“WAH! Semua nampak sedap.” Husna
melirik senyuman sambil membuka bungkusan tiffin di depan mata.
“Makanlah. Masak special untuk you tu.” Taufik membantu
menuangkan air kelapa yang dibeli ke dalam jug. Selesai sahaja skop kerja dia,
terus kaki diangkat ke ruang tamu. Badan direbahkan di sofa dan baru nak
lelapkan mata, Hana dah merengek minta dilayan.
Sepuluh minit sebelum berbuka,
teringat pula nak bertanyakan khabar Hidayah. Tadi dia melangkah keluar rumah
dengan hati yang berat. Maklumlah ini hari pertama Ramadhan dan Hidayah nampak
sangat berharap mereka boleh berbuka bersama tetapi hari ini dia sudah berjanji
dengan Hana. Anak sulungnya yang pertama kali belajar berpuasa perlu mendapat
sokongan moral daripada seorang ayah.
-
Dah sampai rumah?
-
Singgah bazaar.
-
Aik, tadi tak cukup ke
lauk tapau kat rumah Mak?
-
Tak lalu nak makan
masakan sendiri.
Taufik
terdiam. Hidayah perasankah permintaannya tadi. Lauk yang diminta bukan masakan
kegemarannya tapi kegemaran Husna. Bukan apa, kasihan juga apabila mendengar
Husna merungut tak larat. Sejak naik pangkat, Husna semakin sibuk dan balik
kerja sahaja dah nampak gaya orang separuh mati. Mana nak melayan Hana lagi.
Kejamkah?
-
I’m
sorry
-
Not
that again! Tak apalah. Parking tak ada. Balik
rumah ajelah.
-
Bagus. Parking saja kat
dalam hati saya.
“Dah nak
berbuka. Jom.”
Taufik
terkejut apabila Husna muncul dari belakang. Tak sempat nak tunggu balasan
mesej daripada Hidayah yang sangat anti #pickupline. Tiba – tiba teringat
kenangan nak mengorat Hidayah dengan #pickuplineramadhan dulu tetap utuh dan
menjadi kenangan dan tanda usaha kemenangan. Telefon bimbit cepat – cepat diletakkan
di meja kopi dan tangan Hana ditarik untuk sama – sama ke meja makan.
“Okay,
ikut Daddy baca doa ya Hana.”
Si
kecil mengangguk dan Husna serentak mengangkat tangan menadah doa. Sangat
berkat berdoa sebelum masuk waktu berbuka. Jangan ingat nak baca doa makan
sahaja. Wajah Hana apabila bunyi azan berkumandang jangan ceritalah gembira
macam mana. Lebar senyum Husna apabila melihat kebahagiaan terpancar di wajah
si anak.
Perfect moment!
Seketika
pandangan Husna dan Taufik bertaut. Senyuman yang terukir di wajah sang suami
mendamaikan.
“Mommy, this is delicious.”
“Yeah?” Husna bertanya sambil memulakan
suapan dan mengangguk tanda setuju dengan si anak. Cukup segala rasa daging salai
masak lemak kegemarannya. Rasanya kurang pedas, sesuai dengan selera Hana.
Baru
masuk suapan ketiga, bunyi mesej masuk mencuri perhatian Husna dan Taufik selamba
menoleh ke arah telefon bimbit di meja.
“Can’t she at least have some respect?”
Husna menggumam perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Taufik.
“Don’t start.”
Husna
tunduk menggaul nasi di pinggan. Seleranya mula mati. Ah, kenapa hati ini
begini? Be strong Husna.
“Makanlah.
Lauk favourite you kan. Susah nak
cari yang sedap kat bazaar. I minta tolong Hidayah masak.”
Husna
tersentak. Tekak terasa berpasir. Patutlah dia rasa pelik. Mommy tak pernah letak
belimbing buluh. Biasanya Mommy hanya mencampurkan daun pucuk gelugor sahaja. Jadi,
tadi Taufik singgah jumpa Hidayah dulu? Kenapa tak terfikir pun tiffin tu
datangnya dari rumah si madu dan bukannya rumah mertuanya. Hidayah orang katering,
memanglah pandai masak. Bukan sepertinya yang workaholic dan tak pernah rasa kerja – kerja memasak tu penting
sangat. Cukup sahaja boleh masak dan rajin masak untuk keluarga tapi sekarang dia
sangat berharap tahap masakannya sama taraf dengan Michelin Star Chef.
“You
tolong siapkan Hana. I naik dulu.”
“Fatin
Husna!”
“I just can’t. Sorry.”
Husna mengangkat pinggan ke sinki dan cepat – cepat berlalu. Mujurlah Hana tak ada
nak berdrama di meja makan. Mungkin gembira sangat dengan kehadiran Daddy.
Husna
melangkah masuk ke bilik air. Lampu terang ditukar ke mode lampu malap. Leher
diurut dan kepala disandarkan di hujung dinding bath tub. Dibiarkan air panas memenuhi tub mandi. Telefon yang
sempat disambar tadi diletakkan di dock dan lagu kegemarannya berkumandang.
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again
“Husna….Husna…open the door.”
Husna malas – malas membuka
pintu bilik air.
Taufik menerjah masuk
dan menutup plug iPhone dock.
“What
was that?”
“I yang patut tanya you.
Hana mana?”
“Kat bawah. I suruh dia
tunggu kita nak solat Maghrib.”
“Just
leave me alone. Give me a few minutes.
Nanti I turun.” Husna menolak bahu kanan si suami perlahan dan membuka langkah
tapi tangan kirinya pantas disambar.
“It’s
been a year.”
“Seribu tahun sekali
pun. Kalau you pilih untuk tak lepaskan I, I
want to know nothing about her.”
“It
just a food. C’mon.”
“What
is food to one man could be a bitter poison to others.”
“Sayang, look.” Taufik menarik kedua belah tangan
si isteri.
“Kalau you nak ungkit
apa salah I dulu. Fine. You menang but this forgiveness is torturing me.”
Kedua – dua belah
tangan Taufik dilepaskan.
Fatin Husna, you are selfish!
Assalamualaikum....Good day
cerita pendek...sekadar meriahkan blog.
hampir terlupa di bulan Ramadhanlah saya mula berblog maka kenangan itu indah walau pun realiti itu lagi indah :)
So happy anniversary KL....keep on lepaking will you (bagi semangat kat diri sendiri yang kadang2 lupa ada tempat melepak khas yang dibina 7tahun lalu) and....i still love this place....I HEART YOU KARYA LEPAK.
LOL
Selamat berpuasa :D
Yang paling penting, cerita ni special dedicated to Birthday Girl Jazmeen a.k.a Fan Karyalepak
yang selalu ada bersama kita di sini, right readers?
May Allah Bless you Kak Jaz and you be blessed with happiness and great joy here and hereafter.
On another note: Ingat lagi ke cerita Taufik dan Hidayah bertahun dulu ni?
What are your expectations? Share with me readers. Mana tahu boleh spin dalam final part :p
1. http://karyalepak.blogspot.my/2014/07/ramadhan-pick-up-line-new-short-story.html
2. http://karyalepak.blogspot.my/2014/07/ramadhan-pick-up-line-akhir-short-story.html
Lev.... lev
Can so understand what husna has been going through
ReplyDeleteNot easy to share things with other person especially yr loved ones.
Especially knowing u hv flaws.
Btw, happy birthday kak jaz!
Thanks MK
DeleteSometimes there are the sweetness of polygam on both the wifes
ReplyDeleteSalam Ramadan … KL
ReplyDeleteThanks for this cerpen – could not say enough my appreciation!
Reading thro until d end, I‘ve this ‘dejection feeling’ entah sedih sbb I try to put myself in Husna n Hana’s shoes. Mcm live gitewww – watching hana n husna di meja makan esp Hana yg looks so excited surrounded by her mama n abah menikmati juadah on 1st Ramadan. I wanna cry coz reading every words of this simple cerpen makes my stomach full of butterflies.
hahaaa … tetiba Neurons along my brain-gut axis let my stomach know I’m freaking out about TaufikHidayah!
Now after a yr dh kahwin (or 3 yrs? hahaa sbb cerpen ni tulis in 2014) nmpak sgt Taufik prefer to hv iftar wit Hidayah not Husna n Hana (mcm trpaksa coz Hana’s 1st full fasting day). I can see (not imagine!) in d future for sure Taufik favors to berbuka ngan Hidayah hence Husna n Hana gonna be left out hmmm tambah lh lagi if Hidayah beranak huhuhuuuuu – never believe a man’s word if he shared ‘TOO MANY or MUCH or watever’ love wit women!!!
Yes may b Taufik comfortable sbb he feels exceptional ‘doing good’ kinda modest to both wives n his kid(s) but his actions n gestures pasti tak mampu in handing fairness – tats d truth.
Anyway congrats KL for this cerpen – cerpen tat enables us readers to ponder so much about life! Yess our life is very unpredictable n each one of us gonna giv self justification, so d keyword is ofkos ‘move on’
my own note: no matter how much I adore Hidayah for her kind-heartedness n a ‘well behaved person’ still I could not support her decision! sorry Hidayah. Husna DON’T go with the flow but be the flow - I believe your life is the sum of your choices. Yes, there are circumstances that happen outside of your control. However, you have full authority regarding your responses and reactions to those circumstances. Therefore, your life is a series of choices that you make…one of it is the choice in relationship n ofkos mohon pada ALLAH SWT utk ketenangan. Taufik jgn tamak I think better lepaskan Husna in a good manner don let Hana jd alasan. Divorce pon still u can be a responsible father!
##singlemotherhusna
aduiii … I’ve typing too long oredi. hahaaa this is the result of terover emosi! C‘mon Jazmeen it’s only a story read utk hiburan LOL.
Thanks
♡♡♡
~ جزمين ~
BTW… wat happen to cerita Sophia aka Pia .. SAHM?
Taufik & Hidayah belum cukup baik.. tak hormat perasaan Husna.. patutnya kalau giliran yang sorang lagi, jangan la dok call/mesej kalau tak der hal penting. Kalau betul Husna pernah buat salah pun, jgn la paksa Husna terima madu dia. Itu hak dia dan mendera perasaan namanya bro!
ReplyDeletenak lagii.. smbung please :)
ReplyDeleteNak lg juga... Nak tau ending.. tapi nak happy ending esp husna 😊
ReplyDeletehahaha..Ramadhan tahun depan la kot :p
DeleteRindu lah .. akn muncul d jualan gudang karangkraf dis 2018? Bestnya klu blh jmp 😍☺️
ReplyDeletehahaha.....dah tahun baharu...
Delete2019 pun tak nampak khabar.
Mujur saya muncul kat blog ni hah.