Saturday 2 February 2019

MISS UNTOUCHABLE - 4



“ANGAH nak hantar Abah jumpa kawan dia kat KL Sentral. Nak ikut?”
Laju Lex gelengkan kepala. Bosan kut.
“Okay, jumpa kat rumah. Kalau rajin masaklah dinner. Kalau malas tunggu kitaorang balik.” Angah meninggalkan pesanan paling best. Mereka berada di KLIA, hantar Along sambung postdoc di Sydney. Angah melabelkan Along sebagai orang yang tak ada kerja lain selain belajar. Lepas ijazah, kerja sekejap dah sambung Master. Lepas tu dapat tawaran sambung PhD. Kerja setahun sambung lagi belajar. Huh, jawabnya kerja Along memang belajar je la gamaknya.
Lex berjalan menuju ke keretanya. Teringat peristiwa di Central Embassy, tangannya gatal nak meng-Google seseorang.


Hadi Akhtar died at Mt Buller…


“…euwww bukan Hadi Akhtar yang ni.” Lex terjerit kecil. Mujur sorang – sorang dalam kereta.
 Semua yang keluar Google spesis muka berjambang. Hadi Akhtar yang dia kenal satu bangunan tempat kerja tu Melayu habis mukanya, handsome dan berkulit cerah. Badannya tegap dan tinggi. Pakaiannya sempoi tapi kemas. Macam masa mereka jumpa di Bangkok tu, Hadi Akhtar mengenakan jeans biru gelap dan t – shirt putih Polo Ralph Lauren berkolar yang di tuck in. Tali pinggang hitam yang menjadi aksesori dah mencukupkan pakej lelaki stylo zaman sekarang. Pasangannya pula Delilah yang juga boleh jadi girl crush kalau tengok lama - lama. Terang dia cakap ‘kawan I yang jumpa’ jadi kawanlah kan. Tak dapat mengesan Hadi Akhtar di Google, tangannya gatal menaip nama Delilah. Punyalah berjela hasil carian mengenai Delilah. Dia tambah Linkedin barulah jumpa.

Delilah
DCMS

Oh, Consultant rupanya! Bicara Lex sendiri.
Aesthetic and Plastic, Reconstructive and Cosmetic Medical Tourism.
Pergh! Berjela nama jawatan di profail. Patutlah polish semacam.  Lex menaip alamat DCMS di Waze.




LEX berbaring di sofa panjang di hadapan TV. 
Angah datang dan selamba sahaja mengangkat kepala si adik dan diriba.
“Ish, kacaulah.”
“Memang niat nak mengacau. Abah sebelum pergi surau tadi pesan suruh tengok kau. Dia cakap kau macam nampak stress je balik tadi.”
“Lex rasa dah jumpalah calon Daddy Adam.”
“Dah mula dah. Allahuakhbar Allahuakhbar. Lailahaillallah.” Angah tunduk dan mengazankan telinga si adik.
“Eeei..Angah ni.” Lex menjentik dahi si abang.
“Along dah pesan semalam kan. Nak kahwin bukan tak boleh. Rasa nak kahwin pun tak salah tapi bukan sebab Adam please….sekurang – kurangnya memang sebab Lex suka dia.”
Lex diam. 
Cerita bab kahwin mestilah Along yang paling risaukan dia. Jodoh perkahwinan Along tak panjang. Kahwin tak sampai dua tahun bercerai. Tak serasi katanya. Jadi Along memang risaulah kalau kenal aje terus kahwin. Kalau dengan Zahim yang semua ahli keluarganya kenal rasanya taklah ahli keluarganya risau sangat. Malangnya lamaran Zahim dulu dia dah tolak mentah – mentah.

“Lex risau Adam kat kampung tu. Fikri tu kaki dadah. Mak Jah sorang jaga Adam. Dia pun sakit. Kenapalah dorang tak fikirkan masa depan Adam. Bagi je lah Lex jaga Adam.”
“Fikri saja kan nak bagi syarat macam tu sebab dia yang nak kahwin dengan Lex? Dia sukakan Lex kan.” Tebak Angah.
Lex pandang ke siling.
“Masalah orang jangan jadikan masalah kita.” Pesan Angah lagi.
“Lex dah janji dengan arwah.”
“Memanglah tapi taklah sampai nak kena menyusahkan diri sendiri. Kalau Lex dah jumpa calon pun, nak ke pergi tanya mamat tu, would you like to marry me? Lex ni perempuan bukan boleh aci redah macam lelaki.”
“Adam demam. Lex boleh bawa pergi klinik lepas tu terus kena balik KL. Lex kerja. Tak bolehlah selalu ambil cuti. Nak balik selalu pun bukan dekat Kuantan tu. Lex nak bawak Adam duduk KL. Tolonglah Angah.”
“Kalau Lex nak sangat Adam, apa kata kita balik jumpa Mak Jah dan Fikri, kita pujuk lagi sekali. Bullshit lah nak bersyarat bagai.”
“Ni bukan sebab Mak Jah. Ni sebab Fikri. Menyampahlah Lex.”



LEX teringat peristiwa petang tadi. 
Sampai di lobi DCMS di tingkat atas, sebuah frame yang menempatkan canvas painting hitam putih menyapa pandangan. Cepat – cepat Lex memadankan gambar di dinding DCMS dengan gambar di skrin telefonnya.
“Ya Cik, ada buat temujanji?”
“Oh, tak. Saya nak jumpa Delilah. Kawan dia.” Pergh! Jumpa sekali dah mengaku kawan. Kalau Delilah dengar ni buat malu je.
“Dia cuti.”
“Cantik lukisan ni.”
“Rasanya kawan bos tu yang hand sketch. Bukan artis pun tapi suka – suka je bagi bos hadiah masa opening klinik ni.”
“Ooo…”



LEX tiba di hadapan lobi bangunan Maxwell seawal 8 pagi. 
Tolonglah Boy kerja hari ni. Lex menanti Boy muncul macam pak Guard dah. Kaki pun naik lenguh. Baru setengah jam dia berdiri. Mamat ni masuk kerja pukul berapa? Kalau batang hidung tak nampak, dia dah kena masuk pejabat pukul 9. Nanti nak kena kejar cari Boy masa rehat pula. Nak pergi terjah ofis Boy dia segan.
Senyuman terlakar di bibir Lex. Panjang umur Boy. Tangan dilambaikan tanda memanggil Boy.
“Morning.”
“Morning.”
“Boy, I nak tanya sikit.”
“Apa?”
“Kawan you.”
“Oh, Hadi ke?”
“You all panggil dia Hadi? Dia suruh I panggil Akhtar tau.”
“I kenal dia dah lama lah. Kalau staf dia memang dia suruh panggil Encik Akhtar. You jumpa dia kat Bangkok kan?”
“Wow! Dia cerita kat you? I did not expect this.” Lex pula yang terkejut. 
Ingat spesis touch N go atau ‘what happens in Bangkok stays in Bangkok’.

“Dia cakap kat I nama you pelik. I pun tak pernah tahu nama you apa sebelum ni. Orang panggil Lex, I pun panggil Lex lah.”
“Tu je dia cerita kat you? Pasal nama?”
“Aaaa…dia Google nama you siap. Iman Alexis biasanya dia cakap nama orang kulit hitam.”
“Eh…siol je mamat ni.” Terus mati mood dia nak mengorek latar belakang seorang Hadi Akhtar.
“I dah lambat. I naik ofis dululah.” Lex meminta diri dan terus berpaling tapi bahunya disentuh dari belakang.
“You nak tanya Boy apa fasal I?”




Nota: Happy Sunday readers! 
Lex
xoxo
RA@KL








5 comments:

  1. update cepat please rin.

    ReplyDelete
  2. ohh, can you be my husband? haha keep going Rin.. ^^

    ReplyDelete
  3. haha... dasat sangat tu

    ReplyDelete
  4. Pantas betul Lex tu buat kerja πŸ˜‚ berkenan je terus jejak ya πŸ‘πŸ» Thx RA for this story πŸ’πŸŒΉ

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...