaaa nak hubby mcm SA blh? *helloooo pn.ayu awak dah kawen hocaayyyy*

    ReplyDelete
  6. hoho, takkan Kebar pusing balik kot? (everytime sebut Kebar mesti dok teringat choc bar. lol)

    aish, lisa masih terselamat rupanya until malam pertama. Alhamdulillah. Ngee..

    sukalah part tongue twister lisa masa dia sampai ke bulan tuh. haha

    ReplyDelete
  7. 18SX sbb nak gbrkan kesalahan/dosa yg lisa & azri pernah lakukan itu sahaja........ tidak melampui blh diterima...Jgn risau....masih terkawal
    Sbb akak pernah baca cerita dari bloglagi teruk sbb hubungan dah halal so nak gbrkan kisah suami isteri terlebih sudah dah jadi 18****** ha ha ha ha

    ReplyDelete
  8. rasanya 18sx/sg tu part smoking pot and the way SA and NL live in their studio je kot. macam biasa je benda2 tu. okay je. tarahall punyaaa.

    alaaaa, kite dah jatuh suka kat SA. acane ni mommy??

    kete tu mesti kebar si kebab. isk3.

    ReplyDelete
  9. the small part of 18sx...biasa la tu,haha

    ReplyDelete
  10. ish..kan dah terbang,kena gigit plaks...notty..hahaha...tapi still selamat..memang gentleman la,kena orang lain dah abis terkam...iskh.noty plks.thanks kl.

    ReplyDelete
  11. As-salam & hai KL,

    Ya ALLAH … feel like naik bulan reading this n3 …. Melting & cair gilaq! Hahaa…
    Btw … there is no such thing to b considered as 18sx – sket je ! but still acceptable else cannot grasp the story ecstatically!

    Huhh … blissful & exultant to know tat during those two years, both Azri & Lisa still managed to SAFE it to the first night !!!
    Lega …!!!
    Waaa … azri gave those thumbs up for Lisa …. Lisa yang marah,menyerah,menawan,perawan yet after marriage Azri still with his ego standpoint! azri … azri ... perawan yg MAHAL tuh

    Nice say Lisa with tat explanation of passion – not as azri perception=nafsu !!

    Yeah wat Azri tried to explain regarding the smoking pot & Xanax prescription – the latter is more dangerous !

    And tat oncoming car??? Who is he? Don’t tell me it’s Kebar? … :P

    TQVM KL ♥♥♥

    ReplyDelete
  12. Lisa ni perawan till their 1st night? phewww....

    mcm xpcaye la si SA leh telan air liur je tgk mahluk tuhan paling seksi selama 2thun ni hahaha..

    the one who said gud mor../pon pon tu choc bar ke? (bak kate hajar).

    ohh,SA masih xtau lgi nape lisa amik xanax ek?

    I'm wondering will SA become more protective bile tau Lisa ni dtg dr broken family? surely he look more macho kan,ohh suke la guys yg protective kt awek die..

    p/s tang love bite tu,sy anggap je SA (cue music )coz i got high,coz i got high,coz i got high..lariks!!!

    ReplyDelete
  13. Rin..sy semakin suka USD..every words yg u tulis semua & logic to be happen at that time. I salute cara u tulis..more realistic.18sx..no la..just sweet kisses from a gentleman Azri to his lover to be Lisa kan..At this point now i lleh rs yg Azri jujur nk take care Lisa,wait until he knows about anxiety stress Lisa tu. I luv the flow of this story..past & present,it blends beautifully..sorry lambat komen, td ada urgent discussion
    Keep on tulis Rin..

    suka ayat I am not playing, i am making u mine!!wah i melting you..hihi

    ReplyDelete
  14. sy suka jea ..x lah 18xxx sgt
    jgn risau..
    mmg best arr karya2 awk :))

    ReplyDelete
  15. Dear KL,

    - aduuhhh..terlebih manis rasanya percintaan Lisa dan SA ni...
    - SA straight forward aje bila nak cakap..so gentleman..akak suka la SA..tak ambil kesempatan dalam kesulitan yang di alami oleh Lisa...
    - Lisa, lisa oooo....lisa..hati suka tapi mulut " nehi "...ha..ha..ha..
    - SA you have to work more harder in order to get in Lisa heart...
    - luv you today and coming tomoorrowww....


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  16. Boleh yer SA bertahan dengan NL...
    Jenuh dia nak tunggu NL menyerah...
    Rela atau taat tu...

    SA dah dapat NL yang masih suci...
    Tapi adakah NL dapat SA yang sama keadaannya...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  17. adeehhhh.. beribu pertanyaan yang berkampung dlm otak nih... agk2 nyer mcm manalah NL tu boleh berubah.. ngeeee.. nak tahu sangat nihhh.. sukalah SASG tuh... romantik ala2 sengal... ayat pedas dia tu buat NL jd hangat..haha..

    kak rin, ai like entry kali nih..haha.. bukan sebab tang jiwang tuh.. tang romantik2 tuh.. tp menyedari pd kebenaran dlm setiap olahan... menceritakan y NL & SASG menganggap padang masyar adalah cerita purbakala.. tp sebenarnya bnda2 mcm ni mmg betul2 terjadi dlm the real life.. betul.. sokong kata2 kak rin.. sm2 belajar untuk menginsafkan diri.. berbaloi tunggu lama sebab entry yang keluar memang kebabo.... =)

    ReplyDelete
  18. oh my!!azri n lisa so sweet 2gether..
    azri mmg agak melampau tapi biarpun lisa pggil dia bad boy..azri still more than ok what..klu da lelaki lain mesti lisa da jadi hidangan huhu..
    lisa walaupun sosial still ada harga diri.tapi mungkin cara dia ni terlalu berani sangat.siapa nak ber-roomate dgn lelaki walau terdesak sangat.
    tapi apa2 pun cerita ni mmg sangat2 best.setiap story kl ada nilai yg tersendiri..
    tiap hari jadi penunggu untuk setiqp update dari story ni..
    teruskan kl..really luv it..damb much hehr

    ReplyDelete
  19. Ntah2 yg dtg tu emak SA

    Nur

    ReplyDelete
  20. mesti bace ulangkali baru wat komen .... rase x puas je ,..!!
    dh byk neh yg mula jatuh cinta kat SASG .... best la KL
    nak nyanyi lagu raing-ria .... Lisa is osem ...
    18sx? .... ape nye sweet adelah ... keh keh ... mood:____ ?
    sweet dream tonite

    -guest melepak

    ReplyDelete
  21. very good kl. K.ju rasa gaya penulisan kl makin cun. Present ngan flashback diolah begitu baik. Sx? Bg tipikal malay, ok je. Lg teruk dr ni pun, berlambak. Pemerian watak sa mmg menarik. Tahniah dr k.ju.

    ReplyDelete
  22. Hahaha x bole blah ngan SA..... Nk melting dh bila bc.3x hokeyyyyy bc br phm (gatai sbnrnya haha). Pd sy xde pun 18sxnya takat love bite bkn detail citer dlm kelambu hehehe. X sbr dh ni nk tau sambungan citer ni. Silalah cepat2 up n3 br ye hehe

    ReplyDelete
  23. Dear readers (I mean ALL the thousands)

    shima rostam
    Lara
    nzlyna'im
    adda
    RinsyaRyc
    Ayu Dzulkarnain
    Hajar
    Atty Ismail
    kak noor
    zatie
    anonymous
    izan supian
    Jazmeen
    Syira
    Sal
    Ani Lufias
    kak fadz
    w.t
    nur ezzah maisarah
    KkZen
    Nur
    guest melepak
    K.ju
    arzalif

    Loving all my readers.
    Time kasih rajin komen.
    Time kasih for the semangat.
    Time kasih tegur sana sini.
    Time kasih spent time baca.
    Time kasih spent time sent komens.
    Time kasih refresh page bnyk kali tgu n3.
    FOR EVERYTHING.
    er pagi ni ada org tujukan lagu ni utk saya, so sweet & nk tujukan utk korang sempena mood gatai SASG & Lisa dlm USD 8

    http://www.youtube.com/watch?v=SlvM4IPoQps

    I'm wishing on a star
    To follow
    where you are
    I'm wishing on a dream
    To follow what it means

    I'm
    wishing on a star
    To follow where you are
    I'm wishing on a dream
    To
    follow what it means

    And I wish on all the rainbows that I see
    I wish
    on all the people who really dream
    And I'm wishing on tomorrow praying never
    comes
    And I'm wishing on all the loving we've never done

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh, very touching. Melting again n again n again ......k.ju

      Delete
  24. DAH BACA SEMALAM HR NI BARU SEMPAT COMMENT..
    - NI NAK TANYA SIAPA YANG NAK GODA SIAPA???...HEHEHE
    - DAN SIAPA YANG TERGODA DENGAN SIAPA NI??? .... HAHAHA
    - DAN HATI SIAPA YANG TERGOLEK DENGAN SIAPA???... KWANGKWANGKWANG
    - SA NI CEMBURU JUGA YA... LAYANNNNN

    ReplyDelete
  25. KL Dearest..,

    nice entry.. ulang baca lagi hr nie.. from USD1 up till USD7.. best la KL.. :)
    Hati saya masih merindui.. Que & Sara.. :)
    but, tergoda jg dgn SA.. caring nya.. melting kejap.. :)
    Nice song.. saya suka lagu oldies..
    saya tunggu next entry ya..

    ReplyDelete
  26. cerita ni jadi 18sx. hanya bila yang membaca tu under age. well , tak expect pun budak U oversea sume makan benda macam gitu. hiskk.. takutnya.

    ReplyDelete
  27. sue
    hahha komen taun dpan pun tak pe...eyy tak boleh...tak boleh.
    Hati yg tergolek tu Que punya...ahaaaa...tetiba hr ni ada org rindu Que. Saya ponnn..


    k.ju
    yesza..tu dia.


    Yattie
    Rindu si romantik Que...hahaha..ini totally opposite kan?
    SA kasar sket.
    Lagu oldies sweet kan :)


    tiekqa fhea
    hahha..saya tau e-novel ramai bdk SPM layan so kna bg peringatan tanda sayang kat adik2. Ishh jgn takutlah. Ini yg sedikit. Yang majoriti ramai sgt yg baik & sayangkan agama & cemerlang lebih drp yg kita duk Mesia. Betul. I know both.

    ReplyDelete
  28. im glad c the word perawan.. :) behave jugak la dorang nih..ekekeke

    n im sorry lisa sbb sy nyer perception sm cm SA bout passion.. :P

    SA look sincere. ye ke.. hehe.. btw, SA semakin ohsem day by day.. haishh, i miss Johan Ariff
    Mr Romeo kelas 1!

    ReplyDelete
  29. best la crita2 kt sini:))tp amat berharap sgt dpt bca jet smpi habis.jet x sempat bca.:(

    ReplyDelete