Sunday 22 April 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 1

            “Kak Long, nanti kalau Lili penat kerja, Lili pergi melepak bilik Kak Long ya.” Rengek Nur Lili manja atau mengada – ngada lebih tepat. Sakit hatinya dengan Lili masih bersisa. Nasib baik sekarang mereka di tengah – tengah keluarga. Ada Papa, ibu tiri yang dipanggil Mak Cik dan adik bongsunya Nur Lara. Tak mungkin dia lupa taktik kotor Nur Lili untuk menyatukan Nur Lisa dan Syed Azri kembali.
            “Kena tanya tuan punya bilik. Itu bukan ‘bilik’ Kak Long.” Perkataan bilik ditekankan dan jelingan dihadiahkan oleh Lisa kepada Azri di sebelah.
            “Abang Long on punya.” Balas Lili.
            “Sejak bila kau pandai panggil dia abang Long? Bukan kau panggil dia Bos ke?” Perli Nur Lisa dan terus bangun. Syed Azri yang tengah bercakap – cakap dengan Papa hanya buat – buat tak dengar.
            “Kak Long ni tak sporting langsung. Tak apalah. Lili tak pergi kerja seminggu macam tu.”
            “It’s up to you Lili but if I were you, every day I get up and look through the Forbes list of the richest people in Malaysia. If I'm not there, I go to work.” Lisa berkata sinis. Ayat 2 dalam 1. Untuk Lili dan Azri sekali gus.
            Marah juga apabila Azri menyuruhnya berhenti kerja tapi dalam diam dia hanya menghantar permohonan cuti tanpa gaji untuk tiga bulan. Bagi alasan kepada pejabat konon – konon nak pergi bulan madu. Bulan madu apa sampai tiga bulan? Kalau ya, agaknya lepas tiga bulan badan Lisa lunyai dan enam bulan lepas tu dah siap dapat hasil agaknya.
            “Saya naik kemas barang jap.” Lisa memandang Azri dan menapak ke tingkat atas banglo milik Papa tanpa menanti jawapan si suami.
            Panas membahang dirasakan ruang tamu yang dipasang penghawa dingin. Aturan perkahwinan oleh Papa kerana hasutan daripada Lili membuat hati Lisa menggunung dengan amarah. Penghinaan yang Papa lemparkan masih terasa sakitnya. Kenapa Lili beria – ria mahu Lisa bersama Azri? Sampai kini Lisa tak tahu puncanya.
            “C’monlah Kak Long. Kalau dulu Kak Long boleh berkepit dengan Azri kat sana dah macam laki - bini, kenapa sekarang Papa suruh kahwin tak nak? Baru nak belajar jadi alim sikit dah berlagak nak kahwin dengan Ustaz?”
            “Papa!” Lisa tergamam.
            Dari dulu sampai sekarang Papa tak pernah puas hati dengannya. Mungkin kerana seawal umur 15 tahun, Lisa tega memilih untuk tinggal bersama Mama selepas penceraian Papa dan Mama. Papa cakap mereka bertiga kena ikut tinggal bersamanya kerana waktu itu Mama tidak bekerja tapi Lisa bangkang. Sebagai anak sulung, dia faham perasaan Mama, faham kedukaan dan kesengsaraan Mama. Dia tak hadap untuk mengikut Papa yang akan berpindah di Johor ketika itu. Dia tak kisah hidup susah bersama Mama di Kuala Lumpur. Dia langsung tak irihati mengenangkan adik – adiknya yang dilimpahi kemewahan oleh Papa. Itu pilihannya. Lagi pun pada waktu itu, dia ada dunianya sendiri. Kawan – kawannya sendiri. Lisa ingin sentiasa mendampingi Mama dan menyokong setiap usaha Mama untuk membesarkannya. Tak dinafikan Papa memberi belanja yang cukup untuknya tapi untuk Mama, Lisa meniupkan semangat agar Mama memulakan hidup berdikari dan perlahan – lahan mengambil upah menjahit baju di rumah sehinggalah Mama mempunyai pelanggan tetapnya sendiri dan mampu menyara hidup mereka berdua dengan selesa. Alasan mereka bercerai? Kata Papa, Mama tak memahami kerjaya Papa yang sentiasa sibuk. Kata Mama, tak ada jodoh. Kata Lisa, Mak Cik yang bergelar ibu tirinya kini adalah penyebab sebenarnya.
            “Bukan Kak Long nak cari Ustaz tapi kami dah lama berpisah. Azri dah ada haluan hidupnya sendiri.”
            “Dia masih cintakan Kak Long. Kalau tak, takkan dia suruh keluarganya pinang Kak Long.”
            “Itu sebab Lili yang buat cerita.” Balas Lisa kasar.
            “Papa nak Kak Long terima.” Keputusan muktamad Encik Tajudin tidak boleh dirunding lagi. Memaksa anak daranya agar menerima pinangan Azri. Kalau Lili tak tunjukkan gambar – gambar Lisa dan Azri yang entah tak tahu dia nak cakap macam mana. Tak sampai hati nak cakap dan tak sangka. Tak sangka kerana setelah empat tahun setengah anak sulungnya berada di German, kepulangannya dengan penampilan baru amat menyejukkan hati. Hati tua mana yang tak tersentuh melihat anak dara sulungnya sopan dan ayu bertudung. Segala – galanya mengenai Nur Lisa amat membanggakannya walau pun Nur Lisa dibesarkan oleh bekas isterinya. Hakikatnya fizikal yang ditampilkan Nur Lisa sekarang tak mampu menutup kekecewaannya mengetahui kisah lampau Nur Lisa di rantauan.
            Arahan Papa umpama pita rakaman berputar di kepala. Lisa menutup beg besar yang disumbat kasar kesemua bajunya. Sedih mengenangkan masa depannya yang tak pasti. Dia bukan mengharapkan seorang suami yang maksum tanpa dosa tapi cukuplah sekadar yang mampu membimbing dirinya bukan seperti Syed Azri. Dulu lainlah, memang dia tergila – gilakan Azri. Dengan rupa parasnya yang maskulin, kepintarannya dan sikap gentleman Azri melayannya membuat dia rebah dan tersungkur di alam khayalan tapi itu dulu.
            Sekarang, dia sendiri masih tercari – cari arah hidupnya. Kata Lydia, sahabat baiknya mungkin Allah jodohkan Lisa dengan Azri agar suatu hari nanti Azri berpaling kepada paksi kebenaran tapi bagi Lisa, dia boleh memilih, dia berhak memilih pasangan yang baik untuknya. Ya Azri bukan lelaki jahat tapi dia juga bukan baik sangat untuk menjadi pembimbingnya meniti jalan ke Jannah.
            Impian Nur Lisa sebenarnya semudah ABC. Senarai impiannya tak penuh sekajang kertas. Cukup setakat menetapkan hati untuk berubah ke arah kebaikan. Dalam keadaan merangkak – rangkak sekali pun, setiap hari dia berazam untuk menambah ilmu di dada. Untuk menjadi hamba Allah yang menuju ke arah jalan terang. Impiannya juga untuk menjadi anak yang soleh. Kalau dulu sering sahaja Lisa meninggikan suara kepada Papa, maklumlah apa sahaja mengenai Papa, kalau terkenang nasib malang Mama, pastinya Lisa tak mampu mengawal perasaannya. Macam mana mahu menjadi hamba yang disayangiNya kalau hubungan dengan orang tua sendiri pun tidak sempurna. Paling penting dia mahu melupakan kisah silam yang merantai ruang ingatan. Kisah silam itu ialah kisah bersama Azri yang kini bergelar suaminya. Argh!!! Sampai bila pun tak boleh lupa kalau begini.
            Bersama Azri, Lisa tak yakin semuanya mampu dilakukannya dengan mudah. Tanggapan Azri terhadap dirinya yang menjadi punca perpisahan mereka di bumi Bavaria dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Mana mungkin sekarang mereka boleh meladeni rumah tangga yang baru dibina dengan aman bahagia.

***
           
            Lisa menapak ke tengah – tengah bilik dengan perlahan. Rambut yang berbalut tuala dilepaskan dan disikat rapi. Dijeling sekilas baju tidur yang tersarung di badan. Seksi sangat pun tak. Sopan sangat pun tak. Cukuplah untuk kelihatan up di hadapan Azri. Hubungan mereka yang masih haru biru tolak tepi. Penampilan diri sebagai seorang isteri tetap diambil berat.
            Perasaan Lisa sekarang, resah dan gelisah sudah pasti. Keputusan Azri untuk terus menetap di Hotel Seri Murni amatlah bertentangan dengan kehendak jiwa dan raganya. Lisa tahu Azri sengaja menderanya. Lepas kahwin ajak tinggal di bilik hotel tempat dia bekerja? Hotel Seri Murni mempunyai 200 bilik dan salah satu biliknya dihuni oleh Azri!
            Kata Azri pemilik hotel adalah saudara jauh keluarganya. Azri sendiri seawal bekerja di Hotel Seri Murni memohon sebuah bilik untuknya menginap. Katanya malas nak menyewa di luar. Logik akal la sikit lepas kahwin suruh duduk dalam bilik hotel yang dulunya bilik bujang. Dia bukan bodoh nak menilai mainan psikologi Azri tapi daripada duduk di banglo Papa di Jalan Serama tu baiklah Lisa mengikut sahaja rentak Azri. Tak kisahlah duduk di bilik hotel yang cuma ada katil, TV, peti ais kecil dan bilik air. Semuanya ala kadar.
            Menyesal sangat datang ke Hotel Seri Murni yang terletak di Johor Bharu ini beberapa bulan yang lalu. Pertemuan kedua di Malaysia yang menjadi rentetan kepada perkahwinan mereka ini. Semua atas ajakan Lili. Si adik yang beza umur hanya setahun daripadanya. Mana dia nak tahu Azri dan Lili bekerja di hotel yang sama. Kalau hotel 5, 6, 7 bintang adalah juga benda yang nak dibanggakan tapi ini hotel dua bintang. Ala – ala hotel budget Seri Malaysia yang terkenal dengan hotel yang sesuai untuk poket semua golongan sahaja gaya Hotel Seri Murni ini.
            Sampai sekarang mulut Lisa terkunci untuk menanyakan bagaimana senior pujaan hatinya suatu ketika dulu boleh terdampar menjadi Senior Manager di Hotel Seri Murni ini. Amatlah tak sesuai dengan Azri. Rasanya tak ada seorang umat pun yang Azri berurusan hari – hari di sini menggunakan bahasa German. Bertahun – tahun belajar kat German lepas tu balik Malaysia duduk bertapa kat JB? Kaput la jawabnya slanga Deutsch Azri.
            Menyelusuri pertemuan kali pertama mereka, Lisa terpaksa membesarkan lubang telinganya berkali – kali untuk memahami soalan Azri dengan slanga Deutsch yang pekat. Maklumlah, dia baru menapak di bumi Bavaria tak sampai 48 jam. Harapkan kelas bahasa yang dipelajarinya di Malaysia apalah sangat.
            Lisa memandang sekeliling bilik. Kemas seperti biasa. Dua tahun bersama cukup untuk membuat Lisa kenal sikap pembersih dan pengemas Azri yang masih kekal sehingga kini. Lisa membaringkan badan di atas katil. Mata berkelip – kelip dan sekejap – sekejap memandang pintu. Menanti kelibat Azri yang sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Hati Lisa berdetak – detak risau. Dia tahu Azri ingin memiliknya kini adalah obsesi semata – mata. Tak mungkin setelah apa yang berlaku di bumi Bavaria dulu, Azri boleh memaafkan Lisa. Apatah lagi mengangkat darjat Lisa sebagai isteri dengan ikhlas. Dia tahu sikap ego Azri. Ego yang membuat sifat kelakiannya terserlah dan mencairkan jiwa dan raganya tapi itu dulu. Dulu sewaktu Lisa masih sesat dengan dunia remajanya.
            Lisa tiba – tiba tegak berdiri di sisi katil macam patung apabila mendengar pintu dibuka dari luar. Terkejut sudah pasti. Macam diseru – seru pula mamat ni.
            “Hai.” Sapa Azri sepatah.
            Terkejut melihat Lisa tegak berdiri di sisi katil. Sangkanya pasti Lisa sudah tidur kerana jadual yang padat dalam tempoh seminggu ini. Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah Papa Lisa di Jalan Serama dan majlis resepsi di pihaknya berlangsung di Thistle. Syed Gilani, Daddynya dan Sharifah Aulia, Mommynya sudah selamat kembali ke Dubai seperti juga Nur Laila, Mama Lisa yang selamat tiba di Kuala Lumpur malam tadi.
            “Hai.” Lisa menjawab tergagap – gagap.
            Azri tersenyum. Kelakar melihat gelagat Lisa. Malu – malu macam baru kenal tak habis - habis. Dari malam pertama sampai sekarang. Lisa ni amnesia agaknya. Tak ingat dah segala kenangan mereka di Munich dulu atau lebih tepat keintiman mereka.
            “Jom keluar.” Azri merebahkan badan di katil. Kepala dilapikkan dengan kedua – belah tapak tangan dan matanya memandang Lisa yang masih berdiri di sebelah katil.
            “Dah lewat. Awak tak kerja ke esok?” Saja tanya soalan bodoh. Kalau tak kerja tak ada makna Azri nak ajak balik Hotel Seri Murni.
            “Kerja. Selagi nama saya tak ada dalam Forbes List tu, kena lah kerja Puan Lisa oii.” Perli Azri memulangkan paku buah keras.
            Lisa terdiam.
            “Sampai bila – bila pun tak kan ada dalam senarai kalau belajarnya lain, kerjanya lain. What are you doing here by the way?” Lisa mengambil kesempatan untuk bertanya. Dia tahu Syed Azri orang Johor tapi dulu sewaktu masih berkasih, mereka merencanakan untuk memulakan hidup di Kuala Lumpur. Peluang kerja lagi meluas di Kuala Lumpur.
            “Working.”
            “Yeah I know but why here?” Lisa bergerak ke kerusi di hujung katil. Matanya dihala ke arah Azri.
            “KL tak sesuai dengan jiwa saya. Kat JB best. Hari – hari boleh tengok laut. Tenang.”
            “And hotel? Tak rhyme langsung. You are specialized in Numerical Simulation and Flight Engine for God sake.”
            “Tak ada kerja yang kena dengan jiwa saya Lisa. Banyak tanyalah awak ni. Give me back my cheesy Jane not this sweet Nur Lisa ustazah version or..urghhh....” Azri sedikit terjerit lantas bangun dengan jari telunjuknya bergerak dari atas ke bawah menghala ke arah Lisa.
            Azri bosan dengan versi baru Nur Lisa. Dia nak Nur Lisa versi Jumeirah Jane yang digelarkan oleh Syed Gilani, Daddynya. Jumeirah Jane moden dan sofistikated yang hidupnya hanya untuk bergembira.Walau pun Lisa sekarang tetap mampu membuat jantungnya berdegup laju seperti dulu tapi dia kelihatan kalah dengan perubahan yang dibawa Lisa. Kalau bukan kerana Nur Lili mungkin Nur Lisa tak akan dimilikinya. Thanks Lili! Azri berjalan menghadap Lisa.
            “Judging? Again?” Suara Lisa meninggi.
            “Well depends on what you understand.” Azri menghampiri Lisa dan mendaratkan kedua – dua tangannya di bahu. Rindu kepada belaian Lisa yang dulu, yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Lisa sekarang teramat dingin. Walau pun Lisa taklah sampai menolak dirinya tapi segala – galanya agak berbeza. Membuat langkah jantannya sering tercabar. Egonya sering tercalar.
            “Azri please.” Lisa cuba menepis tangan Azri di bahu. Tak mahu cair dengan renungan mata coklat pencair wanita sejagat milik Syed Azri.
            Bukan maksud Lisa nak banyak tanya tentang kerja Azri tapi dia cuma inginkan kepastian. Apa yang menyebabkan Azri terdampar di bidang perhotelan. Kalau dia tahu itu pilihan Azri sendiri sudah pasti dia tidak akan mempersoalkannya. Okay dia kena jugak persoalkan sebab dia nak balik duduk Kuala Lumpur. Kat JB ni dia nak buat apa? Suri bilik sepenuh masa?
            “Lisa, let’s go out. Have fun. It’s so stuffy in here. I give you 5 minutes to get ready.” Azri berpaling meninggalkan Lisa.
            “Saya penat. Awak tak penat ke? Lagi pun dah malam sangat ni.” Lisa menjeling jam di dinding. Tepat jam 11.30 malam.
            “You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only 3 ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do the third one and get yourself ready.”  Arah Azri kasar tanpa memandang Lisa. Begitu sahaja caranya untuk mengembalikan Jumeirah Jane.
            Lisa terkaku. Azri bersandar di pintu bilik.
            “Get dress. Now.” Arah Azri lagi.
            Teragak – agak Lisa berjalan ke arah beg yang baru separuh dibuka. Dikeluarkan sehelai jeans hitam, T- Shirt Hard Rock Cafe dengan tulisan HRC Munich, cardigan dan langkah diatur ke bilik air.
            “Lisa.” Tegur Azri.
            “Ya.” Lisa berpaling. Langkah terhenti.
            “Here.” Jari telunjuk Azri mengarah lagi.
            Lisa buat muka tak bersalah. Jangan harap nak tukar baju kat bilik ni. Dia menyampah sebenarnya. Dulu pun berdua – duaan dengan Azri di bilik yang lebih kurang saiz dan rupa bilik mereka sekarang. Bezanya dulu di German. Sekarang di Malaysia. Dulu di Munich. Sekarang di Johor. Langsung tak ada perubahan. Macam mana nak maju ke depan. Desis Lisa. Dia menutup pintu bilik dan sebentar kemudian Lisa muncul lengkap berpakaian. Azri masih setia bersandar di pintu sambil membelek telefon bimbitnya. Pantas Lisa mencapai sehalai cardigan lengan panjang yang diletakkan di atas katil tadi untuk melengkapkan gaya atau menutup aurat lebih tepat. Kemudian dia menyarungkan tudung aci siap dan taraa...siap. Lisa menghampiri Azri dan tiba – tiba terasa hujung tudungnya ditarik.
            “Lisa...Lisa...Lisa...We are going to Cabana. A club not some mamak stall so please, dress accordingly. I bagi you pakai tudung tak semestinya I allow you pakai tudung sebarangan. Boleh tak go get all the scarves I bought you last time. Find one that suit you and find a better jacket to put on.” Azri mengeluh. Dia tak biasa dengan Nur Lisa yang sederhana begini. Dia dah biasa ditadahkan dengan Nur Lisa yang manja dan seksi menggoda.
            “Azri.....” Lirih Lisa menyebut nama si suami. Hampa, terasa hati sudah pasti namun dia akur sahaja. Tak guna bergaduh dengan Azri. Dia tak akan menang. Kalau nak menang pun otak kena ligat berfikir dengan kreatif. Lisa menggantikan cardigan plain dengan neon stretch soft denim jacket berwarna lilac padan dengan selendang panjang Tie Rack bercorak ringkas dengan warna ungu terang dan hitam dililit kemas. Nampak manis sekali walau pun ringkas dan ranggi. Lisa berdiri di hadapan Azri. Tangan dicekakkan di pinggang dan dia berpusing ala – ala model.
            “Puas hati?”
            “Gorgeous. Es tut mir leid. Azri memuji serentak dengan memohon maaf. Dahi Lisa dikucup sekilas.
            Dia tahu isterinya terasa hati tapi dia tak mampu untuk menidakkan kata hati. Kalau diikutkan hati, selepas kahwin mahu sahaja disuruh Lisa membuka tudungnya. Baginya mahkota seorang wanita ialah rambutnya. Cantik rambutnya, cantiklah penampilannya tapi apabila mengenangkan pujian ramai kawan – kawan lama mereka yang sama – sama menuntut di TUM (Technical University of Munich) di majlis perkahwinan mereka,  membuat perkara yang satu ini Syed Azri mampu bertoleransi. Lisa is kinda trophy wife!
            “Tuan Syed, cunnya bini. Baru kena nak panggil Tuan Syed. Lisa aku tengok dah macam budak grad Jordan bukan grad TUM.” Kata Bird. Okay perli dan sinis tapi hidungnya tetap kembang mendengar pujian terhadap si isteri.
Lagi,
            “Syed Azri, kau dengan Lisa jugak akhirnya ya. Panjang jodoh korang. She is so beautiful today. Kau cakap dia pakai tudung macam orang kampung tapi aku tengok tak pun. Lawa weh. Tak nak bagi aku.”  Kasar sangat gurauan bekas rakan serumahnya dia dan Lisa di TUM dulu, Hanif. Hidung kembang lagi tapi ada rasa macam nak tumbuk sedas mulut lancang Hanif. Nak Lisa? Over my dead body!
Lagi,
            “Wah Azri, pandai kau transform Lisa jadi isteri solehah ya.” Pakai tudung, berubah gaya dah solehah? Singkat akal Tengku Akhbar. Bukan dia tak tahu dari dulu lagi Tengku Akhbar mencari ruang untuk memikat Nur Lisa tapi isterinya lebih suka memilih rakyat marhaen sepertinya. Darah di raja tak sesuai dengan perwatakan Nur Lisa yang amat sederhana.
Lagi,
            “Oh my God, today I think my sister in law is the prettiest lady I’ve ever known.” Puji Sharifah Azra, si adik. Jangan nak over. Macam tak pernah nampak perempuan di Dubai jauh lebih cantik, tapi Nur Lisa memang cantik pun. Tak pun si adik nak ampu suruh belanja apa – apalah tu.
Lagi,
            “Untung kau Azri, dapat juga kau jadi suami Lisa. Memang bertuah.” Itu kata Lydia, kawan baik Nur Lisa. Kadang – kadang Azri menyalahkan Lydia atas perubahan Nur Lisa tapi ikhlas benar bunyi pujian Lydia tapi bukan Lisa ke yang bertuah dapat dia? Terbalik ni.
            Azri tersenyum sendiri mengingatkan peritiwa di hari pernikahan mereka. Berdebar dan cuak tak usah cerita. Bertahun – tahun mengenali Nur Lisa tetap tak mampu menenangkan jiwanya. Dulu lain, sekarang lain. Nur Lisa dulu lain. Nur Lisa sekarang lain. Dia bukan kolot semata – mata melihat penampilan fizikal Lisa tapi Lisa sebenarnya berhijrah lebih daripada itu. Kata – katanya terjaga kecuali dengannya. Sifat malunya terserlah.  Pergaulannya dibataskan tidak seperti dulu. Lisa kelihatan lebih matang.
            Azri melarikan kereta ke Stulang Laut dan membelok ke kiri. Mereka menghala ke The Zone.
            “Cantik.” Nur Lisa memuji.
            Azri hanya tersenyum dan mata masih difokuskan ke depan. Sesekali dipandang pesisiran laut di sepanjang jalan masuk ke The Zone yang dihiasi pokok – pokok besar hijau merimbun. Walau pun sudah ditambak dan pemandangan lurus ke hadapan hanyalah tanah milik Singapura dan bukannya laut bebas pun tapi pemandangan malam ini tetap mendamaikan.
            “Okay, we are here.” Kereta diberhentikan di kotak parking dan mereka beriringan keluar tapi Nur Lisa tersentak apabila langkah mereka hanya beberapa meter dari Cabana.
            “Azri....” Perlahan dan manja sahaja suara Nur Lisa dan dia tak perasan tangan kanannya menggapai tangan Syed Azri.
            “Ya.” Langkah Azri juga terhenti.
            “Like this? Please consider.” Telunjuk kirinya dihala ke atas dan ke bawah.
            Mana ada orang masuk kelab pakai macam ni. Dia ingat Azri menyebut mahu ke kelab tapi sangkanya Azri sudah menimbangkan penampilannya sekarang dan dia membayangkan tempat yang lebih kurang Hard Rock Cafe. Bolehlah lagi tolak ansur. Baru – baru kahwin, kalau semua nak cakap tak boleh kat suami tak berapa nak chenta ni ada esok dah dapat pangkat janda muda.
            Terkejut Nur Lisa melihat di sepanjang Cabana terdapat Salivate Dance Club, Dolce Dance Club, Avenue, Modesto’s dan banyak lagi kelab yang membuat matanya berpinar. Tak sangka kat Johor pun macam Kuala Lumpur. Bunyi muzik dan lagu – lagu rancak berkumandang di segenap ruang. Kat luar dah bising semacam. Kat dalam tak tahulah macam mana.
            “Cabana is no Modesto’s. More decent. It’s a place for professional. Just sit and relax. It will not take us more than 1 hour.” Azri faham maksud si isteri.
            Lisa terdiam. Azri punya more decent bukan boleh percaya tapi kalau dah ada beberapa meter sahaja dari pintu masuk Cabana, ingat Azri nak berpatah balik? Kirim salam. Silap hari bulan keluar ayat veto merangkap tag line kegemarannya yang dulu tapi tak tahulah kot Azri dah ada tag line baru.
            “But...”
            “No but. Like it or lump it.” Syed Azri memaut pinggang Nur Lisa. Merapatkan jarak antara mereka. Memaksa Nur Lisa menuruti langkahnya. Menenangkan Lisa bahawa dia selamat bersama suami.
            Tu dia. dah keluar tag line antarabangsa Syed Azri Syed Gilani. Lisa tersenyum dan pura – pura tak dengar. Seronok pula mengusik Azri yang nampak serba salah tetapi di sembunyikan oleh air mukanya yang serius. Dia tahu Azri cintakan dia, sayangkan dia di sebalik obsesinya. Egonya sahaja yang membenamkan kata – kata indah tapi lenggok tubuhnya cukup untuk memberitahu Azri amat sayangkan Lisa.
            “Pardon.”
            “Like it or lump it Lisa.”


 p/s: Demam Paul Walker. SSB yooo :p. Next Adam Levine. Next - next?? Happy Luncheon.


38 comments:

  1. adam levine tu saya punye... uwaaa.. jangan komersialkan dia..haha

    ~anne~

    ReplyDelete
  2. anne
    hahaha....dua ribu reders dh baca sy nk komersialkan Adam Levine next epi. Cemana tu...Sharing is caring :))

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaa
    ni kira dulu lisa n azmi ni duduk zaman jahiliah ke?
    eh, speku speku.

    next puh-leaseeee

    ReplyDelete
  4. aiyak, awal2 ni saya dh ada tanggapan buruk kat masa lalu lisa nih. haish...

    and tgh pikir gak kat celah mana letaknya hotel seri murni tu eh? haha. :P

    ReplyDelete
  5. zatie
    confirm guna pho ni kalau azri jd azmi sbb sy pon amat jahil pakai smartphone :(
    zaman jahilliyah (tetiba rasa nk bukak buku sejarah balik yg kulit warna coklat, cn't remember text book wat year)


    fallenmoon(Liya Zafrina)
    :)) lev u


    Hajar,
    oh our sweet Lisa sure had great stories to tell.
    carik smpai kiamat pun xjmpa :p sbb rekaan semata - mata. Nti sy describe baik punya smpai awk rasa nk pegi tdo kat JB & stay at Hotel Seri Murni :))

    ReplyDelete
  6. Wahhh, interesting! Confirm lepak sini hari2 since tgh cuti ni. Update selalu ye puan KL:)

    ReplyDelete
  7. best.. akhirnya kuar jugak cerita baru.. tumb up..:)

    ReplyDelete
  8. Dear KL,

    Hhhmmm..permulaan story yang baik..
    hati akak tak sabar-sabar nak next entry..
    Kalau dulu bila baca JET, dah senyum-senyum ingatkan Que...
    Sekarang SA la pulak...happy sesangat...
    Good Luck yeaa....luv u forever...

    -kak fadz-

    ReplyDelete
  9. like it or lump it!!

    then i said i like it :)

    camne seorang lisa telah berubah ke thp ni..xsbr nk tgu next2 entry.

    ReplyDelete
  10. suka2 sgt Rin, nice intro..x sangka couple lama sempat kawen pulak tu.Patutla tajuk camtu. Dah la aritu tringin p mersing..
    I suka word "Suri Bilik".Byknye blum diselongkar ni..misteri betul Azri & Lisa ni..sambung lg yer

    Excited sgt!!!luv u Rin..tq!

    ReplyDelete
  11. hai kL..
    like this x100000000 =)

    ReplyDelete
  12. akhirnya... everyday lepak sini mane tau ade USD... permulaan yg sgt baik.... rasenye mata mcm x nk kelip2 sepjg pembacaan... :)

    ReplyDelete
  13. syakira
    update slalu tu wish sy tp takut x seiring dgn komitmen so jgn tgu :))Let it b a surprise evry day.


    shima
    cter baru kuar tp idea baru gigih nk kerah bg keluar :p


    kak fadz
    mcm awl baca x hr ni? free ke?
    SA ni nti ramai org rasa nk baling telur kot.
    Tq & lev u 4ever too.


    syira
    tahap apa syira? tahap cas baik baru tu :p
    seorg Lisa mungkin separuh amnesia? kna langgar bahn perhaps?
    Tag line tu sesuai utk memaksa org. Syira sila guna dgn bakal hubby anda. Ckp KL ajar *lariksss


    sal
    jgnlah terpedaya dgn imaginasi penulis sal oiii...Tempat x cantik pun feel mcm cantik kalau ayt power. Hahahha....btw Mersing tu okaylah. Tmpat modest utk weekend getaway.
    Lisa si suri bilik. Kena sgtlah tu.


    Anonymous
    like u x1000000000000000=)


    H Abadiey
    permulaan yg menyakitkan kepala otak sy selepas lama x menulis. More than a week seyes menumpulkan skill mneyusun ayat.
    terernya kalau bc x kelip...supernatural tue...

    ReplyDelete
  14. Atty Ismail23/4/12 12:13 am

    Nice....At least Lisa cuba & usaha utk berubah menjadi lebih baik...

    ReplyDelete
  15. Mampu x nih liza nak bawak balik azri ke daratan...
    Ataupun dia akan tenggelam kembali ke dasar lautan...

    Nih citer mcm terbalik dengan citer arluna jer...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  16. i loikeee....tk sbr nk tggu n3 baru...blh smbg lompat bintang lagi pas nih..
    lepas meroyan ngn JET, skang nih meroyan ngn USD plak... ( - _____ ^)

    ReplyDelete
  17. kah kah kah... adeihh.. sekali lg kena bkak kamus.. your english so superb noahh..
    erkk.. kak Rin, so berbelit otak..
    sebab mcm ad bnyak maksud tersirat di sebalik cerita nih..hehe..
    ada bnyak persoalan y membutuhkan jawapan.. ngee
    tapi wajib skodeng smpai habis... lg pun haruslah,.. baru bab 1 kan...
    tertanya-tnya, mcm mana lisa leh insaf...
    be waiting dengan penuh sbar untuk n3 seterusnya..
    nk jadi pelepak tegar...
    x akan sesekali berpatah arang.. heh heh heh

    ReplyDelete
  18. jaz overseeing fr one n3 ... lots of catchy words ,,, yeah Syira like or lump it ...

    A vr interesting introduction of main characters: Nur Lisa & Syed Azri – ‘marraige of reluctant’ fr Lisa side ... but not really a forced marriage rite? coz both hv been a loving couple b4 ...

    so this is vr curous to know further why Lisa dump Azri n how & why she opts to choose a TRUE path of life .. . as per described by her clothing n her mind spoke of wanting a husband tat could lead her to the true path --- wlpon bukan se org ustaz! ...

    feel like to sympathize Lisa - hv to be azri's wife BUT ... as the title suggest=Untk Semua Dosaku ... so she deserve tat???!!!
    Hope Lisa will hv a vr strong mentality as ARLUNA – to ‘stand-up’ Azri on a precise angle!

    Hmmm … gonna will see scenes in different places throughout this story …. From Germany to Dubai … & perhaps some part of Euro? Back to Malaysia!
    Nur Lisa the prettiest lady... waaa ... sister-in-law giving high approval n wats more all those gentlemen were praising Lisa!

    Expecting end of this EKarya will see the outcome of .... "6 bulan lepas tu dah siap dpt hasil agaknya! " --- wild imagination!

    ReplyDelete
  19. yes mmg kompem terus melepak kat blog neh!
    want to know more the love story btween si cantik manis Lisa & SSB Azri!
    wakaakaaa ... byk2 kasih kat awak Rin....

    ReplyDelete
  20. Salam KL, hmmm baru perasan ada n3 baru, cerita baru yup....dah lama tak jengah blog...sejak habis JET, dah tak tengok blog hehehehe

    Cerita baru macam best jep, menarik hehehe...teruskan yup...rasa sunyi kalau awak tak menulis...bak kata si Jerry Maguire" you complete me" hehehehe ^_^

    ReplyDelete
  21. Sjak² deactived fb ni.
    syok plak dok hadap blog ni kan..
    bleh la lepak pat blog awk ye Pn HOO..
    eh?

    ReplyDelete
  22. semalam dah nampak .... tapi dah lepas tea time lah... nak buat sarapan pagi...... boleh kak sue senyum sampai petang.... hehehe
    mesti Lisa ni cantik manis sebab tu Azril x boleh melupkan Lisa kan...
    adakah secantik manis Lisa Surihani???.... bayangkan lah.... layannn....

    ReplyDelete
  23. citer baru n idea yg baru kan.....
    permulaan citer ni terlalu byk persoalan yg berlegar legar....
    masih byk lgi persoalan yg perlukan jawapan...
    apa pun citer akak mmg ada kelas yg tersendiri...

    ReplyDelete
  24. kan sue. sy pon tgh dok membayang kan lisa ni camne. adakah cam lisa surihani.. oh!! sweet nye..
    hehehe.. tapi azri pulak camne ye?
    camne ye Cik KL

    ReplyDelete
  25. mase bace promo ari tuh dh trase citer neh penuh misteri dgn life Nur Lisa.
    but did not expect Lisa tinggalkn azri ...
    so akan pasti terus jadi guest melepak di karya lepak blog!

    -guest melepak.

    ReplyDelete
  26. Hye Rin.. ;)
    Byk la Q yg berlegar2 dlm kepala ai nihh.. Hehe
    Tp awal g nak wtt speku.. Xsabo nak tgu citer lisa strusnya..
    Dulu nape clash? Nape lisa kata lili gna taktik kotor? Apa yg lili hasut? Nape rs papa lisa cm xbaper besh? Mcm2 laa.. Tu suku baru yg dok berlegar2 tuu.. ;p
    Ai follow~~

    ReplyDelete
  27. oh KL...
    suke sgt cerite menuju kebaikan ni!!
    -snb

    ReplyDelete
  28. ahh.. kl , first entry already make my heart fell . like it , love it .
    memang tunggu tiap tiap hari la, tambah tambah dah nak cuti niii.. haha

    ReplyDelete
  29. Slm Rin,awk mmg superb...byk idea n lari dr karya2 org laen yg amat le selalunya semacam je....
    Awk mmg byk "macam" n akk mmg like it...
    akk akn setia melepak even x selalu comment..
    TQVM kerana menceriakan hari2 pelepak tegar yg old skul mcm akk ni...smoga sihat sejahtera n dpt update selalu....

    -Zana-

    ReplyDelete
  30. Amzayn
    baru 1st epi..tgu dulu...


    Atty Ismail
    the spirit to chnage pun buat kita nk tumpang her spirit kan?


    w.t
    ayt awk yg berupa speku tu mmg x leh blah la...
    bg dorg lemas jenuh plak sy nk tarbiahkan Lisa. Mau thn dpan br abis USD ni.
    Terbalik Arluna? Ala marriage life mmg tak dak beza mana pun.


    MyHaNeZa
    jom kna start paktis lompat bintang balik nih :P


    sara
    awk nk saya translate ke kat the end tu?
    x mo lh awk bc best2 pastu potong tp i'll try to use simple words s possible ok!
    sila lah melepak & sharing is caring. Sy pon nti nk rajin2 tgk idea cilik awk yg amat matang sebenarnya in fact certain adult things u describe better than me!


    Jazmeen
    sy tertangkap yg last je...dapat hasil lpas tu? hahahha kna tgk la SSB SA ni gagah perkasa ke x lol!
    Not force marriage la kot even Lisa x brapa nk but she loves azri for sure cuma some ppl who think will sacrifice love for the better future kan. Indeed tat is wat Lisa hope for.
    You kna bg info la sket pasal Dubai sbb so many parts kn not all visited 2 b shared. She deserves tat?? wah mcm karma x lah but to make she realize tat kna terima azri seadanya & berusaha 2gether for the better kan?
    Jgn nk menyesali jodoh.


    Anonymous
    Tq


    Iman
    yes nti we meet them, sesi suai kenal soon kan? sm2 utk awk yg slalu support jgak :)


    TLC
    baca komen smbil sengih2..
    YOU COMPLETE ME? hahahha...

    Anonymous
    haipp...gi main jauh2....


    sue
    akak boleh bayangkan sape2 je pun. janji cun..hahaha.. nak yg cun aje..haruslah kan, baru namanya novel :))


    ryana
    kena stay melepak kot baru one by one terjawab ni.

    Puan Pyja
    semua lelaki handsome yg ada SSB lol!
    Lisa mcm Lisa Surihani?? Ngeee lawa ke tu?
    x mo lah LS, nti SA korang byg Yusry...eeee


    guest melepak
    lisa tgalkan azri? wahh speku hangatt!!!
    stay melepak. i lev u always for sure!!!


    mizz acu
    Papa Lisa ni watak bapak yg x brapa best tp Syed Gilani best, version TSF & bapak Joe. Lili ni nk kna tgk lg dasat dr Fazleen ke Diya ke Indah??


    zm
    hai darling!!
    tu je?
    :p


    snb
    cter menuju kebaikan?? lol! yeah..ya kot..kot nti blh follow mana yg baik kan :p


    minz
    so kna doa sy meroyan hari2 lah ya.

    zana
    w'salam.
    akak mana ada bnyk mcm...lain mcm sket je tu pun kdg2 plot almost sama, kna deliver je lain2 kot.
    welcome...old skull?? hahahha sekapal dgn sy kot tu, tp young at heart sudah pasti...okay je lepak2 x drop komen pun :)

    ReplyDelete
  31. SA as yusri? No way.. tak hensem ok yusri tu.
    baek adam levine.. huhuhu..
    dgn mata dea, dgn janggut nipis dea.. wow!! renungan dea lagi..
    amboi.. mcm la penuh face to face kan..
    hehehe...

    ReplyDelete
  32. Huhu.. Ntahla KL.. Ai rasa cm lili ni annOyyyyyyyingggg ;p

    ReplyDelete
  33. "es tut mir leid" bkn es tut mir laid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah student German baca..okay..take note. Thank you

      Delete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...