Sunday, 29 April 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 3


            Sebaik bayang Lisa menghilang di sebalik pintu, Azri mengetuk pintu bilik studio Hanif di sebelah. Tak kira lah pagi – pagi buta pun janji ada kawan nak berkongsi cerita. Sebentar kemudian Hanif terjongol di muka pintu.
            “Pehal?” Suara orang bangun tidur yang buat Azri nak tergelak.
            “Firuz, pinjam Hanif jap.” Azri menjerit nyaring dari luar dan terus menarik tangan Hanif masuk ke rumahnya. Firuz dah biasa dengan aksi luar alam mereka berdua. Azri pun dah biasa dengan perhubungan luar biasa pasangan tak berapa nak matang ni. Maklumlah Firuz dan Hanif hubungan mereka umpama lampu isyarat jalan raya. Merah – hijau, on – off ikut musim. Sekejap okay, sekejap tak okay.
            Dalam studio yang kini dengan rasminya milik Lisa juga, Hanif disuruh duduk di sofa bed. Azri berdiri di hadapan Hanif.
            “Nif, cuba kau tengok keliling. Kau ada nampak apa – apa yang pelik tak?”
            “Apa? Aduh...” Hanif mengeluh. Baru bangun tidur dah ditanya soalan setaraf dengan subjek enjin. Dengan malas, mata ditayangkan juga ke seluruh bilik.
            “Hah! Kan pelik.” Azri berpeluk tubuh dan tersenyum. Sangkanya Hanif dapat menangkap maksudnya.
            “Aaa...la. Pokok yang Karev bagi tu patutnya kau letak menghadap cahaya matahari. Kau peruk (sorok) kat atas mesin basuh kenapa? Patutlah macam dah nak mati.” Balas Hanif gaya tak berdosa.
            “Ey sengal! Bukan tu lah. Ni...ni...” Dengan geram Azri menolak beg baju Lisa dengan susah payah ke arah Hanif dengan kaki kanannya.
            “Damia?”
            “Ey kau ni sah weng. Bukan Damia la. Ni barang room mate baru aku.” Tinggi suara Azri tak mampu dah nak bersabar dengan Hanif yang lambat benar tangkapnya.
            Mendengar perkataan room mate serentak dengan mata yang difokuskan kepada warna – warna pelangi baju kecik, baju besar di dalam beg dan pengakuan Azri barang ini bukan milik Damia membuat Hanif tersedar dalam erti kata sebenar.
            “Room mate baru kau?” Suara Hanif sudah mencecah frekuensi enjin kapal terbang.
            Azri menjawab soalan Hanif dengan anggukan sahaja.
            Hanif tergelak besar.
            “Mulut kau masin sangat.” Azri merujuk kepada ayat bunga si Hanif semalam dalam perjalanan balik dari Freiman.
            Mereka bertapa di rumah Bird di Freiman sepanjang hujung minggu. Saja nak melepak ramai – ramai. Rumah Bird rumah flat kat pinggir bandar juga. Tak jauh pun dari rumah mereka ni. Flat Bird taklah seselesa tempat mereka sekarang tapi seronok bab – bab melepak di basement layan movie ramai – ramai sambil - sambil buat aktiviti tak berapa nak sah di sisi undang – undang ramai – ramai. Karev, Jono dan Wong penyeri suasana sesi melepak mereka.
            Hanif tergelak besar. Teringat semalam dia cakap kat Azri, ‘Stop looking for a partner. The right person will eventually find their way to you.’ Tak sangka macam kena seru – seru dah sampai partner si Azri. Damia dulu memang kesilapan besar dalam hidup Azri.
            “Cun tak? Sesuai tak jadi partner kau?” Tanya Hanif dengan senyum perli yang masih bersisa.
            “Tak kot. No comment. Nama Kuntum Renjong. Kau bayanglah cun ke tak.” Azri tersengih dalam hati tapi muka serius ditayangkan kepada Hanif. Kenakan sikit si Hanif ni. Gelakkan aku ya.
            “Kuntum Renjong?” Mata Hanif membulat.

            “CAK!” Lisa mengejutkan Azri yang sedang berdiri di ruang tinjau dengan pandangan mata seakan – akan mahu menerobos pintu kaca dan gaya tangan yang disandarkan seakan mahu terbang ke arah deretan kapal terbang Lufthansa yang mendominasi pemandangan. Cantik pemandangan dengan kilauan LED di sepanjang tempat parking kapal terbang nun jauh di sebalik cermin.
            “Ish...”  Terkejut disergah oleh Lisa tak usah cerita tapi dikawal air mukanya. Baru kenal kan, kenalah control macho dulu. Si Lisa ni dari semalam kenal main aci redah. Tak nampak langsung kekok dengannya. Dia pula yang naik segan dengan sikap selamba Lisa.
            “Kalau ya frust pun tak payahlah nak ikut resam super hero. Ada patut super hero nama Azri tengah frust nak lepak kat air port. Cuba cari tempat elok sikit.” Usik Lisa.
            “Apa kau merepek ni? Apa yang frust – frust ni?” Azri mula tak sedap hati dengan gurauan Lisa. Apa yang budak ni dah tahu ni? Potong betul. Rungut Azri dalam hati.
            “Batman frust, lepak dalam gua. Spiderman frust, lepak atas bangunan.  Super hero kacak nama Syed Azri ni frust, lepak kat air port.” Lisa menekankan sebutan ‘Syed’ sambil tersengih – sengih.
            “Mana kau tahu nama aku?” Garau suara Azri bertanya. Faham sangat dengan sengih yang dibuat – buat Lisa. Harap muka cantik nak sengih – sengih macam tu, kalau orang lain ada muka tu nak kena ludah.
            “Memang tak lah teruk mana tempat lepak awak ni kalau nak compare dengan Superman. Superman frust, tu lagi teruk. Lepak di bulan.  Itu confirm awak tak mampu nak follow. Jom balik. Jangan nak dramatik macam super hero.”
            Perli Lisa tapi dia ada surprise untuk si Azri. Berani nak buli dia ya. Jangan harap. Ini pun paksaan kena jemput Lisa di lapangan terbang. Saja Lisa buat cerita dramatik, habis tugasan malam – malam buta tak kan nak suruh dia balik sorang – sorang kan?

            SIANG tadi, “Good Luck.” Azri menghulurkan kamus elektronik compact ke tangan Lisa sambil tersenyum sinis.
            Verrückt!” Jerit Lisa memanggil Azri si gila dalam bahasa German dan menghempas pintu kuat.
            40 minit kemudian, Lisa tegak berdiri di dalam ruang kaca empat segi. Cuaca permulaan musim panas agak mendamaikan hati Lisa. Walau pun dah terketar – ketar juga apabila bergaya ringkas begini di luar lapangan terbang tadi tapi dia tetap okay daripada mengenangkan musim sejuk di bawah paras beku nanti. Beku atas katil tak mampu nak pergi kuliah agaknya. Dia masih boleh bertahan dengan daily mean temperature atau purata suhu maksima dan minimum setinggi 12.2 darjah Celcius hari ini.
            Rokok di tangan ditenyeh ke built – in tempat abu rokok yang tersedia di atas meja. Tersengih panjang dia apabila melihat papan tanda berwarna oren dengan gambar rokok di atas kotak kaca segi empat. Tempat merokok yang dikhaskan di dalam lapangan terbang ini. Matanya terarah kepada papan tanda di dinding kaca yang bertulis SMOKE and GO! Apa lagi cepat – cepat lah dia melangkah masuk sementara menanti azab untuk hari ini. Kali pertama berada di lapangan terbang antarabangsa Munich ni dulu, kena kawal ayu juga di hadapan kawan – kawan yang lain. Mana dia nak cari tempat merokok. Tahan sajalah. Lisa bukan perokok tegar pun tapi stok memang sentiasa ada. Rajin hisap, malas tak hisap dan kalau tak hisap tak mati pun.
            Sepuluh minit kemudian, Lisa berdiri di tempat menunggu. Gambaran tetamu yang diberitahu oleh Azri diputar di kotak memori. Saiz badan orang putih yang pastinya tinggi dan besar. Sekali tengok ada iras George Clooney berjambang. Dua kali tengok ada iras Pak Arab. Kod pakaian adalah formal. Lengkap tali heler dan kot bagai.
            “Nur Lisa?”
            “Yeah. It’s me.” Nur Lisa tergagap menjawab. Terkejut dengan kehadiran orang yang ditunggu. Apa lah Azri ni. Susah payah cakap macam George Clooney, Pak Arablah. Cakap je lah macam Pirate of Caribbean, Johnny Depp versi tua tapi kemas dan segak. Tak boleh blah Lisa tengok rambut di belakang tetamu yang berdiri di hadapannya diikat sejemput. Stylo! Memang gaya korporat habis di sebalik rupanya yang errr...tatau nak tafsir macam mana. Senang cerita kalau muda confirm handsome lah.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Lisa menjawab perlahan. Muslim ke? Confusenya aku. Rupa macam campuran orang putih dan Pak Arab. Cara cakap pun siap ada lorat (loghat).
            “Are you Malaysian?” Tanya tetamu yang masih belum bernama.
            “Yes Sir.” Lisa tersenyum. Sungguh dia tak pasti kombinasi lorat apa yang tetamu di hadapannya ini berkata. British accent pun ada sikit – sikit. Arab accent pun ada sikit – sikit.
            “Orang Malaysia. Senanglah Uncle.” Terus keluar bahasa ibunda dari mulut Syed Gilani. Mati – mati dia ingat Syed Azri menghantar foreigner untuk menjadi translator untuk memudahkan memahaman sidang ekspo yang akan dihadirinya sebentar tadi. Sepatutnya Syed Azri sendiri yang menemainya hari ini tapi biasalah anak muda. Macam – macam alasan diberi untuk mengelak.
            “Oh, Uncle Malaysian ke?” Lisa menarik nafas lega. Ya lah tadi cara Azri membayangkan rupa tetamu di hadapannya langsung tak terbayang rupa orang Malaysia dan kenyataannya pun, kalau tetamu di hadapannya ini tak mengaku rakyat jelata Malaysia rasanya Lisa pun tak tahu nak teka rakyat mana sebenarnya.
            “Yeah, I’m Larkin born. It just I’ve been away for so long. My name is Syed Gilani Kamarudin. So Malaysian yeah my name.” Syed Gilani membuka salam perkenalan. Gadis di hadapannya yang berskirt paras lutut, blouse berwarna putih dan bersanggul comel di kepala dengan jaket labuh merah terang disangkut di lengan amat cantik pada pandangan matanya. Sekali pandang, nak cakap orang Indonesia pun boleh. Nak cakap Philiphines pun boleh. Rupa Nur Lisa amat Asia pada pandangannya.


            Lisa tersengih. Tang Kamarudin tu bunyi dekat – dekat dengan Tajudin jadi bunyi Malaysia lah jugak. Tang Syed Gilani tu ya ampun aku tak pernah dengar okay nama. Komersial tak hengat nama. Komen Lisa dalam hati. Larkin? Boleh tak, Lisa tak nak mengaku Encik Tajudin pun orang Johor? Nak mengaku jadi orang KL je.
            “Okay Uncle. Shall we start our day or you want to grab some food?” Lisa mula memainkan peranan. Berbayar kan. Azri cakap sepuluh patah perkataan German yang keluar dari mulutnya bernilai satu euro. Sekarang habuk pun tak ada lagi. Jawabnya tolonglah nanti kat dalam conference tu dia kena alih bahasa banyak – banyak. Kaya yob!
            “Tak, kita terus ke Trade Centre. Uncle nak jumpa kawan Uncle dulu sebelum mula conference.”
            “Okay. Kita pergi naik teksi ya.” Lisa mengambil kesempatan. Malas dari air port nak naik train atau shuttle bus.
            “You are my guidance angel. Anything you said.” Syed Gilani bermulut manis. Melayan Lisa seperti anak perempuannya Sharifah Azra.
            “Actually I found out during international conference, the centre offer shuttle bus commuting from air port and Munich Trade Fair Centre but we have to wait. They have schedule so better option is just to hop in taxi.” Terang Lisa yang sempat buat home work semasa dia berlegar – legar di lapangan terbang tadi.
            Lisa tersenyum. Syed Gilani yang membimbit brief case mengekori langkah Lisa. Mereka berdua memboloskan diri di dalam teksi yang bersusun di luar lapangan terbang. Teksi berwarna putih dengan kadar rata sebanyak 56 euro. Jangan suruh dia bayar cukup.
            “Messe München International” Lisa memberitahu destinasi mereka. Munich Trade Fair Centre lebih dikenali oleh orang tempatan dengan panggilan Messe München International.
            “Lisa, I suppose you should know a little bit about my background to make your translation easy. I hope your translations will portray my good image and the words are carefully chosen.”
            Jantung Nur Lisa macam nak terlepas keluar. Siapa pak cik ni sebenarnya. Tengok gaya memanglah korporat habis tapi gaya cakap dah macam pak menteri. Aku ada tak kenal menteri kabinet Malaysia ke? Rasanya semua dia tahu kalau tak dia tak akan lepas sesi saringan untuk mendapat biasiswa dan tempat di TUM.
            “Okay.” Jawab Lisa sopan.
            “This is my card.” Syed Gilani menghulurkan Lisa sekeping kad perniagaan ringkas hiasannya tapi nampak amat professional dengan pilihan tulisan yang kemas dan warna yang terang.
            Lisa menelan air liur.

            Dr. Syed Gilani Kamarudin
            Director
            Corporate Strategic Planning & Performance
            Dubai Maritime City Authority (DMCA)
            United Arab Emirates

            “You? Some background would be useful.” Syed Gilani memandang Lisa di sebelah yang masih khusyuk menatap kad yang dihulurkan tadi.
            “You are working with Dubai government?” Tanya Lisa agak terkejut. Soalan untuk dirinya tidak dihiraukan.
            “Yes. Malaysia kan boleh.” Jawab Syed Gilani dengan nada berlawak.
            Lisa berpura – pura tersenyum. Dalam hati menggelabah tak ingat. Sah – sahlah orang yang bakal bergaul dengan Syed Gilani nanti semua stok – stok gomen A- list. Aduh bala betul. Saat ni kalau Azri ada di hadapan mata mahu leher dia patah kena lipat. Cakap sidang ekspo biasa.
            “Oh my.” Lisa mengeluh perlahan.
            “Why Lisa?” Syed Gilani mengesan muka Lisa yang berubah keruh.
            “He said I just need to assist and translate simple Germans.” Lisa meluahkan rasa gundah. Baik terus terang. Malu karang nanti tak reti nak translate.
            “He?” Syed Gilani menggelengkan kepala. Syed Azri punya kerja lah ni.
            “Yes, the one who hired me.” Tak kan nak cakap ni kes room mate kena buli?
            “Syed Azri si anak bertuah tu maksud Lisa?” Syed Gilani menggeleng – gelengkan kepala.
            “He is your son?” Tinggi suara Lisa memecah suasana sunyi dalam teksi. Nasib baik dah nak sampai. Malu tak usah cerita. Mangkuk hayun betul si Azri ni. Syed Azri bin Syed Gilani rupanya.

            PENAT bercakap sepanjang mengekori Syed Gilani bertemu dengan rakan seperjuangan yang datang dari pelbagai pelusuk negara dan yang paling haru ialah apabila terpaksa mentafsir setiap penerangan daripada exhibitor atau tuan rumah. Berbelit lidah Lisa nak mentafsir perkataan yang kerap berulang seperti wasserversorgung iaitu water supply, lamberlastigung iaitu noise pollution, energieressourcen iaitu energy resource dan pelbagai lagi perkataan yang berkaitan dengan topik pameran dan conference iaitu IFAT ENTSORGA yang bermaksud The World's Leading Trade Fair for Water, Sewage, Waste and Raw Materials Management.  Ruang pameran IFAT ENTSORGA di Munich Trade Fair Centre dipenuhi dengan pakar – pakar dari seluruh dunia, wakil – wakil sektor kerajaan dan swasta, wakil institusi dan universiti serta wakil – wakil industri itu sendiri.
            Sekarang ialah payback time
          Selepas makan di Kafer tadi, restoran terkenal di Munich yang terdapat di Munich Trade Fair Centre, nak terbatuk Lisa mendengar komen Syed Gilani.
            “Azri banyak kerja agaknya itu yang dia hantar Lisa jadi Uncle punya guardian angel. Thank you for all your hard work this whole day.”
            Mahu tak terbatuk kalau Azri menghantarnya ke sini semata – mata untuk membulinya sahaja. Rasanya Azri sedap je tu berlingkar di katil. Tadi kata tak ada kelas pun.
            “Dia okay je Uncle. Busy sikit je.”
            “Glad to hear that. Ingat dia layan frust lagi dengan budak Damia tu.”
            Uhuk – uhuk.
            Langsung Lisa terbatuk tak boleh nak cover – cover. Syed Azri frust? Tu yang berjambang bagai? KahKahKah....boleh jadi bahan lawak bekalan setahun ni. Lisa mula beriak nakal. Syed Gilani yang memandangnya hanya disedekahkan senyuman.
            “Uncle sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Suruh pergi Dubai langsung tak nak. Mommy dia kalau rindu, kenalah datang sini. Kalau Uncle yang datang cuba tengok ni Lisa yang dihantarnya.” Syed Gilani sedikit merungut. Perangai pelik Syed Azri tak pernah berubah. Buat hal sendiri dari dulu sampai sekarang.
            “Uncle nak jumpa dia ke?” Tanya Lisa. Kat dahi bersinar macam spot light dah.
           
            LISA bersiul – siul kecil. Gembira apabila Azri hanya mengekorinya tanpa membantah. Dia ingat Lisa nak bawa pergi tempat lepak Superman ke? Silap hari bulan lah bro.
            “Cantik nama Damia tapi saya yakin nama Lisa lagi cantik.” Lisa tersenyum mengusik.
            Azri terdiam. Dah lebih ni. Tak sampai 24 jam berkepit dengan Daddy dah macam – macam dia tahu. Mesti dah tahu dia anak Syed Gilani ni. Menyesal buli Lisa cara macam ni. Suka pula dia. Ingat nak baling bom ke kat air port ni. Apabila Lisa menelefon menyuruh Azri datang menjemput, cuak juga dia sebenarnya. Mengada – ngada. Nak balik berjemput pula tapi mengenangkan jasa Lisa menggantikan tempatnya, bolehlah bertolak ansur sikit. Lagi pun bukan ada apa nak buat kat rumah.
            “Tak payah nak cakap bukan - bukan. Dengar ni, not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted.” Ayat cover terbaiklah konon – konon tapi ketawa Lisa meletus. Malas Azri nak melayan. Diam sahajalah. Apalah agaknya yang Daddy cerita lagi kat si Lisa ni.
            Ayat giler matematik. Sah petik ayat Albert Einstein. Lisa menarik tangan Azri agar berjalan laju. Jalan setapak – setapak sambil tangan masuk jaket, ingat macho sangatlah tu.
            Azri terkejut. Lisa ni memang main aci redah je tapi orang hulur tak kan nak jual mahal. Buat – buat selamba jugaklah gamaknya.
            “I want you to meet someone.” Lisa menunjukkan ke arah Syed Gilani yang sedang duduk di sebuah kerusi menunggu di bilik menunggu VIP.
             Mati – mati Azri ingat Lisa menghala ke jalan singkat untuk keluar ke S-bahn.
            “What are you doing?” Badan Lisa ditarik menghadapnya. Tegas suara Azri bertanya.
            “Payback time. Tak suka jumpa Daddy ya. Jomlah jumpa Daddy.” Lisa menjelirkan lidah. Ayat mengada – ngada diucap sengaja nak menyakitkan hati Azri.
            “Kerat lidah tu karang.” Azri mengerutkan dahi geram.
            “Kerat tak mo, Kiss tak apa.” Lisa membalas selamba. Bagi terbakar terus hati Syed Azri.
            “Lisa.” Azri meninggikan suara.
            “Like it or lump it.” Lisa membalas. Puas hati dapat menyebut perkataan yang sama.
           “Well okay if you say so.” Azri memegang bahu Lisa yang sedang mentertawakannya. Bibirnya dilekapkan kepada bibir merah jambu Lisa. Badan Lisa ditarik ke dalam pelukan.
            Tawa halus Lisa mati. Hati siapa yang sedang terbakar ni?
          “Azri!” Lisa terjerit kecil. Nak marah mulut dia yang cabul. Nak suka, hello? Baru kucupan pertama je pun. Jauh lagi nak menilai seorang Syed Azri bin Syed Gilani.
            “Ya Cik Lisa?” Senyuman sinis dihadiahkan kepada Lisa. Tangan Lisa ditarik main – main dan dilepaskan. Tadi kata nak. Nak juga tengok sampai mana si Lisa ni berani main aci redah. Dengan jelingan tajam Azri melangkah tegap menuju ke arah Syed Gilani.
           
            SAMPAI di rumah, Azri tak puas hati. Berani kenakan kita. Tak pasal – pasal kena menghadap Daddy. Azri melangkah ke arah mesin basuh dan sebentar kemudian menghadap Lisa yang tengah melayan TV. Bukan reti nak tukar baju. Pergi tidur ke. Rungut Azri dalam hati.
            “Nah.” Azri menghulurkan pasu comel berisi sepohon pokok lebih kurang setinggi hampir satu meter ke arah Lisa.
            “Apa ni?” Tanya Lisa blur.
            “Kerja wajib kau kat rumah mulai hari ini.”  Azri menunjukkan tempat yang sepatutnya Lisa meletakkan pasu tersebut. Jari telunjuknya dihala ke arah hujung balkoni yang akan menghadap cahaya matahari pada siang hari.
            “Tak paham. Kerja apa?” Lisa menonong mengangkat pasu dan diletakkan elok – elok ke tempat yang ditunjukkan oleh Azri.
            “Sebelum kau pergi kelas, tolong bagi pokok tu minum susu. Sekali sehari je cukup.”
            “Susu?” Lisa terperanjat.
            Pokok apa siram pakai susu? Lisa mula membayangkan dirinya membuka botol atau kotak berisi susu segar dan menuangkan isinya ke dalam pasu. Tak pernah ku jumpa pokok kena siram pakai susu. Paling – paling kurang, dia pernah dengar siram pakai air basuhan beras adalah. Pokok apa ni?
            Adakah?
Tlg abaikan tulisan Dr sy yg chantek itu :)

            “Lagi satu, tadi pak we kau, Tengku Akhbar datang.”
            “Hah?”
            Azri memotong segala teori yang baru nak berkembang di kepala Lisa.



p/s: 1st of all sorry. Saya jarang update. Tgah membiasakan diri maidless soon. Hahaha tapi waktu meroyan saya pasti ada nyerr. Doakan diri ini sentiasa sihat walafiat & berjaya menjadi super mom :))
Happy Labour Day utk working readers & non working readers, enjoy ur holiday 2morrow.
Teka jgn tak teka pokok apa tu?
Much lev.
            

35 comments:

  1. wah wah beraninya Azri ek kiss lisa. cukup berani ye azri hehehe. kan dh kt mesti ada scene gado2 manja dulu kan nnti lama2 jth cinta la tu hehehe.

    ReplyDelete
  2. KL .. sentiasa menunggu update terbaru.. hahaha Lisa.. tuhlah cakap tak tapis.. kan dah terkena :)

    ReplyDelete
  3. selamt hari pekerja kak...

    pokok ganja eh....

    wah c azri n lisa ni boleh tahan eh payback time...
    dua2 x mau mengalah.....
    ini ke permulaan citer mereka....

    ReplyDelete
  4. arzalif
    part jatuh cinta tu x best n thrill sbb boleh agak kan. Sy nk tgu part yg dorg dah kawen tu..hahaha..
    writer pun tgu scene sdiri lol!


    Shima Rostam
    update lembap. Jgn tgulah. Buat skt hati jer :( sy pun hampa gak kalau lmbt sbb kot org dh pnat tgu :( thanx for always looking 4ward.



    ryana
    hai sis! slamat hari pekerja :)
    tak tapis2 teka ya ryana...hahaha..i'm bad i know. Tp x pelah knal2 kan?
    & the drawing is super skilled eh?

    ReplyDelete
  5. waaaaahh
    gilalah lisa n azri ni.
    tertanya-tanya, adakah syed gilani nampak drama sebabak lisa n azri?
    hikhikhikk

    macam pokok inai?
    kehkehkehhh

    ReplyDelete
  6. zatie
    nampak? buat - buat tak nampak lah kot tp hopefully x nampak :))

    pokok inai???
    pokok puding lah.....

    ReplyDelete
  7. nak teka gak, pokok ijau tanpa bunga dalam pasu coklat.
    mana hadiah ni, lamanya tunggu

    -seripagi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seripagi
      Rajin awk nk teka2 eh...
      Salah sbb ejaan ijau tu. Kalau ada h dh dpt hadiah dah :)

      Delete
  8. Aaaa,, dasattt gila azri kalau sampai pokok ganja pun di tanam -,-
    Ohh, first crush saya nama Azri. Hahahha, neway, que still is the best hero! Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syakira
      Que mau x melt. Dr awal smpai abis mulut manis. Haha x handsome la tu kalau x jadi. Ngee...syed azri ni awl2 peel dh memberangsangkan.

      Delete
  9. Tang nama Syed Gilani tu pestime dia dengan sbb gabungan daripada Gila+ Ini . kikiki.. *ok mood sengal sbb baca USD dah dtg ...

    Tpi cool la lisa, x merokok pun x mati masalahnya dia still gak merokok . *nasib baik x tegar*

    Pokok tu pulak , hailaaa... unik gila . kalau ada pokok tu kat rumah ai, mau kopak beli susu tiap bulan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah rinsyaryc
      Kat sini susu mahal. Mau x kopak.
      Tgah cuti sem ni ya?
      Sempat awk pikir nama gilani tu. Nanges azri dgr nti.

      Delete
  10. Lisa u did an admirable role – dragging Azri to meet his dad!
    But with a price - well looks Lisa like it too …. tho' surprised! - she said nothing of it!
    The tree – offcourse it is cannabis sativa! Nice hand-drawn is it ur true handwriting?

    ~Jazmeen
    p/s: Lost my appetite to comment further after seeing d new SB …. May needs a few days or weeks to get adapted to say as-salam at SB :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazmeen
      I kna bg no pho la so u cn watsup me. Mana boleh x tegur. Wajib tu.
      Kat uk dulu bela jgak ke? Cantik kan pokok ni? Tulisan yes mine tp lukisan x. I lukis pokok jd arnab nti. Haru!
      Lisa punya trick pun x lipat maut sgt. Padan lah kna pay dgn kiss kan. ( cter ni nmpknya ada benda kurg baik b4 smpai yg baiknya)

      Delete
  11. wah, very impressed. bertabur cakap german. em...pokok apa, ye? poppy ke? Kak Ju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ju
      Pokok hiasan ala - ala bonsai gitu.
      Haha berterhabuk ada. Siap pakai kamus tu.

      Delete
  12. bila baca karya kak rin.. serius sy kena concentrate 360 darjahhhhh!!! haha...
    tak boleh mcm lisa.. aci redah je sume bagai..
    sbb kena fokus.. lebih dari ms study dulu kot.. mengadap karya cikgu Rin.. dah mcm pemandu pelancong ke german pulak..hahah.. sbb kalu x fokus, silap ari bulan, ad bnda pulak y terlepak pandang.. tp kan, SA mmg selamba badak sumbu cium anak dara orang.. ngeee... nakal nyerrr..

    pokok apakah itu???? siap suruh siram guna susu segala..haha.. begau lisa jadinya..haha.. x leh nak predict apakah y terjadi selepas ini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ezzah maisarah
      Nmpknya awk dgn jayanys reti guna word begau.
      Begau sekejaplah lisa nk pikir pokok nk minum susu tu.
      X patut fokus kat ajaran cikgu rin. Diajar nyer komer bebukan. Lama2 awk biasa dgn sistem penulisan sengal nih :)

      Delete
  13. Hai Rin

    Lisa dpt 1st kiss dr Azri..br dia tau,tu la ckp lps..sendiri jwb le..Syed Gilani pun suka Lisa kan

    Tg Akhbar dtg..wow!suka..mesti Lisa ni sgt comel kan..

    Happy Labour Day too!tq Rin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy labor day sal.
      Lisa tu tatau dorg ni mcm buku bertemu ruas. Scene tg akhbar tu sadistic jgak tu. Lisa comel2. Byg yg best2 punyer.

      Delete
  14. Azri ...wooow ... x sangka berani smpai mcm tuh! kena challenge or mmg dh tabiat kot! eewww!
    tak salah lagi mmg pokok ganja le tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman
      Mmg confirm tu tabiat. Berani pun org pikir risk. Knal ya jenis2 pokok korg ni. Gi tanya fellah delisya ke...

      Delete
  15. pokok puding ke KL?
    mcm pokok kari je..
    kehkehkeh.. ;D

    ReplyDelete
  16. Dear KL,

    - waahhh....SA debgan beraninya telah meng"kiss" lips Lisa...wow..so daring...ha..ha..ha..
    - SG, nampak macam bapa yang baik-baik aje....
    tetiba aje teringat kat my late father.
    - hoping next entry yea my dear KL....
    - luv u today more than last week...

    -kak fadz-

    ReplyDelete
  17. Kak Rin , ai x cuti tpi skang ni tengah free sbb praktikum sem ni dah habis . tunggu praktikum next sem . .. sob3..
    Rin tunggu USD part 4 tau .. hehehe.. >__< Lain kali cium lama siket. kah3..
    *Get tu sedih sbb x smpat baca .. wuwuw..

    ReplyDelete
  18. berani betul lisa.......
    suka semua karya lepak ni. sebab boleh belajar banyak benda. bukan setakat cerita kosong sahaja....teruskan.

    ReplyDelete
  19. hurmmm ok.....
    nak lambai-lambai tangan dgn syed gilani....
    nak wink dkt anak dia, si azri tu....
    then nk flying kiss dkt tengku akhbar
    ........tq kl..........

    ReplyDelete
  20. happy labour day KL =)


    zhfyrah

    ReplyDelete
  21. miss_adikimi
    hahahha..pokok kari eh?
    kalau close up daun mcm daun betik tu :))


    kak fadz dearie
    lev u always for sure.
    SA tgah tunjuk macho tu.
    SG mcm ur father?? Tp dlm cter ni tatau lg SG sebenarnya cemana tu.


    RinsyaRyc
    wah bestnyerr cuti lelama.
    notti eh nak kiss lama2...tu tgu epi dorg dh on - on la.


    dne
    tat pic x patut dikira sbgai ilmu...hahhaha..partly but think positively plss...

    zm
    hurmmm...ok
    wasiat mesti ada yg tersirat tue...
    siap pesanan untuk 3 orang sekali harung.

    zhfyrah
    wishing u the same :))

    ReplyDelete
  22. Lisa ... tu le cakap main redah je - gaya nk tiru tagline SA
    pay back time - kena balas ngan kiss from SA
    tu lh nk sngt guna tagline SA!
    pokok tuh - pokok bunga jasmine kot *eeekkk mcm sebut name boss lak!

    -guest melepak

    ReplyDelete
  23. Amboi, sempat melukis2. Hehe.

    Lisa ni pattern selamba gak eh? Aci redah je dgn si Azri tuh. Free2 je dpt kiss. Depan Pakcik Gilani lak tuh. Ish..

    ReplyDelete
  24. Guest melepak
    Pokok bunga jasmine? Bos kat ats dh siap bg nama saintifik tu.
    Ishh mrah azri org pakai tag line dia.
    SERVE her rite.

    Hajar
    Hehe boleh la temn org melukis sambil lyn baby.
    Hehe hrp pak cik tu x nmpk ya. Ank teruna dia notti.

    ReplyDelete
  25. Oh mai! Hahaha! Tu la Lisa, sape suruh pakai tagline SA :P

    Hrp2 SG tak nampak SA buat perangai nakal kat situ.

    Love you, KL! ♥

    hehehe!

    ReplyDelete
  26. fallenmoon
    tagline tu ekslusif.
    mana boleh pinjam2...kalau nk rasa kiss free lagi..silalah pinjam tagline tu...hehehe

    Love you too

    ReplyDelete
  27. wohooooooooooooo...!! wats going on there???
    erkss.. lisa smoking? not nice lor darlink.. apesal tersangat2 la slumber ni? hailaaaa..
    SA ~ ngko ni.. tatau nak ckp per.. nak tgu je tgk jd cmner ni ntii..

    p/s: ur drawing is veryyyy "superb" KL.. hehehe..
    happ labour day tu.. baca smlm lg tp baru hr ni smpat drop comment.. :)

    ReplyDelete